klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 31 Mac 2011

NGO Hantar Memo, Bantah Kilang Lynas

KUALA LUMPUR 30 MAC : Badan NGO, Selamatkan Malaysia (SMC) hari ini menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membantah pembinaan dan operasi kilang pemprosesan tanah jarang di Gebeng, Kuantan.

Pengerusi SMC, Vincent Jiam Tee Hong berkata Najib sebagai pemimpin utama dinegara ini boleh menghentikan operasi kilang tersebut sekiranya beliau benar- benar berhasrat untuk berbuat demikian.

"Saya seorang warga Malaysia dan hanya seorang guru tadika. Itu sebabnya saya perlu berjumpa dengan individu paling berkuasa di negara ini kerana sekiranya saya berjumpa dengan kementerian-kementerian, hanya akan merugikan masa kerana tiada yang mempunyai cukup kuasa untuk menghentikannya," kata beliau dalam sidang media dilobi Parlimen pagi tadi.

Vincent menambah, satu petisyen mengumpulkan tandatangan bagi menyokong usaha SMC telah dimulakan dan setakat ini, sebanyak 20 ribu tandatangan telah dikumpul.

"Saya merayu kepada semua, sokonglah kami demi masa depan anak-anak kita. Masalah di Kuantan ini, sekiranya dibiarkan bukan sahaja akan memberi kesan kepada warga Kuantan tetapi memberi kesan kepada kesemua warga Malaysia ," kata beliau lagi.

Beliau seterusnya berkata, sehingga hari ini kerajaan UMNO BN gagal menangani pencemaran yang disebabkan kebocoran di loji pemprosesan tanah jarang di Bukit Merah, Perak.

Vincent menjelaskan sisa buangan radioaktif yang mencemar sungai di Bukit Merah telah menyebabkan mutasi kepada ikan- ikan yang mengakibatkan saiz ikan menjadi amat besar.

Ikan- ikan tersebut masih dipancing dan dimakan penduduk setempat.

"Australia (Lynas), tolong pergi dari sini. Tolong bawa pulang kesemua yang kamu bawa dan jangan tinggalkan walau selipar kammu di sini. Tolong pergi!" tegas beliau lagi.

Dalam masa yang sama, Vincent menyeru ahli parlimen serta ahli politik agar mengenepikan fahaman politik dan bersatu menghalang warga Malaysia dari terus menjadi mangsa bahan kimia tersebut.

Beliau yang tidak dibenarkan berjumpa Perdana Menteri pagi tadi menyerahkan memorandum bantahan itu kepada Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh untuk disampaikan kepada Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan