Sepertimana yang telah dijangkakan , BN akan menang di kedua-dua PRK yang berlangsung serentak iaitu di DUN Merlimau , Melaka dan DUN Kerdau , Pahang . Kedua-dua DUN tersebut sebelum ini adalah merupakan antara kubu UMNO/BN . Apa lagi apabila ianya adalah PRK . PR bukan sahaja bertempur dengan jentera UMNO/BN tetapi berdepan dengan jentera Kerajaan Negeri , kerajaan Persekutuan termasuk komponen BN iaitu SPR dan PDRM . Bukan sesuatu yang luar biasa dengan kemenangan BN ini .
Tidak ada sesuatu yang membanggakan dan menimbulkan rasa teruja dengan kemenangan BN tersebut . Apa lagi setiap PRK kita berdepan dengan pelbagai taktik kotor dan jelek yang dilakukan oleh UMNO / BN yang mendapat sokongan dan bantuan khususnya daripada badan yang tidak pernah telus , tidak pernah profesioanal dan tidak punyai integriti seperti SPR .
SPR yang merupakan badan yang secara jelas berpihak kepada UMNO/BN . Tidak adil , tidak bebas , tidak telus dan tidak profesioanal demi menyelamatkan dan memberikan kemenangan kepada UMNO/BN setiap kali PRK berlangsung . Sikap berat sebelah dan tidak adil oleh SPR menjadi SPR terlalu kotor dan jelek . Segala apa yang berlaku disepanjang PRK ditutup mata dan telinga .
SPR sendiri yang bertindak mem'bull shit'kan Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 daripada dikuatkuasakan ,apabila UMNO/BN melakukan gerakerja mereka . Malah menjadi badan yang mengesahkan 'bersih dan betul' tindakan UMNO/BN walaupun ianya adalah secara jelas , terbukti serta sah kesalahan sepertimana yang terkandung di dalam Akta 5 Akta Kesalahan Pilihanraya 1954 , Perkara 10 . Malah Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyatakan bahawa beliau 'bukan pakar' dalam menentukan sama ada pemberian barangan bercanggah dengan undang-undang pilihan raya .
Kenyataan bodoh dan dungu yang keluar daripada seorang Pengerusi SPR yang wajib mengimplimentasikan serta menguatkuasakan dengan tegas segala peruntukan undang-undang agar sesebuah pilihanraya berjalan dengan adil , telus dan betul tanpa berpihak kepada mana-mana parti-parti politik .
UMNO/BN terus mendidik rakyat dengan taktik dan strategi yang menyeleweng dengan menganggap "UMNO/BN adalah kerajaan , kerajaan adalah UMNO/BN" dengan sokongan daripada SPR . Sedangkan UMNO/BN adalah parti politik manakala kerajaan adalah kerajaan , waima ianya kerajaan negeri atau kerajaan pusat yang tidak sepatutnya dipergunakan dalam setiap kali pilihanraya .
Sesungguhnya "demokrasi tulin dan keadilan" sudah lama mati di negara Malaysia ini . Peranan SPR antara menyebabkan "demokrasi dan keadilan" tidak wujud di dalam negara ini . SPR dipalitkan dengan isu "pengundi hantu" , "pengundi ragu" , "berat sebelah" dan tidak dinafikan sebagai "benteng" bagi memenangkan UMNO/BN . Perjanjian Persefahaman atau MOU serta 'perjanjian sulit' antara SPR dan UMNO/BN semakin terserlah dan terbuka .
SPR menjadi dalang secara licik dan terancang menjadikan pilihanraya negara ini paling kotor dan menjijikkan . Segala bantahan , memorandum , bukti , fakta dan aduan di "bakul sampah"kan oleh SPR . Adakala menjadi badan yang menjawab dan menafikan segala taktik kotor yang dilakukan oleh UMNO/BN .
Suara-suara sumbang dan sinis juga keluar daripada SPR contohnya apabila PR menang , tidak ada pula aduan "pengundi hantu" . Kenyataan dangkal , sedangkan setiap kali PRK akan dilaporkan segala kepincangan , penyelewengan , kerja kotor UMNO/BN dan termasuk kes "pengundi hantu " mahupun "pengundi ragu". walaupun dengan segala taktak dan strategi kotor dilaksanakan oleh UMNO/BN dan SPR , tetapi kekuatan rakyat telah berjaya memenangkan PR .
Saya benar-benar terharu dengan semangat dan komitmen yang tidak berbelah bagi para petugas PR yang tidak pernah berputus asa dan kecewa walaupun menghadapi kekalahan disetiap PRK yang berlangsung . Mereka tidak dibayar apa lagi tidak meminta upah untuk berjuang dengan segala limitasi dan kenkangan . Tetapi mereka adalah para pejuang kental dan istiqamah yang tidak mengaku kalah walaupun mereka sedar mereka ber'perang' di padang yang tidak berpihak kepada PR .
Kepada para pejuang , kekalahan adalah adat berperang . Setiap pejuang mesti melalui dan merasai erti kekalahan . Kekalahan bukanlah sesuatu yang mutlak dan hakiki . Kekalahan adalah azimat kental untuk memperbaiki , muhasabah dan menjana perubahan untuk masa akan datang .
Dengan izin Allah , akan tiba masanya sinar kemenangan menjelma jua . Jangan putus asa dan kecewa . Allah sedang menguji kita. Kuat atau tidak keimanan dan perjuangan kita. Kita bangun & lawan !!!!
Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !!!
Bersiap sedia untuk BERSIH 2 !

Tiada ulasan:
Catat Ulasan