klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 24 Mac 2011

Wan Azizah: Saya tahu video itu palsu dan fitnah


KUALA LUMPUR: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menyatakan beliau tidak berminat untuk duduk dalam apa-apa jawatankuasa untuk menyiasat kesahihan video seks yang cuba memfitnah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga suaminya.

“Sebagai Muslim, saya tidak tonton video sebegitu. Saya tak minat tengok video itu, haram dan berdosa,” kata Wan Azizah.

Beliau membuat kenyataan tersebut di luar mahkamah sewaktu mengulas sidang akhbar dibuat trio ‘Datuk T’ yang mengaku menjadi petualang di sebalik rakaman video yang kononnya memaparkan aksi seks Anwar.

Trio ‘Datuk T’ terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik, Bekas konsul Besar Thailand di Malaysia, Datuk Shazryl Eskay Abdullah, dan Bendahari Agung Perkasa, Datuk Shuaib Lazim.

Wan Azizah juga percaya dan yakin video itu palsu dan semua kenyataan Abdul Rahim dan Shazryl dalam sidang akhbar mereka semalam bohong semata-mata.

“Saya nafikan sekeras-kerasnya semua kenyataan Eskay. Kenyataan beliau bahawa saya ada menghantar wakil atau SMS berkenaan video itu (kepadanya) tidak benar.

“Dari awal lagi saya tahu ia palsu jadi tiada sebab untuk saya tonton video itu” kata Wan Azizah.
Dalam sidang media semalam, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul membuat pendedahan gempar apabila mendedahkan beliau dijemput ahli perniagaan, Shazryl Eskay Abdullah, ke sebuah hotel mewah di ibu kota, melalui seorang bapa saudaranya, Datuk Shuib Lazim.

Beliau kemudian bersetuju untuk berjumpa dengan seorang bergelar Tan Sri di sebuah bilik suite di Hotel Flamingo, Ampang. Ketika tiba di hotel itu, beliau disambut mesra oleh Datuk Shazryl Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.

Di situ beliau ditunjukkan oleh Datuk Eskay dengan rakaman video seks yang memaparkan individu yang seolah menyerupai Datuk Seri Anwar.

Menurut Johari, video itu statik dan menunjukkan empat sudut rakaman. Manakala jarak antara katil dan video berkenaan juga terlalu jauh.

“Harus diingat ia (rakaman itu) tidak ada fokus langsung. Semasa perlakuan seks, muka lelaki dan muka wanita ini langsung tidak nampak,” ujar beliau.

“Apa yang terjadi selepas itu (perlakukan seks), lelaki itu bangun. Waktu bangun itu, saya sahkan bahawa lelaki ini no way (tidak mungkin) Datuk Seri Anwar. Saya sebut sekali lagi no way.

Menurutnya, lelaki dalam video berkenaan berkulit cerah, jauh berbeza dengan Anwar yang berkulit agak gelap. Ia boleh ditentukan meskipun rakaman dalam video itu dibuat dalam warna hitam putih.

“Sesiapa yang dah tengok, adegan yang berlaku itu tidak lama. Tidak ada satu single moment, ia cuma glimpse (imbasan) pergerakan. Oleh kerana kamera itu statik, tidak mungkin kita dapat kenalpasti.

Kedua, katanya, semasa lelaki itu berdiri menghadap kamera, perut lelaki itu kelihatan lebih buncit dan apabila dia mengalih ke belakang, punggungnya kelihatan lebih besar.

“Orang yang kenal Datuk Seri Anwar tahu punggungnya tirus dan nipis. Dan dia tidak mempunyai isi di belakang shoulder (bahunya). Orang ini agak maskulin.

“Jadi untuk mengatakan orang itu sah adalah Datuk Seri Anwar, ia adalah glimpse yang seakan-akan dan tidak mungkin dalam keadaan (video) black and white kita boleh tentukan. Tetapi bagi saya difinetely, ia bukan Datuk Seri Anwar,”

Dalam sidang media itu, Johari juga berkata beliau telah ditawarkan Tan Sri Abdul Rahim supaya meninggalkan KEADILAN dan mengajak beberapa lagi ahli parlimen KEADILAN untuk turut serta.

Abdul Rahim turut memberitahu beliau akan mengatur pertemuan antara Johari dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tujuan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan