klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 10 April 2011

KENYATAAN AKHBAR : BN & TAIB MAHMUD MAHU 'BUNUH' RAKYAT DUN BALINGIAN /MUKAH SECARA PERLAHAN-LAHAN - SURIATI ABDULLAH

KENYATAAN AKHBAR

10 APRIL 2011

BARISAN NASIONAL & PEHIN SRI HAJI ABDUL TAIB MAHMUD MAHU ‘BUNUH’ RAKYAT DUN BALINGIAN / MUKAH SECARA PERLAHAN-LAHAN !!!

TUTUP SEGERA KILANG ALUMINIUM DAN ARANG BATU !!!!!

Pembinaan kilang aluminium dan kilang arang batu di DUN Balingian / Mukah adalah merupakan satu tindakan Kerajaan BN yang dipimpin oleh Wakil Rakyat DUN Balingian dan Ketua Menteri Sarawak Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud untuk ‘membunuh’ rakyat Dun Balingian / Mukah . Inilah ‘JASA’ dan ‘KASIH SAYANG’ Pehin Sri Taib Mahmud terhadap para pengundi DUN Balingian / Mukah dengan ‘membunuh’ secara senyap .

Pehin Sri Taib Mahmud cuba menggula-gulakan rakyat Mukah kononnya adanya kilang-kilang tersebut akan memberikan peluang-peluang pekerjaan , pembangunan kepada rakyat Mukah . Tetapi malangnya, rakyat Mukah tidak merasai nikmat tersebut , malah boleh dikira orang Mukah yang bekerja terutama pekerja eksekutif di kilang tersebut ? Para pekerja di kilang tersebut majoritinya adalah pendatang asing.

Tetapi malangnya kebaikan dan pengorbanan rakyat DUN Balingian /Mukah telah dikhianati oleh Pehin Sri Taib Mahmud dan BN dengan pembinaan kilang-kilang tersebut yang merupakan PENGELUAR RACUN TOKSIK DAN RADIOAKTIF PALING MERBAHAYA DI DUNIA !

Kini rakyat DUN Balingian/Mukah sedang menikmati ‘RACUN TOKSIK’ yang dikeluarkan oleh kilang aluminum dan arang batu . Kenapa kilang-kilang ‘maut’ ini di bina di Mukah ? Patutlah Pehin Seri Taib Mahmud bersungguh-sungguh bertanding dan menjadi wakil rakyat di DUN Balingian . Supaya segala kerja-kerja ‘jahat’ dapat dilaksanakan di Mukah ! Membunuh rakyat Mukah secara senyap ! Sedangkan semua lokasi di seluruh bahagian-bahagian di Sarawak menolak pembinaan kilang beracun ini , tetapi diterima di Mukah kerana Wakil Rakyatnya adalah Pehin Sri Taib Mahmud sendiri.

Bukan sahaja kesan toksik dapat dirasai oleh rakyat , tumbuh-tumbuhan dan haiwan ( flora dan fauna ) juga turut mendapat kesan. Hasil tanaman kebun-kebun dan ladang-ladang dikeliling dan berhampiran kilang-kilang tersebut sudah mati . Sudah pasti hasil tanaman mereka tidak berhasil dan mengalami kerugian .

Burung-burung dan mergastua telah meninggalkan hutan-hutan di Mukah kerana kesan daripada asap dan pembuangan toksik yang ‘membunuh’ mereka . Difahamkan ikan-ikan yang dulunya banyak di laut Mukah sudah sukar diperolehi . Bukankah ini menjejas mata pencarian para nelayan Mukah serta merbahayakan rakyat apabila memakan ikan-ikan yang telah tercemar dengan toksik yang beracun . Difahamkan rakyat di Sibu tidak mahu makan ikan-ikan yang datang daripada Mukah kerana disyaki beracun !

Kesihatan rakyat semakin terjejas , racun toksik dan kesan radioaktif daripada kilang aluminium dan arang batu telah meresap disetiap seluruh badan dan saraf mereka . Sistem ekologi telah berubah , cuaca semakin panas, malah ramai yang telah merasai kesan bagaimana terjejasnya kesihatan mereka sejak terbinanya kilang aluminium dan arang batu . Simptom-simpton daripada toksik di mana ramai rakyat Mukah bakal mendapat gangguan pernafasan , batuk-batuk , sakit kerongkong , sakit kulit , sakit mata , sakit paru-paru dan sebagainya . Kesan radioaktif dan toksik akan menyebabkan gadis-gadis bakal menjadi mandul,ramai akan bakal menderita KANSER , penyakit paru-paru dan pelbagai penyakit merbahaya yang bakal meragut nyawa rakyat Mukah !

Masih ramai rakyat Mukah yang tidak memiliki kemudahan air dan elektrik . Tidak ada usaha yang bersungguh-sungguh oleh BN dan Pehin Sri Taib Mahmud untuk menyelesaikan permasalahan kemudahan asas tersebut kepada rakyat . Justeru , mereka terpaksa menadah air terutama daripada hujan ke tangki-tangki untuk kegunaan minuman , memasak dan mandi terutama masyarakat iban yang masih belum mendapat kemudahan air paip. Rakyat Mukah berdepan dengan risiko yang tinggi ‘membunuh’ mereka secara diam atau senyap .

Jangan sampai kejadian seperti berlaku di beberapa buah Negara , contohnya di Negara Hungry, sejumlah 800 orang kampung bernama Kolontar pada 9 Oktober 2010 telah meragut dan mengancam nyawa akibat daripada kesan keracunan daripada lumpur toksid merah aluminium yang telah membunuh 7 orang , mencederakan ramai orang serta memusnahkan alam sekitar di situ . Ribuan penduduk di kampung tersebut dan berhampiran terpaksa dipindahkan agar tidak mendapat kesan daripada keracunan lumpur toksik merah aluminium . Jangan pula berlaku di Mukah ! Adakah rakyat Mukah sedang menunggu semua ini terjadi baru ingin menolak Pehin Sri Taib Mahmud dan Barisan Nasional ( BN )? Baru mahu menyesal ?

Barisan Nasional ( BN ) dan Pehin Sri Taib Mahmud tidak layak menjadi wakil rakyat DUN Balingian dan Ketua Menteri Sarawak lagi . Kuasa yang ada pada beliau telah digunakan bagi tujuan kepentingan diri beliau tetapi sanggup MEMBUNUH secara senyap rakyat Mukah . Beliau memperolehi keuntungan dan kekayaan berlipat kali ganda daripada pembinaan kilang-kilang aluminium dan arang batu tersebut . Rakyat DUN balingian / Mukah terus menderita .

Bangkitlah rakyat Mukah ! Kita adalah satu keluarga - Melanau , Iban , Cina dan Melayu bangkit menolak Pehin Sri Taib Mahmud dan BN . Kesan ini mungkin tidak parah sekarang .. tetapi akan datang .. anak-anak kita ! Saya bagi pihak Parti Keadilan rakyat MENDESAK AGAR TUTUP SEGARA KILANG ALUMINIUM DAN ARANG BATU DI N51 BALINGAIN !JANGAN PERJUDIKAN NYAWA RAKYAT DUN BALINGIAN / MUKAH !

UBAH SEKARANG , SELAMATKAN DUN BALINGIAN / MUKAH !!!!


SURIATI ABDULLAH

Calon Parti Keadilan Rakyat

N 51 Balingian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan