klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 6 April 2011

Catatan Balingian 1

Saya tiba di Sibu pada 3 April 2011 bersama Muzafeq dan Faizal Ezany . Arahan yang saya terima ialah supaya turun ke Sibu pada 3 April , kerana DSAI akan sampaikan watikah kepada semua calon2 di Zon Sibu pada 4 April di Premier Hotel , Sibu .

Kerana budjet yang sedikit saya hanya dapat sewa bilik di hotel biasa berhampiran Premier Hotel yang bertaraf 5 bintang di Sibu . Malam tersebut saya gunakan untuk berborak dengan YB Abdullah Sani , YB Shuhaimi Shafie m YB Amran dan kawan2 lain yang turut turun ke Sibu .

4 April 2011, saya ke dewan Premier Hotel untuk majlis penyampaian watikah kepada calon PKR di Zon Sibu . Ucapan DSAI sebagai amanat kepada bakal2 calon agar mereka dapat menjalankan tanggunjawab sebagai calon parti dengan berkesan bagi menawan Sarawak daripada BN . beliau nampak agak letih kerana hari tersebut adlah hari ke 6 siri lawatan beliau di Sarawak .

Saya hadir kerana Dun Balingian adalah DUN angkat saya. Dun yang mencabar bagi saya kerana N51 Bakingian adalah merupakan DUN yang disandang oleh Ketua Menteri Taib Mahmud sendiri . Bermakna saya bakal berdepan dengan Taib Mahmud dan jentera BN di situ . Satu cabaran yang perlu saya hadapi .

Diumumkan pada hari tersebut , Puan Suriati Abdullah sebagai calon N51 Balingian . DUN balingian adalah terletak dalam Parlimen Mukah yang majoritinya adalah berbangsa Melanau . Suriati Abdullah adalah berbangsa cina ( mualaf ) , seorang suri rumah tangga yang akan berdepan dengan Taib Mahmud . Kemampuan beliau berbahasa cina , iban , melanau serta bahasa inggeris akan memberikan kelebihan kepada beliau berkomunikasi dengan baik .

Saya terpaksa memberikan tumpuan kepada Suriati kerana harganya sangat mahal . Kerana beliau melawan 'gergasi politik' Sarawak . Yang sudah berkuasa 30 tahun sebagai Ketua Menteri . Tahun 2006 dalam PRN Sarawak yang lalu , Taib menang tanpa bertanding . Saya bimbang Taib akan menggunakan apa cara untuk pastikan beliau sekali lagi menang tanpa bertanding . Tugas saya adlah memastikan semua itu gagal . Taib mesti dilawan .

Watikah Suriati saya simpan . Termasuk Kad Pengenalannya . Saya uruskan proses mengisi borang pencalonan di firma guaman YB Wong Ho Leng , MP Sibu . Kerana ketiadaan wakil calon , pencadang dan penyokong , proses tersebut terpaksa ditangguhkan . Saya minta Abang Kasim yang merupakan Ketua Cabang Mukah dan juga suami Suriati memastikan pencadang dan penyokong hadir ke Sibu unuk settlekan borang pencalonan sebelum balik ke Mukah .

Saya terpaksa bayarkan bilik2 tambahan untuk calon dan penyokong . Dah la budjet ciput , tapi tanggungjawab menjaga keselamatan Suriati perlu saya utamakan . Apa lagi kerisauan terhadap pengkhianatan calon . Diculik atau mungkin dibeli oleh Taib Mahmud . Saya minta supaya Suriati mencari salon untuk kemaskan diri agar nampak menarik .

Kesempatan tersebut juga memberikan saya peluang bertemu dengan Tuai Rumah Panjang , Inti Anak Belang bersama anak2 buah beliau . Saya minta beliau hadir untuk memberikan penghormatan sebagai penyokong kepada Suriati . Saya agak terkejut kerana sudah ada perancangan dibuat oleh orang2 iban untuk turut masuk sebagai calon bebas dengan alasan tiada mendengar yang mana pihak akan melawan Taib di Balingian .

Perbincangan berjalan dengan baik , walaupun saya sukar memahami percakapan mereka , tapi dapat diterima baik oleh mereka . Alasan saya ialah , kalau kita bersatu dengan meletakkan 1 lawan 1 akan memberikan kekuatan untuk bertempur dengan Taib . Taib pasti akan seronok apabila tidak bersatu akan memberikan kemenangan kepada BN . Tujuan adalah sama untuk menghancurkan Taib di balingian . Malam tersebut saya terpaksa uruskan tambahan 3 lagi bilik termasuk calon .

Malam tersebut saya tidak dapat tidur . Saya mesti pastikan tiada 'gangguan' dibuat terhadap Suriati dajn suaminya . Saya ketuk pintu setiap 1 jam sekali bagi memastikan calon 'selamat' .

5 April 2011, pagi tersebut uruskan segala dokumen daripada JPRP kerana Suriati hanya mendapat watikah sahaja. Tiada bon yang wajib ditandatangani oloeh Suriati , Bon tersebut ialah perjanjian undang-undang jika Suriati lompat , khianat pada parti sewaktu menjadi calon atau selepas menang akan disaman sejumlah RM5 juta kepada PKR . Pengalaman mengajar kita .

Sambil itu kedatangan Sdr Hesni ( Timbalan Ketua Cabang Mukah ) untuk sebagai pencadang . Hasil perbincangan saya nampak ada sesautu yang kurang selesa . Saya merayu agar beliau dapat memberikan kerjasama . Beliau bersetuju .

Kami ke firma guaman YB Wong Ho Leng sekali lagi bagi uruskan proses borang pencalonan sehingga selesai . Dengan bantuan oleh YB Wong Ho Leng , semuanya berjalan dengan baik termasuk Faizal uruskan untuk dapatkan cop Suruhanjaya Sumpah di Mahkamah Sibu . Sambil itu saya arahkan Muzafeq beli lagi borang untuk persediaan jika berlaku perkara yang tidak diingini .

Selepas selesai segala urusan , kami balik ke hotel dan uruskan untuk persiapan bertolak ke Mukah .

Sesampai di Mukah dalam kurang lebih 3 jam dari Sibu , jalan yang sangat teruk , macam naik kereta kuda , melambung-lambung . Sakit habis badan saya .

Bila tiba di Mukah , sya di bawa ke sebuah hotel untuk penginapan malam ini . Saya minta Hesni , Tuai Inti dan semua hadir ke bilik saya . Untuk berbincang bagi persiapan hari penamaan calon . Saya agak marah kerana saya dapati tiada sebarang persediaan dibuat . Tiada bilik gerakan , tiada jentera yang telah dibentuk .

Terpaksa saya mulakan daripada A . Susun persiapan untuk penamaan calon . Alhamdulillah selesai dengan komitmen yang baik untuk pastikan seramai mungkin dikerah turun ke Dewan Majlis Daerah Mukah . Siapkan bendera dan dapatkan pas masuk SPR . Makan minum dan segala keperluan yang sepatutnya diuruskan oleh orang temapatan .

Diharapkan penamaan calon esok tiada masalah dan berjalan lancar . Saya mendapat maklumat SNAP atau BEBAS akan turun kacau daun mengantar borang pencalonan esok . Kemungkinan akan berlaku 3 penjuru , Pandai strategi Taib . SNAP semenangnya pengkhianat kepada pakatan . Saya tidak kisah.. saya akan pastikan Taib akan berpeluh. Serta tersungkur .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan