
KUALA LUMPUR: Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Umno bukan lagi sebuah parti yang berupaya menyelamatkan kedudukan orang Melayu di negara ini.
Malah menurut Aziz, orang Melayu perlu berani untuk berubah dengan meninggalkan parti itu yang disifatkan gagal mempertahankan demokrasi dan prinsip yang terkandung dalam perlembagaan negara.
“Kita sudah lihat bagaimana pelaksanaan perlembagaan disabotaj oleh Umno. Dan ini berlaku kerana orang Melayu tidak mempunyai parti lain yang boleh menyemak dan imbang Umno.
“Mereka perlu ubah ini; orang Melayu kena tinggalkan Umno dan perkasakan parti-parti yang komited dengan perlembagaan kerana di sana ada formula yang adil; bukan sahaja untuk orang Melayu tetapi juga kaum-kaum lain,” katanya lagi.
Beliau dalam masa yang sama turut mengulas sokongan Melayu terhadap Pakatan Rakyat, terutama Pas dan penyertaan di kalangan profesional Melayu muda dalam KEADILAN.
“Pada saya itu menunjukkan perubahan minda di kalangan orang Melayu khususnya generasi sekarang yang tidak lagi melihat Umno sebagai satu-satunya parti yang boleh menyelamatkan mereka.
“Ertinya politik orang Melayu lebih kompleks sekarang dan Umno akan tenggelam jika tidak berubah. Kita juga harus ingat bahawa sebahagian besar mereka yang meninggalkan negara adalah generasi muda Melayu. Ini satu lagi fenomena yang menjelaskan anjakan politik yang kita lihat itu,” kata pakar perlembagaan itu.
Muktamar Pas ke 57 minggu lalu menyaksikan Umno kembali menimbulkan isu perpaduan Melayu Islam dengan menawarkan kerjasama dengan Pas, di saat sokongan Melayu terhadap parti itu semakin terhakis.
Laporan EIU, Sebuah pusat kajian antara bangsa baru-baru ini mendedahkan bahawa Umno semakin hilang sokongan, khususnya di kalangan kumpulan Melayu pertengahan disebabkan amalan rasuah dan politik kotor yang dilakukan parti pemerintah itu.
Ketika ditanya, apakah kuasa Melayu akan terhakis sekiranya pakatan memerintah, Aziz berkata ia hanya lah teori yang digunakan Umno untuk memastikan survival politik mereka.
“Soal itu hanya teori sahaja; ia tidak boleh menjadi kenyataan. Umno-BN sendiri berkuasa selama ini dengan sokongan bukan Melayu. Dalam PRU 1999 selepas reformasi orang bukan Melayu yang menyelamatkan mereka.
“Kemenangan besar 2004 juga sebahagiannya kerana undi bukan Melayu. Memang ada orang Melayu yang dangkal akalnya yang percaya dengan gula-gula itu. Dan Umno-BN ada Perkasa untuk mengipas ketakutan dan mitos itu.
“Jadi kita jangan layan retorik survival Melayu di parlimen kerana orang lain juga, ertinya bukan Melayu, tidak boleh bermain dengan teori itu,” katanya.
Malah, kata Aziz, selama ini pun Umno-BN menggunakan taktik pecah dan perintah untuk terus berkuasa dan kini mereka mengulang putar isu ketuanan Melayu kerana tahu tidak mempu memperoleh sokongan Cina dan India.
“Isu kuasa Melayu mereka mainkan sekarang kerana mereka tahu undi bukan Melayu tidak akan kembali kepada mereka. MCA, MIC dan Gerakan sudah menjadi liabiliti kepada BN.
“Dalam keadaan sekarang; yakni selepas 54 merdeka orang Melayu kena lebih berdikari. Mereka tidak harus termakan dengan dakyah Umno yang sengaja mengipas isu-isu tadi untuk kepentingan politik mereka.
“Orang Melayu perlu memperkasa demokrasi di negara ini kerana inilah sebenarnya jaminan masa depan mereka,” ujarnya.
Lawan tetap lawan, umnoporno mesti dijatuhkan
BalasPadamSaya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI
PadamSaya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIREN dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIREN di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIREN saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIREN karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI....Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI
BalasPadamشركة المثالية للتنظيف تسعد بتقديم خدماتها لعملائها بالمنطقة الشرقية خدمات تنظيف خدمات مكافحة حشرات خدمات تسليك مجاري المياه للمطابخ والحمامات جميع الخدمات المنزلية تجدونها مع شركة المثالية للتنظيف بافضل جودة وارخص الاسعار بالاعتماد علي كافة الادوات الحديثة والعمالة الماهرة
شركة المثالية للتنظيف
شركة المثالية للتنظيف بالدمام
شركة المثالية للتنظيف بالخبر