klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 14 Julai 2009

Detik Semakin Hampir, TGNA Seru Semua Pengundi Tunai Tanggungjawab


Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta semua pengundi di Dun Manek Urai supaya keluar beramai-ramai menunaikan tanggungjawab membuang undi pada Selasa ini.Beliau berkata, mengundi merupakan satu tanggungjawab untuk membentuk sebuah kerajaan Islam."Sistem yang ada pada hari tidak boleh dibentuk kerajaan Islam kecuali melalui undian bagi membentuk kerajaan."Sama ada pengundi yang tinggal di luar Kelantan atau di luar kawasan mereka berhak mengundi."Oleh itu kita minta mereka pulang beramai-ramai," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Industri Halal Negeri Kelantan 2009 yang bertemakan 'Cakna Halal Satu Ibadat' di Balai Islam, hari ini.
Menurutnya taat kepada pemerintah sebenarnya merangkumi ketaatan kepada Allah dan Rasul dalam sebuah kerajaan yang berlandaskan Islam.Beliau mencadangkan pengundi terlebih dahulu mengambil wuduk dan menunaikan solat sunat dhuha sebelum membuang pergi undi.Menurut beliau sebagai umat Islam kita kena membuktikan kepada Allah sentiasa beribadat kepadaNya sejak awal hingga ke akhirnya."Riba, pusat hiburan, perjudian semuanya diharamkan dalam pentadbiran kerajaan di Kelantan di mana kita tidak memberi lesen kepada pengusaha berkenaan."Ini satu perbezaan yang ketara berbanding sebelum PAS mengambil alih tampuk pentadbiran hampir 20 tahun lalu," ujarnya.

Hari terakhir kempen di PRK MU

13 Julai

3 Petang tadi sempat gunakan masa luang untuk mandi manda di Lata Rek , Manek Urai .Tempatnya cantik dengan pemandangan air terjun benar-benar menyegarkan minda yang letih . Saya dan teman-teman Skuad Pilihanraya AMK Malaysia yang tidak mandi daripada pagi menggunakan ruang tersebut untuk bersantai dan mandi manda . Maklumlah di Bilik Gerakan AMK suasana agak tidak selesa , bilik air satu sahaja dan airnya meleleh melampau . Dahlah kami ramai .
Arus airnya laju... tidak sesejuk di air terjun Hulu Yam, Selangor. Bagai di zaman kanak-kanak , kami bergurau senda bagai nak melupakan kepenatan dan suasana PRK Manek Urai . Berenang sambil melawan arus . Berlumba . Yang pasti Fauzie Bundle kalah !
Si Azmizam King Castle entah di mana . Kereta ada tapi orangnya entah di mana. Yang ada geng2 AMK Bentong dan AMK Batu Pahat. Tak lama berendam , muncul YB Datuk Mahfuz dan YB Salehuddin Ayub joint kita orang . Turun ke air dengan berkain pelikat . Kelakar tengok gelembong kain pelikat yang dia orang pakai bila masuk ke air .
Dalam jam 5 petang kami balik ke Bilik Gerakan dan saya berikan taklimat sedikit tentang gerakerja petang untuk edaran risalah di pasar malam di Kg. Peria dalam jam 6 petang. Sepertimana biasa Skuad Pilihanraya memang jenis tak boleh duduk diam . Belum sempat ke Pasar malam , kita jemkan jalan di hadapan Bilik Gerakan AMK dengan edaran risalah . Sehingga terpaksa pihak Polis Trafik datang.
Selepas itu kami bergerak ke Pasar Malam dan seterusnya mengedarkan risalah di sana dan men'jem'kan jalan di situ. seronok tengok gelagat orang umno bila dapat risalah yang kami edarkan . Polis Trafik dah tak boleh buat apa lagi . Kami tak endahkan dia orang dan teruskan aktiviti edaran risalah sehingga maghrib .
Edaran risalah diteruskan lagi dalam jam 8 malam dengan diketuai Fauzie . Saya , Hamdi dan Azmizam keluar daripada situ untuk pertemuan dengan teman-teman AMK Kelantan yang hendak berjumpa dengan saya . Jam 10.30 malam kami balik semula ke Bilik Gerakan AMK dan tengok kemeriahan teman-teman Skuad AMK dengan bendera dan poster. Jalan semakin sesak dan jem. Jam 12 tengah malam kami berhenti.
Insyaallah esok rakyat Manek Urai akan buat satu keputusan yang terbaik dengan mengundi Abg Oji.

Kenyataan Media SUA Berhubung Tuduhan Bank Malaysia Terbabit di Dalam Transaksi Penjualan Senjata Oleh Korea Utara

Parti Keadilan Rakyat memandang serius perkembangan mutkahir di Laut Timur. Korea Utara telah pun melancarkan 7 peluru berpandunya ke arah bahagian pantai timur negaranya. Tindakan ini jelas menyalahi resolusi 1874 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang berusaha mengendurkan ketegangan di rantau itu. Komuniti antarabangsa melahirkan rasa kesal dan mengecam keras pelancaran peluru berpandu tersebut.
Resolusi 1874 yang diluluskan pada 12hb Jun 2009 itu mengharamkan sebarang ekspot senjata oleh Korea Utara. Langkah ini bertujuan menyekat Korea Utara dari menggunakan dana hasil penjualan senjata bagi pembangunan program senjata nuklearnya. Makanya amatlah penting resolusi ini dipatuhi dengan kerjasama komuniti antarabangsa demi mewujudkan keamanan berkekalan, bukan sahaja di rantau Timur Jauh, bahkan juga di seluruh Asia.
Oleh itu adalah mengejutkan apabila beberapa laporan akhbar dari Korea Selatan mengaitkan bank di Malaysia digunakan untuk transaksi pembayaran penjualan senjata dari Korea Utara ke Myanmar. Tambah membimbangkan apabila rombongan khas perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi yang diketuai Phillip Goldberg, dijadualkan ke Malaysia, bertujuan memastikan negara ini mematuhi perlaksanaan resolusi tersebut. Sekiranya benar tuduhan yang dilaporkan akhbar terbabit (Korea Herald dan Korea Times), kita merasa kesal dengan kecuaian kementerian dalam negeri dan regulasi kewangan negara.
Keadilan menekankan isu keselamatan dan kedaulatan negara tidak boleh dipandang remeh. Kerajaan mestilah bersikap telus serta bertanggungjawab, terutamanya apabila menangani isu sebegini. Kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Setiausaha Akhbar Rumah Putih bertarikh 26 Jun 2009 menyatakan antara butir penting perbualan Presiden Obama dan Dato’ Seri Najib ialah memastikan perlaksanaan resolusi 1874 dipatuhi. Ini jelas bercanggah dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia tersebut kepada media dan rakyat Malaysia berhubung perbualan telefon beliau dengan Presiden Amerika Syarikat itu. Dato’ Seri Najib sewajarnya menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat. Kita bimbang sekiranya terbukti tuduhan bank di Malaysia terbabit di dalam transaksi penjualan senjata oleh Korea Utara, negara ini akan dikenakan tindakan keras oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sepertimana yang nyaris dikenakan apabila syarikat Scomi Precision Engineering dikatakan terlibat di dalam menghasilkan komponen senjata nuklear.

SALEHUDDIN HASHIM
SETIAUSAHA AGUNG
PARTI KEADILAN RAKYAT

Isnin, 13 Julai 2009

Langkah Najib Sempena 100 Hari - 93% Tolak Ia Akan Meningkatkan Tahap Penerimaan Rakyat

Sebanyak 93% responden Edisi 7 menyatakan langkah-langkah yang diumumkan oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak tidak akan meningkatkan tahap penerimaan rakyat Malaysia terhadapnya. Hanya 7% sahaja yang menyatakan sebaliknya.
Najib menandakan hari ke-100 pemerintahannya dengan mengumumkan 11 langkah populis dalam usaha merampas kembali sokongan rakyat dari Pakatan Rakyat.Selepas majoriti 2/3 pemerintah terkubur dalam PRU-12 lalu, Umno-BN berusaha untuk memacu momentum politik yang tersadung kekalahan dalam siri pilihanraya kecil lepas.Nekad mematikan kemaraan Pakatan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil N41 Manek Urai, Najib mengumumkan diskaun 20 peratus kepada pengguna kerap tol lebuhraya.Najib juga berkata ini dan 10 rancangan yang lain akan disusuli dengan lebih banyak langkah populis di masa hadapan.Najib berkata demikian kepada lebih 3,000 penyokongnya di majlis meraikan 100 hari pemerintahan beliau di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.
Parti Keadilan Rakyat menyifatkan langkah populis ini sebagai gimik politik. Naib Presiden Mustapha Kamil Ayub berkata Kerajaan Pusat mampu melakukan yang lebih baik, namun kepentingan politik membantutkan kekuatan itu.Selangor dibawah Pakatan Rakyat sanggup berbelanja berbilion ringgit membeli sistem pembekalan air dari pemegang konsesi air supaya rakyat tidak lagi terbeban dengan kos kehidupan Lembah Klang yang tinggi.
Mustapha juga berkata kepedulian rakyat yang jitu mendorong kerajaan Selangor untuk memperkenalkan program 20 meter padu air percuma untuk semua pengguna domestik.Sekiranya pemerintah ikhlas mahu membantu rakyat, Mustapha menyeru Najib supaya meniru jejak langkah Selangor dan memilik-negara lebuhraya dari tangan konsesi.
"Dalam konteks pakatan, hal utama seperti air, jalanraya, hospital dan lain-lain, memainkan peranan yang lebih dalam persoalan untuk mengurangkan beban rakyat. Soal Kerajaan Negeri Selangor bawah pimpinan Pakatan sedia menggunakan sumber lain untuk menanggung kos pembekalan air, komitmen terhadap rakyat. Dalam masa yang sama, dalam keadaan ekonomi agak parah, rakyat perlu dibantu dengan cara demikian.”“Diberikan satu bentuk di mana jika tidak secara langsung perlu ada kajian.
Cara berkenaan (diskaun 20%) tidak melambangkan komitmen kerajaan meringankan beban rakyat. Tidak mencukupi kalau sekadar potongan 20% kepada pengguna kerap,"Pendedahan dokumen konsesi lebuhraya mendedahkan kerajaan Malaysia dan pemegang konsesi telah menetapkan kenaikan harga tol secara berperingkat dalam satu perjanjian yang memakan masa antara 10 hingga 30 tahun.Umno-BN beralasan bahawa kerajaan terpaksa membayar subsidi yang mahal kepada konsesi sekiranya kerajaan menghalang kenaikan harga tol.

Siri-siri bantahan dan demonstrasi rakyat membantah kenaikan harga tol bagaimanapun dijawab dengan kekerasan pihak berkuasa.”Sebelum itu mereka kata tidak mampu dan perjanjian tidak boleh diubah. Sebelum ini mereka kata bahawa kerajan perlu beri subsidi dan pampasan kepada syarikat konsesi Kerana ia kewajipan secara kontrak, tiba-tiba dia boleh bagi 20%. Bagaimana 20% ini boleh dilaksanakan? Samada kerajaan perlu bayar subsidi yang lebih tinggi atau ini memang sesuatu yang didalam kuasa kerajaan. Ini tidak dijelaskan,” kata Pengarah Strategi PKR, Tian Chua.
Kata Tian Chua lagi, beliau mengganggap pusingan-U ini hanya satu gimik politik yang digunakan Najib untu menawan hati rakyat."Ia hanya gimik politik untuk menunjukan Najib prihatin terhadap kebajikan rakyat, tapi sebenarnya tidak mengubah atau menyesesaikan masalah. 20% bukan untuk semua hanya sebahagian pengguna. Saya kurang pasti cara mereka untung menghitung siapa layak atau tidak. Ia masih belum jelas,"“Yang penting kita harus mengkaji semula perjanjian konsesi supaya kerajaan boleh mengambilalih atau mengurangkan tol. Itu langkah yang lebih berkesan daripada hanya menggunakan diskaun,” katanya.

Kenyataan Media Gerakan Mansuhkan PPSMI

Kenyataan Media

Gerakan Memansuhkan PPSMI(GMP) mengucapkan jutaan terima kasih kepada Y.A.B Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin selaku Menteri Pelajaran yang juga Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang telah mengumuman pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) sepenuhnya tahun 2012.
-Bagi kami ini bererti bahawa mulai tahun 2010 semua pelajar baru tahun satu sekolah kebangsaan/sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah tingkatan 1 dan sekolah menengah tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun 2010 dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.
- Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda.- GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti.
- GMP perihatin terhadap para pelajar sekolah yang penguasaan ilmu sains dan matematiknya bertaraf rendah akibat kegagalan memahami bahasa Inggeris.
Sehubungan itu GMP berharap pihak Kementerian Pelajaran hendaklah mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka setaraf dengan mutu pelajaran sains dan matematik sebelum 2003.
- Pemansuhan PPSMI ini adalah suatu kejayaan kepada perjuangan rakyat. Bagi menghargai sokongan rakyat terhadap perjuangan ini maka Sambutan Pemansuhan PPSMI akan diadakan pada ahad 19hb Julai 2009 jam 9.00 di Stadium Baru Bandar Bangi, Selangor. Semua dijemput hadir.Sekian Terima KasihPengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP),
Dato' Dr. Hassan Ahmad

surat TGNA kepada Najib Razak

16/7/(21) 9 Rejab 1430 / 2 Julai 2009

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Mohd. Najib bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia
Jabatan Perdana Menteri
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 PUTRAJAYA

Assalamualaikum WM WB.

Semoga YAB. Dato’ Seri sentiasa berada di dalam kesejahteraan dan beroleh petunjuk yang berpanjangan dari Allah SWT dalam memimpin Negara.YAB Dato Seri,Cadangan Mengadakan Debat Ilmiah Isu UMNO Parti Menolak IslamDengan segala hormatnya, di maklumkan bahawa saya ada menerima khabar tentang laporan polis yang dibuat oleh anak buah di Kelantan Dato’ Seri berhubung dengan perkara di atas. Pada dasarnya, saya lebih banyak berlapang dada.Mengikut laporan, kononnya saya telah menghasut dengan mengatakan bahawa UMNO sebuah parti yang sesat. Di sini, izinkan saya tegaskan sekali lagi bahawa “mana-mana faham yang menolak Islam (termasuk UMNO) – sememangnya kita panggil ajaran sesat”. (lihat Utusan Malaysia muka surat 6, 27 Jun 2009).
Sebagai penjelasan, mari kita mulakan begini. Pertama, dunia ini bukan dibuat oleh manusia atau terjadi sendiri. Ia ada penciptanya dan tuannya yakni Allah. Oleh sebab itulah kita tidak boleh buat pandai-pandai, melebihi dari apa yang menjadi kehendak “Tuan Punya” yang menjadi tuan rumah kepada seluruh alam ini.Kedua, al-Quran menetapkan bahawa manusia, tanpa mengira bangsa , bahasa dan keturunan adalah menjadi khalifah-Nya. Kepada manusia pertama iaitu Adam ‘alaihissalam, Allah SWT telah menetapkan bahawa sebarang perbalahan yang berlaku di antara anak buah kamu (lihat sebahagian surah al-Baqarah Ayat 36) akan menjadi reda dan tenang (lihat pula sebahagian Surah al-Baqarah Ayat 38)sekiranya kamu menuruti hidayah-Ku. Atau, maksud kedua-dua perkara ini ada dirangkumkan dengan penuh didalam surah Thoha yang bermaksud, “Allah berfirman:turunlah kamu berdua dari syurga bersama-sama , sebahagian kamu menjadi musuh bagi sebahagian yang lain. Maka, jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, lalu barangsiapa yang mengikuti petunjuk dari-Ku, ia tidak akan sesat dan celaka.”(Lihat surah Thoha Ayat 123).
Ini adalah benda yang menjadi tugas utama yang amat penting para Nabi sejak daripada zaman berzaman termasuk Nabi Muhammad SAW.Nabi SAW mewajibkan kita membaca Fatihah dalam sembahyang. Di dalam Fatihah, telah ditetapkan tiga perkara pokok. Satu laluan yang betul dan dua yang salah. Ayat “si ro thollazi na an ‘am ta ‘alai him” yang menuntut jalan yang lurus adalah betul manakala ayat “ghoiril maghdhu bi ‘alaihim waladdhol liin” adalah yang salah seperti yang di maksudkan. Aneh, bahkan silapnya Umno ialah Umno tolak yang betul iaitu “siro thollazi na an ‘am ta ” yang menjadi jalan Nabi-Nabi iaitu menolak Islam dan mengambil sistem sekular barat yang tidak pasal-pasal menimbulkan pecah-belah teruk di kalangan seluruh orang Melayu dan orang Islam bukan Melayu di Malaysia. Ini termasuk jugalah perpecahan antara orang Islam dan Non –Islam di negara kita.
Lebih buruk apabila semuanya ini menjadikan orang-orang yang belum Islam terkapai-kapai; yang mana yang sebenar samaada Islam atau sekular. Hasil daripada inilah saya rasa sudah sampai masanya untuk mengajak Presiden Umno yang menjadi Perdana Menteri sekarang ini bersemuka dengan saya di atas dasar “waja dil hum billati hiya ahsan” yang bermaksud, “serulah manusia pada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan nasihat yang baik “(Sebahagian dari maksud surah an-Nahl Ayat 125).

Persoalan yang ada di hadapan kita sekarang ialah kenapa Umno tolak Islam sedangkan Islam adalah jalan yang bersifat “siro thol mustaqiim”? Bahkan, sikap Umno melawan PAS sedangkan PAS yang ditubuhkan sejak 1951 meletakkan Islam sebagai dasar adalah sebuah kekeliruan yang cukup dahsyat. Pegangan Umno yang menolak jalan yang lurus inilah yang saya ertikan sebagai boleh membawa kepada perpecahan dan kesesatan.
Menyamakan atau membandingkan ajaran Ayah Pin atau komunis dengan UMNO yang menolak Islam adalah sekadar mematuhi kaedah al-balaaghah. Ini penggunaan perumpamaan atau kiasan semata-mata. Jauh dari segi maudhu’, ia bertujuan untuk menjelaskan bagaimana aliran asal sekularisme yang menolak agama khususnya Islam dari pemerintahan. Ini punca sebenar atau ibu kepada segala kesesatan. Apabila sekularisme itu adalah faham yang sesat, maka tidakkah faham kebangsaan yang merupakan cabang dari ajaran sekular bawaan Parti Kebangsaaan Melayu Bersatu (UMNO) itu juga turut sesat?
Seperti yang kita sedia maklum, perdebatan diterima oleh Islam dan diterima oleh demokrasi. Ia perkara fitrah dan perkara sedunia. Contoh terdekat ialah perdebatan antara Obama dengan saingan beliau dari parti Republikan. Begitu juga dengan debat antara calun-calun Presiden Indonesia terkini yang sedang berlangsung di Jakarta yakni antara regu Susilo Bambang Yudhono/Boediono, Megawati Soekarnoputri/ Prabowo Subianto dan Jusuf Kalla/Wiranto.Jika di Eropah dan negara negara demokrasi yang lain, debat lebih ditumpukan kepada perkara-perkara cabang yang bersifat keduniaan semata-mata maka apa salahnya jika kali ini kita perbahaskan perkara pokok yang menyentuh aqidah? Masalah yang saya bawa ini adalah perkara aqidah yakni persoalan tunjang yang menyentuh kedua-dua kepentingan secara bersekali, dunia dan akhirat.
Jika tidak betul aqidah, sembahyangpun tidak diterima. Dunia demokrasi yang sekular; mana ada pedulikan masalah aqidah danpersoalan “sesat tak sesat”? Soal sesat atau tidak, ini istilah ugama. Ini bukan isu perlembagaan dan undang-undang.Sesat seperti yang terdapat di hujung surah al-Fatihah (adho- Lliin) bererti dholalah yakni tidak bertemu atau berjumpa jalan.Kita perlu sama-sama sedar bahawa jalan yang boleh diharap hanyalah jalan yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW. Ini persoalan “huda llil muttaqiin” yakni jalan yang menjadi petunjuk bagi mereka yang bertaqwa (lihat sebahagian maksud al-Baqarah Ayat 2). Tak turut jalan inilah apa yang dipanggil sesat.
Tidak timbul sama sekali soal menghasut atau mencetuskan keresahan. Ini isu ugama sepenuhnya. Ini persoalan teguran dan dakwah.Demi mencari kejernihan dan menghentikan polemik, saya mohon mencadangkan sebuah debat ilmiyyah dianjurkan dalam tempoh terdekat kearah menjelas dan merungkai segala kemusykilan dari kedua-dua perspektif parti bertajuk “kerana apa Umno tolak Islam dan kerana apa Umno lawan PAS”; tidak lebih daripada itu. Insya Allah, saya bersedia untuk bersama Dato’ Seri Perdana Menteri dalam majlis berkenaan tanpa meletakkan sebarang syarat. Lantiklah mana-mana mufti atau salah seorang sarjana yang faqih lagi amanah, baik dari dalam mahupun luar Negara untuk menjadi pemudah cara yang adil bagi tujuan ini. Tempat yang sesuai boleh ditetapkan oleh pihak Dato’ Seri, baik di Kuala Lumpur atau di mana-mana. Hari dan masa juga adalah mengikut kelapangan dan keselesaan YAB. Saya boleh mematuhi kepada apa jua ketetapan asalkan Dato’ Seri bersedia untuk bersama dalam sebuah rapat ilmiyyah untuk dibuat siaran langsung demi manfaat Negara.
Seluruh rakyat akan menjadi hakim di atas pelbagai sandaran yang saya maksudkan ketika mengatakan apa yang telah saya sebut mengenai fenomena UMNO dengan persoalan kesesatan ini.Jadi, sekali lagi saya dengan ikhlas mengangkat cadangan ini agar sudilah apa kiranya YAB. Dato Seri menerima pelawaan ini mengikut kesesuaian tarikh Dato” Seri demi kebaikan bersama. Semoga diizinkan Allah. Terima kasih, Wasalam.


Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

PPSMI: Keputusan Lewat Dan Separuh Masak

PKR menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) semalam sebagai "kurang daripada yang diharapkan dan mengecewakan"."Ia melengah-lengahkan apa yang patut disegerakan. Sepatutnya PPSMI dari mulanya tidak dilaksanakan sama sekali."Sebaliknya selepas berbelanja lebih dari RM4 bilion untuk melaksanakannya dan setelah didesak oleh pelbagai pihak, barulah kini kabinet putuskan untuk memberhentikannya," kata Timbalan Presidennya, Dr Syed Husin Ali.
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan bersetuju untuk memansuhkan PPSMI tetapi hanya mulai 2012."Yang mengecewakan ialah kabinet memutuskan penamatan dasar ini mulai 2012 dan bukannya serta-merta mulai tahun depan. Kenapa mesti ditangguh selama tiga tahun, tidak diterangkan oleh menteri pelajaran," katanya.Seterusnya, kata beliau, murid yang sekarang belajar Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dipaksa terus mengikuti dasar tersebut sehingga tamat persekolahan mereka."Ini tidak akan meredakan rasa tidak puas hati di kalangan ramai anggota masyarakat, terutama yang memperjuangkan kedaulatan Bahasa Malaysia," katanya.
PPMSI, kata Syed Husin dilaksanakan serta-merta tanpa sebarang kajian dan perundingan ramai."Kenapakah apabila hendak ditamatkan, perlu dilengah-lengahkan? Kami menggesa supaya kabinet bersikap ikhlas dan mengkaji semula keputusannya," kata beliau.Murid-murid, katanya, perlu cekap dalam bahasa Inggeris dan sebaik-baiknya, ini dilakukan dengan mengajar bahasa dan sastera Inggeris sebagai mata pelajaran."Kerajaan berdadang hendak mengambil guru bahasa Inggeris dari luar. Kita mesti pastikan meraka terlatih dan berdedikasi."Beberapa tahun lalu, ada percubaan mengimport guru Inggeris, akan tetapi akhirnya gagal," tambahnya.TVA

Mahathir: 100 hari Najib 'lebih banyak negatif'

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbiran Datuk Seri Najib Razak "lebih banyak yang negatif daripada yang positif".Tambahnya, ia berdasarkan penilaian peribadinya terhadap pentadbiran Najib yang genap 100 hari .Bercakap kepada pemberita di PWTC hari ini, Dr Mahathir berkata, yang negatifnya termasuklah cadangan pembinaan jambatan ketiga antara Johor dan Singapura.
Bercakap selepas program "Wacana Kedudukan Institusi Beraja dan Melayu dalam Perlembagaan Persekutuan dari Perspektif 1Malaysia", Dr Mahathir ditanya sama ada pentadbiran Najib telah membuat kajian mengenai cadangan pembinaan jambatan tersebut.Menurutnya, pembinaan jambatan berkenaan tidak boleh menyelesaikan masalah kesesakan di Johor Bahru.
Satu perkara lagi yang dianggap negatif, menurut Dr Mahathir lagi, ialah pelantikan orang yang korup dalam pentadbiran Najib.Ditanya mengenai perkara positif mengenai pentadbiran Najib, beliau berkata: "Yang positif ialah Najib berjumpa ramai orang dan dia tidak tidur malam."Jawapannya disambut dengan gelak ketawa para hadirinMalaysiakini

Polis Arah Bilik Gerakan PKR Ditutup, Bendera Diturunkan

Ketua Pengarah Pilihanraya PKR, Saifuddin Nasution mengutuk tindakan polis mencabuli sistem demokrasi apabila mengarahkan supaya bilik gerakan parti itu untuk pilihanraya kecil Manek Urai ditutup dan semua bendera diturunkan.Dalam kejadian itu, bilik Gerakan PKR diserbu oleh pegawai Polis bernama ASP Suzaimi yang mengarahkan semua bendera PKR diturunkan dengan alasan Pakatan Rakyat masih belum berdaftar sebagai entiti politik.
ASP Suzaimi juga memberitahu petugas PKR bahawa Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengarahkan Ketua Polis Kelantan untuk memastikan tiada sebarang logo atau bendera parti itu diguna atau dinaikkan pada pilihan raya kecil itu.
Menurut Saifuddin, BN telah memperalatkan pihak polis untuk menghalang PKR daripada memberikan sokongan kepada Pas."Tindakan menghalang penyertaan aktif parti-parti rakan khasnya PKR dalam membantu PAS pada pilihanraya kecil Manek Urai bermotif politik dan mencabul hak asasi demokrasi secara nyata,"katanya pada sidang media di Markas Pas."Penyertaan parti-parti politik sahabat dalam Pakatan rakyat dalam mana-mana pilihan raya kecil adalah elemen biasa dalam amalan politik di Malaysia dan telah dipraktiskan dalam pilihan raya kecil sebelum ini,"katanya.
Menurutnya, tindakan polis itu adalah penyalahgunaan kuasa dan melampaui perlembagaan persekutuan, perlembaagn negeri serta Akta dan peraturan pilihnaraya berkaitan.Saifuddin berkata sikap pilih kasih polis dalam melayan pembangkang dan Barisan Nasional begitu ketara pada setiap pilihanraya dan trend itu berteruskan di Manek Urai.Saifuddin berkata PKR tidak harus dihalang memberi sokongan dan kerjasama kepada PAS kerana Kod Etika Pilihanraya dengan jelas menyatakan tidak harus ada larangan untuk calon mendapat sokongan atau bantuan dari parti-parti sekutunya.
"Sebaliknya kod etika Pilihanraya dengan jelas menurut perkara 6.2 (b) menyebut semua calon, ejen pilihanraya, parti politik dan pekerja serta penyokong calon dan parti politik....tidak boleh menggunakan kenderaan atau alat-alat komunikasi milik kerajaan untuk tujuan berkempen," katanya.Ringkasnya, dari segi prinsip kemudahan jentera dan institusi milik kerajaan adalah dilarang daripada digunakan atau disalahguna bagi tujuan dan kepentingan sempit politik kepartian namun peruntukan itu tidak langsung diendahkan oleh BN dan dibenarkan secara terbuka oleh polis.
"Di Manek Urai, kita lihat penglibatan yang sangat ketara oleh agensi kerajaan seperti Risda, masa inilah dia bagi bantuan anak benih getah, bagi bantuan subsidi. Felcra, Jabatan Pembangunan Persekutuan negeri, Jabatan Pelajaran, Jabatan Kesihatan, JAKIM semuanya menjadi sebahagian kempen BN yang sesungguhnya berlawanan dengan pengendalian pilihanraya yang bersih dan adil," kata saifuddin.TVA

Ahad, 12 Julai 2009

Pemansuhan PPSMI jimat kos RM40 juta:


KUALA LUMPUR: Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), yang berkuat kuasa 2012, mampu menjimatkan perbelanjaan kira-kira RM40 juta setahun, kata Timbalan Menteri Pelajaran Dr Puad Zarkashi.mStar Online


FM - 10 Julai , wartawan Sinar Harian Terengganu Pn Saidatul menghubungi saya meminta supaya memberikan komen dalam isu pemansuhan PPSMI . saya secara konsisten menjawab bahawa PPSMI adalah perlu diSEGERAkan pemansuhannya . Saya melihat bahawa tindakan Menteri Pelajaran adalah merupakan gimik kerana PRK Manik Urai yang berlangsung sekarang . Bukan secara serius untuk memansuhkan PPSMI yang sudah pasti yang menjadi menjadi mangsa ialah para pelajar kita terutama anak-anak di luar bandar dan desa .

Kenapa harus ditunggu sehingga 2012 ? kenapa tidak sekarang ? Jangan niagakan pendidikan kerana kepentingan kroni yang mengakibatkan pembaziran wang rakyat . Tindakan pemansuhan PPSMI pada tahun 2012 hanyalah kenyataan dan keputusan politik . Atau mujngkin Muhyiddin juga percaya apabila 2012 , Pilihanraya ke 13 , yang dijangka dalam tahun 2012 atau 2013 , Kerajaan Pakatan Rakyat yang akan menerajui negara dan membatalkan PPSMI .

'Demo lagi, segerakan mansuh PPSMI'

Abdul Rahim Sabri

Bagi memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), seorang Sasterawan Negara mencadangkan satu lagi demonstrasi diadakan.Bercakap kepada Malaysiakini malam ini, Datuk A Samad Said menyatakan rasa "tidak begitu senangnya" dengan keputusan kerajaan semalam yang hanya memansuhkan dasar kontroversi pada 2012."Apa yang berlaku sekarang ini bukan memansuhkan (terus) PPSMI tetapi pemansuhan berlaku pada 2012, ini hanya pengumuman penangguhan PPSMI," katanya.
Beliau diminta menjelaskan lebih lanjut kenyataan awalnya di akhbar web PAS yang menyebut "demonstrasi jalanraya perlu diadakan sekali lagi tanda komitmen seluruh rakyat membantah PPSMI dan mendesak kerajaan segera memansuhkannya." "Setiap perkara yang tidak dapat diselesaikan di dalam Dewan Rakyat perlu diadakan demonstrasi dan demonstrasi itu halal," Harakahdaily hari ini memetik A Samad sebagai berkata dalam satu wawancara.Satu demonstrasi besar diadakan 7 Mac lalu, diketuai antaranya oleh A Samad sendiri, bagi menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong memohon baginda campur tangan membatalkan dasar tersebut yang sentiasa dibantah sejak ia diperkenalkan.A Samad , yang juga penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), dilaporkan berkata "tidak ada sebab bagi kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar tersebut hingga ke tahun 2012 sedangkan ketika mahu melaksanakannya ia boleh dilakukan dalam tempoh enam bulan.
"Pengumuman Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata tokoh sastera itu lagi, bersifat "mengumpan rakyat untuk menghadapi pilihanraya kecil DUN Manek Urai dan juga pilihanraya umum ke-13.""Apa yang diumumkan oleh Muhyiddin itu hanya menangguhkan pemansuhan PPSMI bukan memansuhkannya terus. "Jika benar mansuhkan, sepatutnya tahun depan semua pelajar Tahun Satu, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat sudah mula belajar Sains dan Matematik dalam bahasa Melayu," A Samad dipetik berkata. "Alasan mengatakan untuk mansuhkan perlu ambil masa tidak logik kerana ketika perdana menteri keempat dahulu (Tun Dr Mahathir Mohamad) mahu laksanakan hanya boleh ambil masa enam bulan, kenapa perdana menteri keenam (Datuk Seri Najib Razak) perlu ambil masa tiga tahun untuk mansuhkan?" GMP pula menganggap pengumuman kerajaan semalam bermakna "mulai 2010 semua pelajar baru Tahun Satu sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan, sekolah menengah Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 akan memulakan sesi baru tahun (depan) dengan menggunakan bahasa kebangsaan atau bahasa ibunda sepenuhnya.
"Untuk tujuan itu kementerian seharusnya telah bersedia untuk menyediakan buku teks dan bahan-bahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran dalam bahasa kebangsaan atau dalam bahasa ibunda," kata Pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad."GMP penuh berharap agar perubahan ini berlaku bukan sahaja di peringkat sekolah rendah atau sekolah menengah sahaja malah meliputi semua peringkat pendidikan termasuk peringkat universiti."Untuk menangani kelemahan penguasaan Sains dan Matematik sewaktu PPSMI dilaksanakan, menurut satu kenyataannya hari ini, GMP menggesa Kementerian Pelajaran "mengadakan kelas pemulihan untuk membaiki pencapaian mereka" setaraf dengan mutu dua mata pelajaran tersebut sebelum 2003.
Dr Hassan juga mengumumkan satu majlis Sambutan Pemansuhan PPSMI yang akan diadakan di Stadium Baru Bandar Bangi pada 9 malam 19 Julai ini.Sementara itu Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar pula dilaporkan berkata pengumuman ini bertujuan menjaga "kepentingan kroni" yang membekalkan peralatan pengajaran dan pembelajaran PPSMI."Patutnya ia dimansuhkan hingga tamatnya persekolahan akhir tahun ini. Maknanya tahun hadapan, dasar itu tidak perlu lagi dilaksanakan.
"Kenapa mereka tidak mansuh segera, jawapannya ialah kerana masih ada projek termasuk membekal buku, laptop dan peralatan sebagainya yang diberi kepada kroni dalam dasar PPSMI ini," katanya seperti dilaporkan Harakahdaily.Menyifatkan pengumuman itu "tidak boleh dipercayai", Mahfuz juga bimbang keputusan terbaru kerajaan itu tidak akan dilaksanakan "memandangkan dasar kerajaan sering bertukar". Beliau dilaporkan berkata, jika BN berjaya kekalkan kemenangan kerajaan pusat pada pilihanraya umum akan datang, pemansuhan pastinya boleh berubah dengan pelbagai alasan. "Ini sering berlaku kerana pemimpin yang ada hari ini jugalah yang mengampu dasar PPSMI ini semasa ia diumumkan Tun Dr Mahathir enam tahun lalu," Mahfuz dipetik berkata. MALAYSIAKINI

KHIR TOYO BAKAL HABISKAN USIANYA DI DALAM PENJARA


Jika kerajaan BN ini sebuah kerajaan yang tidak korup dimana Pesuruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) bertindak adil, cekap, telus dan tanpa berpilih, Khir Toyo sudah pasti telah di bawa ke muka pengadilan.Belum pun selesai isu penyalahgunaan dana negeri yang melibakan pemindaan dana bernilai lebih RM1 juta yang diberikan kepada Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS), kini timbul isu pembinaan banglo mewah, Khir Toyo di Seksyen 7, Shah Alam, apabila kos pembinaannya dikatakan melebihi pendapatan yang diperolehinya ketika menjadi Menteri Besar Selangor.
Ahli Dewan Undangan Negeri Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, ini berikutan nilai hartanah mewah tersebut mencecah kira-kira 24 juta ringgit yang mencakupi keluasan tanah lebih 1 ekar.Menurutnya, istana Khir Toyo ini juga dibina di atas dua lot tanah yang dibeli dari Syarikat Ditamas Sdn Bhd dengan keseluruhan harga 4 juta ringgit.“Istana ini paling kurang 18 juta, belum campur perabot, jadi saya estimate sebagai 20 juta, campur dengan 4 juta tanah, istana Khir Toyo nie 24 juta”,katanya.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Khas DUN Mengenai Tanah, berkata demikian kepada media selepas melawat banglo mewah Khir Toyo di Jalan Suasa, Seksyen 7, Shah Alam pagi tadi.Dalam pada itu, Ng Suee Lim turut mempersoalkan sumber kewangan Khir Toyo yang meragukan kerana mampu memiliki banglo mewah berjuta-juta ringgit, walhal gaji serta elaun yang diterima selama 8 tahun menjadi menteri besar hanya 4.7 juta ringgit sahaja.
“Saya kira 48 ribu tanpa berbelanja setiap bulan, tak payah belanja semua makan minum kerajaan tanggung termasuk semua pembantu semua dia tanggung, net profit Khir Toyo dapat RM48 ribu, kali 12 bulan, bermaknanya satu tahun dia punya gaji 576 ribu, 8 tahun keseluruhan dia dapat, lebih kurang 4.6 juta campur interest RM4.7juta, saya nak tanya, saya minta khir toyo beri penjelasan daripada RM4.7 juta ini, boleh kah memiliki banglo sebesar istana Khir Toyo ini?
Ng Suee Lim tidak berhasrat untuk melaporkan kepada mana-mana pihak berkuasa, tetapi menyerahkan kepada rakyat Selangor untuk menilai sendiri ketelusan Khir Toyo semasa menjadi Menteri Besar.Menurutnya, Khir Toyo sering mempersoalkan ketelusan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor, sedangkan beliau sendiri jelas tidak telus dalam mentadbir negeri selangor di bawah naungan barisan nasional.
“Jadi kalau kita bicarakan soal ketelusan, soal integriti, kebertanggungjawaban, jadi benda ini Khir Toyo kena jawab kepada media, kepada rakyat kenapa dia memiliki harta yang sebegini besar”,katanya.Ng Suee Lim menyeru Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes ini dengan adil, berikutan pendedahan beberapa dokumen pembelian tanah yang dibuat Khir Toyo pada Julai 2007.“Saya mintak SPR, Suruhanjaya Pencegah Rasuah jangan jadi pelindung tolong siasat dan tak perlu cari dokumen dengan saya dokumen ini ada di PTG. Tanya kenapa seorang Menteri Besar, penjawat awam, yang tak boleh meniaga dalam 8 tahun boleh dapat harta yang begitu banyak”,katanya.
Banyak pihak yakin bahawa setelah kerajaan pusat diambil-alih oleh Pakatan Rakyat dimana selepas SPRM, polis, institusi kehakiman dan lain-lain agensi kerajaan dibersihkan daripada manipulasi dan eksploitasi politik UMNO BN, kes Khir Toyo ini akan diberikan perhatian serius dan impiannya untuk tinggal di istana yang bukan di dalam kemampuannya akan bertukar kepada kediaman di sel penjara sebagai ganti.

Sabtu, 11 Julai 2009

RENUNGKANLAH ......

Solat Subuh di Masjid
Seorang lelaki(a) bangun pagi2 utk solat subuh di masjid .
Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju ke masjid .
Ditengah jalan menuju masjid , lelaki(a) tersebut terjatuh dan pakaiannya kotor.
Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kerumah.
Di rumah, dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI, berjalan menuju masjid .
Dalam perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama !
Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali kerumah.
Dirumah, dia, sekali lagi , berganti baju , berwudhu dan berjalan menuju masjid .
Di tengah jalan menuju ke masjid , dia bertemu seorang lelaki(b) yg memegang lampu .
Dia berkenalan dengan lelaki(b), dan lelaki(b) itu menjawab " Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju ke masjid , jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda.'
Lelaki(a) mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid .
Saat sampai di masjid , lelaki(a) bertanya kepada lelaki(b) yang membawa lampu untuk masuk dan solat subuh bersamanya.
Lelaki(b) menolak. Lelaki(a) mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawabannya yang sama.
Lelaki(a) bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.
Lelaki(b) menjawab
Aku adalah Setan (devil/ evil)
Lelaki(a) itu terkejut dgn jawaban lelaki(b).
Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,
dan sayalah yg membuat kamu terjatuh.
Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid ,
Allah memaafkan semua dosa2mu .
Saya membuatmu jatuh kedua kalinya,
dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah pikiran untuk tinggal dirumah saja,
kamu tetap memutuskan kembali masjid .
Karena hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu .
Saya KHAWATIR jika saya membuat mu jatuh utk ketiga kalinya,
jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu ,
jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasj id dgn selamat..
' Jadi, jangan pernah biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.
Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu
tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapatkan dari segala kesulitan yg kamu lalui
dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Jumaat, 10 Julai 2009

Peminjam Tekun gagal jelaskan hutang RM225jBerita Harian 8 Julai 2009

KUALA LUMPUR: Kerajaan menghadapi masalah untuk membiayai pinjaman Tekun Nasional (Tekun) kepada peminjam baru berikutan kegagalan ramai peminjam menjelaskan hutang mereka yang kini berjumlah RM225 juta.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Noh Omar, berkata kadar pinjaman tidak berbayar (NPL) bagi pinjaman yang dikeluarkan hingga Mei lalu sangat tinggi, iaitu 15 peratus daripada RM1.32 bilion yang diberikan sejak 1999.Beliau berkata, ia menyukarkan kerajaan memberi pinjaman kerana dana sedia ada tidak mencukupi, manakala permohonan yang diterima setiap tahun meningkat lebih dua kali ganda sehingga ramai yang terpaksa menunggu giliran.
Katanya, jumlah permohonan yang diterima dan sedang dalam pertimbangan adalah 15,687 pemohon membabitkan anggaran pembiayaan sejumlah RM348 juta."Kalau peminjam tidak bayar, orang lain tidak boleh mendapat pinjaman sebab ini duit tabung pusingan. Kalau tak bayar macam mana nak pusing."Kerajaan beri tambahan dana sebanyak RM100 juta pun tidak boleh menyelesaikan masalah kalau peminjam terus tegar tidak mahu bayar hutang. Saya merayu kepada peminjam ini supaya mengasihani kawan mereka yang mahu buat pinjaman," katanya kepada Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini Kempen Membayar Hutang Tekun Nasional yang dilaksanakan kementerian mulai bulan ini bagi menggalakkan lebih ramai peminjam membayar hutang mereka setiap bulan.Mengulas lanjut, Noh berkata institusi kredit mikro itu yang memberi pembiayaan kepada hampir 150,000 usahawan, mensasarkan kutipan sebanyak 50 peratus sebulan menerusi kempen ceramah pendidikan dan agama, selain insentif pe-ngurangan dan penjadualan bayaran balik pinjaman."Kalau kita dapat kutip 50 peratus dari kempen ini pun sudah cukup baik. Kutipan sekarang sebanyak RM15 juta sebulan dan sasaran kita RM30 juta sebulan daripada pinjaman yang diberikan purata RM40 juta sebulan," katanya.
FM - Noh Omar telah membuat lawak dan tidak sedar diri bila membuat kenyataan pemiutang TEKUN yang berhutang dengan kerajaan sejumlah rm225 juta ! Sepatutnya Noh mengucapkan jutaan tahniah kepada para peminjam TEKUN yang telah berjaya berhutang dengan kerajaan kerana itulah polisi baru kerajaan najib altantuya " rakyat didahulukan".
Agaknya Noh tidak sedar yang berhutang dan meminjam TEKUN itu adalah puak-puak UMNgok ! Sedarkah Noh bahawa barang sesiapa yang hendak meminjam TEKUN syaratnya ialah ahli UMNgok, kalau belum ahli , kena isi borang ahli UMNgok. Ahli Keadilan TIDAK boleh pinjam , ahli PAS lagilah TIDAK boleh ! jadinya ... bukan susah sangat hendak kutip hutang TEKUN ni wahai Noh , pergi ibupejabat UMNgok , bahagian data dan maklumat ahli UMNgok . Dapatlah kat mana dia orang tu. Hehehe

Mansuh PPSMI 'kejayaan rakyat'

Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat."Rakyat seluruhnya tentu lega dan gembira, kerana pengajarannya di sekolah kebangsaan Cina dan India juga turut dikembalikan kepada bahasa ibunda masing-masing," katanya kepada Malaysiakini.GMP merupakan gabungan badan-badan bahasa, NGO dan parti-parti politik yang ditubuhkan untuk mendesak kerajaan supaya memansuhkan dasar yang diperkenalkan sejak 2003.Melalui GMP, isu PPSMI juga turut dibangkit dalam kempen beberapa pilihanraya kecil yang diadakan sejak awal tahun ini.
Hassan mengucapkan syabas kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin, yang menteri pelajaran, kerana "berani membuat keputusan yang benar" demi kebaikan masa depan rakyat.Katanya, PPSMI merupakan satu dasar yang salah dan menyusahkan rakyat serta membazirkan wang untuk kembali kepada dasar asalnya."Walaupun pelaksanaan sepenuhnya hingga 2012, tetapi bagi saya ia melibatkan operasi, bukan soal dasar PPSMI," katanya ketika diminta mengulas pengumuman Muhyiddin hari ini.Hassan berkata, GMP memberi sokongan penuh kepada beliau sehingga proses seterusnya sehingga 2012.Berikutan itu, katanya, GMP akan bermesyuarat dalam masa terdekat sebelum mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai pemansuhan PPSMI.Daulat bahasa MelayuDitanya sama ada pemansuhan itu lebih baik dilaksanakan secara serta-merta, Hassan berkata:"Tak usahlah, tak payah begitu. Kita dah enam, tujuh tahun (dalam dasar itu), sekarang sudah kembali sepenuhnya seperti dahulu."Apa yang kerajaan perlu buat, ialah tumpu perhatian dengan meningkatkan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, bukan bahasa pertama."Supaya anak-anak semua kaum mahir bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua," tambahnya.'Hanya sebahagian selesai'Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'.Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi."Secara peribadi, saya menyatakan sebahagian daripada perjuangan (Gapena) itu belum selesai."Kalau kita lihat dari sudut sosialnya, ada pembahagian pelajar yang mengambil aliran sains dan aliran sastera, kita dapati pelajar kelas sains akan terus belajar sains dan matematik dan seluruh mata pelajaran sains dalam bahasa Inggeris."Sedangkan aliran sastera di tingkatan enam, akan terus mengalami diajar dalam bahasa Melayu. Jadi kita lihat berlaku dualisme dalam pembahagian masyarakat."Dan ini akan membentuk psikologi pemikiran bahawa barangkali yang berbahasa Inggeris lebih baik daripada yang berbahasa Melayu."Ini akan menyebabkan pemilihan universiti akan berubah kerana pelajar mencari institut pengajian tinggi yang lebih mudah dan lebih selesa (diajar) dalam bahasa Melayu, tidak dalam bahasa Inggeris. Dan ini sudah berlaku sekarang," katanya dalam satu sidang akhbar.Gapena akan bantu
Sementara itu, Ketua 1 Gapena, Tan Sri Ismail Hussein pula berkata menyifatkan pemansuhan PPSMI itu sebagai satu tindakan yang "sangat realistik" kepada rakyat Malaysia."Kami berikrar memberi segala pertolongan yang boleh (kepada kerajaan) untuk membantu dan menyumbang tenaga untuk memantapkan kedudukan bahasa di Malaysia," kata dalam sidang media yang sama."Kami menyokong bahasa Melayu sebagai kebangsaan dan bahasa Inggeris juga menjadi bahasa antarabangsa, kami harap sangat sifat-sifat dan perangai lama tidak dilanjutkan iaitu mementingkan bahasa Inggeris dan mempermainkankan Bahasa Melayu."Bahasa Melayu harus terus di beri perhatian dan dimantapkan sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai bahasa perhubungan," katanya.
Manakala Ketua Gapena 2, Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar pula berkata, ia menunjukkan kerajaan "mendengar pandangan rakyat" dan membuat "keputusan yang bijak"."Kombinasi semua kajian termasuk kajian Pembina dijadikan sebagai panduan utama iaitu dasar PPSMI itu merugikan orang Melayu terutama di luar bandar.Namun, katanya, bahasa inggeris dan bahasa lain harus dipelajari sebagai satu usaha untuk menambah ilmu pengetahuan di kalangan rakyat Malaysia.Beliau juga berharap agar kerajaan konsisten untuk menjadikan bahasa Melayu juga dijadikan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perpaduan di Malaysia.Daulat bahasa Melayu.
Sementara itu, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) turut menyambut baik keputusan kerajaan itu."Keputusan itu merupakan satu tafsiran komitmen kerajaan untuk mempertahan dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan."Ia juga cerminan sikap kerajaan yang bersedia untuk mendengar dan mengambil pertimbangan sewajarnya terhadap suara rakyat," kata badan itu dalam satu kenyataan.NGO itu juga berpendapat bahawa keputusan tersebut bijak serta bertepatan dengan usaha untuk mengukuhkan perpaduan nasional melalui bahasa kebangsaan.Malaysiakini