klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 19 Julai 2009

Chua Jui Meng umum sertai PKR


Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng hari ini mengumumkan keluar dari MCA dan menyertai PKR di di majlis forum anjuran PKR di Sunway.Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.
Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.Sebelum ini, Chua yang juga bekas menteri naib presiden MCA muncul di majlis tersebut bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Chua sebelum ini mengumumkan melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri Khamis lalu.
Kira-kira 800 hadirin di majlis itu bertepuk tangan ketika Chua dan Anwar melangkah masuk ke dewan pada jam 3.30 petang.Terdapat kain pemidang yang mengucap tahniah kepada Chua kerana menyertai PKR", yang dipegang hadirin ketika Chua berjalan masuk.Dalam ucapannya, Chua berkata beliau telah melepaskan jawatan ketua MCA bahagian Bakri untuk menempuh perjalanan baru untuk perubahan.Katanya, sebab beliau menyertai PKR ialah kerana sistem dua parti ini berdepan dengan ancaman dari Umno.Menurut Chua, beliau yakin telah membuat keputusan yang betul, untuk menyertai PKR, terutama dalam detik penting dalam sejarah negara.Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, menjadi pendorong penting baginya untuk melompat menyertai pembangkang.
Mayat Teoh ditemui Khamis lalu di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam, selepas disoal siasat semalam oleh SPRM, berhubung dakwaan salahguna wang peruntukan untuk DUN di Selangor.Chua hadir bersama bekas senator MCA, David Yeoh dan bekas ahli Parlimen Lumut. Kedua-duanya turut mengumumkan menyertai PKR.Dua hari lalu, Malaysiakini melaporkan bahawa Chua akan melompat menyertai PKR.
Dalam sidang akhbar selepas itu, Chua ditanya mengenai laporan yang menyebut beliau menafikan akan menyertai PKR.Dalam jawapannya, Chua menafikan berkata demikian tetapi sebaliknya berkata beliau telah disalahlapor.Ada persamaanMenurut bekas menteri kesihatan itu, beliau menyertai PKR kerana mempunyai persamaan idealisme dan visi dengan manifesto PKR untuk membawa perubahan di Malaysia.
“Saya sudah keluarkan manifesto saya beserta dengan idealisme dan visi untuk MCA.“Saya membuat perbandingan manifesto beliau (Anwar) dalam agenda Malaysia dan manifesto PKR. Saya nampak isu-isu ada perkiraan yang sama. Itu mustahak bagi saya. Kalau ada idea-ide yang bercanggah saya tidak akan masuk PKR,” katanya
Beliau juga menafikan beliau kecewa dengan MCA dan menyifatkan perkara tersebut "tidak berbangkit sama sekali".“Pada pemilihan tahun 2008 saya tewas, (kemudian) saya jemput Datuk Seri Ong Tee Keat ke bahagian saya dan minta beliau menjelaskan kepada masyarakat Tiong Hua, walaupun kami bertanding satu jawatan yang sama, atas nama prisip, maka kita boleh kekal berkawan,” katanya.
Kata Chua, presiden MCA itu, pernah hadir ke bahagiannya sebanyak dua kali selepas beliau kalah dalam permilihan parti tahun lepas.Menurutnya lagi, beliau mula membuat pertimbangan untuk menyertai PKR sebelum dan selepas pemilihan MCA pada tahun lalu.“Kemasukannya saya ke dalam PKR adalah tanpa syarat.“Saya ada idea dan wawasan yang sama dengan PKR. Kalau ada tempat ada platform, tempat itu bermula dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim,” tambahnya.
Katanya, keputusan untuk menyertai PKR juga dibuat selepas beberapa kali perbincangan dengan Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Polis soal siasat 17 pegawai SPRM

Polis telah mengambil kenyataan daripada 23 saksi, termasuk 17 pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung kematian Teoh Beng Hock - setiausaha politik exco kerajaan Selangor, yang ditemui mati Khamis lalu selepas memberi keterangan kepada SPRM.Teoh disoal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri melibatkan ADUN dan exco Selangor. "Ini hanya penemuan awal kami dan polis menyiasat kes ini secara menyeluruh daripada semua sudut," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini, lapor Bernama.
Khalid berkata polis juga menyiasat cara SPRM mengendalikan soal siasat dan turut mengambil rakaman kamera CCTV dari kawasan lif dan tempat letak kereta Plaza Masalam.Bercakap kepada media di Kuala Langat, beliau berkata satu pasukan khas diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Datuk Hasnan Hassan akan mengendalikan siasatan kes kematian Teoh.Sementara itu, Khalid berkata, keputusan awal laporan bedah siasat yang dijalankan terhadap mayat Teoh mendapati dia mati disebabkan pelbagai kecederaan akibat terjatuh dari paras tinggi.
Bagaimanapun katanya, polis belum menolak kemungkinan terdapat unsur jenayah dalam kematian Teoh yang merupakan setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah.Khalid berkata, dua ahli patologi, masing-masing seorang dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya mengendalikan bedah siasat mayat Teoh, dan menjelaskan bahawa kerajaan Selangor diberi pilihan untuk mendapatkan ahli patologinya sendiri tetapi tiada yang datang."Laporan awal bedah siasat dari ahli patologi menunjukkan Teoh setakat ini tidak mengalami kecederaan luaran. Bagaimanapun, kami akan tunggu laporan penuh daripada ahli patologi terbabit beberapa hari lagi. Buat masa ini, kematian Teoh disebabkan 'pelbagai kecederaan akibat jatuh dari paras yang tinggi'," katanya.Malaysiakini

HIMPUNAN SOLIDARITI " KEADILAN UNTUK BENG HOCK"



TARIKH : 19 JULAI 2009

MASA : 4.30 PETANG

TEMPAT : STADIUM KELANA JAYA

ANJURAN : KERAJAAN NEGERI SELANGOR

PENCERAMAH :
YB DATUK SERI ANWAR IBRAHIM , YAB TAN SRI KHALID IBRAHIM , YAB LIM GUAN ENG , YB DATUK HUSAM MUSA

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI !

Sabtu, 18 Julai 2009

SAH DATUK CHUA JUI MENG SERTAI PARTI KEADILAN RAKYAT

SELAMAT DATANG DATUK CHUA JUI MENG KE DALAM PARTI KEADILAN RAKYAT



Sah desas-desus bahawa Datuk Chua Jui Meng , Mantan Menteri Kesihatan dan Naib Presiden MCA menyertai Parti Keadilan Rakyat akhirnya terjawab . Beliau juga turut mengumumkan keluar daripada keahlian MCA .
Bertempat di Ballroom Sunway Resort & SPA , dihadapan hampir 5,000 orang , Datuk Chua Jui Meng mengumumkan kemasukkan beliau ke Parti Keadilan Rakyat . Sempena program Truth Behind The Scandal : Perak , PKFZ and BN Conspiracy yang turut dihadiri YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim .

dollah baru bangun dari tidozzz : Abdullah minta kerajaan mansuhkan ISA

KUALA LUMPUR, 17 Julai (Hrkh) - Mantan perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi meminta kerajaan menimbangkan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.Menurut agensi berita, Tun Abdullah Ahmad Badawi dilaporkan berkata ISA memberi kuasa yang besar serta skop yang mungkin terlalu luas untuk pihak berkuasa menentukan apa yang boleh dianggap sebagai ancaman keselamatan."Sebagai (bekas) menteri dalam negeri, saya telah menandatangani banyak penahanan tanpa perbicaraan di bawah ISA dan dengan kerajaan hari ini ingin pula mengkaji semula keberkesanan serta impak ISA, saya berasa terpanggil untuk memberi pandangan ikhlas mengenai akta ini."Perlu ditegaskan bahawa Malaysia masih memerlukan suatu mekanisme penahanan pencegahan demi keselamatan negara kerana cabaran yang kita hadapi seperti ancaman keganasan yang merentasi sempadan menuntut perundangan yang membolehkan kerajaan mengambil tindakan pencegahan," beliau dipetik berkata.Abdullah mengulas isu ISA sewaktu berucap sempena majlis konvokesyen khas penganugerahan ijazah kehormat Doktor Falsafah Demokrasi kepadanya di Universiti Utara Malaysia (UUM).Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berkenan menyempurnakan penganugerahan berkenaan.Abdullah menambah, sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untuk melangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara."Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik."Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.Kelmarin, PAS menyeru ratusan ribu ahlinya agar menyertai demonstrasi membantah akta kontroversi untuk menyerahkan memorandum ke Istana Negara, 1 Ogos ini

A SAD DAY FOR MALAYSIA

This has been going on for far too long. The MACC acts like God. They kidnap families and torture those they arrest. They threaten those they interrogate with death if they refuse to talk.
THE CORRIDORS OF POWER

by Raja Petra Kamarudin

The writing was already on the wall very much earlier. Alarm bells were wailing like banshees. But this was largely ignored. It was ignored because it was Malaysia Today that had triggered the alarm bells. Malaysia Today is not the most reliable source. It does not offer the best of information. What Malaysia Today dabbles in are rumours and innuendoes.
When the Anti-Corruption Agency, now called the MACC, kidnapped the family of a police inspector, Malaysia Today raised the alarm. They had kidnapped the wife and child of a police inspector who had investigated a Chinese underworld boss on the instructions of a higher-up with the rank of ASP.
The inspector was just doing what his boss had ordered him to do, and that was to open a file and launch an investigation into the activities of the Chinese prostitution, loan shark, drugs and gambling syndicate. And this resulted in the detention of three syndicate bosses. What the MACC wanted the police inspector to do was quite simple. They wanted him to change his report so that the three underworld bosses can be freed from detention.
And he would have to do that if he wants to secure the release of his family.
The police inspector refused to do that. Instead, he made a police report. And so did his wife. But nothing was done about the matter. The MACC officers were not arrested and dragged to court on kidnapping charges.
The MACC then leaked information to the media that they are investigating a very senior police officer, the Director of the CCD, for the crime of not declaring RM27 million worth of assets. The fact that MACC investigations come under the Official Secrets Act was not a hindrance. After all, the OSA is only used against opposition supporters and not against those who serve those who walk in the corridors of power.
Nevertheless, the Director of the CCD was finally not charged for not declaring RM27 million in assets. He was charged for using police property for his personal reasons, something that all government officers, ministers and politicians do blatantly every day of the week. But his real crime is that he detained several Chinese underworld bosses who control the prostitution, loan shark, drugs and gambling business all over Malaysia.
Then they arrested the lawyer who acted for the CCD Director. The MACC officers came to his office on the eve of Hari Raya and handcuffed him after roughing him up like one would do to an armed bank robber. To ensure that the lawyer suffered the greatest embarrassment this Hollywood-style arrest was done in full view of the entire office.
Malaysia Today wrote about all this. Malaysia Today not only wrote about all this but Malaysia Today repeated the stories again and again to make sure no one would say they somehow missed the story. But still nothing was done. No one denied the story. More importantly, no one did anything about what Malaysia Today revealed.
The MACC has been a tool of those who walk in the corridors of power for a long, long time. Officially, Barisan Nasional has 14 component members with Umno as the lead partner. Unofficially, Barisan Nasional has seventeen component members. The Election Commission is the fifteenth component member of Barisan Nasional, the Malaysian police the sixteenth, and the MACC the seventeenth. They all serve the interests of Umno and the Prime Minister.
The writing was already on the wall very much earlier. Alarm bells were wailing like banshees. But this was largely ignored. It was ignored because it was Malaysia Today that had triggered the alarm bells. Malaysia Today is not the most reliable source. It does not offer the best of information. What Malaysia Today dabbles in are rumours and innuendoes.
“Where is the smoking gun?” they ask. “Show me the body!” they demand. No gun, no body, then no crime has been committed.
Well, today, there is a body. It is the body of a most unfortunate Chinese opposition member who was arrested and tortured by the MACC officers. Yes, he was tortured. And he was tortured because the MACC wanted him to talk.
But he could not talk. He could not talk because there was nothing to talk about. The MACC wanted him to finger his comrades in the opposition. They wanted him to implicate his friends in the opposition for various crimes that the MACC alleges had been committed by those in the opposition.
He tried to explain that he is not being stubborn. He tried to explain that no crime had been committed. He tried to explain that he could not possibly implicate his comrades in the opposition for various crimes if these crimes are merely a figment of the MACC’s imagination.
So they continued to torture him. And he could no longer stand the torture. After all, he is not the macho type of man. He is but a gentle man who only wanted to get married this weekend. That was all that he wanted.
They threatened to kill him if he refuses to talk. With tears running down his cheeks he begged for mercy and pleaded with them not to harm him. They threatened to throw him off the top floor if he refuses to talk. Sobbing like a baby he went down on his knees and begged for his life.
They dragged him across the room and opened the window. Then something went terribly wrong. It was supposed to be just a threat. They just wanted to put fear in him. They did not really want to throw him off the top floor. They just wanted him to see what the ground floor looks like from the top floor.
The unfortunate young man panicked. He went ballistic when he saw the distance he would have to travel before hitting the ground floor. He struggled. They could not hold onto him. Gravity took over and the life of this young man was prematurely snuffed out.
The MACC then announced that they had released him the night before. They failed to announce that they had not released him from custody but released him from this world. Then they suddenly found his body the day after. He jumped. He committed suicide. He took his own life. He was never tortured. He was not dragged to the window with the threat that they would teach him how to fly.
This has been going on for far too long. The MACC acts like God. They kidnap families and torture those they arrest. They threaten those they interrogate with death if they refuse to talk.
And now one young man has really died. But no one will be punished. No one will be punished because they will say the young man took his own life. Why he took his own life no one knows. He was never tortured. He was never threatened with death. He was not made to look how far down the ground floor is. He was not accidentally dropped when he panicked and struggled and they could not get a good grip on him.
That is what they will be telling you and me later today.
- EMAIL INI DIKIRIM OLEH RPK KEPADA SAYA

Keghairahan SPRM Mengundang Padah - Anwar Ibrahim

Semalam di perkarangan Mahkamah Tinggi, saya menyelar keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku alat pimpinan UMNO.Kenyataan tersebut dikeluarkan satelah menyaksikan betapa ghairah SPRM bertindak terhadap ADUN Pakatan Rakyat Selangor.
Walhal rasuah yang melibatkan dana berbilion ringgit saperti skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), pembelian senjata, dan lain-lain cuba dilenyapkan!Dan hari ini, akibat tindakan kasar terhadap petugas Pakatan Rakyat, menyaksikan tragedi kematian pembantu YB Ean Yong Hian Wah iaitu mendiang Teo Beng Hock.
Apakah SPRM akan menjelaskan keadaan sabenar, dan siapa yang mengarah tindakan rakus terhadap Pakatan Rakyat? Dan apa peranan pimpinan kerajaan UMNO-BN dalam percaturan SPRM kini?

Keputusan Mahkamah Tinggi


Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan agar pihak pendakwaan membekalkan bukti serta dokumen kepada barisan peguam kecuali bukti yang saya kira amat penting; sampel asal DNA penuduh.Ramai yang melihat keputusan tersebut merupakan petanda positif, namun pengalaman difitnah lebih 10 tahun lalu seraya mengingatkan saya agar sentiasa berwaspada. Jika benar keadilan mahu ditegakkan, gugurkan pertuduhan fitnah jahat kali kedua ini dan tak perlu berdolak-dalih lagi.


Pimpinan UMNO-BN Gagal Tangani Kemelut Ekonomi


Sayugia diingatkan, kenyataan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) hari ini mengesahkan kebimbangan saya berhubung kedudukan ekonomi negara. Sungguhpun beberapa langkah pemulihan ekonomi yang disaran olih Pakatan Rakyat diterima pakai kerajaan, kedudukan ekonomi rupanya tidak akan pulih dalam masa terdekat ini.MIER menyatakan ekonomi negara memerlukan sekurang-kurangnya tambahan RM 8 bilion bagi meransang kembali ekonomi akibat penguncupan yang mencecah 4.2%. Perkembangan ini memperlihatkan kelemahan pimpinan negara dalam menangani isu mendesak dan berkepentingan umum.Sikap tunggu dan lihat pastinya tidak membantu membawa negara ini keluar dari kelembapan. Retorik dan omong kosong perubahan pastinya menjadi jenaka andai tidak disusuli dengan tindakan bermakna.



ANWAR IBRAHIM

Nasib Rakyat Malaysia

oleh Raja Petra


Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-cerita karut.Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP.

Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan.Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan.
Dan inspektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan.Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isterinya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculikSPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa.
Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu.
Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia.Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywood, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau.
Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today.SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17.
Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri.Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku!Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap.
Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahumenyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang.Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM.Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’.
Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu.Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap.
Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan.Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah.Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau.SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya.
Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ketingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang.Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap.
Mereka mengugut untuk membunuh sesiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap.Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh.Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua.

(Artikel ini adalah terjemahan kepada artikel asal The writing was already on the wall so long ago oleh Raja Petra.)

Anwar: Jui Meng buat pengumuman khas esok

Bekas menteri kesihatan, Datuk Dr Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman khas di majlis khas anjuran PKR di Sunway esok, kata Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Menulis dalam blognya, Anwar berkata, majlis tersebut merupakan satu forum umum bertajuk "Kebenaran di sebalik skandal: Perak, PKFZ dan konspirasi BN".Ia akan berlangsung di sebuah hotel di Sunway pada jam 2.30 petang esok.Katanya, PKR berpendirian bahawa rakyat berhak mengetahui kebenaran mengenai isu-isu yang mempunyai kesan yang besar terhadap negara. "Forum ini akan mengetengahkan fakta-fakta yang diselindungi oleh BN, yang tidak dibenarkan penyiarannya dalam media arus perdana.
"Mantan Menteri kesihatan Dato' Dr Chua Jui Meng akan membuat satu pengumuman khas pada hari tersebut," katanya.Sebelum ini, khabar angin bertiup kencang yang Chua yang meletakkan jawatan pengerusi MCA bahagian Bakri yang dipimpinnya sejak 1988, akan melompat parti untuk menyertai PKR.Bagaimanapun, malam tadi, bekas naib presiden MCA itu menafikan beliau akan menyertai PKR.Kenyataan Anwar hari ini dilihat sebagai satu petanda mengenai kemungkinan besar Chua akan menyertai PKR Malaysiakini

Saya yakin ini satu pembunuhan !

" Sehingga jam 6 pagi ( semalam ) beliau didapati masih tidur ( di ruang tamu pejabat SPRM ) . Selepas itu dia tidak kelihatan . Dari mana dia jatuh atau tempat mana dia jatuh saya tidak boleh pastikan ".
Pengarah Siasatan SPRM , Mohd. Shukri Andullah
DIA BOHONG ! SPRM BOHONG ! TAK LOGIK !
1. Kes ini hanya melibatkan RM 2,345.00 pembelian bendera Malaysia
2. Untuk apa dia tidur di Pejabat SPRM sedangkan beliau datang dengan kereta sendiri .
3. Esoknya ( 17 Julai 2009 ) beliau akan mendaftarkan perkahwinan dengan tunangnya . Mesti dia akan bergegas pulang untuk persiapan tersebut .
4. Beliau hanyalah saksi
5. Kedudukan badan beliau ( lihat gambar ) adakah dalam keadaan terjatuh daripada bangunan tingkat 14 ?
6. SPRM beritahu selesai soal siasat jam 3,45 pagi dan dibebaskan . Beliau minta kebenaran untuk berehat di bilik tetamu . TIDAK LOGIK ! saya pernah ditangkap . Bila dapat bebas , saya akan bergegas untuk keluar daripada Balai Polis . Saya tidak akan duduk lama di situ . SPRM BOHONG !
7. Polis beritahu mati mengejut ! BOHONG !
8. Tengok koyakan seluar beliau ( lihat gambar ) !!!!?????
* Terima kasih azwa gambar yang dikirim .

Jumaat, 17 Julai 2009

kerana RM 2345.00 berakhir dengan kematian ! Istana RM 24 Juta SPRM tak ada apa-apa !


Teo Beck Hock disiasat kerana pembelian bendera Malaysia RM 2345.00 untuk diagihkan sempena bulan kemerdekaan. Ditangkap , disiasat dan berakhir dengan kematian . SPRM mereka cerita yang konon kematian Teo tiada kaitan dengan siasatan SPRM dan beliau telah pun dibebaskan lebih awal . Pembohong !

Istana rasuah RM 24 juta apa cerita ? SPRM memang membuat dakwaan terpilih !

kematian yang misteri ! SPRM bunuh Teo Beng Hock !

Teo Beng Hock, 30, terbunuh, dipercayai jatuh dari bangunan pejabat SPRM itu di mana dia disoal siasat kelmarin berhubung dakwaan salahguna peruntukan DUN.
Pemimpin Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba jam 10 pagi dan menyampai ucapan ringkas kepada orang ramai di situ sebelum masuk ke bangunan hotel tersebut.Turut bersama Anwar ialah pemimpin tinggi Pakatan termasuk pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.Kira-kira 10 minit kemudian, anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.

10.54 pagi - Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Turut ditangkap ialah Lu Chuan Boon, pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meter apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM. ADUN Rawang, Gan Pei Nee (kiri) dipukul di kepalanya ketika cuba mambantu Lu. Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.
Pada jam 11 pagi, kebanyakan orang ramai yang menyertai perhimpunan itu telah bersurai dan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar turut berada di situ untuk memantau keadaan.
Bagaimanapun, kira-kira 100 orang berhimpun semula di belakang bangunan pejabat SPRM.
Manakala anggota polis pencegah rusuhan membentuk benteng mengawal di bahagian depan bangunan tersebut.

Jumlah yang ditangkap, antaranya:
YB Dr Xavier Jayakumar
Saudara Low Boon Keat - pembantu kepada YB Hee
Saudara Richard Yeow - pembantu kepada YB Dr. Cheah
YB Mike - Kapar
Saudara Shahruddin Abu Bakar
Saudara Thilai
Saudara Loh Boon Keat
Saudara Abdul Razak Ismail

Pada kira-kira jam 11.15 pagi, Anwar muncul dari bangunan SPRM bersama Kit Siang, Guan Eng, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub.Anwar memberitahu pemberita bahawa mereka menemui Pengarah SPRM Selangor, Jaffar Mahad. Sambil menyatakan kesedihan mereka terhadap kematian Teo itu, Anwar berkata wujud keadaan misteri yang memerlukan tindakan segera diambil, termasuk menyiasat cara SPRM menjalankan soal siasatnya. Sehubungan itu, Anwar mendesak supaya ditubuhkan suruhanjaya diraja untuk menyiasat kejadian tersebut.
Sementara itu, Khalid berkata, sebarang soal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan berlaku salahguna peruntukan DUN, kini hendaklah dijalankan di pejabat setiausaha kerajaan negeri.
Menurutnya, kerajaan Selangor akan membiayai kos pengkebumian Teo. Anwar juga mengumumkan bahawa pemimpin Pakatan akan bermesyuarat di ibupejabat PAS malam ini, untuk membincangkan tindakan seterusnya. Anwar berkata, satu perhimpunan dirancang diadakan di Stadium Kelana Jaya jam 4.30 petang Ahad ini.
12:10pm - Dr Xavier Jayakumar telah dibawa keluar dari lori polis rusuhan PDRM dan dibawa ke balai polis untuk siasatan seterusnya. Turut dibawa adalah tujuh orang lain yang ditahan. Lu Chuan Boon yang dipukul teruk oleh polis dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan susulan.Pihak polis kini enggan memberikan peguam iaitu Latheef Koyah dan Surendran untuk bertemu tahanan dan menjalankan kewajipan mereka.
2.30pm - YB Hee Loy Sian (ahli Parlimen PJ Selatan), Sangetha Jayakumar (anak perempuan merangkap setiausaha Dr Xavier Jayakumar) serta Azmizam Zaman Huri (Ketua AMK Cabang Kota Raja) menemani dan memberi sokongan moral kepada Dr Xavier Jayakumar dan tahanan lain di dalam bilik siasat balai polis seksyen 11. Pihak polis masih belum mahu membebaskan mereka.
3:15pm Saudara Faris Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia) datang ke bilik Orang Kena Tahan (OKT) untuk memberi sokongan moral.
Berita mengenai kematian Teo Beng Hock yang turut disiarkan di beberapa laman web dan blog termasuk Malasyiakini pada 16 Julai 2009;Setiausaha politik exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam.
Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.Pada 15 Julai 2009, beliau telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.(foto: Teo, kanan, bersama Ean Yong berbual dengan pegawai siasatan di pejabat exco itu)Berikutan berita mengejut dan luar biasa tersebut, para pemimpin Pakatan, termasuk Ean, bergegas ke bangunan tersebut.Pemimpin DAP lain yang berada di pejabat SPRM termasuk exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu; Speaker DUN Teng Chang Khim dan ahli parlimen Petaling Jaya Selatan, Tony Pua.Liu and Teng mengesahkan bahawa mayat itu mendiang Teo.Sewaktu ditemui, mendiang berbaju biru bersama kot hitam dan seluar putih.Dalam sidang media di pejabat SPRM negeri itu, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Shukri Abdull berkata mayat ditemui jam 1.30 tengah hari ini.Ditanya bagaimana mendiang ditemui, beliau berkata seorang pegawai suruhanjaya ke tempat kejadian selepas mendengar jeritan seseorang (dipercayai tukang cuci bangunan tersebut) tentang mayat itu.Menurutnya lagi, siasatan terhadap Teo - sebagai saksi kes - selesai kira-kira 3.45 pagi tadi tetapi dilihat masih berada di bangunan tersebut sekitar jam 6 pagi.SPRM tidak jelas sama ada beliau mati akibat terjatuh atau terjun dari bangunan tersebut.
Bekas wartawan Sin Chew Daily yang berasal dari Melaka itu yang dikatakan berjanji kepada para pegawai SPRM untuk kembali dengan beberapa dokumen penting bagi membantu siasatan SPRM dikatakan merancang mahu mendaftarkan perkahwinannya hari ini.Sementara itu, SPRM mengesahkan sedang menyiasat empat ADUN Selangor berhubung dakwaan salah guna peruntukan wakil rakyat.
Shukri mengesahkan suruhanjaya itu semalam menyerbu empat pejabat ADUN berkenaan dan meneliti beberapa dokumen bagi membantu siasatan, lapor laman web Utusan Malaysia."(Siasatan) itu prosedur biasa. Kalau kita terima apa-apa aduan, memang kita akan ke pejabat atau rumah mereka," katanya kepada pemberita di Akademi SPRM hari ini. Sementara itu, peguam M Manoharan, yang menemani Teo ke pejabat SPRM semalam berkata, mendiang kelihatan biasa dan tidak menunjukkan sebarang tanda menghadapi sebarang tekanan."Dia nampak gembira dan tenang. Saya menasihatkannya bagaimana hendak mengendalikan soal siasat tersebut kerana saya tidak dibenarkan untuk bersamanya" katanya.Manoharan, yang juga ADUN Kota Alam Shah kali terakhir melihat Teo pada kira-kira jam 7 petang semalam.Setakat jam 6 petang 16 Julai 2009, mayat Teo masih berada di atas bumbung tempat dia jatuh.Komputer riba Teo dirampas.Pejabat Ean telah diserbu SPRM semalam di mana sebuah komputer riba milik Teo dan sebuah komputer meja telah dirampas.
SPRM juga menyerbu pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.Selain Ean dan Lau, lima lagi wakil rakyat Pakatan turut disiasat, iaitu Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizabeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama) dan Edward Lee (Bukit Gasing).
SPRM sebelum itu telah menyoal siasat beberapa orang, termasuk pembantu lima wakil rakyat - Ean, Lau, Kok, Wong dan Yeoh.Wakil rakyat Pakatan Selangor masing-masing diberi RM500,000 setahun untuk membiayai program kemasyarakatan di kawasan masing-masing. SPRM mendakwa dana tersebut telah disalahguna.R Sivarasa, yang juga ahli parlimen Subang berkata, kematian Teo berlaku dalam keadaan yang meragukan."Sehingga ini, kita mempertanggungjawab SPRM terhadap kematian tersebut sehingga kita mendapat penjelasan yang memuaskan," katanya.

Anwar Tidak Berada Di Tempat Kejadian Liwat

by : http://johornews.blogspot.com

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak berada di tempat kejadian jenayah sepertimana didakwa dalam pertuduhan liwat terhadapnya, Mahkamah Tinggi . Peguam Edmund Bon berhujah perkara itu terkandung dalam notis alibi yang diserahkan oleh Anwar kepada pihak pendakwaan.
"Sebab itu kami perlukan semua dokumen berkaitan dengan kes ini untuk menyediakan pembelaan terbaik," kata Bon pada pendengaran permohonan Anwar kepada Mahkamah Tinggi untuk memerintahkan pihak pendakwaan memberikan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya itu secepat mungkin sebelum perbicaraan kes liwat itu bermula.
Bon berkata dokumen yang diminta itu termasuk rakaman asal CCTV yang diambil di beberapa lokasi di tempat didakwa berlakunya kejadian itu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara, dari 25 hingga 27 Jun tahun lepas, kenyataan para saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, dan kenyataan polis.
Katanya pihak pembelaan telah berulang kali meminta pihak pendakwaan memberikan semua dokumen itu sebelum perbicaraan bermula tetapi tidak diendahkan.
Beliau berkata Pejabat Peguam Negara telah berurusan dengan Majlis Peguam dan mereka bersetuju dengan garis panduan Majlis itu bahawa dalam mana-mana kes, pihak pendakwaan patut menyerahkan dokumen yang diminta oleh pihak pembelaan tiga minggu sebelum perbicaraan bermula.
"Bagaimana pasukan pembelaan mahu mengendalikan jika pasukan tidak mempunyai sebarang idea mengenai dokumen itu. Bagaimana kami menjamin ketulenan dokumen berkenaan," katanya.
Seorang lagi peguam bela, Amer Hamzah Arshad, berhujah pihak pembelaan perlukan laporan kimia mengenai sampel DNA bagi membolehkannya mendapatkan pendapat pakar.
Satu daripada alasan pihak pendakwaan untuk memindahkan perbicaraan kes liwat itu daripada Mahkamah Sesyen kepada Mahkamah Tinggi ialah kerana isu DNA itu yang dikatakan sangat rumit, namun pihak pendakwaan enggan memberikannya kepada pihak pembelaan, katanya.
"Dalam mengendalikan laporan DNA, pihak pembelaan perlu tahu mengenai rumusan ahli kimia atau penemuan dalam laporan DNA itu. Kami juga perlukan laporan DNA itu untuk dianalisis oleh pakar kami," katanya.
Pendengaran di hadapan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah disambung esok.

Chua Jui Meng akan sertai PKR?


Bekas Naib Presiden MCA, Datuk Chua Ji Meng dipercayai akan melompat parti untuk menyertai PKR di satu majlis hujung minggu ini.Chua telah memanggil mesyuarat tergempar MCA Bakri malam ini di mana beliau dijangka melepaskan jawatan ketua bahagian berkenaan.Difahamkan timbalannya, Sia Ka Tuan, dijangka akan memangku jawatan ketua bahagian berkenaan.Chua, 64, bekas menteri kesihatan dan seorang peguam, mengetuai bahagian Bakri sejak 23 tahun yang lalu.

Beliau bertanding jawatan timbalan presiden MCA tetapi tewaskan kepada Datuk Seri Ong Ka Ting pada 2005 dan Datuk Seri Ong Tee Keat pada 2008.Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka menggunakan kemasukan Jui Meng ke dalam PKR untuk meningkatkan sokongan kepada gabungan pembangkang yang kini berdepan dengan krisis dalaman dan kebangkitan semula BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri baru, Datuk Seri Najib Tun Razak.Usaha untuk menghubngi Jui Meng sehingga tidak berjaya.Malaysiakini

Mahkamah benar Anwar peroleh dokumen kes liwat - mStar

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperoleh semua dokumen berkaitan kes liwatnya.Bagaimanapun mahkamah tidak membenarkan permohonan Anwar untuk mendapatkan sampel atau spesimen asal yang dikatakan diambil melalui ujian swab ke atas pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Keputusan itu dibuat oleh hakim, Mohamad Zabidin Mohd Diah sebentar tadi.Hakim juga menetapkan supaya tindakan dan penyerahan hang diperintahkan kepada pihak pendakwa disempurnakan dalam tempoh seminggu.
Mohamad Zabidin juga menetapkan sebutan semula bagi perbicaraan kes liwat Anwar dan permohonannya untuk menggugurkan kes berkenaan diadakan pada 24 Julai.mStar