klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 26 Ogos 2009

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SKUAD PILIHANRAYA AMK , AMK PERMATANG PAUH DAN SEMUA PETUGAS PRK N11 PERMATANG PASIR

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua Skuad Pilihanraya AMK Malaysia , AMK Permatang Pauh ( termasuk Sri Mawar ) , UKP Permatang Pauh dan semua petugas AMK yang telah menyumbangkan tenaga , wang ringgit , masa dan segala-galanya bagi memastikan PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di PRK N11 Permatang Pasir.
Saya amat berbangga dengan komitmen yang sangat tinggi kepada semua rakan-rakan yang telah berkampung di Permatang Pasir bermula 17 Ogos sehingga 25 Ogos 2009 walaupun terpaksa bekerja dalam suasana Ramadhan Al-Mubarak ( hari pertama puasa semua orang ingin bersama ahli keluarga berpuasa dan berbuka ) , cuaca yang tidak menentu , tempat tidur yang tidak selesa dan pelbagai kesulitan dihadapi dengan tenang dan tetap utuh bersemangat sehingga hari pembuangan undi .
Kerjasama yang baik , komitmen yang tinggi dan semangat bekerja bersama benar-benar saya hargai . Walaupun tidak ramai tetapi rakan-rakan telah melakukan kerja dengan penuh istiqamah dan mengharumkan nama AMK .
Terima kasih yang sangat tinggi saya kepada Sdr Amir Ghazali ( Ketua AMK Permatang Pauh ) dan seluruh EXCO AMK Permatang Pauh serta Sri Mawar yang membantu dan bekerjasama dengan Skuad Pilihanraya AMK Malaysia . Termasuk juga penghargaan saya kepada Sdr. Khairil ( SU AMK Pulau Pinang ) dan Team Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh ( tidak sia-sia saya yang melancarkan UKP Permatang Pasir 4 tahun yang lalu ) . Diharapkan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang .
Terima kasih juga saya sampaikan kepada beberapa orang EXCO AMK Malaysia yang turut sama hadir di Permatang Pasir .
Walaupun undi sedikit merosot tetapi kemenangan amat membanggakan dan memberikan tamparan hebat kepada UMNO /BN bahawa UMNO / BN sudah semakin tidak relevan lagi untuk rakyat Permatang Pasir dan seluruh rakyat Malaysia . UMNO /BN terus kecundang dan kita telah memberikan mereka 7-0 !

Terima kasih dan jazakallah kepada semua .

Fariz Musa
Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua AMK Malaysia

PAS menang, majoriti menurun

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.
Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

SIASAT SI TIONG

Salam 2 all.

Semalam Presiden MCA merangkap Mentari Pengangkutan Dato' Seri Ong Tee Keat telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Tiong King Sing berkaitan isu PKFZ.
Saman difailkan melalui peguamcara Tetuan Tan, Goh & Associates difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menuntut gantirugi sebanyak RM500 juta serta permohonan maaf secara terbuka daripada Datuk Seri Tiong.
Saman ini difailkan apabila Datuk Seri Tiong, Ahli Palrimen Bintulu yang juga Ketua Backbencher Be End mendedahkan kepada umum bahawa beliau telah membayar wang sebanyak RM10 juta kepada Dato Seri Ong Tee Keat. Ini diikuti oleh kenyataan Pengarah Urusan Kuala Dimensi Sdn. Bhd. Mohd Faisal yang mendakwa Dato' Seri Ong telah menggunakan kemudahan penerbangan jet peribadi milik mereka sebanyak empat kali.
Dakwaan dan pendedahan ini adalah sangat serius kerana Datuk Seri Tiong adalah juga Pengerusi Eksekutif syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang telah mendapat kontrak bagi pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibawah bidangkuasa Kementerian Pengangkutan.
Dato' Seri Ong dalam samannya antara lain mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Tiong adalah cubaan untuk menghalang siasatan dilakukan terhadap Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang menimbulkan kontorvesi berikutan dakwaan rasuah, salahlaku dan salahguna kuasa membabitkan berbillion ringgit wang rakyat.
Saya hairan mengapa sehingga hari ini pihak berkuasa saperti Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih membisu dan tidak mengambil segera tindakan yang konkrit. Alasan lapuk yang diberi kononnya perkara ini sedang disiasat oleh Public Account Committee (PAC) Parlimen yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Azmi Khalid.
Pada saya ini dua isu yang berbeza. PAC tidak ada kuasa pendakwaan, ia sekadar melapur kepada Parlimen untuk tindakan lanjut. Apa yang berlaku sekarang ini mempunyai unsur-unsur jenayah. Samada Dato' Seri Ong Tee Keat telah melakukan jenayah rasuah dan salahguna kuasa, ataupun Datuk Seri Tiong telah melakukan penipuan dan "peras ugut halus" terhadap seorang Menteri Kabinet.
Saya percaya kalau yang terlibat ini adalah pimpinan Pakatan Rakyat, sudah pasti Polis Raja Di Malaysia dan SPRM akan melompat-lompat menghunus keris karat masing-masing.
Dan yang paling malang Timbalan Presiden UMNo Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menasihatkan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan "perbalahan mereka secara senyap-senyap"!?
Ini bukan soal perbalahan parti komponen, ini soal wang rakyat yang bernilai berbillion ringgit telah disalahgunakan. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan melihat tindakan segera dan tegas diambil tanpa sebarang kelengahan lagi. Oleh itu saya mendesak supaya pihak berkuasa tidak lagi bermain aci-cop dengan rakyat, tetapi mengambil tindakan segera untuk mengembalikan hak rakyat kepada rakyat!
Wassalam.

YB Zulkifli Bin Noordin

UMNO YANG SEBENARNYA PETUALANG BANGSA

oleh MHT

Regim BN ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah Apco Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa. Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.
Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN (media pro yahudi).
Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.
Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.
Apco Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM.
Apco dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang popular.
Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.
Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.

Bajet Tambahan RM361 juta Bakal Hangatkan Sidang DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Ogos ini bakal dihangatkan dengan cadangan bajet tambahan kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM361, 267, 300.00.Bajet tambahan tersebut akan menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai bajet terbesar di Malaysia, bagi tahun 2009 dengan jumlah keseluruhan RM2.160 bilion.
Pada akhir tahun lalu kerajaan negeri telah meluluskan bajet bagi tahun 2009 sebanyak RM 1.799 bilion.Nilai bajet tambahan tersebut malah lebih besar dari bajet tahunan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi tahun 2009 iaitu RM360 juta.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, bajet tambahan yang begitu besar jumlahnya itu menimbulkan pelbagai persoalan dan memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri tidak begitu teliti dengan perancangan tahunan.
”Antaranya adalah peruntukan untuk pembinaan jambatan Kampung Pulau Sekati, yang hingga kini belum pun nampak apa-apa kerja yang dilakukakan,”selain itu, kerajaan negeri memohon tambahan bajet ratusan juta tersebut untuk kos membina beberapa buah jambatan, termasuk jambatan Jeram yang dilancarkan oleh bekas Menteri Besar pada awal 2008 lalu,”apa yang menjadi kemusykilan adalah, bukankah membina infrastruktur, jalanraya dan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan?,”katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pre-Council Sidang DUN yang di pejabat PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, disini.
Beliau berkata, sebelum ini pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, Stadium dan lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang juga menjadi tanggungjawab persekutuan tetapi telah menggunakan kewangan kerajaan negeri Terengganu.
Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan Terengganu memohon keluar dari Persekutuan sekiranya, kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu untuk memberi peruntukan.”Lebih baik Terengganu pohon keluar dari Persekutuan, sekiranya kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu membiayai kos pembangunan di Terengganu,”tambahnya. - buletinonline

Selasa, 25 Ogos 2009

TERKINI TERKINI N11

JUMLAH KELUAR MENGUNDI 14,768
PERATUS : 73%
PAS - 9618
BN - 5067
ROSAK - 83
MAJORITI - 4551

PAS MENANG ! PAS MENANG ! MAMPUS UMNO/BN ! HIDUP PAKATAN RAKYAT !

NONI OH NONI !!!!!!!

Insyaallah dapat menyelesaikan banyak masalah penyakit :

PENYAKIT BARAH
PENYAKIT JANTUNG
STROK
DIADETES ( kencing Manis )
AFRODIASIAK
KEGEMUKAN
DARAH TINGGI
MASALAH TIDUR
TEKANAN
ALERGIK
MASALAH PENCERNAAN
MASALAH PERNAFASAN
RHEUMATISM
GANGGUAN FUNGSI OTAK
RASA KURANG SELESA
PENYAKIT BUAH PINGGANG
MAGRAIN
GASTRIK
GOUT
MASALAH PENYAKIT KULIT
MASALAH PENAT
BARAH PAYUDARA

DAN MACAM LAGI !!!!!!!!!!

Harga Berpatutan Tapi Berkesan !
RM 40


KETERANGAN LANJUT
sila hubungi saya 019-9900288

Penyokong Umno pula bertakbir

Ogos 25, 09 10:01am
Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini.Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.
Penyokong Umno juga turut melaungkan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'.Suasana itu berlaku pada kira-kira jam 9.50 pagi ini.Sementara itu, Calon PAS, Mohd Salleh Man tiba di sekolah itu pada masa yang sama.Beliau memberitahu pemberita, beliau gembira dengan sokongan dari pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco-exco kerajaan negeri.Beliau juga gembira dengan sokongan pengundi terhadapnya.
Calon BN, Rohaizat Othman tiba kemudiannya dan bersalaman dengan Mohd Salleh.Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.Mohd Salleh mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

terkini N11

MAKLUMAT YANG SAYA TERIMA JAM 5.15 PETANG , PAS MASIH MENDAHULUI DENGAN MAJORITI 2888 - 3888 .

N11 TERKINI

Saya mendapat info jam 4.40 petang tadi , PAS mendahului dengan majoriti 2587 undi .
ok , nak gerak pusing keliling memantau PRK sebelum jam 5 petang .

Anwar nafi jumpa Najib

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kononnya beliau mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir bulan lepas."Saya ada jumpa dia tetapi berkaitan hal kerja di Parlimen, secara peribadi tidak ada," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir hari ini.
Laman web The Malaysian Insider semalam melaporkan kononnya Anwar telah mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Najib di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.Anwar bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengundi di situ pada 8.30 pagi.Pilihan raya kecil itu melibatkan calon PAS Mohd Salleh Man, 52, dan calon BN Rohaizat Othman, 38. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu akibat serangan jantung. BERNAMA

70.5% mengundi sehingga 4 petang

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi mencecah 70.5 peratus atau 14,031 orang.
Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir. Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang. Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai. Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.
FM - MAKLUMAT TERKINI YANG SAYA DAPAT JAM 4.10 PTG TADI PAS MENDAHULUI 2388 UNDI .

Sindir PM, majalah humor dirampas

Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun hari ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir perdana menteri.
Lapan pegawai itu berada sejam di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.Ketua pengarangnya Zunar berkata rampasan itu bermotif politik kerana pihaknya telah mendapat kelulusan secara lisan daripada KDN untuk menerbitkan Gedung Kartun.Ditemui Malaysiakini di pejabatnya sewaktu serbuan itu, beliau mencetak majalah tersebut tanpa mendapat surat kelulusan untuk mengelakkan karenah birokrasi."Kita belum dapat surat rasmi tapi sebenarnya sudah ada kelulusan daripada menteri. Pada 14 Ogos, KDN janji untuk hantar surat dalam masa dua atau tiga hari.
"Sudah menjadi amalan biasa bagi penerbit, bila kita sudah habis mencetak kita akan dapat surat rasmi," katanya ketika ditemui di pejabat penerbit itu hari ini.“Masalahnya tidak ada surat. Sepatutnya mereka keluarkanlah surat, selesailah masalah,” katanya lagi.Selain Najib, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa pemimpin Umno, majalah setebal 68 halaman itu turut memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.
Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA (foto kiri). Dihubungi selepas serbuan itu, pemangku pengarah penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN cawangan Selangor menjelaskan penerbit masih tidak berhak menerbitkan majalah sekalipun telah mendapat nombor rujukan permit penerbitan (PP)."Ini bukan sebab formaliti. Kalau tidak ada surat, janganlah dia terbitkan dulu. "Bila dah dapat nombor dan ada kelulusan rasmi, barulah boleh cetak," kata Zainal Abidin Osman, yang turut mengesahkan operasi berkenaan yang turut melibatkan pegawai-pegawainya."(Surat rasmi) ini macam kita ambil ujian memandulah. Kalau kita dah lulus semua dan diberitahu sudah lulus, kita masih tidak boleh memandu selagi belum dapat lesen," katanya kepada Malaysiakini.

ceramah perdana AMK hebat !

Alhamdulillah setelah mengambil beberapa tindakan bermula malam semalam dengan mencetak handbill beribu-ribu keping dan mengedarkan ke seluruh bilik gerakan PAS dan Keadilan serta program pengagihan kurma kepada orang ramai dan pengundi Permatang Pasir yang dikepilkan dengan handbill ceramah perdana AMK yang di adakan 24 Ogos 2009 bertempat di Bilik Operasi AMK di Sama Gagah telah membuahkan hasil yang sangat baik malam tadi .
Saya telah arahkan Khairul untuk membuat pengumuman serta hebahan di seluruh Permatang Pasir bagi mewar-warkan program ceramah tersebut .
Malam tadi ceramah saya mulakan pada jam 8.45 malam , 15 minit lebih awal daripada masa asal program iaiatu jam 9.00 malam . Para pengundi kaum cina sudah lebih awal berada di tempat duduk penonton dan YB Sim Tze Tzin , Naib Ketua AMK Pualau Pinang .
Malam ini kehadiran lebih daripada 5000 orang menghangatkan suasana ceramah terakhir sempena PRK N11 Permatang Pasir .
Penceramah malam ini semua barisan pimpinan PR yang hebat-hebat . Antara penceramah malam ini ialah YB datuk Seri Anwar Ibrahim , YB Azmin Ali , YB Tian Chua , YB Datuk Mahfuz Omar , Y.Bhg. Datuk Chua Jui Ming , Y.Bhg Datu Zaid Ibrahim , YB Dr. Hatta Ramli , Sdr. Shamsul Iskandar , YB Kasavan dan Tuan Haji Mohamad Sabu .
Turut hadir dan menyampaikan ceramah dan sebagai penutup ialah YAB Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang .
Saya hendak rakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua Skuad Pilihanraya AMK yang hanya 15 orang bergerak bersungguh-sungguh walaupun dalam suasana menghadapi Ramadhan bagi memastikan program tersebut berjaya . Begitu juga teman-teman AMK Permatang Pauh yang turut membantu bersama-sama menjayakan ceramah perdana AMK malam tadi .
Semoga kemenangan akan diperolehi dan untuk sekian kalinya UMNO /BN akan kecundang lagi di Permatang Pasir .

Tawaran Lumayan Umno/BN Pilihan Radzhi

oleh TVantara

ADUN Lunas Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah displinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Radzhi bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.
Anwar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada Radzhi bulan lalu supaya lebih beretika dalam menjalankan tugasnya.“Kita juga mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu (Radzhi) mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas Menteri Besar Kedah....sebab itu saya membangkitkan di Parlimen sebelum ini tentang cubaan (Umno) untuk membeli wakil rakyat," kata Anwar.
“Ini percubaan Umno untuk menggunakan Adun Lunas bagi menarik yang lain. Kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberap bulan lalu mengadu kepada saya bahawa mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau menghubungi kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” kata Anwar.
Menurut beliau, pimpinan Keadilan telah pun menasihati Radzhi supaya meletakkan jawatan kerana masalah-masalah berkenaan dan juga bertindak menggantung PKR Padang Serai dan cabang-cabang parti di situ.
Anwar berkata Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat demi memastikan gagasan itu dibersihkan daripada Adun dan Ahli Parlimen yang tidak berwibawa dan tanpa kredibiliti.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mencalonkan beliau sebagai Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.