klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 9 September 2009

Tapak baru kuil di Seksyen 23 - Malaysiakini

Kerajaan Selangor mengenal pasti satu lagi tapak baru kuil, juga di Seksyen 23 Shah Alam, setelah tapak sebelumnya menerima bantahan keras sekumpulan penduduk. "Lokasi ini lebih strategik dan sesuai, terletak 100 meter daripada tapak cadangan asal dan 400 meter daripada kawasan perumahan," kata satu kenyataan pejabat menteri besar.
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini juga meninjau beberapa kawasan dalam usaha menyelesaikan perpindahan kuil Sri Maha Mariamman dari Seksyen 19 Shah Alam ke lokasi yang lebih sesuai.
Tinjauan itu turut disertai oleh exco kerajaan negeri dan juga ADUN Batu Tiga, Rodziah Ismail, ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad. Datuk Bandar Shah Alam, Mazalan Md Noor dan Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Othman Omar juga hadir pada tinjauan tersebut yang melibatkan seksyen-seksyen 18, 19, 20 dan 23 Shah Alam.
"Kerajaan negeri akan memaklumkan dan mengadakan perbincangan dengan jawatankuasa kuil Sri Maha Mariamman Seksyen 19 mengenai tapak cadangan baru ini."Kerajaan negeri prihatin untuk mendapat persetujuan semua pihak yang terlibat untuk memastikan satu penyelesaian terbaik dapat dicapai," kenyataan pejabat Abdul Khalid dipetik. Malaysiakini

LAPORAN PENYIASATAN DAKWAAN PENDERAAN SEKSUAL TERHADAP WANITA KAUM PENAN TIDAK AKAN SELESAI MASALAH

Wanita KEADILAN ingin merakamkan terima kasih kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Tan Sri Faizah Md Tahir yang telah menemui dan memberikan kerjasama kepada rombongan Wanita KEADILAN bagi mendapatkan Laporan oleh Jawatankuasa Bertindak Peringkat Kebangsaan bagi Menyiasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Kaum Penan di Sarawak yang diketuai oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Shahrizat Abdul Jalil.
Laporan tersebut telah diperoleh semalam, Selasa 8 September 2009. Wanita KEADILAN telah dengan serta-merta menghebahkannya kepada seluruh rakyat Malaysia, khususnya kepada aktivis yang membela keadaan kaum Penan di Sarawak.
Penelitian terhadap Laporan tersebut telah mendapati bahawa matlamat untuk menyediakan pelan tindakan menangani secara khusus bagaimana untuk mengelakkan jenayah rogol dan penderaan seksual terhadap wanita, gadis dan anak-anak perempuan kaum Penan dengan sewenangnya dari terus berlaku tidak tercapai.
Laporan tidak menyebut peranan khusus yang harus dimainkan oleh pihak polis di Sarawak dalam pelan tindakan untuk menghentikan pencabulan seksual ke atas wanita dan gadis kaum Penan.
Sikap acuh tak acuh dan tidak mesra kaum Penan Polis Sarawak telah memburukkan lagi keadaan bagi keselamatan kaum Penan, khususnya wanita dan gadis. Kenyataan Ketua Polis Bahagian Jenayah, ACP Huzir Mohamed bahawa PDRM Sarawak tidak mempunyai peruntukkan untuk misi bersama NGO untuk terus menyiasat dakwaan mengenai kes rogol wanita dan gadis Penan sungguh menghampakan.
Janji Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan kepada Penan Support Group pada 2 Januari 2009 bahawa PDRM bersetuju untuk mengadakan siasatan bersama dengan bantuan NGO pula belum menghasilkan sebarang tindakan.
Wanita KEADILAN juga kesal bahawa tiada usaha untuk membawa mereka yang bersalah (yang telah dikenalpasti menurut Laporan) melakukan penderaan seksual terhadap anak-anak, yang semuda usia 10 tahun, sehingga ada di antaranya berulang kali hamil dan melahirkan anak, tidak dibawa ke muka pengadilan.
Wanita KEADILAN mengutuk syarikat pembalakan yang telah jelas sama sekali mengabaikan tanggungjawab sosial mereka dalam memelihara cara hidup, maruah dan kesejahteraan kaum Penan. Perbuatan pekerja syarikat pembalakan yang mencabul kehormatan wanita kaum Penan merupakan suatu kehinaan yang bersifat kehaiwanan. Malaysia tidak memerlukan syarikat-syarikat sedemikian yang bersifat rakus beroperasi hanya untuk kepentingan material dan keuntungan wang ringgit yang membawa padah kepada rakyat.
Apakah keuntungan berbilion ringgit mereka tidak dapat dikongsi dalam membangunkan infrastruktur dan usaha-usaha menjamin keselamatan kaum Penan di mana mereka membalak?
1Malaysia PM, Najib Razak makin jauh meleset kerana wujud berbagai golongan rakus yang tidak memperdulikan golongan yang lemah di Malaysia.

HJH. ZURAIDA KAMARUDDIN
Ketua Wanita
Parti Keadilan Rakyat

Rabu, 2 September 2009

ACARA LAWATAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM KE NEGERI PERAK: SABTU, 5 SEPTEMBER 2009

6.30 - 8.00 mlm : Tazkirah, Buka Puasa dan Solat Maghrib
Tempat : Surau Al-Amaliah, Taman Sentosa, Kampar
8.30 - 10.00 mlm : Solat Isyak, Tarawikh dan Tazkirah
Tempat : Masjid Jamek, Pekan Gopeng
7.30 - 11.00 mlm : Ceramah Umum - “ The Way Forward for Malaysia”
Tempat : Dewan Too Bow Keong, Ipoh (Dato' Seri Anwar dijangka tiba selepas program di Masjid Jamek, Pekan Gopeng)
Panel penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dato' Chua Jui Meng
iii. YB Dr. Lee Boon Chye
iv. YB Sdr. Tian Chua
v. YB Sdr. Sivarasa Rasiah

10.00 - 12.00 mlm : Pidato Ramadhan
Tempat: Surau Nurulhuda, Batu 6, Tambun, Ipoh
Pemidato:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Sdr. Mustafa Kamil Ayub
iii. Ustaz Dr. Khairuddin Abdul Malik
iv. Ustaz Zulkifli Ibrahim

ACARA LAWATAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM KE NEGERI JOHOR: AHAD, 6 SEPTEMBER 2009
5.30 - 6.30 ptg : Perasmian Pejabat Keadilan Cabang Sikijang & Dialog Bersama RakyatTempat: Taman Indah, Bukit Siput, Segamat
7.15 - 8.00 mlm : Berbuka Puasa dan Solat MaghribTempat: Rumah Ketua Cabang Keadilan Segamat
7.30 - 11.00 mlm : Jamuan dan Ceramah
Tempat: Dewan Siang Hai Kee Restaurant
Panel penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dato' Chua Jui Meng
iii. YB V. Sivakumar (Speaker DUN Perak)
iv. YBhg Datuk SS Subramaniam

8.30 - 9.30 Mlm : Solat Isyak dan TarawikhTempat: Masjid Kampong Jawa, Segamat
10.00 - 12.00 Mlm : Ceramah Perdana – “Menuju Ke Arah Kebangkitan Rakyat Johor”
Tempat: Markaz PAS, Parit Sulong
Panel penceramah:
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dato' Chua Jui Meng
iii. YBhg Sdr. Hasmi Hashim
iv. YBhg Cik Gu Faisal Abd Rahman

Selasa, 1 September 2009

KEAJAIBAN BUAH MENGKUDU




Mengkudu atau nama saintifiknya morinda citrifolia diketahui begitu kaya dengan pelbagai ramuan ubatan hingga digelar sebagai ratu tumbuhan. Khasiat buah mengkudu boleh meredakan tekanan darah tinggi, senggugut, arthritis, ulser, kencing manis, kerosakan buah pinggang, pundi hempedu serta urat saraf.

Demikian menurut pegawai penyelidik Bahagian Tumbuhan Ubatan, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), Dr. Mohd Ilham Adenan. Selain itu buah mengkudu juga dikatakan dapat merencat pertumbuhan sel-sel barah, mempunyai kesan analgesik (penahan sakit), antiseptik (membunuh kuman) dan menghalang pertumbuhan parasit serta kulat. Dikalangan masyarakat kepulauan Hawaii, buah mengkudu dianggap sebagai the magic fruit atau buah ajaib kerana nilai perubatannya yang tinggi. Sebenarnya buah mengkudu atau noni (nama tempatan di Hawaii) telah tercatat dalam manuskrip purba sebagai salah satu bahan utama dalam ramuan perubatan sejak 2,000 tahun lalu.

Seluruh bahagian pokok mengkudu dikatakan mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.Biji mengkudu dipercayai boleh digunakan sebagai julap. Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit. “Daunnya dikatakan mujarab untuk merawat sakit kulit, mengurangkan sakit dan radang kulit.”

Sementara itu menurut Dr. Ilham; penyelidikan yang sedang dijalankan di FRIM mendapati pucuk mengkudu mempunyai bahan kimia yang amat berguna untuk menghalang proses penuaan.Batang mengkudu pula boleh digunakan untuk mengurangkan tekanan darah sementara ekstrak daripada buah mengkudu pula dipercayai boleh menyembuhkan sakit mata. “Khasiatnya yang tersendiri tidak mustahil setanding dengan tongkat ali..” Dr. Ilham.

Bagaimanapun pokok mengkudu yang boleh ditemui dengan banyak di Asia Tenggara, Australia, New Zealand, India, Carribean dan Tahiti mempunyai nama yang berbeza. Misalnya di Kepulauan Carribean, mengkudu dipanggil pain killer tree (pokok penahan kesakitan) kerana kegunaannya yang meluas untuk meredakan kesakitan akibat bengkak, terseliuh, patah tulang, demam dan pelbagai lagi. Manakala di Asia Tenggara, pokok yang dipanggil nhau itu digunakan untuk mengubati sakit tekak serta penyakit mulut dan gusi.

Masyarakat di Filipina pula percaya buah mengkudu bertindak membersihkan usus terutamanya menghindari perut dari parasit. Masyarakat Melayu samada di Malaysia atau Indonesia pula biasanya menggunakan buah mengkudu untuk mengurang gangguan semasa kencing, diabetis, batuk, senggugut dan pendarahan. “Masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii” “Walaupun pokok mengkudu tumbuh liar dikawasan kampung tetapi penggunaannya sebagai bahan perubatan traditional semakin dilupakan.” “Hanya daunnya saja digunakan bagi merawat wanita lepas bersalin, manakala pucuknya pula dimakan sebagai ulam” kata Dr. Ilham. Walaupun mengkudu terdapat banyak disini, masyarakat Malaysia memandang remeh khasiatnya berbanding dengan saintis Hawaii telah mula membuat kajian mengenainya sehinggakan buah itu telah dikomersialkan sejak 1993. Produk yang berasaskan buah mengkudu telah mula dipasarkan di Hawaii dalam bentuk tablet dan jus sebagai makanan kesihatan.

Menurut Dr. Ilham lagi, mengikut pengamal perubatan traditional terutamanya di Hawaii, amalan meminum jus mengkudu amat baik untuk kesihatan. “Jus itu biasanya diminum sebagai tonik ketika berehat atau selepas bangun tidur terutamanya sebelum menikmati sarapan pagi” katanya. Bagaimanapun menurut Dr. Ilham, walaupun jus mengkudu berkhasiat tetapi tidak ramai yang sanggup meminumnya kerana bau yang tidak menyenangkan. Oleh itu bagi tujuan kommersial, pengusaha jus mengkudu menambahkan dengan pelbagai perasa seperti strawberi atau anggur untuk menghilangkan bau yang tidak menyenangkan itu. Di samping itu satu lagi cara menghilangkan bau adalah dengan mengeringkan jus itu sehingga menjadi serbuk dan dimasukkan ke dalam kapsul.

Walaupun hanya beberapa tahun dikomersialkan, keajaiban buah mengkudu telah terserlah ketika Perang Dunia Kedua lagi. Tentera yang berada di Kepulauan Polynesia diberikan mengkudu oleh penduduk tempatan untuk menghindari rasa letih. Sementara di Kepulauan Ratatonga, Samoa dan Fiji, buah mengkudu telah menjadi makanan ruji masyarakat di sana. Mereka memakannya sama ada mentah atau dibuat gulai. Manakala masyarakat Burma pula gemar memasak gulai buah yang masih muda dan buah yang telah masak akan dimakan mentah bersama garam. Memandangkan pokok mengkudu mempunyai khasiatnya yang tersendiri, tidak mustahil ia akan setanding dengan tumbuhan ubatan yang akan dikomersialkan seperti tongkat ali dan sebaginya. Pokok Mengkudu bukanlah asing bagi kita di Malaysia. Ia adalah tumbuhan tropika yang daunnya digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulam. Buahnya sekali-sekala digunakan sebagai makanan selepas bersalin.

Seringkali si pemakannya tidak mengetahui sebab dan tujuan ia dimakan. Biasanya buah tersebut dipetik dan diperam di atas garam atau di dalam beras dan bila sudah masak, ia dimakan begitu sahaja. Di Indonesia buah ini juga popular digunakan sebagai “buah rojak” serta dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak.

Bagi penduduk kepulauan Polynesia dan Hawaii lain pula halnya, mereka lebih mengutamakan buahnya. Sejak lebih kurang 2000 tahun yang lalu, penduduk di kepulauan tersebut telah menggunakan buah mengkudu sebagai ubat untuk berbagai jenis penyakit. Kerana khasiatnya yang sungguh istimewa itu, mereka menggelarkannya sebagai “Pain Killer”, “Headache Tree” dan “Cheesefruit”. Nama saintifiknya ialah Morinda Citrifolia dan di Hawaii dikenali sebagai Noni. Mengkudu sebenarnya berasal dari Asia Tenggara termasuk Malaysia melalui laut yang dihanyutkan dari satu pulau ke satu pulau. Kepulauan Carribean terutama Tahiti adalah satu kepulauan yang subur dengan tumbuhan mengkudu.

Khasiat Buah Mengkudu diantaranya menstabilkan tekanan darah dan aras kolestrol - otot jantung Gangguan dalam tubuh - kencing manis, sakit kepala, ginjal, buah pinggang, pundi kencing, pundi hempedu dan tiroid Mencegah pertumbuhan sel kanser dan tumor Sistem pernafasan - resdung, asthma, bronkitis, hingus meleleh, batuk, sakit tekak, batuk kering, kolera dan bayi yang demam selsema Gangguan penghadaman - perut kembung, ulcer, gastrik, cirit-beret, muntah-muntah, tidak hadam, buasir, keracunan makanan Mulut dan Tekak - radang tekak, sakit gusi dan sakit gigi Sakit tulang dan sendi - terseliuh dan gout Penyakit kulit - bisul, luka, kurap, radang, ulser kulit Sakit puan - senggugut, gangguan haid Menghilangkan gatal - celah kelangkang, pelipatan, ulat air dan penyakit kulit Memulihkan kesan umum penuaan (awet muda) Menghilangkan ketagihan dadah dan rokok Membantu sistem kesuburan lelaki dan wanita Meredakan kesakitan (analgesik) Meningkatkan tenaga tubuh badan Mengurangkan stress (tekanan) Anti-oxidant.

Mengenali NONI / MENGKUDU

NONI: PENAWAR PENYAKIT

Adakah anda ataupun keluarga anda menghidap penyakit kronik seperti penyakit barah / kanser, penyakit jantung, strok, diabetes (jenis 1& jenis 2), afrodiasiak, kegemukan, tekanan darah tinggi, rheumatism, sakit alergik, masalah pencernaan, masalah pernafasan, masalah tidur, gangguan fungsi otak, penyakit buah pinggang, ataupun tekanan? Adakah penawar bagi penyakit-penyakit ini? Jawapannya ada. Sila klik disini untuk mendapatkan maklumat cara kerja Fed-Noni pada tubuh anda.

PENYELIDIKAN

PENYELIDIKAN BUAH NONI DENGAN PERUBATAN MODEN

Adakah anda tahu kajian saintifik mengenai mengkudu atau noni telah dilakukan sejak 45 tahun lalu? Saintis pertama yang mengkaji tentang buah Noni ialah seorang ahli biokimia yang terkenal, Dr. Ralph Heinicke. Semasa Dr. Heinicke membuat kajian mengenai bromelain nanas di Hawaii, beliau mendapati nanas mengandungi proxeronine. Pada masa yang sama, beliau turut mendapati kandungan proxeronine dan proxeronase dalam buah Noni lebih tinggi daripada nanas.

Maka, Dr. Heinicke telah merumuskan bahawa buah Noni ialah sumber terbaik pembentukan protein dalam badan manusia.Dalam kajian fisiologi Dr. Heinicke, beliau mendapati proxeronine penting untuk mensintesis alkaloid xeronine. Xeronine ialah sejenis protein yang hanya dapat dihasilkan dalam usus manusia. Kekurangan xeronine boleh mengakibatkan pelbagai jenis penyakit. Proxeronine dan proxeronase akan berubah menjadi xeronine melalui tindakbalas biokimia dalam usus.

Ini seterusnya boleh mengaktifkan fungsi enzim dalam badan manusia serta merangsang sistem pencernaan, sistem peredaran darah, sistem doktrin dan sistem pembiakan.Dengan adanya xeronine, ia boleh mencegah pelbagai jenis penyakit seperti diarrhea, asma, diabetes, arthritis, migrain, masalah haid, batuk, sakit tekak, penyakit mulut dan gusi, merendahkan tekanan tinggi, mencegah pertumbuhan parasit dan kulat, merencatkan pertumbuhan sel-sel barah dan lain-lain penyakit lagi.

Selain itu, xeronine juga menggalakkan pertumbuhan tisu dan mengaktifkan fungsi sel-sel badan. Oleh itu, xeronine turut memperlihatkan kesan yang terserlah untuk patah tulang, salah urat, seranggan serangga, barah bir, melecur dan terbakar serta menghalang proses penuaan.

Isnin, 31 Ogos 2009

Ayuh Anak Muda : Pertahankan kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman !

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.
Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.
Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.
Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).
Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.
Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.
Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.
Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.
Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.
Bersama kita lakukannya !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

KENYATAAN MEDIA: Isu Mengarak Kepala Lembu di Shah Alam

KENYATAAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 30 Ogos 2009

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.
Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?
Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.
Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.
Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

Sabtu, 29 Ogos 2009

197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu ditangkap Khalwat.

SM Noor

KUALA TERENGGANU – Seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan tahun ini. Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman berkata .
demikian ketika menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam Sidang DUN semalam.Ahmad Razif berkata daerah Dungun mencatatkan kes tertinggi dengan 55 kes tangkapan khalwat diikuti dengan 39 di Besut, Kuala Terengganu (35), Marang (29), Kemanan(16), Setiu (8) dan 5 kes di Hulu Terengganu.Beliau berkata pegawai penguatkuasa dari Jabatan Ugama Negeri telah menangkap mereka yang berkelakuan ‘tidak senonoh’ itu semasa menjalankan operasi.
Sehubungan itu, Razif berkata, tindakan memberi awasan dan kesedaran kepada pihak sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dinegeri ini dilakukan bagi mengurangkan dan menghapuskan perlakuan maksiat tersebut.Katanya, pegawai dari Jabatan Ugama sentiasa berhubung dengan pertubuhan-pertubuhan belia dan pelajar dalam memberikan nasihat dan panduan bagi menangani gejala sosial itu.Pihak pejabat ugama juga, katanya, sering mengadakan pemeriksaan dan serbuan keatas hotel, chalet, pusat-pusat hiburan dan taman-taman rekreasi bagi mencegah kegiatan maksiat itu. - buletinonline

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sebat Kartika hampiri syariah: PKR

komentar Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.
Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.
Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:
Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.
Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.
Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) "mendekati" hukuman Islam.Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.
Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.
Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma’idah: 38-39)
Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:- Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.- Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
- Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:-
Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
- Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.- Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
- Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
- Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.
Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR
Malaysiakini

noni memang mujarab !


KENCING MANIS


SIROSIS


DAN MACAM LAGI !
SAKIT JANTUNG , KANSER PAYU DARA , MASALAH HAID , MAGRAIN, BATUK BERPANJANGAN , BUAH PINGGANG , SEMPUT , ATHMA , RESDUNG , KANSER HATI , STOKE DAN PELBAGAI PENYAKIT LAGI ....
BERMINAT ? ATAU INGINKAN PENERANGAN ? HUBUNGI SAYA - FARIZ MUSA - 019-9900288

Pentadbiran Undang-undang Syariah: Tangani dengan rasa hormat

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
28 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang berat polemik yang dicetuskan daripada keputusan Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno.Adalah amat malang apabila pemimpin-pemimpin Barisan Nasional mengambil kesempatan daripada isu ini untuk mempamerkan imej mereka sebagai kononnya mempertahankan hak wanita sedangkan pada masa yang sama menunjukkan kedangkalan dalam memahami pentadbiran undang-undang syariah dan tujuan sebenar hukum.
Meminum arak oleh orang Islam, khususnya di khalayak ramai, adalah satu kesalahan yang dipandang berat oleh Islam. Justeru ia tertakluk di bawah Hukum Hudud. Namun itu tidak bermakna sistem hukuman di dalam Islam adalah zalim atau bertujuan menganiaya. Semangat sebenar undang-undang di dalam Islam ialah untuk mencegah kesalahan.
Di dalam ayat 38, Surah al-Maaidah diterangkan bahawa hukuman bukan sekadar balasan terhadap perbuatan jenayah tetapi juga adalah “...suatu pencegahan daripada Allah”. Meski ayat ini merujuk secara khusus kepada kesalahan curi, ia memberi gambaran tujuan hukuman terhadap kesalahan di bawah Hudud.
Meski undang-undang Syariah Pahang tidak mematuhi dengan tepat kehendak Syariah pada aspek jumlah sebatan untuk kesalahan meminum arak, peruntukan sedia ada adalah menghampiri Syariah.Di dalam kes ini, semua pihak perlu belajar erti hormat. Pertama, menghormati hak Kartika membuat pilihan untuk tidak mengemukakan rayuan. Kedua, menghormati tanggungjawab Mahkamah Syariah Kuantan untuk melaksanakan undang-undang.
Pada masa yang sama, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa agar pentadbiran syariah di Malaysia diperkemaskan. Konflik seperti yang berlaku apabila hukuman terhadap Kartika diperintah dilaksanakan di Penjara Kajang, di mana hanya banduan boleh disebat sedangkan Kartika tidak dijatuhi hukuman penjara, boleh dan perlu dielakkan.
Usaha penambahbaikan berterusan perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan pentadbiran syariah di Malaysia sentiasa kemas dan sebarang kelemahan yang wujud diperbaiki dan masalah diatasi.Angkatan Muda Keadilan Malaysia berpandangan kelemahan-kelemahan pentadbiran tidak seharusnya menjadi alasan untuk menolak pelaksanaan atau menjadi alasan untuk mengkritik tanpa asas undang-undang syariah. Lebih parah apabila ada yang mengambil kesempatan menghina dan memfitnah Islam itu sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan

DAP: 'Tidak masuk akal' pecat Chua

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada MCA berhubung skandal seksnya awal tahun lalu sebagai "mengejutkan" dan "tidak masuk akal"."Sudah tentu saya terkejut. Tidak masuk akal perkara ini boleh berlaku. Dr Chua dipecat ekoran apa yang berlaku pada Disember 2007. Kalau dipecat atas alasan lain, saya boleh faham," katanya hari ini.
Ahli parlimen Ipoh Timur mengulas keputusan Majlis Presiden MCA malam tadi yang memecat timbalan presiden MCA itu selepas menerima syor sedemikian daripada jawatankuasa disiplinnya atas dakwaan mencemarkan imej parti.Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya hari ini, Lim menjelaskan, beliau boleh memahami keputusan itu jika ada alasan kukuh, seperti berlakunya sabotaj atau halangan terhadap pelaksanaan dasar MCA.Turut hadir, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga bekas majikan mendiang Teoh Beng Hock.Sementara itu, berhubung inkues kematian Teoh, Lim menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maaf berhubung keterangan pegawai penyiasatnya Mohd Anuar Ismail yang mengaitkan mendiang dengan kelulusan projek yang tidak wujud."Walaupun koronor Azmil Muntapha Abas telah memerintahkan keterangan itu dipadam, tetapi kerosakan (nama) sudah pun berlaku," katanya. - malaysiakini

'Semoga dapat saya bertempur lagi'

"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.Ungkapan tersebut menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi.
Keputusan itu diambil oleh Majlis Presiden MCA susulan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti atas dakwaan mencemarkan reputasi parti selepas skandal seksnya.Pemecatan Dr Chua dibuat selepas beliau berjaya menapak kembali dan memenangi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Oktober lalu."Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.
"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung." Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat."Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini."Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.
Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya."Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya."Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal."Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."
Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Sejak dipecat tengah malam tadi, Dr Chua berkata beliau kini sibuk membaca SMS yang tidak putus-putus diterimanya sejak semalam.Tulisan Dr Chua itu membayangkan keputusan tersebut bukanlah jalan mati untuknya.

Kempen MCA lucut jawatan Tee Keat

Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong.
Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Theng berkata, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan persetujuan satu pertiga perwakilan MCA bagi membolehkan EGM itu diadakan."Kami perlukan kira-kira 800 tandatangan (perwakilan) untuk mengadakan EGM... mengikut perlembagaan parti, ia tidak perlu disahkan oleh setiausaha agung parti," kata Theng.Sebelum itu, Theng dan kira-kira 20 penyokong menunjukkan tanda 'V' dengan jari mereka sebagai simbol tarikh dua minggu lagi untuk mengadakan EGM tersebut.Beliau berkata, keputusan majlis presiden memecat Chua malam tadi jelas tidak menghormati kehendak perwakilan parti yang telah memilih Chua sebagai timbalan presiden secara demokrasi.Beliau juga menolak dakwaan lembaga disiplin bahawa Chua telah mencemarkan reputasi parti itu, tetapi sebaliknya mendakwa tindakan terbaru Ong yang memburuk imej parti, iaitu:- Bahawa RM100 juta dikumpulkan oleh musuh Ong untuk menjatuhkannya.- Dakwaan Ong bahawa kongsi gelap telah menyerap ke dalam MCA Johor (kubu kuat Chua).- Berlagak seperti seorang 'hero' dalam kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menteri Besar Sahkan Kerajaan Terengganu Belum DiBayar Royalti Petroleum Sepenuhnya

Wednesday, 26 August 2009 02:30 SM Noor & Wan Kay

KUALA TERENGGANU – Kenyataan yang dikeluarkan selama ini tentang pembayaran royalti Petroleum kepada kerajaan negeri Terengganu oleh kerajaan Pusat hanyalah gimik politik semata-mata.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengesahkan kerajaan negeri belum dibayar wang royalti Petroleum sepenuhnya kerana perundingan diantara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri masih belum selesai.”Kedudukan rundingan untuk mengembalikan royalti petroleum dan gas sedang berjalan dan berada di peringkat akhir kerana ada perkara-perkara kecil yang masih tidak dapat diputuskan bersama lagi,”katanya Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Dato’ Ustaz Harun Taib dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.
Ahmad turut menjelaskan jumlah royalti yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Terenagganu sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2009 adalah sebanyak RM15, 847, 000, 995.84. (RM 15.8 bilion)Namun begitu, Menteri Besar Terengganu itu gagal memberi penjelasan lanjut apabila ditanya apakah masalah-masalah kecil yang dimaksudkan, yang menyebabkan pembayaran tersebut belum lagi diselesaikan.”Saya tidak dapat menjelaskan masalah-masalah ini kerana ia diperingkat rundingan, tidak perlu lagi diketahui oleh masyarakat umum,”ujar Ahmad ketika dikemukan soalan tambahan.Dalam soalan asal, Dato’ Ustaz Harun Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu meminta penjelasan kerajaan bagaimana kedudukan perundingan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat sejak bulan September, 2008, berkaitan perkara berkenaan.- buletinonline