klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 10 September 2009

Hakim tolak permohonan ketepi saksi inkues Teoh

Sep 10, 09 1:51pm
Mahkamah Tinggi Petaling Jaya hari ini menolak permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyemak keputusan koroner inkues kematian Teoh Beng Hock berhubung kebenaran memanggil saksi bagi mendedahkan dakwaan penderaan pegawai suruhanjaya itu.
"Tidak ada apa-apa yang tidak sah, tidak betul dan tidak wajar pada perintah koroner membenarkan saksi ke-20 memberikan keterangannya," kata hakim Yeoh Wee Siam.Hakim juga menolak permohonan peguam SPRM yang ingin mendapatkan perintah menangguhkan inkues sementara menunggu rayuan terhadap semakan itu di Mahkamah Rayuan.
Inkues terhadap kematian setiausaha politik exco kerajaan Selangor itu akan bersambung jam 9 pagi esok di Mahkamah Majistret Shah Alam.

bahtera NOH ?

Di Mt. Ararat , Timur Turkey

DI SEBUAH gunung yang sentiasa diselimuti salji, terletak di Timur Turkey, tersembunyi sebuah misteri berharga berusia lebih 5000 tahun. Peninggalan sejarah maha berharga itu bukan saja menarik minat pengkaji sejarah malah pihak perisik AS seperti CIA. KGB pun cuba menyelongkar. Pihak-pihak CIA telah menggunakan satelite dan pesawat 'Stealth' untuk mengambil gambar objek yang terdampar di puncak gunung itu.Gambar-gambar itu telah menjadi 'rahsia besar' dan disimpan rapi dengan kawalan ketat bersama rahsia-rahsia penting lain di Pentagon. Sudah beratus-ratus orang cuba mendaki Gunung Aghi-Dahl bermaksud 'Gunung Sengsara' atau dengan nama petanya iaitu Mount Ararat, namun hanya beberapa kerat saja yang berjaya. Lainnya terkorban.
Hingga hari ini, cuma ada beberapa orang pendaki sahaja yang berjaya sampai ke puncak Mt Ararat dan dapat menyaksikan dengan mata kepala sendiri kesan artifak peninggalan purba yang 'maha berharga' itu. Ada sesetengah pendaki dapat mengambil gambar. Apa yang masih menjadi tanda tanya, kesemua orang-orang yang berjaya membawa balik gambar tersebut telah ditimpa berbagai-bagai bencana. Ada diantara mereka telah dibunuh dengan penuh misteri. Hanya semata-mata kerana gambar tersebut. Memang ramai orang yang telah mengambil gambar kesan sejarah 'Noah' itu, telah mati secara misteri.
Soalnya sekarang, mengapa 'kuasa-kuasa besar' mahu merahsiakan gambar peninggalan lama itu dan menyimpannya ditempat rahsia tentera?. Mengapa mereka tak mau mengesahkan peninggalan 'Noah' itu benar-benar ada di puncak Mt Ararat? Pada masa yang sama mereka juga menafikan bahawa itu sebenarnya adalah The Great Noah Ark! Pyramid Sphinx di Giza sendiri pun telah tertimbus dalam pasir selama lebih kurang 2,000 tahun sebelum dijumpai, kerana selama itu orang menafikannya. Samalah The Great Noah Ark tu pun. Ia tertimbus di bawah salji selama hampir 5,000 tahun dan selama 5,000 tahun itu jugalah misteri itu sedang menunggu masa untuk dibongkar.
Sebenarnya, zaman Nabi Noah AS dulu tidaklah seprimitif yang kita semua bayangkan. Hakikatnya pada zaman itu mereka dah maju ke depan. Pengetahuan Sains mereka dah maju pada masa itu. Di kaki Mount Ararat itu sahaja pun, Para Pengkaji dan Scientist Russia telah menemui lebih kurang 500 kesan artifak bateri elektrik purba yang digunakan untuk menyadurkan logam. Mengikut kiraan ahli anstronomi secara berkomputer, Noah AS mula membina bahteranya pada tahun 2465 B.C dan hujan mula turun pada tahun 2345 B.C.
Rupa bentuk The Great Noah Ark itu sebenarnya tidak sama dengan bentuk kapal laut yang ada didunia sekarang. Mengikut para pendaki yang pernah melihat "Noah Ark" di puncak Mt Ararat itu, Noah Ark memang sebuah bahtera besar yang cukup hebat. "Noah Ark" itu diperbuat daripada spesis kayu purba anyg memang sudah tidak ujud lagi di dunia ini. Ia diselaputi syelek, bebentuk 'kotak kasut', tidak cantik, tapi sangat berfungsi. Ia telah dibina seluas 300 cubit X 50 cubit X 30 cubit. Untuk pengetahuan anda cubit itu adalah satu kiraan jarak panjang diantara siku dengan jari yang digunakan oleh orang-orang zaman dahulu.
Bersamaan 18 inchi bagi 1 cubit, bermakna panjang "Noah Ark" ini adalah lebih kurang 450 kaki,75 kaki lebar,45 kaki tinggi. Ada juga Para Pengkaji berpendapat,"Noah Ark" berukuran satu dan satu setengah padang bola. Bumbung bahtera itu pula adalah seluas 20 padang bola keranjang. Keluasan dalamannya cukup untuk memuatkan 170 gerabak keretapi. Ia memerlukan sebanyak 9000 hingga 13000 batang balak untuk membinanya. Dan dianggarkan seberat 4,100 tan.Hari ni terdapat lebih kurang 1,072,000 haiwan dari pelbagai spesis di dunia ini. Mengikut kajian Dr.Whitcomb, dianggarkan kira2 3,700 binatang mamalia, 8600 jenis itik / burung, 6300 jenis reptilia, 2500 jenis amfibia yang menaiki The Great Noah Ark itu. Berat kargo / muatan bahtera itu mungkin lebih kurang 24,300 tan.
Di sebalik fakta saintifik, anda perlu ingat: Perumpamaan Ahlul Baytku ibarat Bahtera Nuh. Sesiapa yang ikut berlayar bersamanya dia akan selamat, dan sesiapa yang enggan dan terlambat, dia akan tenggelam. (Ibnu Hajar, Zawaid Musnad al-Bazzar, hlm.277;Al-Tabrani, al-Mu'jam al-Kabir, Juzuk I, hlm.168)
The Great Noah Ark ini berada di Mt Ararat, dimanakah agaknya ia dibina dan berapa jauhkah ianya telah belayar? Mengikut seorang pengkaji 'Noah Ark' ini, bahtera itu telah dibina disebuah tempat bernama Shuruppak, iaitu sebuah bandar yang terletak di selatan Iraq. Jika ia dibina di selatan Iraq dan akhirnya terdampar di Utara Turkey ini bermakna ianya telah ditolak arus sejauh 520 batu. Mount Ararat Mt Ararat ini bukan sebarang gunung. Ia adalah sebuah gunung yang unik. Antara salah satu keunikan yang terdapat pada gunung ini ialah, setiap hari akan muncul pelangi pada sebelah utara puncak gunung itu.
Mt Ararat ini ialah salah satu gunung yang mempunyai kemuncak yang luas di muka bumi ini. Ia adalah gunung yang tertinggi sekali di Turkey. Gunung ini tegak sendirian dengan kemuncak dipanggil Ararat Besar dgn ketinggian 16,984 kaki. Bertentangan dengan sebuah lagi kemuncak gunung yang dipanggil Ararat Kecil setinggi 12,806 kaki menegak naik dari Bayazit. Orang yang menaiki gunung ini akan dapat melihat 3 negara iaitu Russia, Iran,Turkey.Kedudukan Mt Ararat yang sememangnya strategik itu telah membuatkan ia menjadi rebutan banyak negara pada suatu masa dahulu. Kalau anda tengok CNN, hari ni pun masih ada lagi perebutan sempadan antara tentera Turkey vs Puak Guerilla Qurdish yang mahukan kemerdekaan dari kerajaan Turkey. Keluasan dasar [bawah] Mt Ararat itu kira-kira 25 batu garis pusat. Garispusat kemuncaknya pula 17 hingga 22 batu persegi ditutupi air batu setebal kira-kira 200 kaki. Ketulan2 air batu sentiasa jatuh dan tersilap langkah akan terjatuh jatuh ke dalam jurang Ahora.
Sebuah 'anchor' purba yang besar telah ditemui di Khairouan, Tunissia. Menurut pengkaji, sauh itulah yang digunakan oleh 'Noah Ark' semasa berlabuh di puncak Mt Ararat. Sebuah 'batu nisan' yang didakwa kepunyaan Nabi Noah AS telah dijumpai di Mt Lebanon di Syria. Batu nisan itu berukuran 120 kaki panjang. Pada tahun 1917, Maharaja Russia Tsar Nicholas II telah menghantar sejumlah 150 orang pakar pelbagai bidang yang terdiri dari jurutera, saintis dan tentera untuk mencari dan menyelidik The Great Noah Ark tersebut.
Pasukan ekspedisi itu mengambil masa selama satu bulan untuk sampai ke puncak Mt Ararat itu. Segala penat lelah mereka berhasil kerana akhirnya berjaya menemui 'Noah Ark' tersebut. Dalam keadaan tergaman, kagum mereka mengambil gambar sebanyak yang mampu. Pasukan Saintis Russia itu cuba mengukur size 'Noah Ark' dan didapati 'Noah Ark' itu berukuran 500 kaki panjang, 83 kaki lebar dan 50 kaki tinggi [bahagian selebihnya tenggelam didalam salji].Hasil dari siasatan itu telah dihantar pulang kepada Tsar, malangnya belum pun sempat laporan siasatan itu sampai ke tangan baginda, Perang Bolshevik Komunist (1917) meletus. Laporan itu akhirnya jatuh ke tangan General Leon Trotsky. Sehingga sekarang masih lagi belum diketahui samada segala 'laporan siasatan' itu masih disimpan atau dimusnahkan.

Semoga Ustaz Zul Dipilih Sebagai Calon PAS PRK Bagan Pinang

"Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar adalah antara tiga nama telah disenaraikan untuk dipilih sebagai calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang."


Itu petikan yang saya ambil daripada blog China Islam . Saya amat mengenali Ustaz Zulkefly @ Ustaz Zul . Seorang pemimpin yang berjiwa rakyat. 5 Tahun di Negeri Sembilan sewaktu saya berkhidmat sebagai guru di Felda Palong , Jempol , Negeri Sembilan dan bergerak aktif sebagai Setiausaha Keadilan Cabang Jempol memberikan saya ruang mengenali Ustaz Zul.

Seorang yang sangat kuat bekerja , mempunyai semangat juang yang tinggi serta komitmen kepada perjaungan parti PAS . Sekiranya ada jemputan berceramah di sekitar Negeri Sembilan , saya pasti akan digandingkan bersama Ustaz Zul.

Beliau sentiasa membicarakan isu-isu berkaitan rakyat Negeri Sembilan yang diperbodohkan oleh UMNO Negeri Sembilan . Semangat juangnya dan istiqamah beliau dalam perjuangan menjadikan suasana politik di Negeri Sembilan semakin menghampiri untuk merampas Negeri Sembilan dari UMNO. PRU 12 UMNO/BN Negeri Sembilan hilang 2/3 majoriti.

Saya amat bersetuju sekiranya beliau dipilih oleh pucuk pimpinan PAS untuk bertanding sebagai calon PAS di PRK bagan Pinang . Saya dan jentera AMK akan turun membantu dan bekerja habis-habisan bagi memastikan kemenangan PAS di PRK Bagan Pinang atas prinsip setiakawan Pakatan Rakyat.

Tarian Pendet : Rakyat M'sia di Jakarta diancam dengan buluh runcing

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.
Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.
Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.
Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.
Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali (gambar).
Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".
Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.
Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.-Bernama

MB T'ganu Beri Berita Harian Seminggu Mohon Maaf

Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Said memberi tempoh seminggu kepada Berita Harian supaya memohon maaf kepada beliau berhubung satu laporan yang didakwanya mempunyai unsur fitnah.Katanya jika akhbar berkenaan gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang kerana menyiarkan laporan itu pada 4 Sept lepas."(Laporan) ini jelas memfitnah kerana saya," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di sini Rabu.
Sambil melahirkan rasa kecewa terhadap berita bertajuk "Muhyiddin Mahu Selesai Kemelut BN Terengganu" itu, Ahmad berkata laporan itu gagal menyiarkan perkara sebenar pada majlis yang dihadiri lebih 5,000 rakyat Hulu Terengganu sebaliknya melihat daripada sudut politik semata-mata.
Dalam kenyataan setebal lima muka surat yang dibacanya, Ahmad berkata selama ini beliau mengelak dari memberi sebarang komen berkaitan politik untuk meredakan keadaan serta tidak mahu menimbulkan sebarang persepsi negatif mengenai hubungannya dengan pentadbiran dan politik."Saya sudah lama bersabar. Walaupun saya telah memberikan penjelasan secara tertutup kepada pihak media beberapa bulan lepas, namun masih ada yang tidak memahami keadaan atau sengaja tidak mahu menerima kebenaran."Laporan akhbar terbabit adalah penghujung kesabaran saya kerana ia jelas telah memfitnah saya," katanya.
petikan Berita Harian
Kemelut dalaman kepemimpinan Umno negeri dikatakan berpunca daripada tindakan Ahmad tidak melantik wakil rakyat sebagai Pengerusi Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN), sebaliknya menyerahkan tugas itu kepada Ketua Umno bahagian yang turut diberi kuasa melantik Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). Berikutan itu, sekurang-kurangnya 10 Adun melakukan beberapa tindakan sebagai protes, antaranya memboikot persidangan DUN dan dikatakan mahu menyertai pembangkang walaupun desas-desus itu dinafikan oleh Muhyiddin.
"Saya yakin mereka pemimpin yang masih kuat semangat dan cintakan parti. Kita akui ada masalah, tetapi bukan mahu lompat parti. Di Terengganu, sokongan masyarakat kepada BN kuat. Sebab itu kita menang pilihan raya. Oleh itu, kita perlu melaksanakan amanah yang disandarkan kepada wakil rakyat," katanya.
Selain Hishamuddin, majlis itu dihadiri Menteri Besar dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Negeri, Datuk Tengku Putera Awang. Bagaimanapun, sebahagian besar Adun tidak hadir.
Exco yang hadir ialah Rozi Mamat (Telemong), Datuk Abdul Rahin Mohd Said (Teluk Pasu), Datuk Za'abar Mohd Adib (Rantau Abang), Yahya Khatib Mohamad (Pengkalan Berangan) dan Ahmad Razif Abdul Rahman (Seberang Takir) serta Adun Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar .
Adun yang tidak hadir ialah Datuk Seri Idris Jusoh (Jertih), Datuk Rosol Wahid (Ajil), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Ramlan Ali (Jabi), Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), Alias Abdullah (Alor Limbat), Dr A Rahman Mokhtar (Kuala Besut), Khazan Che Mat (Batu Rakit), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Pehemi Yusoff (Kota Putera), Rosli Othman (Kemasek), Zakaria Abdullah (Paka), Ashaari Idris (Langkap) dan Nawi Mohamad (Hulu Besut) Dua Exco tidak hadir ialah Datuk Mohamed Awang Tera (Chukai) dan Khazan Che Mat (Batu Rakit), manakala Toh Chin Yau (Bandar) dari MCA.

Skandal PKFZ: Penglibatan Umno cuba ditutup

Demi menyelamatkan banyak lagi jerung besar Umno dan BN dari terdedah, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa mempercepatkan drama siasatan kes skandal PKFZ dari terus mendapat perhatian rakyat Malaysia.Tidak mustahil Umno mengaut rasuah yang lebih besar dari MCA di sebalik skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
"Sebelum ini, kita banyak membincangkan watak-watak pemimpin MCA, sehingga menenggelamkan watak sebenar (serta) kepentingan politik Umno itu sendiri. Keyakinan saya, Umno lebih banyak mendapat faedah dari skandal PKFZ terbabit berdasarkan beberapa pendedahan sebelum ini.
"(Antaranya) membabitkan Datuk Abdul Rahman Palil (bekas exco Selangor) iaitu Pengerusi Koperasi Pembangunan Pulau Lumut (KPPL) menjual tanah hanya RM3 sekaki persegi kepada Kuala Dimensi Sdn. Bhd. (KDSB). Kemudian, beliau (Rahman) juga selaku ahli Lembaga Pelabuhan Klang (PKA) bersetuju untuk membeli (semula) tanah tersebut daripada KDSB dengan harga RM25 sekaki persegi. Ini bermakna dia (Rahman) dapat keuntungan lapan kali ganda (lebih kurang RM1.8 billion, termasuk faedah) dari skandal pembelian tanah tersebut,"Bekas Bendahari Umno Tan Sri Abdul Azim Mohamad Zabidi merupakan orang kepercayaan kepada (Pengerusi Kelab Anggota Parlimen BN) Datuk Seri Tiong King Sing yang juga merupakan Ketua Pengarah Eksekutif (CEO) KDSB. Azim Zabidi ini sebenarnya Pengarah syarikat Wiramaju Sdn. Bhd, (iaitu) anak syarikat KDSB. "Timbalan CEO KDSB ini, Haji Faizal Abdullah dahulunya merupakan Ketua Pemuda Umno; dan sekarang ini merupaka Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Kapar. Saya difahamkan sekarang ini Faizal menjawat jawatan Bendahari Barisan Nasional Selangor,"Saya mempersoalkan kengganan Perdana Menteri Malaysia itu menubuhkan suruhanjaya diraja yang bebas demi membongkar penyelengan serta rasuah di PKFZ itu.
"Kita (rakyat) tidak ada satu jaminan bahawa badan siasatan sedia ada (iaitu) Polis dan Suruhanjaya Penjegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mampu menyiasat kes ini (PKFZ); kerana berasaskan pada beberapa insiden sebelum ini; Polis dan SPRM terus dipersoalkan semua pihak.
"Walaupun baru-baru ini (Ketua Polis Negara) Tan Sri Musa Hassan sendiri membekukan akaun KDSB, kerana ada kaitan dengan beberapa kes dalam tangannya, tetapi saya masih meragui tindakan-tindakan ini kerana penyambungan kontrak Musa sendiri yang dipertikai. "Bagaimana Musa boleh menyesaikan kes skandal PKFZ yang dikatakan bahawa dilindungi beberapa kongsi gelap, sedangkan dia sendiri dikaitan dengan beberapa peribadi misteri seperti BK Tan dan (Tengku) Goh Cheng Poh. Sebab itu, di Parlimen kita (Pakatan Rakyat) cadangan ditubuhkan sebuah Suruhanjaya Diraja yang bebas,"Kerajaan sebenarnya cuba melindungi beberapa pemimpin Umno yang lain, dengan menyuruh Menteri Pengangkutan, Ong dan Ahli Parlimen Bintulu Tiong tidak menggunakan media massa untuk menyelesaikan masalah dalaman MCA sebelum ini."Seperti laporan media yang mendakwa Presiden MCA Ong (Tee Keat) menerima RM10juta dari Pengarah KDSB Tiong serta saman balik (oleh Ong) RM500 juta sebelum ini (24 Ogos) hanyalah sebahagian dakwaan rasuah yang melibatkan pemimpin-pemimpin MCA (dan) Barisan Nasional. Sebenarnya banyak lagi yang terlibat di kalangan Umno, cuba dilindungi,""Kalau Najib serius, seharusnya ia mendahulukan laporan PAC dalam sidang Parlimen depan seterusnya membentuk sebuah suruhanjaya diraja yang bebas. Skandal rasuah itu melibatkan beberapa individu dalam Lembaga (PKA) sendiri, bagaimana sebuah jawatan kuasa di bawahnya boleh melaporkan sesuatu tentang 'Tuan Lembaga'nya sendiri. Ia sesuatu yang mustahil dan diragui," - mahfuz omar

SPRM Takut Pendedahan Saksi, Mohon Mahkamah Tinggi Batalkan Keputusan Koroner

Keterangan T.Sivanesan, lelaki yang mendakwa didera pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sepatutnya didengar dalam prosiding inkues awal pagi tadi, tertangguh tiga jam berikutan pertikaian antara peguam-peguam terlibat mengenai isu kehadiran saksi itu ke mahkamah.Ekoran itu, SPRM hari ini memfailkan permohonan ke Mahkamah Tinggi bagi menyemak semula keputusan koroner yang membenarkan laporan polis oleh Sivanesan mengenai dakwaan itu dikemukakan dalam prosiding inkues dan keputusan membenarkan saksi itu memberi keterangannya di mahkamah bagi membantu siasatan punca kematian setiausaha politik exco Selangor, Teoh Beng Hock.
Permohonan yang difailkan pada 12.30 tengah hari di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini itu, dibuat setelah koroner Azmel Muntapha Abas semalam memutuskan bahawa laporan polis bertarikh 11 September tahun lalu oleh saksi itu adalah relevan dalam prosiding inkues ini.Semalam peguam Gobind Singh Deo, bagi keluarga Teoh, memberitahu mahkamah beliau akan memanggil pengadu itu hari ini untuk memberi keterangan bagi membuktikan dakwaan kononnya pegawai SPRM menggunakan kekerasan termasuk menampar dan memukul saksi dengan besi ketika melakukan soal siasat di pejabat SPRM.
Bagaimanapun pada prosiding pagi tadi, Sivanesan hanya dapat memberikan keterangannya pada pukul 12.30 tengah hari ekoran perbalahan berlarutan antara peguam SPRM Datuk Abdul Razak Musa, Gobind dan peguam mewakili kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar.Abdul Razak hari ini meminta koroner menyemak semula keputusannya semalam atas alasan bahawa laporan polis itu akan memberi implikasi yang boleh memprejudiskan siasatan polis dan SPRM dalam kes itu jika ia dikemukakan.Hujahan Abdul Razak itu dibantah Gobind dan Malik yang mahu supaya keputusan mahkamah semalam dipatuhi, dan bukannya membangkitkan isu baru memandangkan kesemua pihak telahpun diberi peluang untuk menghujahkan perkara itu semalam.
Gobind: "Apa yang dilakukan oleh peguam (Abdul Razak) ini bukan sahaja membuang masa, malah ia merupakan penghinaan mahkamah. Koroner telahpun memutuskan isi kandungan laporan itu relevan dan menetapkan tiga skop yang perlu dipatuhi semua pihak dalam soal balas saksi (Sivanesan), oleh itu kita semua perlu menghormati dan menerima perintah mahkamah ini."
Malik: "Pihak-pihak telah berhujah panjang lebar semalam dan perkara ini telah diputuskan, mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menghujahkan semula isu ini dan menukar keputusannya."
Abdul Razak: "Ini adalah suatu penyalahgunaan proses mahkamah dengan cuba membawa masuk dokumen yang meragukan dan mendengar keterangan seorang saksi yang tidak dirakam percakapannya oleh pihak polis."Peguam itu juga mendakwa Gobind sengaja mendedahkan saksinya itu kepada umum dengan membenarkan beliau berada dalam mahkamah hari ini, dan bukannya di sebuah bilik khas untuk saksi, sebelum dipanggil memberi keterangan.
Gobind: "Beliau cakap apa ini? Saya bosan mendengar perkara mengarut daripada Abdul Razak. Saya hairan mahkamah boleh melayan benda mengarut ini. Apa salahnya saksi saya duduk di mahkamah ini? Saya tak boleh kemukakan laporan, saya tak boleh kemukakan saksi, apa semua ini?
Abdul Razak: "Jangan terlalu yakin. Saya akan sampai ke satu peringkat di mana saya akan bertanya kepada saksi itu nanti siapakah yang menyediakan laporan polis itu."Gobind yang jelas berang dengan kenyataan itu bangun dan berkata dengan nada keras: "Berani anda kata yang saya sediakan laporan itu? Saya mahu anda tarik balik. Abdul Razak, tarik balik, sekarang."
Koroner kemudian segera menghentikan pertikaman lidah antara keduadua peguam itu daripada menjadi lebih tegang.Setelah prosiding itu ditangguhkan setengah jam, koroner kemudian bersetuju untuk merujuk keputusan yang dibuatnya semalam kepada Mahkamah Tinggi.Keputusan koroner itu bagaimanapun tidak dipersetujui oleh Gobind dan Malik yang berpendapat permohonan untuk semakan dan rujukan perlu dikemukakan sendiri oleh Abdul Razak, dan bukannya melalui koroner.
"Datuk Abdul Razak tidak menunjukkan kepada kita semua apakah prejudis yang boleh berlaku jika keterangan saksi didengar dan laporan polis dikemukakan. Jika dia mahu menyemak juga, biarlah dia sendiri yang membuat permohonan ini dan bukannya mahkamah."Tuan telahpun membuat keputusan berhubung isu ini semalam, dan hanya kerana SPRM tidak berpuas hati dan membuat bising, Tuan mahu menukar keputusan dan perintah yang telah dibuat," kata Malik yang turut mengingatkan koroner supaya berhatihati sebelum membuat sebarang keputusan.
Gobind, yang turut berhujah panjang lebar juga melahirkan rasa tidak puas hati dengan keputusan koroner dan berkata:"Tuan harus menjaga maruah mahkamah ini dengan memberitahu beliau (Abdul Razak) bahawa dia tidak boleh berbuat demikian (berhujah bahawa laporan berkenaan meragukan dan tidak relevan.)"Setelah hujahan kesemua pihak didengar, koroner kemudian memutuskan untuk membenarkan Sivanesan dipanggil memberi keterangan dan membenarkan laporan polis saksi itu dikemukakan dalam prosiding tersebut."Mengenai isu sama ada ia (laporan polis) itu relevan atau tidak, saya serahkan kepada pihak SPRM untuk mengambil tindakan selanjutnya," kata Azmil Muntapha.
Teoh, 30, setiausaha politik kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor Ean Yong Hian Wah itu ditemui mati pada 16 Julai lalu di tingkat lima Plaza Masalam di sini, selepas memberi keterangan sebagai saksi siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor kepada SPRM Selangor yang berpejabat di plaza itu. -BERNAMA

AMK DESAK KERAJAAN ADAKAN INKUES KES PENDERAAN SPRM TERHADAP SIVANESAN TANGGAVELU

Kenyataan Akhbar
9 September 2009

AMK mendesak Kerajaan Malaysia mengadakan satu lagi inkues berhubung kes penderaan dan kezaliman SPRM terhadap seorang Penolong Pengurus sebuah syarikat iaitu Sivabesan Tanggavelu , 23 tahun .

T. Sivanesan telah ditahan di Pejabat SPRM Selangor , di Plaza Masalam pada 4 September sehingga 9 September 2008 . Sewaktu dalam sisatan SPRM , beliau telah diarah untuk berbogel dan beberapa orang pegawai SPRM menyerangnya.

Beliau telah dipukul dengan batang keluli, ditumbuk, diterajang, ditempeleng dan di rotan pada alat kemaluannya dan kedua tapak kakinya sehingga beliau tidak tahan lagi menahan kesakitan. Ekoran kejadian tersebut beliau telah mengalami kecederaan dan dirawat di kepala , buah pinggang dan kemaluan bertempat di Hospital Tengku Ampuan Rahimah .

Kezaliman dan penderaan yang telah dilakukan oleh Pegawai-Pegawai SPRM terhadap beliau telah dibuat laporan dan aduan kepada SUARAM , SUHAKAM , PDRM dan Menteri Jabatan perdana Menteri yang bertanggungjawab dalam mengenai Biro Pengaduan Awam , Datuk T.Murugiah .

Sehingga sekarang peristiwa 1 tahun lalu, yang telah dibongkarkan sewaktu beliau menjadi saksi dalam Inkues Kematian Teoh Beng Hock pada 8 September 2009 masih dalam siasatan . Adalah amat menghairankan bagaimana tiada sebarang tindakan yang diambil sehingga sekarang walaupun aduan telah dibuat 1 tahun yang lalu ?

Justeru , atas prinsip keadilan dan kebenaran , AMK mendesak agar pihak kerajaan wajib mewujudkan satu inkues bagi menyiasat kes penderaan SPRM terhadap T. Sivanesan .

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia

Rabu, 9 September 2009

Kenyataan Media : MAJLIS PIMPINAN KEADILAN NEGERI SEMBILAN SETUJU CALON PAKATAN RAKYAT DARI PAS UNTUK PRK N31 BAGAN PINANG

Majlis Pimpinan Negeri Sembilan telahpun membuat keputusan secara sebulat suara dalam satu mesyuarat khas bahawa sempena Pilihan Raya Kecil N31, Bagan Pinang, KEADILAN Negeri Sembilan bersetuju supaya calon Pakatan Rakyat yang bertanding adalah daripada PAS.
Dengan ini juga KEADILAN Negeri Sembilan akan menyokong sesiapa sahaja calon yang dipilih oleh pimpinan PAS pada pilihan raya tersebut nanti.
Yang lebih penting KEADILAN Negeri Sembilan akan memberi sokongan padu yang tidak berbelah-bahagi supaya kemenangan Pakatan Rakyat mempastikan kewujudan satu lagi tsunami atau gelombang kebangkitan rakyat.
KEADILAN akan menggerakkan seluruh jentera dan bekerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat selaras dengan perjuangan untuk menyuburkan semangat politik baru yang melangkaui fahaman perkauman sempit demi membina Negara Malaysia yang gemilang pada masa depan.
Keputusan ini diambil selaras dengan semangat Pakatan Rakyat yang saling bersepakat dalam apa jua keadaan demi memperjuangkan agenda rakyat.

DATO’ KAMARUL BAHARIN ABBAS

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri

Parti Keadilan Rakyat
Negeri Sembilan

Chua pula cabar Ong dedahkan akaun banknya

Abdul Aziz Mustafa
KUALA LUMPUR, 7 Sept: Ketika penyokongnya mendakwa mereka telah memperolehi lebih dari 1,200 tanda tangan untuk menuntut diadakan mesyuarat agung khas (EGM) MCA, timbalan presiden parti itu yang dipecat, Datuk Seri Chua Soi Lek pula meningkatkan tekanan ke atas Presidennya, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Beliau mempersoalkan mengapa Ong takut hendak mendedahkan kepada umum akaun bank beliau dan isterinya.Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) Datuk Seri Tiong King Sing yang mendakwa memberikan RM10 juta kepada Ong mencabar Menteri Pengangkutan itu mendedahkan kepada umum akaun bank beliau dan isterinya.Chua juga mencabar Ong membuktikan dirinya "lebih putih dari putih". Ong sebelum ini diketahui umum telah berusaha bersungguh-sungguh untuk membina imej sebagai seorang yang keras menentang rasuah.
Bekas Menteri Kesihatan itu turut mempersoalkan tindakan Ong menggunakan jet peribadi milik KDSB yang menurut beliau bertentangan dengan Perintah Am."Beliau (Ong) sendiri tidak memberikan penjelasan mengenai imejnya sendiri yang tercemar," kata Chua.
"Beliau menggunakan jet peribadi lima kali. Di bawah Perintah Am kerajaan, anda tidak dibenarkan menggunakannya. Pegawai yang lebih rendah mungkin digantung."Beliau juga tidak mendedahkan akaun bank beliau dan isterinya untuk dinilai oleh umum bagi menghapuskan sebarang keraguan."Beliau berusaha menonjolkan imej yang bersih dan telus, oleh itu mengapa tidak dedahkan akaun-akaun bank itu? Kenapa takut?" Malaysian Insider memetik beliau.
Chua sebelum ini disingkirkan sebagai ahli MCA dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Ong sendiri kerana dianggap mencemarkan nama baik parti itu ekoran skandal seksnya yang divideokan tanap disedarinya.Pemecatan itu dibuat ketika Chua dilaporkan sedang berusaha untuk mengadakan EGM bagi menyingkirkan Ong.Tindakan pemecatan itu dikatakan telah dibuat untuk menghalang Chua dan kumpulannya mencapai cita-cita mereka menyingkirkan Ong.
Tetapi, walaupun Chua telah dipecat, para penyokongnya tetap berusaha untuk mengadakan EGM itu dan mereka dilaporkan berjaya mendapatkan sokongan yang lebih dari mencukupi untuk mengadakan EGM.Bertindak balas terhadap usaha penyokong Chua itu, Ong akhirnya mengisytiharkan mahu mengadakan EGM juga, yang dilihat bertujuan untuk mengesahkan tindakan terhadap Chua dan mendapatkan restu dari perwakilan supaya menyokong tindakan beliau dalam menangani skandal Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ).Usaha Menteri Pengakutan itu untuk menangani isu PKFZ terpaksa berhadapan dengan cabaran besar apabila dilaporkan tidak mendapat sokongan dari rakan-rakannya dalam kabinet dan para pemimpin Barisan Nasional (BN) yang bimbang lebih banyak yang akan terdedah kepada umum jika diteruskan siasatan dan pendedahan.Semalam, Ong enggan mengulas laporan yang menyatakan beliau dipandang negatif oleh rakan-rakannya dalam BN.
Di pihak beliau sendiri pula, cabaran terbesar yang dihadapi Ong ialah apabila Tiong yang menerajui KDSB mendakwa telah memberikan RM10 juta kepadanya.KDSB ialah syarikat yang memajukan PKFZ.Lantaran itulah pergolakan dalam MCA kini dilihat mempunyai kaitan dengan isu PKFZ di mana Ong sendiri menuduh pihak-pihak tertentu di dalam dan di luar parti mengumpulkan dana sehingga RM100 juta untuk menghancurkananya.Tuduhan itu dipercayai ditujukan kepada Chua dan Tiong yang juga Ahli Parlimen Bintulu yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC).
Chua menolak tuduhan itu."Saya tidak memerlukan RM100 juta. Saya hanya memerlukan sokongan dan kebijaksanaan perwakilan," kata beliau.

Surat Pembaca: Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang, 14 Dalil Kenapa UMNO Dan Barisan Nasional Akan Kalah Serta Dikapankan Rakyat !!

Oleh : newsforwarder®™
Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang dalam Negeri Sembilan diadakan kerana kembalinya kerahmattullah calon penyandangnya dari Barisan Nasional yang mendapat undi 6, 430 dalam PRU12 yang lalu dengan mengalahkan calon PAS mendapat undi 4,097 satu lawan satu. Majoriti calon BN 2,333.
Mood politik PRU12 dikawasan DUN Bagan Pinang ketika itu tentunya condong kepada UMNO dan Barisan Nasionaldimana pengundi masih belum nampak isu dan kepincangan UMNO dan BN serta kepimpinan Pakatan Rakyat juga tidak begitu menyerlah dan diyakini oleh pengundi.Ada kah senario politik PRU12 masih lagi kekal dipihak UMNO dan BN atau sebaliknya? Mungkin sahaja keputusan PRK Bagan Pinang nanti boleh buat satu kejutan seperti PRK Parlimen diKuala Trengganu dimana kerusi UMNO dan Barisan Nasional dirampas oleh calon PAS. Ada kah nasib calon UMNO dan Barisan Nasional di Bagan Pinang itu juga akan senasib dengan calon Parlimen BN di Kuala Trengganu? Walaupun UMNO dan BN mendapat majoriti berjumlah 2,333 undi mengalahkan calon PAS, ia bergantung kepada cara berkempen, strategi dan isu Pakatan Rakyat.
Antara 14 dalil berkenaan ialah :-
1. KENAIKAN HARGA PETROL
Kenaikan harga petrol isu ini ada hubung kait dengan penghidupan rakyat Bagan Pinang. Pengundi yang tinggal dikampung rata rata pendapatan mereka kais pagi makan petang, kais petang makan pagi. Kos tambang taksi dan bas pun sudah melambung tinggi belum lagi dikira beras dan serba satu keperluan hidup rakyat luar bandar. Pengundi akan tanya, bila petrol naik harga dipasaran dunia, kenapa Malaysia rugi sedang Malaysia negara pengeluar minyak? Bila harga petrol turun harga jualan runcit pula naik? Alasan Kerajaan bahawa Kerajaan telah beri subsidi 30 sen setiap litter. Alasan ini susah diterima oleh pengundi.
2. KOS HIDUP RAKYAT YANG TINGGI
Bila harga minyak petrol naik, maka dengan sendirinya kos hidup rakyat begitu menghimpit penghidupan rakyat. Walaupun kenaikan minyak petrol mendapat subsidi 30 sen dari Kerajaan tetapi rakyat masih lagi tertekan dengan kenaikan kos hidup yang tinggi. Kenaikan kos hidup ini tidak ada apa apa subsidi dari Kerajaan? Harus diingat kos hidup rakyat setiap item mahal dari 30sen. Kalau segala galanya kos hidup tinggi dan mahal, bererti Kerajaan dapat keuntungan berlebihan dari cukai barangan kos hidup. Kerajaan cuma bantu subsidi harga petrol 30 sen tapi rakyat keseluruhannya rugi beribu. Ini bererti Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional mengamalkan sistem double standard?
3. KRISIS POLITIK DIPERAK
Sedikit sebanyak krisis politik di Perak boleh mempengaruhi pengundian PRK di Bagan Pinang kerana terlalu banyak orang orang yang tidak berkenaan turut campur tangan. Rakyat Malaysia keseluhannya tidak suka mendengar ada tekanan keatas Kerajaan yang dipilih oleh rakyat.,
4. SPRM CAMPUR TANGAN DALAM POLITIK
Seperti biasa dizaman Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Hussin Onn, mereka tidak suka Pegawai Pegawai Kerajaan atau Institusi Institusi Kerajaan campur tangan dalam politik negara. Mereka kerap diberi nasihat agar bersikap berkecuali bila berhadapan dengan permasahan politik negara. Mungkin pengundi tidak suka SPRM menangani masalah rasuah dikalangan ahli ahli politik bersikap berat sebelah. Rakyat suka melihat kalau SPRM menjalankan tugas menyiasat masalah rasuah dengan cara profesional dengan tidak memilih bulu PR atau BN.
5. MAHKAMAH HENDAKLAH BEBAS
Pengundi mahu melihat mahkamah bersikap bebas dan tidak terikat dengan mana mana pengaruh politik. Rakyat mahu mahkamah dan hakim berkhidmat dibawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agung bukan dibawah Perdana Menteri Malaysia.
6.. KES RASUAH PORT KLANG FREE ZONE
Biasanya kes rasuah yang melibatkan berprofil tinggi disiasat oleh SPRM dengan telus bukan disiasat untuk cover up. Rakyat sedang perhatikan SPRM dalam kes rasuah tersebut secara serius. Ada beberapa kes yang berprofil tinggi setelah disiasat oleh SPRM bunyinya "No case to answer" kemudian yang menyiasat pun dapat gelaran Datuk Seri. Anggapan pengundi bukan sahaja korban lembu boleh dijadikan kes rasuah tetapi kes terima anugerah Datuk juga boleh melibatkan seseorang itu terlibat dalam rasuah anugerah kerana ada prima facie dari orang yang disiasatnya menerima budi.
7. POLIS PUN MESTI BERKECUALI
Semasa menjalankan tugas keselamatan, polis juga pengundi kehendaki bersikap berkecuali. Semasa rakyat adakan perarakan kalau pembangkang yang mengadakannya maka tangkapan dibuat. Kalau UMNO yang adakan, polis cuma jaga keselamatan mereka.
8. RASUAH POLITIK WANGSPRM tidak pula mengeluarkan kenyataan hasil siasatan rasuah politik wang dalam pemilihan Perhimpunan Agung UMNO yang lalu bahawa Datuk Seri Mohd. Ali Rustam didapati merasuah wang dan Khairi Jamaludin didapati merasuah wang? Yang rakyat tahu Datuk Norza dan beberapa orang lain lagi telah didakwa oleh SPRM kerana didapati mengamalkan rasuah politik wang. Pengundi Bagan Pinang mungkin nak tanya SPRM kenapa Datuk Seri Mohd.Ali Rustam dan Khairi Jamaludin kalis siasatan SPRM? Kalis didakwa? Tidak kah SPRM dianggap oleh rakyat sebagai double standard?
9. PERANAN MEDIA ARUS PERDANAMedia Arus Perdana bersikap keterlaluan memutar belitkan kenyataan Pakatan Rakyat. Kadang kadang perkataan yang dibuat buat yang tidak masuk akal, tapi masuk dalam TV3 dan arus perdana. Orang yang membuat berita berita fitnah itu dianggap oleh kaki tangan TV3 dan arus perdana sebagai berkesan? Tidak sama sekali tidak. Backfire pula akan mengena dengan UMNO dan Barisan Nasional. Pendengar dan pembaca hari ini bukan pendengar dan pembaca tahun 60an lagi, hari ini rakyat pandai berfikir, menimbang dan bertanya. Pembohongan TV3 dan arus perdana akan terserlah juga.
10. KONTROVERSI KES LIWAT ANWAR
Kes tuduhan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, umum tahu bahawa kes itu cuma kes yang dibuat buat. Guna logik akal, mustahil seorang muda berusia 23 tahun tidak boleh elakan jika ia diliwat? Taklah masuk akal Saiful Bukhari Azlan pasang sahaja belakangnya untuk diliwat? Walaupun DNA mengatakan benda itu ada didalam dan mahkamah putuskan Anwar bersalah. Rakyat tidak akan telan sahaja bulat bulat, apa yang diputuskan oleh mahkamah itu semua betul. Kerana alibinya manusia boleh buat segalanya dalam erti kata politik "kill or to be killed" kepada sesiapa sahaja musuh politik UMNO.
11. AKTA ZALIM ISA TERUS DIKEKALKAN
ISA rata rata rakyat berpendapat tidak perlu tangkap orang tanpa bicara. Negara ada undang undang, dakwa mereka kemahkamah sesiapa yang menggugat keselamatan dalam negara. Tidak perlu guna ISA tanpa bicara. Tindakan Kerajaan tangkap dan seksa manusia dianggap oleh semua pengundi Malaysia sebagai satu tindakan Kerajaan yang zalim tidak berperi kemanusiaan.
12. KRISIS DALAM KOMPONEN BN, MCAKrisis kepimpinan dalam MCA boleh menggugat kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam PRK Bagan Pinang. Pengundi pengundi Cina sudah mula hilang kepercayaan kepada pucuk kepimpinan MCA. Rasuah RM10 juta yang polis bekukan account yang memberi tidak kepada tertuduh yang menerima turut dibekukan accountnya dan disiasat. Para pengundi menganggap, "biasa lah tugas polis dan SPRM untuk jaga maruah BN". Ini yang dianggap oleh para pengundi, kerana menurut andaian Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bahawa para pengundi itu selalu punya fikiran negatif.
13. SIKAP SURUHANJAYA PILIHANARAYA
SPR juga tidak begitu disenangi oleh para pengundi. Campur tangan SPR dalam politik kerap didakwa oleh para pengundi. Ada pula yang mendakwa ada undi hantu dalam buku nama nama para pengundi. Setakat ini kita belum pasti kebenarannya tapi peranan SPR sangat diragukan oleh para pengundi.
14. SEMANGAT PERKAUMAN MAINAN BN
Biasanya selalu kita dengar dalam berita TV3 dalam Astro Awani forum para professor, kadang kadang dengan tidak mereka sedari mereka membincangkan pasal negara Malaysia ini adalah negara orang Melayu. Hak orang Melayu, hak Bumiputera. Kepada kaum Cina dan India warga negara Malaysia, orang orang UMNO menganggap mereka sebagai bangsa asing. Isu ini adalah isu perkauman. Tentu sekali kaum Cina dan India tidak senang dan takut dengan parti UMNO. Takut dengan semangat perkauman mereka, menjadikan renggang perhubungan orang Melayu, Cina dan India padahal kalau UMNO nak meraih undi tentu sahaja bukan dari orang Melayu sahaja, kaum Cina dan India juga punya hak untuk mengundi. Sepatutnya TV3 dan Astro Awani tidak lagi mengundang para professor untuk memberi pendapat kerana ia boleh mengeruhkan keadaan. Kalau calon UMNO kalah dalam PRK Bagan Pinang, tentu sekali 14 dalil ini yang punya punca yang agak sukar untuk para pemimpin UMNO telan, kerana tidak mahu kehilangan senjata hikmat mereka, sekalipun mereka tahu mereka akan kalah..

FELDA-MBFM : Lantang Berkokok, Ekor Berciciran Najis

Berita mengembirakan bagi peserta Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) Sabah diagihkan dividen kepada seramai 1,700 pesertanya dengan nilai agihan keseluruhan berjumlah RM21.32 juta.

Atau purata RM12,541.18 seorang.

Manakala Peneroka FELDA hanya akan menerima RM350.00 seorang. 'Peneroka' dan 'Peserta' mempunyai perbezaan ketara maksudnya.Pencatat merasa malu sebagai generasi peneroka yang saban hari kian diperbodohkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pengurusan FELDA. Pencatat pasti lebih 500,000 orang keluarga-generasi peneroka juga berdukacita.Dengan FELDA mempunyai puluhan anak syarikat yang telah mencatat keuntungan setaraf MAYBANK, CIMB , KFC dan lainnya hanya mengaihkan imbuhan pelaburan-caruman RM350.00 tahun ini kepada peneroka.

MBFM Gadai Anak-Bangsa Peneroka

ANAK** telah mencabar Majlis Belia FELDA Malaysia (MBFM) yang telah lebih 9 tahun tidak mengadakan mesyuarat Agungnya untuk berwacana mengena hala-tuju dan ketirisan FELDA dan MBFM. Malangnya Datuk Ramli Ismail, anak jati Felda Sungai Sayong yang juga Pengerusi MBFM kelihatan bacul bersemuka.ANAK** yakin tiadanya mesyuarat agong (pemilihan-pembentangan perakuanan) tersebut berkait rapat dengan penyelewangan di MBF dan FELDA.Pencatat gembira bila mendengar FELDA ingin mencabar ANAK** di mahkamah, puluhan peguam menghubungi ANAK** dan siap-siaga berkhidmat dimuka pengadilan bagi membongkar billion ringgit yang diselewengkan.
Agak malang FELDA mengikut jejak Perdana Menteri, lantang berkokok ekor berciciran najis. Notis saman wayang semata.Apapun rezeki Allah dan agihan RM350.00, pencatat bersyukur kehadrat Illahi. Peserta FELCA Sabah mendapat 35 kali ganda dari peneroka FELDA.
Sudah tentu Perdana Menteri akan gembira dengan Majlis Hari Terbuka Eidul Fitri tahun ini dengan belanja jutaan ringgit dari hasil mahsul negara, FELDA sudah pasti menjadi penyumbang dari hasil cukai .

Zabidie Abas
Setiausaha Kehormat ANAK
**Bendahari Kehormat
Majlis Belia FELDA Malaysia
Wilayah Johor Bahru**

ANAK : Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan

9 ADUN UMNO/BN sertai pkr?

Ramai yang menghubungi saya sama ada melalui talifon atau sms dan beberapa wartawan termasuk Malaysiakini bertanyakan tentang berita yang sedang berkembang mekar terutama di Terengganu pasal 9 Adun UMNO / BN yang diketuai oleh Rosol Wahid akan menyertai PKR dan desas-desus yang mereka telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Info ini telah saya terima dalam sebulan setengah yang lalu . Sekarang isu ini sudah menjadi hangat berada di tangga No1 carta Politik Negeri Terengganu .

Cerita ADUN lompat PKR

Sebulan setengah yang lalu bila info dan persoalan sama yang diajukan kepada saya , hanya menjawab “saya tidak tahu, kalau betul , baguslah”. Andai betul mereka hendak menyeberang ke PKR saya menganggap satu senario politik baru dan sudah pasti akan berlaku suasana iklim baru politik negeri Terengganu dan terutama kepada PKR negeri Terengganu . Pasti mengerunkan ramai orang politik PKR Terengganu dengan kemunculan mereka ! Maklumlah orang politik PKR Terengganu ni hebat-hebat belaka !
Bila ramai teman-teman menghubungi saya apabila cerita 9 ADUN UMNO /BN hendak menyertai PKR , saya hanya menjawab saya tidak ambil tahu pasal isu ini . Maaflah kepada teman-teman yang mungkin agak kecewa dengan jawapan saya . Saya tahu mereka mengharapkan jawapan yang sebenar dan tepat cerita tersebut. Kerana saya ini berada dalam barisan pimpinan Pusat .

Untuk Jatuhkan Mad Said

Memang saya benar-benar tidak ambil tahu pasal isu tersebut . Bagi saya Rosol dan kawannya hanya hendak gertak Mad Said. Tekanan diteruskan kepada Mad Said termasuk usaha supaya Mad Said turun daripada kerusi MB Terengganu telah dibuat .
Benarkah mereka hendak meninggalkan UMNO ? Sanggupkah mereka ? Isu undi tidak percaya kepada Mad Said semua orang tahu hanya satu gertakan dan sandiwara semata2 sehingga bertindak memulaukan Sidang DUN dan berakhir dengan ugutan bunuh SMS yang dilakukan oleh Dr Ramzi , orang kesayangan Idris Jusoh. Geng-geng dia orang juga. Pelik , ugut sama sendiri . sedangkan visi dan misi yang sama untuk jatuhkan Mad Said . Mad Said terus menang ! Takkan orang yang berpendidikan tinggi ( PhD ) dan anak orang alim seperti Dr. Ramzi bersikap bodoh sebegitu tanpa perancangan dan didalangi seseorang ?

Dulu baikot , sekarang bisu Dalam Sidang DUN

Sekarang Mad Said terlalu geram dengan sikap ADUN-ADUN yang membisu dalam Sidang DUN . Rosol Wahid bila ditanya pemberita menafikan penghijrahan mereka ke PKR . Isu undi tidak percaya yang kononnya akan dilakukan dalam Sidang DUN baru-baru ini hanya ‘tong kosong yang berdentum kuat’.
Saya hanya memerhati gelagat ini . Sebab itu saya menjawab saya tidak ambil pusing cerita mereka ini . Rosol Wahid menjawab “ini isu dalaman mereka". Sebab itu saya sudahkan dengan jawapan kepada teman-teman bahawa mereka bukan pejuang rakyat .. Mereka adalah manusia2 yang penakut , Apa yang berlaku hanyalah tindakan mengertak dan memprotes Mad Said.

Bermula Dengan Tidak Setuju Mad Said Jadi MB Terengganu

Isu mereka adalah bersifat kepentingan diri . Bukan kepentingan rakyat. Kerana tidak puas hati terhadap perlantikan Mad Said sebagai MB, Sehingga sanggup menderhaka dan membinatangkan DYMM Sultan Terengganu, marahkan keputusan Tuanku tidak melantik semula Idris Jusoh sebagai MB . Bukan kerana kepentingan rakyat.Bukan kerana perjuangan rakyat .
Dalam sidang DUN tempohari , mereka hanya menunjukkan protes dengan membisu seribu bahasa. Sekiranya mereka benar2 ikhlas dalam membela rakyat , sudah pasti mereka akan bertindak menggunakan Sidang DUN yang hanya setahun 2 kali itu untuk berdebat dan mempertahankan rakyat terutama kepentingan rakyat di DUN yang mereka wakili . Kalau betul mereka tidak puas hati terhadap urus tadbir Mad Said sebagai MB itulah ruang yang ada . Malah terlalu banyak isu yang mereka perlu sentuh dan perjuangkan terhadap tindakan Mad Said memerintah negeri Terengganu dan mengurus kewangan rakyat Terengganu .
Sekiranya Mad Said memang tidak layak bagi mereka sebagai MB dan setelah setahun lebih mengurustadbirkan Terengganu serta dilihat oleh mereka bahwa Mad Said gagal kenapa tidak digunakan ruang tersebut untuk menyerang dan mengkritik Mad Said .

Perundingan Dengan Anwar

Melalui saluran apa , melalui siapa mereka berunding dengan Datuk Seri Anwar saya pun tahu sekiranya ianya adalah betul seperti yang diwar-warkan. Saya pun sehingga sekarang tidak pernah bertanya kepada Datuk Seri Anwar atau sesiapa pun . Sebab itu apabila kawan-kawan bertanya , saya jawab tidak tahu . Malaysiakini menghubungi saya, jawapan sama saya berikan saya tidak tahu !
Bagi saya apa yang dilakukan oleh 9 ADUN UMNO/BN ini hanyalah bersifat kepentingan diri dan hanya untuk jatuhkan Mad Said . Sekiranya benar sepertimana cerita dan dakwaan mereka ada melakukan negosiasi dengan YB Ketua Umum , saya mengharapkan satu perundingan yang sangat baik dan bersifat atas kepentingan rakyat . Bukan kerana mendasari isu 'tidak setuju dan tidak sukakan Mad Said'. Berdasarkan atas prinsip kepentingan rakyat !

Hak saya menyatakan pandangan

Itu pandangan saya dan hak saya untuk membuat analisa isu tersebut . Siapa yang hendak marah atau 9 ADUN tersebut tidak puas hati dengan kenyataan saya di dalam Malaysiakini terpulang . Bagi saya ianya berdasarkan rentetan kronologi dari awal krisis perlantikan MB Terengganu hingga peristiwa sekarang .
Saya dituduh dengan sms oleh seseorang ( seseorang yang mengaku Setiausaha Politik DSAI ) bahawa kenyataan saya dalam Malaysiakini adalah salah dan menjejaskan parti ! Bila saya soalkan di mana salahnya dan apa yang menjejaskan parti , tidak beri pun . Saya pun hendak tahu di mana silap dan yang boleh jejaskan parti terhadap kenyataan saya tersebut . Orang itu tidak nyatakan pun. Saya bersedia dihadap ke Lembaga Disiplin sekiranya saya salah dan menjejaskan parti .
Malah saya membaca kenyataan tersebut berkali-kali , tidak nampak pun di mana silap dan yang boleh menjejaskan parti . Mungkin saya tidak perasan , kalau ada tolong beritahu saya .
Saya mengalu-alukan kemasukan mereka dalam PKR sekiranya betul mereka bertindak sedemikian rupa . Tetapi adakah saya merosakkan parti apabila menyatakan sekiranya mereka ingin bersama dalam PKR , hendaklah atas kepentingan rakyat dan bukannya kepentingan peribadi . Bukan kerana tindakan semata-mata untuk jatuhkan Mad Said . Kerana tidak memenuhi cita-cita mengulingkan Mad Said lalu tidak puas hati dan lompat sertai PKR . Salah kah kenyataan saya ? Jejas kah kepentingan parti ? Saya sudah lalui pengalaman bersama parti ini sudah lama . Difitnah dan dituduh macam-macam. ( Orang yang sms saya itu pun pernah hilang macam itu sahaja bila kalah pilihanraya. Malah diberitahu oleh seseorang beliau pernah mengutuk Ketua Umum ).
Sekiranya betul ada negosiasi antara 9 ADUN dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kesediaan mereka menyertai PKR biarlah benar-benar original kerana perjuangan rakyat .
Saya masih teringat peristiwa ADUN Bota yang kita sambut dengan tabúh dan paluan kompong menyertai PKR akhirnya melompat semula . Bukan terlalu mudah untuk sekali lagi mempercayai . Itu pandangan dan prinsip saya . Orang tidak suka , terpulang.
Saya bukan bersifat prejudis , tapi ini adalah politik!

"Ahlan-walsahlan" Mengalu-Alukan Kemasukan Mereka

Sekiranya benar sepertimana yang digembar-gemburkan . Saya di atas prinsip peribadi dan AMK mengucapkan SELAMAT DATANG ke Parti Keadilan Rakyat . Menghayati prinsip-prinsip perjuangan parti dan masuk atas prinsip menegakkan kebenaran dan keadilan . Memperjuangkan rakyat . Bersama membangunkan parti dan mempertahankan prinsip atas ketuanan rakyat . Bukan kerana kepentingan diri .
Saya amat kasihan kepada Ketua Umum dan rakyat sekiranya mereka mengkhianati dan melacurkan prinsip . Saya tidak sanggup berdepan dengan sikap-sikap mereka yang prejudis dan 'lidah bercabang' . Akhirnya 'pisang berbuah 2 , 3 , 4 kali'. Letih ! Sejarah dan peristiwa banyak mengajar saya . Untuk lebih berhati-hati!

’Rangking’ Keselamatan Negara Jatuh 25 anak tangga, batalkan perlantikan Musa Hassan

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bimbang terhadap tahap keselamatan negara yang kian meleset akhir-akhir ini sebagaiamana didedahkan Laporan Daya Saing Global Forum Ekonomi Dunia (WEF) bagi 2009-2010, ranking keselamatan negara telah jatuh 25 tangga kepada kedudukan ke-85.
Ketua Penerangan PAS Ustaz Idris Ahmad berkata laporan berkenaan turut mendedahkan, potensi keganasan berada di kedudukan ke-97 dan jenayah dikedudukan ke-95, diaman kedua-dua faktor tersebut membawa kepada kos perniagaan yang ketara bagi pelaburan dalam negara.
Beliau berkata, isu keselamatan bukan sahaja menjadi satu ’kerisauan’ kepada rakyat lokal tetapi pelaburan internasional juga menguncup dengan rangking daya saing Malaysia peringkat global jatuh 3 anak tangga ke kedudukan ke-24.Oleh itu, PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dibatalkan.
”PAS sebelum ini yang membantah penyambungan kontrak Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan adalah tepat berdasarkan nilaian masa depan ekonomi dan keselamatan negara,”fakta yang dikeluarkan komuniti forum ekonomi antarabangsa ini memperjelaskan kegagalan KPI beliau dalam mengurus aspek keselamatan negara dengan baik,
”Justeru PAS memohon Yang di-Pertuan Agong campur tangan supaya membatalkan pelantikan semula beliau atas prestasi beliau yang gagal memperbaiki kedudukan (rangking) keselamatan negara” ,”jelas Ustaz Idris dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.Menurutnya, dalam suasana kegawatan ekonomi sekarang, jenayah merupakan kerjaya yang kian berkembang dan Pasukan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) memerlukan seorang ketua yang berkerja bersungguh-sungguh untuk memerangi jenayah, bukannya seorang ketua yang gagal melaksanakan tugasnya.

Wakil Syarikat Senjata Kecewa, Pembelian Sistem Pertahanan Negara Tidak Telus

Wakil-wakil syarikat sistem pertahanan senjata di negara ini mahu Kementerian Pertahanan supaya lebih berhati-hati dalam urusan pemberian tender memandangkan ada syarikat yang menawarkan peralatan yang sudah ketinggalan zaman dan bakal menyebabkan kerajaan Malaysia kerugian jutaan ringgit.
Antara perkara yang dibangkitkan adalah seperti dibawah;
1. Isu penawaran sistem latihan Air Combat Manoeuvering Instrumentation (ACMI) untuk melatih juruterbang jet pejuang menjadi "Top Gun" secara sewaan sebanyak RM20 juta selama setahun untuk jangkamasa 10 tahun telah membangkitkan rasa tidak puas hati di kalangan wakil-wakil syarikat sistem pertahanan di negara ini.
2. ACMI yang ditawarkan untuk Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM) akan dipasang di pengkalan uda ra Kuantan dan Butterworth bakal menjimatkan wang kerajaan yang selama ini banyak dibazirkan apabila terpaksa menghantar juruterbang jet pejuang TUDM, pesawat serta kakitangan terlibat untuk berlatih di pengkalan udara Korat di Thailand pada setiap tahun.
3. Penghantaran pesawat dalam jumlah yang tidak diketahui itu sekaligus menimbulkan isu keselamatan apabila jumlah pesawat TUDM yang tinggal di dalam negara menjadi kurang bilangannya.
4. Malaysia tidak pernah mempunyai sistem ACMI sedangkan negara seperti Thailand, Singapura dan Indonesia s uda h mendahului TUDM, sistem itu akan melatih juruterbang TUDM dalam pertempuran olok-olok tetapi menyerupai peperangan sebenar termasuk gangguan dari sistem pertahanan elektronik.
5. ACMI mula-mula sekali dibangunkan oleh Israel yang amat bergantung kepadakecekapan juruterbangnya untuk menghadapi ancaman dari negara-negara Arab.
6. Kecekapan juruterbang Israel dalam menembak jatuh lebih kurang 80 pesawat Syria dengan kehilangan hanya tiga pesawat negara Yahudi itu dalam pertempuran uda ra di Beeka Valley, Lebanon pada tahun 1982 benar-benar membuka banyak negara sehinggakan Amerika Syarikat membangunkan sistem ACMInya sendiri.
7. Sistem ACMI terkini berdasarkan pada teknologi yang dikategorikan sebagai generasi P5, Singapura, Thailand dan kebanyakkan negara sekutu Amerika Syarikat (kecuali AS) masih menggunakan sistem ACMI yang berada dalam generasi P4.
8. Penggunakan sistem ACMI walaupun kelihatan mudah dan tidak "glamour" seperti pembelian pesawat Su-30MKM tetapi impak pada keselamatannya amat besar kerana ia membabitkan data pesawat, elektronik, taktik dan strategi TUDM serta frekuensi komunikasi sulit di antara pesawat dan bilik kawalan.
9.Pada pertengahan tahun 2002, Kementerian Pertahanan menawarkan tender ACMI secara terbuka melalui akhbar tempatan dan tiga buah firma antarabangsa dengan diwakili oleh broker masing-masing yang berpengkalan di Kuala Lumpur membida tender itu. (Gambar kiri - ACMI Conceptual View)
10.Tender terbuka itu kemudian ditutup tanpa sebarang alasan dan ditukar menjadi rundingan terus kepada sebuah syarikat tempatan yang menawarkan sistem ACMI pada kategori teknologi generasi P4 (ketinggalan zaman dalam jarak 20 tahun dengan generasi P5) milik AS yang jelas bertentangan dengan dasar kerajaan Malaysia dan prinsip yang diamalkan oleh Kementerian Kewangan serta pemimpin tertinggi negara ini.
11.Pengerusi Kira-kira Wang Awam Datuk Shahrir Samad dalam kenyataannya pada sebuah akhbar tempatan pada Okt 2007 dahulu mengakui bahawa pemberian tender secara rundingan terus adalah amat membahayakan dan pilihan itu hanya patut dibuat jika tidak ada sebarang pilihan lain yang lebih baik.
12.Seorang wakil sistem pertahanan dari Jerman yang enggan dikenali memberitahu, tawaran itu tiba-tiba ditutup dan diberikan kepada sebuah syarikat lain tanpa sebarang alasan yang kukuh, syarikat terbabit menawarkan sistem ACMI generasi lama buatan AS iaitu P4
13."ACMI P4 milik AS tidak serasi dengan pesawat TUDM yang kebanyakkannya dari buatan Russia . Tidak mungkin orang Russia mahu bekerjasama dengan jurutera AS untuk mengintegrasikan sistem pesawat MIG dan Sukhoi dengan perisian AS kerana ini secara tidak langsung akan mendedahkan Source Code pesawat mereka kepada AS," katanya.
14.Beliau berasa kesal kerana pihak TUDM memilih sistem ACMI milik AS sedangkan sistem ACMI buatan Jerman yang ditawarkan olehnya merupakan dari kategori P5 dan tentera udara Jerman yang turut menggunakan pesawat MIG-29 s uda h pun mengeluarkan kenyataan bahawa sistem ACMI buatan mereka boleh dipasang pada pesawat buatan Russia, AS dan British yang TUDM pakai (Gambar kanan - ACMI-FISTS Conceptual View).
15."Persoalan sekarang mengapa TUDM sengaja memilih sistem yang ketinggalan zaman. Ia juga lebih mahal berbanding dengan sistem terkini yang ditawarkan oleh Jerman. Perlu diingatkan pembelian ini tidak melibatkan tawaran timbal balas seperti perpindahan teknologi dari negara pembuat...jadi tidak ada alasan untuk menjadi mahal," katanya lagi.
16.Beliau mendedahkan negara seperti AS tidak akan bermurah hati untuk memberikan Malaysia teknologi terkini berbanding dengan negara sekutunya dan ini sudah terbukti dalam pembelian pesawat F/A 18-Hornet buatan Boeing (gambar bawah) , di mana AS tidak mahu memberikan "Source Code" pesawat itu kepada TUDM.
17.Kata-kata beliau mempunyai kebenarannya apabila mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu ucapannya pernah mendedahkan bahawa kuasa besar itu tidak mahu memberikan "Souce Code" pesawat Hornet dan ini menyebabkan TUDM tidak dapat mengoptimumkan kuasa tempur pesawat Hornet kepada tahap 100 peratus.18.Katanya lagi, pemakaian ACMI pada pesawat AS dan stesyen kawalan darat membabitkankeselama tan negara kerana ia akan merekodkan komunikasi sulit, taktik dan strategi TUDM, ada baiknya jika TUDM mendapatkan sistem ACMI yang turut menawarkan "Source Code"nya sekali supaya ia mampu dikendalikan oleh anak tempatan.
19.Seorang lagi wakil syarikat dari Korea Selatan yang menawarkan sistem yang sama dari negara itu turut melahirkan rasa kesal dengan sesetengah pegawai TUDM dan Kementerian Pertahanan termasuk juga syarikat yang mewakili sistem keluaran AS itu yang seolah-olah mengenepikan aspek keselamatan dan kepentingan negara dalam hal ini.
20.Teknologi ACMI pada kategori P5 buatan Korea Selatan itu adalah yang paling murah berbanding dengan dua pesaingnya iaitu sistem ACMI dari Jerman dan AS tetapi merupakan teknologi yang dibangunkan secara "Reverse Engineering" dari sistem milik Israel yang pernah dipakai oleh tentera uda ra republik itu.
21."Bukan soal untung rugi yang dipertikaikan di sini tetapi sampai bila soal ketelusan dan kepentingan orang-orang tertentu dalam TUDM dan Kementerian Pertahanan mahu kita sembunyikan, " katanya.
22."Bayang kan jika TUDM menggunakan teknologi P4, sampai masa kita kena upgrade kepada P5. Syarikat terbabit mendapat dua kali untung. Tidakkah ini membabitkan pembaziran wang, janganlah abaikan kepentingan negara di atasfaktor yang berdasarkan soal keuntungan," katanya.
23.Beliau mendedahkan pucuk pimpinan TUDM mengetahui akan perkara itu dan tahu TUDMmempunyai pilihan yang lebih baik tetapi atas sebab-sebab tertentu cuba mendiamkan isu terbabit dan pada masa yang sama memastikan firma lain tidak memenangi bidaan itu.
24."Saya pernah melihat surat yang ditandatangani oleh seorang pegawai tinggi kerajaan di Kementerian Pertahanan, surat itu menyebut, rundingan terus terpaksa dibuat memandangkan TUDM tidak mempunyai pilihan lain yang lebih baik," katanya. - http://chegubard.blogspot.com