Sabtu, 7 November 2009
PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI JAWATANKUASA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT
Tindakan JAIS Membuktikan Benarnya Prediksi Raja Petra Kamaruddin. Kerajaan PR Selangor Hanya Akan Hidup Sampai Januari 2010
Saya pernah berborak dengan salah seorang ADUN di Selangor. Dan beliau telah membuat pengamatan yang cukup tepat dan berani. Beliau berkata UMNO/BN lebih sanggup tidak menang di negeri lain kiranya mereka dapat menawan semula Selangor.- Walaupun kepimpinan negeri dikawal oleh pemimpin Pakatan Rakyat, namun di peringkat daerah dan kerajaan tempatan, UMNO masih lagi mengawal perjalanan dan pentadbiran.
- Majoriti pegawai-pegawai kerajaan di Selangor adalah lahir dari “tarbiyyah” UMNO dan mereka masih lagi memberi sokongan padu pada UMNO.
- Peniaga-peniaga Cina masih lagi terpaksa membayar “wang pengeras” kepada pemimpin2 UMNO di peringkat daerah demi untuk memastikan mereka boleh melaksanakan projek mereka dengan aman
- Ini bererti tahap korupsi masih tinggi dan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat masih tidak dapat membersihkan penguasaan UMNO terhadap pentadbiran kerajaan negeri.
- Sejak kebelakangan ini, dilihat segala permohonan untuk projek2 besar telah pun di”beku”kan. Ini kerana semua pegawai2 kerajaan sedang bersedia untuk sebuah “coup-de-tat” yang bakal berlaku pada January 2010.
- Sekurang-kurangnya 10 wakil2 rakyat Pakatan Rakyat akan ditangkap dan dibicarakan atas banyak tuduhan yang direka-reka.
Strategi sabotaj utama mereka adalah melemahkan jentera Kerajaan2 tempatan yang akan bertindak sangat tidak efisyen akibat sabotaj pegawai2 kerajaan ini. Bayangkan kalau kerajaan tempatan tidak efisyen, keseluruhan kerajaan negeri Selangor akan dibenci.
1. GERAKKAN KESELURUHAN JENTERA PILIHANRAYA PAKATAN RAKYAT. Mulakan dengan projek pembersihan Daftar Pemilih secara berkala. PERKARA INI WAJIB DILAKUKAN kerana kalau terpaksa bubar DUN, kita akan bubar DUN dan adakah PRK Negeri Selangor.
2. Dedahkan lagi penyelewengan-penyelewengan UMNO beserta dokumen-dokumen rasmi supaya rakyat lebih mengetahui betapa jahatnya UMNO.
3. Pegawai2 yang jelas didapati menjalankan kerja-kerja subversif tidak perlu diambil tindakan disiplin. Tapi, tukar mereka ke MPPJ atau MBSA dan pastikan mereka menjalankan kerja-kerja Alam Flora seperti angkat sampah atau basuh tandas. Gaji dan kelebihan mereka masih dikekalkan.
4. Sebarkan keseluruhan prosiding SELCAT dalam bentuk VCD kepada rakyat Selangor secara percuma supaya rakyat nampak sendiri betapa pegawai2 kerajaan ini bekerja untuk UMNO bukan Pakatan Rakyat
5. Wakil-wakil PR dalam kerajaan tempatan mesti lebih pro aktif. Adakan satu bengkel atau seminar tentang bagaimana hendak memastikan wakil2 PR dalam majlis2 tempatan lebih efektif dan berkesan.
6. Aduan2 rasuah dan salah guna kuasa wajib di “SELCAT” kan dengan kadar segera. Mulakan dengan Pengarah JAIS terlebih dahulu.
7. Adakan majlis solat hajat secara berkala. Jemput Tok Guru Nik Aziz mengadakan Solat Hajat khas di Stadium Shah Alam dan minta supaya perancangan Najib digagalkan oleh Allah SWT. Biar YB Menteri Besar menjadi makmum.
8. Adakan Majlis Solat Hajat di Peringkat Daerah juga dengan menjemput Tok2 Guru yang tersohor di setiap daerah tersebut.
9. Tok Guru Nik Aziz pernah cuba diperangkap oleh UMNO. Kononnya UMNO mahu menjemput Tok Guru solat hajat di Stadium Bukit Jalil bagi mengelakkan flu babi. Namun, hasilnya Tok Guru telah menolak mentah-mentah, dan bertanya pada Najib bila beliau hendak berikan royalti mintak kepada Kelate? Perkara ni saya akan dedah kemudian.
10. Dato’ Seri Anwar Ibrahim harus berjalan berjumpa kembali dengan rakyat Selangor dengan mengadakan “tour” dan berhenti di setiap pekan dan bandar kecil untuk bertemu rakyat. Perlu Dato Seri Anwar Ibrahim kembali bertemu rakyat Malaysia
11. PAS Selangor wajib dibersihkan dari anasir UMNO dan sabotaj. Ahli2 PAS Selangor wajib keluar dan membuang pemimpin-pemimpin yang pro UMNO dan pro kerajaan perpaduan.
Tulang Besi
RASULULLAH SAW TOLAK PERJUANGAN KEBANGSAAN ( ASSOBIYAH )
Jumaat, 6 November 2009
THE SIGNS OF THE LAST DAY IN HISTORY , AN ISLAMIC PERSPECTIVE BY AMBASSADOR YEOP ADLAN ROSE
Bismillahi Rahmani Rahim,
Ambassador Yeop Adlan Rose,
92, Jalan Arca U8/78,
Bukit Jelutong Timur,
Shah Alam, Malaysia
KEMBALIKAN ROYALTI MINYAK, BUKANNYA WANG EHSAN
6 November 2009
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyeru Perdana Menteri agar tidak mengeliru parlimen serta orang awam tentang royalti minyak serta wang ehsan. Perbuatan menyalurkan wang ehsan kepada Kelantan telah merampaskan hak Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak demi pembangunan kebajikan rakyat.
AMK berpendapat bahawa idea wang ehsan yang dikemukakan adalah akibat daripada tekanan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Sudah lama, pelbagai pihak termasuk Kerajaan Kelantan telah mendesak agar Kerajaan Persekutuan dapat bertindak adil atas pembahagian peruntukan ke seluruh negeri.
Lebih mengecewakan adalah sementara Perdana Menteri mengutarakan konsep “Satu Malaysia”, wujudnya pembahagian peruntukan yang mengambil kira faktor kepentingan politik sahaja. Jelasnya bahawa “Satu Malaysia dengan double standard” masih wujud.AMK menyelar Barisan Nasional yang seringkali meminggirkan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS. Barisan Nasional perlu bertanggungjawab atas Kelantan menjadi antara negeri yang termiskin. Semua jenis cukai termasuklah cukai pendapatan, duti import dan eksport yang merupakan sebahagian besar pendapatan negara perlu diagih dengan adil khasnya membantu negeri miskin supaya taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Usaha mengurangkan jurang kemiskinan di antara negeri-negeri di Malaysia juga perlu ditekankan.
Kenyataan Perdana Menteri berkaitan dengan wang ehsan hanya akan disalurkan dengan projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa sekali lagi dasar diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Kelantan masih diteruskan. Tindakan tersebut berniat jahat serta bertujuan untuk membantut dan merosakkan prestasi pentadbiran Kerajaan Kelantan.
Sekiranya Perdana Menteri Malaysia betul-betul ikhlas untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat di Kelantan, maka perlu mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Rakyat sepatutnya tidak perlu dibezakan atau “dihukum” atas pegangan politik yang berlainan. Semua rakyat membayar cukai dan mereka tidak sepatutnya menghadapi diskriminasi sedemikian.
Akhirnya, AMK mendesak Perdana Menteri supaya menerima cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menubuhkan Suruhanjaya Peruntukan Malaysia atau Malaysia Grant Commission yang mengagihkan peruntukan negara kepada semua negeri dengan adil tanpa sebarang faktor politik.
Lee Khai LoonKetua
Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Anggota J/K disiplin MCA letak jawatan
Difahamkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat jawatankuasa tersebut baru-baru dan surat rasmi peletakan jawatan mereka telah diserahkan oleh pengerusinya, Ng Cheng Kiat hari ini.Anggota jawatankuasa tersebut dipercayai tidak senang dengan campurtangan politik dalam keputusan yang dibuat, mengakibatkan ia tidak dapat berfungsi dengan berkesan.
Dalam perkembangan yang berkaitan, pengerusi dan pengarah akhbar berbahasa Inggeris The Star milik MCA, Datuk Leong Tang Chang kini merupakan pengarah bukan eksekutif akhbar tersebut.Perubahan tersebut dibuat dua minggu selepas Leong dipecat daripada jawatan biro undang-undang MCA.
Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan
yang dibayar oleh Petronas melalui Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN.PAS kesalkerana Kerajaan BN melayan tuntutan rakyat Kelantan seperti melayani peminta sedekah, dengan mengumumkan 'wang ehsan' bagi mengantikan wang royalti yang dikatakan tidak layak diterima kerana kononnya Petronas beroperasi dikawasan bertindih.
Jawapan ini memperlekehkan tuntutan rakyat Kelantan yang mana mereka tetap berhak walaupun ia berada di kawasan yang bertindih. Sekurang-kurangnya bayaran royalti perlu dibayar kepada Kelantan yang jumlahnya sama dengan negeri yang bersempadan dikawasan bertindih itu. Negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak yang diterokai oleh Petronas seperti, Sabah, Sarawak, dan Terengganu mendapat wang royalti, tetapi kenapa Kerajaan BN hanya memberikan 'wang ehsan' sedangkan itu adalah hasil bumi Kelantan yang diakui oleh ramai pakar geografi dan petroleum termasuk dari pihak Petronas sendiri.
Taman Ilmu Gagal, Tergendala ?
Ketika mengadakan sesi soal jawab panjang (selama sejam) bersama media, beliau mendedahkan, belum ada satu pun universiti luar negara yang memohon untuk menawarkan khidmat pendidikan di Taman Ilmu.Beliau berkata demikian di Wisma DarulIman, Mei lalu, apabila para wartawan mendesaknya dengan soalan bahawa, beliau telah meminggirkan Besut dalam agenda pembangunannya sebagai Menteri Besar.
Disamping itu, dalam sidang media yang sama, Ahmad tidak dapat menyembunyikan realiti bahawa, pembangunan Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM yang dibuat ’mudah-mudah’ semasa zaman Idris dan Pak Lah, tidak berjalan dengan licin.Katanya, projek-projek mega termasuk pembinaan Taman Ilmu sebelum zamannya adalah merupakan projek ’terus’ dari Kuala Terengganu ke Putrajaya.Sebaliknya, katanya, beliau terpaksa memasukkan perbelanjaan pembinaan tersebut dalam bajet tahunan pada setiap tahun, dan menghantar kepada Putrajaya.Keadaan tersebut adalah kerana, pada zaman Idris dan Pak lah, wang royalti minyak Terengganu dibelanjakan secara ’agak bebas’, namun pada masa Ahmad, ia dimasukkan dahulu kepada akaun kerajaan negeri.Realitinya, pembinaan Taman Ilmu dan Kampus UDM benar-benar tergendala !Senarai projek dalam pembinaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerjaraya
negeri Terengganu (JKRNT) tahun 2008 telah menunjukkan lima ’parcel’ pembinaan komponen Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM telah mengalami kelewatan selama sembilan bulan.JKRNT meletakkan jangkaan, keenam-enam ’parcel’ pembinaan dijangka siap pada Disember tahun 2008. (Lihat Dokumen dibawah)

Masjid RM3 Juta Bocor Sebelum Dirasmi
Batu Rakit, SETIU - Belum lagi dirasmikan, Masjid Lingai di sini, sudah menghadapi masalah siling bocor sehingga menyebabkan ada beberapa bahagian siling kapur di masjid berkenaan mulai tertanggal.Menurut penduduk, masjid itu mula dibina pada 2007 dengan kos kira-kira RM3 juta dan mula digunakan pada 1 Syawal lalu. Mereka mendakwa, masalah siling bocor di masjid itu sudah dikesan berlaku sejak ia mula digunakan.
Siapa Kaut Untung Pembelian Kapal Layar Piala Monsun ?
KUALA TERENGGANU - Penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong merupakan pembaziran wang rakyat yang dilakukan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dinegeri ini.Ia jelas tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat tempatan, samada kepada orang awam ataupun dikalangan pengusaha.Walaupun pihak penganjur acara tersebut mendapat pelbagai anugerah, penganjuran sukan antarabangsa itu kini tidak lagi menjadi daya tarikan kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka.
Sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Pengarah Pelancongan Negeri, Encik Suhaimi Abu Hassan Shari berkata beliau kecewa kerana pengusaha tempatan tidak menjadikankan ‘simbol’ piala Monsun sebagai strategi pemasaran mereka.
Katanya, dari seluruh pengusaha hotel dan resort, hanya seorang pengusaha ‘home-stay’ yang mengiklankan Piala Monsun, untuk menarik pelanggan bagi menyaksikan kejohanan itu. Manakala Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Malaysian Association of Tour and Travel Agents - Matta) bagi negeri Terengganu, Encik Esmadee Endut berkata populariti Piala Monsun belum berhasil menarik kehadiran pelancong yang ramai."Ahli-ahli persatuan tidak tahu apa atau dimana sasaran segmen pemasarannya kerana penganjur tidak pernah memasukkan kami dalam pelan promosi mereka,”katanya. (Gambar kanan - kapal layar RM14 juta diluar musim, hanya digunakan semasa kejohanan)

"Apa yang rakyat dapat dari perbelanjaan RM14 juta itu dan kerajaan perlu memberi penjelasan kepada rakyat," ujarnya. Melalui semakan yang dibuat, kapal layar jenis ’Foundation 36’ yang digunakan dalam kejohanan Piala Monsun dibangunkan oleh Western Australian Yachting Foundation.Kapal tersebut boleh dibeli dengan mudah melalui internet dengan harga AU$115,000 bersamaan dengan RM355,751.35 sebuah. (Gambar bawah - iklan kapal layar Foundation 36 dalam internet)

Laporan Ketua Audit Negara Berkaitan Pengurusan Kenderaan Kerajaan
Kenderaan merupakan aset yang penting bagi melancarkan perjalanan aktiviti Jabatan Kerajaan Negeri. Pengurusan kenderaan wajar diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri kerana ia merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan. Kenderaan Jabatan bermaksud kenderaan yang berada di bawah kawalan Kerajaan sama ada ia dibeli atau disewa dengan menggunakan wang Kerajaan, diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperoleh melalui proses perundangan. Peraturan mengenai pengurusan kenderaan Kerajaan pada masa kini terkandung dalam beberapa peraturan seperti Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980, Bil. 2 Tahun 1996, Bil. 6 Tahun 1999 dan Bil. 8 Tahun 1999.
1. Perolehan Kenderaan Oleh Majlis Perbandaran Kemaman
Majlis telah merancang pembelian sebuah bas dua tingkat untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi membawa orang kenamaan dan juga bersesuaian dengan status Majlis sebagai Majlis Perbandaran yang memerlukan sebuah bas eksekutif. Majlis telah menandatangani satu perjanjian bagi pembelian bas dua tingkat berharga RM830,000 dengan Syarikat C.U. Tours Ltd. Part, Thailand pada 26 Julai 2005.Semakan Audit mendapati Majlis memohon permit import daripada MITI pada 2 Ogos2005 dan permohonan tersebut telah diluluskan pada 11 Oktober 2005. Ini bermakna Majlis telah membuat pembelian sebelum mendapat kelulusan daripada pihak MITI.
Mengikut perjanjian, syarikat pembekal perlu membekalkan bas tersebut pada 15 Ogos 2005. Bagaimanapun, Majlis telah menerima bas tersebut pada 8 Februari 2006 iaitu lewat enam bulan dari tarikh sepatutnya. Kelewatan ini disebabkan masalah permit import. Walaupun bas ini diterima oleh Majlis pada 8 Februari 2006, ianya masih belum boleh didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana masalah kelulusan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mengenai pelan bas. Bas ini hanya didaftarkan dengan JPJ pada 18 Mei 2006. Dengan ini Majlis telah kerugian masa selama sembilan bulan untuk menggunakan bas ini. Selain itu Majlis juga telah menanggung kos tambahan sejumlah RM15,000 seperti di Jadual 4.1.
Pada pendapat Audit, perolehan kenderaan adalah tidak memuaskan kerana pembelian dibuat sebelum kelulusan daripada MITI diperolehi dan kenderaan tersebut lewat diterima seperti mana perjanjian.
2. Projek Sistem Pengangkutan Bas Awam Negeri Terengganu
Pada 22 Ogos 2007, Cas Ligas Sdn. Bhd. iaitu syarikat subsidiari milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diperbadankan dengan modal berbayar RM250,000. Syarikat ini memerlukan sebanyak 26 buah bas bagi memberi perkhidmatan pengangkutan yang merangkumi enam buah bas dalam bandar dan 20 buah bas antara daerah. Tujuan projek ini ialah untuk meningkatkan tahap mobiliti pengantaraan penduduk kawasan ke kawasan yang lain serta menyediakan kemudahan pengangkutan untuk pelancong datang ke Negeri Terengganu.Pada 19 Disember 2007, pihak SUK telah bersetuju melantik Syarikat Cool Caliber Sdn.Bhd. untuk membekalkan empat buah bas bandar berharga RM355,000 sebuah dan 20 buah bas antara daerah berharga RM415,000 sebuah. Manakala baki dua buah bas bandar akan diperoleh daripada Syarikat Sumai Engineering Sdn. Bhd. dengan harga RM402,000 sebuah. Semakan Audit mendapati:
i) Kelewatan Penerimaan Bas
Pada 9 Januari 2008, pihak SUK mengeluarkan pesanan tempatan kepada dua pembekal tersebut bagi membekal 26 buah bas berharga RM10.52 juta. Semakan Audit mendapati, tidak ada perjanjian disediakan antara Kerajaan Negeri dan syarikat pembekal. Berdasarkan surat daripada Pejabat SUK kepada Syarikat Cool Calibre Sdn. Bhd., Syarikat perlu menghantar 10 buah bas pada 16 Mac 2008 dan baki 14 buah lagi pada 30 April 2008. Bayaran penalti sejumlah RM300 sehari bagi setiap buah bas akan dikenakan sekiranya Syarikat gagal membekalkan bas dalam tempoh yang dipersetujui.Semakan Audit mendapati Syarikat lewat membekalkan kesemua 24 bas dalam tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 4.2 dan tidak ada denda dikenakan kepada pembekal terhadap kelewatan tersebut.
ii) Bas Tidak Dapat Digunakan Mengikut Tujuan Perolehan
Projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap mobiliti pengantaraan penduduk kawasan ke kawasan yang lain dan memudahkan para pelancong datang ke Negeri Terengganu. Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Disember 2008, perkhidmatan bas antara daerah tidak dapat beroperasi kerana syarikat pengangkutan tempatan sedia ada membantah cadangan untuk bersaing di laluan yang sama, kos penyenggaraan dan operasi adalah tinggi dan sentiasa meningkat. Syarikat pula tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang pengangkutan. Mulai 26 Februari 2009, Kerajaan Negeri telah mengagihkan 18 daripada 20 buah bas tersebut kepada Jabatan/Agensi Negeri yang memerlukan bagi menjalankan aktiviti masing-masing.
Pada pendapat Audit, projek pengangkutan awam tanpa membuat kajian yang teliti terlebih dahulu menyebabkan rancangan projek ini tidak dapat dilaksanakan dan objektif projek tidak tercapai.
Pembelian Bas bernilai RM10.5 juta Membazir
KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri membazirkan RM10.5 juta membeli 26 buah bas yang dibiarkan tersadai apabila rancangan menyediakan perkhidmatan bas antara daerah terpaksa dibatalkan.Ia adalah kerana bantahan dari syarikat-syarikat bas yang telah pun menyediakan khidmat yang sama.Pembaziran tersebut berpunca dari kerajaan negeri gagal membuat kajian komprehensif sebelum melaksanakan projek tersebut.
Akaun Kerajaan Negeri Defisit, Hutang Meningkat kepada RM997.60 juta
KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).K'tan dapat wang ehsan minyak
Khamis, 5 November 2009
Youth For Change Voters Registration Drive
Registering to vote is an important step to entering adulthood and taking responsibility for the society in which we live in. Unfortunately, voter registration is usually a dull and boring affair, making it easier for the young to brush their duty aside.
The Youth For Change Carnival aims to change that. With performances by top Malaysian independent musicians such as Bittersweet, Couple, Seven Collar T-Shirt, Liyana Fizi, Robot Asmara, Reza Salleh, Ika and many more, the Youth For Change Carnival aims to draw in thousands of youths from around the Klang Valley. At the carnival, those who have yet to register to vote will be able to do so easily at attractively designed booths, while standing a chance to win numerous prizes as well as freebies.
In addition to live music, the Youth For Change Carnival will also feature a mini flea market showcasing creative fashion and art by young designers. As part of the day's festivities, short films made by young Malaysian filmmakers will be screened, including the popular 15Malaysia shorts that have been a hit on the Internet. Popular young actors, musicians, artists and bloggers will also be meeting their fans at the carnival.
Above all, the aim of the Youth For Change Carnival is to bring the young people of the Klang Valley together to enjoy fun, healthy and creative day that will also leave them empowered. The purpose might be to attract the young to register to vote, but we plan to do it with music, movies and fashion, not politics.
Event Details Date:
Admission is free, all are welcome!
