(malaysiakini)Selasa, 28 September 2010
Sir Branson : Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan
(malaysiakini)Usahawan jutawan Britain Sir Richard Branson berkata perbicaran liwat membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri AnwarIbrahim yang sedang berlangsung memberi kesan ke atas Malaysia dan mematahkan semangat pelabur untuk menanam modal di negara ini....
"Malaysia mempunyai reputasi yang baik di luar negara. Tetapi apa yang berlaku ke atas Anwar Ibrahim membawa kesan buruk ke atas Malaysia,” katanya pada majlis khas forum Invest Asia 2010, anjuran International Herald Tribune di Kuala Lumpur, hari ini.
Sesi khas itu diperantarakan oleh bekas wartawan CNN, Lorraine Hahn.
Rabu, 22 September 2010
CABARAN MUZAKARAH TERBUKA KEPADA PEMUDA UMNO TERENGGANU : ISU MP SERDANG ‘BUKA AURAT’ DALAM SURAU
Kenyataan Akhbar
Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu
CABARAN MUZAKARAH TERBUKA KEPADA PEMUDA UMNO TERENGGANU : ISU MP SERDANG ‘BUKA AURAT’ DALAM SURAU
Sdr. Saiful Bahri Baharuddin , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu dalam Sinar Harian pada 5 September 2010 dengan mencabar Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu dan Dewan Pemuda PAS Terengganu bagi menyatakan pendirian berhubung dengan tindakan Ahli Parlimen DAP , YB Teo Nie Cheng hadir ke surau dengan membuka aurat. Malah beliau juga mencabar agar kami Pakatan Pembangkang harus memberikan penjelasan kepada rakyat berkaitan isu tersebut yang di lihat memberikan kesan negatif .
Justeru , saya sebagai Ketua AMK Negeri Terengganu mencabar Sdr. Saiful Bahari Baharuddin , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO untuk mengadakan Muzakarah Terbuka bagi membincangkan isu tersebut agar rakyat akan diberikan penjelasan berkaitan isu yang telah sengaja dieksploit dan dipolitikkan oleh UMNO bagi tujuan mencetuskan suasana negatif , rasis dan perselisihan agama.
Sebelum ini YB Teo Nie Cheng digambarkan menyampaikan ‘tazkirah’ oleh media milik UMNO yang akhirnya telah dinafikan oleh Kerajaan Negeri Selangor dan beliau sendiri bahawa kehadirannya di Surau Al-Huda hanya bertujuan menghulurkan bantuan berbentuk sumbangan kerajaan negeri bagi memperbaiki pagar surau berkenaan , diminta menyampaikan ucapan serta berbuka puasa bersama anggota jawatankuasa serta jemaah surau dan kehadiran beliau ke dalam surau adalah tidak menyalahi dan hukumnya HARUS sepertimana yang termaktub dalam fatwa JAKIM .
Berkaitan isu ‘tidak menutup aurat’ yang cuba digembar-gemburkan oleh Pemuda UMNO setelah segala isu berjaya dipatahkan dan akhirnya menunjukkan kejahilan UMNO sendiri . Maka secara tegas kami AMK Negeri Terengganu menyatakan bahawa tindakan YB Teo tidak menutup aurat di dalam Surau Al-Huda adalah kesalahan yang tidak perlu dipertikai dan dieksploitkan serta dipolitikkan oleh Pemuda UMNO. Teguran dan nasihat telah diberikan kepada YB Teo berkaitan perkara tersebut , malah beliau telah menyatakan turut menyambut baik pesanan dan nasihat daripada semua pihak mengenai perkara tersebut dan akan lebih berhati-hati supaya tidak menimbulkan perasaan kurang senang dan perselisihan faham di kalangan umat Islam pada masa akan datang dan memohon maaf terhadap kejadian tersebut.
AMK Negeri Terengganu mencabar Pemuda UMNO Negeri Terengganu bagi menjawab tindakan tidak melanggar hukum Islam yang dilakukan oleh Datin Seri Rosmah Mansur , Isteri Perdana Menteri 1 Malaysia yang telah membuka urat sewaktu membaca al-quran dan menyampaikan ucapan di dalam surau bersama wanita UMNO tanpa menutup aurat ?
Adakah tindakan tersebut adalah suci dan positif bagi Pemuda UMNO Terengganu dan seluruh ahli UMNO yang beragama Islam ? Sekiranya YB Teo bersikap sedemikian adalah tidak hairan kerana beliau adalah teramat jahil dan tidak mengetahui hukum kerana beliau bukan seorang Islam dan beliau juga tidak dinasihati ketika itu . Bagaimana pula dengan Datin Seri Rosmah Mansur dan wanita-wanita UMNO sepertimana gambar di bawah?
Bagaimana pula dengan program KARNIVAL JUARA RAKYAT DI SURAU AL-FALAH anjuran UMNO Kuala Langat dan MAYC' pada 9 Mei 2010 di dalam sebuah surau , di mana dijadikan sebagai tempat untuk menyolek , menghias model2 pertandingan rias pengantin dan dengan penuh biadap , jahil dan kurang ajar BERPAKAIAN SEPARUH BOGEL di dalam Rumah Allah tersebut. AMK sedia menpertontonkan video tersebut sekiranya Pemuda UMNO tidak mengetahuinya.
Sekali lagi saya mencabar Sdr. Saiful Bahari , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bersedia bila-bila masa sahaja untuk diadakan Muzakarah Terbuka berkaitan isu ‘ aurat’ yang cuba dieksploit dan dipolitikkan oleh beliau bagi pihak Pemuda UMNO Negeri Terengganu .
Kalau sekiranya beliau tidak bersedia menyahut cabaran ini , kami menganggap beliau adalah terlalu bacul dan wajar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang tidak bertanggungjawab terhadap kenyataan beliau bagi memimpin Pemuda UMNO Negeri Terengganu .
FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu
Sabtu, 18 September 2010
KERAJAAN GAGAL MENARIK MINAT PELABUR
18hb September 2010
Laporan Bank of America Merill Lynch berkaitan pasaran negara begitu membimbangkan. Menurut laporan tersebut Malaysia kini antara negara yang tidak digemari para pelabur di Asia Pasifik selepas bank tersebut meninjau pandangan pengurus dana. Sungguhpun kerajaan cuba memberi gambaran yang serba indah, hakikatnya Malaysia jatuh dua anak tangga dari kedudukan sebelum ini iaitu di tangga ke 10, dan kini di kedudukan tercorot. Pastinya berita ini menerbitkan rasa bimbang saya berhubung kedudukan ekonomi semasa negara tatkala kononnya pentadbiran Dato' Sri Najib akan mengemukakan satu kebijakan ekonomi yang diwar warkan bertujuan menarik minat pelabur.
Beberapa perkara mustahak yang sewajarnya diberi perhatian adalah pandangan para pelabur yang melihat Malaysia sudah tidak mampu bersaing dengan negara jiran yang begitu bertenaga maju ke hadapan seperti Indonesia. Tetangga kita itu menurut tinjauan Forum Ekonomi Dunia(World Economic Forum) pula telah melonjak 10 anak tangga ke kedudukan 44 dari 139 negara. Berikutan perkembangan sebeginilah kita sangsi perincian Model Ekonomi Baru yang bakal diumumkan perdana menteri mampu memulihkan ekonomi negara yang lembap ini. Hasrat kerajaan untuk menjana pelaburan bernilai RM 2.2 trillion dalam masa 10 tahun, yang mana 92% dari jumlah tersebut datangnya dari pelaburan swasta, pastinya menimbulkan kemusykilan tatkala para pelabur bertindak menjauhi pasaran kita.
Pemerintah harus sedar, kebijakan ekonomi yang menafikan perkara dasar serta gagal memberi keutamaan untuk melakukan perubahan terhadap sistem yang curang pastinya dipandang sepi. Secara tuntas saya tegaskan, para pelabur memberi keutamaan terhadap sistem keadilan yang bersih, iklim yang tidak rasuah dan culas serta kepimpinan negara yang meyakinkan. Pembentangan serta perincian dasar ekonomi namun menafikan perkara yang mendasar tersebut hanya akan disambut dingin. Malangnya hakikat ini terus dinafikan elit pemerintah walau rakyat jelatalah yang menderita menahan beban.
ANWAR IBRAHIM
Jumaat, 20 Ogos 2010
KUALA LUMPUR, 19 Ogos: Senator Ezam Mohd Noor dicabar membawa saksi serta bersumpah di mahkamah mengikut syarak berhubung dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim berzina dan liwat melalui sesawang sosial Twitter. Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin pada satu kenyataan di perkarangan kompleks Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) menganggap aduan tuduhan qazaf Ezam itu sebagai langkah permulaan mencabar bekas Ketua AMK itu. Dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur pada 14 April lalu telahpun menolak suatu permohonan yang dilakukan oleh Anwar sendiri. Ezam yang juga bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) dicabar berdebat oleh bekas ‘anak buahnya', Mohd Nazree Yunus berhubung isu rasuah di Selangor.
Beliau yang juga anggota AMK Nasional ketika dihubungi kemudiaan berkata, cadangan tersebut ekoran Mohd Ezam melemparkan pelbagai dakwaan yang mengelirukan sepanjang aktiviti kempen Selamatkan Selangor belakangan ini. "Terlalu banyak dakwaan beliau yang mengelirukan, saya cadang perdebatan isu pasir dan penyelewengan dalam kerajaan negeri Selangor, tetapi kalau beliau bersedia dialog secara fakta pun saya sedia," ujarnya. Ujarnya, surat jemputan debat dan dialog akan dihantar kepada Mohd Ezam dalam masa terdekat supaya rancangan tersebut boleh diadakan selepas hari raya puasa, iaitu sekitar Oktober depan. Difahamkan, Mohd Nazri turut bercadang mendedahkan beberapa aktiviti tidak wajar Mohd Ezam sebelum 'bos'nya itu menyeberang ke kem Umno Barisan Nasional di samping mendedahkan fakta sebenar berhubung isu curi pasir dan pentadbiran kerajaan Selangor. Sementara itu, Ezam pada petang ini dijangka turut diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) oleh seorang lagi 'anak buah'nya atas tuduhan membuat dakwaan palsu atau qazaf ke atas bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ketua AMK, Samsul Iskandar Md Akin bertindak demikian gara-gara Ezam yang juga bekas Ketua AMK Nasional menggunakan sesawang sosial Twitter dengan mendakwa Anwar sebagai pelaku liwat. Ezam dijangka menyambut kedua-dua cabaran ini memandangkan masing-masing adalah bekas anak buahnya sahaja. |
PR jamin pendapatan isi rumah minimum 2020 - Datuk Seri Anwar Ibrahim
PENCAPAIAN SETENGAH TAHUN EKONOMI NEGARA PAKATAN RAKYAT MENJANJIKAN PENDAPATAN ISI RUMAH MINIMUM MENJELANG 2020 Pencapaian setengah tahun ekonomi negara bersama dengan angkanya telah diedar/dikeluarkan semalam. Ianya seperti yang dijangkakan. Pertumbuhan sebanyak 8.9% pada suku kedua dan 10.1% pada suku pertama, sungguhpun memberansangkan, hakikatnya angka tersebut berdasarkan ekonomi yang menguncup pada tahun 2009, iaitu pada kadar 1.9% . Jika dibandingkan dengan Indonesia dan Singapura, pertumbuhan yang dicatatkan ini membolehkan kita membandingkannya dengan pencapaian negara-negara jiran pada masa akan datang sekiranya reform/perubahan tidak dilaksanakan segera- Singapura dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 13%-15% pada tahun 2010, manakala Indonesia dijangka mencatat pertumbuhan sekitar 6% kelansungan dari pertumbuhan yang dicatat pada tahun lalu iaitu 4.9% tatkala Malaysia dibelenggui kemelesetan. ANGKA CUBA MENGABURI HAKIKAT SEBENAR Apa yang pasti pengumuman semalam tidak mencerminkan realiti ekonomi buat kebanyakan rakyat negara ini. Sejumlah 2.4juta keluarga bersamaaan 40% isi rumah negara ini hanya berpendapatan RM 2300 sebulan, membentuk golongan termiskin di negara ini. Wajar diberi perhatian adalah 75% dari jumlah itu merupakan keluarga Melayu dan peribumi. Upah yang rendah begitu menekan rakyat Malaysia tatkala mereka terpaksa berdepan dengan kos kehidupan yang semakin hari semakin meningkat. Kebanyakan graduan yang berjaya mendapat pekerjaan bergelut hanya untuk membayar segala macam bil, jauh sekali mampu untuk menabung. Hakikat ekonomi buat kebanyakan rakyat Malaysia yang berbeza dengan apa yang diumumkan semalam memperlihatkan sebuah pengurusan ekonomi yang gagal membasmi ketidaksamaan dalam masyarakat. Setiap kali kita membincangkan kedudukan ekonomi negara, terutama apabila menyentuh jurang yang kian melebar, pastinya kedudukan ekonomi dapat disimpulkan sebagai “Yang Kaya Bertambah Kaya, Yang Miskin Papa Kedana.” Program Transformasi Ekonomi(ETP) yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri pada 17 Ogos 2010 tidak menjelaskan sebarang peta jalan(road map) untuk merapatkan jurang tersebut. Program Transformasi Ekonomi menjanjikan ekonomi yang sihat dan lebih baik serta peningkatan pendapatan negara kasar dari RM 600billion (yang dijanjikan pada tahun 2009) kepada RM 1.7 billion menjelang tahun 2020. Peningkatan tersebut dikatakan mencipta 3.3 juta pekerjaan baru dan pendapatan per kapita sebanyak RM 49 500 menjelang 2020. SASARAN PROGRAM TRANSFORMASI EKONOMI MUSTAHIL Sebagai satu pelan ataupun kebijakan, ianya pasti sedap didengar. Namun sepertimana kebijakan atau dasar yang dibentangkan sebelum ini, Kerajaan Persekutuan sering melontar angka-angka besar dan bersembunyi di belakang asumsi serta premis yang akhirnya terbukti salah. Demi untuk mencapai matlamat yang digariskan itu, Malaysia memerlukan RM 2.2 trilion pelaburan, 92% dari jumlah tersebut dijangka dari sektor swasta. Manakala itu 75% dari 92% tersebut sepatutnya dari pelaburan tempatan secara langsung dan bakinya dari pelaburan asing secara langsung. Berasaskan inilah matlamat yang digariskan oleh pentadbiran sekarang pada pandangan kita tidak berpijak pada hakikat ekonomi yang sebenarnya. Mengumumkan sebuah kebijakan yang bercita-cita tinggi manakala untuk mencapainya berasaskan pelaburan swasta semata merupakan satu perancangan yang tidak bertanggungjawab sedangkan selama 12 tahun ini Malaysia begitu bergantung kepada “pump priming” dan pertumbuhan pelaburan swasta begitu kecil. Perancangan tersebut cuba mencapai yang mustahil dan menafikan rekod sebelumnya hanya demi sebuah pengumuman. Begitu juga dengan sasaran untuk mencipta 3.3 juta pekerjaan baru dan pendapatan per kapita sekitar RM 49, 500 menjelang 2020 merupakan satu matlamat yang terpisah dari hakikat kesusahan rakyat sepanjang 10 tahun ini. Hakikatnya 34% dari tenaga kerja kita berpendapatan di bawah paras kemiskinan(kurang dari RM 700 sebulan) dan peningkatan upah hanya pada kadar 2.6%(berbanding 10% yang dicapai Indonesia di antara 2007 dan 2009) Usaha untuk mengalihkan perhatian dengan membentangkan angka-angka baru telah membenihkan sikap untuk tidak cuba berdepan dengan punca permasalahan yang sebenar. Walaubagaimanapun saya yakin rakyat sedar ini merupakan satu lagi upaya untuk menyogok khabar muluk demi mengelirukan serta mengalihkan perhatian mereka dari hakikat kedudukan ekonomi yang sebenarnya tidak berubah sepanjang dua tahun ini. SASARAN PR SETIAP ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM 4000 Saya menegaskan kebijakan ekonomi yang mampu membasmi kemiskinan merupakan satu perancangan yang tidak terpisah dengan hakikat ekonomi rakyat dan akar umbi. Sejumlah dua pertiga dari penduduk negara ini, pendapatan isi rumahnya berada di bawah RM 4000 sebulan. 4juta keluarga akan terus berdepan dengan kenaikan kos sara hidup, kecualilah ada upaya yang menjurus untuk meningkatkan pendapatan mereka dengan kadar segera. Oleh itu selepas beberapa siri perbincangan dan penelitian, Keadilan bersetuju untuk menetapkan serta mensasarkan pendapatan isi rumah minimum pada kadar RM 4000 dalam jangka masa 5 tahun pentadbiran persekutuan Pakatan Rakyat nanti. Dasar yang dibentangkan ini akan dibawa ke Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat untuk perbincangan selanjutnya. Keadilan akan mencadangkan kepada rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk melaksanakan beberapa kebijakan yang berupaya untuk melonjakkan kadar upah di negara ini demi mencapai kadar minimum pendapatan isi rumah RM 4000. Di antara dasar tersebut ialah iltizam untuk memerangi ketirisan serta rasuah, melakukan reform terhadap sistem kehakiman serta institusi awam lainnya di samping mengembalikan kredibiliti, ketelusan dan pertanggungjawaban untuk menarik pelaburan asing secara langsung(FDI). Negara ini tidak boleh lagi menabur janji serta membentangkan perancangan yang tidak mampu dicapai dan tidak memberi manfaat kepada rakyat. 30% pegangan ekuiti yang dijanjikan Umno masih gagal dipenuhi dan ternyata memberi kesan yang nyata kepada keluarga Melayu yang sentiasa bergelut dengan upah rendah serta kos sara hidup. Namun demikian dasar itu sering di war warkan sebagai anugerah Umno kepad rakyat. Asas kepada kebijakan pembangunan kita sewajarnya menjurus kepada penciptaan masayarakat yang adil serta memberi penumpuan kepada pengagihan adil khazanah dan sumber nagara. YB DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM KETUA PEMBANGKANG 19 OGOS 2010 |
Isnin, 16 Ogos 2010
salam ramadhan al mubarak
salam hormat saya tujukan kepada semua . salam ramadhan al mubarak ... semoga puasa tahun ini memperolehi mabrur dan mendapat keberkatan daripada Allah SWT .Maaf agak membisu sekian lama kerana sekarang terlalu sibuk dengan tugas baru yang diberikan kepercayaann oleh DSAI untuk membantu teman-teman di Selangor .
Saya sekarang bertugas sebagai Timbalan Pengarah , Jabatan Latihan dan Komunikasi Selangor . Di bawah Pengarah Penerangan Negeri Selangor di Pejabat Dato' BM Selangor .
insyaallah ada kesempatan berjumpa lagi .
Rabu, 21 Julai 2010
Suaram: Hak asasi semakin buruk di bawah Najib
Dilancarkan hari ini, laporan itu memaparkan beberapa pencabulan yang dilakukan oleh kerajaan persekutuan yang diterajui BN.
Penyelaras dan pemantau kumpulan itu, John Liu juga mendakwa salah guna kuasa oleh pegawai agensi penguatkuasaan juga semakin menjadi-jadi.
“Salah guna itu bukan sahaja oleh polis tetapi juga agensi lain seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah malaysia (SPRM) dan terbaru oleh Tentera Udara Diraja Malaysia,” katanya dalam taklimat kepada 30 diplomat, ahli persatuan sivil dan wartawan pada pelancaran laporan itu.
Lapan kematian dalam tahanan pihak berkuasa dicatatkan tahun lalu, dengan tujuh daripadanya ketika berada dalam tahanan polis. Kematian kelapan membabitkan setiausaha politik DAP, Teoh Beng Hock ketika disoal-siasat sebagai saksi oleh SPRM.
Turut membimbangkan adalah jumlah orang ramai yang ditembak mati oleh polis. Pada 2007 terdapat 13 kematian dan jumlah itu bertambah menjadi 82 pada 2008 dan terus meningkat kepada 88 pada tahun lalu.
“Tida
k ada seorang pegawai polis yang dipertanggungjawabkan bagi sebarang kematian itu,” katanya.
Liu juga mendakwa kes tidak bertolak ansur dengan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan dasar atau keputusan kerajaan semakin menjadi-jadi. Ramai orang awam ditangkap apabila mengambil bahagian dalam perhimpunan yang diadakan secara aman.
“Hampir 1,000 orang ditangkap oleh polis kerana terlibat dengan pelbagai protes yang diadakan secara aman, termasuk upacara memegang lilin, memakai pakaian hitam dan juga mengambil bahagian dengan bermogok lapar,” katanya.
Ketika krisis kerajaan negeri Perak, 167 orang ditangkap pada Mei lalu, manakala 589 orang termasuk mereka yang di bawah umur ditahan pada ralli anti-ISA Ogos lalu.
Tahanan tanpa perbicaraan masih menjadi satu isu, kata Liu.
“Pada akhir tahun lalu, sembilan tahanan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) masih dikurung tanpa dibawa ke mahkamah , manakala 1,000 lagi orang masih ditahan di bawah Ordinan Darurat dan juga Akta Dadah Bahaya.”
Isnin, 12 Julai 2010
Dakwa Anwar Alat CIA: Utusan Biadap, UMNO Terdesak
kem strategik AMK 2010
Selasa, 1 Jun 2010
tindakan kejam tentera zionis isreal !!!!!

3:01 Seramai 16 terbunuh dan ramai yg cedera serta dua belas rakyat Malaysia disahkan berada di kapal Mavi Marmara - kapal
utama flotila enam kapal yang ditugaskan menghantar bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza yang diserbu dan diserang oleh tentera rejim Israel.





