klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 14 Disember 2010

KENYATAAN S.U AGONG : LAPORAN SYDNEY MORNING HERALD DAN KANDUNGAN KABEL DIPLOMATIK SINGAPURA: KEADILAN MENOLAK PENDAPAT PERIBADI YANG DISENSASIKAN

KEADILAN memandang serius cubaan memanipulasikan maklumat yang didedahkan oleh Wikileaks mengenai komen-komen bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara tersebut berkenaan fitnah sodomi yang dilemparkan terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Pertamanya, rakyat perlu faham kaedah operasi dan fungsi Wikileaks untuk menilai sama ada komen-komen tersebut boleh diterimapakai. Wikileaks adalah sebuah laman yang memberi ruang kepada orang ramai menghantar maklumat-maklumat sulit yang dirahsiakan dari pengetahuan orang ramai. Orang ramai bebas menghantar apa-apa jenis maklumat pun, jadi ada maklumat yang datangnya dari kajian terperinci, ada juga hanyalah rakaman perbualan di antara ahli-ahli diplomat. Maklumat yang didedahkan kali ini dan dipetik akhbar hanyalah catatan komen-komen peribadi yang dibuat oleh ahli diplomat Singapura, Lee Kuan Yew and agensi perisikan negara itu.

Laporan The Sydney Morning Herald ditulis berdasarkan catatan pendapat peribadi ahli diplomat Singapura mengenai jiran serantau di dalam ASEAN, Jepun, China dan India. Ia adalah pendapat peribadi mereka, bukannya fakta.

Untuk memahami dengan lebih dekat bahawa catatan tersebut adalah pendapat peribadi mereka yang disensasikan, rakyat perlu juga meneliti secara keseluruhan maklumat-maklumat lain yang turut didedahkan olehWikileaks yang terkandung di dalam kabel yang sama merakamkan pandangan peribadi pegawai-pegawai diplomatik Singapura:

Bilahari Kausikan

Menurut satu kabel yang merakamkan satu mesyuarat pada September 2008, En Kausikan memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney bahawa “ada kemungkinan besar berlakunya konflik perkauman di Malaysia” yang akan menyebabkan orang Cina “meninggalkan” Malaysia dan “menyusahkan” Singapura.

Mengenai kepimpinan Barisan Nasional pula, kata beliau: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu. Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.

Dia juga memanggil bekas Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra seorang yang mengamalkan “rasuah”, “sama seperti yang lain termasuklah pembangkang di Thailand”. Ujarnya dalam kabel itu lagi, Thaksin “membuat kesilapan berbuat baik dengan Putera Mahkota Thailand apabila Thaksin membayar hutang judi putera itu”. Katanya , putera itu “tidak keruan dan sangat mudah dipengaruhi”.

Komen-komen yang lain termasuklah kenyataan beliau “lebih selesa dengan Korea Utara sebagai kuasa nuklear berbanding jika Iran mempunyai senjata nuklear”. Beliau juga mengkritik Russia, yang menurutnya “berekonomi dunia ketiga dan sistem kesihatan Russia pula kucar-kacir”.

Peter Ho

Dalam Mac 2008, En Ho mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.

Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.

Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu. Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”.

En Tommy Koh

Seorang lagi diplomat kanan Singapura yang dipetik oleh kabel yang didedahkan oleh Wikileaks itu mengkritik negara-negara lain yang ada pengaruh di rantau ini, dalam catatan mesyuarat dalam bulan September 2009.

Dia menggelarkan Jepun sebagai “orang gemuk yang kalah dan merajuk” apabila membandingkan hubungan China dan ASEAN yang makin rancak. Dia juga menyalahkan keadaan itu kepada “kepimpinan Jepun yang bodoh, lemah dan tidak ada wawasan”.

Pandangannya terhadap India juga buruk, melalui gambarannya bahawa “kawan India yang bodoh dan teragak-agak untuk berkecimpung dengan ASEAN”.

Justeru, kabel sulit yang mengandungi pandangan peribadi Lee Kuan Yew dan perisikan Singapura mengenai fitnah terhadap YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim perlu dilihat di dalam konteks yang sama dan sebetulnya, iaitu komen-komen peribadi yang menghina semua pihak di Malaysia tanpa mengira parti dan latar belakang.

KEADILAN mengulangi pendirian parti bahawa pandangan-pandangan tersebut, walaupun terkandung di dalam kabel sulit diplomatik yang dibocorkan oleh Wikileaks, adalah pandangan peribadi individu-individu tersebut yang tidak disokong oleh fakta. Untuk berlaku adil kepada semua pihak, komen-komen itu perlu dianggap sebagai cakap-cakap kosong dan pendapat peribadi mereka.

Jika tidak, Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak sendiri yang perlu berhempas pulas menjawab dakwaan demi dakwaan yang terkandung di dalam kabel sulit yang sama; yang mengaitkan beliau dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.

Akhirnya, kita kena kembali kepada perkara pokok yang meruntun negara dan rakyat iaitu integriti sistem kehakiman yang dinodai sehingga menidakkan keadilan. Ini dapat diselesaikan dengan mudah sekiranya Dato’ Seri Anwar Ibrahim diberikan ruang sepenuhnya membela diri tanpa manipulasi atau campur tangan politik; agar beliau mendapat perbicaraan yang adil dan telus.

Fitnah terhadap beliau dan keluarga telah mengheret seluruh negara ini diselubungi igauan sejak tahun 1998 lagi. Igauan tersebut boleh dihentikan sekiranya integriti dan kredibiliti institusi kehakiman dipulihkan.

Makanya, KEADILAN akan mengalu-alukan mana-mana maklumat (sulit atau tidak) dari mana-mana pihak yang boleh menegakkan kebenaran, asalkan maklumat itu adalah tepat dan berasaskan fakta. Malangnya, komen-komen yang terkandung di dalam kabel sulit yang dibocorkan itu tidak lebih dari maki hamun terhadap semua perkara yang bukan Singapura, bertepatan dengan rekod hubungan diplomatik yang dingin di antara Malaysia dan Singapura.

YB SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL

SETIAUSAHA AGONG KEADILAN

12 DISEMBER 2010


Fitnah Jelek SB Malaysia dan Agensi Perisikan Singapura - AZMIN ALI

12 Dis - Pendedahan WikiLeaks yang dipetik oleh akhbar Australia, The Sun Herald membuktikan bahawa fitnah liwat terhadap Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim merupakan usaha jahat Cawangan Khas Polis Malaysia untuk menjatuhkan kredibiliti serta karier  politik Anwar.

Menurut laporan tersebut, pimpinan tertinggi Singapura dan agensi perisikan negara itu dengan sengaja mengiyakan dan memanjangkan fitnah ke atas Anwar kepada agensi perisikan Australia, Office of National Assessment (ONA).

Sumber dhaif dan palsu yang dirujuk oleh agensi perisikan Singapura bersandarkan maklumat daripada Cawangan Khas Polis Malaysia membuktikan bahawa UMNO begitu terdesak melakukan apa sahaja untuk menghalang kebangkitan rakyat.

Namun begitu, petikan laporan tersebut menunjukkan bahawa Office of National Assessment Australia (ONA) yakin bahawa tuduhan terhadap Anwar merupakan satu perangkap sekaligus menolak kenyataan jahat pimpinan tertinggi serta agensi perisikan Singapura.

Pandangan ini adalah hasil daripada pantauan secara dekat oleh peguam senior Australia, Mark Terence Trowell QC serta kenyataan Senator Nick Xenophon, Ahli Parlimen Benas Australia Selatan yang mewakili 61 Senator Australia mempertikai prosedur perbicaraan kes fitnah terhadap Anwar yang jelas melanggar prinsip-prinsip asas keadilan.

Kita sedar bahawa agensi perisikan Singapura dan Cawangan Khas Polis Malaysia sudah bekerjasama sekian lama, tetapi kerjasama tersebut tidak menumpukan kepada keselamatan serantau tetapi menjurus untuk keuntungan politik kedua pimpinan tersebut.

Pimpinan Singapura termasuk Menteri Mentor Lee Kuan Yew tidak dapat menerima kepimpinan Anwar Ibrahim dan tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya kerana ianya akan menjejaskan kedudukan mereka di rantau ini.

Mereka lebih rela pimpinan UMNO-BN memerintah negara kerana pimpinan korup ini dengan mudah melutut kepada segala tuntutan Singapura.

Fitnah tidak akan bertukar menjadi kebenaran walau diulang hatta dalam media cetak atau elektronik.

KEADILAN dan Pakatan Rakyat yakin dengan kematangan rakyat untuk mempertimbangkan perkara yang benar dan yang bathil.


MOHAMED AZMIN ALI
12 Disember 2010

Ahad, 12 Disember 2010

saat diumumkan sebagai MPP sesi 2010/2013

Syabas Salah Guna Konsep Penswastaan

Konsep penswastaan yang mula diperkenalkan sejak 1983 di negara ini bertujuan meringankan beban kerajaan demi menyediakan perkhidmatan yang lebih sempurna dan murah kepada rakyat.

Bagaimanapun perlaksanaan konsep ini tidak patutnya melibatkan kemudahan asas seperti air , tenaga elektrik , pendidikan dan kesihatan. Di Malaysia perkara ini sudahpun berlaku dan akhirnya konsep asal penswastaan telah menyimpang jauh , kerana pihak yang diberi tanggungjawab kini lebih mementingkan keuntungan tanpa mempedulikan hak rakyat menikmati sumber anugerah Tuhan.

Jesteru itu , penyerahan operasi pengurusan air di negeri Selangor oleh Kerajaan UMNO-BN kepada Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan tiga lagi syarikat konsesi lain adalah satu kesilapan besar. Ternyata ia bukan menguntungkan rakyat , sebaliknya perjanjian demi perjanjian yang ditandatangani kerajaan terdahulu dengan Syabas , telah membebankan rakyat.

Sepatutnya Syabas menyalurkan sumber air bersih untuk kegunaan dengan kadar yang sangat rendah dan hanya mengenakan sedikit bayaran untuk kos-kos tertentu sahaja. Tetapi , perjanjian yang dimeterai di antara kerajaan negeri pimpinan Dr Khir Toyo sebagai Menteri Besar ketika itu , membolehkan Syabas menaikan tarif air sehingga 37% pada tahun lalu dan akan terus meningkat kepada 25% , 20% , 15% , 10% dan 5% pada tahun 2012 , 2015 , 2018 dan 2021.

Kenaikan ini bagaimanapun tidak berlaku apabila kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran , diketuai oleh Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) Mac 2008. Antara agenda utama kerajaan Pakatan Selangor ialah mengembalikan hak rakyat , termasuk air. Jesteru itu Tan Sri Khalid melaksanakan pemberian 20ml padu air percuma , menyebabkan kerajaan kehilangan RM11 juta hingga RM12 juta sebulan. Kerajaan juga berazam untuk mengambil semula pengurusan air daripada syarikat konsesi membabitkan Syabas. Konsortium Abass Sdn Bhd , Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Puncak Niaga Sdn Bhd.

Kerajaan Selangor memulakan rundingan dengan semua pihak terlibat , termasuk Kementerian Tenaga , Teknologi Hijau dan Air ketika itu dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk menstrukturkan industri air di negeri Selangor. Tindakan ini mendapat tentangan hebat daripada syarikat konsesi terbabit yang didalangi Kerajaan Pusat , diterajui Datuk Seri Najib Razak.

Pada 15 September lalu , Syabas dengan angkuh telah mengemukakan surat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri , Datuk Ramli Mahmud , menuntut ganti rugi RM308 juta , kononnya Kerajaan Negeri Selangor menghalang mereka untuk menaikan tarif air sebanyak 37% pada tahun 2009 seperti dalam perjanjian konsesi air. Perkara ini dianggap sangat memalukan kerana kerajaan negeri masih menjalankan rundingan dengan pihak-pihak terbabit.

Ini termasuk menyertai perkhemahan dua hari anjuran Kerajaan Pusat di Nilai , Negeri Sembilan sebelum itu , bagi membincangkan proces pengambilan semula industri air Selangor. Selain itu , Syabas juga cuba menghalang hasrat kerajaan negeri memberi bekalan air pecuma 20ml padu kepada penduduk di kawasan perumahan bertingkat dengan menyukarkan penyediaan meter individu.

Dalam perkara ini , Rakyat Selangor perlu bersatu dan memperjuangkan hak asasi mereka. Apabila ada syarikat yang cuba mengambil keuntungan yang begitu banyak ke atas hak asasi rakyat Selangor , kesabaran kerajaan negeri terasa tercabar. Jesteru pada segala kos kerajaan negeri akan mempertahankan hak Rakyat Selangor untuk mendapat perkhidmatan air terbaik dengan harga yang terbaik.

Rabu, 8 Disember 2010

demonstrasi bantah penswastaan air selangor di Masjid Negara pada 5 Disember 2010



terima kasih dan penghargaan atas kemenangan MPP


Saya merakamkan jutaan terima kasih kepada semua ahli yang telah memberikan undi kepada saya dalam Pemilihan 2010 . Saya rapatkan syukur ke hadrat Allah SWT kerana telah memperolehi kemenangan sebagai Majlis Pimpinan Pusat ( MPP ) . Saya telah memperolehi no. 8 undi terbanyak daripada 130 orang calon MPP yang bertanding.

Saya juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kawan-kawan yang membantu , berkempen dan memberikan sokongan padu kepada saya .

Insyaallah dengan mandat ini saya akan memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi dan akan bersama-sama DSAI dan Datuk Seri Presiden serta seluruh MPP bagi memastikan kemenangan parti dalam PRU 13 . Insyaallah Muafakat kita ke Putrajaya .

kongres nasional kali ke 7 2010 bertempat di Dwan Sivik MPPJ pada 27 dan 28 November 2010

diumumkan menang dengan undi ke 8 terbanyak MPP

menyampaikan ucapan membahas ucapan dasar Presiden mewakili Terengganu

kongres AMK kali ke 7 di Dewan Sivik MPPJ pada 26 November 2010





Rabu, 24 November 2010

PEMILIHAN 2010 MENUTUP TIRAI

Alhamdulillah Pemilihan 2010 telah pun selesai walaupun hanya tinggal 1 lagi cabang iaitu Kuala Langat yang tertangguh pada 21 November lalu . Insyaallah akan dilaksanakan pada esok iaitu 25 November 2010.
Pelbagai warna-warni berlaku sepanjang Pemilihan 2010. Banyak peristiwa suka dan duka mewarnai pemilihan pada musim ini . Dengan cara baru yang ala-pilihanraya atau dengan kata lain perjalanan proses demokrasi yang diamalkan dalam parti . Yang juga merupakan sejarah negara kerana inilah satu-satunya parti yang mampu laksanakan pemilihan secara terbuka di mana " seorang ahli satu undi".
Semua tiada pengalaman untuk mengendalikan pemilihan sebegini . malah termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak mempunyai pengalaman . Tapi kita punyai keberanian untuk mengimplimentasi kaedah ini . Kaedah yang terbaik dan benar-benar demokratik .
Tetapi berlaku sesuatu di luar pemikiran apabila terdapat sentimen emosi dan di luar batasan akhlak apabila timbul kekecohan dan ketegangan . Memang sukar dihalangi dan dihindarkan apabila emosi telah menguasai diri , maka berlakulah insiden-insiden yang memberikan sedikit kecacatan dalam pemilihan ini.
Daripada 222 cabang yang telah mengadakan pemilihan hanya 9 cabang sahaja yang berlaku permasalahan , iaitu tidak sampai 4.5% . Tetapi media UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV3 telah memainkan peranan seolah menggambarkan seluruhan pemilihan parti berlaku pergaduhan dan ketegangan . Diulang-tayang seolah-olah itulah yang berlaku di seluruh cabang2 di Malaysia .
Malah amat menyedihkan apabila , ahli-ahli parti sendiri sanggup menggunakan Utusan Malaysia , TV3 dan media-media alternatif yang lain untuk menyerang dan mengkritik parti , JPP dan DSAI secara terbuka di publik . Menjadi 'bola tanggung' kepada UMNO menyerang dan menghina parti dan DSAI .
Sebulan lebih parti terus dihina , cerca dan dibelasah tanpa rasa bersalah . Jawatan Timbalan Presiden menjadi isu hangat diperkatakan . Pelbagai usaha untuk terus mencalar parti dan individu-individu tertentu. JPP menjadi bahan kutukan apabila dilihat tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab dengan tuduhan kononya berlaku manipulasi dalam pemilihan 2010 .
Saya tidak menolak sebarang keterbukaan untuk bersuara , mengkritik dan memberikan komentar . Jika benar berlaku penipuan , penyelewengan gunalah saluran parti untuk sampaikan segala aduan . Tetapi menjadikan forum-forum publik untuk terus menghentam dan membelasah parti sendiri . Malah ada yang tanpa fakta dan kebenarannya . Tanpa rasa bersalah untuk membuat pelbagai tuduhan tanpa usul periksa , tiada fakta , tiada bukti.
Pemilihan 2010 sudah di garisan penamat tetapi seperti perumpamaan "rumah siap pahat berbunyi"..

SELEPAS APCO , KINI NAJIB MINTAK BANTUAN BANK DUNIA PULA

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan meminta bantuan Bank Dunia bagi mengurangkan perbelanjaan perbendaharaan negara yang mencatatkan defisit tertinggi dalam tempoh 22 tahun.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Ahmad Husni Hanadzlah ketika ditemuramah agensi berita Bloomberg Jumaat lalu, berkata kerajaan akan meminta bantuan daripada bank yang berpangkalan di Washington itu bagi menilai perbelanjaan kerajaan dari semua sudut termasuk cara-cara pemberian kontrak besar bagi mengelakkan perbaziran disebabkan tidak efisyen.

Malaysia mencatatkan pertumbuhan ekonomi lembab iaitu pada kadar 4.7 peratus dalam tempoh sedekad terakhir berbanding 7.2 peratus pada tahun 1990an, ketika Perdana Menteri terdahulu, Tun Dr Mahathir Mohamad yang membangunkan projek lebuhraya dan membina menara berkembar tertinggi di dunia.

Menurut pelan lima tahun yang dibentangkan Najib Jun lalu, beliau bercadang untuk mengecilkan jurang tersebut melalui pemotongan subsidi dan memperkenalkan cukai barangan.

Menteri Umno/BN berjoli sakan, rasuah bermaharalela, bila wang dah habis, subsidi untuk rakyat miskin dipotong dan rakyat kena bayar cukai lebih pulak!

Sementara itu, pakar ekonomi dari Capital Economics yang berpengkalan di Singapura, Wisnu Varathan berkata para pengkritik mengatakan Malaysia terlalu memandang ringan berhubung isu langkah mengurangkan kos operasi.

"Malaysia mahu menunjukkan bahawa usaha untuk mengurangkan bajet defisit akan ditangani segera dan sebab itulah mereka mencari bantuan dari suatu organisasi antarabangsa."

Dah tau duit tinggal ciput, berjuta-juta duit rakyat dirembat untuk repair rumah Rosmah binti Mansor.

Sabtu, 13 November 2010

Kenyataan rasmi sulong Presiden isu pemilihan 2010

Justify Full

PETALING JAYA, 12 Nov — Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan bahawa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) tidak mengambil tindakan menyelesaikan aduan mengenai kepincangan dan kecacatan dalam proses pemilihan pusat sambil merayu agar diberikan peluang untuk meneruskan proses pengundian yang sedang berlangsung.

“Kita serah kepada JPP untuk mengenal pasti aduan dan masalah yang dikemukakan dalam pemilihan parti. Dakwaan kata JPP tidak ambil tindakan adalah tidak benar.

“JPP telah kenal pasti aduan tersebut dan kita harap parti diberi peluang untuk meneruskan pemilihan kali ini,” kata Presiden Keadilan selepas mengadakan pertemuan dengan Datuk Fauzi Abdul Rahman dan calon jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Badrul Hisham Shaharin (Chegubard) di ibu pejabat Keadilan di sini.

Ia merupakan kenyataan rasmi pertama sejak kontroversi pemilihan pusat tercetus awal minggu ini, yang menyaksikan Datuk Zaid Ibrahim menarik diri daripada bertanding dan melepaskan kesemua jawatan dalam parti.

Selain itu, seorang lagi calon mengemukakan memorandum memberi kata dua kepada parti agar menyelesaikan kesemua aduan termasuk membatalkan dan mengadakan semula pemilihan.

Bagaimanapun beliau pagi tadi memutuskan untuk kekal dalam saingan manakala JPP pula berkata pemilihan pusat akan diteruskan.

Kumpulan Chegubard pula malam kelmarin mengadakan perhimpunan "Rapat Anak Muda" dan meluluskan enam resolusi antara lain melantik Dato' Fauzi, Pengerusi Keadilan Pahang dan membawa perutusan meminta pucuk kepimpinan parti menangguhkan pemilihan yang diadakan sekarang.

Resolusi yang diluluskan malam kelmarin termasuklah meminta agar media tidak harus digunakan sebagai medan perdebatan, pemilihan parti seharusnya berasaskan idea segar, nilai dan rekod ke arah memperkasa anggota dan rakyat, memperakui pemilihan kali ini mempunyai banyak masalah, parti dengan segera memperberhentikan proses pemilihan yang sedang berlangsung sehingga semua aduan disiasat dan meminta semua calon atau pemimpin di semua peringkat tidak mengambil tindakan meletakkan jawatan atau menarik diri daripada bertanding.

Pertemuan itu turut dihadiri oleh Bendahari Agung Keadilan William Leong dan Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama Dr Muhammad Nur Manuty, mewakili Biro Politik.

Biro Politik telah mengadakan mesyuarat khas malam kelmarin dan memutuskan pemilihan pusat akan diteruskan.

Sementara itu, Dato' Fauzi yang ditemui selepas menyerahkan resolusi kepada Dr Wan Azizah berkata pertemuan kira-kira satu jam itu adalah satu usaha lebih kepada untuk memperkukuhkan parti.

“Pertemuan ini berjalan dengan baik, saya hanya posmen bagi menghantar resolusi kepada beliau (Dr Wan Azizah). “Resolusi yang dihantar itu lebih untuk membawa suara di peringkat akar umbi tentang masalah-masalah yang dialami, itu sahaja.

“Bagaimana pun beliau mengakui bahawa parti ada kelemahan, tapi ia bukan alasan yang boleh membantutkan parti. Kita akan usaha mencari jalan penyelesaian,” kata beliau yang enggan mendedahkan isi kandungan resolusi yang diserahkan kepada Dr Wan Azizah hari ini.

Chegubard dalam pertemuan yang dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan” malam kelmarin melantik Dato' Fauzi sebagai “orang tengah” untuk membawa resolusi tersebut kepada pucuk kepimpinan.

Chegubard pula berkata, resolusi tersebut lebih untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan parti dalam menghadapi ancaman politik sedia ada. “Kita hanya mahu memperkuatkan parti, cari jalan penyelesaian untuk memperkukuhkan parti. Tidak guna kalau kita menang jika parti lemah."

“Dalam pertemuan ini, saya melihat ada signal positif, jadi saya minta semua ahli tidak harus meletakkan jawatan, tarik diri tapi gunakan jawatan yang ada untuk memperkasakan parti. Dalam resolusi itu juga tiada tekanan terhadap presiden parti, tiada ugutan kepada parti, hanya niat untuk memperkasakan parti,” katanya.

“Saya sifatkan pertemuan ini membawa harapan positif, ada tanda-tanda yang positif. Walaupun tidak memutuskan sama ada pemilihan ditangguh atau tidak, kita boleh putuskan bahawa ia ada membawa petanda positif,” tambah Chegubard

Ketua Keadilan Rembau ini menjelaskan kesemua calon dan pemimpin parti perlu bersama parti demi memperkukuhkan kedudukan komponen Pakatan Rakyat ini.

Isnin, 8 November 2010

9 NOVEMBER 2010 , BICARA KES PISAU LIPAT 20 SEN PRK HULU SELANGOR

Esok , kami berlima ke Mahkamah Majestrit Kuala Kubu Baru lagi , bicara kes pisau lipat 20 sen sewaktu PRK Hulu Selangor . Kes di bawah Seksyen 426 Kanun Keseksaan , Akta Bahan Kakisan , Bahan Letupan dan Senjata Merbahaya .

Peguambela kami Sdr Radzlan sudah SMS pada saya berkaitan kehadiran esok dan meminta saya membawa contoh pisau ( senjata merbahaya ) untuk digunakan dalam mahkamah .

Diharapkan esok penghujahan peguam kami akan membuatkan kes tersebut dibuang oleh Yang Arif Tuan Majestrit esok .

Pemilihan PKR: Dakwaan Haris berniat jahat........

PETALING JAYA, 7 Nov: Sistem keselamatan dan integriti yang diperkenalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerlahkan bahawa dakwaan Haris Ibrahim adalah berniat jahat.

..."Dengan ciri-ciri ini, dapat menolak dakwaan bahawa kertas-kertas undi ini digunakan semula," ujar Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail.

Begitupun, katanya PKR tidak akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Haris, pemilik blog The People's Parliament, http://harismibrahim.wordpress.com/ kerana menganggap dakwaan liar untuk membantu proses mematangkan parti.

Dakwaan itu selepas aktivis sosial Haris yang mendakwa wujudnya jual beli kertas undi kepada kem Azmin Ali sejak 29 Oktober lalu disifatkan Saifuddin mengeluarkan kenyataan liar, semalam.

Menurut Saifuddin, kertas undi tersebut mungkin dikeluarkan dari pusat pengundian oleh pengundi berdaftar itu sendiri.

"Membuang undi bukanlah sesuatu yang wajib, mungkin pengundi sendiri membawa keluar kertas undi," ujarnya pada sidang media di ibu pejabat PKR petang ini.

Katanya, kedua-dua kemungkinan itu masih tidak boleh mengakibatkan berlakunya manipulasi pada proses pengundian.

Ahli Parlimen Machang itu menambah, setiap kertas undi untuk pemilihan jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua AMK dan calon Majlis Pimpinan Pusat (MPP) terdapat nombor siri.

Katanya, kertas undi di Kedah tidak boleh dibawa ke Sabah kerana nombor siri berbeza.

Begitu juga, jelasnya warna kertas undi pada minggu ini berbeza dengan minggu lalu.

"Kalau Haris ada kertas undi warna putih (minggu) lalu, ia tidak boleh digunakan pada minggu ini.

"Saya tidak boleh beritahu warna kertas undi minggu depan, takut Haris cetak," ujarnya seloroh.

Ahad, 7 November 2010

Bala akui tandatangan akuan bersumpah palsu - akuan sumpah ke 2

Bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam menyelar kerajaan kerana menutup kes berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya sebelum ini.

NONE Dalam surat terbukanya kepada Peguam Negara Abdul Gani Patail yang salinannya dihantar kepada Malaysiakini, Balasubramaniam berkata, beliau "terkejut" walaupun mengakui menandatangan akuan bersumpah (SD) yang palsu, polis masih tidak menjumpai sebarang bukti perlakuan salah.

"Pihak polis, saya percaya, menyiasat keadaan seputar pembikinan dua SD bawah Seksyen 199 Kanun Acara Jenayah, untuk kesalahan yang boleh dikenakan hukuman tiga tahun penjara atau denda.

"Ini bukan kesalahan remeh."

Sehubungan itu, katanya, beliau amat terkejut apabila pihak polis gagal menemui sebarang salah laku daripada bukti-bukti yang dikumpulkan mereka.

Mengakui akuan dalam SD keduanya tidak benar, Balasubramaniam mendesak kerajaan membuka kembali kesnya.

Sabtu, 6 November 2010

BN menang di 2 PRK bukan petanda BN telah diterima rakyat sepenuhnya - Dr Aziz Bari

KUALA LUMPUR, 5 Nov — Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali di...terima rakyat sepenuhnya.

“Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

“Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja,” kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini.

Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

“Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

“Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor,” ujar beliau lagi.

Bagaimanapun A. Aziz mengakui kemenangan Umno sepatutnya memberi isyarat penting kepada kerajaan Kelantan yang diterajui PAS sejak lebih 20 tahun lalu.

“Satu signal yang penting untuk pentadbiran negeri Kelantan.

“Jangan terlalu selesa walaupun telah melepasi tempoh 20 tahun memegang kuasa,” kata beliau.

Jelas beliau, Umno yang dikatakan kuat itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil seterusnya.

“Kita tengok apakah Barisan bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil di (Parlimen) Batu atau dua kerusi DUN di Kedah.

“Kita tahu Barisan terkial-kial untuk mengelak pilihan raya kecil di situ,” katanya.

“Malangnya ini disahkan oleh mahkamah. Walaupun kita tidak mengatakan mahkamah bersekongkol tetapi sebagaimana dalam kes-kes lain keputusan memihak kepada Barisan meskipun di sisi undang-undang ia sukar dipertahankan,” ujarnya.

Sambil tidak menolak bahawa terdapat beberapa kelemahan pada perjenteraan PAS, A. Aziz yang juga pakar perlembagaan berkata, kemenangan BN kali ini seakan disebabkan salah guna jentera kerajaan pusat sendiri.

“Pada PRU (pilihan raya umum) tidak mudah untuk Barisan (Nasional) menggunakan agensi kerajaan seperti JHEOA umpamanya,” ujarnya.

Bercakap soal trend pengundian yang di luar jangkaan semua pihak, beliau mempunyai pandangan tersendiri.

“Dan, mungkin pengundi sengaja tidak mahu memprovokasi Barisan kerana kalau ia tewas kemungkinan ia jadi lebih ‘ganas’, itu memang ada dan agensi seperti SPR dan polis akan lebih berat sebelah,” dakwa beliau.

Disebabkan itu, beliau berkata kedua-dua pilihan raya kali ini tidaklah memberi impak berantai pada landskap politik Malaysia.

“Dalam konteks Malaysia pilihan raya kecil adalah sesuatu yang sepatutnya dimenangi oleh BN yang turut dibantu oleh SPR dan sistem yang tidak adil.

“Ini tidak semestinya memberi gambaran positif bagi pilihan raya kecil.

“Dalam pilihan raya kecil ini tidak ada perubahan, siapa pun menang kerajaan negeri dan pusat tetap sama,” tambah beliau.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Fadhil Osman mengemukakan persoalan “apakah yang BN hendak dibanggakan dengan kemenangan ini.”

“Mereka perlu bertanya diri mereka sendiri, bermaruahkah kemenangan ini dengan segala macam penyelewengan yang dilakukan secara terang-terangan?

“Berselindung di sebalik jentera kerajaan untuk berdepan dengan jentera parti Pakatan Rakyat, adil dan beranikah BN?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini.

Kata beliau, bagi Pakatan Rakyat, kekalahan semalam memberi makna bahawa Galas dan Batu Sapi bakal kembali dimenangi dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana terjadi di DUN Pengkalan Pasir, Kelantan dan DUN Ijok dua tahun lalu.

“Kerana pilihan raya kecil bukanlah ukuran kekuatan BN melainkan sebagai ukuran kekuatan jentera kerajaan yang menggempur Pakatan Rakyat,” katanya lagi.