klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 23 Januari 2011

WAHAI MUHYIDDIN : GURU MESTI SETIA KEPADA KERAJAAN BUKAN KEPADA UMNO/BN

Saya terpanggil untuk memberikan komen terhadap kenyataan yang dibuat oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyatakan " adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan " , "Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan ". Muhyiddin berkata demikian ketika berucap pada majlis pelancaran program Bangkit Guru Untuk Negara (B-GUN) peringkat Johor, di Pagoh, hari ini.

Sebagai bekas guru selama 17 tahun , yang menerima kesan daripada penglibatan aktif dalam politik dan kepartian , saya telah dihukum kerana dosa saya menyertai Parti Keadilan Rakyat . Saya telah kenakan tindakan tatatertib dan pada tahun 2000 diarah bertukar ke SJK (C) Jabor , Kemaman , Terengganu ( sempadan Terengganu - Pahang ) selama 3 tahun dan seterusnya diarah bertukar lagi ke SK (Felda ) Palong 14 , Jempol , Negeri Sembilan selama 5 tahun . 8 tahun saya , isteri dan anak-anak diinaya , terpisah . Dinafikan hak dan ada yang membuat saya seperti 'penjenayah' kerana dosa saya ialah bersama Parti Keadilan Rakyat dan DSAI .

Pada tahun 2008 , saya diarah sekali lagi bertukar ke Pejabat pelajaran Daerah Jempol/Jelebu di atas arahan MB Negeri Sembilan termasuk dikenakan tindakan tatatertib . Selama sebulan saya berulangalik daripada Felda Palong 14 ke Serting , Jempol dan tinggal di dalam stor bawah tangga bersama tukang kebun kerana saya tidak diberikan apa-apa tempat di pejabat tersebut dan hanya duduk dalam bilik Pegawai Kaunseling PPD . Akhirnya saya dipanggil oleh DSAI dan meminta saya meletakkan jawatan dan bertanding di Parlimen kemaman sewaktu PRU 12 lalu . Tamatlah riwayat perkhidmatan saya sebagai guru .

Alhamdulillah sepanjang perkhidmatan saya , saya pernah dianugerahkan Anugerah Kecemerlangan oleh PPD Marang pada tahun 1997 dan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005 .

Kenyataan Muhyiddin Yassin seolah-olah meragui kesetiaan para pendidik ini terhadap negara dan kerajaan . Para guru , adalah insan yang telah didik dan diasuh agar meletakkan keutamaan kesetiaan dan sokongan kepada negara dan kerajaan . Menjalankan tugas dan tanggungjawab mendidik anak bangsa tanpa mengeluh dan penat lelah bagi melahirkan aset negara dan pembinaan modal insan untuk negara . Segala polisi dan perubahan sukatan yang diamanahkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan dengan penuh komitmen . Guru bagi saya adalah insan yang terbaik .

Kenapa mempertikai sokongan dan kesetiaan para guru ? Guru insan yang mengajar dan mendidik anak murid agar menjadi insan yang 'kamil'. Yang dapat mengenal baik dan buruk . Menjadi insan yang berketrampilan , berakhlak dan bermoral berlandaskan jasmani , emosi , rohani dan intelek ( JERI ) serta berpaksikan kepada Tuhan . Sepertimana yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan .

Bagaimana guru wajib taat setia kepada kerajaan yang dipimpin oleh UMNO / BN yang banyak melakukan kerosakkan kepada negara ? Rasuah , penyelewengan , ketirisan dan perompakan secara tersusun dilaksanakan oleh kerajaan ini . Guru yang baik sudah pasti tidak akan sesekali memberikan kesetiaan kepada kerajaan yang melakukan pelbagai kebejatan dan kebobrokkan konon atas nama bangsa dan negara .

Guru adalah manusia terbilang , berinformasi dan berilmu . Guru akan menyokong segala polisi dan dasar kerajaan yang memberikan kebaikkan kepada rakyat terutama anak didiknya . Setiap berlaku perubahan sistem pendidikan , pengubalan sukatan dan setiap kali menteri bertukar , segala-galanya berubah , tetapi guru adalah manusia yang sentiasa patuh dan akur , menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab .

Kesetiaan apa yang dimaksudkan oleh Muhyiddin Yassin ? Kesetiaan kepada UMNO / BN ? Kesetiaan kepada kerajaan adalah kewajiban yang perlu dilaksanakan oleh para guru . Bukan kesetiaan kepada kepartian . Guru harus diberikan kebebasan , bukannya mengongkong mereka dengan perkara yang sengaja diada-adakan oleh UMNO/BN iaitu kesetiaan kepada Kerajaan UMNO/BN . Sedangkan kerajaan adalah lain dan parti adalah lain . Bertukar parti pemerintah pun kerajaan tetap wujud dan didokong oleh rakyat .

Sewaktu saya bertugas sebagai guru , kesetiaan saya kepada kerajaan usah dipertikai . Segala arahan dan tugasan dilaksanakan dengan sebaik mungkin . Sebab itu saya dicalonkan dan dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana saya menjalankan tugas saya sebaik mungkin . Kalau saya bukan guru yang baik , melanggar polisi dan dasar Kementerian Pelajaran Malaysia , mengajar tidak mengikut silibus yang diarah , tiada disiplin dan buat ikut suka , sudah pasti saya tidak akan mendapat anugerah tersebut .

Begitulah semua guru di Malaysia ini . Kesetiaan mereka kepada negara dan kerajaan tidak pernah berbelah bagi . Menjalankan tugasan yang diamanah dengan baik . Sedangkan apa yang diperolehi oleh guru di Malaysia ? Mereka tiada SOCSO , tiada jaminan kepada anak-anak mereka , tiada doktor panel dan sebagainya . Anak guru tidak semestinya dapat keistimewaan menjadi guru . Tiada MRSM untuk dikhaskan kepada anak-anak guru , sedangkan anak polis dan askar ada . Rumah-rumah guru ( quaters guru ) ada yang tidak dibaikpulih , dinaik taraf , dibaiki dan ada yang tidak sempurna terutama di pendalaman .

Guru harus sedar , mereka bukan setaraf lembu yang boleh dicucuk hidung . Mereka ada prinsip dan maruah . Guru yang hebat tidak akan terpengaruh dengan doktrin " kesetiaan kepada kerajaan UMNO/BN ". Muhyiddin tidak perlu mempersoal dan mempertikai sokongan politik mereka . Mereka adalah rakyat Malaysia dan mereka ada hak sebagai rakyat . Bukan kerana mereka menjawat sebagai penjawat awam , mereka perlu tunduk dan akur kepada UMNO/BN . tanggungjawab mereka adalah kepada negara dan kerajaan . Bukan kepada UMNO/BN . Yang membayar gaji mereka bukan UMNO / BN . Rakyat Malaysia yang membayar gaji kepada mereka . Guru harus dibebaskan daripada kongkongan yang dicipta oleh UMNO / BN .

Termasuk juga Pengarah dan Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri , anda bukan pekerja-pekerja UMNO / BN , tapi lagak anda sama taraf dengan pencacai UMNO/BN kerana akur di bawah telunjuk mereka . Kalau mahu main politik , letak jawatan dan menjadi pengerak UMNO / BN . Kerana kedudukan dan kenaikan pangkat , anda rela menjadi hamba kepada pemimpin UMNO / BN . Sehingga sanggup menginaya dan menzalimi guru bawahan anda kerana mereka menyokong pembangkang . Dosa mereka kerana tidak setia kepada UMNO/BN .

Guru-guru di seluruh Malaysia yang punya harga diri , maruah dan prinsip , terjemahkan pada kertas undi . UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !

Sabtu, 22 Januari 2011

UMNO / BN TAKUT PENGUNDI CINA DUN TENANG

Hari ini 'gendang perang' PRK DUN Tenang telah bermula . PR lawan BN. PR diwakili oleh PAS yang meletakkan calon daripada muslimah Cikgu Normala Sudirman , manakala BN yang diwakili oleh UMNO iaitu Sdr. Mohd. Azhar Ibrahim . Dijangkakan pertembungan sengit yang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di DUN Tenang .

Manakala seramai 5,635 pengundi Cina iaitu 38% dilihat menjadi kunci utama sama ada memberikan kemenangan , pengurangan majoriti atau kekalahan terutama kepada BN . Sebab itu ianya memberikan kegusaran yang amat ketara kepada BN iaitu kebimbangan pengundi cina akan berpaling arah memberikan sokongan kepada calon PR , Cikgu Mala .

Keyakinan UMNO terhadap pengundi Melayu dilihat begitu memberangsangkan , lebih-lebih lagi kewujudan beberapa buah FELDA di DUN Tenang memungkinkan sokongan orang melayu khususnya peneroka FELDA yang merupakan 'fixed deposit' kepada UMNO selama ini . Tetapi kegusaran mereka ialah terhadap para pengundi cina .

MCA yang dipimpin oleh Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek telah memulakan gerak kempen yang melampau dengan agenda menakut-nakutkan masyarakat Cina dengan agenda penubuhan negara Islam oleh PAS, tetapi kali ini dengan mengheret DAP sekali. Dalam risalah kempennya pada pilihan raya kecil di Tenang, MCA mendakwa DAP terlalu menunduk kepada PAS dan menyokong agenda penubuhan negara Islam yang dipelopori oleh PAS.

Isu perkauman dan keagamaan menjadi bahan utama kepada MCA yang bertujuan meraih sokongan para pengundi cina kepada BN . Disebabkan oleh ketandusan isu , MCA mengungkitkan isu lapuk ini bagi tujuan mengapi-apikan sentimen yang boleh menimbulkan ketegangan dan mengugat kehormanian dalam PRK Tenang .

Kenyataan TPM Datuk Seri Muhyiddin Yassin cukup membuktikan bahawa UMNO bersetuju dengan tindakan MCA dengan berkata bahawa tindakan Presiden MCA Datuk Dr Chua Soi Lek membangkitkan agenda PAS bagi menubuhkan sebuah negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa adalah baik bagi "mengingatkan masyarakat Cina" berhubung keputusan mereka.

Saya yakin para pengundi di DUN Tenang terutama masyarakat cina tidak berfikiran bodoh terhadap propaganda murahan yang dilaksanakan oleh MCA tersebut . Tindakan menakut-nakutkan pengundi-pengundi cina dengan isu 'negara Islam' ini adalah bukti nyata bahawa tindakan "pelakon video lucah" ini sudah kekeringan idea dan startegi .

Saya menyokong kenyataan yang dibuat oleh Presiden Pas , Dato' Seri Tok Guru Hj. Abdul Hadi Awang bahawa tindakan menakut-nakutkan pengundi cina dengan isu murahan tersebut tidak mengusarkan PAS . "Ini isu lama. Masyarakat kita kini lebih memahami... mereka telah lihat keadaan di negeri-negeri yang ditadbir oleh PAS - Kelantan, Perak, Terengganu dan Kedah , peluang kita (Pakatan Rakyat) 50 peratus, begitu juga BN, tidak mudah untuk kita menang tapi ia tidak mustahil" .

Saya mengharapkan agar seluruh jentera PR di PRK DUN Tenang dapat meningkatkan gerakerja dengan mendekati para pengundi cina yang bakal membuang undi pada 30 januari 2011 nanti . Memahamkan mereka tentang Islam agar segala dakyah songsang dan sesat yang dilakukan oleh UMNO / BN akan lenyap di telan bumi .

PRIMA: Muhyiddin penipu, pendusta, pengkhianat...

Persekutuan Pertubuhan India Malaysia (PRIMA) melabelkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran sebagai seorang penipu, pendusta dan pengkhianat kerana membuat kenyataan bahawa kementerian telah mencapai persetujuan dengan masyarakat India berhubung penggunaan buku teks kontroversial, novel Interlok.

indian ngo pc 221209 federation of malaysian indian ngos (prima) president a rajaretinamSebaliknya, kata ketua penerangan persekutuan itu, AP Raja Retinam, beberapa perwakilan India yang menghadiri mesyuarat pada Selasa lalu secara teranagn menuntut buku itu ditarik balik.

“Muyhiddin adalah penipu, pendusta dan pengkhianat. Semua anggota delegasi MIC membantah kata-kata Muyhiddin dengan sekeras-kerasnya.

“Semua delegasi MIC menuntut supaya buku itu ditarik balik. Sama sekali tidak setuju menerima dengan pemindaan,” katanya dalam satu SMS kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebelum ini, PRIMA memberi amaran bahawa mereka akan meletakkan calon pada pilihan raya kecil Tenang jika kerajaan gagal menangani isu tersebut tetapi tidak berbuat demikian hari ini.

Sehubungan itu, Raja Retinam menggesa pengundi India supaya menyokong calon PAS.

muhyiddin pc 200910 02Beliau juga mahu MIC, yang juga menghantar perwakilan pada mesyuarat Selasa lalu mengadakan mesyuarat jawatankuasa pusat berhubung kenyataan Muhyidin dan mengeluarkan kenyatan rasmi parti tersebut.

Muhyiddin semalam dilaporkan berkata mesyuarat Selasa lalu yang dipengerusikan oleh timbalannya, Datuk Puad Zarkashi telah mencapai konsensus dengan beberapa persetujuan bagi mengakhiri perbalahan mengenai Interlok.

Ini termasuk memuatkan nota khaki tambahan, glosari dan garis panduan pengajaran.

Muhyiddin dilaporkan berkata novel berkenaan membincangkan perpaduan dan intergrasi di kalangan penduduk pelbagai kaum dan selaras dengan konsep 1Malaysia. - MALAYSIAKINI

Khamis, 20 Januari 2011

Malaysia catat jumlah aliran wang haram tertinggi

Malaysia tersenarai antara negara yang merekodkan jumlah aliran wang haram tertinggi dalam tempoh sembilan tahun dalam dekad lalu, menurut laporan sebuah pemerhati kewangan Global Financial Integrity (GFI).

Laporan itu menyebut, aliran wang keluar dari negara ini meningkat lebih tiga kali ganda dalam tempoh 2000 hingga 2008.

Aliran wang keluar dari Malaysia pada 2000 berjumlah RM67.7 bilion. Lapan tahun kemudian, jumlah ini bertambah sehingga RM208 bilion.

Laporan itu turut menyatakan amaran bahawa peningkatan pelarian modal mendadak ini berlaku pada tahap yang jarang diperhatikan di negara Asia.

Faktor di sebalik aliran wang haram yang besar ini – dianggarkan berjumlah RM889 bilion dalam tempoh antara 2000 hingga 2008 – bagaimanapun sukar dipastikan.

Faktor berkenaan adalah di luar skopnya, menurut laporan itu lagi.

Bagaimanapun, isu-isu tadbir urus yang signifikan melibatkan sektor awam dan swasta memainkan peranan utama dalam pengubahan modal haram daripada negara ini, laporan itu dipetik.

Pelawaan Debat Diteruskan , Laporan Bernama Mengelirukan - Anwar

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mahu agensi berita Bernama menarik balik laporan bahawa beliau tidak mahu berbahas secara terbuka dengan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Anwar berkata, beliau memandang serius laporan berkenaan yang didakwa memetik satu kenyataannya di Alor Setar, Kedah semalam.

Dalam laporan itu, Anwar antara lainnya dipetik sebagai berkata bahawa beliau hanya mempelawa perdana menteri untuk mengadakan perbincangan.

Tidak puas hati dengan laporan itu, Anwar meminta agensi berita berkenaan menarik balik laporan tersebut melalui satu kenyataan bertajuk 'Debat Diteruskan, Laporan Bernama Mengelirukan.'

"Saya tegaskan di sini, saya sedikitpun tidak berganjak dari kenyataan sebelumnya serta hasrat yang terkandung dalam surat rasmi berniat mempelawa perdana menteri untuk berdebat secara terbuka demi kepentingan rakyat Malaysia seluruhnya," kata Anwar lagi.Kenyataan berkenaan dikeluarkan biro komunikasi PKR awal pagi ini.

mahathir kena tempelak oleh orang Melayu Singapura

Bekas perdana menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad telah menjadi topik hangat di sini apabila ulasan-ulasannya mengenai nasib Melayu Singapura menjadi polemik dan mendapat kritikan pedas beberapa orang Melayu setempat. Akhbar Berita Harian Singapura telah menyiarkan beberapa surat daripada pembacanya sepanjang minggu lepas yang mengecam Dr Mahathir kerana sering memberi ulasan mengenai nasib Melayu republik itu yang telah terpinggir dan ketinggalan.

Dalam ruangan forum akhbar itu, seorang pembaca Haji Sallim Haji Ahmad menulis bahawa beliau rasa tercabar mengikuti ulasan Dr Mahathir yang membuat kenyataan yang tidak berasas bahawa Melayu republik itu terpinggir dan tertinggal. "Inilah hujah kegemarannya yang pedas dan luncas setiap kali mempersoalkan masalah yang menghambat Melayu Malaysia yang belum lagi terpinggir pada logika Dr Mahathir. “Kekerapan ungkapan yang menjadi sandarannya ialah menegaskan bahawa Melayu Singapura terpinggir sehingga akhir dunia,” kata Sallim.

Tak tagih subsidi

Katanya Dr Mahathir yang terbuai dengan populariti di alam siber dan blog suka menggunakan Melayu Singapura sebagai contoh. Penulis itu juga mempertahankan kedudukan Melayu Singapura dengan menyatakan kaum itu maju tanpa menagih subsidi dan kedudukan agama Islam di Singapura terpelihara dan berkembang walaupun ia bukan agama rasmi.

“Kita tidak kontang jenayah, tapi yang ditugaskan beramanah. Rasuah di sini wujud, tetapi tahapnya tidak mengejut. Sumbang mahram itu keji, dahsyat lagi buang bayi. Mat Rempit bukan hambatan, tabiat lepak bukan amalan,” ungkap Sallim. Seorang lagi pembaca, Hajah Kamariah Lim Li Hwa menegur Dr Mahathir bahawa sebelum membuat apa-apa kenyataan tentang orang Melayu Singapura, diharap beliau “menyelidik dulu keadaan kami.“ “Kami orang Melayu Singapura berasa senang hati dan bersyukur kerana pemerintah Singapura menjalankan amanah dengan telus,” katanya.

'Duduk sama rendah, berdiri sama tinggi'

Menurutnya, walaupun Singapura bukan negara Islam, kebanyakan undang-undang di Singapura tidak ada yang bercanggah, malah sejajar, dengan ajaran Islam. Hajah Kamariah berkata kemungkinan Dr Mahathir (bersikap demikian kerana) berurusan dengan seseorang individu (rakyat Singapura) yang tidak berpuas hati atas beberapa dasar pemerintah Singapura kerana tidak dapat memenuhi kepentingan diri sendiri.

Seorang lagi pembaca, Eusope Musawa menulis Melayu Singapura hidup dengan selesa dan 'duduk sama rendah, berdiri sama tinggi', dan mereka ada kebebasan dalam hal agama dan pelajaran mereka juga setaraf dengan penduduk masyarakat lain. “Tun Dr Mahathir sepatutnya menasihatkan orang Melayu Malaysia agar belajar daripada orang Melayu Singapura bagaimana boleh maju. Saya berharap kenyataan beliau akan membakar semangat orang Melayu setempat untuk terus maju,” tulis Eusope.

Bagaimanapun, seorang pembaca yang menamakan diri beliau, Walid Jumblatt Abdullah menulis dalam forum akhbar itu semalam, bahawa beliau amat gembira sekali apabila melihat masyarakat Melayu Singapura bergegas menyangkal kritikan Dr Mahathir. Katanya, “Alangkah baiknya kalau masyarakat Melayu begitu cepat sekali bertindak ketika masalah-masalah seperti keluarga pincang, keruntuhan akhlak, keputusan pelajar kurang memuaskan berbanding kaum lain dan sebagainya timbul untuk menangani masalah-masalah tersebut.”

NOH OMAR BAGAI CACING KEPANASAN : 24 JANUARI PENENTU SIAPA PENDERHAKA DYMM SULTAN

Semalam dalam Belutin Utama TV3 , saya tengok Noh Omar bagaikan 'cacing kepanasan' apabila tindakan Kerajaan Pakatan Rakyat ( PR ) Selangor berjaya mendapat perkenan DYMM Sultan Selangor bagi mengadakan persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini. Noh cuba mengungkapkan bahawa Kerajaan PR Selangor sedang tersepit dengan isu perlantikan Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor sehingga sanggup menderhaka kepada DYMM Sultan .

Ungkapan menderhaka kepada DYMM Sultan cuba dimomokkan kepada rakyat supaya memberikan persepsi bahawa MB Besar dan pimpinan PR Selangor telah bersikap kurang ajar menderhakai DYMM Sultan lantaran tindakan tidak mempersetujui perlantikan dan mempertikaikan Khusrin yang dilantik oleh Ketua Setiausaha Negara sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor . MB Selangor dan Kerajaan PR Selangor menganggap perlantikan Khusrin adalah bersifat 'politik' oleh UMNO dan Kerajaan Persekutuan dengan membelakangkan Sultan dan MB Besar . Mempunyai agenda tersembunyi dengan menggunakan undang-undang menafikan pandangan MB Selangor dan Kerajaan Negeri .

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Adakah tindakan mengembalikan kuasa Sultan yang telah ditarik pada tahun 1993 oleh kerajaan UMNO / BN dan Mahathir Mohamad adalah satu penderhakaan ? Sewaktu krisis imuniti Raja-Raja , UMNO sanggup menghina dan mencerca institusi Beraja sehingga nafikan kuasa dan imuniti yang selama ini dimiliki oleh DYMM Sultan- Sultan . Segala kuasa DYMM Sultan diubah dan dipinda perlembagaan serta telah memusatkan segala kuasa terutama perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri , Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-Undang oleh Kerajaan Persekutuan .

Tindakan MB Selangor dan pimpinan PR Selangor ialah satu usaha bagi mengembalikan maruah dan kuasa DYMM Sultan yang telah ditarik oleh UMNO . Walaupun menyedari bahawa sesuatu pindaan perlembagaan memerlukan 2/3 majoriti daripada ADUN-ADUN menyokong usul tersebut dan berdasarkan kepada jumlah ADUN PR adalah tidak mencukupi dan memerlukan sokongan daripada ADUN-ADUN UMNO /BN . Adakah ADUN-ADUN UMNO/BN termasuk Noh Omar akan mengambil sikap tidak menyokong atau berkecuali ? Tindakan tersebut adalah secara jelas satu PENDERHAKAAN terhadap DYMM Sultan Selangor !

Siapa yang sebenarnya tersepit ? Siapa yang sebenarnya PENDERHAKA ?

Pakatan Rakyat menghormati dan menjunjung kasih kepada institusi beraja sepertimana yang termaktub dalam perlembagaan dan diulangi kesetiaan sepertimana yang terkandung dalam Janji Jingga PR iaitu "Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagan".

Usaha murni Kerajaan PR Selangor ialah untuk mengembalikan kuasa kepada DYMM Sultan dan MB Selangor dalam menjana pentadbiran negeri yang lebih cemerlang . Insiden perlantikan Khusrin adalah satu tanda awal bagi membuka kebobrokan UMNO yang rakus dan tamak demi kepentingan politik mereka hingga sanggup membelakang dan menderhaka kepada DYMM Sultan .

24 Januari 2010 akan menentukan siapakah PENDERHAKA kepada DYMM Sultan . UMNO atau Pakatan Rakyat ? Kita akan lihat dan dengar apa reaksi Noh Omar selepas ini !

Sultan beri perkenan sidang DUN Selangor

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberikan perkenan baginda untuk persidangan Dewan Undangan Negeri Selangor diadakan pada 24 Jan ini.

Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, hari ini mengesahkan baginda telah menandatangani perisytiharan pada 14 Jan lalu untuk persidangan itu diadakan selepas mendapat permohonan daripada pihak Dewan Undangan Negeri.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini berkata bahawa persidangan itu adalah untuk meminda Perkara 52 Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959 bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan Penasihat Undang-undang Negeri.

Ketiga-tiga jawatan itu sebelum ini terletak pada kerajaan negeri, ditarik balik berikutan pindaan Perlembagaan pada 1993 oleh Tun Dr Mahathir Mohammad yang menjadi perdana menteri yang turut menyebabkan undang-undang di Selangor dipinda bagi memusatkan kuasa Kerajaan Persekutuan.

- MALAYSIAKINI

Rabu, 19 Januari 2011

PRK LAGI ! SPEAKER ISYTIHARKAN KERUSI DUN KLANG KOSONG !

Speaker Selangor, Datuk Teng Chang Khim hari ini mengisytiharkan kerusi dewan undangan negeri Pelabuhan Klang kosong berikutan kegagalan penyandangnya, Badrul Hisham Abdullah menghadiri sidang dewan undangan negeri Selangor selama lebih setengah tahun.

Pengumuman itu dibuat petang tadi di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam.

NONESebelum ini, khabar angin mengenai kekosongan itu bertiup kencang apabila Badrul Hisham Abdullah didakwa telah gagal menghadiri sidang DUN sejak Julai tahun lalu.

Mengikut Artikel 69 perlembagaan Selangor, mana-mana ADUN yang tidak hadir ke sidang DUN bagi tempoh enam bulan akan menyaksikan kerusinya diisytiharkan kosong oleh speaker.

ADUN kontroversial Pelabuhan Klang itu meninggalkan PKR pada tahun Oktober 2009 dan memilih menjadi ADUN Bebas yang mesra BN tetapi kemudiannya menyertai Umno pada Mei tahun lalu.

Sebelum itu, beliau juga 'menghilangkan diri' buat seketika dan muncul semula dengan berita yang beliau akan berpaling tadah.

Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada pilihan raya umum 2008 di bawah tiket PKR dengan majoriti 4,407 undi.

Beliau mendapat 12,397 undi berbanding calon BN yang diwakili oleh Roselinda Abd Jamil (Umno) yang mendapat 7,990 undi dan calon Bebas Nazir Mansor pula mendapat 580 undi.

Sejak pilihan raya umum pada Mac 2008, negara telah menyaksikan 14 pilihan raya kecil. Yang terakhir akan diadakan di Tenang, Labis, Johor berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha.

Sebelum ini, seorang pembantu khas ADUN Pelabuhan Klang, yang tidak mahu namanya dipetik memberitahu, wakil rakyat itu hanya gagal hadir pada satu persidangan bajet bertarikh 8 hingga 11 November atas masalah kesihatan.

Katanya, surat ketidakhadiran telah dimaklumkan kepada Teng.

Beliau juga menafikan wakil rakyat itu gagal hadir selama enam bulan kerana beliau sendiri mencatatkan kehadirannya. - MALAYSIAKINI

SAKSI : ' SAYA MELAKUKAN SEKS DENGAN UMMI DI LONDON'

'I had sex with Ummi in London,' says witness


A defence witness in the sodomy trial of jailed former deputy prime minister Anwar Ibrahim told the High Court today that he had sex with star prosecution witness Ummi Hafilda Ali.

"I had sex with Ummi in London," said Norazman Abdullah @ Baginda anak Minda to the murmurs of those seated in the public gallery.

The 40-year-old Iban told judge Arifin Jaka that he had known Ummi since 1992 but their relationship only became close when they were in London in June 1998, together with businessman and former MP S'ng Chee Hua (who was Norazman's boss then) and another friend.

"When we returned to Malaysia, Ummi told me that she would give my ex-wife RM200,000 so that we (Ummi and I) could get married and elope to London," Norazman said, adding that he was then married with two children.

"Ummi also told me that I would have a 25 percent share in a RM10 million advertising project," he added.

Ummi, who made court appearances during Anwar's corruption trial last year in designer attire and matching accessories, had told the press that she "is still a virgin".

She, together with former driver of Anwar's wife, Azizan Abu Bakar, wrote letters to Prime Minister Mahathir Mohamad alleging Anwar had committed sexual misconduct.

They later retracted their allegations and said they wrote the letters under coercion and on "mere suspicion".

"In the beginning, Ummi told me that the sodomy allegations against Anwar were true. But later, after our relationship became closer, she confessed that they were all fabricated," Norazman said.

He also told the court this morning that Ummi told him she "forced" Azizan to confess that he was sodomised by Anwar.

"Ummi told me that she did it because she hated Anwar and her brother Azmin Ali as they both did not give her any business projects.

"She also said that when Anwar was toppled from power, she will get an advertising project at Kuala Lumpur International Airport worth RM10 million from Tun Daim Zainuddin (business tycoon turned finance minister)," Norazman said.

He, however, added that he did not ask Ummi how she forced Azizan to make the confession.

Norazman, who is now a farmer, also told the court that while they were in London, Ummi had told him that Mahathir was the man behind the "50 Dalil: Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri" ("50 Reasons Why Anwar Cannot Become Prime Minister") book.

"She also told me that Daim, (former Malacca chief minister) Rahim Tamby Chik and (Umno executive secretary) Tengku Adnan Mansor were involved in the fabrication of the sodomy charges in the book," he said, in response to a question from defence counsel Gurbachan Singh.

According to Norazman, Ummi also told him that Khaled Jeffri was the writer of the book while (former finance minister) Tengku Razaleigh Hamzah, Daim and Tengku Adnan were the sponsors.

He added that Ummi called him one night in August 1998, and said that her father had disowned her because she had given false information for the contents of the book.

"Ummi called one night and said that she could not sleep and wanted to meet me as her father had chased her out of the house," he said.

Ummi's brother Azmin Ali, who was also Anwar's former private secretary and now state assemblyman for Hulu Klang, had testified earlier that Ummi is not the person she portrays herself to be and was disowned by her father in late 1998 "for running away with a married man overseas." ("[#1]Ummi eloped with a married man, says Azmin[/#]", April 7.)

Norazman also told the court that Ummi told him that she had written a letter to Mahathir but the contents (of the letter) were later amended by Aziz Shamsuddin, who was then the political secretary to the Prime Minister.

Meanwhile, the prosecution refused to cross-examine the witness, saying that his evidence was merely hearsay.

Lead prosecutor Abdul Gani Patail told the judge: "Unless and if Ummi is called to testify, this evidence is all useless."

The court will resume on Friday as Anwar's lawyers said that the rest of their witnesses, including Daim, deputy education minister Aziz, former consumer affairs minister Megat Junid Megat Ayob and his wife Ziela Jalil would only be called in if Mahathir was allowed to testify in the trial.

Arifin yesterday said that he would announce his decision on the application for Mahathir's testimony in court on Friday. The defence and prosecution had argued over the relevance of the prime minister's evidence for more than three weeks.

Anwar, currently serving a six-year jail term for corruption, is on trial for sodomy and sexual misconduct.

He and his adopted brother Sukma Dermawan are charged with sodomising Azizan at Sukma's apartment on "one night at 7.45pm, between January and March, 1993".

Anwar has repeatedly denied all charges and said they were fabricated by political rivals to end his political career.

Najib: Saya? Takut kepada Anwar?

DS Najib Tun Razak dalam ucapannya di Felda Chemplak, Tenang semalam menyatakan bahawa beliau tidak takut atau gentar untuk berdebat dengan DS Anwar Ibrahim . "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib .

Kalau tidak takut untuk berdepan dengan DS Anwar , kenapa mengambil sikap menolak cabaran debat tersebut dengan pelbagai alasan yang menampakkan kebaculan dan kedayusan . Sebelum ini DS Najib mengelak dengan alasan " membuang masa " dan pelbagai alasan yang terlalu dangkal sehingga Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda UMNO menghina beliau dengan kesediaan berdebat dengan DS Anwar .

Cabaran debat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia , DS Anwar Ibrahim masih terbuka untuk beliau . Rakyat sedang menanti perdebatan tersebut dan kita cabar DS Najib dedahkan apa yang dinyatakan dalam ucapan tersebut . Tindakan DS Najib menampakkan sifat kepondanan kerana sehingga sekarang masih belum berani menyatakan kesediaan berdebat dengan DS Anwar .

Perdebatan ini sangat penting . Penting agar rakyat dapat mengetahui secara jelas demi kebaikan rakyat dan negara . Kita yakin perdebatan ini akan mampu merungkai permasalahan dasar atau polisi yang selama ini ditutup oleh DS Najib , UMNO dan BN .

DS Najib cuba untuk kaitkan dengan kes Fitnah 2 yang cuba menafikan keterlibatan beliau dalam konspirasi jahat terhadap DS Anwar . Mengeluarkan kenyataan tidak profesional dengan tujuan mengaibkan DS Anwar .

Bagaimana pula dengan imej DS Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia dan skandal pembelian kapal selam yang sedang disiasat di Perancis ? Termasuk yang didedahkan surat khabar Australia Sydney Morning Herald yang mendedahkan PM DS Najib dipercayai terbabit dengan dalam skandal pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Impak yang sangat berat kepada imej Perdana Menteri dan Malaysia tidak dapat dinafikan.

Sebagai pimpinan utama Pakatan Rakyat dan juga Ketua Pembangkang , kesediaan DS Anwar mencabar Perdana Menteri dan juga selaku Pengerusi Barisan nasional adalah satu yang seharusnya berlaku . Lebih-lebih lagi apabila tindakan DS Najib memperlekehkan program 100 hari Pakatan Rakyat .

Apa lagi , kalau betul tidak takut untuk berdebat dengan DS Anwar , jadikankan PRK Tenang sebagai lokasi terbaik debat tersebut berlangsung . Cabaran masih terbuka buat DS Najib . Ada berani ?????

Bantu siasat Khir: S'gor dedah projek RM273 juta

Beberapa syarikat milik seorang tertuduh dalam kes melibatkan tuduhan rasuah ke atas bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo didakwa telah menerima projek berjumlah lebih RM273 juta dalam tempoh pentadbiran BN di Selangor.

Pendedahan mengejutkan itu juga melibatkan lima kontrak yang didakwa telah diberikan secara rundingan terus kepada syarikat-syarikat milik Shamsudin Hayroni.

Pendedahan itu dibuat hari ini oleh setiausaha politik menteri besar Selangor Faekah Husin melalui satu kenyataan.

Projek rundingan terus

Menurut Faekah lagi, projek berkenaan termasuk lima projek yang diberikan secara rundingan terus kepada syarikat Majulia Sdn Bhd.

Ia antara lainnya melibatkan satu pembinaan fasa pertama bagi kuarters kakitangan kerajaan dengan nilai lebih RM22.8 juta, serta pembinaan fasa keduanya dengan nilai RM61 juta.

Projek yang didedahkan itu turut melibatkan pembinaan bangunan sebuah perpustakaan, bernilai lebih RM71 juta, manakala satu projek lagi melibatkan pembinaan sebatang jalan di Sepang yang bernilai lebih RM73.7 juta.

Faekah juga berkata, satu lagi projek melibatkan sebuah stadium terbuka, pencawang elektrik, dua kebuk dan unit loji kumbahan di atas satu tapak kompleks sukan di Dengkil, bernilai hampir RM15 juta.

Bantu siasatan

Faekah berkata, pendedahan itu adalah ekoran tindakan majlis mesyuarat kerajaan negeri pada 16 Disember lalu yang memutuskan untuk mendedahkan butiran mengenai projek berkenaan.

Ia antara lainnya bertujuan untuk memastikan kerajaan pimpinan Pakatan Rakyat itu tidak dikaitkan dalam perbicaraan kes Dr Khir dan Shamsuddin Hayroni, kata Faekah lagi.

"Ini juga sejajar dengan prinsip ketelusan dan kebertanggungjawaban pentadbiran yang didukung oleh Pakatan Rakyat yang sama sekali menolak sebarang penyelewengan dan salah guna kuasa di kalangan pemimpin dan ahli politik demi kepentingan peribadi.

"Kerajaan negeri berpendapat maklumat yang diberikan ini dapat membantu pihak berkuasa menjalankan siasatan," kenyataan itu dipetik. - malaysiakini

Selasa, 18 Januari 2011

3 PERKARA MENJADI DASAR UTAMA PR

TIGA (3) perkara pertama yang diangkat dalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat adalah... komitmen untuk...

1. Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

2. Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

3. Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Isnin, 17 Januari 2011

CIKGU NORMALA SUDIRMAN CALON PR DI TENANG

LABIS, 16 Jan: Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (gambar) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.

Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.

Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.

Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.

Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.

Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.

Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.

Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.

Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.

Ahad, 16 Januari 2011

JAMIL KHIR LEBIH HINA ISLAM DARIPADA RONIE LIU

Saya menganggap kenyataan Datuk Seri Jamil Khir , Menteri di Jabatan Perdana Menteri adalah keterlaluan dan melampau terhadap YB Ronie Liu yang dituduh menghina Islam apabila mengambil sikap supaya MPSJ menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak . Pandangan saya , YB Ronie Liu tidak sekali mempertikaikan atau menyangkal tindakan yang dilaksanakan oleh MPSJ tetapi meminta supaya “menarik balik dahulu” dengan alasan kerajaan negeri tidak dimaklumkan tentang perkara tersebut .

Tindakan YB Ronie Liu adalah meminta agar kerajaan negeri diberikan penjelasan dan penerangan berkaitan perkara tersebut . Bukannya satu perkara yang luar biasa sekiranya tindakan Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan tersebut mengambil sikap sedemikian dan MPSJ sebagai badan di bawah pentadbiran Kerajaan negeri Selangor memberikan penjelasan dan kefahaman kepada beliau dan Kerajaan Negeri Selangor .

Lebih membanggakan kenyataan MB Selangor menyatakan kesediaan Kerajaan Negeri menangani para pekerja di permis menyediakan arak yang dibuang kerja dengan menyediakan tabungan khas serta meminta para Exco kerajaan Negeri menubuhkan sakretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini serta menyediakan tempoh yang sewajarnya kepada semua pihak termasuk pemilik permis dan pekerja .

Sebagai seorang yang bukan Islam , sudah tentu YB Ronie Liu tidak memahami hukum hakam berkaitan perkara tersebut lebih-lebih lagi bertentangan dan melanggar Seksyen 18 (2), Enakmen Jenayah Syariah Selangor . YB Ronie Liu seharusnya diberikan kefahaman dan penjelasan yang sewajarnya . Kebimbangan beliau ialah bagaimana untuk menangani para pekerja ( beragama Islam ) yang akan kehilangan kerja dan pemilik premis yang memerlukan pengambilan pekerja baru dengan kadar yang segera apabila tindakan secara drastik tersebut di ambil oleh MPSJ . Di mana penghinaan terhadap Islam yang didakwa oleh Datuk Seri Jamil Khir ?

Sehingga sekarang , Datuk Seri Jamil Khir terus mengambil sikap berdiam diri terhadap para pekerja yang beragama Islam yang bekerja di Kilang-Kilang Arak dan di permis hiburan yang menyediakan arak di Kuala Lumpur dan negeri-negeri yang dikuasai oleh UMNO/BN . Sedangkan beliau adalah menteri yang dipertanggungjawabkan berkaitan agama islam . Seharusnya Datuk Seri Jamil Khir terlebih dahulu mengarahkan tindakan tersebut daripada MPSJ . Kalau YB Ronie Liu tidak faham dan mempertikaikannya adalah bukan luar biasa kerana beliau bukan beragama Islam .

Bukankah beliau juga adalah bertaraf ulama yang memahami dan mendalami hukum hakam yang mengharamkan umat Islam bekerja di tempat-tempat sedemikian ? Tindakan Datuk Seri Jamil Khir adalah LEBIH MENGHINA ISLAM ! Tahu tetapi buat-buat tidak tahu . Kenyataan Datuk Seri Jamil Khir sememangnya terlalu ekstrim dan cuba menimbulkan ketegangan . Tuduhan melampau oleh beliau Juga bersifat politik dan boleh mengapi-apikan rakyat dengan sentimen perkauman dan ketegangan agama .