klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 19 Januari 2011

Najib: Saya? Takut kepada Anwar?

DS Najib Tun Razak dalam ucapannya di Felda Chemplak, Tenang semalam menyatakan bahawa beliau tidak takut atau gentar untuk berdebat dengan DS Anwar Ibrahim . "Kenapa saya harus takut berdebat dengannya? Saya adalah perdana menteri. Saya ada semua maklumat. Kalau saya dedahkannya... adoi... dia akan demam,” perli Najib .

Kalau tidak takut untuk berdepan dengan DS Anwar , kenapa mengambil sikap menolak cabaran debat tersebut dengan pelbagai alasan yang menampakkan kebaculan dan kedayusan . Sebelum ini DS Najib mengelak dengan alasan " membuang masa " dan pelbagai alasan yang terlalu dangkal sehingga Khairy Jamaluddin , Ketua Pemuda UMNO menghina beliau dengan kesediaan berdebat dengan DS Anwar .

Cabaran debat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dan juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia , DS Anwar Ibrahim masih terbuka untuk beliau . Rakyat sedang menanti perdebatan tersebut dan kita cabar DS Najib dedahkan apa yang dinyatakan dalam ucapan tersebut . Tindakan DS Najib menampakkan sifat kepondanan kerana sehingga sekarang masih belum berani menyatakan kesediaan berdebat dengan DS Anwar .

Perdebatan ini sangat penting . Penting agar rakyat dapat mengetahui secara jelas demi kebaikan rakyat dan negara . Kita yakin perdebatan ini akan mampu merungkai permasalahan dasar atau polisi yang selama ini ditutup oleh DS Najib , UMNO dan BN .

DS Najib cuba untuk kaitkan dengan kes Fitnah 2 yang cuba menafikan keterlibatan beliau dalam konspirasi jahat terhadap DS Anwar . Mengeluarkan kenyataan tidak profesional dengan tujuan mengaibkan DS Anwar .

Bagaimana pula dengan imej DS Najib yang dikaitkan dengan pembunuhan model Mongolia dan skandal pembelian kapal selam yang sedang disiasat di Perancis ? Termasuk yang didedahkan surat khabar Australia Sydney Morning Herald yang mendedahkan PM DS Najib dipercayai terbabit dengan dalam skandal pembunuhan Altantuya Shaaribuu. Impak yang sangat berat kepada imej Perdana Menteri dan Malaysia tidak dapat dinafikan.

Sebagai pimpinan utama Pakatan Rakyat dan juga Ketua Pembangkang , kesediaan DS Anwar mencabar Perdana Menteri dan juga selaku Pengerusi Barisan nasional adalah satu yang seharusnya berlaku . Lebih-lebih lagi apabila tindakan DS Najib memperlekehkan program 100 hari Pakatan Rakyat .

Apa lagi , kalau betul tidak takut untuk berdebat dengan DS Anwar , jadikankan PRK Tenang sebagai lokasi terbaik debat tersebut berlangsung . Cabaran masih terbuka buat DS Najib . Ada berani ?????

Tiada ulasan:

Catat Ulasan