klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 28 Januari 2011

NAJIB PATUT FOKUS PERBETULKAN EKONOMI, BUKAN SALAHGUNA KUASA DIPLOMATIK UNTUK RISIK PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

Kenyataan Media
28 januari 2011

Parti Keadilan Rakyat sangat mual dengan tingkahlaku Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dilaporkan menekan Kerajaan Saudi untuk menyiasat tuduhan beliau bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim dibiayai tokoh-tokoh Saudi, sedangkan sehingga sekarang Perdana Menteri masih membisu apabila berdepan dengan desakan pelbagai pihak supaya siasatan lanjut dibuat mengenai aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion antara tahun 2000 dan 2008 seperti dilaporkan GFI (Global Financial Integrity) baru-baru ini.

Walaupun tindakan Perdana Menteri yang menyalahgunakan saluran diplomatik untuk kepentingan peribadi itu mengejutkan rakyat, keengganan beliau menyiasat aliran keluar wang haram sebanyak RM888 billion itu saya kira lebih mencemaskan.

Umno/BN semakin taksub dengan jalan memfitnah dan menekan lawan sebagai satu-satunya cara berdepan dengan cabaran politik dari Pakatan Rakyat. Apabila dijemput berdebat mengenai Buku Jingga, Perdana Menteri menghamburkan serangan peribadi. Di kala kebimbangan rakyat mengenai kemampuannya menghidupkan semula pelaburan swasta dan mencegah aliran wang haram sebanyak RM98 billion setahun memuncak, Perdana Menteri nampaknya lebih sibuk menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Ketua Pembangkang.

Laporan GFI sememangnya perlu diberi perhatian berat kerana kaedah dan data yang digunakan adalah benar dan diterimapakai di seluruh dunia. Kaedahnya adalah berdasarkan model Bank Dunia yang merujuk kepada perubahan di dalam hutang luar negara (melalui data Imbangan Pembayaran negara) untuk menentukan ketirisan wang dan modal yang tidak dilaporkan mengikut undang-undang. Ketirisan wang dan modal ini disembunyikan dari pihak berkuasa kerana ia selalunya bersabit sumber rasuah, kecurian dan pengelakan cukai. Model ini diterimapakai di seluruh dunia, maka kenyataan seorang Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa yang mempersoalkan kesahihan model ini menunjukkan kedangkalan beliau sendiri. Datanya pula adalah data rasmi yang diumumkan oleh Bank Negara Malaysia dari semasa ke semasa.

Oleh sebab itu, sepatutnya seorang Menteri Kewangan tidak akan tidur malam dengan pendedahan GFI itu, apatah lagi apabila statistik rasmi Bank Negara Malaysia sendiri menunjukkan angka negatif besar “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara yang telah berlanjutan sejak tahun 2005.

Statistik “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam Imbangan Pembayaran negara merujuk kepada angka pengimbang bagi mengambil kira anggaran statistik dan laporan aliran wang keluar masuk yang tidak dilaporkan sepenuhnya kepada Bank Negara Malaysia. Maka, angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” bermaksud sama ada aliran wang tunai keluar yang dilaporkan adalah lebih rendah dari aliran wang tunai keluar yang sebenarnya berlaku; atau aliran wang tunai masuk adalah lebih tinggi dari yang sebenarnya masuk (atau gabungan kedua-duanya).

Sejak 2005, Malaysia telah mencatatkan angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” yang besar di dalam Imbangan Pembayarannya seperti berikut:

Tahun

Angka negatif “Kesilapan dan Ketinggalan” dalam RM billion

2005

27.8

2006

27.4

2007

17.8

2008

29.9

2009

17.9

Sumber: Bank Negara Malaysia, November 2010

Jumlah keseluruhan kemungkinan aliran wang tunai keluar negara yang dilaporkan adalah lebih rendah dari yang sebenarnya berlaku bagi tahun 2005 hingga 2009 adalan RM120.8 billion seperti yang diakui oleh Bank Negara Malaysia sendiri. Statistik rasmi dari Kerajaan Malaysia ini selari dengan pendedahan laporan GFI mengenai jumlah aliran keluar wang haram yang mencecah puluhan billion ringgit setiap tahun.

Justeru, adalah lebih baik sekiranya Perdana Menteri menumpukan tenaganya memperbetulkan ekonomi negara dengan berbelanja secara berhemah dan bertindak segera ke atas pendedahan yang dibuat di dalam laporan GFI. Usahlah beliau menghabiskan wang negara mengunjungi negara-negara asing dan menyalahgunakan saluran diplomatik untuk menjaga tepi kain Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

Akhirnya, fitnah Umno/BN bahawa Pakatan Rakyat menggunakan saluran antarabangsa demi kepentingan politik tidak ubah seperti meludah ke langit terkena muka sendiri; apabila Presiden Umno/BN sendiri yang sibuk memohon simpati dan bantuan antarabangsa untuk berdepan dengan Pakatan Rakyat dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

MOHD RAFIZI RAMLI

PENGARAH STRATEGI

28 JANUARI 2011

Malaysian Insider digesa perbetulkan laporan mengelirukan

Kenyataan Akhbar

Laman berita the Malaysian Insider telah menyiarkan laporan berita bertajuk 'Muslim group with links to Anwar accused of terror connection, says CNN'.

Berita ini adalah berdasarkan laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu 'Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda' (laporan disertakan sebagai rujukan).

Laporan CNN tersebut jelas melaporkan bahawa pihak berkuasa Arab Saudi mula melakukan siasatan berikutan dakwaan oleh Perdana Menteri Dato' Seri Najib Razak bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim mendapat tajaan dana daripada dua orang putera raja Saudi.

Bagaimanapun, hasil siasatan mendapati dakwaan Dato' Sri Najib adalah tidak benardan tidak berasas.


'Laporan sulit yang didapati oleh CNN menyimpulkan: "Tidak wujud bukti mana-mana pegawai Saudi menyokong Anwar Ibrahim" dan "dakwaan sokongan daripada keluarga diraja Saudi yang dinamakan dalam laporan awal [nama diubah] didapati tidak berasas."'

Sebaliknya, dana Saudi didapati disalurkan kepada ahli politik dan aktivis Islam, di samping Taliban dan al-Qaeda berupaya mendapatkan dana dari Arab Saudi.

Tidak terdapat mana-mana perenggan dalam laporan CNN yang menyebut Anwar mempunyai kaitan dengan organisasi pengganas. The Malaysian Insider juga tidak mengemukakan sebarang bukti tentang percanggahan di dalam laporan tersebut.

Ini jelas membuktikan bahawa laporan TMI mengelirukan. KEADILAN menuntut TMI agar membuat pembetulan yang sewajarnya serta memohon maaf di atas kesilapan tersebut.

NIK NAZMI NIK AHMAD

Pengarah Komunikasi

Parti Keadilan Rakyat

Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim , Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan Dato' Dr. Siddiq Fadzil

Tajuk :
Maqasid Syariah dan Masyarakat Majmuk.

Pembicara:
1. Datuk Seri Anwar Ibrahim
2. Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang

3.
Dato' Dr Siddiq Fadzil

Fasilitator:
Dr Mohd Nor Manuty

Tarikh:
Ahad, 30 Januari, 2011

Masa :
900am - 100pm.

Tempat:
Auditorium Dewan Jubli Perak, Pej Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Shah Alam, Selangor.

Respons Anwar Ibrahim terhadap laporan CNN

Laporan Cable News Network (CNN) yang bertajuk “Saudis discover new funding channels for Taliban, al Qaeda” memperlihatkan ketakutan Dato’ Seri Najib untuk berhadapan Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Umum yang akan datang. Laporan CNN yang baru sahaja beredar beberapa jam lalu menyebut antara lainnya, Presiden Umno itu menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada Kerajaan Arab Saudi kerana terdapat dua Putera Arab Saudi yang menyokong dan membiyai saya untuk Pilihanraya Umum yang akan datang.

Laporan ini menyerlahkan ketakutan serta rekayasa Dato’ Seri Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang setiap hari berusaha membina dokongan rakyat terhadap usaha kami demi menyelamatkan Malaysia dari segala kepincangan yang disebabkan oleh kelemahan mentadbir pimpinan negara serta ketirisan akibat dari rasuah yang semakin membarah.

Kehadiran Buku Jingga, sebuah dokumen yang mengandungi hasrat serta saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari terus parah akibat kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno-BN, memunculkan rasa takut Dato’ Seri Najib. Beliau sedar dokumen tersebut mendobrak ilusi upaya pemulihan yang didendangkan Umno-BN kepada rakyat. Presiden Umno itu pastinya tahu rakyat tidak akan menerima bulat-bulat pengumuman demi pengumuman yang digarap semata-mata memenuhi maksud iklan.

Ketakutan ini malah membuat beliau enggan berdebat secara terbuka berkenaan kedudukan ekonomi negara dengan saya. Malah, Perdana Menteri tidak segan silu menyerang saya secara peribadi sedangkan hasrat debat terbuka itu semata-mata mahu menyampaikan maklumat yang tepat kepada rakyat Malaysia.

Saya tidaklah terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin Perubahan yang bakal melanda. Mereka sedar rakyat Malaysia sudah mulai
mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno-BN sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Media Arus Perdana Kelirukan Melayu, Bukan Melayu Kena Tempias- Asri

SHAH ALAM 27 JAN : Media arus perdana Malaysia yang berada di bawah kawalan pemerintah menjadi antara penyumbang masyarakat Melayu di negara ini terkeliru dengan ajaran Islam sebenar.

Bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin berkata, justeru tidak mustahil, bukan Islam juga turut menerima tempias daripada fahaman Islam yang dipengaruhi sentimen bangsa oleh pihak tertentu demi melunaskan agenda politik masing-masing.

"Kalau orang Melayu awam, mereka kadang-kadang faham Islam macam mana yang ditonjolkan oleh kehendak politik kebelakangan ini. Islam yang menimbulkan permusuhan, Islam yang menghalang orang bukan Islam itu memahami Islam dengan lebih mudah, Islam yang menghalang perpaduan, Islam seperti ini mereka dapat dari media.

"Isu-isu ini cuba dimainkan dan kerana ini mereka juga terikut-ikut dengan apa yang dibawa oleh media perdana dan media cetak umpamanya yang menyebabkan mereka mentafsirkan Islam dalam kerangka Melayu. Saya rasa mereka ini menjadi mangsa percaturan kehendak orang politik yang menggunakan Islam," jelas Dr Asri ketika dihubungi Tv Selangor.

Beliau merujuk laporan media arus perdana yang berunsur provokatif seperti yang menimpa Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching dan banyak lagi.

Media hari ini melaporkan, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai berkata, orang Melayu yang menolak Islam lebih teruk daripada bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan Lee dalam bukunya yang berjudul “Lee Kuan Yew: Hard Truths to Keep Singapore Going”.

Lee dalam tulisannya menyebut, ajaran Islam boleh menghalang integrasi dan pembangunan di negara republik itu.

Menjelaskan hal itu, Dr Asri berkata terdapat beberapa teori boleh diambil berhubung tanggapan Lee terhadap Islam.

"Mungkin Lee Kuan Yew memahami Islam sepertiman dia lihat fahaman Islam sesetengah pihak seperti di Malaysia yang cuba menonjolkan Islam yang lebih bersifat kemelayuan, bukan bersifat Islam sebenar," kata Dr Asri.

Sementara itu, Pengerusi Sekretariat Ulama Asia, Ustaz Ghani Shamsuddin berkata, apa yang disuarakan oleh Nik Aziz harus diambil diiktibar oleh masyarakat Melayu yang beragama Islam di negara ini.

Ujarnya, teguran yang dibuat oleh alim ulama seperti Nik Aziz haruslah dihormati dan dijadikan iktibar.

"Orang yang belum masuk Islam seperti Lee Kuan Yew, dia memang tidak mengerti bahawa Islam itu sepenuhnya adalah kebaikan. Islam itu adalah rahmat dan nikmat serta hadiah Allah kepada umat sejagat.

"Tetapi bagaimana dengan orang yang telah mengaku beriman tetapi mereka sendiri tidak mahu menjadikan Islam itu sebagai landasan perjuangan. Malah mereka mahu menguburkan Islam, mereka mahu mengalahkan Islam malah mencanggahi ajaran agama dan menolak para alim ulama," kata Ustaz Ghani.

Menurut Ustaz Ghani, amalan pemerintah hari ini yang mirip kepada corak nasionaslisme dan mengenepikan ajaran Islam, haruslah segera dihentikan.

Umno Tolak Islam, Soi Lek Takutkan Bukan Islam, Nik Aziz Kecewa

Labis 27 JAN : Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini melahirkan rasa dukacita dengan Umno kerana menolak Islam dan gagal memahami konsep Islam walaupun mengaku sebagai parti orang Islam.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan itu mempersoalkan tindakan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang meneruskan agenda untuk menakut-nakutkan pengundi bukan Islam di kawasan itu.

Sehingga kini MCA terus-menerus membangkitkan isu negara Islam dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.

"Dia tahu ke ajaran Islam? Macam mana dia boleh cakap benda yang dia tidak faham? Usah cakap MCA tapi Umno pun cakap tolak Islam, ini masalah kalau dia faham mustahil dia tolak Islam. Islam ini menyeluruh dan komprehensif.

"Saya duka cita kerana Umno tolak Islam. Kalau MCA tolak Islam tidak pelik. Sebab dia tidak faham (Islam), kalau MCA mempermainkan Islam tak apa sebab dia tak faham. Orang kalau bagi komputer pada orang kampung, mesti mereka tidak reti pakai. Habis rosak komputer itu. Kalau nak bagi mesti bagi pada anak orang kampung yang faham tentang komputer,” beliau berkata demikian ketika melawat Kampung Redong Labis bersama dengan Calon PAS DUN Tenang Normala Sudirman dan suaminya.

Beliau yang mesra dikenali sebagai 'Tok Guru' disambut dengan baik oleh penduduk kampung Redong itu dan menghabiskan masa lebih dua jam sebelum sempat menunaikan solat Zohor bersama penduduk kampung itu di Masjid Redong.

Nik Aziz turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada Normala untuk membantunya dalam kempen ini.

Dr Chua sebelum ini menegaskan, akan terus menyerang PAS dengan memberi amaran kepada pengundi-pengundi bahawa sokongan mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Bekas Menteri Kesihatan yang pernah terbabit dalam skandal video lucah itu berkata berkata meskipun DAP menjadi rakan komponen dalam Pakatan Rakyat parti itu tidak mampu menghalang PAS daripada meneruskan dasar negara Islamnya.

Menurut Nik Aziz, peluang PAS di Tenang bergantung kepada pilihan pengundi yang perlu bijak memilih yang terbaik dalam hidup mereka.

"Peluang terletak ke atas pengundi. Kalau nak kekal jahiliah atau terima Islam. Tolak Jahiliah ambillah Islam, Itu yang betul di dunia dan akhirat," jelasnya.

'Teman wanita' TKM S'wak dikait projek hospital

Sebuah lamanweb whistleblower, yang sebelum ini mendedahkan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya, kini mensasarkan seorang lagi pemimpin politik Sarawak dalam pendedahan terbarunya.

NONEMenurut Sarawak Report, Timbalan Ketua Menteri, Datuk George Chan telah memberi kontrak bernilai jutaan ringgit kepada Christina Foo, yang didakwa 'teman wanitanya', untuk membeli peralatan perubatan bagi sebuah hospital baru di Kota Samarahan, yang terletak kira-kira 20km di tenggara Kuching.

Dikatakan bahawa Trend-NIC, sebuah syarikat yang berkaitan dengan Foo, telah memperolehi sehingga RM40 juta daripada kontrak tersebut.

NONEHospital Jantung Kota Samarahan - setelah bertahun-tahun tergendala - telah dibuka secara rasmi oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ketika menghadiri majlis perkahwinan Taib di Kuching.

Pembinaan hospital tersebut diilhamkan oleh Chan lapan tahun lalu - ketika beliau menjadi menteri kesihatan negeri - sebagai pusat rawatan kanser swasta untuk memenuhi keperluan 'pelancongan kesihatan'.

NONEKos pembinaannya sebanyak RM473 juta dibiayai oleh Pusat Perubatan Antarabangsa, milik kerajaan negeri Sarawak. Bagaimanaun, ia berdepan dengan masalah, menyebabkan rakan kongsi projek tersebut menarik diri.

Projek tersebut kemudiannya diambil alih oleh kerajaan persekutuan tahun lalu dengan kos lebih daripada RM400 juta.

Kerja pembinaan hospital tersebut bermula pada 2003 dan dijadualkan siap pada 2006. Bagaimanapun, ia hanya siap tahun lalu.

Khamis, 27 Januari 2011

Will Tunisia Be the First Domino? In Egypt, too, protestors are laying waste to the mistaken notion that Arabs and Muslims are politically passive.

http://online.wsj.com/article/SB10001424052748703555804576102343246718046.html

By ANWAR IBRAHIM

Tunisians earlier this month forced their president out of office, marking the first popular revolution in an Arab country in modern history. The swiftness with which it came about should send a clear message to other autocracies and dictatorships in the Muslim world. The longevity of such regimes comes from their ability to suppress dissent with state-controlled organs, particularly the military. What Tunisia's example demonstrates is that when one of these organs malfunctions—as the security forces did when they failed to mobilize effectively—others, like the media and the judiciary, can fall rapidly as well. Could this be a Berlin Wall moment for the Middle East? Will other Arab states that employ the same modus operandi of political oppression also fall? In a 2005 address at the U.S.- Islamic World Forum in Doha, I argued that democratization would come to the Middle East sooner than most projected, and I criticized what I consider to be the U.S.'s "policy of selective ambivalence." While the Bush administration extolled the virtue of freedom in waging its war on terror, the U.S. remained closely allied with various countries that use blatantly repressive policies to stamp out civil society and subvert democracy. This ambivalence has not dissipated under the Obama administration. Despite Mr. Obama's historic speech in Cairo, where he specifically extolled representative government, this White House continues to work closely with a range of Middle Eastern autocrats. From the perspective of democrats in the region, this is because democratization will likely yield governments that tend to be less responsive to U.S. demands—particularly those governments regarded as Islamist. Consider Tunisia. Zine El Abidine Ben Ali would not have remained in power for 25 years had it not been for American support. The fact that this kleptocratic regime finally fell is a stark reminder that government built on the suppression of its citizens is temporary. We saw this in Iran in 1979 with the dramatic downfall of the Shah, and also in 1998 when Indonesians peacefully transitioned to democracy after three decades of military rule. The problems that plague the Arab world remain overwhelming: the concentration of wealth and power by the few over the many, poor infrastructure, primitive education systems, minimal health care, and decreasing incomes in the face of rising food prices and cost of living. Corruption and nepotism reign in the complete absence of accountability and transparency. It is a perfect recipe for political upheaval: political marginalization and economic impoverishment for the people and ill-gotten wealth for the ruling elite. It's a reality that can't be cloaked by propaganda—citizens can see the reality on YouTube and Facebook—though the leaders certainly try. Indeed, no Arab leader has owned up to any of these evils, other than by offering pious platitudes about improving the economic lot of their people. It would be foolhardy for governments in the region to regard Tunisia as an isolated case. The economic and political grievances that spawned the revolution are not unique to that country. One need only walk the streets of Cairo and Karachi, or roam the back lands in Algeria and Afghanistan, to see how grinding poverty and oppression can crush a person's dignity. Autocratic rulers accustomed to permanent sovereignty might consider changing their mindset. The Tunisian uprising was driven by a desire for freedom and justice, not by any particular ideology. The bogeyman of Islamism, the oft-cited scapegoat of Middle Eastern dictators to justify their tyranny, must therefore be reconsidered or junked altogether. The U.S., too, should learn a lesson about the myth that secular tyrants and dictators are its best bet against Islamists. Revolutions, be they secular or religious, are born of a universal desire for autonomy. The common thread that binds the Iranian revolution and the Tunisian upheaval is the rising discontent of the people after years of suffering under oppressive rule. Could Tunisia's revolution turn this winter of Arab discontent into a spring for Middle Eastern freedom? As Tunisia moves into the league of Middle Eastern democracies along with countries such as Turkey, for much of the rest of the Muslim world democracy remains elusive. Opposition groups in countries like Egypt have found a beacon of hope in Tunisians' struggle. Demonstrations in Cairo and throughout the region lay waste to the mistaken notion that Arab and Muslims are politically passive and prone to authoritarianism. But will they be given a fair chance? The Palestinians chose their own leaders through the ballot box, but the West changed the rules of engagement midway through the game. The fundamental lesson is clear: The U.S. must stop supporting tyrants and autocrats whether in the Middle East, Pakistan or Southeast Asia. Let this be a new dawn for democracy in the Arab and Muslim world.

Mr. Ibrahim, a former deputy prime minister of Malaysia, is a member of parliament for the Justice Party and leader of the opposition.

Analisa terhadap buku jingga PR: Isu inflasi dan pendapatan boleh guna


KPRU | Jan 26, 2011

Dalam konteks kecetekan pemahaman Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan terhadap konsep federalisme apabila beliau mencabar Kerajaan Pakatan Rakyat menurunkan harga barangan, dan usaha Pakatan Rakyat untuk mengurangkan subsidi korporat dan memindahkannya kepada subsidi rakyat terbanyak, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) ingin mengemukakan beberapa analisis terkini setelah meneliti Buku Jingga Pakatan Rakyat yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan boleh guna (disposable income) dalam kalangan rakyat khususnya dalam mengharungi suasana ekonomi domestik dan antarabangsa yang tidak menentu.

Yang berikut adalah salah satu analisa KPRU mengapa program Buku Jingga wajar dilaksanakan untuk meningkatkan pendapatan boleh guna rakyat terbanyak:

BEBAN INFLASI TIDAK TERKAWAL

Banyak pihak bersetuju bahawa Malaysia berdepan dengan masalah inflasi yang semakin menghimpit kehidupan harian rakyat. Jadual Indeks Harga Pengguna (IHP) dirujuk bagi membuat keputusan belian seseorang. Berikut ialah Jadual IHP yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia baru-baru ini;<1>

Jenis Barangan

Jan – Nov 2010 / 2009 (%)

Makanan dan Minuman Bukan Alkohol - 2.4
Minuman Alkohol dan Tembakau -3.7
Pakaian dan kasut - -1.4
Perumahan, Air, Elektrik, Gas dan Bahan api lain - 1.1
Hiasan, Perkakasan & Penyelenggaraan isi rumah - 0.7
Kesihatan - 1.6
Pengangkutan - 1.4
Komunikasi - -0.2
Perkhidmatan rekreasi dan kebudayaan - 1.7
Pendidikan - 1.7
Restoran dan hotel - 1.9
Pelbagai barangan dan perkhidmatan - 2.8

Berdasarkan statistik di atas, KPRU merumuskan bahawa berlaku peningkatan yang ketara dalam Makanan dan Minuman Bukan Alkohol (2.4%) sejak setahun lalu. Bebanan rakyat khususnya yang berpendapatan rendah dan miskin tidak terkawal dek menampung perbelanjaan makanan harian yang semakin meningkat. Buktinya, sub kumpulan Makanan dan Minuman Bukan Alkohol mencatatkan peningkatan harga drastik seperti beras, roti dan bijirin lain (0.9%), daging (2.9%), sayur-sayuran (8.1%), gula, jem, madu, coklat dan manisan (10.2%)<2> merupakan antara makanan-makanan yang kerap dibeli oleh rakyat dan dihidang di atas meja makan rumah.

Di luar Jadual IHP, kadar kenaikan harga cukup menggerunkan dan sering diabaikan oleh kerajaan yang memerintah dalam proses pembuatan dasar. Umpamanya, harga bawang merah yang biasanya dijual pada harga RM6 sekilogram meningkat berkali-kali ganda kepada RM13 sekilogram di Sarawak.<3> Manakala, dilaporkan bahawa harga minuman teh tarik meningkat sebanyak 10 sen mulai awal tahun ini.<4>

KPRU berpendapat, kerajaan melaksanakan skim kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah struktur ekonomi secara keseluruhannya. Timbul persoalan, apakah peruntukan Program Pengedaran Barang Perlu seperti minyak masak, gula, tepung, gas, petrol dan diesel sebanyak RM200 juta<5> sebagaimana yang disebut dalam Belanjawan Negara 2011 akan menjadi suatu lagi pembaziran wang rakyat?

Jelas, KPRU melihat kadar kenaikan harga yang berlaku di luar Jadual IHP adalah lebih pantas berbanding angka-angka purata yang dikumpulkan oleh Jabatan Statistik Malaysia dan mempersoalkan keberkesanan skim kawalan harga dalam menyelesaikan masalah.

NAIK HARGA BARANG, KEGAGALAN KERAJAAN MAKIN TERSERLAH

Kegagalan kerajaan dalam mengatasi kenaikan harga barang keperluan sentiasa terserlah setiapkali musim perayaan, lebih-lebih lagi apabila barangan dan perkhidmatan (e.g minyak masak) tersebut "dikawal" harga dan bekalannya tanpa penyelesaian jangka panjang.<6> Tambahan pula, harga siling yang dikenakan tidak jauh bezanya dengan harga pasaran.

Pengamatan KPRU mendapati selari dengan penjualan Transaksi PPB Group Berhad, sebuah syarikat pemprosesan gula yang dimiliki oleh Robert Kuok kepada Felda Global Ventures Sdn Bhd dengan nilai RM1.5 bilion pada bulan Januari 2010 telah menyaksikan kerajaan menaikkan harga gula pada masa yang sama.<7>

Sementara itu, limau Mandarin yang berharga RM28 sekotak mengalami kenaikan sebanyak RM4 - RM5 semenjak setahun lalu.<8> Harga bawang kecil pula dilaporkan meningkat dua kali ganda berbanding harga asal iaitu RM4-RM5 sekilogram kepada RM11 sekilogram.<9> Sempena perayaan Thaipusam, harga sebiji kelapa di Pulau Pinang telah naik kepada RM1.50 berbanding RM1.20.<10>

Kawalseliaan dan inflasi adalah produk kerajaan

Dalam hal ini, KPRU mempersoalkan pendekatan kerajaan dalam menangani isu berkenaan yang bersifat adhoc sahaja sambil memperuntukkan sejumlah peruntukan dan masa yang terbukti tidak berkesan. Contohnya seperti berikut dengan mengambil krisis kekurangan bekalan minyak masak bersubsidi:

* Belanjawan Negara 2011 memperuntukkan RM1 bilion untuk Skim Penstabilan Harga Minyak Masak (COSS) di bawah tanggungjawab Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi.<11> Jika benar, mengapakah wang tersebut tidak digunakan untuk "mengawal" harga minyak masak yang kini berdepan krisis kekurangan bekalan barangan kawalan itu di pasaran?
* Menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menangani krisis bekalan dan harga barang.<12> Jika benar, di manakah peranan dan keberkesanan Majlis Harga Barang Negara dalam isu ini? Di manakah dasar stok penimbal? Di manakah keberkesanan Akta Kawalan Bekalan 1961?
* Mengakui bahawa pembungkusan minyak masak bersubsidi adalah tidak menguntungkan. Ini adalah sebab mengapa Sime Darby menghentikan operasi pembungkusan minyak masak sekaligus didakwa pencetus krisis kekurangan bekalan minyak masak.<13> Jika benar ia merugikan, mengapa minyak masak itu terus diberi subsidi? Inilah kesan kawalan harga yang dinafikan oleh kerajaan sejak sekian lama di mana kekurangan bekalan akan tetap berlaku kerana reaksi Sime Darby terhadap dasar kawalan harga dalam jangka masa panjang (tidak menguntungkan) memaksanya untuk mengalihkan segala sumber-sumbernya kepada bentuk pengeluaran lain (menguntungkan) yang tidak dikawal oleh kerajaan.
* Menyarankan Lembaga Minyak Masak Sawit Malaysia (MPOB) agar memberikan lesen pembungkus dan pembekal minyak masak kepada koperasi kononnya ini dapat menyelesaikan masalah.<14>
* Ataupun, punca masalah disebabkan oleh syarikat kroni pemimpin politik sebagai pembekal minyak masak mengabaikan kuota bekalan kepada peruncit-peruncit tempatan yang ditetapkan kerajaan dan mengeksport minyak masak ke luar negara dengan harga yang lebih tinggi? Meskipun Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Ismail Sabri Yaakob menyatakan bekalan ditambah 14,000 tan metrik lagi kepada 84,000 tan metrik bulan Januari<15>, pihak peruncit menyatakan bekalan kepada mereka masih tidak berubah (baca sebagai: berkurangan) kerana pihak pembekal yang mempunyai hubungan rapat dengan pemimpin politik terus mengabaikan kuota tersebut atau mendakwa kerajaan telah menurunkan kuota tempatan.

Dengan mengambilkira kos yang diperuntukkan untuk mengawalselia harga dan tingkahlaku pasaran sudah cukup tinggi berbanding dengan kadar kenaikan kos inflasi yang dicatatkan selama ini. KPRU berpandangan bahawa kawalseliaan adalah sama seperti inflasi. Kedua-duanya adalah "produk" yang dihasilkan oleh kerajaan tanpa disedari oleh mana-mana pihak.

Dalam contoh di atas, kerajaan yang tidak berupaya "mengawal" tindakan pihak pembekal "terpaksa" menekan pihak peruncit dalam isu kekurangan minyak. Begitu juga, dalam isu kenaikan harga, kerajaan yang tidak berupaya "membetulkan" perjanjian dengan syarikat berkepentingan tertentu seperti IPP yang membebankan rakyat "terpaksa" memotong subsidi rakyat dengan naratif "rasionalisasi subsidi" yang cuba "mislead" rakyat berhubung keseluruhan isu ekonomi negara.

Oleh yang demikian, Pakatan Rakyat dinasihati agar tidak mengulangi kegagalan dasar kerajaan Barisan Nasional di masa akan datang.

NAIK CUKAI PERKHIDMATAN, KERAJAAN TETAP BELANJA BOROS

Sewaktu pembentangan Belanjawan Negara 2011, kerajaan telah meningkatkan kadar cukai perkhidmatan dari 5% kepada 6% ke atas:

* Semua perkhidmatan bercukai kecuali kad kredit dan kad caj.
* Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar.

Menurut Jabatan Kastam Malaysia, perkhidmatan bercukai yang ditakrifkan antaranya seperti berikut;

* Kumpulan hotel termasuk rumah rehat, homestay, resort, motel, perkhidmatan rumah urut, apartment yang melebihi 25 buah bilik.
* Kumpulan restoran di luar hotel yang mempunyai nilai jualan setahun melebihi RM3 juta.
* Kelab malam, dewan tari menari, cabaret, pusat kesihatan, dan rumah urut.
* Penyedia insurans yang berdaftar, misalnya semua jenis polisi insurans kepada semua pertubuhan perniagaan, dan perkhidmatan insurans yang dibayar oleh syarikat untuk kakitangan syarikat.
* Perkhidmatan telekomunikasi dalam bentuk telefon, faksimili, telefon selular, postpaid, prepaid dan talian tetap dan jalur lebar.

Kajian kes McDonalds

Seseorang yang berbelanja di restoran Pizza Hut, McDonalds, OldTown Kopitiam terpaksa membayar cukai perkhidmatan 6% berbanding 5% sebelumnya. Sekiranya begitu, restoran-restoran berkenaan juga dikatakan mempunyai nilai jualan tahunan sebanyak RM3 juta dan ke atas. Contohnya, jumlah bayaran yang dibuat di restoran McDonalds untuk sebelum dan selepas kenaikan kadar cukai perkhidmatan;

6% X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.30. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.90.
5% (Cukai perkhidmatan sebelum 2011) X RM21.60 (Nilai belian di McDonalds) = RM1.10. Jumlah bayaran kepada restoran tersebut adalah RM22.70.

Berdasarkan kepada pengiraan di atas, jelas menunjukkan berlaku kenaikan 20 sen dalam pembelian di restoran McDonald! Naik 1% bermakna pengguna terpaksa membayar 20 sen untuk nilai belian RM21.60 dan semakin tinggi nilai beliannya, semakin tinggilah nilai cukai perkhidmatan yang dikenakan yang akhirnya akan menjadi sebahagian statistik semasa jadual IHP.

Cukai tersembunyi

Tidak ramai rakyat yang mengetahui bahawa kesan negatifnya sekiranya cukai perkhidmatan ini dikenakan walaupun ia tertera dalam resit pembelian, namun berapa ramaikah yang menyimpan resit setiap kali pembelian dan membuat penjumlahan di akhir tahun? Berapakah jumlah cukai perkhidmatan yang dibayar oleh setiap individu kepada kerajaan setiap tahun? Dan berapa ramaikah yang mengetahui bahawa terdapat 37,028 premis perniagaan<16> seluruh negara yang berhak mengutip cukai perkhidmatan? Inilah perkara yang cuba disembunyikan oleh kerajaan dengan harapan rakyat terus bersikap pasif.

Ekonomi bawah tanah (underground economy)

Akibat daripada kelemahan kerajaan, tanpa mempunyai maklumat dan informasi cukai perkhidmatan yang sah, rakyat terus dibebani dengan para peniaga restoran yang mengambil kesempatan yang mengenakan cukai perkhidmatan pada kadar 5% hingga 10%. Menurut Gabungan Persatuan Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA), dari tahun 2008 sehingga Mac 2010, sejumlah 132 aduan pengguna telah diterima yang mendakwa telah dikenakan cukai perkhidmatan 5% - 10% tanpa kebenaran pihak berkuasa.<17> Ini sekaligus mengesahkan kewujudan aktiviti ekonomi bawah tanah (underground economy) yang berlaku kerana tiada penguatkuasaan undang-undang yang berkesan.

Hasil lumayan cukai perkhidmatan

Kenaikan mana-mana kadar cukai bukanlah suatu tindakan yang digemari rakyat apatah lagi pada kali ini, kerajaan turut memasukkan cukai perkhidmatan penyiaran televisyen berbayar dalam usaha menampung pendapatan negara. Pada Belanjawan 2010 lalu sahaja, kerajaan memperkenalkan cukai perkhidmatan kad kredit yang telah menjana pulangan hasil yang dianggarkan sebanyak RM331 juta setahun.<18> Dan kenaikan 1% cukai perkhidmatan juga akan memberikan pulangan hasil sebanyak RM680 juta<19> tanpa mengambil kira prospek pertumbuhan ekonomi pada tahun 2010 dan 2011. Berdasarkan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, hasil cukai perkhidmatan adalah berjumlah RM4.1 bilion, berbanding RM3.9 bilion pada tahun 2010.<20>

Kepada 3 juta pelanggan Astro seluruh negara misalnya, yang membayar yuran dalam lingkungan RM100 sebulan atau RM1,200 setahun, mereka terpaksa membayar tambahan sebanyak RM6 atau RM72 setahun sekiranya cukai perkhidmatan 6% dilaksanakan. Malah, Ernst & Young pula menganggarkan tambahan RM148 juta lagi akan dimasukkan ke dalam tabung perolehan kerajaan berdasarkan audit kewangan tahunan Astro 2009.<21>

Lebih daripada itu, kerajaan pasti menikmati kutipan hasil cukai perkhidmatan yang lumayan dengan penyenaraian stesen penyiaran televisyen berbayar seperti Astro dan pengecualian duti import untuk barangan-barangan berjenama seperti mana yang dibentangkan oleh kerajaan dalam Belanjawan Negara 2011. Menyedari lumayannya hasil cukai perkhidmatan, adakah mustahil kerajaan akan meningkatkan kadar yang lebih tinggi di masa akan datang?

Kesimpulan

Apa yang lebih mengecewakan adalah sikap kerajaan yang boros berbelanja dan menguruskan wang rakyat dengan tidak bertanggungjawab adalah perkara yang harus ditangani terlebih dahulu sebelum bertindak menaikkan kadar cukai. Perkara ini samalah seperti menarik wang subsidi minyak berjumlah RM750 juta dan berbelanja RM900 juta sebagai bonus untuk tujuan politik.<22>

KPRU sentiasa berharap dengan mengurangkan kos pengawalseliaan akibat masalah struktur ekonomi negara, dana tersebut dapat disalurkan dan dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat terbanyak. Apabila peningkatan gaji tidak sejajar dengan peningkatan tekanan hidup, rakyat memerlukan pendapatan boleh guna yang lebih banyak. Kenaikan harga dan inflasi merupakan salah satu masalah yang membebankan rakyat terbanyak dalam hal ini. Identifikasi masalah dan punca-punca masalah oleh KPRU dalam laporan ini menyokong pelaksanaan program Buku Jingga agar pendapatan boleh guna rakyat terbanyak dapat ditingkatkan.

Nota
<1> Jabatan Statitistik Malaysia, Consumer price Index Malaysia November 2010(Updated 22/12/10)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view=article&id=657:consumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-& catid=39:consumer-price-index-malaysia&Itemid=61〈=en
<2> Jabatan Statitistik Malaysia, Consumer price Index Malaysia November 2010(Updated 22/12/10)
http://www.statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_conten
t&view=article&id=657:consumer-price-index-malaysia-november-2010-updated-22122010-&catid=39:consumer-price-index-malaysia& Itemid=61〈=en
<3> MySarawak, Harga bawang melambung
http://www.mysarawak.org/2011/01/10/harga-bawang-melambung.html
<4> Malay Mail, Teh tarik up to 10 sen?
http://www.mmail.com.my/content/58398-teh-tarik-10-sen
<5> Ucapan Belanjawan 2011, m.s 52
<6> Utusan Malaysia, Kelemahan Kementerian
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0105&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm
<7> The Edge Weekly, PPB Group – Felda deal shifts control of sugar trade to government, page 14
<8> The Malaysian Insider, Fewer mandarin oranges in the market this year
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/fewer-mandarin-oranges-in-the-market-this-year/
<9> Utusan Malaysia, Harga bawang naik dua kali ganda
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0104&pub=Utusan_Malaysia&sec=Utara&pg=wu_02.htm
<10> Selangor Kini, Harga kelapa naik 30 sen akibat kekurangan bekalan
http://www.selangorkini.com.my/my/berita/25703
<11> Anggaran Perbelanjaan 2011, m.s 234
<12> Utusan Malaysia, Jawatankuasa khas tangani krisis bekalan, harga barang
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0115&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_11.htm
<13> Utusan Malaysia, Sime Darby didakwa punca bekalan minyak masak kurang?
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_14.htm
<14> Utusan Malaysia, MPOB disaran beri lesen kepada koperasi
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0110&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_10.htm
<15> http://www.malaysiakini.com/news/153038
<16> News Strait Times, To pay or not service tax
http://www.nst.com.my/nst/articles/3CCK-2/Article/
<17> News Strait Times, To pay or not service tax
http://www.nst.com.my/nst/articles/3CCK-2/Article/
<18> Laporan Ekonomi 2010 /2011, m.s 108
<19> The Star, How 2011 Budgets broaden the tax base
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/18/business/7245499&sec=business
<20> Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2011, m.s 17
<21> The Star, Higher viewing cost for Astro subscribers
http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/10/19/business/7248746&sec=business
<22> Harakahdaily, Apa rasional Najib tarik subsidi, beri bonus
http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=28462:apa-rasional-najib-tarik-subsidi-beri-bonus&catid=1:utama&Itemid=50

*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada rakyat Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.

KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

KPRU merupakan institusi pertama yang melibatkan diri dalam kajian parlimen dan menyokong reformasi parlimen. KPRU mengutamakan isu belanjawan tahunan negara, rancangan jangka panjang, demokrasi parlimen dan lain-lain. Untuk mencapai matlamat tersebut, KPRU bekerjasama secara rapat dengan agensi kerajaan, parti politik, pertubuhan antarabangsa dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk memberikan khidmat nasihat strategik, program pengunjungan spesifik dan menghasilkan dasar yang berasaskan fakta.

Hudud Bukan Agenda Utama PR

LABIS 26 JAN: PAS menegaskan bahawa hukum Hudud dan negara Islam yang menjadi pegangan parti itu bukan menjadi agenda utama dalam dasar Pakatan Rakyat.

Perkara itu dijelaskan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali pada sidang media di Bilik Gerakan PAS, Labis pagi tadi.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata dasar yang dipegang Pakatan Rakyat meliputi keseluruhan baik dari aspek agama, ekonomi dan sosial.

Justeru katanya, PAS tidak sewenang-wenangnya melaksanakan Hudud tanpa mengambilkira pra-syarat yang ditetapkan walaupun menguasai majoriti satu pertiga di Parlimen.

"Tetapi dalam Pakatan Rakyat, Hudud bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat. Rujuk Buku Jingga. Ini dasar bersama kita," jelas beliau.

Menurut Mustapha, mana-mana negara yang mahu melaksankan hukum Hudud perlu ada pra-syarat dan sekiranya itu tidak dapat diperolehi maka tidak sah mana-mana individu dikenakan hukuman.

Antara prasyarat lain yang perlu dilihat menurut beliau adalah gaji minumum yang menentukan perlaksanaan hukum Hudud dengan mengambilkira taraf ekonomi individu yang melakukan kesalahan.

Tambah Mustapha, sekiranya hukum itu dilaksanakan tanpa berpegang kepada prinsip keadilan maka pemeritah perlu dipersalahkan.

Syarat-syarat itu mesti ada keadilan ekonomi yang mesti berlaku dulu. Tanpanya ini tidak akan dilaksana walaupun undang-undang ada. Ini adalah kaedahnya.

"Ia mesti ada pekerjaan penuh. Kalau rakyat tidak ada kerja dan dia mencuri. Itu tidak boleh dilaksanakan. Salah jika pemerintah berbuat demikian," katanya lagi.

Menurutnya, penjelasan yang tidak khusus menimbulkan kekeliruan rakyat justeru diambil kesempatan oleh Umno-Barisan Nasional kerana tidak mampu mendekati hati penduduk mengakibatkan kempen tertumpu kepada politik perkauman di daerah Tenang.

Beliau berkata demikian mengulas pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek yang membangkitkan isu negara Islam untuk menyerang PAS dalam kempen pilihan raya kecil kawasan itu.

Chua dipetik sebagai berkata jika sokongan pengundi-pengundi diberikan kepada PAS, mereka hanya akan memperkukuh kedudukan parti Islam itu dalam Pakatan Rakyat.

Justeru Mustapha meminta supaya Umno-Barisan Nasional menghentikan politik perkauman kerana dikhuatiri akan mewujudkan suasana kurang senang dalam masyarakat berbilang kau "Sebab itu saya jelaskan supaya BN menghentikan politik perkauman. Tidak bagus bagi masyarakat majmuk," kata beliau lagi.- TV Selangor

Pindaan Akta Cetak : Arus Gelap Media Online Agenda Rejim Najib-Rosmah

Saya ingin ingatkan sewaktu ucapan DS Najib Razak dalam Perhimpunan UMNO tahun lalu bahawa dengan apa cara dan daya walau dengan nyawa akan mempertahankan Putrajaya dari dirampas . Ini bermakna dengan apa jua cara dan tindakan , DS Najib akan lakukan apa sahaja walaupun dengan taktik dan startegi yang paling 'najis' sekali pun . Bagi saya ini adalah langkah yang diambil oleh DS Najib Razak dengan mengekang dan mengawal media online yang dilihat mampu menjana sokongan kepada Pakatan Rakyat .

Tindakan kerajaan Rejim Najib - Rosmah semakin keterlaluan apabila
bertindak melalui Kementerian Dalam Negeri (KDN) meminda Akta Penerbitan dan Pencetakan 1984 (PPPA) . Satu tindakan yang melampau dan bacul kerajaan yang takut dengan bayang - bayang sehingga sanggup untuk bertindak terhadap kebebasan media . Tindakan tersebut adalah tujuan mengawal kandungan Internet termasuk laman berita, blog dan Facebook.

Saya melihat betapa takutnya kerajaan Rejim Najib - Rosmah terhadap media online sehingga mengambil sikap secara autokratik meminda PPPA agar segala penyaluran maklumat dapat dikekang dikalangan rakyat . Sikap dan tindakan melampau ini memberikan gambaran sikap bacul dan takut UMNO / BN untuk berdepan dengan realiti politik .

Penguatkuasaan pindaan akta tersebut sudah pasti akan menyekat hak dan kebebasan rakyat bagi memperolehi maklumat daripada media online . Agenda ini sebenarnya bagi saya adalah bermotifkan politik bagi tujuan mengekang momentum Pakatan Rakyat ( PR ) . Agar rakyat tidak dapat mengakses informasi yang sebenarnya yang lebih telus dan terkini berbanding media yang dipengaruhi dan dikuasai oleh UMNO / BN yang berat sebelah , pembohong dan pemfitnah .

Sudah pasti media online yang dilihat pro PR akan menjadi sasaran penguatkuasaan undang-undang apabila akta ini diluluskan . Media online akan berdepan " arus gelap" dan penafian kebebasan media . Laman web dan blog yang mengkritik kerajaan adalah sasaran mereka serta termasuk para pengguna laman sosial seperti facebook akan berdepan dengan akta tersebut .


Besar kemungkinan cadangan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 jika diluluskan akan menyaksikan media online juga diheret sama dan diwajibkan memohon untuk mendapatkan lesen.Bukankah nanti media online yang Pro PR akan bakal dinafikan hak untuk mendapatkan lesen atau akan ditarik atau dibatalkan permit atau lesen mereka sepertimana yang berlaku kepada Suara Keadilan atau termasuk penangkapan blogger, serbuan polis ke atas Malaysiakini pada tahun 2003 dan penutupan Malaysia Today .

Nazri Aziz , Menteri Jabatan Perdana Menteri juga berkata, garis panduan itu antaranya akan merangkumi peruntukan dalam Kanun Keseksaan, Akta Hasutan 1948, Akta Penapisan Filem 2001, Akta Penerbitan dan Mesin Cetak 1984.Ia juga akan merangkumi peruntukan dalam Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960.Satu penggunaan undang-undang secara total bagi menyekat suara dan kebebasan media dan rakyat .

Ketakutan UMNO / BN terutama Rejim Najib - Rosmah terhadap media online begitu ketara dan tidak mampu dibendung lagi . Ramai pengamal media menganggap tindakan drastik kerajaan ini adalah lebih teruk daripada Dr. Mahathir serta untuk terus mengawal kebebasan media di negara .

Baru-baru ini, Menteri Dalam Negeri , Hishammuddin Hussein mengumumkan garispanduan tersebut sedang disiapkan untuk menangani peningkatkan kes-kes hasutan dan fitnah yang membabitkan media online dan laman sosial. Kenyataan tersebut secara jelas membuktikan sikap sebenar kerajaan bukan kepada memfokuskan kepada unsur-unsur keselamatan negara tetapi adalah bersifat kepentingan politik UMNO / BN .

Kebimbangan Rejim Najib - Rosmah sebenarnya terhadap media online yang dilihat akan mampu menghasut rakyat untuk menolak UMNO / BN dalam PRU 13 nanti . Segala informasi oleh media online terhadap kritikan kepada mereka akan dilihat sebagai fitnah dan akan menggunakan akta tersebut bagi mengambil tindakan penguatkuasaan undang-undang . Rejim Najib - Rosmah sudah semakin terdesak dan gambaran PRU 13 cukup semakin hampir .


Rakyat harus bangkit menentang tindakan pindaan akta yang akan dibentangkan dalam Parlimen nanti .

UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !

Rabu, 26 Januari 2011

TOLAK BERDEBAT : AHMAD MASLAN TAKUT PEKONG TERBONGKAR !

Datuk Ahmad Maslan , Ketua Penerangan UMNO telah mengambil sikap yang sama seperti bosnya DS Najib Razak menolak cabaran debat oleh Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda. Tindakan Ahmad Maslan benar-benar di lihat DAYUS apabila cabaran tersebut ditolak .

Saya yakin dan percaya Ahmad Maslan tidak sanggup untuk berdebat dengan Mazlan Aliman berkaitan isu Peneroka Felda kerana kebimbingan akan membuka pekong hanyir UMNO dan Pengurusan Felda dalam menginaya dan menzalimi para peneroka Felda . Pelbagai persoalan dan tuduhan yang di buat oleh ANAK yang perlu dijawab secara terbuka oleh Ahmad Maslan .

Ahmad Maslan sebaliknya mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden ANAK itu. Kenapa harus berdialog secara tertutup ? Sedang isu yang diutarakan oleh ANAK perlu dijawab dan diketahui oleh seluruh warga Felda termasuk generasi ke dua dan ketiga FELDA . Malah semua 20 perkara tersebut telah menjadi perkara umum dan perlu diperjelaskan .

ANAK menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda. Dan cabaran sekali lagi dibuat oleh ANAK kepada Ahmad Maslan .

PRK Dun Tenang adalah platform terbaik untuk Ahmad Maslan dan ANAK . Kerana DUN Tenang mempunyai beberapa buah rancangan Felda , warga FELDA perlu diperjelaskan isu-isu tersebut . Kena harus bersikap dayus dan bacul ?

Ahmad Maslan dalam Buletin TV3 tadi menyatakan bahawa tiada penipuan , penyelewengan dan pembohongan dan mereka bukannya penipu , tidak melakukan penyelewengan dan dan tidak berbohong kepada peneroka Felda . Justeru , kenapa mengambil sikap menolak pedebatan tersebut ?

Terlalu banyak pekong , hanyir dan bangkai busuk yang cuba ditutup oleh Ahmad Maslan dan UMNO yang selama ini melakukan pelbagai penipuan , penyelewengan dan pembohongan terhadap para peneroka FELDA . FELDA dan UMNO seolah-olah menjadi 'lintah darat' yang menghisap 'darah warga FELDA' .

Kepada Jawatankuasa Bertindak Generasi Kedua FELDA tidak perlu hendeak menyibuk , kerana cabaran debat ini hanya khusus kepada Ahmad Maslan . Kerana persoalan Felda ini hanya layak dijawab oleh Ahmad Maslan sebagai MENTERI . Yang pasti Ahmad Maslan DAYUS dan PENAKUT !

UBAH SEKARANG , SELAMATKAN MALAYSIA !


*** saya pernah bertugas sebagai guru selama 5 tahun di Felda Palong , Jempol , Negeri Sembilan . Mengenali dan memahami penginayaan warga FELDA oleh UMNO dan FELDA .