klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 15 Februari 2011

SYABAS saman Khalid, MP


Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyaman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua ekoran kenyataan mereka terhadap konsesi itu. Menurut Khalid, setelah menerima dokumen saman itu, mereka memberikan arahan kepada peguam masing-masing untuk menyediakan pembelaan. Beliau diwakili Edmund Bon dan Tony pula diawakili peguam Gobind Singh Deo.

Bagaimanapun, kata tambah Khalid, saman itu tidak mengubah pendirian mereka terhadap isu Tabung Budi yang menjadi pertikaian. "SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-penguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma," katanya.

Dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, tindakan SYABAS menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi air belum selesai, menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niatnya.

Sementara itu, menteri besar juga berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan pegawal selia air menulis surat kepada SYABAS untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh individu yang terlibat dan bukan oleh syarikat.

Katanya,syarikat tidak perlu dibelengu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor. - malaysiakini

laporan fitnah dalam Utusan Malaysia : Pulau Pinang saman ADUN Pulau Betong


Kerajaan Pulau Pinang akan menyaman ADUN Pulau Betong Muhammad Farid Saad dan Utusan Malaysia ekoran laporan yang mendakwa kerajaan negeri mengedarkan risalah yang memperlekeh sumbangan Melayu di Balik Pulau. Untuk tujuan itu, ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, syarikat guaman Karpal Singh & Co akan dilantik bagi menguruskan saman ekoran kenyataan berhubung risalah “My Balik Pulau” yang dimuat dalam akhbar pada 2 Februari lalu itu.

"Utusan Malaysia telah terus mangadu-dombakan isu ini dengan laporan susulan pada hari berikutnya yang berbentuk menghasut sentimen perkauman terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang mahukan pinggirkan sumbangan orang Melayu. "Umno, Farid dan Utusan Malaysia telah meludah ke langit kerana yang keluarkan risalah “My Balik Pulau” tidak lain, tidak bukan adalah kerajaan BN negeri yang lama," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini, Lim berkata, walaupun kerajaan negeri sudah menjelaskan perkara itu dan meminta ADUN Umno itu meminta maaf, beliau masih enggan berbuat demikian. Malah, kata Lim, Utusan Malaysia meneruskan laporan yang terus membuat dakwaan itu, mesyuarat exco, dengan nasihat penasihat undang-undang negeri membuat keputusan untuk memfailkan saman malu terhadap kedua-dua pihak berkenaan. - malaysiakini

SEKIRA NAJIB TUMBANG , PASTI ISRAEL KEHILANG SEKUTU RAPAT DI MALAYSIA !

Oleh Suara Keadilan

mubarak3Kemenangan rakyat dilaungkan apabila Hosni Mubarak diisytiharkan telah meletakkan jawatannya sebagai Presiden Mesir. Hal ini telah mendapat perhatian dunia kerana keegoan Mubarak pada awalnya untuk bertahan sehingga sesi pemilihan presiden yang akan datang bulan September ini. Mubarak selama 30 tahun memerintah Mesir secara diktator dibenci oleh rakyat yang sudah tidak dapat menahan kesabaran yang terpendam.

Berundurnya Mubarak yang dikatakan sebagai antara anak emas Amerika Syarikat dan Zionis Israel, menggembirakan seluruh rakyat Mesir dan juga umat Islam seluruh pelusuk dunia. Kemenangan rakyat Mesir yang berbelas-belas hari berkumpul di Dataran Tahrir dan menyaksikan beratus-ratus kematian tidak sia-sia. Perarakan kemuncak pada hari Jumaat ke Istana Presiden yang menjadi tempat larangan berkurun-kurun akhirnya menamatkan keperitan.

Uniknya perhimpunan ini tidak didalangi oleh mana-mana kumpulan atau parti politik. Atas kesedaran yang tinggi, setelah berpuluh-puluh tahun hidup dalam kegelapan, rakyat sendiri yang bangkit rentetan kebangkitan rakyat Tunisia.

Parti pembangkang di Mesir antaranya didokong oleh Ikhwanul Muslimin (IM). Kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada IM sangat tinggi dek kerana kekuatan dalaman dan luaran IM yang sangat hebat. Figura-figura IM tidak dapat dinafikan lagi. Harapan yang diberikan oleh rakyat sangat tinggi untuk membawa perubahan paradigma kepada Mesir. Istilah negara Firaun mesti dihapuskan, biarlah Bumi Anbiya yang menjadi gelaran.

Namun, dalam kegembiraan kejatuhan Hosni Mubarak masih wujud kemusykilan yang menjadi persoalan. Apakah benar Hosni Mubarak jatuh? Apakah ada perancangan lain di sebaliknya? Bukan tidak mempercayai apa yang berlaku di hadapan mata, tetapi permainan Zionis bermacam-macam.

Andai kata, Hosni Mubarak berundur dengan selesa maka kita ditipu hidup-hidup. Kebarangkalian untuk Mubarak meninggalkan kader-kadernya sangat tinggi. Tidak mustahil untuk anak didiknya meneruskan pemerintahan Firaun ini. Perancangan musuh sangat tidak dijangkakan. Kejatuhan pun boleh dijadikan kemenangan mereka.

Persoalan tersebut bukanlah untuk mengikis semangat dan keyakinan yang tinggi terhadap kemenangan, kerana kemenangan itu pasti. Islam sudah dijamin kemenangannya. Cumanya, pelbagai persediaan kelengkapan yang perlu kita usahakan. Yakinlah Islam pasti menang.

Semoga dengan berita gembira ini, dapat mencetus rasa semangat yang berdasarkan kefahaman yang nyata dan jelas untuk meneruskan perjuangan Islam khususnya di Malaysia. Selagi rejim Zionis-Malaysia masih bertapak di tanah air tercinta ini, selagi itulah gerak kerja bersungguh-sungguh mesti kita padukan. Allah tidak melihat pada hasilnya kerana menang itu sudah pasti, tetapi Allah menilai kita pada usaha yang bersungguh-sungguh dan terancang. Yakinlah Allah bersama-sama pejuang Islam. Allahuakbar!

WE UNITE FOR ISLAM

Muhammad Hafizuddin Muhamed Noor
Mahasiswa UIAM

PENDERHAKA INSTITUSI RAJA IALAH UMNO

Shuhaimi Kemuka Bukti Kukuh Umno Khianat, Hina Raja-Raja Melayu
Oleh Suara Keadilan

SS8Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera. Terima kasih Yang Berhormat Tuan Speaker kerana memberikan ruang kepada saya terlibat sama-sama membahaskan Rang Undang-Undang yang dibentangkan di Dewan yang mulia ini pada hari ini.

Tetapi sebelum itu saya memohon untuk diberikan sedikit masa memandangkan hampir dua tiga minggu kebelakangan ini saya tidak mempunyai forum yang cukup untuk membalas hujah-hujah dangkal yang dikemukakan oleh Awang Selamat [Mingguan Malaysia] yang sudah semestinya oleh UMNO dan juga Barisan Nasional.

Pada hari ini Dewan yang mulia kita terpaksa membahaskan Rang Undang-undang pindaan ini, yang mana ianya adalah disebabkan oleh kesilapan yang telah dilakukan oleh pemerintah di zaman Barisan Nasional. Yang mana saya melihat oleh sebab mereka ini ingin mengampu pimpinan-pimpinan mereka di peringkat pusat, akhirnya mereka telah bertindak mengorbankan kuasa DYMM Sultan Selangor dan juga Kerajaan negeri.

Sebelum tahun 1993 Fasal 1 perkara 52 Undang-Undang Tubuh yang pada asalnya dengan jelas memberikan kuasa kepada DYMM Sultan Selangor bagi membuat pelantikan-pelantikan ke jawatan-jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-Undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Fasal 1 yang asal sebagaimana yang dinyatakan dalam Rang Undang-Undang Pindaan ini jelas memperlihatkan melibatkan kepada semua yang berkaitan, iaitu DYMM Sultan Selangor, YAB. Dato' Menteri Besar Selangor dan juga Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan yakni Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, tidak ada satu pun pihak dalam pelantikan ini yang dikesampingkan.

Kita harus melihat kembali senario yang berlaku pada tahun 1993, yang mengakibatkan pindaan ke atas fasal 1 perkara 52 dibuat, pada ketika itu yang menjadi persoalan ialah berkenaan dengan kekebalan Raja-Raja dari tindakan undang-undang atas kapasiti peribadi Baginda seperti mana telah disebutkan oleh Yang Berhormat Hulu Kelang tadi, ianya bukan kerana dengan kuasa Raja-Raja tetapi oleh sebab Barisan Nasional, UMNO di Selangor ingin menunjukkan taat setia yang melampau kepada kepimpinan mereka di peringkat pusat maka mereka bertindak lebih jauh dengan meminda undang-undang tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959.

lni sejarah yang dicatatkan, akibatnya kuasa DYMM Sultan dimansuhkan dan menafikan peranan pihak Kerajaan Negeri dalam perkara berkaitan pelantikan tiga pegawai-pegawai utama perkhidmatan awam negeri ini. Jelas di sini mereka terkeliru dengan pindaan di peringkat Persekutuan yang hanya menyentuh kekebalan Raja-Raja Melayu tetapi mereka terlajak menyentuh sehingga ke peringkat membuang kuasa Raja-Raja Melayu.
lni telah mengakibatkan kita di Negeri Selangor ini tiada peranan dalam urusan pelantikan pegawai-pegawai kerajaan kita sendiri ini juga jelas dinyatakan oleh Ketua Setiausaha Negara, yang nyatakan pelantikan tiga pelantikan pegawai ini adalah di dalam bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam tanpa perlu mendapat persetujuan ataupun pandangan Kerajaan negeri.

Cara pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor baru-baru ini jelas memperlihatkan keegoan, kesombongan dan kebiadaban Kerajaan Pusat dalam urusannya dengan kerajaan-kerajaan negeri terutamanya dengan kerajaan negeri pakatan rakyat di Negeri Selangor.

Tambah memeranjatkan terdapat segelintir daripada anggota perkhidmatan awam di Negeri ini yang sanggup menjadi budak-budak politik mereka di Putrajaya, sedangkan mereka seharusnya bersifat secara profesional, bebas, berkecuali dan setia kepada Kerajaan yang memerintah [dengan izin] mengikut government of the date Kerajaan yang pemerintah pada hari ini. Di sinilah watak-watak si kitol dan juga Raja Mandelia terdedah dan terlihat dengan jelas.

Yang menjadi persoalan kita ialah mengapa? Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar tidak dirundingi, dimaklumi, dan dihormati di atas pelantikan YB. Setiausaha Kerajaan ini. Apa yang jelas akibat daripada tindakan dan mainan politik oleh pihak-pihak yang berkepentingan, Politik di Putrajaya yang menerima kesannya adalah Kerajaan negeri dan juga rakyat yang terbanyak di Negeri Selangor.

Kita pada hari ini dipaksakan tanpa kerelaan menerima seorang Setiausaha yang kemampuannya, saya tidak mahu sentuh sangat panjang lebar mengenai hal ini, kerana kita mempunyai adab dan sopan tetapi saya nak beritahu bahawa keraguannya diragui, banyak pihak yang meragui, yang mempertikaikan tentang kelayakan dari kemampuannya untuk membantu menguruskan Kerajaan Negeri.

Bahkan saya difahamkan dalam senarai awal untuk calon-calon daripada Kerajaan negeri pun tidak berada dalam kedudukan yang baik dan dalam senarai Putrajaya pula kedudukan nama ini adalah di peringkat kedudukan yang terakhir.

Tetapi oleh sebab adanya permainan politik di peringkat Putrajaya maka orang kerdil dan tidak cekap inilah yang menjadi pilihan di Putrajaya, soalannya mengapa?.. Sebabnya jelas Putrajaya memerlukan seseorang yang sanggup menjadi budak suruhan mereka bagi mengucar-ngacirkan Kerajaan Negeri Selangor yang diterajui oleh Kerajaan Pakatan.

Tuan politik mereka memberi imbuhan kenaikan pangkat, kepada mereka yang sanggup menjadi budak suruhan bukanlah perkara baru dalam perkhidmatan awam di Negeri ini, contohnya Ketua Setiausaha Negara sekarang ini, beliau sendiri adalah menjadi budak suruhan kepada seseorang, kita tidak lupa bagaimana beliau pada satu ketika dahulu adalah merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri kemudian Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan lndustri, sanggup menjadi galang ganti kepada tuan politiknya, iaitu Ratu AP Malaysia, YB Rafidah Aziz daripada Kuala Kangsar, skandal AP yang heboh, satu ketika dahulu sehingga dikecam hebat oleh Ahli-Ahli parlimen daripada Barisan Nasional sendiri, menyaksikan beliau yang menjawabnya, sedangkan Ratu AP Rafidah Aziz yang menjadi Menteri yang bertanggungjawab cuba mengelak dengan pergi ke dalam pelbagai misi-misi lawatan di luar negara.

Akibat dari kesanggupan menjadi pak sanggup dan budak suruhan kepada Ratu AP, maka Tan Sri Sidek Hasan ini akhirnya, mendapat imbuhan kenaikan pangkat menjadi Ketua Setiausaha Negara, walaupun pada masa itu, terdapat ramai lagi pegawai-pegawai kanan yang layak dan lebih kompeten daripada beliau.

Jelas di sini yang dicari bukanlah keupayaan, dan juga bakat tetapi kesanggupan menjadi budak suruhan kepada tuan-tuan politik. Mengenai, Tan Sri Sidek ini beliau memang terkenal dengan slogan NIKE kasut bola tu, slogan NIKE just do it, atau buat sahaja dan ini pernah mendapat teguran daripada Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional, kawasan Johor Bahru, YB Dato' Shahrir Samad yang menegur beliau supaya tidak buat sahaja, tetapi lihat sama ada perkara itu boleh dilaksanakan ataupun tidak, perangai yang buat sahajalah, pada pandangan saya telah mengakibatkan perkara di Selangor berlaku sekarang ini.

Semangat federalisma dan semangat undang-undang tubuh, dilanggar dan dipijak-pijak si pak sanggup kepada Ratu AP Rafidah Aziz ini buat sahaja pelantikan SUK tanpa adap dan sopan apatah lagi untuk berlanya dan mendapat pandangan Ketua Kerajaan Negeri Selangor YAB. Dato' Menteri Besar.

Pindaan yang dibincangkan di dalam dewan yang mulia ini, saya yakin akan dapat mengembalikan semula, kuasa DYMM Sultan Selangor dan Kerajaan negeri dalam pelantikan pegawai-pegawai utama di negeri Selangor, ianya juga akan dapat menyelamatkan

Ia juga akan dapat menyelamatkan kita dari terpaksa bekerja dengan mereka-mereka yang dihantar oleh Putrajaya pada masa-masa hadapan tidak kira siapa pun di Putrajaya. Urusan negeri biarlah negeri yang mengendalikannya. Saya tidak pernah mempunyai masalah peribadi yang besar dengan Yang Berbahagia Dato' Setiausaha Kerajaan Negeri sekarang, kalau ada pun hanya sedikit sahaja masalah yang diistilahkan sebagai satu masalah teknikal yang mana yang ini saya tidak berhasrat untuk sebutkan di dalam sidang Dewan tetapi saya akan menceritakan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor apabila diperkenankan untuk menghadap ke bawah Mulia Tuanku. D

Dalam kita membicarakan isu pelantikan ini terdapat juak-juak dan juga batu api yang cuba melaga-lagakan antara kerajaan negeri dan juga pihak istana. Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar dan Kepimpinan Kerajaan Negeri dituduh sebagai penderhaka oleh Awang Selamat daripada Mingguan Malaysia, oleh UMNO, oleh pendukung-pendukung UMNO dan PERKASA yang mana mereka menggambarkan seolah-olah kita Kerajaan Pakatan Rakyat ini tidak menghormati pihak lstana.

Saya sendiri difitnah dengan buruk oleh juak-juak puak-puak ini. Kalau kita perhatikan kepada apa yang saya sebut yang saya tulis dalam blog itu pagi tadi yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, saya fikir, saya tidak beliau membaca apa yang saya tulis dengan panjang lebar kerana kalau beliau baca, Ketua Pembangkang baca beliau tidak akan berani berkata pun sebut perkataan biadab kepada saya. lnilah masalahnya ketua pembangkang kita di Selangor, ada gelaran Doktor tetapi saya tak fikir internet pun beliau tak mampu nak buka. ltu sebabnya beliau tak baca.

Kalau dibaca secara ilmiah ia akan menjadi satu ilmu yang boleh kita kongsi bersama. Tetapi kalau kita baca mengikut ruang lingkup kepala politik kita maka perkara ini boleh dipolitikkan. Jadi saya gesa kepada Ketua Pembangkang dan sahabat-sahabat kita daripada Barisan Nasional, buka dulu, baca dulu, teliti dulu kemudian barulah buat rumusan apakah benar ada penderhakaan di situ yang sebut penderhakaan ini Utusan Malaysia.
Yang sebut penderhakaan ini Awang Selamat. 2 hari bulan Januari penuh muka surat itu tajuknya tidak ada lain adalah biadab di Selangor No. 1 saya, No. 2 Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar yang ketiga yang Berhormat Ahli Parlimen Serdang.

Tidak adakah benda lain yang boleh Utusan Malaysia ini tulis bagi membuka minda rakyat kita di Negeri Selangor ini hingga terpaksa menggunakan perkataan-perkataan biadab, kurang ajar, sopan yang tidak sopan yung ditujukan kepada ahli-ahli Dewan.

Dalam apa yang kita katakan sepanjang dalam isu ini tidak ada satu perkataan pun, perbuatan kita pun yang boleh ditakrifkan sebagai menderhaka kepada Duli yang Maha Mulia Sultan Selangor, yang berlaku ialah kita menyanggah watak-watak Pateh Karmawijaya, watak-watak si kitol dan juga watak-watak Raja Mandaliar yang cuba menggunakan lstana untuk mencapai agenda jahat mereka dan dendam kesumat mereka kepada Kerajaan Pakatan Rakyat.

Kita bukanlah orang yang mengungkapkan perkataan derhaka dan saya nak tegaskan Kerajaan Negeri Selangor tidak ada seorang pun dalam Dewan Negeri ini yang mengungkapkan perkataan “sekian lama kita mati dalam setia, kali ini kita hidup dalam derhaka”. lni ayat yang dikemukakan oleh lbrahim Ali, pada, 18.1.1993. Saya mempunyai hansard kalau ketua pembangkang ada, ketua BBC ada, saya juga ada tetapi saya bawa sikit saja sebab berat. Berat kerana pembohongan dan fitnah oleh Ahli Parlimen Pasir Mas. Dan sebab itu saya ingin tegaskan bahawa kita di Dewan ini kita tidak pernah mempergunakan perkataan sebegitu, perkataan yang jelas walau pun disebut dalam Sidang Dewan Negeri, disebut dalam Dewan Negara, Dewan Rakyat, walau pun kita semua mempunyai kekebalan dan juga imuniti, tetapi perkataan itu jelas menunjukkan kederhakaan yang besar kepada Raja-Raja Melayu.

Siapakah yang derhaka sebenarnya. UMNO tolong jawab. Siapa? Siapakah yang menjadi bapak kepada segala penderhaka? Dalam negara kita ini tidak iain dan tidak bukan yang derhaka sebenarnya adalah UMNO dan juga Barisan Nasional. lni sejarah yang sudah pun dibuktikan. Kita bukanlah orang yang sanggup untuk menggelar Raja kita sebagai binatang seperti di Terengganu. Dan kita juga bukanlah orang yang sanggup menabalkan orang lain menjadi Raja seperti mana yang dibuat oleh Annuar Musa di Kelantan. lni sejarah yang sudah dicatitkan.

Tahun 1993 kita bukan budak kecil yang tidak ingat semua perkara, yang tidak ingat mungkin Dr Mahathir seorang dalam hansard dewan ini tercatat dengan jelas bagaimana bahasa-bahasa yang digunakan oleh Tun Mahathir Mohamed cukup mencalar, jiwa orang-orang Melayu dan juga Raja-raja Melayu.

Saya ingin bacakan sedikit tentang pembohongan, kebiadaban dan kurang ajarnya UMNO ini terhadap Sultan-sultan Melayu. Saya mahu sebut supaya dapat direkodkan dalam Dewan ini, bagaimana UMNO lidahnya bukan sahaja bercabang dua tetapi bercadang tiga empat mengikut keperluan politik-politik mereka. Saya hendak sebutkan satu persatu, ADUN Umno dengar baik baik..;


Nombor satu, Pengasas UMNO Dato' Onn Jaafar dibuang dari lstana Johor pada tahun 1920 dan membawa diri ke Singapura kerana mengkritik Sultan Johor secara terbuka atas isu harta.

Yang kedua, tahun 1974, Tan Sri Ghazali Jawi, bapak kepada Dato' Tajol Rosli yang tidak mahu meletak jawatan sebagai Dato' Menteri Besar Perak walaupun perjanjian asal dia hanya mahu pegang jawatan itu selama 2 tahun sahaja. Apabila sampai masanya ia tidak mahu melepaskan jawatan tersebut. Sultan ldris Allahyarham, Almarhum Sultan ldris murka dan bernazar tidak mahu cukur jambangnya selagi Ghazali Jawi tidak meletak jawatan. Bukankah ini derhaka namanya.

Tetapi kenapa tiba-tiba Dato' Tajol Rosli kata UMNO tidak pernah ucap perkataan seperti Yang Berhormat Nizar Jamaluddin sebut di Negeri Perak dan ini ungkapan yang termuat dalam akhbar Utusan Malaysia pada 12.2.2009. Tindakan arwah bapanya itu kepada Sultan apakah yang boleh kita takrifkan. Derhaka ke tidak?

Yang ketiga, begitu juga pada tahun 1979, kes Dato' Rahim Bakar, bekas Menteri Besar Pahang yang berselisih faham dengan Sultan Pahang. Media pro UMNO mengkritik Sultan Pahang secara terbuka.Tanpa segan silu..

Yang Keempat, pada tahun 1983, UMNO hendak meminda supaya kuasa Yang Dipertuan Agong mengenai perisytiharan darurat dikurangkan, maka UMNO membelasah Raja-raja Melayu kerana menolak cadangan tersebut. Ini dicetak seantero Negara..

Yang kelima, pada tahun 1991 dalam Persidangan Agong UMNO Sultan Kelantan dihentam secara terbuka kerana menyebabkan UMNO kalah di negeri Kelantan pada PRU tahun 1990.

Yang keenam, dalam Persidangan Agong UMNO juga perwakilan UMNO meminta harta Raja-raja disiasat. Berita ini dilaporkan oleh Utusan Malaysia di muka depan, di muka surat yang pertama, apakah ini bukan derhaka namanya.

Yang ketujuh, satu demonstrasi dan menghantar memorandum kepada Sultan Kelantan telah dibuat oleh pemimpin UMNO di Negeri Kelantan. Waktu itu FRU tidak pun menembak gas tetapi tindakan yang dilakukan itu apakah tidak derhaka namanya?.

Yang kelapan, pada 18 Januari 1993, Pindaan Perlembagaan Persekutuan yang membolehkan Raja dibawa ke Mahkamah apabila Raja-raja Melayu minta supaya pindaan itu ditangguhkan maka Utusan Malaysia dan media yang dikuasai oleh UMNO dan Barisan Nasional mengkritik secara terbuka dan mendedahkan salah laku Raja-raja Melayu. Apakah ini bukan derhaka?

Yang kesembilan, beberapa siri rapat umum haram dilakukan oleh UMNO di Alor Setar, di Bagan Datok, di Seremban, Batu Pahat dan juga Melaka untuk menunjuk sokongan kepada Tun Dr. Mahathir Mohamed dan mengecam Raja-raja Melayu secara terbuka. Apakah ada laporan polis seperti dilakukan pada saya? Semunya pengecut..

Yang kesepuluh, saya ingin menyatakan bahawa Tengku Razaleigh Hamzah (wakil rakyat Umno) secara sinis ada menyatakan mana satukah yang lebih merbahaya sama ada pindaan 1993 atau tindakan rakyat tidak menunjukkan hormat kepada Sultan Perak pada 6 hari bulan dua tahun 2009.

Tengku Razaleigh tidak bersetuju dengan tindakan Yang Berhormat Karpal Singh untuk menyaman Sultan Perak tetapi beliau menyatakan Karpal membuat satu perkara yang dibenarkan oleh Perlembagaan dan pemimpin UMNO yang memberikan laluan pada tahun 1993. Dan ini disiarkan oleh akhbar The Star pada 17 Februari 2009. Tiba-tiba hari ini, tiba-tiba waktu ini setelah begitu banyak penderhakaan dan kurang ajar, kebiadaban yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional, hari ini UMNO pula yang menjerit marah kepada kita dan juga kepada peguam Karpal kononnya menderhaka kepada sultan. Lidah bercabang betul UMNO / BN ni…
SIRI 7

Perkara yang ke sebelas – peristiwa pertabalan Tengku lbrahim Petra untuk menggantikan Sultan lsmail Petra pada 29 April 1993 di Ketereh, Kelantan oleh Dato' Anuar Musa. Keadaan ini cukup memalukan dan apakah ini boleh kita tidak istilahkan sebagai kurang ajar ataupun derhaka? Kerana budaya ini sesuatu yang tidak pernah dilaksanakan sebelum ini tetapi apabila mereka (UMNO) ini melihat kuasa-kuasa mereka sudah semakin terhakis maka mereka sanggup untuk melantik sultan yang baru walhal sultan yang hidup itu masih bertakhta. B..

Perkara yang kedua belas - Kenyataan biadab Shahidan Kassim (bekas Menteri Besar Perlis) mengatakan sultan Kelantan sekarang ini tidak layak menduduki takhta kerana dia mempunyai bukti dan ini dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian pada 11 Jun 1993.

Perkara yang ketiga belas - yang ini saya tidak mahu sebut sangat tetapi saya terpaksa menyebut tentang penderhakaan dan perkara yang mengakibatkan raja-raja Melayu terguris terutamanya di Selangor. Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Mohamad bin Hj. Mohd Taib yang selebihnya fikirkan sendiri apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO ini… (ketawa.. )

Perkara yang keempat belas - yang disebut oleh Y.B. Bukit Antarabangsa yang disebut oleh Y.B. Hulu Kelang tadi 23 daripada 24 ADUN Barisan Nasional Terengganu ugut untuk memboikot angkat sumpah Dato' Ahmad Said selepas Pilihan raya Umum tahun 2008. Mereka membuat kenyataan terbuka menyanggah pihak istana dan mahu ldris Jusoh dikekalkan sebagai Menteri Besar Terengganu. Manakala penyokong UMNO pula mengatakan secara terbuka dgn menulis di bunting, menulis di banner yang dipegang oleh pemimpin-pemimpin UMNO dengan tulisan yang ditulis dengan perkataan ‘Kami nok Deris lah, natang”.. @ bermaksud binatang. Kenapa waktu itu polis tidak tangkap, cari mereka? Saya Ketua Polis Selangor menyebut ada 25 laporan polis sebab itu kena siasat. Hishamuddin (Menteri Dalam Negeri) sebut apabila lebih daripada 20 laporan polis dibuat ke atas saya oleh NGO-NGO yang kononnya tidak ada hubung kait dengan UMNO dan Barisan Nasional maka polis terpaksa mengambil tindakan. Dan tindakan ini dilakukan oleh pendokong-pendokong UMNO. Rata-ratanya daripada pendokong-pendokong PERKASA ataupun GAPS yang adalah ahli UMNO. GAPS ini adalah sebuah perlubuhan yang saya gelarkan ia Gabungan Anggota Pemikiran Serabut (GAPS). Kenapa GAPS? Kenapa serabut? Sebab otak mereka ini sokmo bergegar… Sebab itu bila dia turun dia ikat otak dia itu dengan kain merah supaya otak itu tak bergegar. lnilah GAPS. Sebab apa begitu? Kerana fikiran ni serabut, sasau, sewel, sempit. Semua cukup, lengkap, pakej. Dan inilah dia orang yang jadi presiden GAPS ini.. Pertubuhan haram.. Dia ialah orang yang menjadi Setiausaha UMNO di Kapar.

Y.B. Sementa ada dekat sini boleh membuktikan. lni Setiausaha UMNO! Bukankah orang politik? ke apa bendanya? NGO apa benda ini? Dan ini juga “sahabat” saya yang pernah lari daripada medan perjuangan di Sarawak. Waktu pilihan Raya Umum Tahun 2001. Dikejar oleh samseng-samseng yang diupah oleh Barisan Nasional. Di Sarawak tak ada UMNO !!? PPB, Parti Bumiputra Bersatu.. PBB ya, Parti Petaka Bersatu..(ketawa) Apa jugalah gelaran tapi masuk Barisan Nasional akhirnya. Dia lari meninggalkan tempat bilik gerakan lintang pukang hilang kemana.. lnilah dianya, hari ini muncul orang pengecut ini kononnya nak menjadi jaguh kepada GAPS. Saya nasihatkan beliau belajar untuk sebut perkataan 'r' betul-betul dulu baru ‘lead’ GAPS..

Perkara yang ke enam belas - Tan Sri Rahim Thambi Chik sewaktu menjadi Ketua Menteri Melaka meminta supaya amalan penggunaan ganti nama yang disebut 'patik' yang digunakan sewaktu berkomunikasi dengan sultan-sultan dihentikan. Memadai dengan hanya mengatakan 'saya tuanku'. Dan ini dikeluarkan di akhbar Berita Harian pada 3 Februari 1993. lni ungkapan yang biadab dan derhaka kepada raja-raja Melayu. Siapa yang keluarkan? Pemimpin-pemimpin UMNO derhaka..

Yang ketujuh belas - Dato' Zahid Hamidi ketika menjadi Ketua Pemuda UMNO mencabar supaya Sultan Kelantan, Sultan lsmail Petra turun takhta kerana beliau bukan waris yang sah dan ini dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian pada 11 Februari 1993. lnilah sikap biadab yang ditunjukkan oleh menteri-menteri UMNO pada hari ini yang terlalu suka untuk campur tangan dalam soal pelantikan dan juga budi bicara kuasa raja-raja Melayu. Sebenarnya YB. Puan Timbalan Speaker dan ahli-ahli yang berhormat sekalian kalau saya nak baca dua jam baru habis (kalau saya nak baca). Saya malas nak baca. Sebab apa? Seluruh dunia tahu UMNO ni kaki putar alam, kaki pembelit, kaki pembohong dan pengampu. Jadi, kalau kita sebut pun hari ini berjam-jam pun memang itu kenyataannya.

Saya nak hentikan dekat situ. Saya ingin sambungkan balik ucapan Rang Undang-Undang saya. Kita juga bukanlah seperti rakyat yang berjiwa raja seperti mantan Menteri Besar Selangor daripada Sungai Panjang yang hidup dalam 'mahligai Bali' atau seperti Rosmah Mansor yang mendabik dada sebagai 'wanita pertama di Malaysia' sedangkan gelaran itu selayaknya adalah untuk Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong. Mungkin sudah terbiasa menukar suami. Rosmah terkeliru suaminya sekarang ini hanyalah ketua kerajaan bukan ketua bagi negara ini.

Kita juga bukanlah orang yang membuat laporan menghasut rakyat, membenci raja-raja Melayu dengan laporan-laporan palsu dan fitnah. Yang ini Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia serta Awang Selamat cukup pakar dan begitu seni. Lihat saja laporan-laporan polis dan ulasan-ulasan mereka sepanjang tahun 1993 ketika krisis perlembagaan yang melibatkan raja-raja Melayu. Bacalah juga hansard parlimen ketika itu yang saya bawa pada hari ini yang juga dimiliki oleh Ketua Pembangkang yang mungkin juga salinan itu adalah salinan palsu seperi yang disebut oleh Bukit Antarabangsa. Bagaimana dalam laporan-laporan hansard itu menyebut perkataan-perkataan yang digunakan oleh mantan perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan juga Dato' lbrahim Ali. Kita juga dapati pemimpin-pemimpin daripada Barisan Nasional memalukan dan menghina raja-raja Melayu. Ada yang sanggup mengatakan raja-raja membazirkan duit rakyat.

Kita dapati pemimpin-pemimpin daripada UMNO dan Barisan Nasional amat memalukan dalam menghina raja-raja Melayu. Ada yang sanggup mengatakan raja-raja Melayu membazirkan duit rakyat kerana banyaknya jumlah istana yang dimiliki oleh mereka. lnilah sebenarnya golongan penderhaka yang tulin yang berlindung di sebalik tulisan-tulisan Ghurka Awang Selamat (Utusan Malaysia) dan juga Mingguan Malaysia serta Gurkha pengecut yang seangkatan dengannya.

Saya membandingkan peruntukan fasal 1, perkara 52 yang sedia ada yang menyebut pelantikan bagi tiga pegawai utama perkhidmatan awam di negeri ini hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan. Tidak disebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mahu pun kerajaan negeri. Yang anehnya ada anggota perkhidmatan awam di negeri ini yang cuba berlagak pandai dengan menyatakan bahawa perkenan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor masih dikehendaki kerana baginda adalah Ketua Eksekutif seperti yang dinyatakan dalam perkara 50.

Orang ini yang selayaknya digelar sebagai si kitol yang memutar belit dengan menyatakan persetujuan Menteri Besar tidak diperlukan disebabkan fasal 1, perkara 52 tidak menyebut tentang YAB Dato' Menteri Besar. Yang peliknya kerana fasal 1, perkara 52 pun tidak menyebut Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Orang ini telah membaca bersama dua perkara yang berlainan iaitu perkara 50 dan perkara 52. Itulah sebabnya saya menyoal beliau mengapa tidak dibaca sekali perkara 55 yang mengkehendaki Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor mendapat nasihat dari Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor yang diketuai oleh Dato, Menteri Besar dalam menjalankan kuasa-kuasa baginda. Kalau orang ini membaca perkara 50 bersekali dengan perkara 52, apakah yang menghalang beliau untuk membaca kedua-dua perkara tersebut dengan perkara 55? lni kerana dia dan juga tuan politiknya di putrajaya tahu bahawa mereka tersilap langkah dalam melantik Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa merujuk kepada YAB Dato' Menteri Besar.

Jawapan beliau untuk menegakkan benang basah dan juga pembohongan ialah "Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hanyalah menjalankan kuasa eksekutif baginda. Oleh itu perkara 55 tidak perlu. "Dialah Setiausaha Sulit, dialah juga Penasihat undang-undang dan dia jugalah Hakim yang membuat tafsiran. lni sekali lagi menunjukkan daya fikir orang ini yang dikawal oleh pihak-pihak yang tertentu. Perkara 55 menyebut bahawa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor hendaklah mendapat nasihat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dalam menjalankan fungsi-fungsi baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959. Hari ini saya bawa Buku Undang-Undang Tubuh ini.

Saya percaya semua ahli-ahli Dewan yang mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Negeri, kita telah berikrar dan bersumpah untuk mempertahankan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri pada 13hb Mac 2008 yang lepas. Maka persoalannya bukankah menjalankan kuasa Eksekutif Baginda itu adalah fungsi Baginda yang diperuntukkan dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan ini. Jika bukan fungsi, apakah namanya? Siapakah yang memberikan kuasa eksekutif kepada Duli Yang Maha Mulia Tuanku kalau bukan tercatit dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan ini. Jelas yang menjalankan kuasa Eksekutif Baginda juga adalah fungsi Baginda di bawah Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri 1959 maka ianya tertakluk datam Perkara 55 iaitu nasihat MMKN ataupun Yang Amat Berhormat Dato’ Menteri Besar haruslah diperolehi.

Oleh kerana mentaliti budak suruhan maka puak-puak ini sengaja berkomplot membuat pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dengan memperalatkan istana dan tanpa melibatkan Kerajaan Negeri. lnilah sikap biadab suruhanjaya perkhidmatan berkenaan yang berkomplot dengan kumpulan-kumpulan yang sengaja ingin mencetuskan sabotaj kepada Kerajaan Negeri.

Oleh itu saya berpandangan dan menegaskan pindaan ini yang mengembalikan kuasa kepada Duli yang Maha Mulia sultan selangor dan Kerajaan Negeri adalah jalan terbaik bagi menghindarkan kekeliruan dan manipulasi berlaku pada masa-masa hadapan. Pindaan ini jelas meletakkan setiap pihak di kedudukannya, di tempatnya iaitu Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor melantik pegawai Kerajaan Negeri selangor sebagai penasihat kepada Baginda dan suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan sebagai pihak yang membuatkan pelantikan.

Setiap pihak mempunyai peranan dan juga peluang untuk bersuara bagi memberikan pandangan dalam pelantikan ini. Bukankah di dalam Islam juga setiap sesuatu itu sebaiknya dijalankan secara musyawarah ataupun secara mesyuarat atau hanya budak suruhan putrajaya yang mahu bertindak sewenang-wenangnya melanggar dan membelakangkan institusi dalam negeri ini.

Golongan budak suruhan Putrajaya inilah yang saya maksudkan sebagai Beraja di mata, bersultan di hati dan bukan ditujukan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor. Jadi jangan pusing, Kuang pun hari itu bukan main garang lagi keluar dalam surat khabar. “Oh ini sudah derhaka namanya". Siapa kamu untuk menentukan derhaka atau pun tidak.

Semua ahli dewan kita mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan pandangan. Tapi pandangan itu mestilah diluahkan dengan cara yang betul, jangan ambil separuh-separuh, potong dan olah menjadi seolah-olah adanya permusuhan di antara Kerajaan Negeri, saya sendiri sebagai wakil Rakyat Sri Muda dengan pihak istana. Perkara ini adalah perkara yang sengaja diwujudkan untuk memporak-perandakan Kerajaan Negeri Selangor.

Pada budak-budak suruhan ini saya ingin menegaskan sampaikan kepada tuan-tuan kamu di Putrajaya bahawa Kerajaan Negeri Selangor adalah Kerajaan yang berdaulat yang dipilih oleh rakyat. Jangan cuba untuk memaksakan kehendak kamu kepada Kerajaan Negeri Selangor. Dahulu Putrajaya cuba memaksakan calon Menteri Besar pilihan mereka ke atas Raja Perlis dan juga Pemangku Raja Terengganu. Mereka adakan perarakan menghina, memaki hamun raja-raja di Perlis dan juga di Terengganu. Sekarang mereka hendak berselindung di sebalik lstana Selangor untuk memaksa Kerajaan Negeri Selangor menerima budak suruhan yang dilantik oleh mereka.

Kami dari Pakatan Rakyat tidak akan membenarkan sekali-sekali Putrajaya memperalatkan lstana demi cita-cita politik mereka. Kuasa Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan Kerajaan Negeri hendaklah dikembalikan semula kepada asalnya sebelum pindaan yang dilakukan pada tahun 1993.

Kerajaan Pakatan Rakyat di Negeri Selangor bukanlah seperti Barisan Nasional yang mudah tunduk kepada Putrajaya bahkan wujudnya Putrajaya sebagai Wilayah Persekutuan pun kerana kebaculan mantan Menteri Besar daripada Barisan Nasional yang tunduk kepada tuannya di Putrajaya. lni sebagai imbuhan kepada tuannya yang menjadikan beliau sebagai Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2000, pampasan dan royalti sebanyak 8 juta setahun yang diberikan itu tidak setanding dengan nilai Putrajaya itu sendiri.
lnilah yang terjadi jika budak suruhan Putrajaya diletakkan di negeri ini, habis tergadai kepentingan negeri semata-mata kerana kepentingan peribadi tuan-tuan politik mereka.

Saya menyokong penuh pindaan ini dibuat demi untuk mengembalikan kuasa kedaulatan maruah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor selaku Raja Berdaulat dan Kerajaan Negeri selaku kerajaan yang dipilih oleh rakyat.

Daulat Tuanku, Daulat Tuanku, Daulat Tuanku.

FTA Bakal Bebankan Rakyat, Memo Diserah Kepada PM

PUTRAJAYA 14 FEB : Gabungan Rakyat Membantah FTA serta beberapa gabungan badan bukan kerajaan (NGO) berkumpul , menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar tidak menggadaikan rakyat dan nasib negara menerusi Perjanjian Perdagangan Bebas (Free Trade Agreement) atau FTA bersama Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah.

Penyelaras Gabungan Rakyat Membantah FTA, Y.Kohila berkata perhimpunan mereka hari ini mewakili suara rakyat membantah hasrat kerajaan melaksanakan FTA kerana ia bakal akan mengikat negara dan kehidupan rakyat.

Menurut Kohila, rundingan FTA ini akan memberikan kesan negatif terhadap pekerjaan, jaminan keselamatan, makanan, ketahanan industri domestik, daya maju firma dan ladang kecil seterusnya kedaulatan negara.

"Kami membantah FTA ini kerana ia dilihat memberi kesan kepada kehidupan rakyat Malaysia, ia dilihat lebih daripada perdagangan semata-mata tetapi ia mengikat kehidupan rakyat biasa," katanya.

Tambahnya lagi, FTA juga akan menuntut hak pelabur di mana kerajaan tidak mempunyai hak mengubal polisi sekaligus menjejaskan industri tempatan ekoran kegagalan daya saing dengan produk Amerika kerana penghapusan cukai.

"Jika perjanjian ini ditandatangani maka, kerajaan tidak ada hak membuat polisi sama ada mengubah untuk kepentingan syarikat tempatan di mana syarikat gergasi Amerika boleh memasuki tender dan pembelian kerajaan," katanya.

Antara NGO lain yang hadir ialah Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

"Secara keseluruhan FTA ini akan memberi kesan kepada seluruh kehidupan rakyat Malaysia yang bukan sekadar perjanjian perdagangan," katanya lagi.

Selain itu antara yang dikhuatiri berlaku sekiranya perjanjian tersebut dilaksanakan ialah sektor pertanian padi akan terjejas dengan kemasukan produk pertanian Amerika yang jauh lebih murah akibat penghapusan cukai import. Malahan perlaksanaan FTA juga bakal menyaksikan harga ubatan melambung dan membebankan rakyat.

Sebagai rekod, pada tahun 2006 hingga 2007 rakyat Malaysia telah beberapa kali menyuarakan bantahan dan akhirnya berjaya menghentikan perjanjian FTA antara Amerika-Malaysia ketika itu.

Namun, apa yang dikesali, suara rakyat yang dahulunya membantah kini diketepikan apabila Malaysia kembali berunding dengan kuasa dunia Amerika Syarikat dalam Trans Pacific Partnership atau TPP.

Anwar : Yakin Fitnah Akan Lenyap, Ujian Tidak Sebesar Para Anbiya



KUALA LUMPUR 15 FEB: Sempena sambutan Maulidur Rasul hari ini Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya fitnah yang dihadapi kini akan lenyap juga akhirnya.

Dalam satu kenyataan, beliau juga menyifatkan ujian yang beliau terima sekarang tidaklah sebesar yang diterima oleh para Ambiya terdahulu.

"Ternyata sudah lama keluarga saya berdepan dengan dugaan ini, namun apalah dibandingkan dengan ujian yang dikenakan ke atas para Anbiya dan mereka yang dekat dengan Allah S.W.T. Namun InshaAllah, diiringi doa saudara semua serta pertolongan Yang Maha Penyayang, fitnah ini akan lenyap jua," kata Anwar.

Sejak dipecat dari timbalan perdana menteri, Anwar tidak pernah berhenti dari menerima pelbagai tuduhan dari musuh-musuh politiknya.

Ia bermula dengan pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad apabila beliau didakwa meliwat pemandunya sendiri, Azizan Abu Bakar namun ditolak oleh mahkamah.

Menurut rakan-rakan rapat beliau, serangan terhadap Anwar bermula apabila beliau selaku Menteri Kewangan enggan menggunakan duit negara untuk membantu salah seorang anak Mahathir yang ketika itu sangat teruk dilanda masalah ekoran kegawatan ekonomi.

Kini Anwar sedang dituduh lagi meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan. Menurut sumber, tekanan kepada Anwar tidak akan berhenti sehinggalah beliau meninggalkan pentas politik tanahair.

Ini kerana, Anwar dianggap ancaman paling besar kepada penguasaan Umno dalam politik berikutan keupayaannya menyatu semua penentang Umno.

"Mengenangi Sayyidina Muhammad S.A.W dan perjuangan Baginda itu moga menambah rasa kecintaan yang mendalam serta dirahmati pula dengan suri teladan buat menjadi pedoman.

"Justeru membaca sirah Nabi S.A.W sentiasa menenangkan saya manakala terus ditohmah rekayasa musuh.

"Kerana itu saya mengambil kesempatan merenung serta meneliti kesabaran Junjungan Besar berhadapan dengan dugaan," kata Anwar dalam perutusan itu.

Beliau mengingatkan kisah bagaimana isteri Baginda Rasulullah juga pernah difitnah dalam peristiwa Al-Ifk.

"Kita pastinya tahu akan peristiwa Al-Ifk, kisah fitnah yang dilemparkan kepada Sayyidatina Aishah. Kesabaran Junjungan dan Sayyidatina Aishah berhadapan tohmahan besar itu memperkukuh iltizam saya dan sekeluarga untuk tidak lekang mengharap belas ihsan serta pertolongan Allah S.W.T," tegas Anwar.

Anwar memetik ayat Al Quran surah Surah An Nur ayat 19 bagi memberikan peringatan kepada mereka yang gemar membuat tuduhan-tuduhan buruk.

Maksud surah itu adalah:

“Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat, dan (ingatlah) Allah mengetahui(segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian)”

Pulau Pinang beri RM150,000 pada guru Kafa


Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.

Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.

Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.

Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.

"Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya.
Kerajaan Pulau Pinang memperuntukan sejumlah RM150,000 untuk kira-kira 1,500 guru Kafa di negeri itu sempena sambutan Maulidur Rasul di negeri itu hari ini.

Ketua menterinya Lim Guan Eng berkata, setiap seorang akan mendapat RM100 seperti dicadangkan dalam mesyuarat exco negeri Khamis lalu.

"Pembayaran ini dapat dibuat kerana kerajaan negeri mengamalkan perbelanjaan berhemah; urustadbir CAT yang cekap, akauntabel dan telus; serta kempimpinan integriti, bersih dan bersih daripada rasuah," katanya sambil memberitahu perkara itu diakui oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009 dan badang antarabangsa seperti Transparency International.

Katanya, kerajaan juga memberikan RM100 kepada guru Kafa sempena perayaan Awal Muharam dan duit raya kepada golongan itu sebanyak RM250 pada tahun lepas.

Sementara itu, mengulas sambutan Maulidur Rasul bertemakan "Wasatiah (Kesederhannaan) Tonggak Kecemerlangan Umah", Lim berkata kesederhaan Islam akan menolak dakwaan bahawa agama itu ekstrimis, mundur, miskin, tidak demoktratik dan korup.

Memetik pandangan ulama terkenal Mesir Dr Yusof Al Qaradhawi, Lim berkata, kesederhaan Islam bersumberkan kepada prinsip keadilan, konsisten dan keamanan serta menjadi lambang kepada kebaikan dan tunjang kekuatan.

"Kerajaan negeri percaya amalan kesederhanaan dalam kehidupan rakyat tanpa kira agama dan kaum akan dapat menyatupadukan rakyat untuk menikmati bersama kemakmuran, keamanan dan harmoni serta kamajuan membina modal insan," katanya. - malaysiakini

DISEBALIK KENYATAAN MAHATHIR TENTANG OPERASI LALANG DAN KETAKUTAN REJIM NAJIB - ROSMAH

Saya melihat tindakan polis menahan sekurang-kurangnya 30 anggota Parti Hak Asasi Manusia (HRP) di Perak dan Selangor dalam tindakan terhadap konvoi yang mempromosi perhimpunan anti-rasis yang bakal diadakan serta tangkapan terhadap Norazimah Mohamad Nor a.k.a Nora adalah membuktikan betapa ketakutan Rejim Najib - Rosmah .

Tindakan drastik sedemikian adalah usaha yang dilakukan untukmen'cantas' dengan segera bagi tujuan mengugut rakyat dari bertindak sepertimana berlaku di Tunesia , Mesir dan kini Algeria . Ketakutan dan kebimbangan Rejim Najib -Rosmah dapat dirasai ekoran tindakan tersebut yang saya lihat cuba menahan mereka yang cuba dan boleh memulakan gerakan rakyat . Saya yakin ada perancangan tertentu yang cuba dilakukan oleh Rejim Najib-Rosmah yang tidak akan terhenti setakat ini sahaja . Sudah pasti mereka sedang memantau kesemua mereka yang berpotensi dalam mengerakkan massa untuk ditangkap dan didakwa ( kes-kes lepas ) dengan segera agar mengekang tindakan di luar jangka .

Pada awalnya Nora bakal dibebaskan dengan ikat jamin , akhirnya beliau telah dibawa ke Penjara Kajang . Tindakan pihak polis benar-benar mencerminkan sikap mengikut telunjuk penguasa kononnya atas nama keselamatan .

Baru-baru ini kita digemparkan dengan tindakan fitnah DS Najib terhadap DS Anwar Ibrahim yang cuba mengaitkan hubungan dengan penganas sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu 'Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda'. Sehingga DS Hisamuddin Hussein telah mengarahkan pihak polis menyiasat DS Anwar Ibrahim yang konon cuba dikaitkan dengan penganas . Akhirnya gagal apabila pihak CNN telah melaporkan bahawa laporan DS Anwar bersih daripada tuduhan dan tiada bukti .

Gagal dengan perancangan tersebut , tiba-tiba muncul tindakan Ketua Wira PERKASA Armand Abu Hanifa membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik DS Anwar Ibrahim kerana beliau mendapat maklumat DS Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapatkan suaka politik di luar negara .
Serta merancang meniru ala Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan ( civil disobedience ) seperti rusuhan ' baju merah ' di Bangkok . Malah juga menuduh DS Anwar terhadap cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalanraya .

Dr. Mahathir pula dilihat menyalahkan pihak polis terhadap Operasi Lalang yang menyaksikan 106 orang, termasuk seteru politiknya ditangkap mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1987. Malah Tun Hanif Omar , bekas Ketua Polis Negara senada dengan Dr. Mahathir bahawa kononnya Dr. Mahathir tidak setuju dan membantah tindakan polis untuk melaksanakan Operasi Lalang .

Ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa setiap tindakan yang melibatkan tangkapan ISA tidak melibatkan Perdana Menteri . Semua ini adalah tindakan polis dan bukan dicampuri oleh politik . Bermakna sekiranya berlaku siri tangkapan ISA ala Operasi lalang atau Operasi Lalang 2 bermakna tidak perlu menyalahkan DS Najib Razak kerana bukan arahan atau tidak melibatkan keputusan beliau .

Mereka boleh buat dan mereka apa pun jua tuduhan agar menghalalkan tindakan untuk menangkap atau menahan sesiapa yang dilIhat berpotensi menjana pergerakan massa terutama pimpinan parti-parti politik . Ketakutan Rejim Najib - Rosmah tidak dapat dibendung lagi !

Selepas Tunisia, Mesir, - Algeria pula bergelora

Beribu-ribu penunjuk perasaan menuntut Presiden Algeria, Abdelaziz Bouteflika meletakkan jawatan semakin merebak ke bandar Annaba di sebelah timur Algeria.

Menurut Penyelarasan Nasional Perubahan dan Demokrasi (CNCD) dan kesatuan pekerja tidak rasmi, Mustepha Bouchahi, tunjuk perasaan antikerajaan seterusnya akan diadakan Sabtu ini.

Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas 2,000 penunjuk perasaan bertempur dengan 30,000 anggota polis di bandar Algiers.

Ratusan penunjuk perasaan juga dilaporkan membaling batu ke arah polis di Bandaraya Annaba di timur Algeria dengan pembangkang mengumumkan untuk mengadakan satu lagi tunjuk perasaan besar-besaran minggu depan.

Sementara itu, Washington meminta pihak keselamatan Algeria supaya bertindak lebih berhati-hati selepas sehari protes seluruh negara terhadap kerajaan pimpinan Presiden Abdelaziz Bouteflika yang menyaksikan puluhan orang awam dan wartawan ditangkap.

“Kami ingin menegaskan sokongan kami kepada hak setiap rakyat Algeria termasuk mengadakan perhimpunan dan menyuarakan pendapat," kata jurucakap Jabatan Negara Amerika, Philip Crowley dalam satu kenyataan.

egypt the day after mubarak overthrow crowd in square 1Tunjuk perasaan yang akan datang dijadual diadakan 19 Februari ini, kata Mustepha Bouchahi dari Penyelaras Kebangsaan Bagi Demokrasi dan Perubahan (CNCD), iaitu kumpulan yang bergabung dalam perti pembangkang.

Semalam, dianggarkan 2,000 penunjuk perasaan bertembung dengan lebih 30,000 anggota polis yang bertindak menghalang mereka mengadakan demonstrasi jalanan di ibu negara itu.

Tunjuk perasaan juga diadakan di seluruh bandar di Algeria bagi menyatakan hasrat sama seperti berlaku di Mesir dan negara jiran, Tunisia.

- AFP

skrip baru dan pencanggahan

INI SKRIP BARU !!!!!

Saksi: Saiful dakwa dipaksa lakukan seks oral

Seorang doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa pengadu dalam kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa telah dipaksa melakukan seks oral.

Pakar jagaan kecemasan HKL Dr Khairul Nizam Hassan berkata, pengadu berkenaan, Mohd Saiful Bukhari Azlan mendakwa telah dipaksa berbuat demikian oleh seorang "tokoh terkemuka."

Khairul berkata, Saiful telah memberitahu perkara itu kepadanya ketika beliau membuat pemeriksaan ke atas pemuda itu.


PENCANGGAHAN


Katanya lagi, beliau tidak mengambil spesimen daripada bahagian lain pengadu berkenaan.

Khairul Nizam menjelaskan, beliau bertindak demikian kerana Saiful memberitahunya bahawa pengadu itu telah mencuci dan membersihkan diri.

Kenyataan itu bercanggah dengan keterangan Saiful pada tahun lalu, ketika bekas pembantu Anwar itu disoal balas oleh peguam Karpal Singh.

Saiful telah memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak mencuci anusnya dengan tujuan menyimpan bahan bukti.

Saiful juga memberitahu mahkamah bahawa beliau hanya mandi pada waktu pagi dan tidak membasuh angota sulit badannya.


Isnin, 14 Februari 2011

MERLIMAU ! CUKUP LAH KENA BOHONG LAGI...DAH 20 TAHUN KENA TIPU !

Merlimau: P'raya kecil dan tanah yang dijanjikan...

Setelah lebih dua dekad dijanjikan, SRJK (T) Merlimau - yang kini menumpang di kawasan sebuah sekolah menengah - mungkin bakal mendapat premisnya sendiri.


final promised land 1Namun, kehadiran Menteri Pelajaran sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di upacara pecah tanah projek tersebut esok, pun mungkin masih belum mencukupi untuk menyakinkan penduduk di situ.

Ketika ditemui Malaysiakini yang meninjau kawasan pilihan raya itu minggu lalu, seorang pengundi Ramachandran, 60, berkata janji yang sama telah dibuat sejak empat pilihan raya umum yang lalu.

"Mereka sekarang mengukur tempat itu, tapi kita tidak tahu apa yang akan berlaku selepas pilihan raya kecil nanti," kata Ramachandran yang tinggal di Merlimau hampir sepanjang hidupnya.

srjk t merlimau 2Seorang lagi penduduk, Durairaj juga sudah biasa mendengar janji tersebut. Dia dan adik-beradiknya belajar di sekolah itu kira-kira dua dekad yang lalu.

"Saya adalah murid di situ, sama seperti kakak dan adik saya. Sekarang anak-anak saya pula belajar di situ. Kami mendengar janji ini berkali-kali.

"Di tapak tanah pertama terdapat sebuah kuil di atasnya. Mereka merobohkan kuil tersebut dan berkata mereka akan bina sekolah Tamil di situ, tapi sekarang ada bangunan lain di tanah itu, "kata Durairaj yang kini dalam usia 30-an.


Penduduk lain yang ditemui Malaysiakini, apabila ditanya mengenai sekolah tersebut, menceritakan perkara yang sama.

merlimau, melaka townSambil menuding ke arah sebuah bangunan Tenaga Nasional Berhad, Padmanathan, 47, berkata tanah yang dimaksudkan oleh Durairaj itu "dijanjikan" untuk dijadikan tapak sekolah Tamil kira-kira "20 hingga 25 tahun yang lalu".

Ketika ditemui di bilik operasi BN Merlimau, lelaki yang menyifatkan dirinya ahli setia MIC berkata, ia tidak menjadi kenyataan kerana "tidak ada yang mengambil inisiatif
". - MALAYSIAKINI

Ahad, 13 Februari 2011

TANGKAPAN ANGGOTA KONVOI HRP : SEBAB ANTI-RASIS ATAU KERANA " MENENTANG UMNO/BN RASIS ?

SUA PKR : DEB Gagal Berpunca Sikap Tamak Pimpinan Umno-BN



SHAH ALAM 13 FEB : Tun Dr Mahathir Mohamad harus mengakui bahawa antara punca utama kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah kerana sikap tamak pimpinan Umno-Barisan Nasional dan segelintir golongan elit di negara ini.

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat, Saifuddin Nasution Ismail berkata, dasar lapuk DEB warisan mantan Perdana Menteri terdahulu sepatutnya sudah lama dikuburkan kerana tidak mencapai matlamat asalnya.

" Kegagalan itu lebih berpunca daripada satu sifat tamak pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional terutama golongan elit atasan. Tamak dalam memastikan agihan yang adil diturunkan ke bawah.

Keenganan Mahathir dan pemimpin-pemimpin Umno lain untuk merungkai Dasar Ekonomi Baru ini mengesahkan bahawa mereka adalah golongan utama yang membolot peluang daripada dasar ini.Polisi yang baik tetapi lemah dari sudut pelaksanaan, ia tidak akan memberikan hasil yang diharapkan, " katanya.

Menurut Saifuddin, dasar yang dikemukakan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Agenda Ekonomi Malaysia jauh lebih tepat meramal keadaan masa hadapan.

Malah antara yang digesa Anwar menjelang pilihan raya umum 2008 ialah, supaya DEB dirungkai semula kerana ia hanya akan menyebabkan kek ekonomi negara boleh dinikmati oleh segelintir elit dan sebahagian besar rakyat bawahan terus teraniaya.

" Ini terbukti proses Parti Keadilan Rakyat yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah lebih awal mengesan kegagalan Dasar Ekonomi Baru sedangkan Tun Dr Mahathir baru sahaja mengakuinya semalam.

" Bila Tun Dr Mahathir mengakui kegagalan Dasar Ekonomi Baru, beliau sebenarnya mengesahkan kebenaran dasar yang dimulakan oleh Parti Keadilan Rakyat apabila kita meminta supaya DEB itu dirungkai," kata Saifuddin ketika dihubungi Tv Selangor hari ini.

Mahathir semalam mengakui bahawa DEB telah disalahgunakan oleh golongan Melayu atau secara tepatnya adalah kroni Umno-BN yang menyebabkan sasaran mendapatkan 30 peratus ekuiti bumiputera tidak tercapai.

Walaupun mengakui kegagalannya namun Mahathir berkata, dasar itu harus dipertahankan kerana dengan membubarkannya, ia akan merugikan masyarakat Melayu.

" Dasar ini sekiranya tidak memberikan kejayaan, ia boleh dirombak. Suatu dasar itu mestilah bersifat dinamik. Kalau sekiranya dasar itu gagal, tidak salah untuk kerajaan mengadakan satu dasar baru yang lebih baik," tegas Saifuddin sekaligus menyanggah kenyataan Mahathir.

Tambah Saifuddin, keistimewaan seperti pemberian permit import (AP) hanya untuk kemudahan golongan tertentu dan bukannya untuk rakyat lapisan pertengahan atau bawah.

Justeru melalui cara itu ia menunjukkan bahawa akan adanya jurang besar di antara golongan kaya dan miskin di negara ini yang sepatutnya disedari Mahathir sejak dahulu lagi.

" Ini menunjukkan betapa terkebelakangnya pemikiran Tun Dr Mahathir. Anehnya pada masa yang sama, walaupun mengakui kegagalan, Mahathir masih mahu dasar ini diteruskan," tambah Saifuddin lagi.

Antara yang menjadi tumpuan dalam DEB ialah untuk membasmi kemiskinan dengan meningkatkan pendapatan dan peluang pekerjaan dan yang kedua, mempercepatkan proses penyusunan semula masyarakat di Malaysia dan menghapuskan ekonomi berasaskan warna kulit.

Namun ironinya kata Saifuddin, keadaan itu semakin menekan kini apabila yang miskin terus miskin dan isu senstiviti kaum malah agama semakin meruncing saat ini.

Pakatan Rakyat Selangor Perihatin Ke Arah Kesejahteraan Dan Keselamatan Rakyat

MB Selangor : Tambah Polis Jika Penubuhan Polis Bantuan Ditolak



PETALING JAYA 13 FEB : Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meminta Kerajaan Pusat untuk menambah bilangan anggota polis jika tidak mahu membenarkan penubuhan unit Polis Bantuan bagi Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini.

Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media di selepas Seminar Pembangunan Semula Pemikiran Islam Melayu di sini semalam.

"Kerajaan Negeri berpendapat, sehingga polis meningkatkan tenaga kerja, kita minta tambah Auxiliary Police (Polis Bantuan) ini. Jadi kalau Kerajaan Pusat kata tak boleh buat Auxiliary Police ni, tambah sahaja Polis, ini saya rasa tak jadi masalah besar," kata Tan Sri Khalid.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan permohonan penubuhan pasukan polis bantuan bagi menangani kadar jenayah yang semakin meningkat di negeri itu.

Langkah ini ekoran timbulnya kebimbangan serius di kalangan rakyat Selangor serta selaras dengan hasrat kerajaan Negeri yang mengambil langkah konkrit bagi mengatasi permasalahan tersebut.

Bagaimanapun kelmarin, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein menyatakan cadangan Menteri Besar Selangor itu untuk menubuhkan polis bantuan di negeri itu seolah-olah satu tanda beliau tidak menghargai sumbangan dan kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menangani jenayah serta menegakkan keamanan di negara ini.

Khalid menafikan perkara ini kerana permintaan beliau ialah bagi memenuhi tanggungjawab kepada rakyat dan bukannya memperkecilkan usaha pasukan Polis.

"Kita buat sebab kita tak nak rakyat cakap Kerajaan Negeri tak buat apa-apa. Polis dah buat kerja sedaya upaya. Tak siapa nak masalah jenayah. Saya tak kata Polis tak buat kerja. Mereka jalankan kerja dengan cara terbaik dalam kadar dan terhad," katanya. - tv selangor

MENYANGKAL NAJIB : RAKYAT MALAYSIA UMPAMA 'API DALAM SEKAM'

Najib: M'sia tak boleh disamakan dengan Mesir

"Pertama, kita tidak boleh samakan apa yang berlaku di Mesir dengan Malaysia kerana perkara adalah berbeza di kedua-dua negara,” katanya apabila ditanya apakah iktibar yang boleh diambil oleh BN dan Umno daripada pengalaman di negara Asia Barat itu.

Menurut Najib, dasar BN 'Rakyat didahulukan' itu adalah perbezaan utama antara Malaysia dengan pentadbiran rejim bekas presiden Hosni Mubarak selama 30 tahun. - malaysiakini


Kenyataan DS Najib Razak benar-benar dilihat angkuh dan sombong serta menganggap perkara yang berlaku di Mesir sehingga tumbangnya diktator tua Husni Mubarak tidak akan berlaku di Malaysia .

DS Najib Razak seharusnya mengambil pengiktibaran terhadap apa yang berlaku bukannya mendabik dada dengan slogan ala 'One Isreail ' iaitu " People First " menjadikan perbezaan antara Mesir dan Malaysia .
Jenama retorik " 1 Malaysia " dengan motto " rakyat didahulukan" yang dicanang ke telinga rakyat hanyalah bersifat kosmetik sedangkan rakyat negera ini mengalami kesan daripada pelbagai tindakan yang dilakukan oleh Rejim Najib -Rosmah .

Kenaikan harga barang makanan , minyak , keperluan hidup serta cukai kerajaan yang terus mencengkam kehidupan rakyat terutama golongan miskin . Pembaziran , penyelewengan serta rasuah yang berkelangsungan dalam sistem pentadbiran DS Najib sudah semakin keterlaluan .

NONEDilaporkan perbelanjaan Najib menggunakan wang negara di luar negara sepanjang tempoh 19 bulan atau 588 hari menjadi Perdana Menteri juga kini sudah mencecah RM8,724,894.91 bermakna RM31,840.50 sehari [Utusan]. Lihatlah, dalam masa sehari sahaja Najib menghabiskan wang negara lebih banyak daripada duit gaji rasminya selama sebulan iaitu sebanyak RM 22, 826.65 [Utusan].

Senator PKR Dr Syed Husin Ali mendedahkan satu senarai yang mengandungi butiran perjalanan DS Najib Razak di Dewan Negara yang diperoleh dari Jabatan Perdana Menteri menunjukkan DS Najib telah ke luar negeri atas urusan rasmi 42 kali yang membabitkan sejumlah RM8,724,895.91.

Tan Sri Ambrin Buang , Ketua Audit Negara telah mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Berdasarkan perkiraan terhadap hutang negara tersebut , bahawa setiap rakyat di negara Malaysia yang berjumlah 25 juta orang terpaksa menanggung beban hutang sejumlah RM 14 ribu . Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara .

Dalam keadaan rakyat menanggung beban kenaikan harga barang makanan dan keperluan , DS Najib tanpa rasa bersalah meluluskan projek pembinaan Menara Warisan yang mempunyai 100 tingkat berharga RM 5 billion sepertimana yang dibentangkan dalam Budjet 2011 .

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang mengatakan negara Malaysia bakal menanggung hutang sejumlah RM1 trillion untuk 9 tahun daripada sekarang iaitu tahun 2019. Pada masa itu, negara Malaysia boleh diistiharkan muflis dan bangkrap. Justeru kenyataan Datuk Seri Idris Jala tersebut ialah rakyat Malaysia perlu bersedia untuk terima sebarang kenaikan harga.

Isteri beliau , Rosmah Mansur , bermewah - mewahan bagai isteri jutawan minyak dari Arab Saudi, mengamalkan gaya hidup mengalahkan selebriti Amerika apabila memilih untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka di Dubai dengan kadar sewa RM 100, 000 untuk satu malam.

Skandal-skandal yang melibatkan DS Najib Razak seperti skandal pembunuhan Altantuya Sariibbuu , pembelian kapal selam Scorpene dan Agusta , pembelian jet pejuang Sukhoi dan termasuk penggunaan wang rakyat RM 77 juta mengadakan perjanjian dengan APCO serta banyak lagi yang masih belum padam di benak rakyat .

DS Najib Razak juga memberikan gambaran silap apabila menyatakan prestasi di Tenang dalam suasana tercetusnya peristiwa di Mesir , BN masih menang dan merupakan petanda yang baik . Fakta tersebut adalah tidak benar dan tidak patut dijadikan rujukan oleh DS Najib . Senario PRK Tenang adalah berbeza dan dapat dilihat BN gagal untuk mencapai target dengan majoriti 5000 serta melihatkan bagaimana masyarakat cina terus menolak MCA dan BN . Faktor pengundi peneroka Felda yang merupakan 'fixed deposit' umno tidak dapat dinafikan .

PRK bukanlah ukuran sebenar pola sokongan rakyat . Pakatan Rakyat bukan sahaja berdepan dengan jentera UMNO sahaja tetapi seluruh jentera kerajaan negeri dan Persekutuan . Contoh dangkal DS Najib Razak dengan menggunakan PRK Tenang adalah tidak masuk akal .

DS Najib harus sedar , rakyat sedang berdiam dan seperti 'api dalam sekam' . Sampai masanya , bila sekam yang membara sudah tidak dapat dibendung lagi , ditiup angin perubahan , menyala dan membakar , DS Najib bakal menjadi sepertimana apa yang Husni Mubarak .

Ubah sekarang , selamatkan Malaysia !