klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 3 Mei 2009

jadikan PRK penanti sebagai contoh - Anwar Ibrahim



Alhamdulillah berkesempatan hadir dalam taklimat YB Ketua Umum , Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu bertemu dengan Jentera Pilihanraya DUN Penanti bertempat Di Yayasan Aman , Penanti . Kehadiran jentera mencecah hampir 70 orang tersebut merupakan gambaran jelas komitmen dan kesungguhan dalam memastikan kemenangan Parti Keadilan Rakyat dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti .

Turut hadir bersama saya ialah YB Yusmadi ( Ketua AMK Pulau Pinang ) , Sdr Zulkifli ( EXCO AMK Pusat ) dan teman-teman EXCO AMK Negeri Pulau Pinang . Sdr. Shamsul Iskandar Mohd. Akin tidak hadir kerana terlibat dalam satu kemalangan di Bukit Beruntong ( Highway KL-Pulau Pinang ) dalam perjalanan ke Penanti . Alhamdulillah beliau selamat cuma kereta beliau mengalami kerosakkan teruk .

YB Ketua Umum merakamkan jutaan terima kasih di atas komitmen seluruh jentera terutama sekali keadaan dan suasana yang baik dan terkawal ekoran perletakkan jawatan Sdr. Fairus Khairudin dan sekarang meletakkan calon Dr. Mansor Osman dalam PRK Penanti . Walaupun UMNO/BN menggunakan isu Dr. Mansor bukan anak kelahiran Penanti ianya dalah merupakan isu dangkal dan remeh kerana sepanjang penglibatan Dr. Mansor bersama beliau , hampir seluruh ceruk tempat Dr. Mansor telah sampai untuk memberikan perkhidmatan kepada rakyat Permatang Pauh malah kemungkinan orang Permatang Pauh pun tidak sampai ke setiap ceruk di Permatang Pauh seperti Dr. Mansor . Calon yang punyai pengalaman dan memiliki kehebatan akademik .

Beliau menjelaskan isu permintaan PAS Permatang Pauh untuk bertanding di Penanti adalah tidak salah dan setiap kali berlaku pilihanraya semua ada permohonan seperti contoh di PRK Kuala Terengganu ada pandangan Parti Keadilan Rakyat wajar bertanding kerana parlimen tersebut pengundi pelbagai kaum . Tetapi kita menyerahkan kerusi tersebut untuk kekalkan PAS bertanding dan memberikan perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan kemenangan PAS . Begitu juga di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang , tidak membenarkan satu sen pun mohon kewangan dengan PAS , kita gunakan kewangan sendiri.
Permasalahan timbul ialah media milik UMNO / BN yang cuba memainkan isu seolah-olah Pakatan Rakyat pecah dan sebagainya . Dan dalam Pakatan Rakyat kita selesaikan dengan baik dan YB Datuk Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah menyatakan komitmen dan meyokong kuat Dr. Mansor sebagai calon PRK Penanti . Beliau merasakan kemungkinan informasi tersebut tidak sampai ke bawah . Beliau menegaskan hubungan kuat dan akrab beliau dengan YB Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dan YAB Datuk Nik Aziz serta bersama kepimpinan DAP iaitu YB Lim Kit Siang . Pakatan Rakyat kemas dan kukuh .

YB Ketua Umum memohon agar tomahan terhadap Sdr. Fairus dihentikan dan beliau juga mempunyai kebaikan dan jasa kepada kerajaan negeri dan parti . Malah beliau menyatakan sokongan dan akan turut turun berkempen . Beliau tegaskan setuju perletakkan jawatan sdr. Fairus ialah untuk mengembalikan dan memulihkan keyakinan rakyat Penanti dan Pulau Pinang dan meletakkan tokoh berwibawa .

Beliau berkeyakinan terhadap jentera Permatang Pauh yang sangat baik dan meminta agar memanafaatkan kekuatan dan kehebatan Jentera Permatang Pauh bagi memastikan kemenangan di PRK Penanti . Najib tidak mahu meletakkan calon tetapi menerima desakan daripada Tun Dr. mahathir dan berkemungkinan UMNO akan meletakkan calon dan dijangka akan diketahui esok ( 4 Mei ) . Sekiranya UMNO tidak bertanding , pasti akan menaja calon BEBAS . Beliau tegaskan Parti Keadilan Rakyat sudah ada calon dan boleh meneruskan gerak kerja serta memperkemaskan program .

Beliau juga memaklumkan bahawa , parti mempunyai disiplin dan mempunyai proses disiplin . Tindakan disiplin akan diambil terutama mereka yang memburukkan imej parti , terutama menggunakan media . Sekiranya mereka masuk calon bebas dan melawan parti kita maka secara otomatik akan dipecat daripada ahli . Justeru beliau menyatakan dalam jemaah perlu kepada tolak ansur dan tidak perlu marah-marah .

Setakat ini strategi di PRK Penanti masih belum diputuskan lagi terutama oleh JawatanKuasa Pilihanraya Pusat ( JPRP ) . Beliau juga menjelaskan bahawa tindakan SPR memutuskan larangan penggunaan Pondok Panas dan perayu undi akan diuruskan tetapi kebiasaan serkiranya ada permintaan UMNO , SPR boleh ubah keputusan bila-bila masa sahaja . ( Itulah ketelusan dan profesionalnya SPR ).
YB Ketua Umum juga menjelaskan harapan yang sangat tinggi untuk memastikan PRK Penanti adalah merupakan contoh terbaik pilihanraya dan akan menjadi rujukan dan sejarah kepada negara .

Perjumpaan tersebut berakhir dengan tepukan gemuruh seluruh jentera parti yang memperlihatkan semangat berkobar-kobar bagi memstikan Parti Keadilan Rakyat menang dalam PRK tersebut dan menobatkan Dr. Mansor Osman sebagai Yang Berhormat DUN Penanti dan bakal Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang .


Yayasan Aman , Penanti ( 2 Mei 2009 )

Sabtu, 2 Mei 2009

DATUK SERI ANWAR IBRAHIM LANCAR BLOG BIRO PILIHANRAYA AMK


YB Datuk Seri Anwar Ibrahim , Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat akan melancarkan blog Biro Pilihanraya AMK bertempat di Yayasan Aman , Penanti , Pulau Pinang , 2 Mei 2009 , jam 11 malam sempena Pentas Pemuda anjuran AMK Permatang Pauh .


Layari lah -
http://biropilihanrayaamk.wordpress.com/

SPR : BERSIHKAN DAFTAR PEMILIH ! BUKAN PONDOK PANAS !



Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof tempohari sewaktu mengumumkan kekosongan DUN Penanti dan tarikh penamaan calon serta hari mengundi Pilihanraya Kecil DUN tersebut , beliau membuat satu keputusan SPR iaitu tidak membenarkan parti-parti politik yang bertanding mengadakan pondok panas dan perayu undi . Ianya berkuatkuasa dalam PRK DUN Penanti nanti.

Alasan yang diberikan oleh beliau ialah pondok panas menjadi 'Pusat Ketegangan' semasa hari pengundian dan dengan tindakan tidak membenarkan pondok panas akan mampu mewujudkan suasana 'aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas' dan 'menyejukkan suasana'. Malah mana-mana parti yang bertanding akan dikenakan tindakan di bawah seksyen 27(1) Akta Kesalahan Pilihanraya iaitu denda RM5000 dan tidak dibenarkan mengundi bagi tempoh 5 tahun .

Kenyataan dan keputusan SPR tersebut telah menerima bantahan terutama parti-parti dalam Pakatan Rakyat dan memperlihatkan alasan dan keputusan SPR keterlaluan dan tidak munasabah. Sebab itu kita mempersoalkan SPR , berapa banyakkah bukti kukuh bahawa kekecohan berlaku akibat daripada pengwujudan pondok panas . Sedangkan dalam sejarah pilihanraya sama ada pilihanraya umum atau PRK ianya memberikan manafaat yang baik dan berguna kepada Parti Pembangkang dan Parti Kerajaan .

Pondok panas sepertimana lazimnya diketahui sebagai tempat semakan pengundi dikendalikan oleh parti-parti politik dan bukan sebagai tempat 'Pusat Ketegangan' sepertimana yang didakwa oleh Pengerusi SPR . Dan sekiranya berlaku kekecohan dan ketegangan , ianya berpunca daripada kegagalan pihak berkuasa untuk membendung suasana ketika itu. Dan SPR harus sedar bahawa pengwujudan pondok panas adalah membantu agar proses demokrasi berjalan dengan baik.

SPR tidak perlu kesal dengan tindakan parti-parti Pakatan Rakyat yang menolak keputusan tersebut , bukan semua yang dicadangkan oleh SPR mesti diterima kerana SPR memandang daripada sudut pentadbiran dan pengurusan manakala Pakatan Rakyat memandang daripada sudut politik , dan ini merupakan hak Pakatan Rakyat untuk menolak.

Malah beliau juga menyatakan akan menghadkan jumlah penyokong parti-parti politik sewaktu hari penamaan calon adalah tindakan yang dangkal dan seolah-olah SPR dikuasai oleh BN kerana apabila setiap kali penamaan calon jumlah kehadiran para penyokong Paktan Rakyat secara sukarela , 2 hingga 3 kali ganda berbanding para penyokong BN yang datang dengan diangkut , dibayar dan dipaksa. Sudah pasti SPR tidak akan mampu menyekat kehadiran para penyokong untuk hadir ke hari penamaan calon .

Keputusan dan tindakan SPR bersifat kebudak-budakkan ,sedangkan isu utama yang melibatkan integriti dan kredibiliti serta profesional SPR tidak diutamakan iaitu pembersihan daftar pemilih yang sentiasa menimbulkan ketegangan ! bukan pondok panas tapi sikap ketidaktelusan SPR yang telah mengakibatkan ketegangan ini. Tindakan tidak membenarkan perayu undi adalah seolah tindakan bagi menghalalkan pengundi 'hantu' masuk dan hadir mengundi tanpa sebarang masalah.

SPR adalah menjadi punca wujudnya suasana tidak aman , tidak tenang dan ketegangan . SPR wajib bersifat profesional dan adil . BERSIHKAN dengan segera daftar pemilih yang sudah sekian lama menjadi isu setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil iaitu melibatkan isu 'pengundi hantu' atau 'pengundi ragu'. SPR harus mengambil tindakan terhadap permintaan dan tuntutan gerakan BERSIH yang telah mengadakan satu himpunan massa yang melibatkan hampir ratusan ribu rakyat menuntut supaya SPR MESTI BERSIH !

SPR mesti menarikbalik larangan pondok panas dan perayu undi tersebut. Rakyat ingin melihat SPR benar-benar telus,adil dan profesional . Bukan menjadi 'alat dan perkakas' kepada UMNO/BN.

FARIZ MUSA
PENGARAH PILIHANRAYA
BIRO PILIHANRAYA AMK MALAYSIA

Jumaat, 1 Mei 2009

KES UGUT SMS : POLIS DIMINTA PERCEPATKAN SIASATAN

1 Mei 2009

AMK Negeri Terengganu memohon pihak Polis Di Raja Malaysia ( PDRM ) dengan segera menahan dan mendakwa individu yang terlibat dalam kes ugutan bunuh melalui Sistem Pesanan Ringkas ( SMS ) terhadap 3 orang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) UMNO / BN .

AMK Negeri Terengganu menganggap kes ini adalah sangat serius dan memohon pihak PDRM bertindak profesional dan dengan segera menyiasat kes tersebut tanpa meletakkan PDRM dalam kancah politik .

Baru-baru ini pihak PDRM telah mendedahkan kepada umum di mana penahanan seorang kerani syarikat swasta untuk membantu penyiasatan kes tersebut tetapi sehingga sekarang rakyat Negeri Terengganu masih menunggu keputusan hasil siasatan tindakan jenayah tersebut . AMK Negeri Terengganu difahamkan bahawa kerani syarikat swasta tersebut telah pun dibebaskan .

AMK Negeri Terengganu yakin dan percaya bahawa terdapat "dalang utama" yang telah mengarahkan kerani syarikat swasta tersebut mengambil tindakan mengirim SMS berbentuk ugutan bunuh . AMK yakin individu tersebut sudah pasti sedar bahawa tindakan beliau adalah berisiko tinggi , boleh dikesan , serius dan akan berdepan dengan tindakan undang-undang . Beliau tidak akan berani bertindak sedemikian tanpa diarah dan dijanjikan dengan jaminan keselamatan beliau serta terselamat daripada sebarang tindakan undang-undang !

PDRM mempunyai kecekapan dan kehebatan serta mempunyai teknologi yang canggih dalam mengesan dan menyiasat kes-kes sebegini seperti SMS , blog dan email , sepertimana penyelesaian serta tindakan segera , tangkas dan cepat pihak PDRM dalam menahan dan mendakwa individu-individu yang terlibat dalam kes penghinaan terhadap Sultan Perak baru-baru ini . Cepat dan segera !

AMK Negeri Terengganu benar-benar merasa sangat hairan kenapa dalam kes SMS ugutan bunuh terhadap 3 ADUN UMNO / BN , pihak PDRM masih belum dapat menahan , menyiasat dan mendakwa individu dan dalang yang terlibat dalam tindakan jenayah ini . Sedangkan semua SMS adalah melalui Pusat SMS dan akan mampu dengan segera mengesan individu yang terlibat dan akan dapat menyiasat dalang disebalik tindakn tersebut .

AMK Negeri Terengganu yakin dan percaya ianya melibatkan individu-individu penting dalam UMNO / BN Negeri Terengganu .

Justeru , AMK Negeri Terengganu memohon agar pihak PDRM bertindak telus dan profesional menahan , menyiasat dan mendakwa dengan segera mereka yang terlibat dalam kes tersebut tanpa dipengaruhi dan campurtangan mana-mana pihak . PDRM jangan meletakkan diri dalam situasi politik dan bersifat pilih kasih .

FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu

Hari mengundi DUN Penanti 31 Mei

Apr 27, Hari mengundi bagi kerusi DUN Penanti ditetapkan pada 31 Mei dan hari penamaan calon pula 23 Mei, demikian pengumuman Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Kerusi itu dikosongkan oleh bekas timbalan satu ketua menteri Pulau Pinang, Mohammad Fairus Khairuddin pada 16 April lalu.
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, suruhanjaya itu melarang penggunaan pondok panas dan perayu undi dalam pilihanraya kecil kali ini.
Katanya, keputusan itu bagi membolehkan hari mengundi berjalan dengan “aman, tenang dan tanpa kesesakan lalulintas,” selain “menyejukkan suasana” selepas berkempen.
Tambahnya, tempoh berkempen selama lapan hari sudah mencukupi kerana hanya sebilangan kecil pengundi atas pagar sahaja yang membuat keputusan di saat akhir.
Abdul Aziz berkata, pondok panas menjadi “pusat ketegangan” semasa hari pengundian.
“Saya tidak tahu hendak menjelaskan gelagatnya (di pondok panas). Kadang-kadang macam dirasuk hantu. Bila kita cakap (tegur), dia kata kita pula yang emosional.
‘Merayu dalam kenderaan’
“Semangatnya (penyokong) tinggi dan bilangannya ramai,” katanya dalam sidang media di pejabatnya di Putrajaya pagi ini.
Jelasnya lagi, SPR bagaimanapun masih membenarkan parti politik bertanding merayu di dalam kenderaan sewaktu menghantar pemilih ke tempat pembuangan undi.
“(Pengangkutan) itu perkhidmatan. Dalam kereta itu, bolehlah cakap (kempen),” katanya.
Ditanya bentuk tindakan yang boleh dikenakan terhadap pihak yang melanggar arahan itu, Abdul Aziz berkata, mereka boleh didenda RM5,000 dan tidak dibenarkan mengundi bagi tempoh lima tahun seperti Seksyen 27(1) Akta Kesalahan Pilihanraya.
Ditanya sama ada suruhanjaya itu sengaja melewatkan pengumuman tarikh-tarikh tersebut untuk membolehkan Umno mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi, Jumaat lepas, beliau berkata:
“Pertama, tidak ada penanguhan sama sekali. Kita tunda pengumuman itu bagi menyelaraskan pegawai-pegawai kita. Kita juga perlu menemui pihak parti politik pada hari Khamis.‘Umum ikut tempoh’
“Saya juga perlu dapatkan kebenaran bertulis daripada pemilik bangunan, sekolah dan Insitut Kemahiran Belia Negara (untuk pusat pengundian).
“Dan (perkara ini) tiada kena-mengena dengan (MT) Umno. Kita pun tidak tahu mesyuarat itu, kecuali apabila ada orang bangkitkan perkara ini. Tidak sama sekali. Tidak relevan sama sekali mesyuarat MT Umno dengan keputusan SPR,” kata Abdul Aziz.
“Kita umumkan dalam tempoh yang ditetapkan undang-undang. Kecuali saya mengumumkan pada hari kedua belas dan ketiga belas (selepas bermesyuarat).”
Selain itu, diminta menjelaskan tindakan SPR menetapkan hari pengundian DUN Penanti pada Ahad, berbeza dengan tiga pilihanraya kecil sebelum ini, Abdul Aziz berkata, ia bertujuan memudahkan orang ramai.
Pilihanraya kecil Penanti menggunakan daftar yang dikemaskini sehinggi 16 April dan mengandungi 15,384 pemilih, termasuk 24 pemilih pos.
Daripada jumlah itu, 72.68 peratus Melayu, 24.22 peratus (Cina), 2.3 (India) dan 0.71 lain-lain kaum.
Pengundian di 32 saluran akan berjalan di sembilan pusat pengundian - lapan sekolah dan satu dewan insitut belia.
Abdul Aziz berkata, 242 petugas SPR akan terlibat mengendalikan pilihanraya kecil itu dengan perbelanjaan RM500,000.
Mafrel jadi pemantau
Beliau juga berkata, jika BN tidak bertanding dalam pilihanraya kecil DUN Penanti, ia merupakan kali pertama dalam sejarah.
Katanya, untuk pilihanraya ini, SPR bersetuju menubuhkan dua pasukan penguatkuasa kempen pilihanraya (PP-KPR) yang bertanggungjawab memantau pemasangan bahan kempen dan segala aktiviti kempen sepanjang tempoh rasmi berkempen dari 23 Mei sehingga selesai hari mengundi jam 5 petang pada 31 Mei.
Abdul Aziz berkata, PP-KPR akan diketuai seorang pegawai penguatkuasa dan dianggotai seorang pegawai polis, seorang wakil pihak berkuasa tempatan (PBT) dan wakil-wakil calon yang bertanding.
SPR juga, katanya, bersetuju membenarkan Pemantau Pilihanraya Bebas dan Adil Mafrel) menjadi pemerhati perjalanan pilihanraya kecil tersebut, dan meminta mereka menghubungi urusetia SPR untuk urusan pelantikan dan syarat-syarat yang akan ditetapkan.
Abdul Aziz berkata daftar pemilih bagi bahagian pilihanrayaberkenaan akan mula dijual pada 8 Mei ini.
“Pengundi dalam bahagian pilihanraya berkenaan juga boleh membuat semakan melalui lamanweb SPR iaitu www.spr.gov.my dan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) dengan menaip SPR SEMAK NO KAD PENGENALAN dan hantar kepada 15888 mulai 8 Mei ini.
“Selain itu, para pengundi juga boleh menelefon ibu pejabat SPR di Putrajaya di talian 03-8885 6500 dan Pejabat Pilihanraya Negeri Pulau Pinang di talian 04-261 7692,” katanya.

Khamis, 30 April 2009

JADUAL AKTIVITI MEI 2009


2 Mei 2009

( 5 petang ) - Mesyuarat bersama AMK Permatang Pauh dan AMK Negeri Pulau Pinang di Yayasan Aman , Penanti

( 9 malam ) - Ceramah di Penanti dan pelancaran Blog BIRO PILIHANRAYA AMK oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim , Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat


3 Mei 2009

- Perjumpaan Biro Pilihanraya AMK Malaysia


6 Mei 2009

( 10 malam ) - Mesyuarat Jawatankuasa Pilihanraya Pusat ( JPRP ) di Bilik Mesyuarat MPT , Ibu Pejabat PKR


16 Mei 2009

- Ceramah di DUN Seri Setia , Selangor Darul Ihsan

Rabu, 29 April 2009

PRK PENANTI : APA LAGI MUSLIHAT SPR ?

Suruhanjaya Pilihanraya telah mengumumkan bahawa DUN Penanti akan diadakan Pilihanraya Kecil ekoran perletakan jawatan Sdr. Fairus Khairudin , Bekas Timbalan Ketua Pulau Pinang 1 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti . Baru-baru ini kita berdepan dengan isu pelibatan Fairus yang ditahan oleh SPRM kerana terlibat dengan rasuah . Akhirnya SPRM telah memutuskan Fairus didapati tidak bersalah . Apa pun terima kasih atas segala jasa dan komitmen Fairus yang sanggup meletakkan jawatan kerana mempertahankan parti dan perjuangan serta tetap terus bersama parti dan Ketua Umum YB Datuk Seri Anwar Ibrahim . Malah membanggakan sanggup untuk bersama dalam kempen PRK Penanti .

Pengumuman PRK Penanti telah dibuat oleh SPR dan menetapkan Hari Penamaan Calon ialah 23 Mei 2009 ( Sabtu ) dan manakala Hari Mengundi ialah 31 Mei 2009 ( Ahad ) . Kalau sebelum ini , SPR sengaja menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja ! Muslihat apa pula ini ?

Di Bukit Selambau , SPR menafikan adanya Pengundi Hantu atau Ragu . Walaupun kita berjaya mengesan sejumlah 3029 orang pengundi yang berstatus sedemikian . Malah di Taman Bandar Baru yang terletak dalam Daerah Mengundi ( DM ) Taman Bandar Baru sejumlah 2215 dikesan Pengundi Hantu atau Ragu iaitu 64% daripada keseluruhan pengundi berdaftar sejumlah 3544 orang . Terdapat 79 buah lokasi rumah yang dipergunakan alamat untuk mendaftarkan pengundi-pengundi ini . Terdapat 60 - 26 orang pengundi dalam satu-satu alamat. Malah kita kemukakan bukti kukuh , berasas dan laporan polis dibuat oleh tuan rumah serta AMK. AMK juga menghantar memorandum kepada SPR dan meminta SPR membersihkan Daftar Mengundi. Malangnya jawapan daripada SPR ialah dakwaan AMK adalah tidak benar !

Kali ini di Penanti apa lagi tindakan dan muslihat SPR ? Di Batang Ai , terdapat 14 buah peti undi yang terpaksa dibawa dengan menggunakan helikopter dan pembilangan undi dibuat secara berkelompok. Menghairan kesemua peti-peti undi yang dibawa melalui helikopter Parti Keadilan Rakyat kalah teruk ! Sedangkan banyak peti undi yang lain yang membuat pengiraan di tempat mengundi dimenangi oleh Parti Keadilan Rakyat . Akhirnya kita kalah di Batang Ai.

Perhimpunan BERSIH pada 10 November 2007 yang melibatkan puluhan ribu rakyat turun ke jalanraya adalah satu tindakan bersungguh-sungguh rakyat agar berlaku satu REFORMASI dalam SPR dengan menuntut 4 tuntutan antaranya ialah Pembersihan daftar pemilih daripada nama-nama yang tidak sayugia wujud. Ia termasuk apa yang disifatkan sebagai 'pengundi hantu', pemilih yang telah mati dan seumpamanya. Ia bagi mengelakkan sebarang kecenderungan penyalahgunaan nama terbabit atau penipuan oleh mana-mana pihak yang bertanding seharusnya menjadi perhatian kepada pihak SPR .

Sampai bila SPR mahu terus bersandiwara dan menjadi 'orang suruhan BN' ? Kita memerlukan SPR yang benar-benar BERSIH , telus , adil dan profesional .

TAHNIAH DR MANSOR OTHMAN !



28 April 2009
(Permatang Pauh, Pulau Pinang) Sesudahnya tsunami politik Mac 2008, rakyat Malaysia kembali ke peti undi sebanyak lima kali. Empat darinya kita menyaksikan rakyat Malaysia memilih Pakatan Rakyat, yang kelimanya walaupun dicemari politik wang dan penipuan, menunjukkan betapa rakyat begitu mengidamkan perubahan dan politik baru di negara ini.
Mesejnya jelas. Rakyat Malaysia mahukan perubahan dan menidakkan pemerintahan BN yang dikuasai Umno. Mereka mendakap perjuangan Pakatan Rakyat yang mahukan rakyat bersatu padu dan berusaha membasmi rasuah serta memastikan tidak ada lagi kaum yang dipinggirkan, baik Melayu mahupun kaum bumiputera Sarawak dan Sabah.
Oleh itu saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan calon KEADILAN bagi kawasan Penanti pada pilihanraya 31 Mei ini ialah En. Mansor bin Othman. Beliau merupakan Ketua Bahagian KEADILAN Balik Pulau dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri KEADILAN Pulau Pinang. Beliau juga telah berkhidmat selama 10 tahun sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat dan Timbalan Pengarah Pilihanraya Pusat KEADILAN. En. Mansor Othman juga telah berkhidmat dengan saya yang pada ketika itu merupakan Timbalan Perdana Menteri sebagai Setiausaha Politik dari tahun 1996-1998.
Beliau telah mencurahkan tenaga demi membawa pembangunan ke Pulau Pinang dan saya yakin beliau bersedia untuk berkhidmat untuk penduduk Penanti sepenuh jiwa dan raga.
En. Mansor merupakan pemegang ijazah sarjana dari Universiti Sains Malaysia dan sarjana falsafah serta sarjana sastera dari Universiti Yale. Beliau merupakan Profesor Madya di USM dan Pengarah Pusat Kajian Dasar. Beliau secara aktif berusaha meningkatkan taraf pendidikan dan program belia di Pulau Pinang dengan penglibatan sebagai ahli Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat dan Jawatankuasa Program Pembangunan Belia. Sebagai exco PEMADAM, beliau bekerja keras meningkatkan kesedaran awam berhubung penyalahgunaan serta langkah-langkah pencegahan dari terlibat dengan dadah.
Melalui program TEKUN di mana beliau sebagai Pengurus Besar, En. Mansor Othman terlibat secara aktif dalam pembangunan usahawan bumiputera, bertujuan meningkatkan kemahiran usahawan kecil dan sederhana serta membiayai usaha mereka dengan pemberian kredit mikro.
Saya merakamkan ucapan penghargaan kepada YAB Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana sudi bersama kita malam ini dan membuktikan kepada semua keteguhan kerjasama Pakatan Rakyat. Parti Keadilan Rakyat yakin DAP dan PAS pasti bersama-sama di dalam pihanraya kecil ini bagi memastikan kemenangan Pakatan Rakyat.
ANWAR IBRAHIM

Ahad, 26 April 2009

Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda


Dikirim pada April 25, 2009

Pada 26 April 2009, Kelab Anwar Ibrahim (AIC) akan menganjurkan satu aktiviti bagi menghayati semangat Perjuangan Bahasa Melayu bertajuk “Pentas 152: Amanat Buat Pejuang Muda”.
Antara pengisian program tersebut ialah persembahan deklamasi puisi, sajak dan lagu khas dari tetamu jemputan seperti Amin Iskandar (Black) dan Rahmat Haron, wakil-wakil NGO serta wakil-wakil AIC. Berikut adalah butiran program:
Tarikh : 26 April 2009Masa:8 malamTempat: Rumah Kelab AIC (Yayasan Aman PJ)Laman Web Hebahan:www.anwaribrahimclub.compentas152.blogspot.com/
Seterusnya acara kemuncak bagi Pentas 152 adalah merupakan amanat dari Datuk A. Samad Said, Sasterawan Negara yang merupakan Pejuang Bahasa buat sekian lamanya, termasuklah sama-sama memimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).
Semua dijemput hadir.
Semoga usaha kecil ini mampu memberikan impak yang besar di kalangan golongan muda yang sayangkan identiti bangsa!
Acara ini akan disiarkan secara langsung di Justin tv

AKTIVITI FARIZ MUSA BULAN MAC/APRIL



29 Mac - 7 April - Pilihanraya Kecil N25 Bukit Selambau

11 April - Ceramah di Gelang Patah , Johor Darul Takzim

12 April - Ceramah di Parit Sulong , Johor Darul Takzim

13 April - Ceramah di Lenggeng , Negeri Sembilan

14 April - Mesyuarat Biro Politik AMK Pusat di Ibu Pejabat PKR
MK Pusat di Pejabat AMK Kotaraja , Selangor

25 April - Mesyuarat Bulanan Exco AMK Pusat di Ibu Pejabat PKR

26 April - 9 pagi - Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) di Ibu Pejabat PKR

- 4 petang - Ceramah Motivasi Kursus Keusahawan di Dewan Audotorium Majlis perbandaran Kelang

- 8 malam - Pentas 152 : Amanat Untuk Pejuang Muda anjuran Anwar Ibrahim Club ( AIC ) di PJ Seksyen 16

- 9 malam - Mesyuarat Biro Pilihanraya AMK Pusat di Ibu Pejabat PKR

Khamis, 23 April 2009

PERLANTIKAN HISAMUDIN HUSSEIN SEBAGAI PENGERUSI PERHUBUNGAN UMNO NEGERI TERENGGANU BUKTI UMNO TERENGGANU MENUJU KEHANCURAN!


AMK Negeri Terengganu menganggap perlantikan Datuk Seri Hisamuddin Hussein yang juga merupakan Naib Presiden UMNO menerajui UMNO Terengganu bagi mengantikan YAB Datuk Ahmad Said yang sebelum ini sebagai Pengerusi Pergubungan UMNO Negeri Terengganu merupakan bukti kukuh UMNO Terengganu dalam keadaan yang semakin parah dan " Retak Menunggu Belah " .
Kegagalan Datuk Ahmad Said sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO dan Menteri Besar Negeri Terengganu telah mengundang tindakan drastik ADUN UMNO/BN telah menolak kepimpinan beliau dengan tindakan memalukan beliau dengan tidak hadir dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu baru-baru ini . Datuk Ahmad Said tidak mampu untuk menyatukan UMNO Terengganu dan dilihat UMNO Terengganu semakin lemah .
Perlantikan Datuk Seri Hishamudin Hussein sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu tidak akan mampu menyelesaikan kemelut dan polemik "pergaduhan" dan keretakan UMNO Terengganu yang semakin parah . Penurunan pangkat Datuk Ahmad Said sebagai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO adalah tindakan memalukan ahli UMNO Terengganu yang dilihat kegagalan beliau menerajui dan memimpin UMNO Terengganu dan negeri Terennganu.
Polemik UMNO Terengganu tidak akan mampu diselesaikan dengan perlantikan Datuk Seri Hishamudin Hussein kerana beliau tetap berada di Kuala Lumpur sepenuh masa dan sudah pasti pengurusan UMNO Terengganu tetap akan diuruskan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Terengganu , Datuk Ahmad Said yang merupakan musuh kepada 18 ADUN UMNO.
Rakyat Terengganu sedang 'mentertawakan' gelagat pemimpin-pemimpin UMNO.
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK
merangkap
Ketua AMK Negeri Terengganu