Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menganggap 72 jam tempoh masa yang diberikan oleh pihak polis untuk meminta Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir , bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Negeri Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh untuk membantu siasatan kes ugutan bunuh melalui SMS terhadap 3 ADUN bulan lalu , adalah terlalu lama dan menimbulkan rasa tidak selesa rakyat Terengganu terhadap kredibiliti pihak polis yang masih lagi teragak-agak dan double standard mengambil tindakan secara telus dan profesional berbanding tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat biasa , sedangkan kes ugutan bunuh tersebut adalah serius . Sabtu, 9 Mei 2009
POLIS DIGESA SIASAT IDRIS JUSOH ATAS KEHILANGAN PEGAWAI KHAS BELIAU
Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Terengganu menganggap 72 jam tempoh masa yang diberikan oleh pihak polis untuk meminta Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir , bekas Setiausaha Politik kepada bekas Menteri Besar Negeri Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh untuk membantu siasatan kes ugutan bunuh melalui SMS terhadap 3 ADUN bulan lalu , adalah terlalu lama dan menimbulkan rasa tidak selesa rakyat Terengganu terhadap kredibiliti pihak polis yang masih lagi teragak-agak dan double standard mengambil tindakan secara telus dan profesional berbanding tindakan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan rakyat biasa , sedangkan kes ugutan bunuh tersebut adalah serius . pemimpin pengampu ?
mengambil muka ia tak malu
halal dan haram dibawa lalu
penderitan orang ia tak mau tahu
kesenangan dirinya yang ia buru
diberi nasihat ia berseteru
akalnya busuk hati berbulu
dijadikan pemimpin banyaklah seteru
rakyat sengsara hilir dan hulu
malang menimpa celaka memburu
dijadikan tua membuat malu
dijadikan induk orang tak mahu
memimpin negeri buruklah laku.
( dipetik dari jaranganakmelayu.blogspot.com )
Jumaat, 8 Mei 2009
TAHNIAH ! PEMBEBASAN PEMIMPIN HINDRAF ! TERUSKAN PERJUANGAN ! MAKKAL SAKTI !
MEREKA YANG DIBEBASKAN TERMASUK 3 ORANG PEMIMPIN HINDRAF IAITU -
1. UTHAYAKUMAR
2. YB MANOHARAN
3. VASANTA
TAHNIAH KEPADA TEMAN-TEMAN HINDRAF YANG TERUS BANGKIT BERJUANG TANPA TAKUT DAN GENTAR UNTUK MEMBEBASKAN KESEMUA WIRA HINDRAF YANG DITAHAN DI BAWAH AKTA ZALIM ISA !
MAKKAL SAKTI ! MAKKAL SAKTI ! MAKKAL SAKTI !
tahniah kawanku jayathas !
AMPUN TUANKU SULTAN PERAK : JANGAN ROSAKKAN KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT KEPADA TUANKU
Rabu, 6 Mei 2009
DEMOKRASI BERKUBUR DI PERAK ! JOM PAKAT PAKAI BAJU HITAM !

7 MEI 2009 ( KHAMIS )
TANDA BERKABUNG SEMPENA BERKUBURNYA DEMOKRASI DI NEGERI PERAK !
HANCUR ! HANCUR ! HANCUR UMNO !
HANCUR ! HANCUR ! HANCUR BN !
GERAKAN 1 MALAYSIA GELITA , 1 DITAHAN AKTA HASUTAN

selamat hari jadi altantuya

Kes Altantuya ini tidak akan terpadam begitu sahaja dalam masa terdekat, sebuah stesen TV di Hongkong akan menyiarkan pula drama bersiri mengenai pembunuhan Altantuya. sila klik sini untuk baca lanjut
Selasa, 5 Mei 2009
GHANI PATAIL BERNIAT JAHAT , LUCUT SEGERA AHMAD SAID DARIPADA MB TERENGGANU
Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dikeluarkan oleh Peguam Negara , Tan Sri Abd. Ghani Patail yang menyatakan bahawa YAB Datuk Seri Nizar Jamaludin dilucutkan daripada menjawat jawatan Menteri Besar Negeri Perak kerana tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN Perak . Beliau harus sedar bahawa kedudukan ADUN Barisan Nasional ialah 28 orang adalah sama dengan ADUN Pakatan Rakyat yang juga turut dianggotai oleh 28 ADUN . Sedangkan 3 orang ADUN Bebas tersebut bukan mewakili mana-mana-parti.5 Mei 2009
BEBASKAN SEGERA
Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Mendesak agar YB M. Manoharan dibebaskan dengan segera daripada akta zalim ISA . Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kota Alam Shah akan mengambil tindakan meletakkan jawatan sebagai ADUN kerana beliau tidak dapat menjalankan tanggungjawab beliau kepada rakyat di DUN Kota Alam Shah kerana beliau kini masih ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri ( ISA ) kerana terlibat dengan Hindraf .AMK DESAK SPR BERSIHKAN DAFTAR PENGUNDI !
Justeru bagi mengulangi harapan daripada manifestasi Perhimpunan BERSIH tersebut serta bukti-bukti yang diperolehi dan dikesan oleh Sistem Menang Pilihanraya ( SISMEP ) Parti Keadilan Rakyat dan siasatan secara terperinci kesahihan wujudnya 'Pengundi hantu' atau 'Pengundi Ragu' oleh Pakatan Rakyat dan Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya ( Mafreal ) maka Biro Pilihanraya AMK mendesak Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) MEMBERSIHKAN daftar pengundi agar SPR dilihat benar-benar menjadi badan yang bebas , telus , adil dan profesional . Malah sewaktu PRK DUN Bukit Selambau Biro Pilihanraya AMK telah menghantar memorandum dan senarai keseluruhan 3029 orang pengundi yang boleh dikenalpasti "hantu" atau "ragu" kepada pihak wakil Pengurus SPR di Pejabat Daerah Sungai Petani , Kedah Darul Aman .
Pelbagai usaha telah dibuat oleh pelbagai pihak termasuk Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) membuat laporan Polis , menghantar memorandum , perhimpunan dan sebagainya tetapi SPR terus tidak melakukan sebarang tindakan reformasi dan transformasi secara bersungguh-sungguh dan keberanian membersihkan keseluruhan senarai pengundi agar imej , kredibiliti dan integriti SPR dapat dipulihkan dan dipercayai dan diyakini .
Biro Pilihanraya AMK menganggap SPR wajib menjadi badan yang bebas dan profesional tanpa diganggu gugat atau campurtangan oleh mana pihak khusus parti pemerintah . Walaupun SPR cuba menangkis dan bersikap profesional tetapi berdasarkan beberapa pendekatan , keputusan serta sikap yang dibuat SPR membuktikan SPR menjadi institusi yang berat sebelah dan berada di bawah telunjuk UMNO / BN .
SPR seharusnya membuat tindakan membersihkan diri , memperbaiki dan memulihkan kepercayaan serta integriti daripada semua dakwaan yang dilemparkan oleh semua pihak dan bukannya "memekakkan telinga dan membutakan mata" tanpa bertindak secara positif . Malah berdasarkan segala tuntutan , harapan dan kritikan yang di buat khususnya Pakatan Rakyat tidak lain tidak bukan ianya untuk kebaikan SPR bagi menjana dan memperkasakan SPR yang benar-benar bebas , adil dan profesional . Tidak ada usul , pandangan dan cadangan tersebut merosakkan SPR sebagai badan penting bagi merealitikan amalan demokrasi di Malaysia tetapi adalah kebaikan SPR .
Sekali lagi Biro Pilihanraya AMK atas prinsip demokrasi dan ke arah membaikpulih integriti SPR maka adalah amat relevan SPR mengambil tindakan positif MEMBERSIHKAN senarai Daftar Pengundi terutama dalam menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Penanti .
TAHNIAH ! SELAMAT BERTUGAS !

Berikut adalah amanat DSAI pada 27 April 2009 di Sidang Bulanan Pimpinan Pusat PKR :
"Dalam sidang pimpinan bulanan di Ibu Pejabat hari ini, saya menekankan semula halatuju perjuagan parti: menggilap semula idealisme perjuangan, muhasabah dengan maksud memperbaiki kelemahan dan menjana kekuatan parti dengan memperkemas jentera serta meningkatkan khidmat kapada rakyat.
Untuk maksud tersebut, saya mengemukakan usul mengikut urutan keutamaan yang wajar dilaksanakan segera oleh pimpinan parti.
Pertamanya agar Presiden, Dr Wan Azizah bertanggungjawab memantau liputan media dan segera mengulas isu berbangkit. Kehadiran beliau dirasakan harus lebih menyerlah lagi.
Kedua: Timbalan Presiden, Dr. Syed Husin Ali menumpukan sepenuhnya dalam isu dasar perjuangan yang menunjangi parti - politik, ekonomi, pendidikan dan budaya. Selain isu dasar umum tersebut, perihal yang diprihatinkan masyarakat Melayu dan Bumiputra perlu ditangani.
Ketiga: Naib Presiden, YB Azmin Ali yang melepaskan tugas selaku Pengarah Pilihanraya akan mengetuai pasukan petugas (task force) yang terdiri di kalangan semua Naib Presiden, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Sivarasa, Sdr Mustaffa Kamil Ayub, serta Dr. Jeffrey Kitingan; bersama Ketua AMK Sdr Shamsul Iskandar dan juga Ketua Wanita, YB Zuraida Kamaruddin untuk memperkasa kepimpinan parti di peringkat negeri dan bahagian. Tugas pasukan adalah memastikan kelayakan dan keberkesanan serta disiplin pimpinan negeri, bahagian, Ahli-ahli Parlimen dan Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.
Keempat: Setiausaha Agung, Dato’ Sallehuddin Hashim akan mengurus operasi Ibu Pejabat, perjalanan dan jentera parti, jawatankuasa pengurusan dan kempen keanggotaaan.
Lain-lain perubahan adalah:
Pengarah Pilihanraya: YB Saifuddin Nasution
Pengerusi Jawatankuasa Latihan (kepimpinan parti)- YB Fuziah Salleh
Pengerusi Jawatankuasa Keanggotaan Baru - YB Johari Abdul
Pengarah Strategik - YB Tian Chua
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa: Sdr Mustaffa Kamil Ayub
Ketua Penerangan: Latheefa Koya
Timbalan Setiausaha Agung : Sdr Abdul Halim Mohammed Yussof, Sdr Paul Kadang, YB Raveentharan dan Sharifah Shahidah.
Pimpinan biro kanan selaku Anggota (Jemputan) Biro Politik: Dr Muhammad Nur Manuty, Dr Tan Yee Kew, YB Manikavasagam dan Sdr Baru Bian.
Beberapa anggota lain diputuskan bagi membantu jawatankuasa berkaitan. Ini termasuklah penyertaan YB Wee Chee Keong, YB Gobalakrishnan dan lain-lain."
SPR : BERSIHKAN SEGERA DAFTAR PENGUNDI ! HENDAK BUKTI APA LAGI ?????

LUBOK ANTU 4 April (SK) : Suruhanjaya badan pemerhati bebas pilihanraya (Mafrel) telah mengeluarkan satu kenyataan bahawa terdapat beberapa pengundi yang telah mati tetapi hidup kembali di Dun N29 Batang Ai.
Kes pertama: Batu nesan Dayang Utat Binti Kamaruden (1898-1981) yang bertulis dengan huruf jawi antara pengundi yang tertua di sini. Beliau memegang nombor mykad 981231-13-0146 yang di lahirkan pada tahun 1898, 111 tahun lalu dan telah disahkan meninggal dunia pada 29 Mei 1981. Allahyarham telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam di Kampung Ulu Sri Aman.
Yang menghairankan ialah nama Dayang Utat masih terdapat dalam senarai pengundi di Dun N29 Batang Ai dan nama beliau sekarang ialah ‘Dayang Bt Abg Kam’ didaftarkan pada 5 Februari 2008 dangan kedua-dua nama berkenaan tercatat dalam daftar pengundi mengunakan nombor mykad yang sama.
Kes kedua: Timah ak Ambal (1900-?) Menurut anak saudara Timah iaitu Tay Chow Ming menyatakan bahawa Timah yang memegang Mykat bernombor 001231-50-5984 dilahirkan pada tahun 1900 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Cina bersebelahan kubur suaminya yang terletak dibelakang Bazar Lubok Antu.
Tanah perkuburan yang ditandakan dengan cara tradisional Tajau (buyong) berserta gong untuk menandakan bubur orang Iban di dalam perkarangan tanah perkuburan orang Cina. Mendiang juga memegang nombor Mykad 001231-50-5984.
Kes ketiga: David Aling ak Usit(1942-2007) yang dilahirkan pada 1942 danmeninggal pada tahun 2007 namun hantu beliau masih dapat menggundi kerana nama beliau masih di dalam senarai pengundi di Batang Ai.
“Ini menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak langsung mengeluarkan data pengundi yang telah meninggal dunia tetapi sebaliknya mengemaskinikan nombor Mykad 10-digit dalam rekod data pengundi,” jelas koordinator sukarelawan Mafrel di Batang Ai Peter John Jaban.
Walaupun Mafrel telah mengumumkan pada pilihanraya umum tahun 2008 bahawa seorang pengundi yang berumur 108 tahun telah disahkan meninggal dunia namun pihak SPR masih tidak mengambil sebarang inisiatif untuk menyemak danmengeluarkan nama dalam rekod pendaftaran pengundi.
“Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kini telah menyalahgunakan perkhidmatan e-tadbir untuk menipu data sebagai pengundi hantu, ” jelas Peter lagi
“Peliknya JPN dan SPR menjadi terlalu cekap dalam mengemaskinikan nombor Mykat kepada yang telah meninggal dunia lama sebelum kad berkenaan diperkenalakan kepada orang awam,”jelas Peter.
AMK BANTAH TINDAKAN MEROBOHKAN BANGUNAN MARA KUALA TERENGGANU

Isnin, 4 Mei 2009
Mesyuarat Pimpinan Pakatan Rakyat - Anwar Ibrahim

Rakan-rakan pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi hadir bermesyuarat di ibu pejabat PKR untuk membincangkan beberapa perkara penting menyentuh isu semasa dan berkepentingan umum.
SPR TETAP PERKAKAS UMNO/BN
Sebelum ini Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) Tan Sri Abdul Aziz Yusof telah membuat keputusan tidak membenarkan parti-parti politik mendirikan pondok panas dan perayu undi dan mana-mana parti-parti politik yang melanggar larangan tersebut akan dikenakan denda RM5000 dan tidak dibenarkan bertanding selama 5 tahun sepertimana yang termaktub di dalam Seksyen 26(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 .
Kesemua keputusan tersebut adalah berkuatkuasa dalam Pilihanraya Kecil DUN Penanti pada 23 hingga 31 Mei 2009 . Tindakan menguatkuasakan larangan pondok panas telah mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat dan menganggap tindakan SPR adalah keterlaluan . Sedangkan pada pilihanraya tahun 2004 , pihak SPR telah mengeluarkan arahan larangan yang sama tetapi telah menarik balik larangan tersebut di pagi hari pengundian apabila UMNO/BN mendiri dan menggunakan pondok panas . Sedangkan parti-parti pembangkang akur dengan keputusan larangan pondok panas oleh SPR sebelum ini.
Tindakan menghadkan para penyokong mengiringi calon pada Hari Penamaan Calon adalah satu tindakan yang jelas SPR bertindak sebagai ‘ Perkakas ‘ UMNO / BN . Akur dan patuh kepada UMNO / BN . Dalam beberapa Pilihanraya Kecil bermula daripada PRK Permatang Pauh dan seterusnya PRK Kuala Terengganu , PRK Bukit Gantang dan PRK Bukit Selambau memperlihatkan jumlah kehadiran para penyokong Pakatan Rakyat yang melebihi 5 kali ganda daripada para penyokong UMNO / BN !
Kenyataan Timbalan Pengerusi SPR ,Wan Ahmad yang mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambah dan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.adalah tidak benar . "Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada hari penamaan calon akan bertambah... mungkin beribu-ribu orang dan ia akan terus bertambah," kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasa pilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangor; Permatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.Suasana kekecohan di hari penamaan PRK Ijok adalah kesilapan SPR yang meletakkan lokasi perhimpunan kedua-dua parti politik terlalu dekat dan ianya adalah dimulakan oleh tindakan tidak bermoral serta provokasi para penyokong UMNO / BN yang tidak berdisiplin . Malah insiden di Permatang Pauh yang melibatkan tindakan menyerang pemberita dan juru gambar media adalah disebabkan tindakan keterlauan yang dibuat oleh mereka yang memprovokasi para penyokong Pakatan Rakyat .
Keputusan SPR adalah muktamad ! Muktamad untuk terus menjadi perkakas UMNO/BN? Alasan yang diberikan tidak kukuh dan berat sebelah . Kenapa harus menghalang dan menghadkan para penyokong untuk mengiringi calon pilihan parti mereka? Adakah kerana kemerosotan kehadiran para penyokong UMNO/BN membuatkan tindakan SPR membuat keputusan tersebut?
Bagaimana pula dengan daftar pemilih yang sehingga sekarang tidak diambil tindakan oleh SPR secara serius dan muktamad untuk diBERSIHkan? Kenapa SPR terus “membutakan mata dan memekakkan telinga” apabila suara-suara dan tuntutan supaya SPR memBERSIHkan daftar pemilih? Setiap kali pilihanraya tidak pekakah SPR apabila isu pengundi hantu dan pengundi ragu masih berkumandang? Segala bukti kukuh telah di utarakan kepada SPR , tetapi masih berdolak-dalih dan mencipta pelbagai helah dan alasan malah senada dan selagu dengan kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh para pemimpin UMNO / BN .
Satu suruhanjaya perlu diwujudkan dengan segera untuk menyiasat dan membaikpulihkan Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) ini supaya mendapat keyakinan rakyat sebagai badan bebas , adil , telus dan profesioanal. SPR WAJIB dibebaskan daripada telunjuk UMNO / BN dan menyerahkan SPR berada di bawah kuasa Parlimen.