klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 16 Mei 2009

Kenyataan Akhbar Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

14 Mei 2009

Pendirian Pakatan Rakyat berkenaan Isu Perak dan Junta Myamar

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat PAS Jalan Raja Laut (14 Mei) dan telah mengambil keputusan berikut:Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan YAB Perdana Menteri untuk memperkukuhkan demokrasi dan institusi kerajaan negeri Perak. Kami mengulangi pendirian bahawa mandat seharusnya diserahkan kembali kepada rakyat Perak untuk menentukan kerajaan yang sah.

Kami mengambil maklum bahawa terdapat badan-badan dan individu seperti Yang DiPertua Dewan Negara, institusi seperti Suhakam, Majlis Peguam, ahli akademik, pemimpin dari parti komponen BN dan pelbagai pihak lain yang berpandangan bahawa penyelesaian terbaik bagi masalah Perak adalah dengan membubarkan Dewan Undangan Negeri bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan.

Pakatan Rakyat juga kesal dengan tindakan junta Myanmar yang telah menangkap pejuang hak asasi Myanmar Aung San Suu Kyi atas tuduhan remeh. Tuduhan tersebut adalah tidak munasabah dan tidak dapat diterima. Sehubungan dengan itu pihak kami menggesa kerajaan ASEAN untuk mengambil tindakan dan mendesak Myanmar membebaskan beliau tanpa syarat.

Dato Seri Anwar Ibrahim , Dato’ Seri Abdul Hadi dan Lim Kit Siang

NAJIB : TIDAK RAMPAS KUASA DI PERAK ???

Menjawab soalan daripada pemberita , Najib Tun Razak menafikan bahawa berlaku rampasan kuasa di Perak . Sedangkan apa yang berlaku di Perak , semua orang mengetahui adalah satu tindakan rampasan kuasa yang dilakukan oleh beliau dan UMNO / BN . Bermula dengan tindakan menculik 2 exco / ADUN daripada Parti Keadilan Rakyat yang tiba-tiba hilang dan tidak dapat dikesan . Tiba-tiba muncul dengan mengambil tindakan melompat parti dan menjadi ADUN Bebas . Malah di ikuti oleh seorang ADUN lagi daripada DAP . Terlalu jijik menyebut nama-nama mereka ini .
Tindakan tersebutlah mengakibatkan Najib Tun Razak dan UMNO / BN mengambil ruang bertindak merampas kuasa dengan mengulingkan Kerajaan Pakatan Rakyat . Walaupun tindakan tersebut bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak , mereka sanggup mempergunakan DYMM Sultan Perak bagi memperkenankan perlantikan Menteri Besar baru daripada UMNO / BN. Akhirnya DYMM Sultan dimalukan apabila Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa perlantikan Menteri Besar oleh DYMM Sultan Perak adalah tidak sah . Keputusan yang berlandaskan kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Perak .
Dalam kenyataan beliau juga , Najib cuba mengaitkan dengan tindakan 16 September yang pernah dilaungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim . Cubaan untuk 'merampas kuasa' yang gagal . Sedangkan apa yang berlaku di Perak adalah jauh berbeza dengan apa yang berlaku dengan 16 September . 16 September tidak pernah gagal . 16 September tetap 'dimenangi' oleh Pakatan Rakyat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila melihat ketakutan dan kekalutan UMNO / BN dengan tarikh keramat tersebut . Sekurang-kurangnya serangan psikologi berjaya mengemparkan rakyat Malaysia dan memperlihatkan kesediaan rakyat untuk merubah kerajaan . Malah sehingga sekarang rakyat Malaysia masih menunggu tarikh 16 September tersebut .
Tiada tindakan membeli , merasuah atau menculik ahli-ahli Parlimen BN bagi merealitikan 16 September . Berbeda dengan Najib dan UMNO / BN yang mempergunakan taktik yang kotor dan keji dalam usaha merampas kerajaan negeri Perak . Menculik , membeli dan merasuah 3 ADUN pengkhianat tersebut bagi merealitikan rampasan kuasa di Perak . Malah sanggup memperbodohkan DYMM Sultan Perak .
Najib Tun Razak dalam satu kenyataan yang dipetik di Malaysiakini menyatakan , Sultan Perak juga tidak harus dipersalahkan kerana baginda mengamalkan prinsip dan semangat demokrasi yang sama ketika melantik menteri besar daripada pembangkang dan juga BN. Najib Tun Razak tidak seharusnya menegakkan benang yang basah , kenyataan memperbetulkan fakta yang salah . Tindakan di Perak jelas melanggar prinsip dan semangat demokrasi malah melanggar undang-undang . Kalau DYMM Sultan Perak tidak harus dipersalahkan , ini bermakna yang paling layak untuk dipersalahkan dalam kes rampasan kuasa di perak ini ialah beliau , Najib Tun Razak .
Beliaulah menjadi konspirator utama dalam tindakan merampas kuasa dan yang menjadikan negeri Perak kucar-kacir . Rakyat Perak seluruhnya wajar menuding jari ke muka Najib Razak bahawa beliaulah merupakan penyebab berlakunya konflik politik di Perak dan menjadi punca hilangnya harga diri dan kehormatan DYMM Sultan Perak di mata dan hati rakyat .

Fariz Musa

SIAPAKAH HAKIM DATO' RAMLY MOHD ALI ?

Hakim Dato' Ramly Mohd Ali yang membenarkan permohonan rayuan Dato' Zambry Kadir terhadap keputusan Mahkamah Tinggi berhubung status Menteri Besar Perak, pernah disebut dalam rakaman video Hakim VK Lingam yang mencetuskan kontroversi tidak lama dahulu.

VK Linggam telah menyebut nama tiga orang yang sepatutnya hendak dilantik sebagai hakim.Mereka adalah Dato' Heliliah Mohd Yusof, Dato' Ramly Ali dan Dato Ahmad Maarof. Ketiga-tiga nama ini telah dilantik sebagai Hakim Mahkamah Tinggi oleh Yang Dipertuan Agung pada 1 February 2002 .

ZAMBRY MB SEHINGGA 21 MEI , BUKAN 18 MEI ?

DATUK Seri Dr. Zamry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang mengisytiharkan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Demikian keputusan kebenaran dari Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Ali.
Hal ini berlaku apabila Mahkamah Rayuan menetapkan 18 Mei ini untuk mendengar rayuan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan semalam yang membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Tinggi.
MAKLUMAT TERBARU : MAHKAMAH RAYUAN MENUNDA TARIKH DARIPADA 18 MEI 2009 KEPADA 21 MEI 2009

SELAMAT HARI GURU !

jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa ,
jika hari ini seorang Raja menaiki tahkta ,
jika hari ini seorang Presiden sesebuah negara ,
jika hari ini seorang ulama' yang mulia ,
jika hari ini seorang peguam menang bicara ,
jika hari ini seorang penulis terkemuka ,
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa ,
sejarahnya ....
dimulakan oleh seorang guru biasa ,
dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca ....
... kehebatan dan kecekalan guru dalam mencurahkan ilmu
adalah kehebatan kita bersama . Moga Allah memberkati
perjuangan saudara/saudari , maka setiap keringat yang melahirkan
anak bangsa yang berjiwa negara

( Almarhum Bapak Usman Awang )

- sms yang dikirimkan kepadaku oleh Abang Kamel Rasah

GURU ... dalam ajarnya ada harapan ,
dalam tegurnya ada doa ,
dalam marahnya ada sayang ,
dalam tawa ada tegasnya ,
dalam diam ada bijaksana ,
dalam tangannya kita terbina .
Berbahagialah menjadi guru...
'Selamat Hari Guru'

- sms yang dikirim oleh Tuan Hj Nordin

Nota : walaupun aku bukan lagi kerja cikgu .. "cikgu tidak berpencen" ...tapi sampai mati orang panggil aku 'CIKGU' . AKU NAK UCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA RAKAN-RAKAN GURU YANG PERNAH MENGAJAR DENGAN KU DAN SEMUA WARGA GURU DI SELURUH MALAYSIA .

Anwar cabar Najib adakan p'raya di Perak - Malaysiakini


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kemelut politik di Perak bukanlah isu perundangan yang boleh diselesaikan di mahkamah.

Sebaliknya, beliau yang juga ketua umum PKR berkata, ia hanya boleh diselesaikan melalui pilihanraya yang bebas dan adil.

"Penyelesaiannya bukan pada istana atau mahkamah, tetapi mahkamah rakyat yang akan menentukannya," katanya.

Sehubungan itu, Anwar mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengadakan pilihanraya baru di Perak bagi menyelesaikan kemelut politik sekarang.

Apabila beliau bertanya mengapa Najib perlu takut untuk mengadakan pilihanraya baru di Perak, kira-kira 3,000 hadirin yang memenuhi dewan tersebut melaung: "Najib salah". Najib dikaitkan dengan tindakan BN merampas kuasa di Perak dari Pakatan Rakyat.

Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh menegaskan demikian dalam satu forum di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam tadi.

Tajuk forum tersebut bertajuk 13 Mei hingga 1 Malaysia: Masa depan pembinaan negara Malaysia, anjuran pejabat ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San.

'Saling bertukar MB'

Ahli panel lain ialah pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang juga ahli Parlimen Ipoh Timur serta Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Ketibaan mereka menerima tepukan gemuruh para hadirin.

Kemelut politik antara BN dan Pakatan Rakyat semakin parah apabila jawatan menteri besar salih berganti disandang oleh wakil kedua belah pihak.

Sidang DUN Perak pada 7 Mei lalu juga menyaksikan berlaku kekecohan dan pergaduhan antara kedua belah pihak, termasuk insiden Speaker V Sivakumar diseret keluar DUN.

Sebelum ini, BN mengambil alih pentadbiran negeri Perak selepas mendapat sokongan majoriti apabila tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.

Ekoran itu, Nizar Jamaluddin membawa kes itu ke mahkamah dan kelmarin Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengisytiharkan beliau sebagai menteri besar Perak yang sah.

Berikutan keputusan tersebut, Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan exconya mengosong pejabat dan Nizar kembali bertugas.

Bagaimanapun, Zambry berjaya mendapatkan perintah mahkamah untuk menangguhkan penghakiman mahkamah tinggi itu dan kembali bertugas semula semalam.

Mengulas lanjut mengenai kemelut di Perak itu, Anwar menyifatkan Nizar sebagai "bendahara Tun Perak yang baru".

Mengenai 13 Mei pula, Anwar yang berucap selama 15 minit berkata, selepas peristiwa tersebut, pelbagai slogan perpaduan dilaungkan - termasuk Islam Hadhari dan 1Malaysia - tetapi menurutnya tidak ada sebarang perubahan dasar.

Lim: 7 Mei 'hari memalukan'

"Malaysia tidak perlukan slogan baru, tetapi dasar dan program baru kepada seluruh rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, program dan dasar yang diperkenalkan mestilah mengambil kira kepentingan seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum, terutamanya yang miskin dan terpinggir.

Sementara itu, Kit Siang menyifatkan tanggal 7 Mei sebagai 'hari yang memalukan; dan sebagai 13 Mei yang baru apabila SpeakerSivakumar diseret keluar daripada DUN Perak dan stesen TV dilarang menyiarkan gambar insiden tersebut.

"Tiada lagi 13 Mei, tetapi 7 Mei - hari yang memalukan," katanya, sambil menyifatkan pelik keputusan Mahkamah Rayuan membenarkan penangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi - yang mengisytiharkan Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah - dalam masa yang singkat.

Beliau juga menyindir Zamry sebagai "3 in 1" -- Mandela-Gandhi- Zambry.

Lim juga menyelar rencana di Utusan Malaysia baru-baru ini yang berjudul "Malaysia di ambang republik".

Katanya, tulisan berunsur "hasutan, fitnah dan dusta" itu patut diheret ke mahkamah.

ADUN pelbagai latarbelakang

Sementara itu, Nizar pula berkata, 13 Mei dan politik perkauman wujud akibat warisan penjajah sebelum merdeka.

Katanya, keharmonian kaum sejak ratusan tahun di Malaya sebelum itu, antaranya melalui hubungan perdagangan, tidak mempunyai sebarang masalah.

Menteri besar Pakatan itu mendakwa, Umno menjadi penerus kepada politik perkauman penjajah.

Katanya, kerajaan Perak yang diwakili ADUN pelbagai latarbelakang kaum, jantina dan profesyen, telah berjaya menjamin keharmonian pelbagai pihak - tidak seperti yang berlaku di Terengganu.

"Di Terengganu, semua ADUN Melayu, orang Terengganu makan nasi dagang, tetapi bergaduh tidak selesai sampai sekarang," katanya merujuk kepada konflik majoriti ADUN BN menolak kepimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengulas mengenai kepelbagaian latarbelakang, beliau turut menyebut tentang terdapatnya "satu wanita dan dua lelaki lompat" sambil disambut sorakan "boo" penonton.

Katanya, konspirasi BN di Perak bermula sejurus selepas kemenangan Pakatan dalam pilihanraya umum lalu, dengan tawaran wang berjumlah jutaan ringgit kepada ADUN Pakatan supaya melompat parti.

Malaysiakini

Jumaat, 15 Mei 2009

Zambry bukan MB , hanya ‘caretaker’

4 hari lalu Mahkamah Tinggi telah memutuskan bahawa YAB Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin merupakan Menteri Besar yang sah disisi undang-undang . Dengan ini membuktikan bahawa Datuk Seri Zambry Abdul Kadir adalah Menteri Besar yang tidak sah .
3 hari lepas , Zambry telah memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan . Mahkamah Rayuan menerima rayuan Zambry dan berjaya mendapat perintah menangguh perisytiharan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai ketua kerajaan negeri.
Majlis Peguam dalam kenyataannya berpendirian keputusan Mahkamah Rayuan itu bererti Zambry hanyalah penjaga kuasa kerajaan negeri atau “head of a caretaker government” sehingga rayuan penuh beliau didengar.
Justeru Zambry tidak ada hak untuk membuat sebarang tindakan dengan menggunakan kuasa Menteri Besar kerana beliau hanyalah ‘penjaga’ kerajaan negeri buat sementara waktu .
Dalam pada itu, Peguam Nizar pula menfailkan permohonan bagi mengenepikan perintah Mahkamah Rayuan yang diperolehi oleh Zambry.
Konflik politik Perak terus berlarutan bagai tiada kesudahan . Rakyat negeri Perak menjadi mangsa percaturan dan konspirasi jahat UMNO / BN . Pakatan Rakyat terus konsisten agar pembubaran Dun Perak berlaku dan memberikan mandat kepada rakyat menentukan sama ada Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional sebagai peneraju Kerajaan Negeri Perak .

Khamis, 14 Mei 2009

Permohonan tangguh burukkan politik - Fariz Musa

KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) kesal dengan tindakan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir membuat permohonan untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi ( Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas ) yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah .
Timbalan Ketua AMK Pusat , Fariz Musa berkata , rayuan tersebut dilihat cuba mengeruhkan keadaan dan menjadikan suasana politik di Perak bertambah teruk .
" Keadaan ini sekali lagi meletakkan situasi politik di negeri itu dalam keadaan tidak menentu," katanya kepada Sinar Harian , semalam .
Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir kekal sebagai Menteri Besar Perak sehingga Mahkamah Rayuan menyelesaikan kes rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan lawannya , Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah .
Menurut Fariz , Mahkamah Tinggi sebelum ini memberi keputusan tepat berdasarkan undang-undang tubuah negeri Perak .
Katanya , perlucutan dan pemecatan Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar sebelum ini adalah tindakan bertentangan dengan undang-undang dan menganggap wujudnya konspirasi untuk kepentingan pihak lain dalam usaha menguasai Perak .

( Dipetik dari Akhbar SINAR HARIAN Edisi Terengganu 14 Mei 2009 )

Kenyataan Akhbar Pakatan Rakyat13 Mei 2009Rumusan

Pertemuan Tertutup dengan Suruhanjaya Pilihanraya

Pihak jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya di pejabat SPR di Putrajaya semalam 12 Mei.Rombongan Pakatan Rakyat terdiri daripada YB Dr Dzulkifli Ahmad (PAS), YB Saifuddin Nasution (PKR), YB Liew Chin Tong (DAP), YB Dato’ Johari Abdul (PKR), YB Dr Siti Mariah (PAS), YB Tian Chua (PKR), YB Manikavasagam (PKR) dan Sdr Saiful Izham sebagai penasihat Undang-undang.
Rombongan kami telah disambut oleh Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia dan para pegawai kanan SPR.Antara rumusan pertemuan tersebut adalah:
1) Peraturan Pondok PanasKedua pihak bersetuju setelah merujuk peruntukan undang-undang bahawa proses semakan daftar pemilih di luar jarak 50 meter dari kawasan mengundi boleh dibuat oleh semua pihak. Untuk itu pihak SPR tiada halangan bagi mana-mana parti berbuat demikian.
2) Menghadkan jumlah penyokongSPR bersetuju bahawa cadangan untuk menghadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon adalah sesuatu yang sukar dikuatkuasakan dan tiada peruntukan undang-undang bagi perkara tersebut. Bagaimanapun SPR menasihatkan semua parti yang bertanding agar tidak membuat kerahan bagi mengelakkan keadaan menjadi terlalu sesak.
3) Larangan berkempenSemua pihak bersetuju bahawa semua parti tidak dibenarkan meneruskan aktiviti berkempen selepas jam 12 malam pada malam sebelum hari mengundi.
Untuk itu larangan ini harus dikuatkuasakan ke atas semua parti yang bertanding.Kedua pihak juga bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkala bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit sekurang-kurangnya setiap 3 bulan.
SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT(Sebarang pertanyaan, sila hubungi Setiausaha Kerja Pakatan Rakyat Shabrimi pada talian 016-4124735.)

Rabu, 13 Mei 2009

Zambry bertekad teruskan perjuangan tegakkan kebenaran


Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang bersandarkan semangat pemimpin tersohor Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela akan meneruskan usaha menegakkan kebenaran di Perak.

Kebenaran apa yang hendak ditegakkan oleh Zambry? Kalau betul hendak bersandarkan kepada semangat Mahathma Gandhi dan Nelson Mandela , Zambry harus berani menegakkan kebenaran bahawa tindakan beliau dan UMNO/BN adalah zalim dan tidak bermoral lagi menjijikkan , merampas kuasa dengan cara yang tidak bermoral , biadab dan kurang ajar . Dedahkan kebenaran bagaimana 2 orang pengkhianat dari Parti Keadilan Rakyat diculik kemudian bertindak keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan melompat menjadi ADUN Bebas . Dedahkan kebenaran berapakah bayaran yang dibayar untuk mereka bertindak sedemikian rupa . Dedahkan bagaimana konspirasi jahat lagi menjijikkan Najib Tun Razak dalam usaha menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak .

Zambry kalau benar hendak menegakkan kebenaran sepertimana Ghandi dan Mandela , nyatakan dengan berani bahawa tindakan Najib dan UMNO/BN adalah bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak . Kalau ingin tegakkan kebenaran Zambry tidak akan bertindak memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan dan dengan berani mengiytiharkan Ir Nizar adalah Menteri Besar yang sah berdasarkan undang-undang . Zambry akan berani bersetuju menyatakan keputusan hakim adalah berdasarkan fakta berdasarkan undang-undang dan perlantikan beliau sebagai Menteri Besar adalah tidak sah !

Sekiranya benar Zambry hendak tegakkan kebenaran , maka jelaskan kepada rakyat tindakan niat jahat beliau terhadap kekecohan dalam Persidangan DUN Perak tanggal 7 Mei 2009 . Sehingga sanggup beliau , ADUN UMNO/BN dan Bebas mencemar dewan yang mulia dengan tindakan undang-undang rimba hingga sanggup 'memijak' Undang-Undang Tubuh Negeri Perak .

Justeru , kebenaran apa yang cuba Zambry tegakkan ???????? Menegakkan benang yang basah? atau kebenaran "matlamat menghalalkan cara" !

ITUKAH YANG DIAJAR OLEH TOKOH TERSOHOR MAHATHMA GHANDI DAN NELSON MANDELA ??

SPR-Pakatan setuju larangan pondok panas ditarik balik

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Pakatan Rakyat bersetuju supaya larangan bagi parti-parti politik untuk mengadakan pondok panas ditarik balik.
Persetujuan tersebut dicapai oleh kedua-dua pihak setelah merujuk peruntukan undang-undang bahawa proses semakan daftar pemilih di pondok panas yang terletak 50 meter dari pusat pengundian boleh dibuat oleh semua pihak.
Menurut satu kenyataan daripada Sekretariat Pakatan Rakyat, SPR tiada halangan bagi mana-mana parti politik untuk mendirikan pondok panas masing-masing.
Semalam, pihak jawatankuasa Pilihanraya Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan tertutup dengan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bagi membincangkan mengenai keputusan suruhajaya itu sebelum ini yang melarang parti-parti politik mengadakan pondok panas dan memancing undi pada hari mengundi.
Selain itu SPR juga bersetuju bahawa cadangan untuk menghadkan jumlah penyokong pada hari penamaan calon adalah sesuatu yang sukar dikuatkuasakan dan tiada peruntukan undang-undang bagi perkara tersebut.
Bagaimanapun menurut kenyataan itu juga, SPR menasihatkan semua parti yang bertanding agar tidak membuat kerahan bagi mengelakkan keadaan menjadi terlalu sesak.
Pakatan Rakyat sebelum ini menyuarakan bantahan terhadap larangan SPR agar parti-parti politik yang bertanding tidak membawa penyokong melebihi 5,000 orang pada hari penamaan calon.
Menerusi pertemuan tersebut juga, kedua-dua pihak bersetuju bahawa semua parti tidak dibenarkan meneruskan aktiviti berkempen selepas jam 12 malam pada malam sebelum hari mengundi.
Oleh yang demikian Pakatan Rakyat mahu larangan tersebut dikuatkuasakan ke atas semua parti yang bertanding.
Dalam pada itu, SPR dan Pakatan Rakyat turut bersetuju untuk mengadakan pertemuan berkala bagi membincangkan perkara-perkara berbangkit sekurang-kurangnya setiap tiga bulan.
Wakil Pakatan Rakyat yang hadir dalam pertemuan semalam ialah Dr Dzulkifli Ahmad (PAS), Saifuddin Nasution (PKR), Liew Chin Tong (DAP), Datuk Johari Abdul (PKR), Dr Siti Mariah (PAS), Tian Chua (PKR), Manikavasagam (PKR) dan Saiful Izham sebagai penasihat Undang-undang.
( dipetik daripada Mstar )

BUBAR DUN LANGKAH TERBAIK , BIAR RAKYAT PERAK MENENTUKAN KEPUTUSAN! SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT !

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menyatakan pendirian BERSETUJU dan MENYOKONG cadangan pembubaran Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak . Tindakan ini adalah merupakan jalan terbaik dalam usaha menjernihkan suasana yang berlaku akibat krisis politik di negeri Perak . Kemelut politik ini menjadi semakin parah dari masa ke semasa . Pertembungan “ gajah sama gajah , kancil tersepit di tengah-tengah” harus difikirkan secara rasional oleh semua pihak khususnya UMNO / Barisan Nasional . Persoalan ialah kenapa UMNO/Barisan Nasional begitu takut sekiranya berlakunya pembubaran DUN Perak . Sedarlah bahawa yang menjadi mangsa kepada suasana dan keadaan ini ialah rakyat negeri Perak khususnya . Sebelum itu , kronologi kekalutan politik di Perak cukup nyata apabila kekecohan Sidang DUN Perak pada 7 Mei 2009 , 11 Mei 2009 pula menyaksikan Mahkamah Tinggi menentukan YAB Mohamad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah daripada segi perlembagaan . 12 Mei 2009 , YB Datuk Zambry memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan yang memperlihatkan Zambry terus berada di kerusi Menteri Besar sehingga pembicaraan dan keputusan di buat oleh mahkamah . Insiden dalam Sidang DUN menyebabkan YB Dato Seri Hj. Abdul Hadi Awang , Presiden PAS mengulangi amaran beliau, kesabaran PAS atas apa yang dilakukan oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional ada batasnya , membujur lalu melintang patah . Lepas itu apa pula? Atau lebih rela membiarkan konflik politik ini berlarutan tanpa kesudahan ?
Justeru mandat harus diberikan kepada rakyat untuk menentukan parti manakah yang bakal menerajui negeri dan rakyat negeri Perak melalui pilihanraya Dewan Undangan Negeri ( DUN ) Perak.Biar rakyat yang menentukan kerajaan pilihan mereka , sama ada memilih Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional .

AMK merayu perkenan DYMM Sultan Perak yang bijaksana untuk menyelesaikan polemik dan konflik politik ini dengan bertindak membubarkan DUN Perak . YAB Datuk Seri Ir Mohamad Nizar Jamaludin dan seluruh ADUN Pakatan Rakyat sudah bersedia bersetuju membulat tekad agar DUN Perak dibubarkan . Biar rakyat Perak yang menentukan pilihan mereka . Tindakan membiarkan konflik politik ini akan pasti mengundang dan mengakibatkan suasana politik di negeri Perak sentiasa tegang dan tidak ketentuan .
AMK yakin DYMM Tuanku Sultan tidak akan sanggup dan rela melihat rakyat negeri Perak menderita kerana angkara ini . Jangan sampai rakyat negeri Perak tidak lagi menghormati DYMM Tuanku Sultan dan institusi raja berperlembagaan . Adalah amat hairan sekiranya DYMM Tuanku Sultan Perak masih mampu ‘menutup mata , memekakkan telinga’ dengan apa yang berlaku . Masih tidak mampu menggunakan akal fikir dan budi bicara . Walaupun tiada peruntukkan undang-undang membubarkan DUN dengan cara tersebut oleh DYMM Sultan tetapi kita yakin baginda ada formula tertentu untuk memastikan DUN Perak dibubarkan bagi ke arah membentuk kestabilan politik di negeri Perak .
Konflik politik yang berlaku sudah tentu memberikan kesan kepada rakyat negeri Perak . Angkara 3 ADUN pengkhianat yang melacurkan prinsip dan perjuangan . Rakyat sedang melihat telatah dan ragam orang-orang politik . Kenapa harus membiarkan suasana ini terus terjadi ? Kenapa formula membubarkan DUN tidak dilaksanakan ? Kenapa susah sangat untuk memberikan hak kepada rakyat dalam menentukan keputusan memilih kerajaan negeri bagi mengurustadbirkan negeri Perak .
Kepentingan dan ketuanan rakyat adalah sangat penting . ‘Suara Rakyat Suara Keramat’ harus diyakini dan diakui oleh semua pihak . Berikan kepercayaan kepada rakyat kerana rakyat adalah hakim yang akan menentukan keputusan . Pakatan Rakyat sedia hadapi segala kemungkinan di gelanggang . Menang atau kalah biarlah di gelanggang bukan bertindak di luar dan membelakangkan undang-undang atau perlembagaan . Merampas kuasa dan hak dengan cara kotor dan jelek . Membentuk pakatan jahat atau konspirasi yang terhina dan mengemplimentasikan ‘matlamat menghalalkan cara’. Menghancurkan keadilan dan kebenaran tetapi menegakkan kezaliman dan kebobrokkan. Sehingga sanggup mempermainkan DYMM Sultan untuk merealitikan kepentingan diri dan nafsu serakah mereka . Sehingga demokrasi diperkotak-katikkan .
Bubar Dewan Undangan Negeri Perak adalah langkah paling efektif dan yang paling terbaik dalam menyelesaikan konflik politik di negeri Perak . Berikan kuasa kepada rakyat dan serah mandat kepada rakyat negeri Perak menentukan samada memilih Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat !

Demi perpaduan dan kesejahteraan rakyat dan negeri Perak , AMK mencabar UMNO/Barisan Nasional bersetuju dan menyokong pembubaran DUN Perak supaya memberikan mandat kepada rakyat menentukan kerajaan negeri Perak !

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK

Selasa, 12 Mei 2009

krisis Perak berlarutan

May 12, 09 10:00am

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Zambry Abd Kadir untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang mengisytiharkan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak yang sah.Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan yang dikemukakan oleh Zambry berhubung perkara tersebut.Beliau memfailkan rayuan tersebut pagi tadi dan akan didengar secepat mungkin.Selepas keputusan dibuat pada kira-kira jam 1 tengahari, peguam Umno, Hafarizam Harun menggesa Nizar supaya mengosongkan pejabat menteri besar untuk memboleh Zambry kembali bertugas.
Manakala peguam Sulaiman Abdullah yang mewakili Nizar berkata menunggu arahan daripada anak guamnya mengenai langkah seterusnya.Keputusan mahkamah pagi ini sekali lagi meletakkan situasi politik di Perak dalam keadaan tidak menentu dengan BN dan Pakatan Rakyat masing-masing berentap untuk menjadi menteri besar.Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Ramly Mohd Ali mendengar permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi semalam. Peguam Zambry berhujah bahawa penangguhan keputusan mahkamah semalam adalah penting untuk menghalang Nizar daripada mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri.
Peguam utamanya, Cecil Abrahim berkata, jika pembubaran tersebut diperkenankan, maka rayuan Zambry akan merupakan satu akademik sahaja.Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail turut menyokongnya. Beliau juga berhujah bahawa penggantungan setiausaha kerajaan negeri dan penasihat undang-undang negeri Perak oleh Nizar malam tadi adalah tidak sah kerana ia merupakan pelantikan kerajaan pusat.
Sementara itu, Bernama melaporkan, Hakim Ramly juga berkata mahkamah akan menetapkan tarikh awal untuk mendengar rayuan Zambry. Katanya beliau berpuas hati bahawa terdapat keadaan khas untuk membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan itu kerana rayuan Zambry akan dianggap sebagai tidak berguna jika penangguhan itu tidak dibenarkan."Ini adalah kes yang amat unik kerana ia bukan sahaja melibatkan Dr Zambry dan Mohammad Nizar tetapi juga seluruh negeri Perak," katanya.
Semalam Hakim Mahkamah Tinggi Abdul Aziz Abdul Rahim mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar Perak yang sah selepas memutuskan Nizar tidak mengosongkan jawatan sebagai menteri besar kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota Dewan Undangan Negeri.
Pada 13 Februari, Nizar, 52, memfailkan permohonan kepada mahkamah bagi diisytiharkan yang beliau pada sepanjang masa adalah menteri besar Perak yang sah dan injunksi untuk menghalang Zambry daripada menjalankan tugasnya sebagai menteri besar.
Nizar, yang dilantik sebagai menteri besar pada 17 Mac tahun lepas selepas pakatan DAP-PKR-PAS memenangi 31 kerusi dalam pilihanraya umum ke-12, juga memohon diisytiharkan bahawa Zambry tidak berhak memegang jawatan menteri besar. Pembangkang dan BN masing-masing mempunyai 28 kerusi dalam Dewan 59 kerusi itu selepas tiga ADUN pembangkang keluar parti dan menjadi wakil rakyat Bebas dan yang keempat keluar dari PKR dan menyertai semula Umno. Sultan Azlan Shah kemudian meminta Mohammad Nizar meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar dan melantik Dr Zambry selepas mengisytiharkan BN mempunyai majoriti dalam Dewan.Zambry memfailkan permohonan penangguhan pelaksanaan keputusan dan notis rayuan, 16 jam selepas Mohammad Nizar kembali menjadi Menteri Besar. Berikutan keputusan itu, seorang daripada peguam yang mewakili Nizar, Ranjit Singh berkata mereka sedang menimbangkan untuk memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan bagi mengenepikan perintah penangguhan keputusan itu.
( dipetik daripada malaysiakini )

NIZAR MB SAH , ZAMBRY MB HARAM , SULTAN PERAK ………..????

Peristiwa bersejarah rampasan kuasa oleh UMNO/ Barisan Nasional tanggal 7 Februari 2009 jam 3 petang di Istana Iskandariah Kuala Kangsar telah menjadi sejarah hitam politik negeri Perak dan negara dengan tindakan dan taktik kotor Najib Tun Razak serta mendapat perkenan DYMM Sultan Perak , Sultan Raja Azlan Shah .
Semua ini berlaku apabila tindakan jijik Najib Tun Razak yang telah merasuah 3 orang ADUN iaitu dua pengkhianat daripada Parti Keadilan Rakyat dan seorang pengkhianat daripada DAP untuk melompat parti dan mengistyihar diri sebagai ADUN Bebas. Angkara mereka bertiga yang sanggup melacurkan prinsip dan perjuangan mengakibatkan kejatuhan Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak .
Pada 13 Februari lalu, Datuk Seri Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu. Pelbagai persepsi dan andaian berkaitan perbicaraan kes tersebut .
Akhirnya Najib Tun Razak , Zambry , UMNO/BN tersungkur rebah dengan keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 yang memutuskan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin sebagai Menteri Besar yang sah Hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan .Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.. Justeru , secara ironinya tindakan melucutkan jawatan beliau oleh DYMM Sultan Azlan Shah adalah tidak sah serta bertentangan dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak . Perlantikan Datuk Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar oleh DYMM Sultan Azlan Shah yang merupakan Bekas Ketua Hakim Negera menjadi satu insiden yang memalukan baginda seolah-olah baginda terlalu buta dan dangkal dengan undang-undang .
Keputusan Hakim Abdul Aziz ini sahaja mengakibatkan besar kemaluan yang ditanggung oleh DYMM Sultan Azlan Shah tetapi termasuklah konspirator utama Najib Tun Razak , yang selama ini bertindak kurang ajar , biadab dan melanggar undang-undang. Malah Najib Tun Razak sanggup menjebak DYMM Sultan Azlan Shah ke dalam tindakan bodoh dan memualkan ini . Malah sebelum ini Zambry dan seluruh kuncu-kuncunya dalam UMNO / BN menggunakan media milik UMNO /BN dengan cubaan memalitkan Datuk Seri Nizar sebagai penderhaka dan menghasut rakyat negeri Perak untuk menderhaka kepada DYMM Sultan Perak akhirnya terjawab dengan keputusan Mahkamah Tinggi .
Sebelum itu pada 7 April 2009 , Pilihanraya Kecil Parlimen Bukit Gantang yang mempertaruhkan YAB Datuk Seri Nizar sebagai calon Pakatan Rakyat , memperlihatkan bagaimana rakyat Bukit Gantang telah memberikan signal yang cukup jelas kepada Najib, Zambry , UMNO/BN apabila kemenangan besar YAB Datuk Seri Nizar dan ini juga merupakan referendum rakyat terhadap penolakkan Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 .
DYMM Sultan Raja Azlan Shah sudah pasti terkedu dan terperanjat dengan keputusan tersebut yang sudah pasti meletakkan beliau dalam keadaan yang sangat memalukan ekoran kerana terpengaruh kepada Najib Tun Razak dan juak-juak UMNO . Najib dan UMNO lah yang menjadi dalang kepada tindakan meletakkan DYMM Sultan dan istitusi raja sebagai tidak diyakini dan tidak dihormati . Institusi Raja yang sebelum ini dilihat bebas,disanjung dan dihormati sebagai payong rakyat tercemar dan tercalar dengan insiden ini . DYMM Sultan dan Institusi Raja Perak telah mengerakkan satu gerakan yang tidak pernah difikirkan oleh Pakatan Rakyat kerana DYMM Sultan Perak ialah manusia yang celik undang-undang . Sekiranya DYMM Sultan pun boleh melanggar undang-undang dan bertindak wewenang apa lagi rakyat jelata . Pemimpin adalah contoh teladan .
Daripada penghujahan Yang Ariff Hakim membuktikan tindakan DYMM Sultan Azlan Shah telah salah dan melanggar undang-undang bertindak memperkenankan perlatikan Zambry sebagai Menteri Besar . Alasan ketika itu ialah Datuk Seri Nizar sudah tidak mendapat kepercayaan majoriti ADUN-ADUN Perak . Justeru , kita minta supaya DYMM Sultan Azlan buktikan dakwaan tersebut . Malah Ghani Patail , Peguam Negera juga menyatakan perihal yang sama . Seolah skrip yang sudah terancana dan tersusun . Siapa pelakon utama dan siapa pelakon tambahan?
Insiden yang berlaku di dalam Dewan Undangan Negeri , 7 Mei lalu adalah dicetus oleh ADUN-ADUN UMNO / BN bersikap biadap dan kurang ajar di dalam dewan yang mulia sehingga sanggup membelakangkan peraturan dan undang-undang .Tindakan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat adalah mempertahankan hak dan maruah . Tindakan mengheret YB Speaker S. Sivakumar daripada kerusi Speaker begitu rakus dan di luar batas-batas norma , moral dan undang-undang . UMNO/BN sanggup membelakangkan undang-undang dan mempergunakan polis untuk melaksanakan nafsu serakah mereka . Puluhan rakyat termasuk beberapa orang Ahli Parlimen Pakatan Rakyat di tangkap pada hari persidangan Dewan Undangan Negeri Perak kerana hadir memberikan sokongan kepada Datuk Seri Nizar dan ADUN Pakatan Rakyat . Siapa yang memakai baju hitam ditangkap.
YB Datuk Zambry sewaktu menyampaikan kenyataan media selepas insiden kekecohan persidangan DUN Perak menyatakan Pakatan Rakyat menggunakan undang-undang rimba mencetuskan kekecohan dan kebiadaban di dalam dewan mengakibatkan DYMM Pemangku Sultan Perak Dr Raja Nazrin Azlan Shah terpaksa menunggu lama . Siapa yang menggunakan undang-undang rimba? Pakatan Rakyat atau UMNO / BN ? Persoalan sudah terjawap . Justeru , Zambry tergolong dalam spesis apa?
Rakyat Perak dan Malaysia , khususnya ahli UMNO harus membuka mata dan minda untuk berfikir secara matang dan rasional dengan apa yang berlaku . Tindakan pemimpin UMNO / BN adalah merupakan tindakan bukan sahaja biadab , kurang ajar dan tidak bermoral tetapi sanggup mempengaruhi dan 'bermain kepala' sultan untuk kepentingan politik mereka sehingga Institusi Raja Berperlembagaan ini dihina dan terhina . Najib Tun Razak dan UMNO harus dipertanggjawab di atas penderhakaan ini .
Semua ini dicetuskan oleh Najib Tun Razak selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Perak ketika itu . Najib wajar meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kerana bertindak biadab dan kurang ajar serta bertindak menghasut rakyat untuk memperlekeh dan menderhaka kepada DYMM Sultan Negeri Perak melalui tindakan rampasan kuasa yang dilakukan di negeri Perak . Tindakan Najib Tun Razak , UMNO/BN adalah memalukan Sultan Perak dan istitusi raja berperlembagaan .
Hasrat Najib Tun Razak untuk berkerjasama dan berbincang dengan Pakatan Rakyat akhirnya tidak bererti apa-apa . Ini semua untuk mengelak daripada tomahan rakyat kepada UMNO/ BN terhadap kekecohan yang berlaku dalam Persidangan DUN Perak . Difahamkan YAB Datuk Seri Nizar akan mengadap DYMM Sultan Perak bagi merapat sembah memohon agar Dun Perak dibubarkan dan ini bererti Pilihanraya Negeri Perak akan diadakan .
Apa yang berlaku akan menimbulkan kepeningan banyak pihak terutama pihak yang bersekongkol dengan UMNO / BN . Seharusnya mereka sedar bahawa mereka telah diperbodohkan dengan tindakan UMNO/BN yang durjana . YAB Datuk Seri Nizar dan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat juga harus sedar siapakah yang mereka harus percayai dan tindakan mesti diadakan untuk membersih petualang , pencacai dan talam dua muka yang berada dalam pentabiran dan pengurusan Kerajaan Negeri Perak . Merekalah selama ini menjadi tali barut UMNO/BN sehingga peristiwa hitam ini berlaku .
Pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah wajar dan terbaik diadakan bagi membersihkan pengkhianat dan UMNO / BN daripada bumi Perak . Syabas dan Taniah buat YAB Datuk Seri Ahmad Nizar dan seluruh pejuang demokrasi yang konsisten di Negeri Perak yang akhirnya selesai meranapkan sebuah kerajaan haram jadah Barisan Nasional .
Itulah kuasa Allah Rabbul Jalil! Ingat pesan Allah SWT – Manusia boleh merancang , Allah juga ada perancangan dan perancangan Allah merupakan perancang yang terbaik!

Oleh : Fariz Musa

Isnin, 11 Mei 2009

Nizar menteri besar sah Perak

May 11, 09 3:45pm

kemaskini 4.30pm Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar sah Perak setelah digugurkan jawatan tersebut awal bulan lalu.Mahkamah juga memutuskan menteri besar BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam exconya mengosongkan dengan kadar segera pejabat mereka - di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh.Dalam penghakimannya, hakim Abdul Aziz Abd Rahim berkata seseorang menteri besar hanya boleh dipecat melalui undi tidak percaya di DUN, seperti kes Stephen Kalong Ningkan.Hakim menambah, dalam kes pelucutan Mohamad Nizar, tiada persidangan dewan diadakan untuk meluluskan usul sedemikian.
Dalam penghakimannya, Abdul Aziz berkata jika Sultan Perak mahu meletakkan Mohamad Nizar meletakkan jawatan, maka baginda sepatutnya mengambil sidang DUN untuk mengemukakan usul tersebut.Permohonan peguam Zambry, Cecil Abraham untuk menangguhkan penghakiman tersebut ditolak oleh mahkamah. Mengulas kemenangannya, menteri besar Pakatan Rakyat itu berkata beliau akan menghadap Sultan Perak berhubung penghakiman mahkamah tersebut.
Pada 13 Februari lalu, Mohamad Nizar memfailkan saman mencabar pelantikan Zambry di kompleks mahkamah Jalan Duta, kira-kira seminggu selepas rampasan kuasa BN dan sekali gus pelantikan wakil rakyat BN itu.Mohamad Nizar, ADUN Pasir Panjang, juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah perisytiharan bahawa Zambry yang dilanti 6 Februari lalu tidak berhak memegang jawatan menteri besar. Dalam permohonan itu, wakil rakyat PAS itu mendakwa beliau masih menteri besar yang sah atas tiga alasan berikut:
(i) Tidak terdapat pembubaran DUN Perak;
ii) Tidak terdapat usul tidak percaya diambil dan diterima pakai oleh DUN terhadapnya sebagai menteri besar Perak; dan
(iii) Tidak terdapat peletakan jawatan menteri besar Perak.
"Melalui kenyataan media pejabat Sultan pada 5 Februari 2009, Sultan bertitah tidak akan membubarkan DUN dan sekiranya saya serta ahli majlis mesyuarat negeri tidak meletakkan jawatan, jawatan kami akan dianggap kosong. "Saya menegaskan bahawa walaupun terdapat usaha mengusir saya daripada jawatan menteri besar Perak, saya masih menteri besar dan masih menjalankan fungsi dan tugas dengan baik, cermat dan adil," katanya dalam afidavit, menyokong permohonan itu.
Mohamad Nizar juga memohon mahkamah mengeluarkan perintah supaya responden memberikan tunjuk sebab bagaimana dan di bawah dasar apa Zambry, sebagai responden, berhak memegang jawatannya sekarang. Beliau mendakwa responden secara tidak sah mengambil dengan tiada hak dan merampas jawatan menteri besar, serta menjalankan tanggungjawab, fungsi dan tugas sebagai menteri besar secara tidak sah dan bercanggah dengan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.Nizar juga memohon perintah injunksi bagi menghalang responden daripada melaksanakan tanggungjawab dan tugas-tugas menteri besar di negeri itu.
(dipetik daripada Malaysiakini)