Muhyiddin Yassin , Timbalan Presiden Umno menyatakan ketegasan bahawa Datuk Ahmad Said , tidak akan dipecat daripada jawatan Menteri Besar Negeri Terengganu . Sebelum ini desas desus di Terengganu membayangkan akan berlaku penyingkiran Datuk Ahmad Said daripada jawatan nombor wahid kerajaan negeri Terengganu ekoran konflik politik melibatkan perbalahan dan perpecahan yang semakin teruk di dalam UMNO Terengganu . Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiada sebarang cadangan untuk menukarkan Datuk Ahmad Said daripada jawatan Menteri Besar.Oleh itu, katanya, Ahmad akan kekal memegang jawatan tersebut. Isu pertukaran MB Terengganu tidak pernah berbangkit sebelum ini. Tindakan tidak menghadirkan diri ke sidang DUN itu kemudiannya bertukar menjadi satu agenda politik kumpulan yang pro-Idris bertujuan ‘menekan dan mengugut’ Menteri Besar Terengganu. Dalam sidang media yang diadakan pada hari yang sama, Rosol telah menggesa Dato’ Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu. Kes SMS Ugutan Bunuh tapi mendesak Ahmad Said letak jawatan . Tidak tahu yang mana satu kesahihannya tindakan mereka tidak hadir ke Sidang DUN . Kerana takut diugut bunuhkah atau kerana bencikan Ahmad Said ? Difahamkan kerana arahan Najib Tun Razak , mereka hadir ke Persidangan DUN dan terpaksa menghentikan tindakan memboikot persidangan tersebut.
Tokoh tersebut ialah , Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir , bekas setiausaha politik kepada bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh , bekas calon Barisan Nasional Parlimen Marang yang melawan Datuk Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang . Beliau adalah merupakan seorang orang kepercayaan dan kesayangan Datuk Seri Idris Jusoh yang kini merupakan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat ( MARA ) . Beliau sekarang menjawat jawatan sebagai Pegawai Khas kepada Pengerusi Mara . Sayang betul Idris Jusoh kepada Ramzi . Tapi adalah amat pelik bila Idris Jusoh diam tanpa bahasa terhadap kehilangan orang kesayangan dan kepercayaan beliau . 
Kerana kebencian terhadap Ahmad Said , sekali lagi ADUN UMNO/BN bertindak menderhaka kepada DYMM Sultan Terengganu dengan terus menolak dan mendesak Ahmad Said meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sedangkan Ahmad adalah orang yang diberikan kepercayaan oleh DYMM Sultan Terengganu menjadi MB Terengganu . fariz musa















