klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 23 Mei 2009

TERENGGANU INVESTMENT AUTHORITY (TIA) : UMNO/BN GADAI MARUAH RAKYAT TERENGGANU

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu mendesak agar YAB Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Najib Tun Razak dan YAB Menteri Besar Negeri Terengganu , Datuk Ahmad Said memberikan penjelasan dan menghentikan dengan segera berkaitan isu penubuhan Terengganu Investment Authority ( TIA ) yang ditubuhkan dengan tidak mengikut saluran yang sewajarnya iaitu dengan kelulusan Dewan Undangan Negeri Terengganu . TIA seharusnya ditubuh di bawah kerajaan negeri Terengganu bukannya oleh Kerajaan Persekutuan . Kerana TIA ditubuhkan sebagai pemegang amanah rakyat Terengganu .
Tindakan yang dibuat oleh UMNO dan Barisan Nasional ( BN ) serta dengan penglibatan secara khusus Kerajaan Persekutuaan terhadap pengurusan Royalti Minyak ini seharusnya dibincangkan di dalam Dewan Undangan Negeri kerana ianya melibatkan hak rakyat Terengganu . Tindakan biadab UMNO dan BN ini dengan membelakangkan dewan yang mulia dan sanggup untuk sekian kalinya menggadaikan maruah seluruh rakyat Terengganu benar-benar sangat mengecewakan .
AMK Negeri Terengganu difahamkan bahawa TIA yang dipertanggungjawabkan mengutip dana sejumlah RM5 Billion dengan bersandarkan royalti minyak yang akan diperolehi . Dengan kata lain tindakan tersebut seolah-olah mensandarkan atau mengadaikan seluruh rakyat Terengganu . Sedangkan rakyat negeri Terengganu masih terus mempersoalkan sejumlah RM15 Billion yang tidak tahu kemana dibelanjakan . Rakyat Terengganu masih kekal miskin dan negeri Terengganu berdasarkan kaji selidik Unit Perancang Ekonomi ( UPEN ) sebagai negeri ke 2 miskin di Malaysia . Negeri kaya tetapi rakyat menderita .
Dalam Malaysiainsider.com bertarikh 23 Mei 2009 melaporkan ,"Mubadala Development Co, the investment arm of the Abu Dhabi government, will invest about US$1.8 billion (RM6.3 billion) in a property development project in Malaysia. The project involves the construction of hotels and villas on a 1,200-hectare site in Terengganu, the Edge Weekly reported, citing Shahrol Azral Ibrahim Halmi, CEO of the Terengganu Investment Authority (TIA).Mubadala will invest the amount over seven years while TIA will buy the land from the state government and inject it into the joint venture, said Shahrol.
AMK Negeri Terengganu ingin menegaskan bahawa bukan hotel dan villa yang diperlukan oleh rakyat negeri Terengganu , terutama anak-anak muda . Mereka memerlukan industri dan perkilangan yang memberikan pekerjaan kepada mereka . Komitmen Kerajaan Negeri Terengganu dengan penubuhan dan pembinaan Herritage Beach Club di Pulau Duyong tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat negeri Terengganu termasuk tidak memberikan kesan positif kepada industri perlancungan negeri Terengganu . Menjadi projek gajah putih yang membazirkan wang rakyat negeri Terengganu. Pembelian tanah oleh TIA sudah pasti dengan campurtangan kerajaan negeri Terengganu akan menyebabkan pembelian tanah rakyat dengan secara murah .
Tindakan menubuhkan TIA tanpa kelulusan Dewan Undangan Negeri Terengganu adalah salah , membelakangkan dan mengkhianati rakyat negeri Terengganu . Dalam suasana ekonomi negara yang berada di tahap yang lembab dan membimbangkan , tabungan negara yang semakin berkurangan , tindakan sebegini oleh YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datuk Ahmad Said , Menteri Besar Negeri Terengganu serta barisan EXCO Kerajaan Negeri Terengganu adalah tindakan jahat yang sanggup melacurkan rakyat Terengganu dengan mengadaikan hasil royalti minyak Terengganu .
Justeru AMK Negeri Terengganu mendesak YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan YAB Datuk Ahmad Said menghentikan operasi TIA dan menyerahkan penubuhan TIA ini kepada Dewan Undangan Negeri untuk dibincang dan diluluskan sekiranya tindakan mengadaikan hak rakyat Terengganu ini memberikan kesan yang positif .
SELAMATKAN TERENGGANU !

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

sekitar mesyuarat JPRP sempena PRK N12 Penanti

22 Mei 2009 , 3.00 petang

Mesyuarat Jentera Pilihanraya Kecil N12 Penanti
Jawatankuasa Pilihanraya Pusat yang dipengerusikan
Pengarah Pilihanraya YB Saifuddin Nasution .
Di Yayasan Aman , Penanti .

RM500,000 Diperuntukkan Pilihanraya Penanti


GEORGETOWN [8.53 pm] - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal memperuntukkan kira-kira RM500,000 untuk pilihan raya kecil N12 Penanti. Setiausaha Datuk Ngah Senik berkata peruntukan kali ini memakan belanja yang lebih besar berbanding pilihan raya-pilihan raya lepas ekoran penambahan tenaga kerja manusia. “Berdasarkan kepada pilihanraya Kuala Terengganu yang lepas, kos yang dianggarkan kira-kira RM300,000. Untuk pilihanraya Penanti, SPR menganggarkan kira-kira RM500,000,” kata Ngah. Ditemui selepas taklimat proses pilihan raya Penanti.


Pelik dan hairan bagaimana SPR memperuntukkan peruntukan lebih RM200 ribu di DUN Penanti iaitu RM500 berbanding Parlimen Kuala Terengganu hanya RM300 . Pelik dan hairan sedangkan Palimen Kuala Terengganu yang mempunyai pengundi sejumlah 80,325 orang berbanding DUN Penanti hanya hanya 15,384 oarang. Pelik ! Hairan !

Najib Altantuya Mengaku Beliau "Penyamun Paling Besar"

Thursday, May 21, 2009 2:15

Perdana Menteri Najib Razak berkata beliau adalah penyamun terbesar apabila ditanya mengenai sama ada kepimpinan dan ahli Umno yang dipimpin beliau benar-benar faham akan keperluan melakukan reformasi dalam dasar-dasar ekonomi dan pentadbiran negara.

Beliau membuat kenyataan tersebut dalam satu temuramah dengan akhbar Singapura, The Straits Times semasa lawatan beliau dua hari ke Singappura bermula hari ini."Tidak apa... hanya penyamun kecil. Sayalah penyamun paling besar," kata Najib secara sinis.

Lawatan beliau ke negara pulau itu adalah bagi membincangkan isu dua hala antara kedua negara seperti pembangunan Iskandar di Johor.

Peguam Sulaiman Abdullah Akan Mengemukakan Rayuan Ke mahkamah Persekutuan

Friday, May 22, 2009 4:32 PM

Peguam yang mewakili Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin, memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.Ia adalah kerana Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Dato’ Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.Tiga orang panel hakim itu yang mendengar kes rayuan tersebut, Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop, telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya semalam.
buletin online

Jumaat, 22 Mei 2009

DEMOKRASI YANG MATI !

Keputusan Zambry sebagai MB yang sah memang sudah diduga dari awal lagi apabila hakim menerima dan membenarkan Zambry untuk memfailkan rayuan mempertikaikan keputusan Mahkamah Tinggi yang telah mengesahkan DS Nizar sebagai MB yang sah .
Sebelum itu , Ghani Patail , Peguam Negara telah bertindak campurtangan dan berniat jahat mengeluarkan kenyataan bahawa DS Nizar telah tidak mendapat mandat majoriti atau hilang kepercayaan daripada ADUN . Skrip yang seolah-olah sama apabila keputusan 3 hakim mengesahkan Zambry sebagai MB yang sah dan menafikan keputusan yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi .
UMNO terlalu takut untuk berdepan dengan pilihanraya . UMNO takut rakyat akan humbankan mereka ke tanah . Tetapi terpaksa menggunakan mahkamah untuk menang dan berkuasa. Rakyat dapat menilai dan menyaksikan dengan sendiri apa yang berlaku . Rakyat adalah hakim negara .

MEMANG SUDAH DIJANGKA ! Hakim: Zambry MB sah Perak

May 22, 09 3:16pm

kemaskini 4.32pm Mahkamah Rayuan hari ini mengumumkan Datuk Seri Zambry Abd Kadir sebagai menteri besar Perak yang sah.Keputusan itu membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Panel tiga hakim itu - yang telah mendengar hujah kedua-dua pihak di Putrajaya seharian semalam - sebulat suara menerima rayuan Zambry.Dalam penghakimannya, ketiga-tiga mereka berhujah bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN.
Panel tiga hakim yang mendengar rayuan tersebut ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Zainun Ali dan Datuk Ahmad Maarop.Mahkamah senyap ketika penghakiman dibaca.Nizar diwakili oleh sepasukan lapan peguam yang diketuai oleh Sulaiman Abdullah, manakala peguam Cecil Abraham mewakili Zambry.
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail - sebagai pencelah - turut hadir. Manakala peguam Mohd Hafarizam Harun, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan M Reza Hassan menjadi pemerhati bagi pihak BN.
Gembira dengan keputusan tersebut di Slim River, Zambry menyifatkannya "kebenaran telah tiba."Pada 11 Mei lalu, mahkamah tinggi mengumumkan Mohamad Nizar sebagai menteri besar sah setelah digugurkan jawatan tersebut, awal Februari lalu.Abdul Aziz memutuskan bahawa wakil rakyat PAS itu tidak pernah mengosongkan jawatannya itu kerana beliau tidak kehilangan kepercayaan majoriti anggota DUN Perak.
Dalam kes ini, Abdul Aziz berkata tiada undi tidak percaya telah diusulkan terhadap Mohamad Nizar.Tetapi kegembiraan menteri besar Pakatan Rakyat itu tidak kekal apabila Mahkamah Rayuan keesokannya membenarkan permohonan Zambry untuk menangguhkan keputusan mahkamah tersebut.Penangguhan keputusan mahkamah itu diberikan sementara menunggu selesai rayuan berhubung perkara tersebut hari ini.
Sementara itu, Sulaiman memberitahu mahkamah bahawa pihaknya akan mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan.Manakala sekumpulan 200 orang di luar mahkamah, kedengaran melaungkan rasa tidak puashati mereka terhadap keputusan Mahkamah Rayuan hari ini.
malaysiakini

DR MANSOR BAKAL TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG - LIM GUAN ENG


22 Mei 2009
Kesempatan hadir ke Majlis Pelancaran Bilik Gerakan Operasi DAP jam 9 malam bertempat di Berapit , Penanti . Majlis tersebut disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng yang juga merangkap Setiausaha Agong DAP Pusat . Dalam ucapan beliau menegaskan bahawa Dr Mansor merupakan pemimpin Parti Keadilan yang sudah teruji dan telah bersama Parti Keadilan Rakyat sejak 10 tahun . Pemimpin yang berjiwa rakyat yang perlu dipilih oleh rakyat Penanti .

Program-program Kerajaan PR Pulau Pinang ialah memperjuangkan kesamarataan kepada rakyat dan menjana keadilan sosial ekonomi . Menurut beliau lagi , Kerajaan PR Pulau Pinang berusaha menghapuskan miskin tegar dikalangan rakyat dengan menambah nilaikan pendapatan rakyat miskin . Sekiranya mereka berpendapatan rm300 sebulan , kerajaan PR Pulau Pinang akan tambah rm200 lagi bagi menjadi rm500 sebulan , dengan ini dapat menghapuskan kemiskinan . " adalah menghairankan UMNO yang menetang usaha ini dengan menyatakan sekiranya buat begitu , rakyat tidak mampu berdikari dan negeri akan bankrup. Saya hendak bagitau, saya rela kerajaan Pulau Pinang bankrup asalkan dapat tolong rakyat".

Beliau juga mengumumkan dalam majlis tersebut bahawa Dr Mansor Othman akan dilantik sebagai Exco Kerajaan Negeri dan juga sebagai TIMBALAN KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG .

fariz musa

sekitar pelancaran MARKAS OPERASI UTAMA AMK di N12 Penanti




22 Mei 2009 , 6 petang .

Pelancaran Markas Operasi Utama AMK telah disempurnakan dengan rasminya oleh Sdr. Fariz Musa , Timbalan Ketua AMK Pusat merangkap Pengarah Pilihanraya AMK Pusat bertempat di Guar Perahu , Penanti .
Turut hadir ke majlis pelancaran tersebut dan menyampaikan ucapan ialah calon N12 Dr. Mansor Othman , YB Yusmadi ( Ketua AMK Negeri Pulau Pinang/MP Balik Pulau ) dan Sdr. Amir Ghazali ( Ketua AMK Permatang Pauh ) .

REJIMEN KE-10: SEJARAH YANG DISEMBUNYIKAN

(Mengenang kelahiran Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya pada 21 Mei 1949)

(gambar: perarakan tentera yang diadakan di Rejimen Ke-10 TPNM)

Hari ini ialah ulang tahun ke-60 berdirinya Rejimen Ke-10 Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM). Pada hari yang bersejarah ini, marilah kita sama-sama berdoa semoga Allah SWT senantiasa melindungi para pahlawan serta pejuang bangsa dan tanah air kita yang sudah lanjut usia.Kami juga mengajak semua mendoakan semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh putera-puteri terbaik tanah air yang telah pergi demi perjuangan kemerdekaan ibu pertiwi – Alfatihah!Rejimen Ke-10 didirikan di Kerdau, Temerloh, Pahang pada 21 Mei 1949. Abdullah C.D., pengasas Rejimen Ke-10 telah menulis, antara lain, begini: “Rejimen Ke-10 adalah sebuah tentera anak rakyat yang dari komander hingga ke perajuritnya terdiri dari putera-puteri terpuji bangsa Melayu yang berteraskan anggota PKM, PKMM, PETA, BTM dan lain-lain yang telah diharamkan oleh penjajah British.”

(gambar: Abdullah C.D., dirakam pada tahun 1989)

Sebelum itu, kecuali United Malays National Organisation (UMNO), badan-badan lain seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Pembela Tanah Air (PETA), Barisan Tani Malaya (BTM) dan sebagainya adalah pertubuhan politik Melayu yang berjuang atas hasrat murni untuk memerdekakan Malaya dan melepaskannya daripada belenggu British.
Dan, apabila kesemuanya (kecuali UMNO) diharamkan pada Jun 1948 di bawah apa yang dinamakan ‘Undang-Undang Darurat’, pertubuhan-pertubuhan tersebut terpaksa mengambil jalan perjuangan bersenjata yang bermandi darah.Justeru itu, Rejimen Ke-10 yang pada mulanya terdiri daripada 17 orang telah berkembang dan mendewasa dengan cepat dalam kancah perang rakyat melawan British – sehinggalah ia menjadi satu-satunya pasukan gerila Melayu anti-British yang bukan saja digeruni tetapi dihormati oleh pihak lawan.Dalam tempoh 40 tahun, tidak sedikit para pemimpin dan perajurit Rejimen Ke-10 telah menjadi mangsa tangkapan, penjara, buang negeri bahkan hukuman gantung sampai mati.
Antara mereka yang telah mengharumkan nama termasuklah: Kamarulzaman Teh, Mat Amin, Mat Indera, Shamsiah Fakeh, Manap, Cikgu Taha, Mat Kerinau, Maimun, Asiah, Johan (dari Indonesia), Hidzir, Ali Boyok, Yasin, Jidin, Alias, Bakri, Zahura dan ramai lagi.Mengikut catatan Abdullah C.D., seorang bernama Manan (Adnan) dari Kajang merupakan “kawan Melayu pertama yang dihukum gantung, bahkan yang pertama digantung semasa darurat. Lepas beliau digantung, kawan-kawan yang lain juga turut digantung. Kadang-kadang 3 orang, kadang-kadang 6 orang sehari”.
Begitulah harga yang terpaksa dibayar – dengan darah dan nyawa – oleh putera-puteri terbaik kita demi kemerdekaan tanah air!

(Gambar: Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 bersama Chen Ping. Dari kiri: Suriani Abdullah, Rashid Maidin (Allahyarham), Abdullah C.D.,Chen Ping, Abu Samah Mohd. Kassim (Allahyarham), Ibrahim Chik dan Abdullah Sudin (Allahyarham). – dirakam pada tahun 1989)
Di sini, timbul beberapa pertanyaan: Apakah sumbangan Rejimen Ke-10 dalam sejarah perjuangan kemerdekaan Malaya? Mengapakah fakta-fakta tentang Rejimen Ke-10 tidak terdapat dalam buku-buku teks sejarah? Apakah penulisan sejarah negara kita telah diputarbelitkan? Siapa yang bertanggungjawab terhadap pemalsuan sejarah ini, dan mengapa?Justeru itu, bersempena hari yang bersejarah ini, kami ingin menyeru kepada semua pihak yang prihatin terhadap kebenaran sejarah supaya memikirkan masalah ini.Terima kasih!


Dicatat oleh Mat Amin

Jadual Program Anwar di Penanti pada 22-24 Mei 2009

22 Mei 2009, Jumaat

1. Pelancaran Jentera Pilihan Raya Pemuda Pakatan Rakyat
Tempat:Padang Ibu,Penanti/JDM 01
Masa:10:45 malam
Bersama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim,YB Salahuddin Ayub,YB Anthony Loke,Sdr.Shamsul Iskandar dan YBhg Mohd Sabu.
———-
23 Mei 2009, Sabtu

1.Masa: 9:00 - 12:00 tghari
Tempat: IKBN Berapit
Program:Penamaan Calon
2. Masa: 4:30 Ptg
Tempat: Mengkuang Mat Sulong/JDM O2
Program:Majlis Penerangan
3. Masa: 7:25 mlm
Tempat: Surau Pondok Penanti/JDM 06
Program: Solat Maghrib/Tazkirah
4. Masa: 8:30 mlm
Tempat: Surau Guar Jering/JDM 01
Program: Solat Isya/Tazkirah
5. Masa: 9:30 mlm
Tempat: Bukit Berangan/ JDM/01
Program: Majlis Penerangan
6. 10:45 mlm
Tempat:Padang Berapit (Berhadapan Rumah Cikgu Ibrahim) JDM 10
Program: Ceramah Perdana
Bersama: YB.Dato Seri Anwar Ibrahim,YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin dan YAB Sdr.Lim Guan Eng Ketua Menteri Pulau Pinang.
———-
24 Mei 2009,Ahad

1. Masa: 10:30 pagi
Tempat: Dewan JKKK Mengkuang Semarak JDM/04
Program: Sambutan Hari Ibu( Program AMK)
2. Masa: 4:30 ptg
Tempat: Bilik Gerakkan Telok Wang
Program: Majlis Mesra bersama penduduk Telok Wang
3. Masa: 7:45 mlm
Tempat: Masjid Kg Pelet
Program: Solat Maghrib dan Tazkirah
4. Masa: 8:30 mlm
Tempat: Perkampungan Sungai Lembu
Program: Majlis makan malam
5. Masa: 9:45 mlm
Tempat: Markas Mengkuang Semarak
Program: Majlis Penerangan
6. Masa: 10:45 mlm
Tempat: Padang Taman Guar Perahu
Program: Ceramah Perdana
Bersama: YB Dato Seri Anwar Ibrahim,YB Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Awang dan YB Lim Kit Siang

PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

ADUN PAS meninggal dunia

May 22, 09 8:11am

ADUN Manik Urai, Ismail Yaacob meninggal dunia kira-kira subuh hari ini di hospital Kota Bharu dan PAS memanggil satu sidang media di Kuala Lumpur berhubung perkara tersebut.Difahamkan Ismail, 60, dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II pada 26 April lalu kerana menghadapi masalah di bahagian kakinya sehingga menyebabkan kesihatannya sering kali terganggu.
Allahyarham antara ADUN yang paling lama berkhidmat di Kelantan sejak memenanginya pada pilihanraya umum 1986.Kecuali pada 2004, allahyarham sudah lima penggal dipilih mewakili kawasan tersebut - bawah parlimen Kuala Krai yang diwakili bendahari PAS Dr Hatta Ramli.
Pengarah pilihanraya PAS Datuk Mustafa Ali dijadual mengadakan satu sidang media di ibu pejabat parti itu di Kuala Lumpur jam 11 pagi ini. Beliau juga dijangka mengulas pilihanraya kecil DUN Penanti yang akan bermula Sabtu ini sehingga 31 Mei.
Keputusan pilihanraya umum 2008 bagi N41 Manik Urai
Jumlah pengundi: 12,292 orang
Peratusan kaum: Melayu 99.25%, Cina 0.44%, India 26%, Lain-lain 0.02%
1. Ismail Yaacob (PAS) 5,746
2. Mohamed Zulkifli Omar (BN) 4,394
Majoriti: 1,352
Jumlah undi: 10,332
Peratus mengundi: 84.05%
Undi rosak: 192
malaysiakini

Esok ( 23 Mei 2009 ) keputusan siapa MB sah Perak

May 21, 09 1:25pm

Perebutan kerusi menteri besar Perak antara Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dengan Datuk Seri Zambry Abd Kadir akan diketahui di Mahkamah Rayuan jam 3.30 petang esok. Pembentangan hujah peguam menteri besar BN itu selesai pagi tadi, yang diikuti hujah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail sebagai pencelah, dan peguam Mohammad Nizar berbuat demikian pada sebelah petang. Mahkamah itu mendengar rayuan Zambry terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur awal minggu lalu yang mengisytiharkan Mohammad Nizar sebagai menteri besar Perak yang sah.
Malaysiakini

SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEMENANGAN KEPADA DATUK SERI NIZAR! AMIN !

Khamis, 21 Mei 2009

FORUM SEMPENA HARI BELIA

MALAM INI KHAMIS 21 MEI 2009
JAM 8.00 – 10.00 Malam
AUDITORIUM DEWAN PERHIMPUNAN CHINA – Chinese Assembly Hall Jalan Maharaja Lela.
TAJUK :ANAK MUDA DAN CABARAN DEMOKRASI
Panel:
Saudara Hisamuddin Rais
Saudara Shamsul Iskandar – Ketua Angkatan Muda Keadilan
Saudara Sohaimi Shahdan – Exco Pergerakan Pemuda Umno
Saudara Lim Hong Siang - Kolomunis
Saudara Nofrizan Sharif - Ketua Pegawai Eksekutif Insititut Perkembangan Minda (INMIND)
Moderator: Saudara Lee Khai Loon & Khairul Anuar
Semua di jemput dan dipersilakan datang.

Kempen sejuta poskad mansuh PPSMI

Selepas menggerakkan ribuan penunjuk perasaan di jalanan awal Mac lalu, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) kini mengambil pendekatan kreatif dengan melayangkan sejuta poskad bantahan kepada Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Menurut setiausahanya, Hasni Abas, kempen terkini membantah dasar pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) itu diharapkan terus menggemblengkan bantahan rakyat, sebagai kesinambungan kepada demonstrasi 7 Mac lalu.
GMP berharap, pelaksanaan kempen itu - dinamakan "Sejuta Poskad kepada Menteri Pelajaran" - dapat memandu Muhyiddin membuat keputusan yang betul dengan memansuhkan dasar kontroversi itu.Pihak yang ingin turut serta, boleh membeli poskad tersebut dari pejabat Teras Pengucapan Melayu (Teras) - sebuah NGO yang bergabung dalam GMP - di negeri-negeri, dengan harga RM1 sekeping.Ianya akan berjalan "selagi PPSMI tidak dimansuhkan" dan "selagi tidak cukup sejuta poskad dihantar".
Awal bulan ini, kerajaan dilaporkan memerlukan lebih masa bagi menilai perlaksaaan dasar itu kerana "keputusan terhadap isu berkenaan adalah kritikal". Muhyiddin juga dilaporkan tidak berpuas hati dengan kajian dan perbincangan meja bulat anjuran kementeriannya sebelum ini.Menurut beliau, dalam sesi perbincangan tersebut, kadangkala pandangan yang dikemukakan tidak berasaskan fakta dan bukti, sebaliknya apa yang dirasai.

BERSAMA KITA MENYOKONG GERAKAN MANSUHKAN PPSMI INI . UBAH SEBELUM PARAH UBAH DEMI MARUAH !