klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 22 Ogos 2009

Bekas rakan kongsi Rohaizat tampil bela diri

Bekas rakan kongsi Rohaizat Othman - calon BN di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir - hari ini tampil memberi penjelasan bagi membersihkan dirinya daripada 'dikambinghitamkan' berhubung kes membabitkan pembelian hartanah oleh Koperasi Pekebun Getah Negeri Pulau Pinang (KPGNPP) pada 2002.Yusri Isahak - bekas rakan kongsi firma guaman Saif Ariff and Rohaizat - membuat penjelasan itu sebagai menjawab laporan Utusan Online yang memetik ketua penerangan Umno, Ahmad Maslan sebagai berkata Rohaizat hanya bertanggungjawab ke atas tindakan yang dilakukan rakan kongsinya.
Ahmad Maslan dilaporkan berkata, tindakan tatatertib ke atas Rohaizat berdasarkan aduan KPGNPP membabitkan pembelian satu hartanah yang dikendalikan firma Saif Ariff T Jayaraj & Rohaizat.Ahmad juga dilaporkan berkata, semua urusan jual beli untuk pihak KPGNPP dikendalikan rakan kongsi Rohaizat - Yusri - dan diterima secara eksklusif dan dideposit ke dalam akuan klien firma tersebut di Bank Islam Cawangan Butterworth.Menurut Ahmad lagi, akaun berkenaan termasuk semua surat berhubung KPGNPP ditandatangani dan diuruskan Yusri yang menjadi rakan kongsi beliau dari tahun 1999 hingga 2003.
Berikut adalah kenyataan penuh yang dibaca oleh Yusri dalam satu sidang akhbar di Pulau Pinang hari ini.Pada tahun 2002, Koperasi Pekebun Getah Pulau Pinang Berhad mencadang membeli sebidang tanah untuk meluaskan perniagaan mereka dan telah melantik Firma Guaman Saif Ariff and Rohaizat untuk menguruskan pembelian tanah tgersebut.Saya dan Rohaizat telah berbincang dengan lembaga pengarah koperasi tentang syarat syarat perjanjian jual beli. Setelah semua dipersetujui saya telah menyediakan perjanjian jual beli tanah tersebut.Untuk tujuan pembelian ini, koperasi telah memohon pinjaman RM320,000 dari Jabatan Pembangunan Koperasi. Pinjaman tersebut telah diluluskan dan wang tersebut dideposit ke dalam akaun klien di firma guaman.Namun atas sebab masalah komunikasi dengan penjual, yang tinggal di Acheh, jual beli tersebut telah tidak disempurnakan.Dalam pada itu, koperasi memerlukan sejumlah wang untuk tujuan pengembangan perniagaan mereka. Yusri telah menandatangan satu cek berjumlah RM100,000 atas nama koperasi dan diberikan kepada pihak koperasi. Maka baki RM220,000 masih tersimpan di dalam akuan firma.
Sementara itu, seorang pelanggan, kenalan Rohaizat yang telah membeli sebidang tanah dengan harga RM130,000 telah memohon jasabaik firma (guaman) untuk membiayai bayaran baki RM100,000. Beliau terdahulu telah membayar RM30,000 kepada penjual.Firma telah bersetuju untuk meminjamkan RM100,000 yang diambil dari wang koperasi kepada pelanggan (tersebut) untuk menyempurnakan jualbeli tanah tersebut dengan syarat beliau membayar balik pinjaman.Setelah pelanggan gagal membayar balik pinjaman, Rohaizat telah berbincang dan bersetuju untuk mengambil alih milik tanah berkenaan dan melupuskan pinjaman tersebut.
Malangnya, firma gagal menjual keseluruhan tanah (tersebut) sebagai pecahan lot dan tidak dapat membayar kembali wang koperasi yang telah digunakan.Sebahagian daripada baki dalam akaun pelanggan dan akaun syarikat telah digunakan untuk memberi pinjaman kepada salah seorang pengarah sebuah syarikat pemaju perumahan yang juga kenalan Rohaizat yang menghadapi masalah kewangan yang teruk dan juga untuk pengurusan cawangan baru firma di Ipoh.
Saya bertanggungjawab menguruskan cawangan firma di Ipoh, sementara Rohaizat menumpu sepenuhnya di firma Butterworth.Saya tidak lagi memantau akaun-akaun pelanggan di cawangan Butterworth sehinggalah saya meninggalkan firma pada November 2003.
erujuk kepada kenyataan yang dibuat oleh Ahmad Maslan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online bertarikh 19 Ogos 2009 bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan dan tidak tahu menahu tentang perkara tersebut, saya ingin tegaskan bahawa ia adalah satu pembohongan.Ini adalah kerana segala urusan pembelian tanah tersebut dan penggunaan wang koperasi di buat dengan pengetahuan dan penglibatan Rohaizat seperti yang dijelaskan di atas.
Mana mungkin pengaliran keluar dan masuk wang dalam sesuatu akaun syarikat tidak diketahui oleh Rohaizat yang juga penandatangan yang sah untuk akaun-akaun tersebut.Sepatutnya Rohaizat menceritakan perkara sebenar dan tidak meletakkan tanggungjawab dan kesalahan hanya kepada rakan kongsi untuk membebaskan dirinya sendiri.
Merujuk kepada kepada kenyataan Ahmad Maslan yang mengangkat Rohaizat sebagai “wira” kerana membayar balik wang koperasi baru-baru ini, saya ingin tegaskan sesungguhnya beliau sewajarnya menyelesaikan pembayaran pada 2003 lagi ketika cawangan Ipoh telah menjana pendapatan yang agak lumayan.Seyugia diingatkan bahawa cawangan Ipoh ditubuhkan dan diuruskan dengan sebahagiannya menggunakan wang dari akaun klien koperasi pekebun getah Pulau Pinang.
Layakkah title itu diberikan oleh Ahmad kepada Rohaizat? Saya percaya Ahmad Maslan tidak sedar akan kedudukan sebenarnya atau lebih malang lagi kalau beliau sengaja berpura-pura tidak tahu?Wirakah Rohaizat ketika enggan, cuai, dan gagal menghadirkan diri di hadapan Majlis Peguam pada 14 September 2007 untuk memberi penjelasan ke atas satu kes besar yang beliau hadapi.
Dakwaan Ahmad Maslan bahawa Rohaizat tidak mempunyai apa-apa penglibatan atau pengetahuan mengenai transaksi jual beli tanah itu, menggambarkan Rohaizat selaku senior partner di dalam firma tersebut, tidak tahu apa-apa tentang urustadbir pejabat.Apakah dakwaaan Ahmad Masalam ini lojik dan munasabah? Transaksi sebesar ratusan ribu yang dijalankan rakan kongsinya, didakwa tidak diketahuinya?Tidak masuk akal langsung sebagai seorang yang berpendidikan tinggi!Saya berharap dengan penjelasan ini, saya dapat membersihkan diri saya daripada dikambinghitamkan dalam kes kecuaian Rohaizat yang membawa kepada pembatalan pendaftaran beliau sebagai penguambela dan peguamcara.Malaysiakini

Surat: Kait pegawai tinggi SPRM, pakatan sulit ahli politik

Surat misteri yang muncul di inkues Teoh Beng Hock semalam dipercayai mengandungi dakwaan yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan soal siasat Teoh, yang mungkin membawa kepada kematiannya.
Dipercayai ditulis oleh orang dalam SPRM, surat tersebut mendakwa bagaimana pegawai tinggi tersebut dan seorang ahli politik berpengaruh, bekerjasama untuk memulakan siasatan terhadap dakwaan salahlaku pemimpin Pakatan Rakyat Selangor.
Dan atas persefahaman tersebutlah, Teoh dipanggil untuk disoalsiasat.Surat yang tidak bertandatangan itu, yang mempunyai kepala surat rasmi SPRM dan ditulis dalam bahasa Malaysia, juga menyebut mengenai bentuk soal siasat - yang membabitkan perbuatan menarik pada tali pinggang suspek.
Ia seterusnya mendakwa pegawai tinggi tersebut menyoal siasat Teoh pada hari setiausaha politik exco Selango ritu, ditemui mati.Bagaimanapun, surat tersebut tidak menyatakan bagaimana Teoh mati atau sama ada pegawai berkenaan terbabit secara langsung dalam kematiannya.Malaysiakini

K'jaan 'terus hina' bahasa Melayu: Samad

Datuk A Samad Said menyifatkan keputusan kerajaan menangguhkan pemansuhan dasar pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di semua peringkat sehingga tahun 2017 sebagai "penghinaan berterusan" terhadap bahasa kebangsaan.
"Ia menunjukkan ketidaksungguhan kerajaan (memartabatkan bahasa Melayu), yang mahu menenangkan (kemarahan ramai) di ketika-ketika tertentu. "Bahasa Melayu itu diperhina terus," kata sasterawan negara itu kepada Malaysiakini.
Lebih mesra dengan panggilan Pak Samad, penasihat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) diminta mengulas penjelasan terbaru Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berhubung pemansuhan dasar itu kelmarin.Selepas sebulan pengumuman pemansuhan dasar itu pada awal Julai, keputusan terbaru "mekanisme pendaratan lembut" ini diluluskan oleh kabinet 5 Ogos lalu, kata Alimuddin dalam sidang media khas menjelaskan perkara itu.
Beliau menjelaskan, di peringkat UPSR, sains dan matematik akan terus diajar dalam dwi-bahasa sehingga 2016, PMR sehingga 2013 dan SPM sehingga 2015.Beliau juga memberikan amaran mengambil tindakan tegas terhadap guru-guru yang mengambil kesempatan untuk mengajar dua matapelajaran itu sepenuhnya dalam bahasa Malaysia sebelum 2012.
Dengan pendekatan terbaru "pendaratan lembut" pemansuhan PPSMI, dasar itu diteruskan bagi murid-murid darjah satu tahun depan dan 2011 sehingga kedua-dua kumpulan ini tamat darjah enam pada 2015 dan 2016 (lihat carta).Malam ini, A Samad dan beberapa exco GMP dijadual berkempen di pentas PAS pada pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir bagi mendesak pemansuhan segera dasar kontroversi itu.Malaysiakini

Keputusan Terbaru PSSMI : Muhyyiddin Khianat & Mengadai Masa Depan Rakyat

Kenyataan Media
21 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan (AMK) melahirkan rasa kesal dan menganggap pengumuman terbaru kerajaan dalam pemansuhan dasar Pengajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PSSMI) sebagaimana yang diumumkan oleh ketua pengarahnya Tan Sri Alimuddin Mohd Dom membuktikan bahawa Menteri berkenaan telah mengkhianati harapan dan masa depan rakyat.
Menurut kenyataan Alimudin semalam, keputusan terbaru kerajaan pada awal Ogos menunjukkan bagaimana liciknya penipuan yang dibuat oleh kerajaan melalui Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan pada tahun 2012 dasar PSSMI akan dihapuskan.
Ternyata program yang dirancang ternyata mahu memanjangkan polisi terbabit amat jauh dari harapan rakyat yang mahu dasar tersebut segera dihapuskan kerana menyebabkan ramai pelajar yang majoritinya berbangsa melayu terjejas teruk. Bagi kami keputusan kabinet bagi portfolio Timbalan Perdana Menteri ini menunjukkan jelas dasar-dasar yang merugikan rakyat dan amat menyedihkan keadaan anak-anak muda disekolah rendah telah digadaikan untuk keegoan kerajaan dalam membuat keputusan.
Kami juga curiga keputusan ini dibuat untuk melindunggi kroni dari kerugian atas perubahan dasar kerajaan tetapi akibatnya rakyat telah dikhianati dan membinggungkan pelajar-pelajar sekolah terutama masyarakat melayu di kawasan luar bandar.
Amirudin Shari
Naib Ketua AMK
Adun Batu Caves

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu, kata Kamarudin

Oleh Afyan Ali

GOMBAK, 21 Ogos: Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan 'Anwar Pengkhianat', mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar."Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib," kat Kamaruddin."Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya," katanya.Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu."Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi," kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.
Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani � 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra

MAAFKAN SAYA ...

Maafkan saya ... kerana tidak update sebarang berita dan pandangan berkaitan iklim politik semasa disebabkan keadaan saya yang mengalami kesusahan kewangan yang amat teruk . Broadband tidak dapat bayar . Kena bar la .

Sekarang berada di PRK Permatang Pasir . Terpaksa turun ke sana dengan bas kerana kereta rosak gear speed . Perlukan RM2500 untuk baiki . So terpaksalah simpan dulu sementara dapat duit banyak tu nak baiki kereta . Perjuangan mesti diteruskan !

Dalam kesempatan ini saya nak ucapkan ;

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK KEPADA SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT .

Isnin, 17 Ogos 2009

Arak,: Tolong Jawab Ini, UMNO Atau DAP Hina Islam..

OGOS 16,2009. Menurut Blog Perisik Rakyat bertajuk 'Fatwa Baru UMNO: Tidak Salah Muslim Kerja Tempat Jual Arak', bahawa...
Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi membidas tindakan JAIS menahan seorang penyanyi kelab malam, Azlina Abas, beserta 24 orang Islam yang lain di Restoran The Ship, Damansara Utama, tengah malam 10 Jun 2000 dan mendakwa tidak menjadi kesalahan bagi setiap Muslim untuk bekerja di tempat menjual arak.
Isu serbuan JAWI di Kelab Zouk pada 13 Januari 2005 dan menahan penyanyi Jeslina Hashim, 27, dan beberapa pengunjung Islam atas dakwaan meminum arak, Ketua Pemuda UMNO, Khiary Jamaluddin mengkritik tindakan JAWI malah menegur Exco Pemuda UMNO, Shamsul Najmi Shamsuddin yang menyokong tindakan JAWI. Khairy mengatakan tindakan Shamsul hanya pandangan peribadi dan bukannya pendirian Pemuda UMNO.
Ekoran bantahan pemimpin UMNO, pada 15 Februari 2005, JAWI mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap Jeslina dan rakan-rakan muslimnya yang turut ditahan di kelab tersebut.
UMNO mencipta fatwa sesat? Membolehkan berkerja di tempat arak dan membenarkan jualbeli dan orang Islam meminumnya. Mana baik dengan DAP (atau PR) Selangor yang cuma pertahan dan jualbeli pada bukan Islam sahaja bagi negeri Selangor? Mengapa UMNO tidak laksanakan pengharaman arak pada negeri yang dia kuasai di Malaysia? Siapa sebenarnya hina atau menentang Islam?Sila jawab UMNO atau juak-juaknya..
Untuk pengetahuan anda semua, ulama-ulama dalam UMNO peringkat awal penubuhan terpaksa keluar dari UMNO dan menubuhkan PAS adalah antara sebab-sebabnya adalah kerana UMNO jadi penaja arak dan judi yang ditentang oleh agama Islam.Hal ini berdasarkan... Seperti firman Allah SWT.. “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya." (Quran Al Maidah: Ayat 90).
Dan Nabi Muhammad SAW pernah melaknat mereka yang terbabit dengan arak melalui sabdanya.. “Rasulullah s.a.w. melaknat tentang arak, sepuluh golongan:
(1) yang memerahnya,
(2) yang minta diperahkannya,
(3) yang meminumnya,
(4) yang membawanya,
(5) yang minta dihantarinya,
(6) yang menuangkannya,
(7) yang menjualnya,
(8) yang makan harganya,
(9) yang membelinya,
(10) yang minta dibelikannya.”
(Hadis riwayat Tarmizi dan Ibnu Majah)

RM330 bilion hilang kerana rasuah

Written by Lim Hong Siang
Walaupun kebanyakan pengamal media cetak bahasa Cina menulis analisa di "atas pagar", ketika mengulas perhimpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos, namun wacana di media internet memberi gambaran yang amat jelas--mengkritik kekerasan yang keterlaluan dari pihak polis.
Malah, hujah yang mendapat ruang dalam media "arus perdana", misalnya dari menteri kabinet, mahupun penulis Utusan Malaysia, disanggah dengan analisa yang berlandaskan fakta, sama ada statistik mahupun peristiwa sejarah.
Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia dengan tulisan beliau di merdekareview, menjawab soalan "Mengapa berdemonstrasi", yang diakhiri dengan kesimpulan, "persoalannya bukan mengapa berdemonstrasi, tetapi mengapa tidak boleh berdemonstrasi secara aman?" 【Mengapa berdemonstrasi】

Penindasan yang menakutkan pelabur asing
Menteri Wilayah Persekutuan, Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin mendakwa bahawa perhimpunan Mansuhkan ISA telah mengakibatkan kerugian sebanyak 100 hingga 200 juta ringgit Malaysia, tanpa menunjukkan bagaimana perkiraan itu dicapai. Hujah sedemikian cuba memperkukuhkan persepsi bahawa "demonstrasi menakutkan pelabur".
Penganalisa politik, Ooi Heng memberi statistik keadaan ekonomi Malaysia sebelum dan selepas krisis ekonomi tahun 1997. Sebelum kemelut ekonomi pada tahun 1997, purata Pengaliran Masuk Pelaburan Langsung Asing (Inward FDI) bernilai RM16.60337 billion, iaitu 18.3% daripada Pembentukan Modal Tetap Kasar (Gross Fixed Capital).
Namun, pada tahun 2005, pengaliran pelaburan langsung asing ini memperlihatkan trend dua hala. Pengaliran keluar (Outward FDI) mencatat RM10.43187 billion (iaitu 10.5% daripada Gross Fixed Capital), sementara pengaliran masuk (Inward FDI) mencatat RM13.92514 biilion (iaitu 14.0% daripada Gross Fixed Capital).
Pengaliran dua hala selepas kemelut ekonomi 1997, memperlihatkan ketidakstabilan. Namun demikian, perangkaan tersebut memberi satu isyarat yang jelas, iaitu pengaliran masuk sedang berkurang atau tidak stabil, tetapi pengaliran keluar semakin bertambah.
Akhirnya, pada tahun 2007, angka pengaliran keluar (RM38 billion) telah melebihi angka pengaliran masuk (RM29 billion).
Ooi Heng menganalisa, antara daya tarik yang dimiliki Malaysia pada abab ke-20, adalah kos buruh yang rendah, penggunaan bahasa Inggeris dan rule of law. Namun, selepas krisis ekonomi 1997, keadaan ekonomi mula berubah, malah arah pengaliran pelabur asing semakin sukar diramalkan.
Kelebihan yang ada pada Malaysia kini semakin berkurangan. Malaysia gagal bersaing dengan "kilang dunia", negara China jika dibandingkan kos buruhnya. Malah, kelebihan penggunaan Inggeris, juga terkubur akibat dasar pendidikan "pecah dan perintah", satu proses yang dipolitikkan. Tinggallah "rule of law" yang masih dalam "bilik kecemasan", yang mampu mengekalkan keyakinan pelabur asing.
Namun demikian, negara yang menghormati undang-undang (rule of law), yang amat diperlukan pelabur asing ini, telah dicerobohi dan dimusnahkan. Kenyataan bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah akta draconian tidak dapat diselesaikan hanya dengan cadangan menggantikan tahanan 60 hari kepada 30 hari pada peringkat permulaan. Tahanan tanpa perbicaraan, senjata menyerang musuh politik, tempoh tahanan yang boleh dilanjutkan dua tahun selepas 60 hari, dua tahun demi dua tahun...semua ini bercanggah dengan semangat rule of law.
Hilang RM330 billion kerana rasuah
Lebih teruk lagi, Ooi Heng memetik statistik anggaran sebuah badan pelabur Amerika Syarikat, Morgan Stanley, mendakwa Malaysia kehilangan RM330 billion kerana rasuah dalam jangka masa 20 tahun yang lepas. Malah, Pemudah yang ditubuhkan dalam zaman pemerintahan Abdullah Badawi, pernah menganggarkan kehilangan sebanyak RM10 billion kerana rasuah dalam tempoh setahun.
Justeru itu, Ooi Heng mengingatkan menteri supaya tanya pelabur, sama ada menyokong rule of law atau menyokong korupsi, sebelum mengeluarkan kenyataan yang bukan-bukan.
Pemuda MCA dibidas
Selain itu, Setiausaha Agung Pemuda MCA, Chai Kim Sen yang mengeluarkan kenyataan bahawa "demonstrasi menakutkan pelabur asing", telah dikritik sebagai "cacat akal". Josh Hong, kolumnis merdekareview mengambil Hong Kong sebagai contoh, membuktikan bahawa wilayah yang diiktiraf daya saingnya itu, mengadakan demonstrasi secara besar-besaran sekurang-kurangnya dua kali setahun.
Malah, demonstrasi anti-globalisasi secara besar-besaran, yang diadakan pada Disember 2005, tidak memperlihatkan penurunan dalam pelaburan asing. Josh Hong berkata, Hong Kong telah memperkembangkan budaya demonstrasi yang unggul, tidak mencetus kesulitan dan tidak meninggalkan sampah-sarap, dengan syarat polis menghormati kebebasan dan hak rakyat untuk berhimpun.
Josh Hong juga berkongsi pengalamannya ketika perhimpunan Hindraf pada 25 November 2007. Kebetulan beliau menghadiri satu seminar yang diadakan di hotel yang terletak di Jalan Ampang. Menurut Josh Hong, peserta seminar dari Indonesia berkata, "perhimpunan yang sebesar ini, berlaku sekurang-kurangnya dua kali sebulan di Jakarta. Tapi polis kami hanya menjaga peraturan, tidak akan memukul sesiapa."
Peserta dari Filipina berkata, "Ini hanya berlaku di Manila 20 tahun yang lepas. Saya sedang mengimbas sejarah."
Peserta dari Hong Kong berkata, "Peliknya, mengapa tidak dibiarkan mereka berhimpun sahaja? Selamat datang, selamat pulang. Begitulah keadaannya di Hong Kong."
Dato' Onn pemimpin demonstrasi
Hujah bahawa "demonstrasi bukan budaya kami" telah disanggah dengan fakta sejarah. CEO Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor, Tang Ah Chai yang sebelum ini ditemuramah merdekareview, dalam kolumnya di therocknews, mengingatkan bahawa datuk kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein, iaitu Dato' Onn Jaafar adalah pemimpin demonstrasi ketika membantah cadangan Kesatuan Malaya.
Jelas, sesetengah pihak kini cuba membaca perhimpunan Mansuhkan ISA ini dari perspektif "perkauman". Semakin banyak hujah berbau perkauman dijangka menyarat dada media cetak, apa pula sebaliknya di media internet? - MerdekaReview

Ceramah Kutuk Anwar,PR: Lebih Banyak Kerusi Dari Orang Umno - TVA

Kempen kutukan anjuran Umno-BN tidak mendapat sambutan menggalakkan dari masyarakat setempat.Bahkan, tinjauan mendapati lebih banyak kerusi kosong yang setia mendengar ucapan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berbanding ahli-ahli Umno.Di Shah Alam, program anjuran Umno diwar-warkan dihadiri kira-kira 1000 orang tetapi ceramah mengutuk Anwar Ibrahim, Pas dan DAP itu nampaknya hanya berjaya mencatu 300 orang.
Mungkin kerana meluat, atau berasa jijik dengan kempen sebegini, ketidakhadiran orang-ramai di ceramah-ceramah panas membawa petanda tidak baik kepada Pemuda Umno.Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyifatkan kegagalan program berkenaan berlaku kerana masih ramai di kalangan ahli Umno yang menyokong Anwar dan laungan 'Anwar Pengkhianat' hanyalah retorik Umno."Saya yakin sebahagian besar daripada penyokong Umno masih lagi dengan Datuk Seri Anwar. Oleh kerana slogan pengkhianat ini retorik Umno-BN dan diulang sebab itu saya yakin ia tidak mendapat sambutan kerana mereka tahu sebenarnya siapa yang mengkhianati Melayu, siapa pengkhianat. Kehadiran yang tidak ramai menunjukkan rakyat tidak bersama UMNO."Ini jelas menampakan Umno dan BN ketandusan idea dan idea mereka adalah idea lama yang tidak diterima masyarakat kerana merasakan idea ini biadab dan tidak bertamadun," katanya.
Di selatan tanahair, pemimpin kanan Umno sendiri 'mengkhianati' Umno dengan memulaukan perhimpunan mengutuk Anwar Ibrahim di Batu Pahat.Hanya 400 orang dari sasaran 10,000 orang yang hadir ke perhimpunan kutuk-mengutuk itu.Bahkan, ramai daripada mereka yang hadir menyisihkan diri daripada perhimpunan berkenaan apabila beberapa pemimpin UMNO memberi ucapan berbau perkauman dalam keghairahan menuduh Anwar sebagai pengkhianat bangsa.Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melontarkan tuduhan pengkhianat terhadap Anwar dijadualkan hadir pada perhimpunan itu di Dataran Penggaram.
Namun pemimpin Umno Johor itu sendiri dikatakan menarik diri apabila diberitahu mengenai sambutan dingin terhadap perhimpunan itu. Sementara itu, Ketua Pemuda Pas Pusat Nasruddin Hassan Tantawi berkata, kebanyakan yang hadir ke program anjuran Umno adalah mereka yang telah dikerah oleh parti berkenaan dan sambutan dingin dari masyarakat merupakan isyarat penolakan rakyat kepada Umno."Saya tidak hairan kalau rakyat tidak beri sambutan, 400 dan 300 orang dikira sudah ramai. Mungkin kerana kerahan atau pembiyaian dibuat kepada mereka yang hadir. Biasanya dalam perhimpunan Umno mengikut pengalaman kita dihantar kenderaan, diberikan imbuhan. Kegagalan untuk mendapatkan sokongan itu merupakan isyarat dari rakyat yang UMNO perlu faham," katanya.
Hadirin juga kelihatan terkilan dengan ungkapan-ungkapan kesat dan biadap terhadap Anwar pada pemidang-pemidang Umno yang direntangkan.Namun sambutan hambar adalah tamparan ke kiri dan kanan muka Muhyiddin dan Khairy Jamaluddin.Ia juga bukti terbaru bahawa politik fitnah dan serangan peribadi yang dibawa oleh Muhyiddin ditolak oleh akar umbi parti.Ketua Pemuda DAP, Look Siew Fook berkata, cara Umno menggunakan serangan peribadi merupakan faktor rakyat mula menolak parti berkenaan."Saya rasa masyarakat sudah muak dengan cara mereka yang membuat serangan peribadi, kalau mereka hanya bergantung kepada cara ini untuk menyerang keperibadian seseorang pemimpin untuk berkuasa seperti menggali lubang kubur sendiri," katanya.TVA

Perhimpunan 10,000 Penghianat Bangsa

http:amkj.blogspot.com

Julung-julung kalinya Umno Bahagian Batu Pahat bergabung dengan beberapa bahagian mensasarkan 10,000 orang berkumpul untuk melaungkan "Anwar Penghianat Bangsa"di Batu Pahat.
Motif utama perhimpuanan itu bagi menyokong kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin minggu lepas yang berkeras menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah penghianat bangsa melayu. Ianya disempurnakan padi tadi dengan pelbagai sepanduk.
Malangnya tidak sampai 10% yang hadir dari 10,000 orang yang disasarkan. Rakan AMK Johor yang berada dilokasi memberitahu saya yang hadir hanya sekitar 400-500 orang. Mungkin wang habuan tidak berbaloi untuk rakyat 10,000 Batu Pahat bersiaga dihadapan 'Dato'-Dato' Umno'.
Apapun, saya ucapkan tahniah kepada pencacai Umno yang 400 orang yang berada diperhimpunan itu. Tanpa mereka siapa lagi yang sudi menghabiskan duit-duit yang telah disonglap oleh 'Dato'-Dato' Umno' yang menganjurkan perhimpunan tersebut.

Dicatat oleh Zabidie Abas

Jumaat, 14 Ogos 2009

Undangan Ke Majlis Minum Petang

MOH KITA NGETEH BERSAMA DATO SERI ANWAR IBRAHIM

Tarikh: 15 haribulan Ogos 2009 (Sabtu)

Masa : Jam 5- 7 petang

Tempat: Gerai Pak Amin Taman Saga Mentakab(Berhampiran Padang Bola Taman Saga)*Jamuan ringan disediakan

SEMUA WARGA DI JEMPUT HADIR!!!

Pakatan Rakyat Akan Di Daftar sebagai sebuah pertubuhan

Bengkel putuskan daftar Pakatan Rakyat
PETALING JAYA, 13 Ogos: Hampir 100 para pemimpin utama Pakatan Rakyat iaitu dari PAS, PKR dan DAP berhimpun di Tropicana Golf Club pagi ini mencapai kata sepakat untuk mendaftarkan Pakatan Rakyat sebagai sebuah pertubuhan tidak lama lagi.Keputusan ini dicapai selepas menerima cadangan dari pimpinan Pakatan yang telah membincangkan perkara itu sebelum ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Harakahdaily.
Menurut Anwar, mesyuarat Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat akan datang akan memperincikan perkara ini dan seterusnya mendaftar Pakatan Rakyat kepada Pendaftar Pertubuhan.
Menurut Anwar, beberapa persoalan teknikal seperti jumlah parti yang bergabung dalam Pakatan Rakyat perlu tujuh parti akan diperincikan kemudian.
"Ini bukan undang-undang, ia hanya peraturan dalam mendaftar sahaja," kata Anwar.
Isu kedudukan Pakatan Rakyat yang dianggap longgar ekoran tidak didaftar secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional (BN) menjadi salah satu topik perbincangan dalam Bengkel Memperkasakan Pakatan Rakyat di Tropicana Golf Resort hari ini.
Hampir 100 pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat menyertai bengkel bermula jam 9 pagi dan akan berakhir sehingga lewat petang ini.
Selain Anwar, turut serta adalah Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.
Yang tidak kelihatan hanya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Karpal Singh, Pengerusi DAP.
Setiap parti menghantar kira-kira 30 perwakilan ke dalam bengkel sehari ini.
Turut sama dibincangkan adalah isu menangani arak di Selangor, Jawatankuasa Disiplin Pakatan Rakyat dan serangan BN terhadap Pakatan Rakyat.
Untuk isu arak, bengkel bersetuju dengan pendirian Selangor dalam hal ini. Isu pertembungan peribadi antara Exco kerajaan negeri Selangor, Ronie Liu dan Datuk Dr Hassan Ali juga selesai dalam bengkel ini.
Sehingga Pakatan Rakyat didaftarkan secara rasmi, isu disiplin akan ditangani oleh parti masing-masing.
Isu serangan BN terhadap Pakatan juga dijawab oleh Anwar apabila ditanya wartawan.
"Kita akan pertahan habis-habisan kerajaan Selangor dan kita yakin BN memang akan berusaha ke arah itu sebagai yang mereka buat di Perak," kata Anwar.

apa kata anjur sahaja DEBAT : SIAPA PENGKHIANAT MELAYU : ANWAR , MUHYIDIN ATAU UMNO ?


Pilihanraya Kecil Permatang Pasir akan bermula dengan hari penamaan calon pada 17 Ogos 2009 . Begitu singkat notis yang dikeluarkan oleh SPR . Tidak mengapa , cepat atau lambat , PRK tetap akan berlaku . Suasana panas politik mutakhir ini mungkin menyemarakkan suasana PRK Permatang Pasir . Kerusi yang digeruni oleh UMNO / BN kerana semua mengetahui Permatang Pasir berada di dalam Parlimen Permatang Pauh . Permatang Pasir adalah kubu PAS. Permatang Pauh kawasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Keadilan . Sudah pastinya sedikit sebanyak menjatuhkan moral untuk UMNO / BN untuk menang . PRK Penanti baru-baru ini UMNO terlalu takut dan bacul sehinggakan tidak berani untuk meletakkan calon . Pelbagai alasan Najib Razak termasuk pimpinan UMNO dicipta bagi memberitahu bahawa UMNO tidak perlu menyertai PRK tersebut . Kali ini UMNO /BN bakal menghadapi kekalahan buat sekian kalinya lagi.

PRK Manek Urai tetap UMNO / BN kalah kepada 'Tok Peraih Ikan' dari PAS . Walaupun majoritinya sangat sedikit , tetapi yang pasti UMNO "kalah" ! Paling malu Pengarah Pilihanraya UMNO/BN di Manek Urai . Timbalan Presiden UMNO merangkap Timbalan Perdana Menteri iaitu Muhyidin Yasin . Kali pertama ditugaskan sebagai Pengarah Pilihanraya hingga sanggup merasuah para pengundi di Manek Urai akhirnya UMNO / BN tetap kecundang !

Muhyidin yang sudah malu dengan kekalahan UMNO , tertekan dengan kemaraan Anwar dan Pakatan Rakyat mengeluarkan serangan kepada anwar secara peribadi dengan menyatakan "Anwar Pengkhianat". Anwar dilabel sebagai pengkhianat kepada orang Melayu !

Benarkan Anwar seorang 'pengkhianat' ? Pengkhianat kepada Melayu atau pengkhianat kepada UMNO ? Kalau Anwar pengkhianat kepada UMNO , semua orang sudah mengetahui . Anwar bukan lagi ahli UMNO . Maka adalah wajar Anwar mengkhianati UMNO supaya UMNO kecundang dalam pilihanraya akan datang . Pakatan Rakyat akan memimpin Malaysia tercinta ini .
Pengkhianatan apa yang Anwar lakukan terhadap orang Melayu ? Adakah kerana mempertahankan ketuanan rakyat , membentuk keadilan sosial , mendaulatkan istitusi Raja berperlembagaan , mempertahankan Islam sebagai agama rasmi persekutuan , merakyatkan ekonomi , menentang akta zalim seperti ISA , mendesak pemansuhan PPSMI yang merugikan anak-anak bangsa , penentangan kepada rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh UMNO/BN , menghapuskan Dasar Ekonomi Baru dengan cadangan mengantikan Agenda Ekonomi Malaysia yang lebih progresif , adil dan efektif dan banyak lagi , sudah pasti yang akan diberikan keutamaan ialah orang Melayu , adakah ini semua dianggap sebagai pengkhianat ?

Bagaimana pula pengkhianatan pimpinan UMNO dan UMNO terhadap Raja-Raja Melayu sehingga sanggup meminda Perlembagaan Persekutuan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu serta menggunakan media menghina Raja-Raja Melayu , melacurkan bahasa Melayu melalui perlaksanaan PPSMI , menjual dan mengadaikan tanah rezab Melayu daripada 7 juta hektar yang digazetkan , kini tinggal 4 juta hektar , menjual BERNAS kepada syarikat daripada Hong Kong , penyelewengan Hak Keistimewaan Melayu dan Bumiputera dan pelbagai pengkhianatan yang dilakukan sama ada di peringkat negara dan negeri terhadap orang-orang Melayu .

Bagaimana pula dengan tanah orang-orang Melayu berkeluasan 51,170 hektar yang diserahkan oleh Muhyidin sewaktu menjadi MB Johor kepada Kerajaan Singapura dengan bayaran RM350 juta ? Sehingga sekarang Muhyidin tidak mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan perkara tersebut . Pengkhianatan yang cukup nyata oleh Muhyidin . Siapa yang sebenarnya pengkhianat ?

Apa kiranya kita temukan Anwar dan Muhyidin dipentas debat ? Dengan Tajuk "Siapa Pengkhianat : Anwar , Muhyidin atau UMNO ?". Biar rakyat menilai dengan fikiran yang terbuka . Disiar secara langsung di seluruh media elektronik . Rakyat pasti hendak tahu daripada hujah-hujah dan bukti Muhyidin apakah pengkhianatan Anwar kepada orang Melayu ? Saya kira tentu Pemuda UMNO bersetuju dengan cadangan saya . Dari melalak tidak tentu pasal dan menyokong membabi buta pemimpin mereka .

PROGRAM PELANCARAN JENTERA DAN BILIK GERAKAN PILIHAN RAYA KECIL DEWAN UNDANGAN NEGERI PERMATANG PASIR, PULAU PINANG

Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat akan berada di Permatang Pasir pada 16 Ogos 2009 (Ahad) untuk melancarkan jentera pilihan raya dan bilik gerakan bagi Pilihan Raya Kecil DUN Permatang Pasir.Sempena majlis pelancaran tersebut, Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama pimpinan Pakatan Rakyat akan mengadakan program penerangan isu-isu semasa. Dato' Seri Anwar akan menjawab tuduhan-tuduhan berbentuk peribadi yang telah dilemparkan terhadap beliau.
Butiran program adalah seperti berikut:

Tarikh: 16 Ogos 2009 (Ahad)
PROGRAM I - Pelancaran Jentera dan Bilik Gerakan Pilihanraya Kecil DUN Permatang Pasir
Tempat : Permatang Pasir Masa : 9.00 – 12.00 Malam
Panel penceramah :
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YAB Sdr. Lim Guan Eng
iii. YB Prof. Mansor Othman
iv. YB Sdr. Saifudin Nasution
v. YBhg. Sdr. Mat Sabu
vi. YB Dato’ Zahrin Hashim

PROGRAM II - Ceramah Perdana
Tempat : Taman Cermai, Permatang Pauh
Masa : 9.00 – 12.00 Malam
Panel penceramah :
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato’ Seri Haji Hadi Awang
iii. YB Sdr. Lim Kit Siang
iv. YBhg Sdr. Mat Sabu

Rabu, 12 Ogos 2009

GMP bincang demo kedua anti-PPSMI

Cadangan demonstrasi susulan bagi mendesak kerajaan memansuhkan serta-merta dasar Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mungkin dibincangkan dalam mesyuarat Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) minggu ini."Pak Samad (A Samad Said) penasihat GMP. Cadangan itu ditimbulkan beliau. Apabila disebut dalam mesyuarat nanti, bolehlah dibincang.
"Dulu kita pun tidak sangka, (pemansuhan PPSMI) akan meleret macam ini," kata setiausaha gerakan itu Hasni Abas kepada Malaysiakini semalam.Beliau diminta mengulas kemungkinan GMP mengadakan demonstrasi kedua selepas peristiwa 7 Mac lalu yang menghimpun ribuan penunjuk perasaan di ibu negara, termasuk seniman dan budayawan bagi menuntut pemansuhan PPSMI.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini akur terhadap desakan kuat pelbagai pihak supaya PPSMI dimansuhkan. Bagaimanapun, ia dilaporkan hanya akan berkuatkuasa pada tahun 2012 dan sebahagian kumpulan pelajar akan tamat pada 2014.Mengulas lanjut tuntutan pemansuhan serta-merta dasar itu, Hasni berkata, perkara itu merupakan tuntutan GMP sejak awal lagi.
Tambahnya, isu teknikal yang digunakan bagi menangguhkan penggunaan bahasa Melayu dalam dua subjek tersebut, antaranya penyediaan buku teks baru, tidak seharusnya ditimbulkan."Buku darjah 1 (contohnya), macam one plus one (satu campur satu), apa yang teknikal sangat? Lagi pun, dulu buat (dasar baru dalam bahasa Inggeris) tidak ada masalah pun, boleh buat serta-merta," katanya.
Menurut Hasni lagi, kerajaan juga boleh menggunakan kembali buku teks asal yang digunakan enam tahun lalu ketika PPSMI belum diperkenalkan.Sementara itu, Hasni juga berkata pihaknya masih berminat menemui Muhyiddin, yang juga menteri pelajaran, bagi memberikan pandangan mereka secara langsung.Katanya, surat permohonan untuk bertemu dengan Muhyiddin dihantar sebelum demonstrasi besar di Masjid Negara Mac lalu, tetapi sehingga kini masih belum dijawab dan dilayan.Kenyataan rasmi terkini gabungan itu dijangka dikeluarkan awal minggu depan selepas jawatankuasanya selesai bermesyuarat.