klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 29 Ogos 2009

197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu ditangkap Khalwat.

SM Noor

KUALA TERENGGANU – Seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan tahun ini. Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman berkata .
demikian ketika menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam Sidang DUN semalam.Ahmad Razif berkata daerah Dungun mencatatkan kes tertinggi dengan 55 kes tangkapan khalwat diikuti dengan 39 di Besut, Kuala Terengganu (35), Marang (29), Kemanan(16), Setiu (8) dan 5 kes di Hulu Terengganu.Beliau berkata pegawai penguatkuasa dari Jabatan Ugama Negeri telah menangkap mereka yang berkelakuan ‘tidak senonoh’ itu semasa menjalankan operasi.
Sehubungan itu, Razif berkata, tindakan memberi awasan dan kesedaran kepada pihak sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dinegeri ini dilakukan bagi mengurangkan dan menghapuskan perlakuan maksiat tersebut.Katanya, pegawai dari Jabatan Ugama sentiasa berhubung dengan pertubuhan-pertubuhan belia dan pelajar dalam memberikan nasihat dan panduan bagi menangani gejala sosial itu.Pihak pejabat ugama juga, katanya, sering mengadakan pemeriksaan dan serbuan keatas hotel, chalet, pusat-pusat hiburan dan taman-taman rekreasi bagi mencegah kegiatan maksiat itu. - buletinonline

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sebat Kartika hampiri syariah: PKR

komentar Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.
Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.
Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:
Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.
Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.
Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) "mendekati" hukuman Islam.Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.
Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.
Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma’idah: 38-39)
Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:- Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.- Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
- Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:-
Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
- Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.- Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
- Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
- Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.
Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR
Malaysiakini

noni memang mujarab !


KENCING MANIS


SIROSIS


DAN MACAM LAGI !
SAKIT JANTUNG , KANSER PAYU DARA , MASALAH HAID , MAGRAIN, BATUK BERPANJANGAN , BUAH PINGGANG , SEMPUT , ATHMA , RESDUNG , KANSER HATI , STOKE DAN PELBAGAI PENYAKIT LAGI ....
BERMINAT ? ATAU INGINKAN PENERANGAN ? HUBUNGI SAYA - FARIZ MUSA - 019-9900288

Pentadbiran Undang-undang Syariah: Tangani dengan rasa hormat

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
28 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang berat polemik yang dicetuskan daripada keputusan Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno.Adalah amat malang apabila pemimpin-pemimpin Barisan Nasional mengambil kesempatan daripada isu ini untuk mempamerkan imej mereka sebagai kononnya mempertahankan hak wanita sedangkan pada masa yang sama menunjukkan kedangkalan dalam memahami pentadbiran undang-undang syariah dan tujuan sebenar hukum.
Meminum arak oleh orang Islam, khususnya di khalayak ramai, adalah satu kesalahan yang dipandang berat oleh Islam. Justeru ia tertakluk di bawah Hukum Hudud. Namun itu tidak bermakna sistem hukuman di dalam Islam adalah zalim atau bertujuan menganiaya. Semangat sebenar undang-undang di dalam Islam ialah untuk mencegah kesalahan.
Di dalam ayat 38, Surah al-Maaidah diterangkan bahawa hukuman bukan sekadar balasan terhadap perbuatan jenayah tetapi juga adalah “...suatu pencegahan daripada Allah”. Meski ayat ini merujuk secara khusus kepada kesalahan curi, ia memberi gambaran tujuan hukuman terhadap kesalahan di bawah Hudud.
Meski undang-undang Syariah Pahang tidak mematuhi dengan tepat kehendak Syariah pada aspek jumlah sebatan untuk kesalahan meminum arak, peruntukan sedia ada adalah menghampiri Syariah.Di dalam kes ini, semua pihak perlu belajar erti hormat. Pertama, menghormati hak Kartika membuat pilihan untuk tidak mengemukakan rayuan. Kedua, menghormati tanggungjawab Mahkamah Syariah Kuantan untuk melaksanakan undang-undang.
Pada masa yang sama, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa agar pentadbiran syariah di Malaysia diperkemaskan. Konflik seperti yang berlaku apabila hukuman terhadap Kartika diperintah dilaksanakan di Penjara Kajang, di mana hanya banduan boleh disebat sedangkan Kartika tidak dijatuhi hukuman penjara, boleh dan perlu dielakkan.
Usaha penambahbaikan berterusan perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan pentadbiran syariah di Malaysia sentiasa kemas dan sebarang kelemahan yang wujud diperbaiki dan masalah diatasi.Angkatan Muda Keadilan Malaysia berpandangan kelemahan-kelemahan pentadbiran tidak seharusnya menjadi alasan untuk menolak pelaksanaan atau menjadi alasan untuk mengkritik tanpa asas undang-undang syariah. Lebih parah apabila ada yang mengambil kesempatan menghina dan memfitnah Islam itu sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan

DAP: 'Tidak masuk akal' pecat Chua

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada MCA berhubung skandal seksnya awal tahun lalu sebagai "mengejutkan" dan "tidak masuk akal"."Sudah tentu saya terkejut. Tidak masuk akal perkara ini boleh berlaku. Dr Chua dipecat ekoran apa yang berlaku pada Disember 2007. Kalau dipecat atas alasan lain, saya boleh faham," katanya hari ini.
Ahli parlimen Ipoh Timur mengulas keputusan Majlis Presiden MCA malam tadi yang memecat timbalan presiden MCA itu selepas menerima syor sedemikian daripada jawatankuasa disiplinnya atas dakwaan mencemarkan imej parti.Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya hari ini, Lim menjelaskan, beliau boleh memahami keputusan itu jika ada alasan kukuh, seperti berlakunya sabotaj atau halangan terhadap pelaksanaan dasar MCA.Turut hadir, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga bekas majikan mendiang Teoh Beng Hock.Sementara itu, berhubung inkues kematian Teoh, Lim menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maaf berhubung keterangan pegawai penyiasatnya Mohd Anuar Ismail yang mengaitkan mendiang dengan kelulusan projek yang tidak wujud."Walaupun koronor Azmil Muntapha Abas telah memerintahkan keterangan itu dipadam, tetapi kerosakan (nama) sudah pun berlaku," katanya. - malaysiakini

'Semoga dapat saya bertempur lagi'

"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.Ungkapan tersebut menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi.
Keputusan itu diambil oleh Majlis Presiden MCA susulan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti atas dakwaan mencemarkan reputasi parti selepas skandal seksnya.Pemecatan Dr Chua dibuat selepas beliau berjaya menapak kembali dan memenangi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Oktober lalu."Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.
"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung." Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat."Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini."Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.
Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya."Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya."Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal."Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."
Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Sejak dipecat tengah malam tadi, Dr Chua berkata beliau kini sibuk membaca SMS yang tidak putus-putus diterimanya sejak semalam.Tulisan Dr Chua itu membayangkan keputusan tersebut bukanlah jalan mati untuknya.

Kempen MCA lucut jawatan Tee Keat

Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong.
Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Theng berkata, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan persetujuan satu pertiga perwakilan MCA bagi membolehkan EGM itu diadakan."Kami perlukan kira-kira 800 tandatangan (perwakilan) untuk mengadakan EGM... mengikut perlembagaan parti, ia tidak perlu disahkan oleh setiausaha agung parti," kata Theng.Sebelum itu, Theng dan kira-kira 20 penyokong menunjukkan tanda 'V' dengan jari mereka sebagai simbol tarikh dua minggu lagi untuk mengadakan EGM tersebut.Beliau berkata, keputusan majlis presiden memecat Chua malam tadi jelas tidak menghormati kehendak perwakilan parti yang telah memilih Chua sebagai timbalan presiden secara demokrasi.Beliau juga menolak dakwaan lembaga disiplin bahawa Chua telah mencemarkan reputasi parti itu, tetapi sebaliknya mendakwa tindakan terbaru Ong yang memburuk imej parti, iaitu:- Bahawa RM100 juta dikumpulkan oleh musuh Ong untuk menjatuhkannya.- Dakwaan Ong bahawa kongsi gelap telah menyerap ke dalam MCA Johor (kubu kuat Chua).- Berlagak seperti seorang 'hero' dalam kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menteri Besar Sahkan Kerajaan Terengganu Belum DiBayar Royalti Petroleum Sepenuhnya

Wednesday, 26 August 2009 02:30 SM Noor & Wan Kay

KUALA TERENGGANU – Kenyataan yang dikeluarkan selama ini tentang pembayaran royalti Petroleum kepada kerajaan negeri Terengganu oleh kerajaan Pusat hanyalah gimik politik semata-mata.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengesahkan kerajaan negeri belum dibayar wang royalti Petroleum sepenuhnya kerana perundingan diantara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri masih belum selesai.”Kedudukan rundingan untuk mengembalikan royalti petroleum dan gas sedang berjalan dan berada di peringkat akhir kerana ada perkara-perkara kecil yang masih tidak dapat diputuskan bersama lagi,”katanya Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Dato’ Ustaz Harun Taib dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.
Ahmad turut menjelaskan jumlah royalti yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Terenagganu sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2009 adalah sebanyak RM15, 847, 000, 995.84. (RM 15.8 bilion)Namun begitu, Menteri Besar Terengganu itu gagal memberi penjelasan lanjut apabila ditanya apakah masalah-masalah kecil yang dimaksudkan, yang menyebabkan pembayaran tersebut belum lagi diselesaikan.”Saya tidak dapat menjelaskan masalah-masalah ini kerana ia diperingkat rundingan, tidak perlu lagi diketahui oleh masyarakat umum,”ujar Ahmad ketika dikemukan soalan tambahan.Dalam soalan asal, Dato’ Ustaz Harun Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu meminta penjelasan kerajaan bagaimana kedudukan perundingan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat sejak bulan September, 2008, berkaitan perkara berkenaan.- buletinonline

Rabu, 26 Ogos 2009

PART 1 : Kenapa kita masih belum sedar ?

Keputusan PRU 12 pada 8 Mac 2008 benar-benar mengembirakan kita . Kita menafikan 2/3 majoriti Ahli Parlimen BN yang selama ini dikuasai secara majoriti oleh UMNO/BN . Lebih membanggakan apabila kita berjaya terus mengekalkan kemenangan di Kelantan serta merampas Selangor , Perak dan Kedah serta menguasai Wilayah Persekutuan . Paluan gendang kegembiraan bergema dan menampakkan prestasi Keadilan , PAS dan DAP dalam komponen Pakatan Rakyat yang diterima oleh majoriti rakyat Malaysia . Kita bukan bermimpi , tetapi realiti . Ramai YB-YB yang lahir daripada kemenangan PRU 12 , serta YB-YB muda yang mengorak langkah kehadapan . Malah kita mempunyai 4 MB dari kerajaan Pakatan Rakyat .

Ramai yang diberikan peluang untuk merasai kenikmatan kemenangan , jawatan , kedudukkan , projek dan sebagainya . Walaupun lebih ramai yang melopong tanpa apa-apa perhatian terutama mereka yang telah lama berjuang mempertahankan parti dan perjuangan , menghadapi kesulitan dan kegetiran , kesusahan , ditekan dan macam-macam lagi yang mereka lalui hanya mampu menjadi tukang saksi kejayaan dan kemenangan . Orang-orang baru mengambil dan mengisi tempat . Malah ada yang tidak mengenali perjuangan REFORMASI sewaktu kita semua dipukul , ada yang ditangkap , dimaki , dihina , dibuang kerja dan macam-macam lagi . Ada yang masih terus setia bersama perjuangan dan parti . Ada yang sudah 'pancit'. Malah yang ada meninggalkan parti kembali semula kepada UMNO / BN .

Dari 5 kepada 4

Insiden kejatuhan dan rampasan kuasa di Perak sepatutnya menjadi ikhtibar yang amat sangat oleh kita semua . Daripada 5 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menjadi 4 negeri . Tumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak benar-benar menyedihkan kita . MB Nizar sewaktu berkuasa terus mengekalkan pegawai -pegawai tinggi kerajaan yang akhirnya bersekongkol dengan 'tuan' lama mereka . Angkara 2 pengkhianat dari parti kita dan 1 pengkhianat daripada DAP bertindak keluar dari parti dan menyokong UMNO/BN . Maka bermula episod rampasan kuasa UMNO/BN di Perak yang sebelum itu menghantar 'duta' mereka dari Bota ke dalam parti kita , yang kita sambut dengan gegak gempita , paluan kompang dan tabuh yang akhirnya melompat kembali kepangkuan UMNO . Malu dan amat memalukan . Rakyat terus menilai , inikah nilai Adun-Adun kita ? Yang mudah dibeli dengan pelbagai tawaran oleh UMNO , mengkhianati perjuangan .

Usaha untuk mengembalikan kembali kerajaan rakyat di negeri Perak terus diperjuangkan melalui undang-undang , gerakan rakyat dan sebagainya . Kerajaan UMNO/BN di peringkat Persekutuan menggunakan Ghani Patail untuk memainkan kita dengan menggunakan undang-undang dan penghakiman . Zambry terus berkuasa , kita terus melopong . Ramai kawan kita kehilangan kerja dan jawatan dalam kerajaan . Syukur YB-YB masih terus mempertahankan prinsip dan perjuangan walaupun pellbagai usaha dibuat oleh UMNO/BN membeli YB-YB kita.

Selangor menjadi sasaran utama

Najib Razak dalam kenyataannya menyatakan Selangor akan ditawan semula . Usaha UMNO/BN untuk menawan dan merampas semula Selangor bukan mainan kata-kata , tetapi sangat serius . Dapat disaksikan bagaimana UMNO/BN menggunakan SPRM , menahan dan menyiasat terhadap perbelanjaan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat . Namun agak terhenti sedikit apabila kematian Toe Beng Hock . Jangan difikirkan 'setenang air tiada buaya' . Ianya tidak akan berhenti . Sebelum ini kes rasuah dan penyelewengan dihalakan kepada MB Selangor .

Selagi Selangor tidak mengambil tindakan drastik menukarkan pegawai-pegawai kerajaan yang pernah menunjukkan taat setia kepada Khir Toyo , UMNO dan BN , tidak hairan insiden yang sama akan berlaku sepertimana di Perak . Lebih menakutkan apabila ada yang terus diletakkan bertugas di Pejabat MB ! Tidak hairan kalau segala maklumat dalaman dan sulit boleh sampai kepada Khir Toyo walaupun beberapa jam selesainya mesyuarat EXCO . Apa lagi dokumen-dokumen yang dibocorkan .

Ahli-ahli parti yang komited diabaikan , tidak diberikan perhatian . Malah lebih menghairan sekiranya projek-peojek tertentu masih ada orang UMNO / BN yang mengaut keuntungan . Orang kita melopong dan terlopong . Tiada diploma dan ijazah maka tidak melayakkan seseorang itu menduduki jawatan seperti Ahli Majlis Daerah . Kouta untuk AMK terlalu sedikit diberikan . GLC apa cerita ? Imej MB Korperat rasanya perlu ditukar . Jangan sehingga pertimbangan politik diabaikan . Ada dasas desus YB-YB kita sudah berubah karektor . Betul ke?

Program merakyatkan ekonomi sangat memberangsangkan apabila didengar . Tahniah dan teruskan . Sejauh mana keberkesanan , terlalu awal untuk membuat ukuran . Rakyat yang mengundi di Selangor bukan semua adalah anak jati Selangor . Sedarlah bahawa ramai orang luar yang tinggal di Selangor , menjadi pengundi di Selangor membantu memenangkan Selangor . Tetapi setiap program mensyaratkan kepada anak jati Selangor . Mereka yang bukan anak jati Selangor mula rasa terpinggir dan merasakan tidak ada keuntungan mengundi Pakatan Rakyat di Selangor .

Dulu sebelum kita berkuasa , kisah rasuah dan penyelewengan Khir Toyo dan UMNO/BN dijaja dan memperlihatkan betapa teruknya Khir Toyo dan UMNO/BN di mata rakyat . Tetapi sudah setahun lebih memerintah Selangor , takkan itu sahaja kes-kes rasuah dan penyelewengan Khir Toyo ? Takkan semua fail-fail dan dokumen telah berjaya dimusnahkan oleh Khir Toyo ? Jangan jadi macam di Terengganu , kita ada berlori-lori fail dan bukti penyelewengan pemimpin UMNO /BN tetapi sehingga jatuhnya kerajaan PAS di Terengganu satu fail pun tidak didedah dan dilaporkan . Rakyat boleh buat tafsiran , bermakna tidak ada rasuah dan penyelewengan pun sepertimana yang diwar-warkan . Takkan kita tak sedar lagi ....

Kedah sasaran seterusnya .... Part 2

HIDUP BN

Orang atas pagar mengundi BN kerana imej PMnya. Walaupun calunnya di kawasan DUN atau Parlimen bermasalah hatta letak monyet pun pada satu masa lalu, BN akan menang mudah.
Pasca 2008 berubah sudah. PM kaki tidur dan PM Monggolia menjadi isu utama dan perlu dibersihkan. Jika tidak rakyat akan terus menolak BN.
Membunuh karektor Anwar dengan kes liwat dan pengkhianat bangsa, nampaknya tak jalan.
BN kena fikir cara lain. Cara terbaik ialah baiki imej BN yang korup, zalim dan tidak adil. Ia memerlukan masa. Setakat ampu rakyat Sabah dan Sarawak tak cukup. Kalau BN tak baiki imejnya, slogan Satu Malaysia akan hilang ditelan sejarah.

Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah - Malaysiakini


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN menerima kekalahannya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan calon BN, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi."Bagi kita, walaupun peratusan yang keluar undi adalah rendah berbanding pilihanraya umum 2008, daripada pemerhatian kita, ada sedikit sahaja perubahan di beberapa peti undi, tapi tidak begitu ketara," kata Muhyiddin.

"Di Permatang Pasir, sikap pengundi nampaknya tidak banyak berubah walaupun masa lawatan-lawatan kita, nampak adalah sedikit sebanyak minat mereka untuk mengundi BN."Tapi apa pun, kita terima keputusan ini kerana seperti apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen. Saya menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita malam ini.Beliau berkata, BN harus memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut serta menganalisa, menilai serta meneliti sokongan masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain."(Bagi) majoriti (pengundi) Melayu, jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas, kita lihat tidak ada berganjak sokongan yang diterima oleh BN," katanya.Pengundi hantuMuhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, proses pilihanraya kecil ini membolehkan BN membuat penilaian dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Menjawab pertanyaan pemberita, beliau berkata, faktor calon mungkin menjadi salah satu sebab kekalahan BN."Pembangkang sedikit sebanyak mengekploitasi masalah yang dihadapinya. Tetapi jika diambil kira pada peringkat akhirnya, ada penerimaan, kita kaji (keputusan) tidak banyak berbeza dengan yang lepas," tegasnya.Ditanya mengenai saranan untuk memperkuatkan Umno dan BN di Permatang Pauh, Muhyiddin berkata:"Kita harus bekerja keras untuk mendampingi rakyat dan juga pengundi. Kita harus memahami sikap mereka dan hubungan akrab dengan pengundi.

"Kita perlu ambil kira daftar pemilih walaupun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kata tidak ada pengundi hantu, mungkin ada yang daftar di Permatang Pasir tidak ada di sini."Jadi perkara ini harus diberi perhatian oleh kepimpinan umno di Permatang Pauh," tambahnya.Serangan peribadiSementara itu, Rohaizat juga menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka."Ini adalah suara rakyat dalam amalan demokrasi. Dalam pertandingan, ada yang kalah dan yang menang. Tahniah kepada PAS," katanya.

Ditanya mengenai sokongan yang diterimanya, Rohaizat berkata: "Tidak banyak berbeza dengan sahabat saya yang dahulu.Sokongan kepada saya masih tetap tidak berubah," katanya.Bagaimanapun, katanya, beliau sedikit kecewa kerana sebilangan penduduk di Permatang Pasir gagal memahami gagasan yang hendak dibawa oleh BN.Katanya, BN mahu memberi status anak emas kepada Permatang Pasir tetapi ia ditolak oleh pengundi.

Menjawab pertanyaan media, Rohaizat menolak isu serangan peribadi terhadapnya sebagai salah satu faktor kekalahannya.Katanya, ini kerana jumlah undi yang diperolehinya - berbandingan dengan calon BN dalam pilihahraya umum lalu - adalah lebih kurang."Jadi saya rasa ia bukan faktornya," tambah Rohaizat.

KENYATAAN MEDIA: DSAI Berhubung Kemenangan Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pasir - 25 Ogos 2009

KENYATAAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 25 Ogos 2009

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PASIR BUKTI RAKYAT TOLAK POLITIK UMNO-BN

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.
Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihan raya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan Ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.
Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

inilah antara punca kekalahan UMNO di Permatang pasir !!!!!!


Inkues, Rahsia Kes Pembunuhan Teoh Semakin Terbongkar Bila Saksi Ke-16 Tidak Buat Laporan Polis Selepas Terjumpa Mayat Mangsa !!

SHAH ALAM, 25 Ogos [3.30 pm] - Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu prosiding inkues bahawa beliau diarah oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor untuk melaporkan kematian Teoh Beng Hock sehari selepas mayatnya dijumpai di tingkat lima, Plaza Masalam di sini.
Mohd Anuar Ismail, yang berpangkat Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, dalam keterangannya memberitahu setelah mayat Teoh ditemui lebih kurang jam 2 petang, 16 Julai lalu, beliau tidak membuat laporan polis serta merta, sebaliknya pergi ke pejabat SPRM di Putrajaya bagi mendapatkan arahan lanjut pihak atasan mengenai perkara itu. "Saya tidak menghubungi pihak polis dan membuat laporan. Keadaan amat panik masa itu kerana terlihat ada mayat di situ. Saya segera turun ke bawah dan saya lihat telah ramai orang berada di sana. Saya kemudian maklumkan perkara itu kepada Tuan Hishamuddin Hashim, Timbalan Pengarah SPRM Selangor untuk dapatkan arahan lanjut "Timbalan Pengarah telah arahkan saya dan Ketua Unit Siasatan SPRM untuk pergi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung kematian Teoh itu," katanya.
Penjelasan saksi ke-16 itu amat mengejutkan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang kemudian menyoal: "Kamu sebagai pegawai penyiasat kes ini, dan saksi utama di bawah jagaan kamu dijumpai mati, kamu tidak kisah langsung untuk membuat laporan polis?" Mohd Anuar sekali lagi menegaskan beliau hanya akan membuat laporan polis jika diarahkan untuk berbuat demikian.
"Saya cadangkan kepada kamu, kamu sebenarnya menyembunyikan sesuatu, sebab itu kamu tidak berani untuk membuat laporan polis ketika itu, supaya kamu dapat melenyapkan bukti di tempat kejadian, kerana sebenarnya pegawai SPRM lah yang telah membunuh Teoh." tanya Gobind . "Saya tidak setuju" jawab Anuar. Kemudian Gobind bertanya lagi "Sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan, jika itu adalah mayat kawan kamu, tidakkah kamu akan memberitahu ahli keluarga dan membuat laporan polis?" dan dijawab "Ya, saya akan buat."oleh Anuar. Terdahulu dalam keterangannya, Mohd Anuar berkata soal siasat terhadap Teoh dilakukan sehingga kira-kira 3.45 pagi, 16 Julai lalu, setelah diarah oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor dan Ketua Unit Siasatan SPRM untuk mempercepat siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor itu. "Ini berikutan kes itu dikategorikan sebagai kes sensitif dan telah mendapat publisiti meluas serta dilaporkan dalam suratkhabar hampir setiap hari dalam minggu itu," katanya. Gobind kemudian mencadangkan kepada saksi itu bahawa alasan siasatan itu dijalankan pada waktu malam adalah kerana ia merupakan peluang terbaik kepada pegawai SPRM untuk mendera dan menggunakan kekerasan terhadap saksi bagi mendapatkan pengakuan mereka.
"Ini adalah kerana semua pejabat bersebelahan pejabat SPRM di tingkat 14 itu adalah kosong pada waktu malam dan tiada sesiapa bekerja selewat itu," kata Gobind dan Mohd Anuar membalas: "Tidak setuju." Gobind juga bertanya sama ada saksi itu tahu bahawa terdapat banyak laporan polis telah dibuat oleh orang awam terhadap SPRM berhubung dakwaan didera ketika disoal siasat, dan Mohd Anuar berkata: "Saya tidak tahu." Mohd Anuar juga tidak bersetuju terhadap cadangan peguam itu bahawa pegawai SPRM menjalankan soalsiasat terhadap saksi secara menindas atau oppressive iaitu dengan meletakkan saksi di tengah-tengah dan dikelilingi sekumpulan 10 orang pegawai. Mohd Anuar, sambil mengangkat tangan kanannya seperti bersumpah, menegaskan beliau tidak pernah menggunakan kekerasan ketika menyoal siasat saksi, dan tidak pernah melihat atau mendengar mana-mana pegawai SPRM berbuat demikian.
"Tidakkah ia oppresive, bagi seorang individu biasa, untuk ditahan sepanjang malam untuk disoal siasat?" soal Gobind. "Ia mungkin agak meletihkan saksi," kata Mohd Anuar, yang juga mengakui bahawa tiada prosedur operasi standard yang diamalkan oleh pegawai SPRM dalam menyoal siasat saksi, melainkan berdasarkan Akta Pencegahan Rasuah dan beberapa undang-undang lain.

75% Tak Bersetuju Kartika Merayu - undian SMS NTV7

Seruan Datuk Seri Najib Razak yang berkata Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum telah ditolak oleh rakyat Malaysia yang mengikut undian SMS Edisi 7 memaparkan 75% responden tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri itu supaya Kartika merayu.
Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.
Kartika Sari Dewi, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.
"Saya keliru dan rasa seperti ditendang macam bola oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),” kata model sambilan Singapura itu berikutan keputusan pindaan hukuman sebat yang sepatutnya di jalankan ke atasnya pada minggu ini ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadan.
Kartika berkata, dia keliru dengan keputusan pihak berkuasa yang memberi arahan sebelum ini supaya hukuman sebat ke atasnya dijalankan dalam minggu ini tetapi kemudian menangguhkannya secara tiba-tiba.“Saya sangat keliru, mereka suruh saya pergi jalani hukuman tetapi sampai pertengahan jalan mereka suruh saya balik. Sekarang saya tidak tahu nak buat apa," katanya kepada pemberita sejurus selepas membuat laporan polis, di Ibupejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Kangsar, semalam.
Bapanya, Shukarno Abdul Muttalib berkata, tiga pegawai penguat kuasa Jaip datang ke rumahnya bersama waran tangkap untuk membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman tetapi lebih kurang satu jam kemudian, anaknya diserahkan semula kepadanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana keliru dengan keputusan pihak atasan yang menangguhkan hukuman terhadap anaknya dan bimbang pihak tertentu menganggap Kartika lari daripada menjalani hukuman.“Tiga pegawai datang ke rumah saya kira-kira jam 9.30 pagi dan menunjukkan waran tangkap serta membawa Kartika ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebat.“Tetapi lebih kurang sejam kemudian, pegawai yang sama menyerahkan semula Kartika kepada saya dan mengatakan hukuman sebat ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.
“Saya membuat laporan polis kerana Kartika ditangkap tetapi dibebaskan semula dan risau sekiranya keputusan itu disalah erti,” katanya.Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan telah mengarahkan Kartika menjalani hukuman itu dalam minggu ini tanpa memberikan tarikh sebenar hukuman bakal dijalankan.Pada 20 Julai lalu, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.
Bagaimanapun, Jaip atas atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang menangguhkan sementara hukuman sebat bagi menghormati bulan Ramadan.