klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 2 November 2009

BAJET (BELANJAWAN) 2010: IBARAT MINYAK DUYUNG PERENDANG DUYUNG1

Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 23hb Oktober 2009 lepas merupakan pembentangan bajet sulung beliau sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 3hb April 2009 lepas.
Pastinya rakyat dan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara akan melihat dan menganalisis Bajet 2010 ini sebagai KPI dan petunjuk kepada corak pentadbiran Perdana Menteri Baru ini. Apakah pembentangan Bajet 2010 ini sekadar retorik angka-angka dan peratusan sahaja untuk menampilkan beliau juga mampu membentangkan bajet?, Atau mampukah beliau membawa pembaharuan ekonomi dan pendekatan baru yang lebih segar seperti yang diharapkan rakyat?
Pembentangan Bajet 2010 ini dikemukakan ketika suasana ekonomi Malaysia masih suram dan belum menampakkan pemulihan ketara selepas dua kali suntikan dana ekonomi dilaksanakan. Bajet 2010 ini juga mencatatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan belanjawan secara berimbang.
Secara umumnya Bajet 2010 tidak mencerminkan ‘belanjawan untuk rakyat’ seperti yang dicanangkan, kerana rakyat hanya menerima faedah dalam bentuk pengecualian cukai sekitar RM500 juta sahaja. Rakyat secara khususnya tidak dapat menikmati kemakmuran ekonomi akibat kepincangan tadbir urus ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang sehingga kini amat lemah, dan gagal mengembalikan keyakinan bahawa ekonomi negara semakin pulih dan berdaya saing di peringkat global.
Bajet 2010 pada kali ini yang kononnya menampilkan transformasi ekonomi model baru ke arah berasaskan kepada kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi dilihat tidak mengujakan. Usaha untuk menyaingi kehebatan ekonomi negara-negara lain yang telah melaksanakan model baru tersebut seperti Singapura, Taiwan, Finland dan Israel dilihat tidak strategik untuk ekonomi Malaysia pada masa sekarang kerana asas ekonomi di Malaysia masih jauh ketinggalan daripada sumber tenaga, kepakaran, pusat penyelidikan dan kemampuannya.
Negara-negara yang telah melaksanakan sistem ekonomi berasaskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi telah bermula awal sejak era tahun 1970 dan 1980 lagi. Penumpuan negara-negara tersebut kepada bentuk ekonomi ini adalah disebabkan latarbelakang negara tersebut yang tidak mempunyai kelebihan sumber asli dan tanahnya. Mereka telah lama bermula dengan pembangunan dan penyelidikan yang mantap dan kukuh dalam semua aspek. Perancangan negara-negera tersebut juga jelas dan berhasil menjadikan ekonomi mencapai kemajuan yang disasarkan.
Kita tidak mahu melihat Malaysia terkapai-kapai dalam mengurus ekonomi masa hadapan dalam arus ekonomi global dengan tidak memberi perhatian utama memperkukuhkan pembangunan insan dan sumber tenaga pakar yang dilatih dan dibentuk sendiri. Kebergantungan negara kepada pakar-pakar luar dan sumber manusia luar yang terlalu besar kuantiti dan kualitinya membahayakan strategi kestabilan ekonomi negara masa hadapan kerana mungkin tenaga pakar dan sumber manusia tersebut akan keluar mencari peluang lain yang lebih produktif dan lumayan.
Sewajarnya, model ekonomi Malaysia memperkukuhkan pembangunan sedia ada sumber asli, galian dan pertanian disamping mempelbagaikan penjanaan ekonomi dan perkhidmatan untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. Malaysia yang mempunyai kekayaan dengan sumber asli, galian dan tanah subur yang tidak dimiliki oleh negara-negara yang berasaskan kepada model ekonomi baru ini perlu mengambil segenap peluang dan menggilap potensi ekonomi secara keseluruhannya.
Usaha menarik pelabur asing ke dalam negara perlu dipergiatkan dengan usaha-usaha yang positif dilaksanakan dengan memperbaiki sistem ketelusan dan pengurusan ekonomi negara yang cekap,bebas rasuah dan mengurangkan birokrasi kerajaan. Negara yang hanya mencatatkan kemasukan dana pelabur asing hanya berjumlah RM3.6 Billion berbanding RM19.7 Billion pada tahun sebelumnya sewajarnya menggerakkan lamunan panjang pihak kerajaan agar melaksanakan satu tindakan yang proaktif dan drastik.
Hutang negara yang meningkat mendadak kepada RM362.5 billion untuk tahun 2009 menggambarkan ada yang tidak kena dengan gaya pengurusan ekonomi negara ketika ini. Apakah negara tidak mempunyai pelan khusus untuk mengurangkan jumlah hutang negara yang mana situasi ini boleh menjejaskan kestabilan ekonomi Malaysia dalam masa terdekat. Malaysia perlu mempunyai hutang negara yang rendah untuk memastikan kelangsungan jangkamasa ekonomi negara untuk lebih kukuh dan stabil. Kerajaan perlu memikirkan generasi masa hadapan yang perlu menanggung beban akibat jumlah hutang negara yang amat tinggi. Malahan setiap anak dalam kandungan lagi sudah terpikul tanggungjawab terhadap hutang negara secara tidak langsung.
Bajet 2010 pada kali ini juga agak ganjil kerana tidak memberi penumpuan kepada aspek pertahanan negara yang tidak memberikan apa-apa yang menarik kepada kebajikan para anggota tentera. Persoalannya apakah dana untuk anggota tentera sudah habis dihamburkan untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang? Jelas, kerajaan Barisan Nasional terus melupakan jasa besar mereka setelah pengorbanan besar disumbangkan oleh mereka. Negara juga dikejutkan dengan tragedi kebakaran KD Inderapura di Pengkalan TLDM Lumut serta penggunaan senjata pertahanan yang tidak berkualiti dan ketinggalan zaman. Sewajarnya aspek pertahanan negara tidak boleh dipandang rendah kerana kegagalan menyediakan sistem persenjataan dan sumber tenaga manusia yang terbaik dan berkualiti kedaulatan negara mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana kuasa asing.
Kadar kelajuan internet dan broadband di Malaysia kian dipersoalkan. Tahap kelajuan yang berada di tangga 48 daripada 66 buah negara hasil kajian Universiti Oxford tidak menggambarkan usaha hasil pelaburan yang besar untuk pembangunan Multimedia Super Coridor dan Cyberjaya serta pelaburan besar pembangunan jalur lebar sebelum ini. Ini pasti menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang menarik memandangkan sistem capaian internet dan jalur lebar pantas adalah amat diperlukan untuk kepentingan strategik ekonomi dan pelaburan.Malaysia amat memerlukan pembangunan jalur lebar berkelajuan yang tinggi untuk menyediakan negara kepada ekonomi masa hadapan. Kajian dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan keseluruhan ceruk rantau dan kampung yang mempunyai nilai ekonomi yang berpotensi dapat dikembangkan ke peringkat global. Sudah tiba masanya negara memperbaiki tahap kelajuan internet dan broadband jika mahu bersaing dengan negara-negara serantau yang sudah mempunyai tahap capaian yang baik dan pantas.
Negara-negara yang dikenal pasti sudah bersedia untuk menakluki teknologi maklumat masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps. Pemberian kontrak untuk syarikat-syarikat membangunkan dan memperbaiki kelajuan dan infrastruktur jalur lebar perlu diberi perhatian agar projek besar ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih yang merugikan wang rakyat dan Negara.
Aspek pembangunan pertanian dalam Bajet 2010 ini juga masih belum ada yang menarik melainkan pemberian berterusan subsidi. Sewajarnya satu anjakan baru untuk membantu golongan petani di negara ini dengan memperkenalkan sistem insurans dan takaful bagi memastikan sektor pertanian mampu memberikan sumber pendapatan negara di samping mengurangkan perbelanjaan keluar atau import produk pertanian daripada negara luar. Sumber tanah yang sesuai untuk pertanian perlu dioptimumkan agar kesan kenaikan barangan makanan yang pernah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini dapat dielakkan dan di atasi.Golongan petani, nelayan dan penternak perlu terus disediakan suasana dan iklim pertanian dan penternakan yang memuaskan. Sistem pemasaran dan pengedaran yang menjadi kekangan kepada mereka selama ini perlu diperbaiki dengan memperkemaskan pengurusan agensi-agensi berkaitan. Sumber dana mudah untuk golongan petani memperhebatkan usaha mereka meningkatkan jumlah hasil dan kualiti perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sektor pertanian hanya dilakukan dalam skala kecil,tidak produktif dan terbatas.Bajet 2010 untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar.
Kegagalan negara untuk menyediakan pendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalam keadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan. Kedudukan ranking universiti-universiti di Malaysia memaksa kerajaan bertindak proaktif menyediakan suasana dan iklim pendidikan negara yang berteraskan kepada pembangunan insan secara holistik dan menyeluruh. Universiti di Malaysia perlu dilihat berbeza dan mencari kelebihan tersendiri jika agak sukar untuk mengatasi kualiti universiti tersohor dunia seperti Univerisiti Oxford dan lain-lain.
Pendidikan di Malaysia perlu menyediakan generasi masakini kepada suasana dan iklim keperluan di masa hadapan. Pembelajaran yang bersifat hanya fokus kepada peperiksaan perlu diubah agar suasana pembelajaran di negara ini bersifat berterusan dan memupuk semangat cintakan kepada ilmu dan budaya menyelidik. Pendidikan negara dilihat hanya menumpukan kepada aspek kecemerlangan dalam peperikasaan tetapi pendidikan negara gagal membangunkan karektor insan yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai bidang.
Dalam Bajet 2010 ini juga kerajaan merancang untuk melaksanakan penstrukturan semula Skim Subsidi Minyak. Sistem baru ini yang menggunakan MyCard dan infrastruktur sedia ada memerlukan kajian mendalam dan pelaksanaan yang betul untuk mengelakkan sistem ini kelak menimbulkan suasana kelam kabut dan tidak menentu kepada rakyat. Jika perlaksanaan sistem baru ini dilihat menyusahkan rakyat dan menambahkan kos perbelanjaan kerajaan maka sebelum ianya dilaksanakan kerajaan perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan pakar dalam hal ini.
Bajet 2010 untuk memerangi jenayah rasuah yang dicadangkan kerajaan dilihat tidak nampak mampu membendung jenayah rasuah secara drastik. Penggubalan Whistel Blower Act untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat tidak mempunyai erti jika penjenayah rasuah berprofil tinggi terus dilindungi. Kredibiliti SPRM kini jatuh merudum di peringkat nasional dan antarabangsa kerana persepsi rakyat menganggap SPRM tidak berupaya menyelesaikan kes yang mencecah berbillion Ringgit Malaysia dan individu berprofil tinggi. Sehingga kini SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa selain menyerahkan kes ini kepada Peguam Negara. Persoalannya ialah bagaimana pula jika Peguam Negara dan individu berprofil tinggi terbabit melakukan rasuah?
Usaha memperbaiki imej SPRM bukan hanya sekadar mengadakan persidangan antarabangsa dan sessi penerangan semata-mata seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2010. Apa perlu didahulukan ialah agar SPRM ini mempunyai kuasa pendakwaan yang luas dan hanya menerima arahan daripada Parlimen dan Yang DiPertuan Agong. SPRM perlu bertindak pantas menyiasat kes-kes yang melibatkan Ringgit Malaysia Berbillion-billion dan bukan hanya beria-ia menyiasat kes-kes terpilih yang hanya bermotifkan peribadi dan politik sempit semata-mata.
Untuk Bajet 2010 ini, adalah suatu tindakan yang pelik apabila kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk Program Permata. Apakah kerana Program Permata ini diterajui oleh Rosmah Mansor maka sejumlah wang rakyat yang banyak dilaburkan ? Atau apakah program ini begitu efektif dan berkesan ? Kenapa peruntukan sebanyak itu tidak disalurkan melalui kementerian yang dipimpin oleh Menteri Shahrizat ? Persoalan-persoalan ini membangkitkan persepsi negatif terhadap PM Najib. Apa yang diharapkan ialah perbelanjaan RM100 juta ini dipantau dan dipastikan memberikan manfaat terbesar kepada genarasi kanak-kanak.
Pembangunan teknologi hijau yang baru diperkenalkan di negara ini memerlukan kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada rakyat. Kerajaan perlu meningkatkan usaha kefahaman dan aplikasi teknologi hijau ini dalam kehidupan. Pengenalan teknologi baru sewajarnya mengurangkan kos perbelanjaan wang negara dan rakyat. Tiada ertinya teknologi hijau ini diperkenalkan dan dilaksanakan jika kos bebanan semakin meningkat dan tidak memberi impak positif kepada kehidupan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
Harapan besar rakyat dalam Bajet 2010 ini ialah agar kadar kenaikan kos barangan, makanan dan perkhidmatan tidak terus naik mendadak dan menjejaskan kuasa beli rakyat. Tiada ertinya Bajet dibentangkan berbillion-billion dan angka-angka yang dicanang-canang nampak indah belaka namun tidak sampai peruntukan tersebut kepada rakyat. Peruntukan dan pengagihan dana persekutuan ini juga perlu sampai kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan menyampaikan dana persekutuan dan geran yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Negara memperlihatkan masih ada suasana jumud pemikiran untuk menggembeling secara bersama menjana pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Perbezaan pandangan politik tidak perlu terlalu jumud dan sempit sehingga ada dana yang sepatutnya diterima dan diurus oleh pihak yang tidak sehaluan dengan pandangan politik akan disekat dan dihalang. Rakyat menjadi mangsa kepada sikap kerakusan dan pemikiran sempit politik sesetangah pihak dengan tidak melihat kepentingan yang lebih besar kepada rakyat dan negara pada masa hadapan.
Malaysia perlu melangkah lebih cergas dan proaktif berhadapan cabaran krisis ekonomi dan kewangan global. Walaupun ada petanda-petanda yang positif pemulihan ekonomi di peringkat global namun krisis ekonomi dan kewangan boleh kembali berlaku tanpa diduga dan diramal. Ekonomi Malaysia perlu mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi kepada apa sahaja iklim ekonomi global yang melanda. Rakyat perlu diutamakan dalam aspek kebajikan jika berlaku krisis ekonomi,makanan dan kemelesatan yang berlaku dan tidak menjurus kepada pakej ‘bailout’ dan menyelamatkan syarikat gergasi kroni sahaja.
Pengurusan yang cekap, sistematik dan amanah merupakan antara yang perlu diutamakan. Budaya membazir, rasuah dan penyelewengan kuasa yang membantutkan dan merencatkan pembangunan rancak negara perlu diperangi habis-habisan. Tidak keterlaluan kalau disimpulkan Bajet 2010 yang diharap dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat di setiap lapisan dan peringkat di kala kesuraman ekonomi sekarang hanyalah ibarat minyak duyung perendang duyung1.
1 “Minyak duyung perendang duyung” adalah sebuah peribahasa Melayu yang membawa maksud ‘menghabiskan harta tuannya (atau rakyatnya) sendiri’. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

PELANCARAN ' KEMPEN KEADILAN UNTUK TIAN CHUA'

Salam reformasi,

Seperti yang dimaklumkan, Ahli Parlimen Tian Chua telah disabit kesalahan menggigit seorang polis semasa BERSIH ingin menghantar memorandum ke Parlimen.
KEADILAN telah melancarkan satu kempen "Keadilan Untuk Tian Chua" di Kuala Lumpur serta Negeri Selangor. Kutipan tandatangan beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada Tian telah dijalankan pada November 1 (Ahad).
Sementara itu, 22 Cabang di Negeri Selangor akan mengadakan kempen tersebut di pasar pagi atau pasar malam untuk mengumpul tandatangan orang ramai.

SELANGOR ANJUR DIALOG BAJET 2010 BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

SEBARAN MEDIA
31 Oktober 2009

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan dua majlis Dialog Bajet 2010 pada 3 November (Selasa) dan 9 November (Isnin) untuk menganalisa dan membahaskan bajet persekutuan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.
Dialog Bajet 2010 yang akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 3 November jam 8 malam bakal menyaksikan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) sebagai ahli panel dialog tersebut.
Pada 9 November pula Dialog Bajet akan diadakan di Auditorium, Aras 5, MBAJ, Ampang bermula jam 8 malam. Para ahli panel adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Dr. Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang).
Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal merasmikan majlis dialog yang dijangka akan menjadi tarikan golongan profesional, akademik, kesatuan pekerja dan pertubuhan bukan kerajaan itu.
Antara tujuan majlis dialog ini diadakan dalah untuk mengumpul pandangan dan cadangan pelbagai pihak untuk dijadikan rujukan dalam mengenalpasti keutamaan dan hala tuju bajet kerajaan negeri Selangor yang akan datang.
Orang ramai dijemput hadir untuk berkongsi pandangan bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung dengan unjuran Bajet 2010 dan strategi pelaksaannya baik di peringkat persekutuan mahupun di negeri.

SEKRETARIAT AKHBAR
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KEPERITAN SEMENTARA SEBELUM PEMBAHARUAN, AMK KEADILAN BERTERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN HARAPAN TINGGI RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
30 OKTOBER 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia berterima kasih kepada semua pihak atas teguran dan tumpuan yang diberi ke atas perselisihan dalaman KEADILAN. Rombakan semula lapisan pimpinan kebelakangan ini sebenarnya merupakan keperitan sementara sepanjang menuju pembaharuan. Ia juga merupakan perjalanan yang akan dilalui oleh setiap parti politik. Harapan tinggi rakyat akan diterima dengan sepenuh hati oleh KEADILAN. Para pengundi yang memberi kepercayaan kepada KEADILAN tidak akan dikecewakan.
AMK juga bersetuju dengan iltizam YAB Menteri Besar Selangor untuk mengambil tindakan atas ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham. Sebenarnya, keinginan Badrul Hisham melompat adalah di dalam jangkaan kami. Sering kali KEADILAN meminta beliau memberi kerjasama dan berkhidmat untuk rakyat secara bersungguh-sungguh, tetapi dukacitanya, dia bukan sahaja tidak melaksanakan tanggungjawab dia malah lompat keluar parti KEADILAN dan memihak kepada BN.
AMK menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan tidak bertanggungjawab. Ini juga selaras dengan keputusan PAS untuk menyerahkan isu PAS Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti tersebut. Kita mesti memastikan kestabilan kerajaan Negeri Selangor agar Pakatan Rakyat dapat menumpukan perhatian untuk merealisasikan dasar demokrasi dan memanfaatkan rakyat.
Berkenaan dengan salah faham dan ketidakpuasan hati akibat pertukaran pucuk pimpinan di Sabah, Presiden KEADILAN telah memberi jaminan bahawa beliau akan mengamalkan sikap terbuka dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat untuk mencapai persetujuan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan pimpinan parti dan pihak berkenaan dapat bersatu hati menyelesaikan perselisihan faham supaya dapat memperjuangkan agenda reformasi parti bersama-sama.
Seperti parti politik lain yang baru ditubuhkan, AMK mengakui bahawa KEADILAN masih sebuah parti yang muda. Lebih-lebih lagi, KEADILAN berhadapan dengan tindasan, ugutan dan muslihat BN yang mempunyai sumber kewangan dan jentera negara yang kuat. Kebangkitan KEADILAN sebagai parti yang mampu menggantikan BN juga menjadikannya sasaran utama pihak BN.
Selepas tsunami politik pada 8 Mac, KEADILAN sedang mencuba sedaya-upaya untuk mentransformasikan parti supaya memberi lebih peluang kepada golongan muda. Seperti apa yang dilaporkan dalam ”Off the Edge”, liputan terhadap beberapa tokoh muda KEADILAN yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap parti dan negara telah mendapat sambutan baik daripada kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, kita jangan mengadakan tanggapan salah terhadap KEADILAN sedangkan yang mereput hanya sebilangan kecil sahaja.

LEE Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Sabtu, 31 Oktober 2009

BN MESTI BERTANGGUNGJAWAB !

Setiap kali kejadian malapetaka yang berlaku melibatkan kejadian runtuh bangunan , stadium dan kini jambatan gantung di Kuala Dipang , BN terus cuba bertindak lepas tangan . Menafikan setiap apa yang berlaku adalah tanggungjawab BN .

Nasib baik kejadian runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak , Kuala Terengganu tidak melibatkan nyawa rakyat Terengganu . Tetapi peristiwa di Kuala Dipang melibatkan nyawa .

UMNO / BN menafikan bahawa kejadian semua ini harus dipersalahkan kepada mereka . Itulah pemimpin UMNO/BN yang sentiasa cuba melepaskan tangan dalam apa jua kejadian yang melibatkan kerugian wang rakyat dan nyawa rakyat terancam .

Sedangkan setiap kali projek kerajaan samada yang diuruskan oleh JKR atau apa sahaja agensi di bawah kerajaan persekutuan akan terpampang papantanda PROJEK KERAJAAN BARISAN NASIONAL !

Justeru BN wajib bertanggungjawab ! Pemimpin UMNO/BN yang terbabit wajar diambil tindakan !

Sikap lepas tangan dan tidak bertanggungjawab ini sangat kurang ajar dan tidak bermoral ! Nyawa rakyat terus terancam ekoran amalan rasuah dan penyelewengan dalam setiap projek yang konon di buat atas prinsip pembangunan dan kebajikan kepada rakyat . Sedangkan amalan jijik tersebut terus berlaku .

Pemimpin BN terus berada dia batas undang-undang kerana amalan Law Of The Jungle terus menyelamatkan mereka !

farizmusa.blogspot.com

Rabu, 28 Oktober 2009

Tiga Exco Terengganu Akan Di Gugurkan

Wednesday, 28 October 2009 04:42 Editor

KUALA TERENGGANU – Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali dikatakan berikrar untuk taat setia kepada Menteri Besar Dato’ Ahmad Said mengukuhkan dakwaan, satu rombakan ahli Exco kerajaan negeri Terengganu akan berlaku.
Sumber dari pusat pentadbiran kerajaan negeri, Wisma Darul Iman memberitahu, rombakan tersebut akan berlaku selepas sidang DUN Disember ini atau pada awal tahun hadapan.Walaupun ’cakap-cakap’ berkaitan rombakan ahli Exco Terengganu sudah banyak kali dihebohkan, bahkan pernah dinafikan oleh Ahmad Said, namun berita mengenainya tetap muncul kembali.
Pada Oktober tahun lalu, Ahmad Said pernah mengugut untuk memecat Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad yang juga ADUN Pengkalan Berangan kerana mengengkari arahan beliau.Ahmad berkata beliau berhak menggugurkan Yahya kerana ia terletak di bawah bidang kuasanya. "Saya kira apa (kehendak peringkat akar umbi)? Kehendak saya dia kena ikut juga. Saya menteri besar dan ada hak terhadap Exco saya...saya yang lantik. Hak bahagian melantik ketua bahagian, hak saya melantik Exco.“Dua keadaan berbeza. Dia tak langgar disiplin parti, tapi langgar arahan saya," katanya. "Saya mengarahkan semua Exco supaya tidak terbabit dalam pertandingan jawatan utama peringkat bahagian sebelum pertandingan peringkat cawangan lagi kerana saya minta mereka beri tumpuan kepada jawatan dalam kerajaan dan biar orang lain pegang jawatan ketua bahagian, kecuali jika dia memang dah ketua bahagian. Itu arahan saya jelas," tambah Ahmad ketika itu.
Menurut sumber tersebut, rombakan Exco pada kali ini adalah bertujuan untuk menguatkan barisan pentadbiran Ahmad Said setelah sebahagian ADUN dari ‘Geng 10 budak hitam’ kembali menyokongnya.Ahmad Said dilaporkan telah mendapat ’ketenangan’ dalam politik setelah satu kumpulan ADUN yang berbalah dengannya, berikrar kembali taat setia kepadanya.
Pada 16 September sekumpulan tujuh ADUN Terengganu diketuai oleh Dato’ Din Adam mengadakan perjumpaan dengan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.Antara ADUN yang hadir ialah ADUN Kota Putera, Muhammad Pehimi Yusof, Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Abd Halim Jusoh (Permaisuri), Ramlan Ali (Jabi), Wan Mohd Hakim Wan Mokhtar (Air Putih) dan ADUN Hulu Besut, Nawi Muhamad.
Din Adam dilaporkan mengumumkan pendirian mereka dan menjelaskan hubungan sesama ADUN terbabit dengan Menteri Besar, Ahmad Said adalah sentiasa baik dan tidak pernah timbul soal perpecahan. “Kita tiada masalah dengan Menteri Besar, kita juga akur kepada pelantikan yang telah dibuat, kita tidak sesekali akan derhaka,” kata Din Adam.
Namun, pemerhati politik melihat, pertemuan Din Adam dan kumpulannya ke Putrajaya adalah untuk memperkuatkan pengaruh Hishamudin di Terengganu, selain mencari ’laba politik’ untuk diri masing-masing.
Ekoran pertemuan itu, Din Adam telah dilantik Hishamudin sebagai Pegawai Khas Menteri Dalam Negeri, menjadikannya orang yang paling berkuasa dan berpengaruh di Terengganu masakini.Oleh yang demikian, giliran mereka yang bersama Din Adam pula dibalas jasanya.
Justeru, tiga orang dikalangan sepuluh Exco kerajaan negeri yang masih bermasalah dengan Ahmad Said bakal digugurkan.Menurut sumber itu lagi, salah seorang daripadanya telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan kerana masalah dalaman Umno dan MB Terengganu yang tidak berkesudahan. Seorang daripadanya dikatakan ‘rela dan redha’ sekiranya beliau digugurkan dari jawatan Exco, kerana tindakan dan cakap-cakapnya begitu ’bebas dan sudah tidak terbatas’. ”Manakala individu yang ketiga, sudah banyak kali disebut-sebut akan digugurkan kerana beliau memang amat tidak disenangi oleh MB,”kata sumber tersebut.
Oleh yang demikian, sebagai gantinya, tiga orang akan dipilih di kalangan ‘Geng 10 budak hitam’ yang telah berpaling tadah dan kembali ke pangkuan Ahmad Said.- buletioonline

Terkini: Sidang DUN Perak

11.10am: ADUN Pakatan sedang berucap di dalam Dewan, walaupun Speaker BN telah menangguhkan sindang sehingga jam 11.30 pagi.
10.52am: Walaupun sidang DUN Perak ditangguhkan, tetapi Speaker Datuk R Ganesan masih duduk di kerusinya, mungkin kerana bimbang V Sivakumar duduk di situ.
10.35am: Sekitar bangunan sekretariat kerajaan negeri Perak dikawal ketat ketika sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi pembentangan bajet bermula.
ADUN Pakatan Rakyat mendakwa polis menghalang mereka masuk ke dalam Dewan, dan mendakwa beberapa orang daripada mereka telah dikasari. Mereka masuk ke Dewan sewaktu Speaker menangguhkan sidang selama sejam mulai jam 10.20 pagi.
10.22am: ADUN Pakatan masuk ke dewan, sambil mengejek Speaker sebelum duduk di tempat masing-masing.Terdengar komen: "Wah! Speaker haram, bodyguard banyak" dan "Woi, Ganesan pakai sari lebih baik lah!".
10.20am: Ganesan menangguhkan sidang dewan sehaingga jam 11.20 pagi.
10.15am: Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mula membentang bajet. ADUN Pakatan belum kelihatan.
Bagaimanapun, satu drama berlaku di luar bangunan.Sepasukan anggota polis yang diketuai oleh OCCI Ipoh Anthony Glenn didakwa menghalang ADUN Pakatan daripada masuk ke Dewan beberapa kali dan mengkasari sebahagian daripada mereka.
Menteri Besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin memberitahu pemberita bahawa mereka dihalang sebelum dapat menaiki lif.Sivakumar mendakwa anggota polis merampas songkoknya, tetapi tidak berjaya merampas jubahnya.
ADUN masuk semula ke dalam bangunan selepas sidang akhbar, tetapi Sivakumar muncul semula bersama ADUN Jalong Leong Mee Meng - kali ini tanpa memakai jubah."Mereka merampas jubah saya dan memukul beberapa orang ADUN di dalam bangunan," dakwanya.
10.20am Speaker Datuk R Ganesan menangguhkan persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak selama sejam sehingga jam 11.20 pagi.
10.05am: Speaker Datuk Ganesan memulakan sidang dengan membuat pengumuman mengenai larangan penggunaan alat-alat rakaman dan telefon bimbit di dalam Dewan. Pengawal keselamatan dewan diberi kuasa merampasnya.
Katanya, jumlah pengawal keselamatan telah ditambah - sekurang-kurangnya 22 orang di dalam Dewan - bagi menghalang berulang kekecohan seperti yang berlaku pada 7 Mei lalu.
Dewan bertafakur sebentar berhubung kejadian seorang peserta perkhemahan 1Malaysia yang lemas di Kampar malam kelmarin, apabila jambatan gantung yang dilalui peserta runtuh.
10.00am Sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak bermula dengan bacaan doa. Kerusi pembangkang masih kosong, ekoran spekulasi ADUN Pakatan masih melalui pemeriksaan ketat.
9.50am Semua ADUN Pakatan Rakyat masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri selepas melalui dua sekatan polis. Polis membiarkan mereka masuk.
9.45am Para ADUN Pakatan Rakyat mula bergerak dari pejabat DAP untuk menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak. V Sivakumar kelihatan memakai jubah Speaker.9am: Masih tidak nampak sebarang perhimpunan tetapi ADUN mula memasuk bangunan sekretariat. Antara yang awal tiba ialah pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham Thomas Su tetapi mereka tidak dibenar masuk ke dalam bangunan, menyebabkan berlaku pertengkaran antara kedua mereka dengan polis. Akhirnya, polis membenar Ngeh dan Su masuk.
Laporan awal:Polis mengawal ketat di luar bangunan sekretariat kerajaan negeri di Ipoh pagi ini menjelang sidang DUN untuk pembentangan bajet.Helikopter polis kelihatan berlegar-legar di udara di atas bangunan sekretariat. Para wartawan masuk ke dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas pemeriksaan ketat.
Sidang tersebut dipanggil oleh kedua-dua Speaker BN, Datuk R Ganesan dan Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar. Ganesan sebelum ini menggantikan Sivakumar ekoran kontroversi BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri Mei lalu.
Ekoran Pakatan masih terus mempertikaikan kesahan kerajaan negeri BN, maka sidang hari ini dijangka panas.Bagi mengelak sebarang kekecohan, pihak polis juga telah mendapatkan perintah mahkamah lewat semalan untuk melarang sebarang perhimpunan dalam jarak 50 meter dari bangunan sekretariat. Perintah itu berkuatkuasa hari ini sehingga 11 malam Jumaat ini.
Awal pagi ini, polis telah menempatkan sekurang-kurangnya lapan trak, sebuah van, dua jib, dua tarik Unit Simpanan Persekutuan dan dua trak meriam air di luar bangunan sekretariat.Kenderaana pertama polis tiba di bangunan itu pada kira-kira jam 6.20 pagi. Beberapa anggota polis juga ditempat di dalam bangunan tersebut.pada jam 7 pagi, anggota polis mula memasang benteng dan dawai berduri untuk menghalang orang ramai yang tidak berkenaan masuk ke bangunan tersebut. Kira-kira 450 anggota polis berkawal di bangunan itu.
Sidang dewan dijadual bermula jam 10 pagi tetapi pintu bangunan sekretariat dijangka dibuka pada jam 9 pagi untuk membolehkan ADUN Bn masuk ke dewan.Difahamkan ADUN Pakatan hanya akan dibenarkan masuk ke dewan pasda jam 9.55 pagi, bagi mengelak berlaku insiden merebut kerusi Speakar.Malaysiakini

Keluarga mohon gali mayat Teoh

Okt 27,
Keluarga Teoh Beng Hock hari ini mengemukakan permohonan ke Mahkamah Majistret Shah Alam bagi mendapatkan perintah membenarkan mayat pembantu politik itu dikeluarkan dari perkuburan untuk pemeriksaan bedah siasat kedua.Permohonan itu, yang turut disertakan dengan afidavit bersumpah oleh abang mendiang, Teoh Meng Kee, dibuat melalui peguam mereka Gobind Singh Deo pada pukul 3.45 petang tadi.
Dalam afidavit itu, Meng Kee, 33, menyatakan bahawa keterangan pakar forensik Thailand, Dr Porntip Rojanasunand di mahkamah minggu lalu yang mendedahkan kemungkinan Beng Hock mati akibat dicekik dan didera perlu dibuktikan dengan melakukan pemeriksaan ke atas mayat itu sekali lagi.
"Saksi ini telah memberitahu bahawa, pemeriksaan yang beliau jalankan melalui gambar-gambar bedah siasat menunjukkan terdapat kesan tekanan di bahagian kiri leher si mati dan kesan hematoma di bawah permukaan kulit bahagian itu yang konsisten dengan 'kesan cekik secara manual' pada si mati.
"Juga kecederaan di bahagian dubur si mati tidak konsisten dengan kecederaan daripada jatuh dari tempat tinggi dan kelihatan terdapat cedera akibat penembusan di bahagian itu," katanya dalam afidavit itu.Ini berbeza dengan keterangan pakar bedah dan forensik Dr Khairul Azman Ibrahim dan Dr Prashant Naresh Samberkar yang melakukan bedah siasat ke atas mayat Beng Hock, yang merumuskan kematian mendiang adalah kerana jatuh dari tempat tinggi.
"Kedua-dua saksi ini telah memberikan keterangan pendapat bahawa kemungkinan besar si mati telah membunuh diri. Walau bagaimanapun Dr Khairul ada menyatakan kemungkinan yang si mati telah dicederakan sebelum jatuh," kata Meng Kee.Beliau berkata Dr Porntip, melalui keterangannya di mahkamah, telah merumuskan bahawa Beng Hock tidak meninggal dunia kerana bunuh diri, sebaliknya mati dibunuh.
Oleh itu Dr Porntip perlu diberikan peluang sepenuhnya untuk mengendalikan pemeriksaan ke atas mayat Beng Hock bagi menentusahkan keputusan dan pendapat beliau, menurut afidavit itu lagi.Dr Porntip, 54, merupakan ketua pengarah Institut Sains Forensik Sentral, Kementerian Kehakiman Thailand dan telah dipanggil oleh kerajaan negeri Selangor untuk memberikan keterangan dalam prosiding inkues bagi membantu menyiasat punca kematian Beng Hock.
Pada 16 Julai, Beng Hock, setiausaha politik kepada anggota exco Selangor Ean Yong Hian Wah, ditemui mati di tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi kenyataan mengenai dakwaan salahguna peruntukan kerajaan negeri Selangor di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan yang sama.Mayatnya telah dikebumikan empat hari kemudian di Nirwana Memorial Park, Semenyih, Selangor.
Di luar mahkamah, Gobind memberitahu media beliau berharap permohonan itu akan didengar di mahkamah secepat mungkin, dan berkata jika permohonan itu dibenarkan, pemeriksaan ke atas mayat Beng Hock akan dilakukan oleh Dr Porntip pada awal bulan depan. BERNAMA

Saya sudah tua untuk didalangi — Nik Aziz

Oleh - Mohd Zuharman
KOTA BHARU, Okt 25 — “Saya dah tua tak perlu jadi didalangi orang dah. Seperti yang saya katakan saya hanya hendak jaga parti saya supaya dihormati sampai bila bila. Masalah letak jawatan tu… Selagi umur saya ada, banyak lagi perkara yang belum berakhir.”Inilah penegasan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terhadap beberapa kenyataan kononnya bukan Nik Aziz yang membuat kenyataan agar diadakan satu mesyuarat khas untuk menukar kepimpinan partinya.
Nik Aziz menafikan tuduhan kononnya dia telah didalangi pihak tertentu dalam membuat kenyataan atau cadangan tersebut dan tindakannya itu adalah sebagai tindakan terakhirnya sebelum melepaskan jawatan.Antara yang membuat kenyataan seolah-olah Nik Aziz hanya membuat kenyataan berdasarkan pandangan orang lain adalah Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib dan Ketua Penerangan PAS Selangor, Roslan Shahir yang tidak percaya kenyataan itu datang dari Nik Aziz sendiri.
Harun berkata, beliau tidak percaya Nik Abdul Aziz yang menulis di dalam blog berhubung muktamar khas itu.“Setakat ini saya masih tak percaya Tok Guru Nik Abdul Aziz buat keputusan seperti itu,” ujarnya kepada media selepas merasmikan Majlis Penutup Sambutan Jubli Perak Pasti Negeri Terengganu di Dewan Banat Maahad Darul Quran, Rusila, petang ini.
Katanya, walaupun perkara itu terdapat di dalam blog tok guru, namun siapa sebenarnya yang menulis tidak diketahui.“Saya tak percaya tok guru kata. Saya rasa bukan tok guru (tulis). Saya kenal tok guru,” ujarnya.Baginya, dengan kecanggihan yang ada sekarang, sesiapa sahaja boleh menulis dan memasukkannya ke dalam blog Menteri Besar Kelantan itu.
Kenyataan kedua-duanya membayangkan seolah-olah Nik Aziz dipergunakan oleh sesetengah pihak yang rapat dengan beliau untuk membuat kenyataan sebegitu. Yang menjadi sasaran adalah bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang dianggap sangat rapat dengan Menteri Besar Kelantan itu.Ketika ditanya media mengenainya,
Nik Aziz menegas, beliau sudah tua dan tidak perlu jadi dalang orang.Beliau memberitahu, apa yang diluahkan tidak ubah sebagai melontarkan buah pikiran demi menjaga keluhuran parti kerana parti PAS adalah sebuah parti yang dihormati oleh seluruh masyarakat.
Dan umumpun sudah maklum bahawa PAS sebelum ini memang bertindak dalam membuat sesuatu keputusan ialah secara kolektif iaitu malaui Majlis Syura yang juga berfungsi sebagai tempat membuat dasar.“Jadi kalau ada orang yang tidak setujupun tidak mengapa, saya tidak kecewa. Saya Cuma beri idea bila timbul sesuatu yang memaksa saya buat begitu,” katanya yang juga sedikitpun tidak merasa kesal terhadap penolakan PAS Selangor mengenai cadangan itu.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas perasmian masjid baru, masjid Nuraini di Pasir Hor, dekat sini. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tengku Ahmad Rithaudeen.
Semasa menjawab soalan media kemungkinan menarik balik cadangan itu atau mungkin ada pendekatan lain dalam usaha menjernihkan keadaan Nik Aziz yang juga Menteri Besar tetap bertegas tidak ada sebab untuknya menarik balik kenyataan itu kerana baginya ia adalah realiti di dalam PAS, dan juga tidak ada pendekatan lain perlu dilakukan kerana ia adalah hanya satu teguran, bukan satu perbalahan.
Dalam pada itu Nik Aziz yakin perkara yang berbangkit itu adalah bukan satu gambaran konflik dalaman membawa kepada perpecahan PAS.
Sementara itu, pada majlis yang sama, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, berharap perkara tersebut tidak dimanipulasikan oleh semua pihak termasuk ahli PAS sendiri sebelum kenyataan rasmi parti dikeluarkan.
Selari dengan kenyataan Nik Aziz, beliau juga menafikan wujudnya perpecahan di dalam parti.“Saya rasa tidak ada isu dalaman parti” jelasnya ringkas sambil memaklumkan akan membawa amanah Nik Aziz berhubung perkara berkenaan kepada parti samaada presiden ataupun pucuk pimpinan tertinggi parti dalam masa terdekat ini.

Tulang Besi

Bertemu Blogger2 UMNO & Pro UMNO Untuk Memfitnah Sesama Pimpinan PAS..?

Sesungguhnya saya mendapat laporan telah berlaku perjumpaan anjuran Roslan SMS dan Ustaz Mat Zain di KUIS tempohari untuk membincangkan bagaimana hendak menangani masalah2 blogger yang ramai dan majoriti “hostile” pada kepimpinan PAS Selangor.
Tidak sangka2 saya satu perjumpaan telah dianjurkan dengan beberapa orang blogger UMNO (dan PAS ada jugak) yang mana blogger2 ini jelas menampakkan kebencian mereka kepada Tok Guru Nik Aziz kita. Namun, mereka dijemput dalam satu pertemuan ramah mesra dengan kepimpinan PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Mat Isa dan Dato Hasan Ali.
Misalnya, dijemput dalam majlis itu, si Mahaguru59. Saya menulis satu artikel khas mendedahkan bagaimana dia pernah mendoakan Tok Guru Nik Aziz mati cepat. Juga dalam jemputan adalah Akasyah Sanusi Junid yang merupakan anak kepada Sanusi Junid, musuh tradisi PAS Pusat dan juga kawan saya satu sekolah agama dulu. Beliau juga tidak kurang nista dan fitnah beliau ke atas Tuan Guru Nik Aziz yang kita cintai itu.
Ada juga Mohammad Sayuti Omar/MSO/Tinta Merah yang juga saya telah jelaskan aktiviti beliau memfitnah Dato Husam Musa sehingga imej Kerajaan Kelantan terjejas sedikit akibat laporan BPR yang dilakukan oleh Norzula Mat Diah. Norzula telah membuat beberapa laporan BPR berdasarkan kepada artikel2 yang diterbitkan oleh MSO hasil dari rasa marah MSO kepada Husam kerana tidak mahu membantu rakan bisnes beliau yang UMNO dalam isu pembelian kambing Jamnapuri.
Ada juga Azizi Abdullah yang juga terkenal pro kepada Fraksi UMNO. Dan lain-lain lagi. Ada juga seekor blogger yang menggunakan nama “Blog GOMO” yang memanggil Tok Guru kita dengan nama Nik Ajis.
Selain dari itu, dijemput juga seorang Blogger nama Al Brangi yang memang bai'ah kepada kepimpinan PAS Terengganu. Kalau baca laporan beliau amat berlawanan dengan laporan blog dari Al-Banjari yang juga telah dijemput.
Tup tup dia pegi jemput juga Al Banjari, tu yang meletup isu ini sampai ke puncak. Dari pembacaan saya pertemuan tersebut adalah untuk membina satu pasukan blogger yang mampu mempertahankan kepimpinan PAS Selangor dan juga Fraksi UMNO di dalam usaha mereka membawa PAS kepada UMNO.
Perkataan2 Yang Tidak Enak Yang Diungkapkan Di Hadapan Blogger UMNO
Oleh kerana Al-Banjari mempunyai imej yang hanya berkata benar dan mempunyai rekod bersih berkata benar, maka di bawah di bawa beberapa ungkapan yang telah diungkap oleh Ustaz Nasa dan Hasan Ali di hadapan blogger2 UMNO yang dilaporkan di blog beliau :
Dilaporkan dalam blog Al-Banjari bahawa telah berlaku satu pertemuan antara Blogger dengan Dato Hasan dan ustaz Nasauddin Mat Isa di kediaman Dato Hasan di Pinggir Taman Tun Dr Ismail.Laporan beliau adalah :
Isu kerajaan Perpaduan antara Pas dan Umno ini sebenarnya telah dibincangkan oleh seluruh pimpinan atasan Pas. Nik Ajis tiada dalam perbincangan ini.
Seluruh Pimpinan Pas lah yang mencadangkan idea Kerajaan Perpaduan ini. Diketuai oleh Haji Hadi sebagai Presiden dan seluruh majlis tertinggi Pas.
Husam memainkan peranan yang besar dalam membawa agenda Anwar meresap dalam politik Pas.
Al-Banjari memberi respon kepada laporan dari seorang blogger UMNO yang turut dijemput. Dan beliau mengesahkan ungkapan2 di atas telah datang dari kepimpinan PAS yang hadzir. Al Banjari kata dia ada recording lagi berkaitan dengan perjumpaan tersebut bagi menentang laporan2 liar dari sumber2 UMNO.Walau bagaimanapun, ungkapan2 di atas DISAHKAN oleh Al Banjari.
Bolehkah Mengeluarkan Fitnah Pada Sesama Pimpinan?
Kalau benar apa yang disahkan oleh Al Banjari, maka ia bererti:
Isu kerajaan Perpaduan masih lagi berlegar dan masih kuat dalam mind Fraksi UMNO.
Fitnah “Husam agen Anwar” masih lagi disebarkan oleh mereka2 yang pro kepada UMNO.
Kata2 seperti “wala’” kepada pimpinan hanya kata2 kosong dari mereka kerana jelas mereka sendiri menaja fitnah ke atas Husam Musa.
Mereka mahu menyembunyikan hasrat membawa PAS kepada UMNO dengan menaikkan isu “pengaruh Anwar”. Padahal, tiada siapa yang menjadikan Anwar sebagai rujukan dalam isu ni.
Mereka lupa bahawa Arwah Ustaz Fadzil sendiri mahu melantik Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri sekiranya Barisan Alternatif menang.
Mereka kata juga mereka sokong SELCAT pada waktu yang sama mereka suruh SELCAT dirombak. DAn tiada bukti pun pegawai2 kerajaan dilayan tidak baik?
Blogger UMNO dijemput untuk membantu mereka membersihkan PAS dari pengaruh blogger yang anti kepada usaha membawa PAS kepada UMNO.
Itulah motif sebenar perjumpaan dengan Nasaruddin Mat Isa dan Hasan Ali.
Kemungkaran ini wajib dilawan dan dihentikan oleh semua ahli PAS. WAJIB.

Tulang Besi

SURAT PALSU SPEAKER V. SIVAKUMAR DISEBARKAN DI PERAK !!!!


MEMORANDUM PENDUDUK SETINGGAN KEMPAS, JOHOR

Y.A.B. Dato’ Sri Mohd. Najib Bin Tun Abdul Razak
Perdana Menteri Malaysia.

Selasa 27hb Oktober 2009

Assalamualaikum Wrh, Wbt.

MEMORANDUM PENDUDUK SETINGGAN KEMPAS

Jawatankuasa Bertindak Penduduk Setinggan Kempas telah ditubuhkan pada Jumaat 18hb April 2008 di bawah Pusat Aduan Rakyat Zon Kempas. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk membela nasib penduduk setinggan Kempas yang berjumlah lebih kurang 9,624 orang terdiri daripada 2,000 keluarga. Ia bertanggungjawab menjaga kepentingan 18 perkampungan penduduk setinggan iaitu Denai Pinggiran, Denai Utama, Denai Selatan, Denai Aman, Denai Damai, Kg Semangat, Sawa, Lurah, Seri Rahmat 1, Seri Rahmat 2, Kg Gudang Beras, Seri Kempas 1, Seri Kempas 2, Kg Lembah Murni, Permatang, Sinaran, Banjaran dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai.
Penduduk setinggan Kempas telah memohon untuk mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak tetapi malangnya tiada pihak yang sanggup mendengar rintihan kami. Berikut kami nyatakan tindakan-tindakan yang telah kami lakukan :
01. 20.Jun.2008 : Penyerahan Memorandum Penduduk Setinggan Kempas Kepada Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Bin Othman, Menteri Besar Johor. Tetapi Tidak dilayan
02. 20.Jun.2008 : Jemputan Untuk Berdialog Bersama Menteri Besar Negeri Johor. Tetapi Tidak dilayan
03. 9.Jun 2009 : Permohonan Berjumpa Y.A.B. Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd. YassinTimbalan Perdana Menteri Malaysia. Tetapi Tidak dilayan
Lebih menyedihkan lagi adalah kenyataan yang telah dibuat oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas Datuk Osman Sapian di dalam Dewan Undangan Negeri Johor pada 26hb Jun 2008 yang telah melabelkan setinggan Kempas sebagai ’buta hati’ dan ’buta mata’. Kami penduduk setinggan Kempas mempunyai asas-asas yang kukuh untuk menuntut kepada pihak kerajaan. Berikut adalah asas-asas tuntutan kami :
1. Kampung kami telah diteroka sejak 20 tahun yang lalu. Sebelum ini tanah ini adalah kawasan hutan yang menakutkan penduduk setempat. Kami telah membersihkan kawasan ini. Selama ini kami tidak mendapat bekalan air dan elektrik. Dengan penuh kesabaran, kami sesama penduduk saling bermuafakat membangunkan kampung ini dengan segala kekurangannya. Anak-anak dan cucu-cucu kami dibesarkan di sini. Kampung ini mempunyai sentimental value kepada kami semua. Kami sangat sayangkan kampung ini.
2. Penduduk kampung bekerja dalam pelbagai sektor pekerjaan bagi membantu membangunkan negara ini termasuk perindustrian, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan lain-lain lagi. Secara tidak langsung penduduk kampung membekalkan tenaga buruh yang murah kepada pengembangan ekonomi negara. Penduduk kampung sangat komited dengan aktiviti yang dianjurkan oleh pihak kerajaan. Sebahagian daripada kami menganggotai pasukan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan telah banyak membantu menjaga keselamatan pimpinan utama negara yang melawat ke Negeri Johor seperti Y.A.B Perdana Menteri, Y.A.B Timbalan Perdana Menteri dan ramai lagi VIP negara.
3. Penduduk kampung adalah golongan yang sangat setia kepada parti pemerintah khususnya UMNO (Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu). Kami telah banyak kali menyokong parti ini dalam pilihanraya sebelum ini. Kami telah berkempen dengan sepenuh hati bagi menarik sokongan pengundi menyokong UMNO dan Barisan Nasional (BN). Atas sokongan padu ini BN telah menang mudah di peringkat DUN Kempas dan Parlimen Pulai.
4. Penduduk kampung kami adalah majoritinya berbangsa Melayu dan beragama Islam. Sebahagian kami berpendapatan di bawah paras kemiskinan. Kelembapan ekonomi global masakini telah menyebabkan sebahagian kami kehilangan pekerjaan. Kehidupan di bandar besar seperti Johor Bahru memerlukan komitmen kewangan yang besar. Kami juga perlu menyara keluarga yang serba-serbinya memerlukan kewangan. Jikalau pihak kerajaan boleh memberi peluang kepada warga asing khususnya daripada Singapura membeli rumah dan tanah bernilai lebih daripada RM250,000 mengapa tidak kerajaan boleh menganugerahkan tanah kepada penduduk setinggan Kempas.
5. Kami juga sangat tertarik dengan pendekatan pihak Kerajaan Negeri Johor dalam menangani isu setinggan di Kg. Seri Serdang Baru, Kg Seri Jaya Baru, Perling dan Kg Pasir, Tampoi. Penyusunan semula kampung mereka telah memberi peluang kepada penduduk memiliki tanah yang cukup strategik. Sebahagian penduduk di Kampung Gudang Beras, Kempas telah menerima bantuan kewangan sebanyak RM10 ribu/sebuah rumah. Setinggan Kg Serantau Baru (Kebun Teh) telah menerima bantuan sebanyak RM10,000/sebuah rumah atau pengurangan harga rumah sebanyak RM32,000. Setinggan Kg Jalan Rajawali, Larkin Jaya mendapat sumbangan sebanyak RM25 ribu/sebuah rumah. Terkini adalah setinggan Kg Baru Pelentong Tengah hanya perlu membayar premium bagi memperolehi tanah lot di Kg Bukit Dagang, Ulu Tiram, Johor.
Tidak dinafikan bahawa pihak kerajaan telah menyediakan rumah rakyat dalam Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Kempas Permai. Walaubagaimana pun kami terpaksa mengeluarkan wang lebihkurang RM2,500 untuk proses perpindahan. Setakat ini pihak Kerajaan Negeri Johor tidak langsung membantu meringankan beban kami. Kami berpindah tanpa sumbangan saguhati daripada pihak kerajaan seperti rakan-rakan kami di tempat lain. Rumah pangsa17 tingkat ini pula mempunyai perbagai masalah yang merungsingkan kami seperti masalah sosial, masalah kebersihan, jenayah yang meningkat, kekurangan kemudahan infrastruktur dan kelemahan pengurusan. Kami sangat bimbang PPR Taman Kempas Permai bakal menjadi seperti Rumah Pangsa Larkin yang telah menjadi liabiliti kepada imej Kerajaan Negeri Johor sekarang.
Pihak kami sangat teruja dengan keprihatinan Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah pimpinan Y.A.B. Lim Guang Eng yang telah menguruskan setinggan di Kg Buah Pala dengan baik, di mana pihak Syarikat Perumahan telah menganugerahkan mereka sebuah rumah bernilai RM500 ribu/sebuah keluarga. Walaupun umur Kerajaan Negeri Pulau Pinang di bawah Pakatan Rakyat (PR) baru setahun jagung tetapi mereka telah memberi perhatian yang lebih kepada rakyatnya. Berbanding dengan kami yang telah 30 tahun menyokong BN tetapi tidak mendapat pembelaan sewajarnya.
Y.A.B. Perdana Menteri telah melancarkan agenda Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Kami merasakan agenda ini adalah sangat bersesuaian dengan kehendak semasa. Tahniah diucapkan. Sehubungan itu pihak kami mendesak Y.A.B merealisasikan agenda rakyat ini dengan melunaskan tuntutan-tuntutan kami seperti di bawah :
1. Memohon Y.A.B Perdana Menteri turun ke Kempas untuk mengadakan dialog terbuka dengan seluruh setinggan Kempas tidak kira fahaman politik.
2. Menganugerahkan tanah milik kekal kepada kampung setinggan yang tersusun.
3. Memberikan sumbangan kewangan sekurang-kurangnya RM30,000 bagi setiap rumah dan menawarkan rumah sewa-beli atau gantian tanah di tempat lain.
4. Menangguhkan notis Mengosongkan Tanah Kerajaan yang telah dikeluarkan oleh Pentadbir Tanah Johor Bahru di Kg Denai Pinggiran, Kempas dan dan sekitarnya sehingga tuntutan kami dipenuhi.
Pihak Kerajaan Negeri Johor sering memberi alasan kekurangan dana untuk memberi sumbangan kepada rakyat Johor khususnya setinggan Kempas. Di sini suka untuk kami nyatakan sumber kewangan yang seharusnya dimanfaatkan oleh pihak kerajaan. Dalam jawapan kepada Dewan Undangan Negeri Johor pada November 2008, telah dinyatakan bahawa pada mesyuarat kerajaan negeri Johor bertarikh 14hb Ogos 2007 kerajaan negeri telah membuat keputusan bahawa kerajaan persekutuan perlu menjelaskan ¼ bayaran premium tanah kawasan tanah Hospital Permai sebanyak RM108,492,450 kepada kerajaan negeri Johor. Tanah Hospital Permai adalah tanah yang didiami oleh sebahagian setinggan Kempas. Sebagai kerajaan yang prihatin kepada rakyat, tentulah pihak kerajaan boleh memperuntukkan sebahagian kecil daripada nilai premium ini kepada rakyat untuk mengurangkan bebanan kami.
Semoga perlunasan terhadap tuntutan ini menjadi bukti kepada rakyat Malaysia bahawa Y.A.B sangat serius terhadap agenda rakyat yang telah dilancarkan.
Sekian, Terima Kasih. Wassalam
Yang Benar
Ramli Bin Hj. Ibrahim
Pengerusi
JAWATANKUASA BERTINDAK,
PENDUDUK SETINGGAN KEMPAS,
NO 39 JALAN DAHLIA 9,
TAMAN DAHLIA,
81200 JOHOR BAHRU, JOHOR
Tel Pej : 07-2346997, H/P : 019-7285174,
No Fax : 07-5205002
s.k : Y.A.B Dato’ Abdul Ghani Bin Othman,Menteri Besar Johor
Y.B Datuk Sri Anwar Ibrahim.Ketua Pembangkang/ Penasihat PKR
Y.B Dato’ Sri Hj. Abdul Hadi Awang.Presiden PAS
Y.B Lim Kit Siang.Pengerusi DAP
Y.B Dato Nurjazlan Bin Mohammad.Ahli Parlimen Pulai

Selasa, 27 Oktober 2009

NOTA PERBAHASAN BAJET 2010

BAJET 2010 BAJET BERKEBAJIKAN RAKYAT?

1. Belanjawan tahunan merupakan polisi jangka pendek kerajaan. Selalu nya apa yang bentangkan Jumaat lepas akan dilupakan dan tidak diikuti sehingga belanjawan baru dibentangkan pula.

2. Setiap kali belanjawan dibentangkan maka bergemalah slogan “belanjawan untuk rakyat”. Slogan Bajet 2010 adalah bajet berkebajikan untuk rakyat. Maka YAB Perdana Menteri mengumumkan pengurangan kadar cukai pendapatan individu dari 27% kepada 26% bagi memasti kadar cukai pendapatan individu kekal kompetitif serta meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi menurut beliau. Selain itu kerajaan menaikkan pelepasan cukai daripada rm8 ribu kepada rm9 ribu, pelepasan dalam bayaran yuran internet, pembelian computer, kenaikan pelepasan caruman KWSP dan sebagainya.

3. Secara kasarnya rakyat menikmati peruntukan kebajikan dalam bentuk pengecualian dan pelepasan cukai hanya dalam lingkungan rm500 juta.

4. Walaubagaimana pun kerajaan mengenakan bayaran rm50 untuk kad kredit utama dan rm25 untuk kad tambahan. Dianggarkan kerajaan akan memperolehi pendapatan lebih daripada rm400 juta daripada yuran kad-kad ini yang keluar daripada poket rakyat. Ini tidak termasuk lagi cukai keuntungan hartanah sebanyak 5% yang diperkenalkan semula. Hasil daripada yuran kad dan cukai keuntungan hartanah ini jauh melebihi kebajikan yang diagihkan kepada rakyat melalui potongan dan pengecualian cukai.

5. Adakah benar bajet ini berkebajikan kepada rakyat? Apa yang berlaku ia bertentangan dengan usaha kerajaan untuk meneruskan agenda ekonomi berasaskan kreativiti, inovasi dan nilai ditambah tinggi. Poket rakyat makin kosong dan kuasa membeli merosot. Bagaimana kerajaan akan menjana permintaan dan penggunaan domestic untuk memangkin pertumbuhan ekonomi dalaman sekiranya kuasa membeli rakyat merosot sedangkan pelaburan langsung asing terus merundum dengan teruk. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak rm3.6 billion berbanding rm19.7 billion tahun lepas?

6. Jumlah kebajikan untuk rakyat terlalu kecil jika dibandingkan dengan subsidi yang diterima oleh syarikat Penjana Tenaga Bebas (IPP) atau syarikat-syarikat pemegang konsesi seperti tol, AP dan sebagainya.

7. Dalam laporan kewangan PETRONAS syarikat-syarikat konsesi IPP menikmati subsidi gas sebanyak rm20 billion pada tahun 2008 dan bertambah kepada rm22 billion tahun 2009. Siapa yang menikmati kebajikan yang sebenarnya? RAKYAT ATAU SYARIKAT PEMEGANG KONSESI? Bayangkan jika subsidi ini diagihkan kepada rakyat. Setiap rakyat Malaysia akan mendapat lebih kurang rm815 seorang.

8. Bagaimana pula dengan kehilangan berbillion ringgit hasil penyelewengan, rasuah, pembaziran dan sebagainya? Skandal demi skandal terbongkar yang melibatkan puluhan billion ringgit daripada hasil cukai yang di bayar oleh rakyat? PKFZ, PERWAJA, SCORPENE dan sebagainya. Kebajikan Rakyat Di Utamakan?

PENGURUSAN EKONOMI LEMAH – DEFISIT 13 TAHUN BERTURUT-TURUT

9. Walaupun belanjawan deficit kali ini lebih kecil daripada yang dijangkakan tetapi perlu diingatkan banyak lagi belajwan-belanjawan tambahan, pakej rangsangan, perbelanjaan “off-budget” dan sebagainya akan dibentangkan sepanjang tahun 2010. Maka deficit akan terus meningkat.

10. Adakah benar kerajaan berbelanja deficit kerana “kebajikan rakyat didahulukan” atau kelemahan dalam pengurusan ekonomi pimpinan kerajaan sekarang. 13 tahun berturut-turut kerajaan membentang belanjawan deficit baik dalam keadaan harga petroleum dan komoditi melambong tinggi, ekonomi mengalami pertumbuhan pesat apatah lagi dalam keadaan kemelesetan ekonomi.

11. Akibatnya hutang Negara meningkat 18.3% daripada RM306.4 billion pada tahun 2008 kepada RM362.5 billion tahun 2009. Sejak 2006 hutang Negara meningkat 49.7% daripada Rm242.2 billion. Dalam masa yang sama peratusan hutang Negara dengan KDNK meningkat 41.5% pada tahun 2008 kepada 52.4% tahun 2009. Ini amat membimbangkan dan menjejas Fitch Rating Negara yang mana “rating” matawang Negara telah terjejas daripada A+ kepada A awal tahun ini.

12. Masalah defisit sebenarnya berpunca dari kegagalan BN yang mengurus ekonomi untuk menganjakkan negara dan rakyat ke arah ekonomi tambah nilai sehingga menjejaskan pendapatan negara.

13. Pelbagai langkah dan peruntukkan diumumkan untuk memacu ekonomi menyertai ekonomi nilai tinggi sejajar dengan negara-negara yang baru mencapai tahap maju seperti Singapura, Korea Selatan dan sebagainya. Malangnya, statistik terus menunjukkan kemerosotan pendapatan yang secara langsung menyumbang kepada masalah defisit.

14. Keutamaan dalam pembangunan ekonomi jauh tersimpang. Kerajaan memberi keutamaaan yang berlebihan kepada pembangunan infrastruktur awam (public hardware infrastructure) dan mengabaikan keperluan infrastruktur social dan teknikal. Pembangunan infrastruktur teknikal dan social termasuk pembangunan dalam peningkatan kualiti sumber manusia, pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan, pencegahan jenayah dan sebagainya.

15. Rasional ekonomi kerajaan BN berlandsakan Ekonomi Naungan (Patronage Economy). Pembinaan projek-projek dan infrastruktur awam mega merupakan jalan paling mudah dan cepat mengagih habuan kepada konco-konco politik dan kontraktor-kontraktor UMNO-BN. Ini membantut penyediaan iklim persaingan yang sihat dalam ekonomi.

16. Kerajaan tidak upaya melonjak ekonomi ke tahap yang boleh menggandakan penjanaan pendapatan – iaitu ekonomi tambah nilai kerana terlalu bergantung kepada komoditi, petroleum, pembuatan dan perkilangan yang mana kita tidak mempunyai kelebihan lagi dari segi kos efisiensi berbanding negara-negara membangun lain.

17. Kerajaan hilang daya kreatif dan inovatif untuk menambah pendapatan Negara kerana terlalu bergantung kepada pendapatan industri petroleum. Bagaimana kerajaan dapat membimbing rakyat agar berdaya kreatif dan inovatif untuk meningkat kepada berpendapatan tinggi?

18. Kemelesetan ekonomi yang sedang kita alami sekarang bermula dari keruntuhan institusi kewangan Amerika Syarikat akibat kejatuhan Lehman Brothers yang digambarkan sebagai runtuhnya system capitalis Amerika Syarikat. Fahaman kepenggunaan (consumerism) AS berdasarkan kepada hutang, baik peribadi, masyarakat maupun kerajaan yang semua berusaha menikmati kehidupan selesa sebelum pendapatan diperolehi. Mereka meminjam dari masa depan.

19. Fahaman ini berdasarkan andaian bahawa pendapatan dan ganjaran akan terus meningkat dari masa ke semasa dan peningkatan ini dapat melangsai hutang-hutang dengan ada lagi lebihan yang dapat digunakan untuk persaraan. Fahaman ini menolak andaian kemungkinan keadaan dan misalan yang mungkin mengurang atau menyusut pengaliran masuk pendapatan seperti kehilangan pekerjaan, kerugian dalam pasaran saham, keruntuhan dana persaraan yang mungkin menyusut aliran dan menghapus milikan harta benda termasuk tempat kediaman.

20. Hakikatnya inilah yang sebenarnya berlaku di Amerika Syarikat dan Eropah. Ia adalah masaalah ekonomi yang timbul daripada masaalah kewangan yang dihasilkan oleh hutang secara besar-besaran.

21. Keadaan nya sama untuk Negara. Kita telah meminjam dari masa depan dan terpaksa membayarnya sekarang. Walaupun Negara secara teori berdaya mengeluar wang secara sembarangan dengan itu meningkatkan hutang negara atau berbelanja deficit, amalan sedemikian tanpa kawalan meletakkan ekonomi Negara dalam bahaya untuk menjana pertumbuhan yang diperlukan dengan kadar inflasi yang minima.

22. Salah satu sebab ranking Negara merosot ialah kepercayaan yang diperolehi dari bajet deficit yang akan meningkat sehingga 5.6% daripada KDNK, dengan KDNK merosot ketahap begitu kritikal dalam dua suku yang lepas. Defisit Negara sudah capai ketahap maxima dan tidak boleh lagi ditingkatkan lebih dari itu. Negara telah membentang belanjawan deficit 13 tahun berturut-turut. Deficit yang berterusan sudah tentunya memberi implikasi yang negative kepada nilaian ringgit dan “daulah” nota dan kertas pinjaman Negara atau “sovereign notes and papers”.

KEBERGANTUNGAN KEPADA PENDAPATAN INDUSTRI PETROLEUM

23. Bagi tahun 2008; kerajaan memperuntukkan RM177 billion yang mana RM74 billion (42%) disumbang oleh PETRONAS. Ini tidak termasuk hasil dari syarikat-syarikat industri petroleum lain. Sekiranya diambil kira dianggarkan pendapatan daripada industri petroleum mencecah lebih 60%.

24. bayaran yang dibuat oleh PETRONAS kepada kerajaan meningkat dua kali ganda dari tahun 2005 hingga 2009; sedangkan rizab petroleum dan gas kita tidak banyak berubah dan kos operasi meningkat 3 kali ganda dalam tempoh yang sama.

25. dalam tahun 2006, pecahan pungutan cukai langsung kerajaan adalah pada nisbah 46 % cukai syarikat, 32% cukai petroleum dan 15% cukai individu. Kerajaan tidak mengumumkan pecahan pendapatan cukai yang dijangka dalam tahun 2010, tetapi jangkaan umum adalah cukai petroleum sudah melebihi sumbangan cukai syarikat; yang menimbulkan tanda tanya tentang daya saing ekonomi kita yang terlalu bergantung kepada industri petroleum.

26. dianggarkan hanya 2 juta dari 11 juta tenaga kerja di negara ini membayar cukai. Dari jumlah tersebut, dianggarkan hanya 10,000 pembayar cukai adalah pembayar cukai kadar tertinggi (highest tax rate payer); menggambarkan hanya 10,000 orang di Malaysia mendapat pendapatan lebih dari RM250,000 setahun. Ini melambangkan kegagalan BN melonjakkan ekonomi ke tahap lebih tinggi, sehingga tenaga kerja kita masih berkisar kepada kerja-kerja yang tidak mendapat pulangan tinggi – secara langsung menjejaskan pendapatan negara.

27. Negara tidak mempunyai pilihan melainkan terpaksa menaikkan cukai mulai sekarang dan dimasa hadapan. Negara dalam keadaan berhutang dan mesti dibayar. Kita sudah hidup terlalu lama dalam masa depan.

28. Sebelum cukai dinaikkan amat kritikal kerajaan menilai semula kewajaran penganugerahan konsesi tol, IPP, permit impot atau AP kepada perusahaan otomobil dan segala lesen dan permit yang diniagakan diatas dan bawah kaunter untuk mengaut keuntungan tanpa apa-apa pertimbangan yang amat membebankan pengguna.

29. Alternatifnya menarik balik penangguhan dan pemotongan cukai, subsidi, jaminan keatas pinjaman dan subsidi yang memberi jaminan keatas permintaan dan keuntungan keatas projek-projek dan konsesi penswastaan kerajaan yang sudah begitu lama. Jaminan keatas pinjaman yang sedemikian menyebabkan berlakunya skandal seperti KPFZ, Terengganu Sovereign Fund dan sebagainya.

30. Konsesi-konsesi lama perlu membayar permit, lessen dan grant sekarang. Kerajaan juga perlu memperkenal pengusaha-pengusaha baru dan menyingkir penguasaan oligarki yang dibina dalam ekonomi. Kita perlu meratakan tapak persaingan dan membiar persaingan terbuka dalam ekonomi atas premis syarikat yang mengeluar komponen, pemasangan nilai tambah dan komponen menyeluruh diberi keutamaan daripada yang hanya impot, pasangsiap dan diniagakan dalam pasaran.

31. Kerajaan perlu meneliti bajet dan menghapus pembaziran dan ketidak efisiensi berkaitan dengan perkhidmatan awam, projek dan program sedia ada. Secara teori kita dapat menyelamat sekurang-kurangnya 10% daripada belanjawan tanpa mengorban prestasi kerja dan penjimatan sedemikian dapat digunakan untuk mengurang bajet deficit.

32. Amat penting sikap dan kefahaman kakitangan kerajaan diorientasi untuk memandu tindak tanduk mereka. Mereka berkewajiban berkhidmat dan bukan TUAN yang menentu polisi awam mengikut pegangan peribadi mereka.

33. Kemudahan computer dan pemprosesan baru menghapus banyak ruang proses kerja dan kakitangan terutama bahagian perkhidmatan awam melibatkan penyimpanan fail dan rekod. Lebih ramai patut diletakkan di kaunter-kaunter untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada orang awam.

34. Dalam hal ini saya percaya sector awam sepatutnya lebih telus dan bertanggongjawab atas keputusan dibuat terutama yang berkaitan dengan penganugerahan lesen, permit dan konsesi kepada orang perseorangan atau perusahaan. Banyak yang diperkatakan untuk memperkemas dan memperbaiki mutu perkhidmatan awam tetapi tidak banyak yang terlaksana yang memberi impak kepada kerajaan.

35. Kita perlu memperbaiki dan meningkat mutu pengurusan dalam pasukan keselamatan, system penyerahan dan yang serba kekurangan untuk menjana pertumbuhan ekonomi.Apa yang saya cadangkan penilaian perkhidmatan awam, projek dan program berasas kepada prestasi bukan sahaja dari segi kerja yang disempurnakan tetapi impak dan kesan kepada rakyat seluruhnya.

36. Sudah sampai masanya kerajaan membaikpulih system cukai berhadapan dengan peningkatan deficit dalam konteks pendapatan merosot akibat kemelesetan ekonomi. Kerajaan terlalu bergantung kepada pendapatan hasil petroleum dan gas, cukai orang perseorangan dan korporat sebagai sumber pendapatan untuk belanjawan Negara menyebabkan hanya sedikit boleh digunakan untuk pembangunan yang diperlukan. Mengambil kira kemelesetan sekarang, adalah wajar mengurang cukai orang perseorangan dan korporat untuk memangkin pelaburan dan penggunaan dalam ekonomi.

37. Perubahan yang sedemikian tidak dapat dilaksanakan tanpa merangka dan melaksana system cukai baru sepertimana yang dilaksanakan di Negara maju seperti cukai barangan dan perkhidmatan (GST) atau system cukai berdasarkan penggunaan keatas barangan dan perkhidmatan iaitu kita bayar apa yang kita gunakan. Mungkin ini akan menjadi tidak popular apabila terkena kepada golongan berpendapatan rendah.

38. Melalui GST kita dapat mengurangkan cukai perseorangan dan korporat sebagai kaedah untuk meningkat penggunaan dan ini bukan sahaja akan meningkat asas cukai tetapi menyedia insentif untuk sector perkhidmatan dan pengeluaran berkembang dalam ekonomi.

WUJUDKAN SISTEM CUKAI PROGRESIF

39. Kita perlu peka dan prihatin kepada masalah jurang pendapatan rakyat di Negara ini. Kita sedia maklum jurang kemiskinan yang wujud di antara negeri-negeri, di bandar dan desa – malah, wujud juga jurang yang besar di antara tenaga kerja di negara ini.

40. Anggaran yang dilaporkan sebelum ini ada menyebut bahawa jumlah pembayar cukai kadar tertinggi di negara ini tidak pun mencecah satu peratus dari jumlah keseluruhan pembayar cukai.

41. pelepasan-pelepasan cukai yang diumumkan dalam Bajet 2010 sebenarnya tidak mengmbil kira jurang pendapatan yang wujud di kalangan tenaga kerja kita.

42. Pada masa kini, seorang pembayar cukai akan membayar kadar tertinggi apabila pendapatan beliau mencecah RM100,000 setiap tahun.

43. Dalam keadaan ekonomi semasa, golongan professional pertengahan juga akan masuk di dalam kategori ini; walaupun pendapatan mereka adalah jauh lebih rendah daripada mereka yang mencecah RM500,000 atau RM1 juta setahun.

44. Adalah lebih adil dan berkebajikan jika kita mengiktiraf jurang pendapatan yang wujud ini – maka sistem cukai individu kita perlu lebih progresif.

45. Saya cadangkan agar satu kategori pendapatan tertinggi yang baru diperkenalkan untuk membezakan di antara mereka yang berpendapatan tertinggi dan golongan professional kelas pertengahan.

PERSAINGAN EKONOMI DAN KEADILAN SOSIAL

46. Dalam laporan “World Competitiveness Report 2009/2010” yang dikeluarkan oleh “The World Economic Forum (WEF)” Malaysia jatuh dari tangga 21 kepada 24 kerana kelemahan dalam kerangka peraturan baik perundangan maupun pentadbiran yang jatuh dari tangga 17 kepada 43 dalam masa 2 tahun.

47. Selain itu peningkatan kadar jenayah, saiz belanjawan deficit dan kelemahan dalam system penyampaian yang sudah ketinggalan menjadi kebimbangan juga. Pelabur menjadikan laporan ini sebagai panduan dalam menentu tempat mereka melabur. Lebih baik ranking Negara lebih menarik kita kepada pelabur.

48. Kelemahan yang menjejas daya saing Negara perlu diperbaiki seperti pencegahan jenayah, sistem perundangan dan kawalan pelaburan, penyelidikan dan pembangunan, infrastruktur era ekonomi baru seperti internet dan sebagainya bagi memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai destinasi utama pelaburan yang telah banyak ditawar oleh Negara-negara lain.

49. Sebelum ini Negara berada dalam kedudukan yang agak selesa baik dari segi ranking WEF ditangga 21 atau IMD (International Institute of Management Development) ditangga 18. Persoalan kritikal ialah samaada kejatuhan ranking ini disebabkan factor dalaman seperti pengolahan dasar dan polisi yang mana Negara lain menunjukkan lebih cekap dan mahir dalam pengurusan ekonomi mereka.

50. Sekiranya benar maka kita perlu perbaiki sekarang termasuk menggugur sebahagian dasar dan polisi yang telah usang dan tidak lagi berkesan kerana perubahan persekitaran persaingan. Polisi baru perlu diperkenalkan untuk berhadapan dengan cabaran perubahan ekonomi global untuk terus kehadapan berbanding dengan negara-negara lain yang semakin sengit bersaing.

KEADILAN SOSIAL

51. Dalam kita mengejar kedudukan ranking kita perlu mengimbangi pembangunan diantara semua kaum. Ini sedikit sebanyak menjejas daya saing dan kecekapan pengurusan ekonomi Negara. Saya berpuas hati sekiranya kita dapat mencapai kedudukan ke 18 atau 19 dalam masa terdekat dan terus memperbaiki kedudukan apabila kita berupaya menyesuai kelemahan dan kesempitan aliran atau “bottleneck” dalam pengurusan ekonomi.

52. Kedudukan yang tinggi dalam daya saing dan efisiensi Negara samaada dapat dicapai atau tidak ditentukan oleh tahap persediaan Negara membiar kuasa pasaran berperanan menentukan aliran peruntukkan dan pengagihan sumber kekayaan Negara dengan campurtangan kerajaan yang minima melalui dasar, polisi, pentadbiran, undang-undang dan peraturan.

53. Ekonomi yang berdaya saing tinggi difahami berpengetahuan dalam pengurusan sumber dan sumber yang berkurangan. Dengan cara ini pertumbuhan ekonomi dapat dicorak dan dipertahan untuk menjana Pendapatan Negara Kasar yang tinggi. Dalam Negara penduduk yang serumpun teori ini boleh digunapakai tetapi amat sukar dalam masyarakat berbilang kaum yang berbeza aspirasi dan kedudukan ekonomi.

54. Indeks daya saing dan kecekapan global merupakan panduan penting untuk pelabur antarabangsa memutus tempat pelaburan. Negara yang ingin menarik pelaburan langsung sudah tentunya akan menyediakan iklim yang menarik dan berdaya saing untuk menawan mereka.

55. Buat masa ini jenis ekonomi yang efisien dan berdaya saing tinggi tanpa campurtangan kerajaan tidak sesusai untuk Negara tetapi mungkin akan menjadi kenyataan dalam dua tiga dekad lagi sekiranya kita meletakkan batu asas yang kukuh kearah itu dan dalam masa yang sama menyelesai masaalah kemiskinan dan merapatkan jurang perbezaan diantara yang kaya dan miskin.

56. Sekarang kita mesti menyelesai masaalah kemiskinan dan ketidak saksamaan pengagihan kekayaan diantara kaum walaupun ia akan menjejas daya saing dan kecekapan Negara. Index WEF tidak mengambil kira usaha membetul ketidaksaksamaan social berbanding IMD yang mengambil kira. Kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pendapatan menyumbang kepada peningkatan kadar jenayah yang menjejas daya saing Negara.

57. Kita perlu mengolah polisi jaringan social untuk mereka yang lemah dan terpinggir dalam ekonomi kerana ketidakupayaan mereka bersaing dalam ekonomi. Kita tidak boleh mencipta ekonomi yang berdaya saing tinggi tanpa mengimbangi keperluan membasmi kemiskinan dan ketidaksaksamaan pendapatan. Saya berpuas hati sekiranya kedudukan kita berada sekitar ke 20an atau lebih tinggi sekiranya kita berjaya menyelesai masaalah kemiskinan Bandar dan luar Bandar dan dalam masa yang sama meningkat daya saing Negara.

58. Kita perlu mengkaji dasar yang diolah untuk memaju dan menyusun ekonomi berdasar pemilikan dan penglibatan berlandaskan kaum dalam ekonomi. Barangan dan perkhidmatan social dan ekonomi sepatutnya boleh digunakan oleh semua tanpa mengira kaum tetapi mereka yang mempamer kebolehan dan kesungguhan untuk terlibat perlu dibantu kerajaan. Bantuan jangan sekali-kali disediakan berdasar kedudukan social, kuasa politik penerima. Penglibatan dalam ekonomi mesti berdasar merit, keupayaan dan iltizam keusahawanan. Mengambil kira dasar ini bantuan mereka yang tidak bernasib baik mesti diolah dengan cara yang tidak membantut daya saing Negara.

59. Atas dasar itu sedang kita perlu kepada ekonomi yang berdaya saing tinggi dan cekap kita juga perlu mengimbangi tuntutan dan keperluan golongan yang memerlu bantuan dan perlindungan kerana kedudukan ekonomi mereka hasil daripada dasar yang diolah untuk mencapai ekonomi daya saing tinggi dan cekap. Pendekatan yang seimbang diantara keperluan persaingan dan keperluan membantu mereka yang terpinggir amat penting dalam ekonomi Negara untuk membina masa depan yang berjaya.

PELABURAN LANGSUNG ASING

60. Pelaburan Langsung Asing atau FDI amat sensitive kepada ukuran keyakinan dalam ekonomi. Tertarik atau tidak mereka ke sesebuah Negara membuktikan keyakinan kepada kestabilan dan persaingan sesebuah ekonomi untuk mereka melabur. Pelaburan langsung asing merosot dengan begitu ketara dua tiga tahun yang lepas kedalam negara. Negara hanya mencatat kemasukan pelaburan langsung asing sebanyak USD7.3 billion tahun tahun 2008 berbanding dengan Indonesia USD 7.92 billion dan Vietnam USD 8.05 billion, Thailand USD 9.83 billion, Singapura USD22.8 billion. Tahun ini Negara hanya mencatat USD1 billion sahaja kemasukan FDI

61. Ada banyak sebab kemerosotan FDI yang begitu ketara sekali. Ada beberapa polisi yang menjadi batu penghalang kepada kemasukkan pelaburan langsung asing. UNTAD (United Nation Trade And Development) melaporkan Malaysia hanya berjaya menarik 2.6% sahaja daripada FDI pada tahun 2007 berbanding sekitar 8% pada pertengahna tahun 90an dan lebih daripada 10% pada tahun 80an.

62. Negara perlu kepada strategi baru untuk menarik pelaburan langsung asing baik dalam tarikan pelaburan maupun mengintergrasi pembangunan dengan ekonomi serantau yang pesat membangun seperti Thailand, Vietnam, Indonesia, India dan Cina yang mempunyai pasaran yang jauh lebih besar daripada Malaysia. Ini bergantung kepada kedudukan modal insane negara yang menjadi isu besar negara.

63. Baru-baru ini Kerajaan telah menghapus beberapa polisi yang menjadi penghalang kepada kemasukan pelaburan langsung asing dan jika diperlukan mempercepatkan lagi proses meliberisasi ekonomi. Kerajaan perlu menghapus polisi dan peraturan pentadbiran yang mengekang usaha kearah kebebasan pasaran.

64. Hakikatnya kerajaan tidak lagi berupaya mempengaruhi pembangunan dalam semua sector ekonomi untuk mencapai objektif social. Dalam konteks liberisasi pun kerajaan masih boleh menyedia pelbagai insentif untuk penglibatan golongan tertentu seperti menyedia kemudahan kredit daripada institusi kewangan dan sebagainya. Begitu banyak cara untuk membantu golongan kurang bernasib baik yang tidak membantut aliran bebas pelaburan dalam ekonomi. Melalui liberisasi ekonomi akan mempercepat pengaliran masuk pelaburan dan teknologi dalam ekonomi.

65. Kita perlu pelaburan asing bukan sahaja untuk mengurang beban kewangan kerajaan dalam pembangunan ekonomi tetapi juga teknologi baru yang dibawa bersama. Perusahaan tempatan tidak melabur dalam penyelidikan dan pembangunan menyebabkan Negara tidak berdaya dalam rekacipta untuk pengeluaran barangan dan perkhidmatan generasi baru untuk keperluan era baru ekonomi global.

66. Kerajaan, Universiti dan pusat-pusat penyelidikan tidak menyesuai atau berorientasi dibawah rancangan komprehensif dan bermakna dalam menyalur hasil penyelidikan dan pembangunan untuk menghasil barangan dan perkhidmaan yang diperlukan oleh ekonomi global. Ketiadaan factor teknologi dalam ekonomi Negara akan membantut usaha kerajaan untuk melonjak taraf ekonomi dibawah model baru ekonomi.

KUALITI INTERNET TERCOROT

67. Internet merupakan injin utama kepada perusahaan berpendapatan tinggi. Tanpa quality internet yang baik perusahaan yang kreatif dan inovatif serta tambah nilai tinggi tidak dapat beroperasi dengan efisien.

68. Dalam kajian terbaru yang dibuat oleh University Oxford mendapati kualiti broadband internet Negara amat tercorok. Negara menduduki tangga ke 48 daripada 66 negara.

69. Di kalangan Negara-negara Asia, Singapura, Taiwan dan Hongkong berada pada tahap selesa memenuhi keperluan aplikasi hari ini sementara Korea dan Jepun sudah berada dalam masa depan.

70. Negara-negara yang di kenal pasti sudah bersedia untuk masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps.

KESELAMATAN DAN JENAYAH

71. Peningkatan kadar jenayah menjejas kedudukan ranking persaingan dan efisiensi Negara. Sebahagian masyarakat menghadapi kesulitan untuk menyesuai dengan kemodenan dan kemajuan ekonomi. Mereka terpaksa berpindah randah untuk memberi ruang kepada pembangunan kerana tanah mereka diambil sedangkan mereka tidak berupaya memiliki rumah dalam kawasan yang dibangunkan. Ramai dikalangan mereka tidak mempunyai atau berpeluang mendapat pendidikan tinggi dan terpaksa berkerja diperingkat bawahan atau buruh dengan gaji yang rendah.

72. Filem-filem yang memapar keperluan keganasan untuk menyelesai masaalah kepincangan social tidak membantu. Daripada bekerja kasar dan bergaji rendah mereka mengasingkan diri dari masyarakat dan terlibat dengan dadah dan keganasan sebagai cara untuk meluahkan perasaan mereka dan memandang jenayah sebagai sebagai cara alternative untuk mendapt ganjaran dan pulangan lumayan.

73. Sebahagian daripada mereka mewajar tindakan dan kelakuan mereka walaupun kejam kerana mempercayai tidak ada bezanya dengan pengusaha yang mengaut keuntungan melampau dengan menindas pekerja tanpa mengira kesusahan atau keperitan orang ramai atau penguatkuasa yang memeras, mengugut, mengambil rasuah dan malah membunuh untuk mendapat habuan daripada orang yang sepatutnya mereka lindungi. Perbezaannya hanya cara sahaja.

74. Saya ingin menekankan kemerosotan keselamatan dan peningkatan jenayah di Bandar bukan hanya disebabkan kemajuan dan pembangunan ekonomi tetapi juga masaalah kemiskinan dan ketidaksaksamaan dalam pengagihan kekayaan negara. Perancangan ekonomi mesti diperbaiki dengan mengolah polisi bagi memasti keadilan social berlaku untuk semua kaum.

75. Di pinggiran pembangunan ekonomi yang pesat berkembang masaalah jenayah kolar putih beroperasi dengan berleluasa. Skim cepat kaya dengan pelbagai cara penipuan, muslihat, pemalsuan, scam, dan sebagainya bercambah apabila orang ramai percaya mereka dapat menjejak kejayaan usahawan tulen melalui pelbagai skima yang diolah untuk menarik wang orang ramai “melabur’ seperti skim “pyramid”, “Pak Man Telor” dan sebagainya. Cara tidak penting tetapi keinginan menjadi cepat kaya melalui penipuan dan perdayaan.

76. Ekonomi yang berkembang pesat mengundang amalan kecurian dan penipuan seperti yang disaksikan dalam skandal WorlddotCom, Enron dan sebagainya hasil pertumbuhan pesat ekonomi Amerika Syarikat. Tidak kurang juga dengan apa yang berlaku dalam Negara seperti skandal Timedotcom, PKFZ, Perwaja dan banyak lagi yang masih dilindungi dan ditutup oleh pihak berkuasa.

77. Tidak ada bezanya kecurian dan penipuan yang berlaku disini cuma penguatkuasa sibuk dengan bagaimana dokumen kerajaan boleh terdedah daripada menyiasat penyelewengan yang berlaku atau bagaimana bendera dibeli dengan harga Rm2800 daripada menyiasat perbelanjaan peruntukan setahun dalam masa 2 bulan oleh YB-YB dulu.

78. Saya menyokong segala usaha untuk meningkat keamanan Negara. Negara amat perlu memoden dan memperlengkap pasukan polis dengan teknologi, teknik penyiasatan dan pengesanan terkini serta pasukan yang berdedikasi untuk mengawal walaupun dalam keadaan darurat. Negara perlu menggunakan technology, kelengkapan dan kemahiran moden untuk menyusun semula kawalan terutama dalam kecurian, rompakan dan keganasan berkaitan dengannya.

79. Begitu juga kawalan keatas jenayah kolar putih dan pembangunan system membantu masyarakat mengawal sendiri. Yang penting system kawalan dibantu bukan sahaja oleh sumber manusia tetapi juga teknologi sebagai pencegah. Semua ini mesti dirancang secara komprehensif dan bukan secara cebisan.

GELOMBANG KEDUA INISIATIF PENSWASTAAN

80. Penswastaan sepatutnya meringankan beban kewangan kerajaan. Apa yang berlaku di Negara ini penswastaan menambahkan lagi bebabn kewangan kerajaan. Daripada 99 GLC hanya 27 syarikat yang membuat keuntungan dan hanya 14 yang membayar cukai kepada kerajaan. Banyak yang mengalami kerugian dan kerajaan terpaksa menanggong kerugian kerana sebahagian pinjaman mereka dijamin oleh kerajaan pusat seperti PKFZ.

81. Dalam laporan audit terbaru 17 GLC meminjam dari kerajaan pusat. Kos pengurusan kerajaan meningkat dari Rm 46 billion tahun 1999 kepada Rm 160 billion tahun 2009.

82. Rakyat dibebankan dengan kenaikan kos sara hidup, air, elektrik, tol selepas gelombang penswastaan pertama dilaksanakan

83. Banyak syarikat terpaksa di’bail-out’ setelah diswastakan seperti MAS, LRT dan sebagainya yang mengguna berbillion ringgit wang rakyat yang membayar cukai


PENDIDIKAN

84. Indeks Pembangunan Insan (Human Development Index) yang dikeluarkan oleh Bangsa-Bangsa Bersatu menunjukkan Malaysia jatuh dari kedudukan 63 kepada 66. Ini menunjukkan Negara-negara lain telah lebih kehadapan dalam pembangunan insane. Gini Coeffient juga menunjukkan Malaysia merupakan Negara yang paling tinggi jurang diantara yang kaya dan miskin di rantau ini.

85. Pendidikan menjadi kelemahan dalam daya saing Negara dan mungkin menjadi rintangan paling besar untuk pertumbuhan dan kejayaan masa depan ekonomi Negara. Kita telah mengabai fahaman tradisi bahawa prasyarat asas pembangunan modal insane untuk pertumbuhan ekonomi dan kejayaan masa depan dicapai hanya melalui penyediaan system pendidikan bertaraf dunia pertama.

86. Tidak ada satu pun universiti dalam negara menduduki tangga 100 malah 200 universiti terbaik dunia sedangkan sudah banyak universiti-universiti di Asia terutama dari Hongkong, China , Jepun, Singapura, Korea, Taiwan dan malah Thailand berjaya menduduki dalam kumpulan university terbaik dunia. Peningkatan kualiti pendidikan mereka jauh lebih maju dan kehadapan berbanding dengan system pendidikan kita.

87. Dalam ranking University terbaik Asia yang dinilai oleh QS Top Universities, 2 buah university dari Thailand iaitu University Mahidol menduduki tangga ke 30 dan Chulalongkong ke 35 berbanding dengan university terbaik Negara iaitu University Malaya yang hanya berjaya menduduki tangga ke 39. University of Hong Kong yang sama taraf dengan University Malaya satu ketika dahulu menduduki tangga no 1 sementara National University of Singapore tangga 10.

88. Penekanan kepada sains, teknologi serta sains asas seperti physics, kimia dan kejuruteraan di universiti-universiti tempatan terlalu kurang dan lemah sedangkan kita perlu mengorientasi Negara menceburi dalam era ekonomi global baru. Kita hanya berjaya mengeluarkan modal insan yang mampu menyelenggara ekonomi masa kini tetapi tidak berupaya memacu ekonomi dimasa hadapan. Kita masih bertelagah mengenai penggunaan bahasa untuk pelajar daripada memikir penguasaan matapelajaran sains dan teknologi untuk memacu Negara kehadapan.

89. Sistem pendidikan yang baik menjana modal insan yang berupaya mengeluar kemahiran berdaya kreatif, inovatif yang sentiasa mencipta barangan dan perkhidmatan baru untuk pasaran tempatan dan global. Tanpa modal insan yang berdaya kita tidak berupaya memacu ekonomi ke tahap sekarang dan tidak boleh mengolah model baru ekonomi yang digambarkan oleh kerajaan yang berdaya menimba, melibat dan menyumbang kepada ekonomi global.

90. Mana-mana pakar ekonomi bersetuju sudah terdapat jurang yang begitu luas dan tidak dapat diperbaiki lagi dalam dekad depan dari semua sudut kualiti modal insan yang diperlukan sekarang dan masa depan sekiranya kita terus mengabai system pendidikan Negara. Modal insan berkualiti tinggi agak sukar diperolehi dalam Negara sekarang.

91. Perubahan radikal diperlukan dalam system pendidikan Negara. Kita mesti mengeluar pelajar berkualiti, pemikir yang dapat bertindak secara bebas, berfikir secara berlainan dan inovatif serta mahir berkomunikasi dalam pelbagai bahasa. Pelajar2 ini mesti perolehi pengetahuan teknikal, kejuruteraan, matermatiks dan kemahiran amali terkini serta berupaya merancang dan membantu yang lain dalam perusahaan masa depan. Melainkan kita merubah system pendidikan Negara yang sudah jauh ketinggalan, daya saing Negara akan terus merosot dan harapan untuk menjadi sebuah Negara maju tidak akan tercapai.

92. Negara juga sedang mengalami pengaliran keluar pakar-pakar atau “brain drain” kerana mereka yang pintar dan berbakat tidak lagi melihat Negara sebagai tempat berpeluang untuk maju dalam ekonomi Negara dan ini digalakkan oleh ibubapa dan rakan-rakan dalam mengejar cita-cita dan kekayaan. Kita kehilangan mereka yang berbakat sekiranya daya kreatif dan kemahiran teknikal tidak diperguna dan diperlukan dalam ekonomi sekarang. Tidak ada motivasi untuk mereka merekacipta barangan dan perkhidmatan baru sekiranya Negara sendiri tidak ada kelebihan teknologi untuk digunakan dalam menggarap daya kreatif mereka. Mereka akan pergi ke destinasi lain yang lebih mencabar.

93. Disini saya ingin menekankan bahawa Negara China sendiri sudah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dan bahasa dalam perdagangan, perniagaan dan Industri. Kita lihat kefahaman bahasa Inggeris di Cina sudah jauh berbeza. Dari sebuah Negara yang tidak langsung bertutur bahasa Inggeris di zaman Mao, teknokrat-teknokrat mereka hari ini fasih berbahasa Inggeris dan berkhidmat diserata dunia dan kita ketinggalan walaupun pada satu ketika dahulu Negara jauh lebih kehadapan dalam system pendidikan. Kita perlu menekan semula peri pentingnya bahasa Inggeris, bahasa ilmu, perdagangan dan kewangan dunia. Kita telah mengabai satu asset besar Negara untuk kepentingan politik.

MODEL BARU EKONOMI.

94. Sudah lama dicanangkan kerajaan sedang merencana model ekonomi baru yang memberi pertumbuhan pendapatan tinggi dengan objektif merubah ekonomi kepada pengeluaran barangan dan perkhidmatan bernilai tinggi dan meningkat keupayaan penggunaan tempatan sebagai pemacu utama ekonomi menggantikan sector pembuatan sejak berdekad yang lalu.

95. Mengikut definasi Bank Dunia , Malaysia diklasifikasi sebagai Negara berpendapatan sederhana dengan Pendapatan Negara Kasar (PNK) atau Gross National Income (GNI) sebanyak USD6500 per capita atau MYR22,500 setahun berbanding dengan Negara berpendapatan tinggi dengan USD 12,000 atau MYR41,600 per capita setahun. Untuk mencapai objektif ini Negara perlu melipatgandakan usaha meningkat PNK atau GNI dalam masa 10 tahun akan datang.

96. Pertumbuhan ekonomi Negara perlu mencapai 8% setahun. Kerajaan juga bercadang agar sector perkhidmatan menyumbang 60% daripada KDNK berbanding dengan sector pengeluaran yang akan kekal pada tahap 30% sekarang daripada KDNK.

97. Untuk menrealisasi model pertumbuhan tinggi kerajaan bercadang meliberasasi ekonomi dengan menyingkir polisi awam yang mengawal sector kritikal ekonomi terutama dalam kuota keistimewaan yang diberikan kepada bumiputera.

98. Umum berpandangan meliberalisasi ekonomi akan meningkat kemasukan pelaburan langsung asing dan teknologi baru. Pandangan ini mungkin benar tetapi dalam keadaan kemelesetan ekonomi sekarang kesannya akan mengambil masa yang panjang. Tetapi ia akan memangkin pelaburan tempatan yang merasakan diskriminasi kaum telah disingkirkan. Saya percaya kebanyakan rakyat menyokong dasar yang lebih liberal dan kurang kawalan dalam ekonomi dimana membebaskan individu meluahkan daya kreativiti tersendiri dalam mengejar pulangan dalam ekonomi.

99. Dalam konteks suasana ekonomi semasa dimana dunia dan negara baru mulai pulih dari kemelesetan ekonomi paling teruk sejak “Great Depression 1930” agak sukar mencapai wawasan yang dicanangkan kerajaan iaitu pertumbuhan ekonomi berpendapatan tinggi.

100. Tidak salah memeri “wawasan” untuk masa depan dan menghurai cadangan tindakan perjalanan ekonomi dari masa ke semasa untuk mencapai objektif yang dikehendaki. Ini hanya apa yang dipanggil “wawasan ekonomi”, satu strategi yang dicontohi oleh semua kerajaan samaada tercapai atau tidak. Ia hanya kenyataan tujuan dan objektif wawasan yang tidak akan ditunai selagi tatacara untuk mencapai tidak dikenal pasti atau isu lebih luas dan kesempitan aliran tidak diperbaiki. Setakat ini ia hanya wawasan yang tatacara untuk mencapainya belum dikenalpasti.

101. Hakikatnya kita hanya dapat mencapai model pertumbuhan tinggi sekiranya apa yang saya sarankan dilaksana dan diperbetulkan. Kita tidak boleh lompat dari satu keadaan ekonomi kepada yang lain tanpa melalui satu proses dan proses tersebut termasuk memperbetul segala gangguan atau kesempitan pengaliran “bottleneck” yang kritikal dalam ekonomi. Hanya melalui proses ini kita dapat mencapai dan mengubah Negara kearah pertumbuhan pendapatan tinggi.

102. Saya akan membuat komen selanjutnya apabila dibentang oleh kerajaan. Untuk sementara itu sekadar itu ingin saya sampaikan.

Sabtu, 24 Oktober 2009

Nik Aziz : berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti

KOTA BAHARU, 23 Okt :-Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia menghadapi sebarang kemungkinan jika cadangannya supaya PAS mengadakan Muktamar Agung Luar Biasa boleh mencetuskan perpecahan di kalangan anggota partinya.
Katanya beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tanda tanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.Katanya, beliau bosan dengan gelagat beberapa pemimpin yang membangkitkan isu kerajaan perpaduan yang disifatkan sesekali timbul dan sesekali tenggelam.
"Ini untuk mengelakkan orang tertanya-tanya dan teraba-raba, dan tergantung tanpa diambil sesuatu tindakan."Sedangkan kita (PAS) sebuah parti Islam, maka saya kena buat sesuatu untuk menentukan kedudukan pemimpin, termasuk Presiden sendiri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, dekat sini, Jumaat.
Beliau mengesahkan mengemukakan pandangan itu dalam laman blognya semalam, kerana kecewa dengan sikap beberapa pemiMpin yang sering menimbulkan masalah dalam parti kerana membangkitkan isu kerajaan perpaduan sedangkan PAS sudah membuat keputusan muktamad tidak akan bekerjasama dengan Umno atas dasar politik.
Ini kerana, katanya, ia telah diputuskan dalam Muktamar Aung parti itu tahun lepas.Ditanya sama ada muktamar luar biasa itu boleh menimbulkan perpecahan di kalangan anggota parti, Menteri Besar Kelantan itu menegaskan:
"Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat. Saya tak suka orang tegur Presiden saya, kedudukan pemimpin (termasuk Presiden atau pemimpin lain) bergantung kepada keputusan muktamar.Menurutnya cetusan cadangan supaya mengadakan muktamar biasa itu lahir daripada artikel penganalisis politik Aziz Bari dan teguran rombongan daripada Sabah dan Sarawak yang mempersoalkan beberapa kerat pemimpin PAS yang condong kepada Umno berikutan usaha mewujudkan kerajaan perpaduan.
"Saya sedih kerana ada pemimpin yang tidak menghormati keputusan muktamar agung itu, dan saya tidak suka orang tegur parti dan pemimpin saya, tanpa saya berbuat sesuatu, senyap," katanya.
Menurutnya, soal untuk mengadakan muktamar luar biasa atau apa bentuk sekalipun ia terpulang kepada parti kerana baginya beliau sudah berpuas hati dapat menyuarakan perasaannya dalam menangani isu itu.-- BERNAMA