klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 15 Februari 2010

apabila fitnah berleluasa ... cerita mengaib sesorang direka di jaja...

saya terlalu bosan dengan cerita-cerita rekaan dan fitnah yang dibuat bertujuan mengaib dan menjatuhkan saya . hanya kesabaran dan kekuatan diri membuatkan saya hanya mendiamkan diri dan bertindak mempertahankan diri apabila perkara tersebut diajukan kepada saya .
terima kasih kepada mereka yang apabila mendengar cerita daripada mereka yang fasiq ini .. bertemu dan meminta penjelasan dan kebenaran . tapi adalah amat sedih apabila ada yang terus menjaja cerita , memfitnah dan menambah cerita . semoga Allah SWT memaafkan mereka.
teringat kepada pesanan guru saya ...
" setiap kali kita di fitnah dan diaibkan.. sabar dan tenang .. Allah hendak mengangkat martabat diri kita.. maruah dan keimanan kita.. apabila kita mendengar cerita keaiban seseorang .. Allah melarang kita menjaja dan mengaibkan orang itu.. walaupun perkara itu benar.. sekiranya tidak benar bukankah kita memfitnahnya.. kerana fitnah itu lebih besar dosanya daripada membunuh!".
" seseorang yang suka memfitnah dan mengaibkan seseorang sebenarnya ianya bertujuan untuk menutup keaiban dan perbuatan dirinya sendiri lalu melontarkannya kepada orang lain dengan tujuan memalukan orang itu atau menjatuhkan seseorang itu".

Semoga Allah SWT memberikaj kekuatan kepada diri saya .

ANWAR IBRAHIM TO ADDRESS 7TH US-ISLAMIC WORLD FORUM IN DOHA FEBRUARY 14, 2010

Malaysian Opposition Leader Anwar Ibrahim will make his third appearance in five years at the US-Islamic World Forum in Doha, Qatar today. His talk, entitled, “A Fresh Start: Has Barack Obama Initiated a New Beginning with Muslim Communities” will take place on Sunday morning at 9:00 AM.

The Forum opened on February 13th with a plenary session featuring Turkish Prime Minister Recep Tayyip Erdogan and Qatar’s Prime Minister Sheikh Hamad bin Jassem bin Jabor al-Thani. Also speaking was US Senator and head of the Senate Foreign Relations Committee John Kerry and Abdelaziz Belkhadem, special envoy of Algerian President Abdelziz Bouteflika. On Sunday US Secretary of State Hillary Clinton will also address the conference and tomorrow Ambassador Richard Holbrooke will also speak.

During his visit Mr. Ibrahim will have one-on-one meetings with the Emir of Qatar Sheikh Hamad bin Khalifa Al Thani as well as Prime Minister Sheikh Hamad bin Jassem al-Thani, Senator John Kerry as well as numerous political activists and leaders from Muslim countries. He will attend a special session with the eminent Egyptian scholar Sheikh Yusuf al-Qaradawi and also meet with over a hundred Malaysian expatriates living and working in Qatar.

US President Barack Hussein Obama addressed the conference via a recorded message in which he reiterated the principles of mutual engagement expressed in his historic Cairo speech. He also announced the appointment of Mr. Rashad Hussein as the US special envoy to the Organization of the Islamic Conference.

The annual conference is co-sponsored by the Qatar Ministry of Foreign Affairs and the Saban Center of the Brookings Institution.

AMK TERENGGANU AGIH LIMAU & UCAPAN GONG XI FA CHAI





Pada 11 Febuari 2010 , bertempat di beberapa buah kedai kopi kaum cina di Kg. Banggol , AMK Terengganu telah berkunjung menemui kaum cina bagi mengagihkan limau dan mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada mereka.
Mereka menyatakan inilah kali pertama orang keadilan memberikan mereka limau dan mengucapkan selamat tahun baru kepada mereka. Mereka juga bertanyakan khabar Datuk Seri Anwar dan menyatakan sokongan kepada Ketua Umum serta tidak mempercayai kes tersebut.
Saya terasa bangga apabila sewaktu hendak keluar daripada kedai kopi tersebut mereka melaungkan "Hidup Anwar".

Pada hari Jumaat , 12 Febuari 2010 , jam 10.30 pagi AMK Terengganu telah mengadakan program mengagihkan limau dan mengucapkan Gong Xi Fa Chai kepada kaum cina di Bandar Kuala Terengganu bertempat di pasar pagi Kg. Tiong.
Saya bersama-sama teman-teman AMK Terengganu ( Sdr Lim - Naib Ketua AMK Terengganu , Sdr. Saado - EXCO AMK Terengganu , Sdr. Mie - EXCO AMK Terengganu ) dan turut dihadiri Pak Awi dan Ayahwan Ismail ( AJK Keadilan Cabang Kuala Terengganu ) mendapat sambutan yang sangat baik oleh masyarakat cina yang sedang membeli belah untuk persiapan menyambut perayaan tahun baru cina .


Khamis, 11 Februari 2010

ayuh bersama gerakan TAK NAK Zambry

zambry MB mahkamah ! zambry bukan MB rakyat negeri Perak !
zambry MB sultan Perak !
katakan TAK NAK pada zambry !

ceramah saya di Bagan Serai , Perak

saya baru balik daripada berceramah di Tapak Karnival Pakatan Rakyat Sapu Bersih , Bagan Serai , Perak . Bersama saya juga turut menyampaikan ceramah ialah YB Yunus ( Ketua AMK Perak ) , Abang Tan ( Ketua cabang Bagan Serai ) dan Jonah ( Naib Ketua AMK Malaysia ) .
Saya terus mengupas isu Fitnah 2 yang berlaku terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim , kenyataan PI Balasubramaniam yang mengecam bahawa Nasir Safar ( Bekas Pegawai Khas Najib ) yang turut bersama 2 anggota polis ( Sirul & Azilah ) sewaktu menahan wanita mongolia iaitu Altantuya .
Pihak polis minta supaya program ceramah dihentikan jam 11.30 malam . Saya terus berceramah dan berhenti jam 12 tgh malam .

CERAMAH PERDANA DI BATU CAVES


PROGRAM PENERANGAN ISU-ISU SEMASA


Saudara/saudari dijemput hadir ke Program Penerangan Isu-Isu Semasa yang akan diadakan pada:

Tarikh: 11 Februari 2010 (Khamis), 9.00 – 12.00 Malam

Tempat: Dewan Kompleks Sri Siantan, Jalan Sungai Tua, Batu Caves, Selangor

Panel Penceramah:
YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
YB Dato' Seri Nizar
YB Azmin Ali
YB William Leong Chee Kian
YB Dr Dzulkefly Ahmad

Hadirlah beramai-ramai untuk memberi sokongan dan mendengar kupasan isu-isu semasa.

Selasa, 9 Februari 2010

Diinterview oleh TV Selangor pasal Saifool Buat Aduan Ugut Bunuh !!!???

Petang tadi saya dihubungi oleh wartawan TV Selangor untuk memberikan komen terhadap tindakan saifool membuat laporan polis ekoran keluar dalam facebook oleh penyokong DSAI mengugut beliau untuk dibunuh .
Saya menyatakankan ini tindakan propaganda murahan dan tindakan memfitnah oleh saifool yang sudah tertekan dengan keadaan yang ada . Ianya tidak lari daripada perancangan jahat yang cuba dibuat oleh para konspirator yang bertujuan memburukkan imej para penyokong DSAI yang tidak terlalu bodoh untuk bertindak sedemikian terhadap beliau.
Sedangkan Saifool yang sentiasa dikawal rapi oleh pihak polis . Sekiranya para pendokong dan penyokong DSAI hendak buat sedimikian rupa , sudah lama boleh bertindak bodoh sebegitu . Adakah benar yang mengirimkan ugutan tersebut adalah merupakan penyokong DSAI utau upahan tertentu yang bertujuan untuk mencemar nama baik DSAI dan para penyokong DSAI yang saya dapati selama ini sangat berakhlak dan bermoral. Tidak pernah kita merancang sebarang tindakan yang bertujuan memudaratkan sesiapa.
Dimahkamah tadi pun , tiada sesiapa pun yang menyentuh , menghina atau bertindak biadap terhadap sdr Ruslan Kasim , hanafiah Man , Lokman Nor Adam yang hadir ke Mahkamah atas kes arsenik . Walaupun mereka semua orang ketahui mereka bertindak menyerang keadilan dan DSAI. Itu moral penyokong reformasi dan DSAI!
Saifool tetap seorang pembohong ! pemfitnah!

Tolak Fitnah 2 ! Selamatkan Malaysia !

Mahkamah Malaysia Mahkamah Kangaroo , Ghani Anjing Penjilat Najib

Hari ini mahkamah telah membuat keputusan dengan memberikan kemenangan 3-2 kepada Zambry. Sepertimana yang saya jangka , sudah pasti kekalahan akan terus menimpa Nizar dan Pakatan Rakyat Perak.
Zambry disahkan adalah MB Perak yang sah. MB Mahkamah ! Bukan MB Rakyat Perak!
Saya TABIK kepada DS Nizar dan seluruh pimpinan PR Perak yang terus istiqamah mempertahankan kebenaran . Pelbagai insiden telah berlaku . Tapi tetap utuh mempertahankan kebenaran dan menentang kezaliman UMNO / BN .
Sempat berbual dengan YB Senator Dr. Syed Husin ( Timbalan Presiden Keadilan ) di lobby mahkamah tinggi jalan duta tengahari tadi , apabila membincangkan isu kekalahan DS Nizar di Istana Keadilan Putrajaya , kata beliau ... " adakah anda yakin kita akan menang ? sedangkan Najib merestui mereka , Sultan menyebelahi mereka .." . Saya mencelah .. " Malaysia , undang-undang ditadbir oleh Ghani Patail". JawabDr. Syed .. " Tidak, kuasa terletak pada PM, Ghani hanya ' ANJING PENJILAT' yang melaksanakan arahan ketuanya".
Tambah beliau lagi .." Tidak mengapa , sekurang-kurangnya dunia akan terus melihat mahkamah kita TETAP TIDAK ADIL dan TERUK".

KENYATAAN MEDIA SIDANG AKHBAR PARTI KEADILAN RAKYAT CABANG SIK & ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG SIK

Assalammualaikum W.B.T dan selamat petang. Terlebih dahulu saya panjatkan kesyukuran kepada Allah S.W.T kerana dengan keizinan dan limpah rahmatnya pada petang ini kita dapat mengadakan satu sidang akhbar untuk menerangkan keadaan sebenar kedudukan PKR Cabang Sik dan seterusnya dapat menjawab segala tohmahan dan fitnah yang telah dilemparkan terhadap PKR Cabang Sik khususnya AMK Cabang Sik.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada wartawan-wartawan kerana sudi datang untuk sidang akhbar ini.Sebenarnya senario yang berlaku di Sik ini seperti mana yang tuan-tuan sedia maklum dan sudah pun tersebar ke seluruh Malaysia, bukanlah satu senario yang baru dan pelik.

Mengapa saya mengatakan demikian. Ini kerana tuan-tuan pun tahu ini adalah salah satu propaganda dan agenda jahat UMNO untuk melemahkan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR. UMNO pada ketika ini berasa amat gentar dan gerun dengan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR dan PKR Cabang Sik.

Pada masa sekarang di Parlimen Sik khususnya golongan muda begitu tertarik dan amat berminat untuk menyertai PKR. Bilangan golongan ini yang menyertai PKR amat menggalakkan pada masa sekarang. Atas sebab itulah UMNO khususnya UMNO BahagianSik merasa gelabah dan tidak keruan. Maka oleh sebab itulah mereka telah menyusun danmengatur satu propaganda untuk melemahkan PKR Cabang Sik. Ini terbukti seperti yangtuan-tuan sedia maklum iaitu pada 5hb Februari 2010 yang lalu kononnya seramai 200 ahli AMK PKR Cabang Sik telah mengisytiharkan keluar parti dan membubarkan AMK Cabang Sik. Mereka juga telah membuat satu kenyataan bahawa PKR Cabang Sik juga akan dibubarkan. Ini merupakan satu pembohongan yang terang lagi nyata yang sengaja direkayasa dengan tujuan untuk memecahbelahkan parti.

Tuan-tuan, ini bukanlah lakonan baru UMNO tetapi lakonan dan skrip lama yang diulang-ulang oleh mereka. Mereka telah mengumpul ahli-ahli pemuda UMNO dan kemudiannya mengisytiharkan keluar PKR.Tuan-tuan, saya tidak nafikan sebenarnya memang terdapat beberapa orang ahli PKR Cabang Sik bersama mereka tetapi saya yakin mereka tidak lebih dari 5 orang ahli yang telah kita kenal pasti. Selainnya adalah pelakon-pelakon yang didatangkan oleh UMNO khususnya UMNO Bahagian Sik.

Mereka ini sebenarnya adalah ahli-ahli PKR yang kecewa kerana tidak mendapat kedudukandalam parti (bukan parti menyekat mereka tetapi mereka tidak layak dan tidak berkebolehan).Spesis-spesis ini menyertai parti selepas kemenangan Pakatan Rakyat pada PRU 12 dengan niat dan tujuan untuk mencari kepentingan peribadi. Mereka ini tidak ikhlas dalam perjuangan parti dan memperjuangkan hak rakyat.

Dahulu mereka adalah ahli-ahli UMNO tetapi apabila tidak mendapat tempat dalam UMNO mereka keluar menyertai PKR. Sekarang mereka tidak mendapat kedudukan dan habuan dalam PKR mereka keluar untuk menyertai UMNO semula. Saya hendak berpesan kepada UMNO bergembiralah menerima keahlian mereka ini kembali kerana dengan pengisytiharan mereka keluar dari PKR, sebenarnya telah menghapuskan satu beban yang besar kepada PKR khususnya PKR Cabang Sik. Ini kerana mereka ini bagaikan ‘duri dalam daging’ yang menimbulkan pelbagai masalah dalam parti.

Sebenarnya mereka ini adalah golongan yang telah lama kecewa dalam PKR. Pertama ketikaPilihanraya kecil Bukit Selambau yang lepas mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendaki dan ada di antara mereka pada masa itu telah belot kepada parti. Kedua ada di antaramereka yang bercita-cita untuk menjadi ahli Majlis Daerah Sik. Tetapi mereka tidak dipilih oleh parti kerana tidak memenuhi syarat jadi mereka bertindak keluar dari parti, sebenarnya parti di dalam proses untuk memecat dan menggantung keahlian mereka. Jadi tindakan mereka ini memudahkan lagi kerja parti untuk memecat mereka. Terima kasihlahkepada mereka kerana tidak lagi menjadi beban kepada parti. Golongan seperti ini penyertaanmereka di dalam parti bukan untuk berjuang atau bekerja untuk rakyat tetapi hanya memikirkan apakah habuan yang bakal mereka perolehi. Golongan ‘opportunist’ seperti ini saya percaya dan yakin bahawa mereka tidak akan berjaya mendapat dan menarik sokongan rakyat.

Rakyat sudah masak dan muak dengan lakonan mereka. Tindakan mereka tidak akan dapat mengganggu-gugat kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Sik dan saya pasti kekuatan PKR akan menjadi lebih kuat lagi, dengan ketiadaan mereka. Ini kerana selama ini pun mereka tidak menyumbang apa-apa kepada parti. Sebaliknya hanya memberi masalah sahaja kepada parti. Lagi pun mereka ini hanyalah ahli biasa yang tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti.

Kepada golongan ini saya ingin berpesan jadilah manusia yang berprinsip dan bermaruah. Janganlah menggadaikan prinsip dan maruah kita hanya kerana sedikit habuan, kerana Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud “janganlah kamu menggadaikan kepentingan agama kerana memikirkan sedikit keuntungan dunia kerana mereka itu akan tergolong di kalangan orang-orang yang rugi di dunia dan akhirat”.

Saya harap dengan penjelasan ini maka segala prasangka negatif terhadap keutuhan dan kekuatan Pakatan Rakyat khususnya PKR Cabang Sik telah terjawab.PKR Cabang Sik serta AMK Cabang Sik tetap utuh dan kuat untuk meneruskan agenda perubahan rakyat dan menawan Putrajaya pada PRU 13 nanti. UMNO- Barisan Nasional pasti akan kecundang bukan sahaja di Sik malah di seluruh negara. INSYAALLAH.

HIDUP PKR! REFORMASI!

Sekian. Terima kasih.

PKR CABANG SIK & AMK CABANG SIK

UMNO Sentiasa Dulu Kini & Selamanya Perbodoh seluruh orang Melayu

Sifat perniaga Melayu tidak akan berubah sampai bila bila . Tak malu ke kita yang berbangsa Melayu hanya level "BERNIAGA di gerai WARUNG DAN DI TEPI LONGKANG DAN DI TEPI JALAN RAYA atau GERAI BEGERAK shaja" .

Bangsa Melayu Thai atau Mamak mampu menyewa Gerai di shoplot . Walhal Bangsa Melayu Malaysia telah diberi berbagai bagai imbuhan dan pinjam oleh TEKUN Dan Mikro , kenapa sampai sekarang Perniaga Melayu Malaysia masih berniaga di warung di tepi longkang.

Kita lihat Bangsa Melayu Thai mampu membuka Gerai TOM YAM dan malah mampu menyewa gerai di shoplot tanpa bantuan TEKUN Dan MIKRO dan Bangsa Mamak pun mampu menbuka BISTRO 24 Jam di shoplot tanpa bantuan TEKUN Dan MIKRO.

Kepada Kumpulan SEDAQ dan NGO NGO yang berdemo pada hari Jumaat yang lalu jangan anda semua memperbodohkan Perniaga Melayu Malaysia untuk berdemo kerana perniaga Melayu Malaysia berniaga di tepi longkang dan di tepi jalan . Kenapa Kumpulan SEDAQ dan NGO NGO yang di tunjangi oleh UMNO BN tidak mahu membantu Perniaga Melayu Malaysia mendapatkan atau menyewa gerai dishoplot.Kita dah masuk zaman 20han , kenapa level kita masih berniaga di tepi longkang dan di tepi jalan . Wahai Perniaga Melayu Malaysia tak malu ke kita dengan Warga Bangsa Melayu Thai dan Bangsa Mamak .

Perniaga Melayu Thai dan Perniaga Mamak tanpa bantuan pinjaman TEKUN Dan MIKRO mereka mampu sewa gerai shoplot dan mereka berniaga mempunyai lesen dari PBT. Bangunlah Perniaga Melayu Malaysia jangan jadi katak ( macam ibrahim ali ) di bawah tempurung . ALLAH tidak akan merubah sesuatu kaum melainkan kaum e2 sendiri merubah.

Tinggalkan UMNOBN kalau tidak Perniaga Melayu Malaysia akan sampai mati berniaga ditepi longkang dan di tepi jalanraya .Perniaga Melayu Pulau Pinang tolonglah berdemo lah kat bangunan UMNO bahgian masing masing , minta UMNOBN dapat gerai dishoplot untuk berniaga kalau benar mereka mahu tolong bangsa melayu untuk berniaga jangan jadi macam " LEMBU DI TARIK HIDUNG JE ".

Saya rakyat 1 Malaysia menyeru kepada Perniaga Melayu Malaysia terutama di pulau pinang jangan berkawan dengan UMNOBN kalau mereka tidak dapat membantu anda untuk mendapat atau bantu sewaan gerai shoplot untuk anda berniaga seperti Bangsa Melayu Thia dan perniaga Mamak . Dan berdemolah kat Bangunan Mara , memohon akar Mara membuat gerai deretan untuk anda berniaga

artikel ini diemailkan oleh Zul Mamak pada saya - saya tambah skit tajuk tersebut biar lebih cantikkk . jazakalallah Zul

anwars trial speech by michael danby

Michael Danby, Federal Member for Melbourne Ports and Chair of the Australian Parliamentary sub-committee on Foreign Affairs

Tonight, I want to speak out on behalf of fellow democrats around Asia, who areflabbergasted at events unfolding in Kuala Lumpur. I refer to the trial which began today of the Malaysian Opposition Leader, Dato Seri Anwar Ibrahim. For the second time, the Malaysian leader of the Opposition, Anwar Ibrahim is on trial for what they call in ancient grating English, ‘Sodomy’. For the second time, the Malaysian legal system is being manipulated by supporters of the incumbent government to drive Malaysia’s best known leader Anwar Ibrahim out of national politics. For the second time, documents are being forged, witnesses are being coerced, evidence is being fabricated.


This trial, like the first trial of Anwar Ibrahim, is a disgrace to Malaysia, a country that aspires to democratic norms, where parties change power peacefully and political opponents are not persecuted by organs of the state. Perverting the legal system for political ends by charging Anwar with sexual offences is an affront to human rights. In the first place, the offences with which Anwar has been charged that should not be on the statute book. Australia abolished its laws punishing consenting adult homosexual acts decades ago, as did most advanced countries. It’s long past time that Malaysia also repealed these laws, which it inherited from British colonial times. If these laws did not exist, they could not be used for political purposes as we are currently seeing.

In the second place, everyone in Malaysia, and everyone in the international legal community, knows that Anwar is innocent of these charges. This week the Wall Street Journal published a first-hand account of how the Malaysian Special Branch police fabricated the charges that led to Anwar’s first trial in 1998. Munawar Anees recalled how he had been starved and beaten into signing a false confession which implicated Anwar. Now it’s happening again. These are the lengths to which the corrupt elements within the Malaysian ruling party are willing to go to frame Anwar and remove his threat to their power.

Malaysia is a long-time friend and ally of Australia. Over the past 40 years Malaysia has become an increasingly prosperous and successful multi-cultural society. We continue our friendly and mutually beneficial relationship with Malaysia, which is a deep economic, strategic and cultural relationship.

But Malaysia is also a country of 28 million people who have lived ever since independence more than 50 years ago under the rule of the same party, the United Malay National Organisation or UMNO. UMNO has stayed in power by playing on the Malay fears of the Chinese and Indian minorities. So long as Malaysian politics were polarised even subtlety along racial lines, so long as the Malays voted loyally for UMNO, then the self-perpetuating UMNO oligarchy, who have grown rich through long years of power and through their cozy links to business, would be safe.

That’s why Anwar Ibrahim is such a threat. For the first time Malaysia has a charismatic Malay opposition politician able to appeal to Malay voters and pose a real threat to UMNO’s hold on power. At the 2008 elections Anwar’s People’s Justice Party and its allies won 60 seats away from UMNO and its allies, creating a viable two-party system for the first time. As a result, Abdullah Badawi was deposed as Prime Minister and replaced by Najib Razak, but the threat from Anwar’s coalition continues to grow. So even though the first attempt to frame Anwar on these spurious charged had failed, the corrupt forces within UMNO have decided to try again.

I recently had the privilege of meeting Anwar Ibrahim when he was in Melbourne for the Parliament of the World’s Religions in December. He is an intelligent and articulate and passionate democrat. He is committed to a thorough reform of Malaysian government, to rid it of the cronyism, corruption and authoritarian tendencies that have gained ground since Mahathir Mohammed became Prime Minister in 1981. He is a great, although not uncritical, friend and admirer of Australia. If he were to become Malaysia’s Prime Minister our relationship with Malaysia would become even stronger.

I am pleased that in the last few hours the judge has suspended the case against Anwar for a day. I hope Prime Minister Najib and his ministers are not involved. The best way for them to prove that they are not is to intervene and have these charges withdrawn, and those responsible for fabricating them punished. Malaysia is a great country, and an emerging power in our region. It can do without the embarrassment that these disgraceful proceedings are undermining its newly won democratic credibility.

Michael Danby

http://keadilan-international.blogspot.com

Rabu, 3 Februari 2010

Anwar akan sapena Najib, Rosmah jadi saksi
Hafiz Yatim
Feb 2, 10
10:27am

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah meminta peguamnya, Karpal Singh supaya mensapena Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Rosmah Mansor untuk menjadi saksi dalam kes liwat terhadapnya.

Anwar yang juga ketua umum PKR berkata, beliau mempunyai bukti untuk menunjukkan bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan, telah menemui Rosmah dan kemudian Najib, dua hari sebelum membuat laporan polis.

"Kita mahu tahu pembabitan Rosmah dan Najib dalam hal ini.

"Mereka tidak menafikan pertemuan tersebut dan kita mahu tahu," katanya.

Kemudiannya, ketika berucap kepada penyokongnya, Anwar berkata: "Biar mereka datang buat penjelasan apa yang sebenarnya berlaku.

"Mereka mesti hadir jelaskan keadaan," katanya.

Anwar mengakhiri ucapannya dengan laungan bersama penyokongnya "lawan tetap lawan".

Pada Julai 2008, Najib yang ketika itu timbalan perdana menteri, mengakui bahawa Mohd Saiful adalah menemuinya di kediamannya beberapa hari sebelum membuat laporan polis.

Najib mendakwa beliau telah menasihatkan Mohd Saiful supaya membuat laporan polis tetapi menafikan beliau terbabit dalam konspirasi terhadap Anwar.

Sebelum itu, Najib telah mengakui bahawa beliau juga telah bertemu dengan Mohd Saiful di pejabatnya di Putrajaya.

Mohd Saiful, bekas pelajar Universiti Tenaga (UNITEN), ketika itu mahu mendapatkan bantuan Najib untuk memperolehi biasiswa kerajaan.

Selasa, 2 Februari 2010

terima kasih kepada semua para penyokong Anwar Ibrahim

Saya selaku Timbalan Ketua AMK Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada semua para penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim yang datang dari seluruh pelusuk negara memberikan tanda sokongan kepada Datuk Seri Ketua Umum yang sedang berdepan dengan fitnah ke 2 .
Sebulan lebih AMK Malaysia telah turun kesegenap tanah air menjana mobilisasi agar rakyat turun memberikan sokongan moral kepada Datuk Seri Anwar yang dibicarakan pada hari ini 2 Febuari 2010 di Mahkamah Tinggi , Jalan Duta .
Semoga Allah merahmati semua teman-teman seperjuangan dan memberikan kekuatan kepada kita semua dalam menghadapi tekanan dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini . Jangan kita masuk dalam perangkap mereka yang bertujuan untuk menghancurkan kita. Alhamdulillah , kita masih istiqamah dalam perjuangan ini .
Contohi Datuk Seri Anwar Ibrahim , walaupun berdepan dengan tekanan maha hebat yang ditanggung oleh beliau tetapi beliau tetap tabah dan cekal menghadapi semua itu termasuk kerenah pimpinan yang benar-benar mengecewakan .
Semoga Allah memberikan kekuatan dan kemenangan pada Datuk Seri Anwar Ibrahim ! Amin !

Penangguhan ditolak, kes Anwar didengar esok


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mendapatkan penangguhan berhubung kes liwatnya.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar hujah kedua-dua pihak berkata tiada sebab bagi penangguhan lanjut

Beliau bagaimanapun membenarkan penangguhan perbicaraan sehingga 2.30 petang esok.

Keputusan itu bagi membolehkan peguam Anwar bertemu dengan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alaudin Mohd Sherif bagi menetapkan tarikh pendengaran permohonan semakan di Mahkamah Persekutuan.

Permohonan semakan itu adalah untuk menyemak keputusan Mahkamah Persekutuan Jumaat lalu yang menolak permohonan Anwar mendapatkan dokumen dan material penting termasuk sampel DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan bagi persediaan pembelaan kes liwat itu.

Anwar didakwa mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Peguam Sankara Nair berkata, permohonan tersebut telah difailkan di Mahkamah Persekutuan pada kira-kira jam 8.40 pagi tadi.

“Kami perlu memfailkan permohonan semakan semula kerana tanpa dokumen-dokumen tersebut, tangan kami terikat dalam membuat persiapan menghadapi kes ini,” katanya.

Pagi tadi, Hakim Mohamad membenarkan prosiding ditangguh sehingga jam 2.30 petang ini, untuk mendengar hujah-hujah berhubung perkara tersebut.

Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan juga turut menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan lebih banyak bukti dari pihak pendakwaraya seperti rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi dan kenyataan hemat saksi.

Dalam afidavit sokongannya, Anwar berkata Mahkamah Persekutuan - sebagai mahkamah tertinggi di negara ini - mempunyai kuasa untuk mendengar dan menyemak keputusan awalnya.

Menurut Anwar, beliau tidak diberi keadilan oleh Mahkamah Persekutuan yang didakwanya tidak memberi pertimbangan secukupnya terhadap rayuannya itu, kerana dokumen dan bahan-bahan tersebut, amat penting dalam menyedia pembelaannya - malaysiakini

kenyataan YB Setiausaha Agong Keadilan


KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA

Tarikh: 2 Februari 2010


Pada 1 Feb 2010 bertolak daripada keputusan Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat, saya telah menghantar surat kepada beberapa individu pimpinan PKR berhubung keputusan merujuk mereka kepada Lembaga Disiplin Parti. Salinan surat juga dihantar kepada Pengerusi Lembaga Disiplin. Individu terbabit diminta memberikan kerjasama membantu proses ini dan parti memberi jaminan mereka akan akan diberi ruang untuk menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing.

Lewat kebelakangan ini, sebahagian media gemar memberikan gambaran PKR semacam menghadapi kemelut dalaman. Pakatan Rakyat juga digambarkan berdepan krisis dalaman parti dan antara parti. Hakikatnya gambaran ini amat tidak tepat. PKR dan Pakatan Rakyat menganggap gambaran sebegini sebagai sebahagian cabaran yang akan terus dihadapi semenjak lahirnya PKR dan bermulanya kerjasama Pakatan rakyat.

Sudah lebih satu dekad, PKR dikatakan kucar-kacir, berpecahbelah, hura hara dan berkecamuk. Dalam suasana persepsi negatif ini, PKR tetap bersungguh meneruskan perjuangan membela hak-hak rakyat dan mendokong agenda perubahan. Sementelah perkembangan terkini yang membabitkan beberapa individu pimpinan yang dirujuk kepada Lembaga Disiplin Parti tidak sama sekali membawa PKR kepada kancah krisis apatah lagi menjauhkan PKR daripada agenda besar perjuangan.

Sebagai sebuah gerakan yang memperjuangkan perubahan demokrasi, PKR kekal sebagai sebuah parti yang menghormati hak individu anggotanya untuk berdebat dan berbeda pandangan dengan kepimpinan parti. Pada masa yang sama parti menyediakan saluran dan forum untuk setiap anggota parti mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan. Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi hak satu anggota satu undi membuktikan kesungguhan PKR dalam menghormati hak-hak setiap anggota PKR. Serentak dengan itu Pakatan rakyat juga menyediakan mekanisma yang jelas dalam menguruskan perbedaan pendapat.

PKR ingin mengulangi penegasan bahawa biarpun ruang berbeda pendapat terbuka luas namun ianya bukan suatu tiket untuk mana-mana anggota parti membuat serangan keras, melampau, keterlaluan dan dakwaan tanpa diiringi bukti terhadap pimpinan parti sendiri dan pimpinan Pakatan Rakyat sehingga membelakangkan adab dan disiplin parti. Keyakinan rakyat terhadap perjuangan PKR adalah suatu yang amat mahal dan wajib dipelihara oleh setiap anggota parti.

Dalam hubungan ini kepimpinan PKR bertekad mengambil langkah tegas terhadap mana-mana anggota parti yang melakukan salah laku disiplin. Tindakan ini diambil tanpa mengira status, pangkat dan kedudukan justru amalan disiplin yang kuat sahaja bakal menentukan parti terus kuat.

PKR ujud sebagai sebuah parti yang mendokong 17 prinsip perjuangan yang terakam dalam Perlembagaan Parti. Prinsip ini akan terus menjadi ikatan kukuh membina parti. Seterusnya Pakatan Rakyat juga diikat dengan Dasar Pakatan Rakyat yang terhasil dari Konvensyen Pakatan Rakyat pada Disember 2009.

Saya ingin mengulangi adalah menjadi tanggungjawab dan tugas setiap pemimpin dan anggota parti untuk mendokong, mempertahan dan mengembangkan nilai-nilai dan prinsip perjuangan PKR dan perkara-perkara yang disepakati dalam Dasar Pakatan Rakyat. Sesungguhnya agenda reformasi parti adalah jauh lebih penting dipertahankan daripada memperjuangan faedah dan keuntungan yang bersifat sementara. Seluruh anggota dan pimpinan PKR samada Ahli Dewan Rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri, Ahli Dewan Negara, Menteri Besar, Ahli Majlis Kerajaan Negeri dan Ahli Majlis Kerajaan Tempatan, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung, Penghulu, Ketua kampong, Ahli Majlis Pimpinan Pusat, Ahli Majlis Pimpinan Negeri, Pimpinan Cabang, Ketua Ranting dan anggota biasa adalah bertanggungjawab memikul amanah besar ini. PKR akan menjadi wadah kepada mereka yang ingin bersama mendokong agenda besar dan tentu sahaja PKR tidak mampu menjadi wadah untuk sebuah perjuangan yang mengharapkan habuan semata-mata.

Akhirnya sementara kita meneruskan usaha untuk proses pembaharuan dan pendemokrasian dalaman parti, kita yakin organisasi parti kan terus diperkasakan. Proses ini tidak akan mengalih tumpuan parti dalam persiapan menghadapi pilihanraya negeri Sarawak dan Perak sekiranya ada.


Saifuddin Nasution Ismail
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat