klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 3 Jun 2009

AMK NEGERI TERENGGANU BUAT REPORT POLIS KES STADIUM SULTAN MIZAN RUNTUH


KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu telah membuat laporan polis pada jam 11.50 pagi tadi bertempat di IPD Kuala Terengganu . Laporan polis telah dibuat oleh Sdr. Fariz Musa , Ketua AMK Negeri Terengganu ekoran kejadian Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin , Gong Badak yang telah runtuh semalam ( 2 Jun 2009 ) .
Di dalam laporan polis tersebut Fariz Musa yang juga merupakan Timbalan Ketua AMK Pusat mengesyaki pengeluaran Sijil Layak Menduduki ( CF ) dibuat secara tidak telus dan berlaku keterpaksaan yang mana ianya dikeluarkan tempoh yang cepat atau tergesa-gesa kerana sewaktu dirasmikan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong pada 10 Mei 2008 , stadium tersebut masih belum siap sepenuhnya .
Malah menurut beliau juga , AMK Negeri Terengganu mengesyaki berlaku penyelewengan kuasa dan ianya melibatkan individu-individu dan pihak berkuasa yang bertanggungjawab terhadap pembinaan dan kelulusan Sijil Layak Menduduki ( CF ) stadium tersebut .
Ianya adalah berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh YAB Datuk Ahmad Said , MB Terengganu di dalam NST Online bertarikh 2 Mei 2009 yang menyatakan Stadium tersebut telah dikeluarkan Sijil Layak Menduduki ( CF ) sebelum ianya dirasmikan pada 10 Mei 2008 .
Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin telah beroperasi selama setahun telah runtuh bumbungnya dan dianggarkan mengalami rutuhan sebanyak 60%. Dianggarkan kerugian awal ialah RM25 juta .
Difahamkan bermula 3 hingga 6 Jun akan berlangsung Sukan Staf Antara Universiti Peringkat Kebangsaan bertempat di stadium tersebut . Bayangkan sekiranya kejadian tersebut berlaku hari ini ( 3 Jun 2008 ) atau dalam tempoh sukan tersebut berlangsung .
AMK Negeri terengganu membuat laporan polis pada hari ini mendesak agar pihak polis membuat penyiasatan rapi dan mendakwa mereka yang terlibat dalam pembinaan dan kelulusan Sijil Layak Menduduki ( CF ) .
Insiden runtuhnya mercu tanda negeri Terengganu yang dibina oleh mantan MB Negeri Terengganu , Datuk Seri Idris Jusoh dan kelulusan Sijil Layak Menduduki ( CF ) sewaktu Datuk Ahmad Said menjadi MB Terengganu .
Turut hadir bersama ialah Sdr. Muzafeq Mohamad , Timbalan Ketua AMK Negeri Terengganu dan Sdr. Eng Chai Heng , Pengerusi DAP Terengganu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan