klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 9 Jun 2009

Guang Eng : PAS perlu perjelas rundingan k'jaan perpaduan


Tuesday, June 09, 2009 8:30 AM


Pemimpin PAS perlu memperjelaskan kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat mengenai rundingannya dengan Umno berhubung kerajaan perpaduan, kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini.
Sebagai rakan Pakatan Rakyat, Lim berkata, PAS tidak seharusnya berahsia dengan DAP dan PKR berhubung rancangan untuk menubuhkan kerajaan perpaduan melalui kerjasama dengan Umno.Lim berkata, kepimpinan PAS tidak pernah menjelaskan kepada kepimpinan Pakatan berhubung dakwaan ia mengadakan rundingan Umno tahun lalu.Beliau menolak dakwaan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa pemimpin Pakatan menerima baik perkara itu apabila PAS menjelaskannya kepada mereka.
"Kepimpinan Pakatan tidak pernah berbincang mengenainya, ataupun PAS telah memaklumkannya kepada kita."Kita tidak tahu apa yang sedang berlaku," katanya selepas majlis angkat sumpah Presiden Majlis Perbandaran Pulau Pinang, Tan Cheng Chui.Sehubungan itu, Lim mengingatkan Abdul Hadi supaya sentiasa bercakap benar.
"Sebagai seorang alim, seseorang itu bukan sahaja perlu menjawab kepada DAP, tetapi juga kepada Tuhan," katanya. Malaysiakini

1 ulasan:

  1. Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.

    Kata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.

    Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.

    Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.

    Sekarang, ugutan yang paling besar ialah - "hak sama rata" (Malaysian Malaysia). Paling malang dan paling menyedihkan, tuntutan mereka ini telah disokong pula oleh PAS dan PKR.

    BalasPadam