klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 5 Jun 2009

PERANGI RASUAH : AMK SOKONG 'HADIAH I' KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) menyokong tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperkenalkan 'Hadiah I' bagi memerangi dan membenteras gejala rasuah dengan menawarkan RM10,000 kepada kakitangan awam yang tampil membongkar gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa dalam pentadbiran dan pengurusan negeri Pualau Pinang . Tindakan sebegini membuktikan bahawa Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang begitu serius dan konsisten dalam usaha memerangi amalan rasuah serta penyalahgunaan kuasa yang semakin membarah di dalam negara .
Indeks Persepsi Rasuah ( CPI ) yang dilaksanakn oleh Transperancy International ( TI ) menunjukkan amalan rasuah di Malaysia semakin merosot dan membuktikan kegagalan Kerajaan Barisan Nasional dalam membendung dan memerangi aktiviti yang tidak bermoral ini sepertimana jadual di bawah :
Pada 4 Jun 2009 , TI telah melaporkan hasil kajian yang dibuat , purata hampir 70 % daripada rakyat Malaysia menolak usaha kerajaan Barisan Nasional ( BN ) dalam membendung gejala rasuah di Negara ini yang dilaporkan semakin serius. Malah TI sebagai sebuah badan bukan kerajaan antarabangsa, mendapati 67 % daripada responden di Malaysia berpendirian segala langkah BN itu tidak berkesan untuk mengurangkan rasuah .
AMK menganggap kewujudan Institut Integriti Malaysia dan Pelan Integriti Nasional ( PIN ) hanyalah retorik politik sedangkan amalan rasuah dan penyelewengan kuasa sudah men'darah daging' serta membarah dalam Kerajaan BN dan UMNO . Istilah 'politik wang' cuba dimanipulasikan agar seolah-olah lebih lunak berbanding dengan rasuah sedangkan ianya adalah tetap sama .Pendidikan secara tidak langsung oleh UMNO iaitu 'Politik Wang' adalah normal dan halal , manakala rasuah adalah haram . Malah tidak ada satu tindakan drastik diambil oleh Lembaga Disiplin UMNO membawa segala kes-kes 'politik wang' kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) . Perasuah terus berkuasa dan bermaharajalela .
SPRM terus menjadi badan yang mengambil tindakan dan pendakwaan terpilih . Kewibawaan , integriti dan kredebiliti SPRM terus dipertikaikan malah berdasarkan Indeks Persepsi Rasuah di Malaysia tahun 2008 semakin merosot iaitu di tangga ke 47 di kalangan 180 negara yang dinilai . Adalah sangat menghairankan merujuk kepada Singapura yang mendahului senarai bagi negara-negara di rantau Asia Tenggara, dengan mendapat 9.1 mata. Pada keseluruhannya, republik itu berada di tangga ke 4 di kalangan 180 negara yang dinilai.
Justeru , tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah merupakan satu tindakan positif dalam menangani amalan rasuah yang boleh memusnah dan merosakkan rakyat serta negara ini . Dengan tindakan sebegini akan membentuk dan mendidik minda serta perlakuan kakitangan kerajaan dan pemimpin politik yang sentiasa berwaspada dan berhati-hati dalam setiap tindak-tanduk mereka .
AMK yakin dan percaya Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempunyai peraturan dan mekanisme tertentu dalam melaksanakan kempen dan gerakan 'Hadiah I' ini agar mendapat informasi yang sahih dan tepat terhadap pemberi maklumat agar kredibiliti dan integriti tindakan dan usaha ini diyakini dan dipercayai . Membongkar dan mendedahkan gejala rasuah dengan bukti dan kesahihan .
AMK juga juga mencadangkan agar tindakan juga diambil dengan peruntukkan undang-undang mana-mana pihak atau individu yang mendedah serta membongkarkan amalan rasuah tanpa bukti . Dengan ini akan dapat mengelak daripada mereka yang bertujuan mengambil kesempatan bagi tujuan untuk memburuk-burukkan dan memfitnah orang lain .
AMK mengucap dan merakamkan jutaan tahniah ke atas YAB Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang serta Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang terhadap usaha yang murni ini .
FARIZ MUSA
Timbalan Ketua AMK Pusat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan