klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 12 Jun 2009

PERLANTIKAN JAWATAN PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI

Thursday, June 11, 2009

Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.Manakala bekas dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden - dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat (lihat senarai pertama).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.Manakala bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan.
Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa pusat di ibu negara hari ini.Mustafa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan di muktamar parti itu minggu lepas.
Pelantikan Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu, sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea-idea yang dibawa oleh Abdul Hadi, termasuk kerajaan perpaduan.Beliau juga pengerusi akhbar rasmi PAS Harakah dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS sebelum rombakan yang diumumkan hari ini.
Bagi jawatan pengarah pilihanraya dan pesuruhjaya Terengganu, kekosongan yang ditinggalkan Mustafa diganti masing-masing oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Datuk Harun Taib (lihat senarai kedua).
Abdul Halim, bekas timbalan menteri besar Kelantan itu, kini ahli parlimen Pengkalan Chepa. Manakala Harun yang kini ketua Dewan Ulama diberikan memimpin Terengganu sekali lagi.
Tidak sentuh kerajaan perpaduan
Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat AJK itu, Abdul Hadi berkata mesyuarat tidak menyentuh langsung mengenai isu kerajaan perpaduan.Ditanya mengenai perjumpaan sulit Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan beberapa pemimpin pemimpin yang menolak kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau "tidak tahu".
Beliau juga menyentuh tentang pertemuannya dengan menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew semalam.Abdul Hadi berkata, pertemuan tersebut atas undangan Lee yang ingin tahu dasar luar PAS, termasuk terhadap republik itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad memberitahu Malaysiakini sejurus selepas pengumuman Abdul Hadi itu bahawa beliau akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu lagi."Beri saya tempoh berfikir. Saya perlu berbincang dengan kawan-kawan terlebih dahulu," katanya.
Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:
Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah
Senarai pesuruhjaya PAS negeri:
Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)*
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)*
Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)
* mengalami perubahan, sementara yang lain kekal. Malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan