klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 21 Jun 2009

SIKAP ‘TAK APALAH’ PUNCA RAKYAT TERENGGANU MISKIN

KUALA TERENGGANU 18 Jun - Sikap 'tak apalah' yang masih menghantui pemikiran segelintir rakyat di negeri ini dikenalpasti sebagai salah satu punca isu kemiskinan di Terengganu masih belum mencapai penyelesaian meskipun pelbagai program dilakukan.
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Mat Razali Kassim berkata, dalam menghadapi era globalisasi sekarang, mereka seharusnya mengubah sikap dengan berusaha mengejar kemajuan dan bukannya semata-mata menyerah bulat-bulat kepada takdir.

FM - Saya tidak tahu selama ini sebab 'tak apalah' menjadi rakyat Terengganu miskin . satu teori ekonomi baru yang membuktikan betapa banggangnya kenyataan tersebut . nak kata bodoh , memang bodoh pun . macamana boleh jadi datuk bandar .
bukan kah sikap 'tak apalah' menjadi ayat kesukaan orang macam datuk bandar dan puak2 UMNgok ? tanah kena rampas - tak apalah , stadium runtuh - tak apalah , UMNgok rasuah - tak apalah , stadium takda CF - tak apalah , JKR tak keluarkan Sijil Siap Kerja - tak apalah , orang kaya dapat duit ehsan - tak apalah , orang miskin tak dapat bantuan - tak apalah , tak apalah, tak apalah ... saya menyangkal kenyataan penghinaan datuk bandar kuala terengganu kepada rakyat terengganu ! Sikap 'tak apalah' seperti datuk bandar kuala terengganu dan pemimpin UMNGok lah yang telah menyebabkan rakyat Terengganu miskin !
buat moonsun cup - tak apalah bazirkan rm300 juta setiap tahun ! taman tamadun islam - masjid kristal - tak apalah kita pulun rm juta-juta lagi ! projek-projek membazir dan gajah putih di pulau duyong - tak apalah rakyat duyong tak tahu apa , bodoh belaka !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan