klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 3 Julai 2009

Isu Kedah - Proses Mematangkan PR dan Pengajaran Utk Kerajaan Kedah


Pakatan Rakyat hari ini mebatalkan perjumpaan kerana menganggap bahawa masaalah kecil berkaitan dengan pusat penyembelihan babi di Kedah akan di selesaikan dengan kebjaksanaan pemimpin Pakatan Rakyat.Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan DAP Kedah telah keluar daripada pakatan pembangkang semalam kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran pimpinan Pas Kedah.
Sebaliknya, beliau menyalahkan media yang didakwanya sengaja menggembar- gemburkan dan memperbesarkan isu itu."Ini media, surat khabar saudara yang bangkitkan. Kalau dalam Barisan Nasional, banyak perbezaan dalam banyak perkara tetapi tak pula diperbesarkan. Pakatan Rakyat ini pakatan miskin (yang) tak ada media yang besar.
Itu bezanya," kata kepada pemberita di lobi Parlimen di sini.Anwar berkata beliau yakin isu itu dapat diselesaikan dalam suasana yang baik antara anggota pakatan pembangkang.Ketika ditanya sama ada beliau mengetahui keputusan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak untuk merobohkan pusat penyembelihan babi haram di Kampung Berjaya di itu, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat itu berkata beliau telah dimaklumkan dan tahu bahawa pusat penyembelihan berkenaan akan dipindahkan ke kawasan lain.

FM - SELESAIKANLAH SECARA BIJAKSANA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan