Apabila isu wacana ilmiah antara Dewan Pemuda PAS Pusat dengan Pergerakan Pemuda UMNO menjadi isu yang meresahkan banyak pihak terutama para penyokong Pakatan Rakyat . Beberapa SMS dan panggilan talifon saya terima serta membaca tulisan dan pandangan dalam blog-blog serta membaca akhbar harian milik UMNO memberikan pelbagai persepsi.
Memang menjadi hak mutlak kepada Dewan Pemuda PAS Pusat untuk mengemukakan jemputan untuk berwacana dengan sesiapa sahaja terutama Pemuda UMNO. Saya yakin Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai alasan tersendiri sepertimana yang diperjelaskan oleh Sdr. Ketua Dewan Pemuida PAS Pusat , Ustaz Nasrudin Tantowi . Isu Kerajaan Perpaduan yang hangat tempohari cuba dieksploitkan oleh UMNO melalui media massa sehingga digambarkan keretakan yang sangat ketara berlaku di dalam PAS. Pelawaan wacana oleh Dewan Pemuda PAS Pusat juga turut dipolitikkan termasuk oleh Ketua dan Timbalan Ketua Pemuda UMNO.
Secara peribadi saya memang tidak bersetuju dengan tindakan jemputan berwacana ilmiah dengan Pemuda UMNO . Sedikit sebanyak menimbulkan rasa kurang senang kerana Pemuda UMNO atau UMNO adalah tidak layak dan relevan untuk mengadakan perbincangan apatah lagi wacana ilmiah . Saya memahami akan tajuk wacana ilmiah iaitu 'benarkah perjuangan Umno tidak bercanggah dengan Syariat Islam' dan memahami hasrat maudhoq kenapa wacana tersebut perlu diadakan . Tindakan biadap Pemuda UMNO Kelantan membuat laporan polis terhadap YAB Tuan Guru Datuk Nik Abd. Aziz Nik Mat apabila beliau yang menyamakan UMNO sebagai ajaran sesat dan komunis. Termasuk ajakan debat terhadap Najib Tun Razak yang tidak terjawab oleh PM 1 Malaysia .
Justeru bagi mengelak kekeliruan dan rasa menghormati rakan-rakan kepemudaan dalam Pakatan Rakyat serta dilihat secara kolektif pemuda Pakatan Rakyat maka perlu diwujudkan dengan segera Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat . Kalau di peringkat tertinggi kepimpinan parti mewujudkan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat kenapa tidak pada sayap kanan terpenting Pakatan Rakyat ini . Malah kewujudan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat dilihat sangat efektif , sepakat dan muafakat .
Pemuda Pakatan Rakyat mesti bergerak secara kolektif bagi berdepan dengan Pemuda UMNO dan Barisan Nasional . Kesepakatan bersama Angkatan Muda Keadilan ( AMK ), Dewan Pemuda PAS ( DPP ) dan Pemuda DAP ( DAPSY ) adalah perlu .
Saya tidak menafikan wujud kesepakatan dan perbincangan bersama pemuda Pakatan Rakyat dalam program , aktiviti , isu dan sebagainya tetapi masih tidak mencukupi tanpa diwujudkan Majlis Pimpinan Pemuda Pakatan Rakyat secara rasmi dan berfungsi melalui Saketeriat Pemuda Pakatan Rakyat dalam merangka , merancang dan mengerakkan tenaga kerja bersama dalam meraih sokongan generasi muda Malaysia .
Jangan kita bersikap dengan memberikan 'buah tanggung' buat Pemuda UMNO yang sekarang tidak relevan untuk generasi muda Malaysia . Lebih-lebih lagi menghapuskan segala persepsi dan prasangka negatif yang cuba digemburkan oleh media massa dan usaha memecahkan Pakatan Rakyat . Kekitaan yang erat tiada yang berat .
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat
Marakbar Tantawi!
BalasPadam