klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 31 Ogos 2009

Ayuh Anak Muda : Pertahankan kemerdekaan, Tolak Politik Perkauman !

Setelah 52 tahun Merdeka adalah amat penting untuk generasi muda Malaysia kembali melihat dan memahami semangat kemerdekaan itu sendiri. Intipati kemerdekaan terkandung dengan jelas di dalam Pemasyhuran Kemerdekaan yang menekankan aspek keadilan dan kebebasan untuk rakyat negara tercinta.
Namun setelah 5 dasawarsa, terdapat rakyat yang tidak mampu menghayati erti kemerdekaan dan menganggap merdeka membolehkan mereka untuk hidup tanpa memikirkan mengenai masa depan negara dan kepentingan bersama. Golongan ini mengambil mudah kemerdekaan yang diperolehi dengan membayar harga yang mahal oleh generasi pengasas negara ini yang mengorbankan harta benda, kebebasan dan darah.
Lebih malang apabila pemerintah sendiri lupa dan khianat kepada teras kemerdekaan yakni menjamin keadilan dan kebebasan untuk rakyat berbilang keturunan dan agama. Pemerintah hari ini bertindak sewenang-wenangnya merebut kekayaan negara untuk kepentingan diri sendiri dan kroni. Pada masa yang sama sentimen perkauman dipai-apikan sehingga menimbulkan syak wasangka, salah faham dan permusuhan antara kaum.
Pemerintah BN hari ini melabelkan sesiapa yang cuba mempertahankan hak sah semua kaum dan memupuk perpaduan sebagai pengkhianat. Walhal mereka yang khianat dengan menjual tanah dan kepentingan strategik negara kepada orang asing. Mereka juga khianat dengan mengajak rakyat untuk bermusuhan. Mereka mahu Melayu menaruh prasangka dan membenci kaum lain. Pada masa yang sama mereka mahu orang Cina, India dan Bumiputra merasa terancam dan membenci orang Melayu. Lagak mereka ini tidak ubah seperti penjajah yang mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule).
Semua ini mereka lakukan dengan tujuan yang sama seperti penjajah, iaitu untuk mengekalkan hegemoni dan penguasaan mereka. Tatkala rakyat disibukkan dengan permusuhan dan kebencian, pemerintah akan bebas merompak kekayaan negara ini. Mereka mengalihkan perhatian rakyat untuk mengekalkan penguasaan mereka dan memudahkan mereka merompak di siang hari.
Kerana itu saya menyeru rakyat Malaysia, khususnya anak muda, untuk memainkan peranan utama mempertahankan kemerdekaan negara dengan menentang sikap perkauman. Pada masa yang sama kita perlu memberi perhatian khusus kepada korupsi dan berjuang menentang amalan rasuah dan pengelewengan. Kita mesti berani untuk mengatakan tidak kepada tindakan-tindakan korup pemerintah.
Anak muda mempunyai tanggungjawab besar untuk bergerak aktif memperjuangkan semangat kemerdekaan melalui parti politik, gerakan masyarakat dan pelbagai wadah lain termasuk menyampaikan mesej melalui seni budaya dan sebagainya. Peranan paling asas yang perlu dilaksanakan ialah dengan mendaftarkan diri sebagai pengundi dan keluar mengundi dalam setiap pilihanraya.
Sebagaimana anak-anak muda negara ini bersama dalam perjuangan menuntut kemerdekaan, anak muda sekarang perlu memastikan suara, harapan dan buah fikiran mereka juga turut sama dalam membentuk halatuju dan masa depan negara ini. Ini tanggungjawab anak merdeka.
Kerana kita mahukan masa depan yang lebih baik, negara yang adil, bebas dan harmoni; kita perlu berusaha mendapatkannya. Sebagaimana para pejuang kemerdekaan menghadapi penjajah dengan berani, anak muda juga perlu menghadapi pemerintah hari ini dengan berani.
Bersama kita lakukannya !

Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua
Angkatan Muda Keadilan Malaysia

KENYATAAN MEDIA: Isu Mengarak Kepala Lembu di Shah Alam

KENYATAAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 30 Ogos 2009

ISU MENGARAK KEPALA LEMBU DI SHAH ALAM

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya. Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam. Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam. Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.
Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang. Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat. Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.
Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”(Al-An’am: 108).
Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini. Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?
Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.
Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis, Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri. Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.
Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?

DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi,
Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat

Sabtu, 29 Ogos 2009

197 Orang Pelajar Sekolah Menengah Terengganu ditangkap Khalwat.

SM Noor

KUALA TERENGGANU – Seramai 197 orang pelajar Sekolah Menengah dan Institutsi Pengajian Tinggi Terengganu telah ditangkap khalwat dalam tempoh tujuh bulan tahun ini. Exco Pelajaran, Pendidikan Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Ahmad Razif Abd Rahman berkata .
demikian ketika menjawab soalan bertulis yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payung, Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam Sidang DUN semalam.Ahmad Razif berkata daerah Dungun mencatatkan kes tertinggi dengan 55 kes tangkapan khalwat diikuti dengan 39 di Besut, Kuala Terengganu (35), Marang (29), Kemanan(16), Setiu (8) dan 5 kes di Hulu Terengganu.Beliau berkata pegawai penguatkuasa dari Jabatan Ugama Negeri telah menangkap mereka yang berkelakuan ‘tidak senonoh’ itu semasa menjalankan operasi.
Sehubungan itu, Razif berkata, tindakan memberi awasan dan kesedaran kepada pihak sekolah dan Institusi Pengajian Tinggi dinegeri ini dilakukan bagi mengurangkan dan menghapuskan perlakuan maksiat tersebut.Katanya, pegawai dari Jabatan Ugama sentiasa berhubung dengan pertubuhan-pertubuhan belia dan pelajar dalam memberikan nasihat dan panduan bagi menangani gejala sosial itu.Pihak pejabat ugama juga, katanya, sering mengadakan pemeriksaan dan serbuan keatas hotel, chalet, pusat-pusat hiburan dan taman-taman rekreasi bagi mencegah kegiatan maksiat itu. - buletinonline

Jumaat, 28 Ogos 2009

Sebat Kartika hampiri syariah: PKR

komentar Polemik yang melanda negara mengenai isu hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno yang sedang hebat diperkatakan sekarang ini menampakkan dengan jelas kekeliruan banyak pihak – orang Islam dan bukan Islam - mengenai prinsip keadilan Islam dalam melaksanakan syariah.Isu ini hendaklah dilihat dalam satu perspektif yang tepat dan holistik. PKR berpandangan bahawa ia bukan berpunca dari keraguan kepada keadilan syariah Islam, tetapi ia lebih disebabkan oleh lunturnya kepercayaan ke atas integriti sistem pentadbiran dan pelaksanaan syariah itu sendiri.
Sebagaimana integriti sistem kehakiman negara yang terhakis lantaran pelbagai gejala skandal, maka perkara yang hampir sama jugalah terjadi kepada pelaksanaan hukum syariah kita.Jelasnya, ia telah dicemari oleh pengaruh sistem politik negara masakini yang dibarahi dengan pelbagai penyelewengan dan gejala rasuah.Maka akibatnya, kita melihat pelbagai ketempangan dan ketidakadilan berlaku dalam pelaksanaan hukum Islam di negara ini.
Banyak kes yang melibatkan golongan atasan dan berpengaruh tidak diadili dengan seadilnya dan akhirnya mereka dibebaskan daripada sebarang tindakan undang-undang syariah.Memadailah kami memberikan dua contoh berikut:
Mufti Selangor yang dipecat lantaran mempertahankan tindakan undang-undang syariah yang dilaksanakan di negeri tersebut.
Kegagalan pihak berkuasa agama Wilayah Persekutuan bertindak segera menyiasat aduan fitnah liwat yang dilemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Amat ketara, agensi pelaksana hukum syariah tidak mampu melaksanakan keadilan kerana tekanan dari parti yang memerintah. Akibatknya, mereka dilihat gagal menangani pelbagai isu secara tuntas, menyeluruh dan seadilnya tanpa mengira status dan gender.
Hasilnya, kredibiliti agensi-agensi ini akan sentiasa dipandang rendah dan tidak meyakinkan rakyat.Fenomena yang sama sedang dialami dalam kes jenayah arak. Ia hanya melibatkan hukuman terhadap orang awam yang lemah, rakyat yang miskin dan kaum wanita.
Pihak berkuasa dilihat gagal untuk bertindak dan menghukum para usahawan, tokoh politik dan pemimpin yang berada di belakang industri arak ini.Dalam kes Kartika Dewi, PKR berpandangan bahawa dalam keadaan para ulama sendiri berbeza pendapat tentang jenis hukuman dan bilangan sebatan, hukuman yang dijatuhkan (terhadap wanita ini) "mendekati" hukuman Islam.Namun begitu, sikap Kartika yang mengakui dan menyesali kesalahannya, serta tidak membantah hukuman yang dikenakan amatlah dipuji.
Ia menampakkan, sebahagian daripada matlamat pelaksanaan hukuman syariah telah tercapai maksudnya.Kita juga berpandangan bahawa Kartika berhak mengemukakan rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya dan pihak bertanggungjawab wajib mempertimbangkan rayuannya itu.
Sehubungan hal di atas, semua pihak perlu mengambil iktibar daripada sepotong ayat al-Qur’an yang bermaksud:"Lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya sebagai pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan daripada Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barangsiapa yang bertaubat sesudah melaksanakan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ma’idah: 38-39)
Sebagai jalan keluar, dalam usaha ke arah mengakhiri permasalahan di atas untuk jangka pendek PKR ingin mencadangkan langkah-langkah berikut:- Kartika Dewi perlu diberi peluang untuk membuat rayuan untuk diringankan hukuman ke atas dirinya.- Semua pihak berkuasa termasuk pemimpin-pemimpin politik hendaklah memberi kebebasan kepada autoriti perlaksanaan syariah bagi melaksanakan tugas mereka secara professional.
- Mengiktiraf hakikat kuasa mentadbir hukum syariah adalah milik seutuhnya umat Islam.Untuk jangka panjang, agensi pelaksana hukum syariah hendaklah diperkasakan melalui:-
Program-program tarbiyyah mendidik masyarakat Islam supaya mengelakkan diri dan meminum arak hendaklah dilancarkan secara besar-besaran oleh semua pihak –agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan-pertubuhan NGO.
- Latihan-latihan yang lebih professional dalam pelbagai bentuk berkaitan.- Usaha-usaha penyelarasan dan penyeragaman hukuman syariah segera dilakukan diseluruh negara.
- Rakyat perlu mempastikan wujudnya barisan kepimpinan negara yang berilmu pengetahuan dalam hal-hal keagamaan dan berintegriti.
- Selagi sistem politik negara gagal dirobah dan direformasikan, maka selagi itulah perjalanan mahkamah syariah kita tidak akan dapat berjalan dengan seadilnya. Kegagalan melaksanakan Islam secara adil akan menjadikan Islam terus dipandang lemah oleh orang bukan Islam dan di mata masyarakat antarabangsa.
Artikel ini kenyataan Dr Muhammad Nur Manuty, bekas presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), kini pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama PKR
Malaysiakini

noni memang mujarab !


KENCING MANIS


SIROSIS


DAN MACAM LAGI !
SAKIT JANTUNG , KANSER PAYU DARA , MASALAH HAID , MAGRAIN, BATUK BERPANJANGAN , BUAH PINGGANG , SEMPUT , ATHMA , RESDUNG , KANSER HATI , STOKE DAN PELBAGAI PENYAKIT LAGI ....
BERMINAT ? ATAU INGINKAN PENERANGAN ? HUBUNGI SAYA - FARIZ MUSA - 019-9900288

Pentadbiran Undang-undang Syariah: Tangani dengan rasa hormat

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Malaysia
28 Ogos 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia memandang berat polemik yang dicetuskan daripada keputusan Mahkamah Syariah Pahang menjatuhkan hukuman sebat ke atas Kartika Sari Dewi Shukarno.Adalah amat malang apabila pemimpin-pemimpin Barisan Nasional mengambil kesempatan daripada isu ini untuk mempamerkan imej mereka sebagai kononnya mempertahankan hak wanita sedangkan pada masa yang sama menunjukkan kedangkalan dalam memahami pentadbiran undang-undang syariah dan tujuan sebenar hukum.
Meminum arak oleh orang Islam, khususnya di khalayak ramai, adalah satu kesalahan yang dipandang berat oleh Islam. Justeru ia tertakluk di bawah Hukum Hudud. Namun itu tidak bermakna sistem hukuman di dalam Islam adalah zalim atau bertujuan menganiaya. Semangat sebenar undang-undang di dalam Islam ialah untuk mencegah kesalahan.
Di dalam ayat 38, Surah al-Maaidah diterangkan bahawa hukuman bukan sekadar balasan terhadap perbuatan jenayah tetapi juga adalah “...suatu pencegahan daripada Allah”. Meski ayat ini merujuk secara khusus kepada kesalahan curi, ia memberi gambaran tujuan hukuman terhadap kesalahan di bawah Hudud.
Meski undang-undang Syariah Pahang tidak mematuhi dengan tepat kehendak Syariah pada aspek jumlah sebatan untuk kesalahan meminum arak, peruntukan sedia ada adalah menghampiri Syariah.Di dalam kes ini, semua pihak perlu belajar erti hormat. Pertama, menghormati hak Kartika membuat pilihan untuk tidak mengemukakan rayuan. Kedua, menghormati tanggungjawab Mahkamah Syariah Kuantan untuk melaksanakan undang-undang.
Pada masa yang sama, Angkatan Muda Keadilan Malaysia menggesa agar pentadbiran syariah di Malaysia diperkemaskan. Konflik seperti yang berlaku apabila hukuman terhadap Kartika diperintah dilaksanakan di Penjara Kajang, di mana hanya banduan boleh disebat sedangkan Kartika tidak dijatuhi hukuman penjara, boleh dan perlu dielakkan.
Usaha penambahbaikan berterusan perlu sentiasa dilakukan bagi memastikan pentadbiran syariah di Malaysia sentiasa kemas dan sebarang kelemahan yang wujud diperbaiki dan masalah diatasi.Angkatan Muda Keadilan Malaysia berpandangan kelemahan-kelemahan pentadbiran tidak seharusnya menjadi alasan untuk menolak pelaksanaan atau menjadi alasan untuk mengkritik tanpa asas undang-undang syariah. Lebih parah apabila ada yang mengambil kesempatan menghina dan memfitnah Islam itu sendiri.

Shamsul Iskandar Mohd Akin
KetuaAngkatan Muda Keadilan

DAP: 'Tidak masuk akal' pecat Chua

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang menyifatkan pemecatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek daripada MCA berhubung skandal seksnya awal tahun lalu sebagai "mengejutkan" dan "tidak masuk akal"."Sudah tentu saya terkejut. Tidak masuk akal perkara ini boleh berlaku. Dr Chua dipecat ekoran apa yang berlaku pada Disember 2007. Kalau dipecat atas alasan lain, saya boleh faham," katanya hari ini.
Ahli parlimen Ipoh Timur mengulas keputusan Majlis Presiden MCA malam tadi yang memecat timbalan presiden MCA itu selepas menerima syor sedemikian daripada jawatankuasa disiplinnya atas dakwaan mencemarkan imej parti.Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat DAP di Petaling Jaya hari ini, Lim menjelaskan, beliau boleh memahami keputusan itu jika ada alasan kukuh, seperti berlakunya sabotaj atau halangan terhadap pelaksanaan dasar MCA.Turut hadir, ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) Tan Boon Wah dan exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, yang juga bekas majikan mendiang Teoh Beng Hock.Sementara itu, berhubung inkues kematian Teoh, Lim menuntut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memohon maaf berhubung keterangan pegawai penyiasatnya Mohd Anuar Ismail yang mengaitkan mendiang dengan kelulusan projek yang tidak wujud."Walaupun koronor Azmil Muntapha Abas telah memerintahkan keterangan itu dipadam, tetapi kerosakan (nama) sudah pun berlaku," katanya. - malaysiakini

'Semoga dapat saya bertempur lagi'

"Semoga umur saya panjang untuk menempuh hari-hari mendatang dan menghadapi pertempuran baru," tulis Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang dipecat daripada MCA, dalam blognya.Ungkapan tersebut menamatkan tulisan bekas timbalan presiden MCA itu dalam blognya hari ini ketika mengulas tindakan mengejut partinya lewat malam tadi.
Keputusan itu diambil oleh Majlis Presiden MCA susulan syor yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin parti atas dakwaan mencemarkan reputasi parti selepas skandal seksnya.Pemecatan Dr Chua dibuat selepas beliau berjaya menapak kembali dan memenangi pertandingan bagi jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti itu Oktober lalu."Saya tidak sangka bahawa lembaga disiplin MCA, yang diketuai oleh seorang peguam tua, menganggapnya wajar untuk mengesyorkan supaya saya dipecat atas alasan yang sama ketika saya meletak jawatan pada Januari 2008," katanya.
"Jika ada satu peruntukan untuk menjatuhkan hukuman mati di segi fizikalnya, saya pasti lembaga itu tidak akan teragak-agak untuk mengesyorkan saya diseret ke tali gantung." Walaupun ramai yang melihat keputusan ini sebagai petanda berakhirnya karier politik Dr Chua, namun beliau tidak patah semangat."Anggota keluarga dan rakan-rakan saya akan pergi bercuti sekejap. Saya perlu menikmati status 'tidak berparti' ini."Jadi rakan-rakan memberi saya satu peluang untuk berehat," katanya lagi.
Mengimbau kembali saat-saat beliau mula menganggotai MCA pada 1985 sehingga melepaskan jawatan dalam parti dan kerajaan pada 2008, Dr Chua berkata, keadaannya kini jauh lebih teruk daripada sebelumnya."Hari ini, saya tidak ada parti. Apabila saya melepaskan semua jawatan parti (ketika itu), saya masih lagi ahli MCA. Hari ini, saya langsung tidak ada parti," katanya."Tetapi apakah pemecatan saya akan meningkatkan imej MCA? Saya harus mengandaikan bahawa presiden (Datuk Seri Ong Tee Keat) sebersih dan seputeh kristal."Dr Chua, yang selama ini memang tidak sehaluan dengan presiden MCA, kemudian segera menambah: "Hanya masa yang akan menentukannya."
Ong, yang juga menteri pengangkutan, kini berdepan dengan tuduhan bahawa beliau mengambil wang RM10 juta Datuk Seri Tiong King Sing, pemegang saham utama Kuala Dimensi Sdn Bhd yang kontraktor utama projek pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ). Sejak dipecat tengah malam tadi, Dr Chua berkata beliau kini sibuk membaca SMS yang tidak putus-putus diterimanya sejak semalam.Tulisan Dr Chua itu membayangkan keputusan tersebut bukanlah jalan mati untuknya.

Kempen MCA lucut jawatan Tee Keat

Kempen peringkat nasional sedang dijalankan untuk mendapatkan persetujuan perwakilan untuk mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) dalam tempoh dua minggu lagi, untuk melucutkan jawatan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.
Agenda utama kempen yang diketuai pemimpin MCA Puchong, Theng Bok itu ialah untuk mengadakan EGM tersebut untuk membatalkan pemecatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr Dr Chua Soi Lek dan membentangkan undi tidak percaya terhadap Ong.
Dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Theng berkata, pihaknya akan menjelajah ke seluruh negara untuk mendapatkan persetujuan satu pertiga perwakilan MCA bagi membolehkan EGM itu diadakan."Kami perlukan kira-kira 800 tandatangan (perwakilan) untuk mengadakan EGM... mengikut perlembagaan parti, ia tidak perlu disahkan oleh setiausaha agung parti," kata Theng.Sebelum itu, Theng dan kira-kira 20 penyokong menunjukkan tanda 'V' dengan jari mereka sebagai simbol tarikh dua minggu lagi untuk mengadakan EGM tersebut.Beliau berkata, keputusan majlis presiden memecat Chua malam tadi jelas tidak menghormati kehendak perwakilan parti yang telah memilih Chua sebagai timbalan presiden secara demokrasi.Beliau juga menolak dakwaan lembaga disiplin bahawa Chua telah mencemarkan reputasi parti itu, tetapi sebaliknya mendakwa tindakan terbaru Ong yang memburuk imej parti, iaitu:- Bahawa RM100 juta dikumpulkan oleh musuh Ong untuk menjatuhkannya.- Dakwaan Ong bahawa kongsi gelap telah menyerap ke dalam MCA Johor (kubu kuat Chua).- Berlagak seperti seorang 'hero' dalam kontroversi Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).

Menteri Besar Sahkan Kerajaan Terengganu Belum DiBayar Royalti Petroleum Sepenuhnya

Wednesday, 26 August 2009 02:30 SM Noor & Wan Kay

KUALA TERENGGANU – Kenyataan yang dikeluarkan selama ini tentang pembayaran royalti Petroleum kepada kerajaan negeri Terengganu oleh kerajaan Pusat hanyalah gimik politik semata-mata.
Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said mengesahkan kerajaan negeri belum dibayar wang royalti Petroleum sepenuhnya kerana perundingan diantara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri masih belum selesai.”Kedudukan rundingan untuk mengembalikan royalti petroleum dan gas sedang berjalan dan berada di peringkat akhir kerana ada perkara-perkara kecil yang masih tidak dapat diputuskan bersama lagi,”katanya Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Manir, Dato’ Ustaz Harun Taib dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu semalam.
Ahmad turut menjelaskan jumlah royalti yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Terenagganu sejak dari tahun 2000 hingga Mac 2009 adalah sebanyak RM15, 847, 000, 995.84. (RM 15.8 bilion)Namun begitu, Menteri Besar Terengganu itu gagal memberi penjelasan lanjut apabila ditanya apakah masalah-masalah kecil yang dimaksudkan, yang menyebabkan pembayaran tersebut belum lagi diselesaikan.”Saya tidak dapat menjelaskan masalah-masalah ini kerana ia diperingkat rundingan, tidak perlu lagi diketahui oleh masyarakat umum,”ujar Ahmad ketika dikemukan soalan tambahan.Dalam soalan asal, Dato’ Ustaz Harun Taib yang juga Pesuruhjaya PAS Terengganu meminta penjelasan kerajaan bagaimana kedudukan perundingan yang telah dibuat oleh kerajaan negeri dengan kerajaan pusat sejak bulan September, 2008, berkaitan perkara berkenaan.- buletinonline

Rabu, 26 Ogos 2009

PART 1 : Kenapa kita masih belum sedar ?

Keputusan PRU 12 pada 8 Mac 2008 benar-benar mengembirakan kita . Kita menafikan 2/3 majoriti Ahli Parlimen BN yang selama ini dikuasai secara majoriti oleh UMNO/BN . Lebih membanggakan apabila kita berjaya terus mengekalkan kemenangan di Kelantan serta merampas Selangor , Perak dan Kedah serta menguasai Wilayah Persekutuan . Paluan gendang kegembiraan bergema dan menampakkan prestasi Keadilan , PAS dan DAP dalam komponen Pakatan Rakyat yang diterima oleh majoriti rakyat Malaysia . Kita bukan bermimpi , tetapi realiti . Ramai YB-YB yang lahir daripada kemenangan PRU 12 , serta YB-YB muda yang mengorak langkah kehadapan . Malah kita mempunyai 4 MB dari kerajaan Pakatan Rakyat .

Ramai yang diberikan peluang untuk merasai kenikmatan kemenangan , jawatan , kedudukkan , projek dan sebagainya . Walaupun lebih ramai yang melopong tanpa apa-apa perhatian terutama mereka yang telah lama berjuang mempertahankan parti dan perjuangan , menghadapi kesulitan dan kegetiran , kesusahan , ditekan dan macam-macam lagi yang mereka lalui hanya mampu menjadi tukang saksi kejayaan dan kemenangan . Orang-orang baru mengambil dan mengisi tempat . Malah ada yang tidak mengenali perjuangan REFORMASI sewaktu kita semua dipukul , ada yang ditangkap , dimaki , dihina , dibuang kerja dan macam-macam lagi . Ada yang masih terus setia bersama perjuangan dan parti . Ada yang sudah 'pancit'. Malah yang ada meninggalkan parti kembali semula kepada UMNO / BN .

Dari 5 kepada 4

Insiden kejatuhan dan rampasan kuasa di Perak sepatutnya menjadi ikhtibar yang amat sangat oleh kita semua . Daripada 5 negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat menjadi 4 negeri . Tumbang kerajaan Pakatan Rakyat di Perak benar-benar menyedihkan kita . MB Nizar sewaktu berkuasa terus mengekalkan pegawai -pegawai tinggi kerajaan yang akhirnya bersekongkol dengan 'tuan' lama mereka . Angkara 2 pengkhianat dari parti kita dan 1 pengkhianat daripada DAP bertindak keluar dari parti dan menyokong UMNO/BN . Maka bermula episod rampasan kuasa UMNO/BN di Perak yang sebelum itu menghantar 'duta' mereka dari Bota ke dalam parti kita , yang kita sambut dengan gegak gempita , paluan kompang dan tabuh yang akhirnya melompat kembali kepangkuan UMNO . Malu dan amat memalukan . Rakyat terus menilai , inikah nilai Adun-Adun kita ? Yang mudah dibeli dengan pelbagai tawaran oleh UMNO , mengkhianati perjuangan .

Usaha untuk mengembalikan kembali kerajaan rakyat di negeri Perak terus diperjuangkan melalui undang-undang , gerakan rakyat dan sebagainya . Kerajaan UMNO/BN di peringkat Persekutuan menggunakan Ghani Patail untuk memainkan kita dengan menggunakan undang-undang dan penghakiman . Zambry terus berkuasa , kita terus melopong . Ramai kawan kita kehilangan kerja dan jawatan dalam kerajaan . Syukur YB-YB masih terus mempertahankan prinsip dan perjuangan walaupun pellbagai usaha dibuat oleh UMNO/BN membeli YB-YB kita.

Selangor menjadi sasaran utama

Najib Razak dalam kenyataannya menyatakan Selangor akan ditawan semula . Usaha UMNO/BN untuk menawan dan merampas semula Selangor bukan mainan kata-kata , tetapi sangat serius . Dapat disaksikan bagaimana UMNO/BN menggunakan SPRM , menahan dan menyiasat terhadap perbelanjaan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat . Namun agak terhenti sedikit apabila kematian Toe Beng Hock . Jangan difikirkan 'setenang air tiada buaya' . Ianya tidak akan berhenti . Sebelum ini kes rasuah dan penyelewengan dihalakan kepada MB Selangor .

Selagi Selangor tidak mengambil tindakan drastik menukarkan pegawai-pegawai kerajaan yang pernah menunjukkan taat setia kepada Khir Toyo , UMNO dan BN , tidak hairan insiden yang sama akan berlaku sepertimana di Perak . Lebih menakutkan apabila ada yang terus diletakkan bertugas di Pejabat MB ! Tidak hairan kalau segala maklumat dalaman dan sulit boleh sampai kepada Khir Toyo walaupun beberapa jam selesainya mesyuarat EXCO . Apa lagi dokumen-dokumen yang dibocorkan .

Ahli-ahli parti yang komited diabaikan , tidak diberikan perhatian . Malah lebih menghairan sekiranya projek-peojek tertentu masih ada orang UMNO / BN yang mengaut keuntungan . Orang kita melopong dan terlopong . Tiada diploma dan ijazah maka tidak melayakkan seseorang itu menduduki jawatan seperti Ahli Majlis Daerah . Kouta untuk AMK terlalu sedikit diberikan . GLC apa cerita ? Imej MB Korperat rasanya perlu ditukar . Jangan sehingga pertimbangan politik diabaikan . Ada dasas desus YB-YB kita sudah berubah karektor . Betul ke?

Program merakyatkan ekonomi sangat memberangsangkan apabila didengar . Tahniah dan teruskan . Sejauh mana keberkesanan , terlalu awal untuk membuat ukuran . Rakyat yang mengundi di Selangor bukan semua adalah anak jati Selangor . Sedarlah bahawa ramai orang luar yang tinggal di Selangor , menjadi pengundi di Selangor membantu memenangkan Selangor . Tetapi setiap program mensyaratkan kepada anak jati Selangor . Mereka yang bukan anak jati Selangor mula rasa terpinggir dan merasakan tidak ada keuntungan mengundi Pakatan Rakyat di Selangor .

Dulu sebelum kita berkuasa , kisah rasuah dan penyelewengan Khir Toyo dan UMNO/BN dijaja dan memperlihatkan betapa teruknya Khir Toyo dan UMNO/BN di mata rakyat . Tetapi sudah setahun lebih memerintah Selangor , takkan itu sahaja kes-kes rasuah dan penyelewengan Khir Toyo ? Takkan semua fail-fail dan dokumen telah berjaya dimusnahkan oleh Khir Toyo ? Jangan jadi macam di Terengganu , kita ada berlori-lori fail dan bukti penyelewengan pemimpin UMNO /BN tetapi sehingga jatuhnya kerajaan PAS di Terengganu satu fail pun tidak didedah dan dilaporkan . Rakyat boleh buat tafsiran , bermakna tidak ada rasuah dan penyelewengan pun sepertimana yang diwar-warkan . Takkan kita tak sedar lagi ....

Kedah sasaran seterusnya .... Part 2

HIDUP BN

Orang atas pagar mengundi BN kerana imej PMnya. Walaupun calunnya di kawasan DUN atau Parlimen bermasalah hatta letak monyet pun pada satu masa lalu, BN akan menang mudah.
Pasca 2008 berubah sudah. PM kaki tidur dan PM Monggolia menjadi isu utama dan perlu dibersihkan. Jika tidak rakyat akan terus menolak BN.
Membunuh karektor Anwar dengan kes liwat dan pengkhianat bangsa, nampaknya tak jalan.
BN kena fikir cara lain. Cara terbaik ialah baiki imej BN yang korup, zalim dan tidak adil. Ia memerlukan masa. Setakat ampu rakyat Sabah dan Sarawak tak cukup. Kalau BN tak baiki imejnya, slogan Satu Malaysia akan hilang ditelan sejarah.

Muhyiddin: Sokongan pada BN tidak berubah - Malaysiakini


Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN menerima kekalahannya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan calon BN, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi."Bagi kita, walaupun peratusan yang keluar undi adalah rendah berbanding pilihanraya umum 2008, daripada pemerhatian kita, ada sedikit sahaja perubahan di beberapa peti undi, tapi tidak begitu ketara," kata Muhyiddin.

"Di Permatang Pasir, sikap pengundi nampaknya tidak banyak berubah walaupun masa lawatan-lawatan kita, nampak adalah sedikit sebanyak minat mereka untuk mengundi BN."Tapi apa pun, kita terima keputusan ini kerana seperti apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen. Saya menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita malam ini.Beliau berkata, BN harus memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut serta menganalisa, menilai serta meneliti sokongan masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain."(Bagi) majoriti (pengundi) Melayu, jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas, kita lihat tidak ada berganjak sokongan yang diterima oleh BN," katanya.Pengundi hantuMuhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, proses pilihanraya kecil ini membolehkan BN membuat penilaian dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.

Menjawab pertanyaan pemberita, beliau berkata, faktor calon mungkin menjadi salah satu sebab kekalahan BN."Pembangkang sedikit sebanyak mengekploitasi masalah yang dihadapinya. Tetapi jika diambil kira pada peringkat akhirnya, ada penerimaan, kita kaji (keputusan) tidak banyak berbeza dengan yang lepas," tegasnya.Ditanya mengenai saranan untuk memperkuatkan Umno dan BN di Permatang Pauh, Muhyiddin berkata:"Kita harus bekerja keras untuk mendampingi rakyat dan juga pengundi. Kita harus memahami sikap mereka dan hubungan akrab dengan pengundi.

"Kita perlu ambil kira daftar pemilih walaupun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kata tidak ada pengundi hantu, mungkin ada yang daftar di Permatang Pasir tidak ada di sini."Jadi perkara ini harus diberi perhatian oleh kepimpinan umno di Permatang Pauh," tambahnya.Serangan peribadiSementara itu, Rohaizat juga menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka."Ini adalah suara rakyat dalam amalan demokrasi. Dalam pertandingan, ada yang kalah dan yang menang. Tahniah kepada PAS," katanya.

Ditanya mengenai sokongan yang diterimanya, Rohaizat berkata: "Tidak banyak berbeza dengan sahabat saya yang dahulu.Sokongan kepada saya masih tetap tidak berubah," katanya.Bagaimanapun, katanya, beliau sedikit kecewa kerana sebilangan penduduk di Permatang Pasir gagal memahami gagasan yang hendak dibawa oleh BN.Katanya, BN mahu memberi status anak emas kepada Permatang Pasir tetapi ia ditolak oleh pengundi.

Menjawab pertanyaan media, Rohaizat menolak isu serangan peribadi terhadapnya sebagai salah satu faktor kekalahannya.Katanya, ini kerana jumlah undi yang diperolehinya - berbandingan dengan calon BN dalam pilihahraya umum lalu - adalah lebih kurang."Jadi saya rasa ia bukan faktornya," tambah Rohaizat.

KENYATAAN MEDIA: DSAI Berhubung Kemenangan Pakatan Rakyat di PRK Permatang Pasir - 25 Ogos 2009

KENYATAAN MEDIAUNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 25 Ogos 2009

KEMENANGAN PAKATAN RAKYAT DI PILIHAN RAYA KECIL PERMATANG PASIR BUKTI RAKYAT TOLAK POLITIK UMNO-BN

Saya panjatkan rasa syukur di atas kemenangan Pakatan Rakyat di Pilihan Raya Kecil Permatang Pasir. Berbulan-bulan diasak fitnah sebagai pengkhianat bangsa dan berhadapan pembelotan, kemenangan hari ini membuktikan rakyat menolak politik acuan pimpinan umno-bn yang memecahbelahkan.
Penghargaan yang tidak terhingga saya ucapkan kepada seluruh jentera pilihan raya kecil, yang tetap bersabar mengharungi kepayahan pada bulan Ramadhan ini. Kepada YB Haji Salleh Man tahniah di atas kejayaan ini dan tunaikanlah amanah dan mandat yang diberikan rakyat.
Kemenangan dengan majoriti meyakinkan ini ternyata, menzahirkan keyakinan rakyat Malaysia terhadap Pakatan Rakyat, hasrat bergelora mahukan Perubahan dan masa depan Pakatan Rakyat yang pasti gemilang.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

inilah antara punca kekalahan UMNO di Permatang pasir !!!!!!


Inkues, Rahsia Kes Pembunuhan Teoh Semakin Terbongkar Bila Saksi Ke-16 Tidak Buat Laporan Polis Selepas Terjumpa Mayat Mangsa !!

SHAH ALAM, 25 Ogos [3.30 pm] - Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu prosiding inkues bahawa beliau diarah oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor untuk melaporkan kematian Teoh Beng Hock sehari selepas mayatnya dijumpai di tingkat lima, Plaza Masalam di sini.
Mohd Anuar Ismail, yang berpangkat Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, dalam keterangannya memberitahu setelah mayat Teoh ditemui lebih kurang jam 2 petang, 16 Julai lalu, beliau tidak membuat laporan polis serta merta, sebaliknya pergi ke pejabat SPRM di Putrajaya bagi mendapatkan arahan lanjut pihak atasan mengenai perkara itu. "Saya tidak menghubungi pihak polis dan membuat laporan. Keadaan amat panik masa itu kerana terlihat ada mayat di situ. Saya segera turun ke bawah dan saya lihat telah ramai orang berada di sana. Saya kemudian maklumkan perkara itu kepada Tuan Hishamuddin Hashim, Timbalan Pengarah SPRM Selangor untuk dapatkan arahan lanjut "Timbalan Pengarah telah arahkan saya dan Ketua Unit Siasatan SPRM untuk pergi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung kematian Teoh itu," katanya.
Penjelasan saksi ke-16 itu amat mengejutkan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang kemudian menyoal: "Kamu sebagai pegawai penyiasat kes ini, dan saksi utama di bawah jagaan kamu dijumpai mati, kamu tidak kisah langsung untuk membuat laporan polis?" Mohd Anuar sekali lagi menegaskan beliau hanya akan membuat laporan polis jika diarahkan untuk berbuat demikian.
"Saya cadangkan kepada kamu, kamu sebenarnya menyembunyikan sesuatu, sebab itu kamu tidak berani untuk membuat laporan polis ketika itu, supaya kamu dapat melenyapkan bukti di tempat kejadian, kerana sebenarnya pegawai SPRM lah yang telah membunuh Teoh." tanya Gobind . "Saya tidak setuju" jawab Anuar. Kemudian Gobind bertanya lagi "Sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan, jika itu adalah mayat kawan kamu, tidakkah kamu akan memberitahu ahli keluarga dan membuat laporan polis?" dan dijawab "Ya, saya akan buat."oleh Anuar. Terdahulu dalam keterangannya, Mohd Anuar berkata soal siasat terhadap Teoh dilakukan sehingga kira-kira 3.45 pagi, 16 Julai lalu, setelah diarah oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor dan Ketua Unit Siasatan SPRM untuk mempercepat siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor itu. "Ini berikutan kes itu dikategorikan sebagai kes sensitif dan telah mendapat publisiti meluas serta dilaporkan dalam suratkhabar hampir setiap hari dalam minggu itu," katanya. Gobind kemudian mencadangkan kepada saksi itu bahawa alasan siasatan itu dijalankan pada waktu malam adalah kerana ia merupakan peluang terbaik kepada pegawai SPRM untuk mendera dan menggunakan kekerasan terhadap saksi bagi mendapatkan pengakuan mereka.
"Ini adalah kerana semua pejabat bersebelahan pejabat SPRM di tingkat 14 itu adalah kosong pada waktu malam dan tiada sesiapa bekerja selewat itu," kata Gobind dan Mohd Anuar membalas: "Tidak setuju." Gobind juga bertanya sama ada saksi itu tahu bahawa terdapat banyak laporan polis telah dibuat oleh orang awam terhadap SPRM berhubung dakwaan didera ketika disoal siasat, dan Mohd Anuar berkata: "Saya tidak tahu." Mohd Anuar juga tidak bersetuju terhadap cadangan peguam itu bahawa pegawai SPRM menjalankan soalsiasat terhadap saksi secara menindas atau oppressive iaitu dengan meletakkan saksi di tengah-tengah dan dikelilingi sekumpulan 10 orang pegawai. Mohd Anuar, sambil mengangkat tangan kanannya seperti bersumpah, menegaskan beliau tidak pernah menggunakan kekerasan ketika menyoal siasat saksi, dan tidak pernah melihat atau mendengar mana-mana pegawai SPRM berbuat demikian.
"Tidakkah ia oppresive, bagi seorang individu biasa, untuk ditahan sepanjang malam untuk disoal siasat?" soal Gobind. "Ia mungkin agak meletihkan saksi," kata Mohd Anuar, yang juga mengakui bahawa tiada prosedur operasi standard yang diamalkan oleh pegawai SPRM dalam menyoal siasat saksi, melainkan berdasarkan Akta Pencegahan Rasuah dan beberapa undang-undang lain.

75% Tak Bersetuju Kartika Merayu - undian SMS NTV7

Seruan Datuk Seri Najib Razak yang berkata Kartika Sari Dewi Shukarno boleh membuat rayuan dan tidak sepatutnya reda semata-mata untuk dihukum telah ditolak oleh rakyat Malaysia yang mengikut undian SMS Edisi 7 memaparkan 75% responden tidak bersetuju dengan cadangan Perdana Menteri itu supaya Kartika merayu.
Perdana menteri dilaporkan menjelaskan pendirian kerajaan pusat ialah ia tidak boleh mempertikaikan soal agama dan, tambahnya, soal agama terletak di bawah pihak berkuasa Mahkamah Syariah.Bagaimanapun, Kartika Sari mempunyai ruang untuk merayu, katanya.
Kartika Sari Dewi, 32, seorang model dilaporkan enggan merayu di atas hukumannya itu dan bersedia untuk menerima hukuman itu.Sebelum ini Kartika ditangkap dalam satu serbuan yang di buat di sebuah hotel dan didapati bersalah kerana meminum arak.Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman tersebut pada Julai lepas.Beliau tidak membuat rayuan sebaliknya mengatakan akur dengan keputusan tersebut.
"Saya keliru dan rasa seperti ditendang macam bola oleh Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip),” kata model sambilan Singapura itu berikutan keputusan pindaan hukuman sebat yang sepatutnya di jalankan ke atasnya pada minggu ini ditangguhkan kerana menghormati bulan Ramadan.
Kartika berkata, dia keliru dengan keputusan pihak berkuasa yang memberi arahan sebelum ini supaya hukuman sebat ke atasnya dijalankan dalam minggu ini tetapi kemudian menangguhkannya secara tiba-tiba.“Saya sangat keliru, mereka suruh saya pergi jalani hukuman tetapi sampai pertengahan jalan mereka suruh saya balik. Sekarang saya tidak tahu nak buat apa," katanya kepada pemberita sejurus selepas membuat laporan polis, di Ibupejabat Polis Daerah (IPD), Kuala Kangsar, semalam.
Bapanya, Shukarno Abdul Muttalib berkata, tiga pegawai penguat kuasa Jaip datang ke rumahnya bersama waran tangkap untuk membawa Kartika ke Penjara Wanita Kajang untuk menjalani hukuman tetapi lebih kurang satu jam kemudian, anaknya diserahkan semula kepadanya.
Menurutnya, beliau mengambil keputusan membuat laporan polis kerana keliru dengan keputusan pihak atasan yang menangguhkan hukuman terhadap anaknya dan bimbang pihak tertentu menganggap Kartika lari daripada menjalani hukuman.“Tiga pegawai datang ke rumah saya kira-kira jam 9.30 pagi dan menunjukkan waran tangkap serta membawa Kartika ke Penjara Kajang bagi menjalani hukuman sebat.“Tetapi lebih kurang sejam kemudian, pegawai yang sama menyerahkan semula Kartika kepada saya dan mengatakan hukuman sebat ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.
“Saya membuat laporan polis kerana Kartika ditangkap tetapi dibebaskan semula dan risau sekiranya keputusan itu disalah erti,” katanya.Sebelum ini, Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Kuantan telah mengarahkan Kartika menjalani hukuman itu dalam minggu ini tanpa memberikan tarikh sebenar hukuman bakal dijalankan.Pada 20 Julai lalu, Kartika, 32, dijatuhi hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan selepas mengaku salah meminum arak di sebuah hotel di Cherating pada jam 11.40 malam 11 Julai 2008.
Bagaimanapun, Jaip atas atas nasihat Ketua Hakim Syarie Pahang menangguhkan sementara hukuman sebat bagi menghormati bulan Ramadan.

Benar Muhyiddin, Undi BN Tak Berubah

Kenyataan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin yang menyatakan bahawa sokongan kepada BN tidak berubah adalah benar.Hanya 34% sahaja undi yang diperolehi oleh UMNO BN dari jumlah keseluruhan pengundi yang keluar mengundi, yang bererti hanya satu pertiga sahaja rakyat Permatang Pasir yang "meminati" UMNO BN manakala 66%, iaitu dua pertiga pengundi menyokong Pakatan Rakyat.
Muhyiddin berkata BN menerima kekalahannya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan calon BN, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi.
"Bagi kita, walaupun peratusan yang keluar undi adalah rendah berbanding pilihanraya umum 2008, daripada pemerhatian kita, ada sedikit sahaja perubahan di beberapa peti undi, tapi tidak begitu ketara," kata Muhyiddin."Di Permatang Pasir, sikap pengundi nampaknya tidak banyak berubah walaupun masa lawatan-lawatan kita, nampak adalah sedikit sebanyak minat mereka untuk mengundi BN.
Muhyiddin yang beberapa hari sebelum kempen pilihanraya Permatang Pasir mendakwa Pakatan Rakyat umpama retak menanti belah jelas satu pendustaan. Yang nyata BN lah sebenarnya sedang menghadapi fenomena "retak menati belah" itu apabila parti-parti komponen di dalam BN sedang bergelandangan dengan pelbagai masalah.MCA berhadapan dengan kemelut PKFZ, MIC diambang perpechan sebelum pemilihan jawatankuasa berlansung manakala PPP kini sedang menghadapi krisis yang begitu tenat melibatkan kepimpinan M.Kayveas dan Murugiah.
Muhyiddin yang terkenal dengan mulut celuparnya kini menanggung aib yang besar apabila menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa dan tuduhan itu kini telah kembali kepada dirinya sendiri apabila terbukti kes penggadaian tanah Johor kepada Singapura sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Johor.

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SKUAD PILIHANRAYA AMK , AMK PERMATANG PAUH DAN SEMUA PETUGAS PRK N11 PERMATANG PASIR

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua Skuad Pilihanraya AMK Malaysia , AMK Permatang Pauh ( termasuk Sri Mawar ) , UKP Permatang Pauh dan semua petugas AMK yang telah menyumbangkan tenaga , wang ringgit , masa dan segala-galanya bagi memastikan PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di PRK N11 Permatang Pasir.
Saya amat berbangga dengan komitmen yang sangat tinggi kepada semua rakan-rakan yang telah berkampung di Permatang Pasir bermula 17 Ogos sehingga 25 Ogos 2009 walaupun terpaksa bekerja dalam suasana Ramadhan Al-Mubarak ( hari pertama puasa semua orang ingin bersama ahli keluarga berpuasa dan berbuka ) , cuaca yang tidak menentu , tempat tidur yang tidak selesa dan pelbagai kesulitan dihadapi dengan tenang dan tetap utuh bersemangat sehingga hari pembuangan undi .
Kerjasama yang baik , komitmen yang tinggi dan semangat bekerja bersama benar-benar saya hargai . Walaupun tidak ramai tetapi rakan-rakan telah melakukan kerja dengan penuh istiqamah dan mengharumkan nama AMK .
Terima kasih yang sangat tinggi saya kepada Sdr Amir Ghazali ( Ketua AMK Permatang Pauh ) dan seluruh EXCO AMK Permatang Pauh serta Sri Mawar yang membantu dan bekerjasama dengan Skuad Pilihanraya AMK Malaysia . Termasuk juga penghargaan saya kepada Sdr. Khairil ( SU AMK Pulau Pinang ) dan Team Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh ( tidak sia-sia saya yang melancarkan UKP Permatang Pasir 4 tahun yang lalu ) . Diharapkan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang .
Terima kasih juga saya sampaikan kepada beberapa orang EXCO AMK Malaysia yang turut sama hadir di Permatang Pasir .
Walaupun undi sedikit merosot tetapi kemenangan amat membanggakan dan memberikan tamparan hebat kepada UMNO /BN bahawa UMNO / BN sudah semakin tidak relevan lagi untuk rakyat Permatang Pasir dan seluruh rakyat Malaysia . UMNO /BN terus kecundang dan kita telah memberikan mereka 7-0 !

Terima kasih dan jazakallah kepada semua .

Fariz Musa
Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua AMK Malaysia

PAS menang, majoriti menurun

PAS memenangi kerusi DUN Permatang Pasir dengan majoriti besar tetapi merosot beberapa ratus undi daripada keputusan yang dicapai parti itu pada pilihan raya umum tahun lepas.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan, calon PAS Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi, meninggalkan calon BN Rohaizat Othman dengan 5,067 undi. Majoriti yang diraih Salleh 4,551, kurang 882.
Bekas ADUN allahyarham Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman mendapat majoriti 5,433 undi - kemenangan PAS kali ketiga di kerusi itu sejak pilihan raya umum 1999. Jumlah mereka yang keluar mengundi merosot hampir 10 peratus kali ini kepada 73.1 peratus berbanding 82.6 peratus pada Mac 2008.

SIASAT SI TIONG

Salam 2 all.

Semalam Presiden MCA merangkap Mentari Pengangkutan Dato' Seri Ong Tee Keat telah memfailkan saman terhadap Datuk Seri Tiong King Sing berkaitan isu PKFZ.
Saman difailkan melalui peguamcara Tetuan Tan, Goh & Associates difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Jalan Duta menuntut gantirugi sebanyak RM500 juta serta permohonan maaf secara terbuka daripada Datuk Seri Tiong.
Saman ini difailkan apabila Datuk Seri Tiong, Ahli Palrimen Bintulu yang juga Ketua Backbencher Be End mendedahkan kepada umum bahawa beliau telah membayar wang sebanyak RM10 juta kepada Dato Seri Ong Tee Keat. Ini diikuti oleh kenyataan Pengarah Urusan Kuala Dimensi Sdn. Bhd. Mohd Faisal yang mendakwa Dato' Seri Ong telah menggunakan kemudahan penerbangan jet peribadi milik mereka sebanyak empat kali.
Dakwaan dan pendedahan ini adalah sangat serius kerana Datuk Seri Tiong adalah juga Pengerusi Eksekutif syarikat Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang telah mendapat kontrak bagi pembinaan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) dibawah bidangkuasa Kementerian Pengangkutan.
Dato' Seri Ong dalam samannya antara lain mendakwa pendedahan yang dibuat oleh Datuk Seri Tiong adalah cubaan untuk menghalang siasatan dilakukan terhadap Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang menimbulkan kontorvesi berikutan dakwaan rasuah, salahlaku dan salahguna kuasa membabitkan berbillion ringgit wang rakyat.
Saya hairan mengapa sehingga hari ini pihak berkuasa saperti Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia masih membisu dan tidak mengambil segera tindakan yang konkrit. Alasan lapuk yang diberi kononnya perkara ini sedang disiasat oleh Public Account Committee (PAC) Parlimen yang dipengerusikan oleh YB Dato' Seri Azmi Khalid.
Pada saya ini dua isu yang berbeza. PAC tidak ada kuasa pendakwaan, ia sekadar melapur kepada Parlimen untuk tindakan lanjut. Apa yang berlaku sekarang ini mempunyai unsur-unsur jenayah. Samada Dato' Seri Ong Tee Keat telah melakukan jenayah rasuah dan salahguna kuasa, ataupun Datuk Seri Tiong telah melakukan penipuan dan "peras ugut halus" terhadap seorang Menteri Kabinet.
Saya percaya kalau yang terlibat ini adalah pimpinan Pakatan Rakyat, sudah pasti Polis Raja Di Malaysia dan SPRM akan melompat-lompat menghunus keris karat masing-masing.
Dan yang paling malang Timbalan Presiden UMNo Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh menasihatkan kedua-dua pihak supaya menyelesaikan "perbalahan mereka secara senyap-senyap"!?
Ini bukan soal perbalahan parti komponen, ini soal wang rakyat yang bernilai berbillion ringgit telah disalahgunakan. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan melihat tindakan segera dan tegas diambil tanpa sebarang kelengahan lagi. Oleh itu saya mendesak supaya pihak berkuasa tidak lagi bermain aci-cop dengan rakyat, tetapi mengambil tindakan segera untuk mengembalikan hak rakyat kepada rakyat!
Wassalam.

YB Zulkifli Bin Noordin

UMNO YANG SEBENARNYA PETUALANG BANGSA

oleh MHT

Regim BN ini tidak pernah berubah dalam aspek pembaziran jutaan wang rakyat hanya semata - mata untuk membayar perunding imej bagi melobi imej pemimpin regim ini khususnya untuk luar negara.Semenjak Mahathir, Abdullah dan kini Najib turut sama membelanjakan wang yang cukup banyak semata - mata untuk membina imej peribadi. Antara syarikat yang kini sedang menikmati jutaan wang rakyat untuk menaikkan imej Najib ialah Apco Worldwide, sebuah syarikat perunding imej dan media antarabangsa. Menurut sumber yang dipercayaan syarikat ini menikmati kontrak RM20 juta untuk perkara tersebut.
Ada satu maklumat pula menyatakan kontrak RM20 juta masih belum ditandatangani namun syarikat ini masih didalam tempoh percubaan tetapi tetapi menikmati bayaran tinggi berdasarkan projek. Antara tugasannya ialah memastikan Najib Tun Razak mendapat liputan dalam agensi berita dunia seperti CNBC dan CNN (media pro yahudi).
Menempatkan tulisan mengenai Najib dan menempatkan tulisan Najib di media dunia juga menjadi peranan mereka.Bayaran yang tinggi ini juga berkaitan dengan usaha Najib untuk mengimbangi imej Anwar Ibrahim yang dihormati dunia.
Pejabat Perdana Menteri sekarang ini juga dikatakan bersedia membuat bayaran yang amat tinggi hanya untuk memastikan lawatan Obama, Presiden Amerika ke Kuala Lumpur. Kononya lawatan Obama ke Kuala Lumpur akan menaikan imej Najib ke tahap maksimum di mata dunia.
Apco Worldwide difahamkan telah mendapat ruang di pejabat Perdana Menteri sejak awal Najib menjadi PM.
Apco dan beberapa buah agensi perunding imej dan media yang berpengkalan di US terlibat secara terus dan serius dalam menghasilkan strategi 100 hari Najib..Ini termasuk kempen 1 Malaysia dan beberapa pengumuman yang popular.
Maklumat ini dipecahkan oleh beberapa kakitangan kanan tinggi kerajaan yang tidak berpuas hati dengan pembayaran yang amat mahal sedangkan hasilnya amat diragui. Sehingga kini imej Najib dalam dan luar negara belum berada pada tahap memuaskan.Abdullah Badawi juga pada ketika menjadi Perdana Menteri turut menggunakan agensi asing untuk meastikan imejnya naik sebagai pemimpin Islam Progresif dan pemimpin Malaysia sebagai sebuah negara islam yang liberal.
Manakala tidak boleh disangkal oleh regim ini bahwa Mahathir Mohamad dan Abdullah turut menggunakan pelobi Yahudi Abramoff dengan bayaran yang begitu mahal semata untuk memastikan punya imej baik.

Bajet Tambahan RM361 juta Bakal Hangatkan Sidang DUN Terengganu

KUALA TERENGGANU – Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang akan berlangsung selama dua hari pada 25 dan 26 Ogos ini bakal dihangatkan dengan cadangan bajet tambahan kerajaan negeri Terengganu sebanyak RM361, 267, 300.00.Bajet tambahan tersebut akan menjadikan negeri Terengganu sebagai sebuah negeri yang mempunyai bajet terbesar di Malaysia, bagi tahun 2009 dengan jumlah keseluruhan RM2.160 bilion.
Pada akhir tahun lalu kerajaan negeri telah meluluskan bajet bagi tahun 2009 sebanyak RM 1.799 bilion.Nilai bajet tambahan tersebut malah lebih besar dari bajet tahunan yang telah diluluskan oleh kerajaan negeri Kelantan bagi tahun 2009 iaitu RM360 juta.
Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Tunggal, Dr Alias Razak, bajet tambahan yang begitu besar jumlahnya itu menimbulkan pelbagai persoalan dan memberikan gambaran bahawa kerajaan negeri tidak begitu teliti dengan perancangan tahunan.
”Antaranya adalah peruntukan untuk pembinaan jambatan Kampung Pulau Sekati, yang hingga kini belum pun nampak apa-apa kerja yang dilakukakan,”selain itu, kerajaan negeri memohon tambahan bajet ratusan juta tersebut untuk kos membina beberapa buah jambatan, termasuk jambatan Jeram yang dilancarkan oleh bekas Menteri Besar pada awal 2008 lalu,”apa yang menjadi kemusykilan adalah, bukankah membina infrastruktur, jalanraya dan jambatan adalah tanggungjawab kerajaan persekutuan?,”katanya ketika ditemui selepas Mesyuarat Pre-Council Sidang DUN yang di pejabat PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, disini.
Beliau berkata, sebelum ini pembinaan Lebuhraya Pantai Timur, Stadium dan lapangan Terbang Sultan Mahmud, yang juga menjadi tanggungjawab persekutuan tetapi telah menggunakan kewangan kerajaan negeri Terengganu.
Oleh itu, beliau mencadangkan kerajaan Terengganu memohon keluar dari Persekutuan sekiranya, kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu untuk memberi peruntukan.”Lebih baik Terengganu pohon keluar dari Persekutuan, sekiranya kerajaan Persekutuan tidak lagi mampu membiayai kos pembangunan di Terengganu,”tambahnya. - buletinonline

Selasa, 25 Ogos 2009

TERKINI TERKINI N11

JUMLAH KELUAR MENGUNDI 14,768
PERATUS : 73%
PAS - 9618
BN - 5067
ROSAK - 83
MAJORITI - 4551

PAS MENANG ! PAS MENANG ! MAMPUS UMNO/BN ! HIDUP PAKATAN RAKYAT !

NONI OH NONI !!!!!!!

Insyaallah dapat menyelesaikan banyak masalah penyakit :

PENYAKIT BARAH
PENYAKIT JANTUNG
STROK
DIADETES ( kencing Manis )
AFRODIASIAK
KEGEMUKAN
DARAH TINGGI
MASALAH TIDUR
TEKANAN
ALERGIK
MASALAH PENCERNAAN
MASALAH PERNAFASAN
RHEUMATISM
GANGGUAN FUNGSI OTAK
RASA KURANG SELESA
PENYAKIT BUAH PINGGANG
MAGRAIN
GASTRIK
GOUT
MASALAH PENYAKIT KULIT
MASALAH PENAT
BARAH PAYUDARA

DAN MACAM LAGI !!!!!!!!!!

Harga Berpatutan Tapi Berkesan !
RM 40


KETERANGAN LANJUT
sila hubungi saya 019-9900288

Penyokong Umno pula bertakbir

Ogos 25, 09 10:01am
Kebiasaannya, penyokong PAS akan bertakbir tetapi berlainan pula suasana di pusat penggundian di SMK Sama Gagah pagi ini.Sebaliknya, penyokong Umno pula beramai-ramai bertakbir di situ.Manakala penyokong PAS pula membalasnya dengan berselawat beramai-ramai.
Penyokong Umno juga turut melaungkan 'Hidup BN' dan 'Hidup Melayu'.Suasana itu berlaku pada kira-kira jam 9.50 pagi ini.Sementara itu, Calon PAS, Mohd Salleh Man tiba di sekolah itu pada masa yang sama.Beliau memberitahu pemberita, beliau gembira dengan sokongan dari pemimpin Pakatan Rakyat yang turun memberi sokongan termasuk pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan exco-exco kerajaan negeri.Beliau juga gembira dengan sokongan pengundi terhadapnya.
Calon BN, Rohaizat Othman tiba kemudiannya dan bersalaman dengan Mohd Salleh.Proses pengundian bagi pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir bermula dengan 39 saluran di sembilan pusat mengundi dibuka di lapan pusat pengundian mulai jam 8 pagi ini.Mohd Salleh mempertahankan kerusi DUN tersebut ekoran kematian penyandangnya dari parti tersebut, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman, 63, kerana sakit jantung pada 31 Ogos lalu.Beliau berdepan dengan calon BN, Rohaizat Othman. Seramai 20,290 pemilih berdaftar layak mengundi hari ini untuk memilih wakil rakyat yang baru mereka.

terkini N11

MAKLUMAT YANG SAYA TERIMA JAM 5.15 PETANG , PAS MASIH MENDAHULUI DENGAN MAJORITI 2888 - 3888 .

N11 TERKINI

Saya mendapat info jam 4.40 petang tadi , PAS mendahului dengan majoriti 2587 undi .
ok , nak gerak pusing keliling memantau PRK sebelum jam 5 petang .

Anwar nafi jumpa Najib

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kononnya beliau mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akhir bulan lepas."Saya ada jumpa dia tetapi berkaitan hal kerja di Parlimen, secara peribadi tidak ada," katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Seri Penanti, dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir hari ini.
Laman web The Malaysian Insider semalam melaporkan kononnya Anwar telah mengadakan perjumpaan secara peribadi dengan Najib di kediaman rasmi perdana menteri di Putrajaya.Anwar bersama isterinya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengundi di situ pada 8.30 pagi.Pilihan raya kecil itu melibatkan calon PAS Mohd Salleh Man, 52, dan calon BN Rohaizat Othman, 38. Ia diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Hamdan Abdul Rahman daripada PAS pada 31 Julai lalu akibat serangan jantung. BERNAMA

70.5% mengundi sehingga 4 petang

Jumlah keluar mengundi sehingga jam 4 petang tadi mencecah 70.5 peratus atau 14,031 orang.
Pada jam 2 petang tadi, 59 peratus atau 11,979 pemilih keluar mengundi bagi menentukan ADUN baru Permatang Pasir. Pada jam 12 tengahari, jumlah pengundian adalah 47.2 peratus atau 9,573 orang. Manakala jumlah keluar mengundi sehingga jam 11 pagi tadi mencecah 38.9 peratus, kata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz berkata beliau berpuas hati dengan perkembangan perjalanan proses membuang undi setakat ini kerana menunjukkan kemajuan, lebih baik daripada hari mengundi DUN Manek Urai, awal bulan lalu.Beliau berharap hujan tidak turun hari ini dan membolehkan sasaran 80 peratus keluar mengundi dicapai. Tambahnya, tiada laporan mengenai kehadiran "pengundi hantu" dimaklumkan kepada suruhanjaya tersebut.
FM - MAKLUMAT TERKINI YANG SAYA DAPAT JAM 4.10 PTG TADI PAS MENDAHULUI 2388 UNDI .

Sindir PM, majalah humor dirampas

Sekumpulan pegawai Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyerbu pejabat majalah humor terbaru Gedung Kartun hari ini susulan penerbitan edisi sulungnya yang menyindir perdana menteri.
Lapan pegawai itu berada sejam di pejabat majalah dwibulanan itu di Brickfields sejak 10.30 pagi - dipercayai berkaitan kandungannya, antaranya memaparkan gelagat Datuk Seri Najib Razak yang tersilap mengibarkan bendera Mongolia bersempena sambutan hari kemerdekaan negara.Sebanyak 408 naskhah majalah terbitan Sepakat Efektif Sdn Bhd dirampas bagi kesalahan bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan atau penerbitan tanpa permit.Ketua pengarangnya Zunar berkata rampasan itu bermotif politik kerana pihaknya telah mendapat kelulusan secara lisan daripada KDN untuk menerbitkan Gedung Kartun.Ditemui Malaysiakini di pejabatnya sewaktu serbuan itu, beliau mencetak majalah tersebut tanpa mendapat surat kelulusan untuk mengelakkan karenah birokrasi."Kita belum dapat surat rasmi tapi sebenarnya sudah ada kelulusan daripada menteri. Pada 14 Ogos, KDN janji untuk hantar surat dalam masa dua atau tiga hari.
"Sudah menjadi amalan biasa bagi penerbit, bila kita sudah habis mencetak kita akan dapat surat rasmi," katanya ketika ditemui di pejabat penerbit itu hari ini.“Masalahnya tidak ada surat. Sepatutnya mereka keluarkanlah surat, selesailah masalah,” katanya lagi.Selain Najib, isterinya Rosmah Mansor dan beberapa pemimpin Umno, majalah setebal 68 halaman itu turut memuatkan "nostalgia 98", sejarah peristiwa penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan timbalan perdana menteri dan kemudian insiden mata lebam sewaktu dalam tahanan polis (foto kanan).Edisi untuk awal September, dicetak 10,000 naskhah, berada di pasaran mulai semalam dan dijual dengan harga RM4.Selain kartun, Gedung Kartun turut memuatkan artikel berbentuk satira politik oleh ramai penulis kreatif yang aktif di atas pentas seni alternatif antaranya Hishamuddin Rais, Pyanhabib dan Rahmat Haron.Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, yang kini lantang menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), turut menyumbang rencana.
Selain tiga penulis rencana, ia disokong 12 kartunis sambilan, antaranya Cabai yang sebelum ini terkenal dengan siri "Tiga Dara Pingitan".Majalah pimpinan kartunis politik terkemuka tanah air Zunar, atau nama penuhnya Zulkiflee Anwar Haque, menyentuh pelbagai isu semasa, antaranya kes kematian Teoh Beng Hock, kenaikan kadar tol lebuh raya, dasar PPSMI dan akta kontroversi ISA (foto kiri). Dihubungi selepas serbuan itu, pemangku pengarah penguatkuasa Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN cawangan Selangor menjelaskan penerbit masih tidak berhak menerbitkan majalah sekalipun telah mendapat nombor rujukan permit penerbitan (PP)."Ini bukan sebab formaliti. Kalau tidak ada surat, janganlah dia terbitkan dulu. "Bila dah dapat nombor dan ada kelulusan rasmi, barulah boleh cetak," kata Zainal Abidin Osman, yang turut mengesahkan operasi berkenaan yang turut melibatkan pegawai-pegawainya."(Surat rasmi) ini macam kita ambil ujian memandulah. Kalau kita dah lulus semua dan diberitahu sudah lulus, kita masih tidak boleh memandu selagi belum dapat lesen," katanya kepada Malaysiakini.

ceramah perdana AMK hebat !

Alhamdulillah setelah mengambil beberapa tindakan bermula malam semalam dengan mencetak handbill beribu-ribu keping dan mengedarkan ke seluruh bilik gerakan PAS dan Keadilan serta program pengagihan kurma kepada orang ramai dan pengundi Permatang Pasir yang dikepilkan dengan handbill ceramah perdana AMK yang di adakan 24 Ogos 2009 bertempat di Bilik Operasi AMK di Sama Gagah telah membuahkan hasil yang sangat baik malam tadi .
Saya telah arahkan Khairul untuk membuat pengumuman serta hebahan di seluruh Permatang Pasir bagi mewar-warkan program ceramah tersebut .
Malam tadi ceramah saya mulakan pada jam 8.45 malam , 15 minit lebih awal daripada masa asal program iaiatu jam 9.00 malam . Para pengundi kaum cina sudah lebih awal berada di tempat duduk penonton dan YB Sim Tze Tzin , Naib Ketua AMK Pualau Pinang .
Malam ini kehadiran lebih daripada 5000 orang menghangatkan suasana ceramah terakhir sempena PRK N11 Permatang Pasir .
Penceramah malam ini semua barisan pimpinan PR yang hebat-hebat . Antara penceramah malam ini ialah YB datuk Seri Anwar Ibrahim , YB Azmin Ali , YB Tian Chua , YB Datuk Mahfuz Omar , Y.Bhg. Datuk Chua Jui Ming , Y.Bhg Datu Zaid Ibrahim , YB Dr. Hatta Ramli , Sdr. Shamsul Iskandar , YB Kasavan dan Tuan Haji Mohamad Sabu .
Turut hadir dan menyampaikan ceramah dan sebagai penutup ialah YAB Lim Guan Eng , Ketua Menteri Pulau Pinang .
Saya hendak rakamkan jutaan tahniah dan syabas kepada semua Skuad Pilihanraya AMK yang hanya 15 orang bergerak bersungguh-sungguh walaupun dalam suasana menghadapi Ramadhan bagi memastikan program tersebut berjaya . Begitu juga teman-teman AMK Permatang Pauh yang turut membantu bersama-sama menjayakan ceramah perdana AMK malam tadi .
Semoga kemenangan akan diperolehi dan untuk sekian kalinya UMNO /BN akan kecundang lagi di Permatang Pasir .

Tawaran Lumayan Umno/BN Pilihan Radzhi

oleh TVantara

ADUN Lunas Mohammad Radzhi Salleh bertindak keluar dari Parti Keadilan Rakyat setelah diberi amaran oleh Menteri Besar Kedah berikutan masalah displinnya disamping menghadapi dakwaan penyelewengan kewangan termasuk membuat tuntutan berlebihan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Radzhi bertindak demikian setelah dipancing oleh Umno untuk mempengaruhi beberapa Adun Pakatan Rakyat lain supaya turut meninggalkan gagasan itu dengan imbuhan yang lumayan.
Anwar berkata Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak telah memberikan amaran keras kepada Radzhi bulan lalu supaya lebih beretika dalam menjalankan tugasnya.“Kita juga mempunyai maklumat beberapa bulan yang lalu (Radzhi) mengadakan rundingan dengan Mahadzir Khalid (bekas Menteri Besar Kedah....sebab itu saya membangkitkan di Parlimen sebelum ini tentang cubaan (Umno) untuk membeli wakil rakyat," kata Anwar.
“Ini percubaan Umno untuk menggunakan Adun Lunas bagi menarik yang lain. Kita mempunyai rekod dari Adun sejak beberap bulan lalu mengadu kepada saya bahawa mereka dipujuk Adun Lunas untuk berpindah kepada Umno dengan bayaran yang tinggi,” katanya.“Ada juga hal peribadi di mana isteri ke empat beliau menghubungi kita membantah beberapa isu dan membawa ke mahkamah,” kata Anwar.
Menurut beliau, pimpinan Keadilan telah pun menasihati Radzhi supaya meletakkan jawatan kerana masalah-masalah berkenaan dan juga bertindak menggantung PKR Padang Serai dan cabang-cabang parti di situ.
Anwar berkata Pakatan akan memperbaiki sistem saringan bagi mencalonkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat demi memastikan gagasan itu dibersihkan daripada Adun dan Ahli Parlimen yang tidak berwibawa dan tanpa kredibiliti.
Dalam perkembangan lain beliau berkata, sekiranya calon Pas Salleh Man memenangi pilihanraya Permatang Pasir pada 25 Ogos ini, pihaknya akan mencalonkan beliau sebagai Yang diPertua Majlis Agama Islam Negeri.

KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA

23 Ogos 2009

Pejabat Negeri Kedah, Parti Keadilan Rakyat,
Lot 6 & 7, Tingkat 2
Kompleks Perniagaan Utama
Jalan Sultana Sambungan
05350 Alor Setar
Tel: +604 7325 593
Faks: +604 7345 593
Web: http://www.keadilanrakyat.org/

Pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menerima maklum bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lunas yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, YB Mohammad Radzhi Salleh, ADUN daripada KEADILAN dan memegang portfolio Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia dalam kerajaan negeri Kedah telah mengumumkan pendiriannya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.
Bagi pihak Parti Keadilan Rakyat Kedah kita amat kesal dengan sikap yang tidak bertanggungjawab ini. Telah menjadi satu kebiasaan apabila ada pilihanraya kecil, akan ada isu-isu lompat parti. Kita menjangkakan ini adalah sebahagian daripada tindakan yang dirancang oleh Barisan Nasional untuk memanipulasi isu menjelang pilihanraya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos nanti.
Prestasi lemah beliau dalam kerajaan negeri juga amat mengecewakan pimpinan parti, ini termasuklah tuntutan perbelanjaan beliau yang tidak munasabah, dan masalah perkahwinannya di Thailand yang kini sedang dalam proses di Mahkamah. Kami juga telah memberi amaran keras kepada beliau untuk membuat perubahan prestasi kerja beliau dan khidmatnya di kawasan, namum beliau tidak bersedia untuk melakukan perubahan yang membuatkan ia mengistiharkan keluar dari parti hari ini. Ekoran daripada itu juga Cabang Padang Serai telah digantung oleh Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan diambil-alih pengurusan dan pentadbirannya oleh Majlis Pimpinan Negeri sehingga mesyuarat agung cabang yang akan diadakan nanti. Keputusan ini dibuat pada mesyuarat MPP 26 Julai 2009 yang lalu.
Sehubungan dengan itu kepimpinan KEADILAN Kedah berdiri teguh mendokong dan menyokong kepimpinan YAB Datuk Seri Ust. Azizan bin Abd. Razak sebagai Menteri Besar dan selanjutnya mencadangkan kepada YAB Menteri Besar untuk memohon pekenan KDYMM Tuanku Sultan Kedah mengugurkan jawatan beliau sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Pimpinan Parti Keadilan Kedah juga dengan ini mendesak YB Radzi juga untuk meletak jawatan sebagai ADUN Lunas.

YB. HJ. AHMAD BIN KASIM
Pengerusi Majlis Pimpinan NegeriP
arti Keadilan Rakyat Negeri Kedah

Isnin, 24 Ogos 2009

Setelah sekian lama ugut akhirnya Radzhi keluar Pakatan Rakyat

oleh BRIGED MP SEGAMBUT

Setelah ugut mengugut sekian lama, akhirnya Adun Lunas, Mohd. Radzhi Salleh mengumumkan dirinya keluar dari PKR dan menjadi Adun bebasMenurut sumber, Mohd. Radzhi telah beberapa kali mengugut mahu meninggalkan Pakatan dan menyertai Umno, namun tidak pernah berbuat demikian sebelum ini. Dia juga didakwa beberapa kali berjumpa dengan Datuk Seri Mahzir Khalid bagi membincangkannya.
"Kegagalan paling besar Radzhi adalah membawa sebarang pengikut khasnya di kalangan Adun Pakatan Rakyat," kata Zulkifli Yahaya, Pengarah Penerangan kerajaan negeri Kedah.Sebelum ini, Radzhi telah beberapa kali mengugut untuk meninggalkan PKR. Antaranya disebutkannya kepada Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Razak.
Media juga, termasuk TV3, telah beberapa kali menyiarkan berita tentang beberapa kes penyelewengan exco negeri Kedah namun tidak pernah didedahkan nama Exco berkenaan."Dan exco yang dimaksudkan oleh media sebenarnya adalah Radzhi," kata seorang pemimpin dari Kedah.
ImageRadzhi dilaporkan membuat pengumuman di Kuala Lumpur keputusannya keluar dari PKR namun tidak menyatakan samada dia meletakkan jawatan sebagai Exco kerajaan negeri atau tidak.
Radzhi adalah Ezco Pelancongan Kedah.
Azizan, semasa bercakap di Bukit Mertajam berkata, beliau akan menunggu keputusan dari PKR tentang kedudukan Exco yang dijawat Radzhi kerana ia hak parti itu dalam kerajaan negeri Kedah."Saya masih menunggu surat rasmi dari PKR mengenai kedudukan Radzhi dan jika pucuk pimpinan parti itu minta saya gantikan orang lain (Anggota Dewan Undangan Negeri dari PKR) maka saya akan ganti dengan orang lain.
"Setakat ini, saya cuma mendengar berita mengenai tindakan Radzhi yang keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas tetapi saya belum dimaklumkan oleh beliau sendiri," kata Azizan sebagaimana yang dilaporkan sebuah media.

AMK desak Radzhi letak jawatan EXCO Kedah

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) mendesak supaya Mohd. Radzhi Salleh , ADUN Lunas yang telah mengistyiharkan diri keluar daripada Parti Keadilan Rakyat ( Keadilan ) agar meletakkan jawatan sebagai EXCO Kerajaan Negeri Kedah . Walaupun mandat perlantikan beliau dibuat oleh DYMM Sultan Kedah tetapi perlantikan beliau adalah di atas syor parti dan di atas tiket Keadilan .
Desas desus beliau akan keluar parti selama ini telah terjawab dan AMK yakin ianya didalangi oleh UMNO Kedah . Kenapa pengisytiharan keluar daripada parti di buat dalam suasana sekarang iaitu di mana kita berdepan dengan PRK Permatang Pasir yang tinggal 2 hari lagi ? Sudah pastinya konspirasi ini dirancang sedemikian rupa agar memberikan kesan negatif kepada Keadilan dan Pakatan Rakyat .
Kesan krisis keperibadian calon UMNO/BN di PRK Permatang Pasir telah memberikan impak yang besar kepada UMNO/BN yang bakal menerima kekalahan seterusnya .
Mohd. Radzhi adalah barisan pengkhianat yang yang perlu bertindak meletakkan jawatan sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah . Mohd. Radzhi tidak perlu berdolak dalih dengan menpertahankan konon beliau tidak dibeli oleh mana-mana pihak atau parti justeru perlu menjadi ADUN Bebas . Itu semua hanya taktik bertujuan mengaburkan padangan rakyat umum sedangkan semua sudah mengetahui dan menyedari penglibatan UMNO dalam kes keluarnya Mohd. Radzhi daripada Parti Keadilan Rakyat .
AMK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan tidak bermaruah dan pengkhianatan yang dilakukan oleh Mohd. Radzi Salleh .
Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Pusat

SEEKOR LAGI PENGKHIANAT TINGGALKAN PKR

Exco Kedah keluar PKR, sokong PM

ADUN Lunas, Mohd Radzhi Salleh bertindak keluar PKR dalam satu sidang media mengejut di sebuah hotel di Kuala Lumpur hari ini dan menyatakan sokongan kepada kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak.Beliau, yang juga exco pelancongan Kedah, dilaporkan mengisytiharkan sebagai ADUN bebas tetapi tidak akan melepaskan portfolio ahli majlis mesyuarat kerajaan.
Pemangku ketua PKR Padang Serai, Jamaludin Abu Hassan, juga bertindak meninggalkan parti itu dan seterusnya mengumumkan membubarkan bahagian tersebut.Di sidang media di Hotel Legend kira-kira 11.30 pagi ini, beliau dilaporkan berbuat demikian dengan alasan "hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PKR dan perjuangan parti itu tidak seiring dengan matlamat asal penubuhannya.
"Menurut Bernama, Mohd Radzhi berkata keputusannya sebagai menyatakan sokongan pada tindakan pembubaran bahagian tersebut seperti diumumkan oleh Jamaludin."Sebagai wakil rakyat, saya bersimpati dengan keputusan itu (pembubaran) kerana mereka (anggota bahagian) adalah orang yang bertanggungjawab memastikan kemenangan saya dalam pilihan raya lepas," beliau dipetik berkata.
Tambahnya, seramai 200 orang anggota biasa dan 14 anggota jawatankuasa PKR bahagian berkenaan menyokong pembubaran itu."Saya tidak sanggup lagi berada dalam PKR kerana rasa bertanggungjawab bersama mereka dan sebagai ahli jawatankuasa bahagian, saya turut keluar (parti) bagi menyokong keputusan itu," kata Mohd Radzhi lagi.
Beliau juga dilaporkan berkata, walaupun meninggalkan PKR, beliau akan terus berkhidmat menjadi wakil rakyat di kawasan itu, "di samping terus memberi sokongan kepada kerajaan pusat dan kepimpinan perdana menteri".Beliau akan terus kekal dengan jawatan exco pelancongan Kedah kerana soal pelantikan exco negeri adalah di bawah kuasa Sultan Kedah, lapor agensi berita itu lagi.
Menjawab persoalan sama ada beliau dibeli oleh parti politik tertentu, Mohd Radzhi menafikannya."Kalau kena beli, saya sudah tentu akan masuk parti yang membeli tetapi sekarang tidak ada mana-mana parti pun yang beli (saya) sebab tu saya bebas," katanya.Dalam pilihan raya umum 2008, Mohd Radzhi mengalahkan calon BN S Ananthan dengan majoriti 10,323 undi.Malaysiakini

CERAMAH PERDANA AMK

TARIKH : 24 OGOS 2009
JAM : 9.00 MALAM

TEMPAT : BILIK OPERASI AMK MALAYSIA
LORONG CERMAI , TAMAN SAMA GAGAH
PENCERAMAH :

Ahad, 23 Ogos 2009

aktiviti AMK 23 Ogos 2009

jam 5 petang -

Agihan Bubur Lambok dan edaran risalah di Jalan Sama Gagah

Agihan kurma oleh AMK Sri Mawar dan edaran risalah di depan Pasar Ramadhan dan trafik light

Mursyidul Am akan SAMAN Media yang putar balik kenyataan beliau..


Utusan Malaysia lapor -

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat berkata, anggota UMNO tidak akan masuk syurga kerana parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

Katanya, terdapat perbezaan antara Islam yang didakwah oleh Pas dan Islam yang diamalkan oleh umat Islam daripada kalangan anggota UMNO.

"Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasar perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka," katanya kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam di sini hari ini selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.

TG Nik Abdul Aziz jawab balik dalam HarakahDaily -

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, akan mengambil tindakan undang-undang kepada pihak media yang memutar belit kenyataannya dengan mendakwa beliau berkata "ahli Umno tidak masuk syurga".

"Saya akan berbincang dengan peguam dan akan mengambil tindakan undang-undang kepada mana-mana media yang telah menokok tambah kenyataan saya," katanya sewaktu sidang media di pejabatnya tadi.

Beliau berkata demikian kepada media sebagai menenafikan laporan akhbar hari ini yang melaporkan kenyataannya bahawa "Ahli Umno Tidak Akan Masuk Syurga", di pejabatnya tengahari tadi.

TG Nik Abdul Aziz cakap lagi -

Beliau juga turut menafikan beliau mendakwa parti itu mengamalkan ajaran Islam palsu dari Palestin.

"Saya tidak sebut langsung tentang Palestin waktu tu, ni semua tak lain tak bukan untuk memburukkan saya dan membiarkan saya ni jadi balah (berkelahi) pula dengan Umno,"ujarnya.

Siapa Paling Sengal??

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia Ali, sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg dgn niat nak tarbiyah depa ni.
Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar. Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib nnt.Si Ali pun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke? Takpa, nnt kami buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan".Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu ke surau.
Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,"Allah Ta'ala... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas mikrofon drp Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terserlah kejahilan Ali. Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat takbiratu l ihram.
Tok imam pun satu hal, angkat sekali x khusyuk, angkat 2x pun x khusyuk jgk lg..Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tok duduk kat belakang, biar saya jadi imam". Tok imam pun undur le ke belakang.Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat. Tiba2 je si Budin ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee tokkkk!!". Lalu batallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil ketawa terbhk2.
Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus ke depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le habis sembahyang. Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko niii...Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi dgn bongkaknye si Ciko berkata, "He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu. Kalau tak, lagi dassat aku semayang. He heee..."Tok imam pun terkedu & terpana...

DEBAT SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ? : PEMUDA PR LWN PEMUDA BN HARI INI 23 OGOS 2009 , APA CERITA ?

21 Ogos 2009 , Pemuda Pakatan Rakyat telah menghantar satu surat jemputan mengajak Pemuda BN berdebat isu ‘ SIAPA PENGKHIANAT MELAYU ?’ yang dijadualkan akan berlangsung pada hari ini 23 Ogos 2009 .

Sehingga sekarang , pelawaan Pemuda PR masih belum disahut oleh Pemuda UMNO/BN. Kalau benar Pemuda UMNO/BN berani dan tidak bacul sudah pasti akan menyahut pelawaan tersebut dan bersedia berdebat dengan Pemuda PR dalam membicarakan siapakah sebenarnya pengkianat orang Melayu .

Pemuda PR bersiap sedia untuk berdebat dengan Pemuda UMNO/BN dan Pemuda UMNO/BN boleh membariskan sesiapa sahaja termasuk Ketua Pemuda UMNO yang juga merupakan Pengerusi Pemuda BN yang selama ini lantang berkokok menuduh Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat sebagai Pengkhianat Melayu .

Inilah masa yang sangat terbaik , gelanggang telah tersedia untuk sama-sama kita berdebat berdasarkan fakta dan hujah , kebenaran dan kesahihan . Inilah masanya untuk rakyat dapat menilai dan berfikir secara matang dan rasional . Bukan hanya berkokok tidak tentu pasal . Menggunakan media milik UMNO , menyerang secara peribadi .

Semoga Pemuda UMNO / BN jangan jadi bacul ! Ayuh kita berdebat! Siapakah Pengkhianat Melayu?????