klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 20 Oktober 2009

Dakwaan Khairy Terhadap Selangor Tutup Ketidakadilan BN

Kenyataan Media
15 Oktober 2009

Dakwaan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak menunaikan janji wang hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang ditawarkan masuk ke universiti dan menurunkan 20 peratus cukai pintu, jelasnya dibuat semata-matanya untuk mengelirukan rakyat, serta menutup ketidakadilan kerajaan persekutuan di bawah Barisan Nasional terhadap kerajaan negeri Pakatan Rakyat.
Pandangan tidak berasas berhubung dengan program kebajikan negeri Selangor itu telah dibuat dalam ucapan dasar Ketua Pemuda Umno sempena Perhimpunan Agung Pemuda Umno semalam.
Sejak Pakatan Rakyat mentadbir negeri Selangor setahun lalu, kerajaan negeri telah melaksanakan pelbagai program kebajikan di bawah Rancangan Merakyatkan Ekonomi Selangor bagi membantu golongan miskin tanpa kira kaum dan agama.
Antaranya hadiah masuk universiti RM1,000 diberikan kepada setiap anak dari keluarga berpendapatan RM1,500 ke bawah yang berjaya memasuki universiti. Setakat ini penerima melebihi 7,000 orang daripada jumlah 12,340 permohonan, di mana ada segelintir yang ditolak kerana tidak lengkap atau tidak layak. Maka dakwaan Khairy bahawa janji tidak ditunaikan adalah tidak benar.
Berhubung dengan penurunan kadar cukai pintu 20 peratus, Khairy juga wajar sedar cukai pintu atau cukai taksiran adalah sumber pendapatan utama kerajaan negeri, khasnya ketika kerajaan persekutuan gagal mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada negeri Pakatan Rakyat.
Jika penurunan kadar cukai pintu dilaksanakan pada masa ekonomi Selangor masih belum mencapai tahap yang memuaskan, ianya pasti akan mengurangkan lagi hasil negeri lalu menyebabkan peruntukan untuk pembangunan di negeri ini tidak mencukupi.
Bagaimanapun bagi meringankan beban rakyat, kerajaan negeri telahpun mengenakan pengurangan sebanyak 70 peratus ke atas denda cukai taksiran tertunggak bagi tunggakan hasil sebelum 31 Disember 2007, manakala bagi denda cukai tertunggak mulai 1 Januari hingga 30 Jun tahun 2008, pengecualian 100 peratus.
Khairy tidak seharusnya menafikan hakikat ketidakadilan yang dilakukan kerajaan persekutuan terhadap kerajaan negeri, misalnya penyaluran sumber persekutuan kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Persekutan (JKKKP) dalam negeri Selangor adalah satu penyalahgunaan kekayaan rakyat.
Kerajaan negeri akan tetap meneliti langkah menurunkan kadar cukai taksiran dari semasa ke semasa, namun apa yang lebih penting ialah kerajaan persekutan wajar berubah sikap mengamalkan semangat Federalisme dalam pentadbiran dan pengagihan kekayaan negara.
NIK NAZMI NIK AHMAD
Setiausaha Politik
Menteri Besar Selangor
Adun Seri Setia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan