klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 20 Oktober 2009

Hari Malaysia Cuti Umum Merupakan Hasil Perjuangan Rakyat!

Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan
19 Oktober 2009

AMK mengucapkan tahniah atas kejayaan rakyat menjadikan 16hb September diisytihar oleh kerajaan sebagai “Hari Malaysia” serta cuti umum. Ini merupakan hasil tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac yang lalu. Usaha gigih daripada semua pihak khasnya Pakatan Rakyat dalam memperjuangkan Hari Malaysia telah menampak hasil.
Pada hakikatnya, masyarakat sivil serta NGO telah lama memperjungkan kepentingan 16 September untuk membangunkan negara kita tanpa kira bangsa, budaya dan agama. Malangnya, selepas 46 tahun barulah Kerajaan Persekutuan mengakui Hari Malaysia dan mengumumkannya sebagai cuti umum.
AMK menekankan bahawa 16 September menjadi cuti umum merupakan hadiah keberanian rakyat dalam memperkuatkan Pakatan Rakyat khasnya dalam usaha menolak gejala rasuah dan politik perkauman. Sistem dua parti yang baru dibentuk telah memberi persaingan dan tekanan kepada parti politik terutamanya Barisan Nasional untuk mentadbir dengan lebih ikhlas dan telus.
AMK juga berpendapat bahawa keputusan Najib menjadikan Hari Malaysia sebagai cuti umum adalah bertujuan untuk balik ke jalan tengah serta kesederhanaan. Beliau berharap pandangan masyarakat umum terhadap UMNO akan berubah dan mula menerimanya.
Namun demikian, sekiranya Dasar Ekonomi Baru yang penuh dengan rasuah, dasar bahasa yang sempit serta politik perkauman yang masih berleluasa di Malaysia, maka usaha Perdana Menteri untuk menonjolkan keterbukaan UMNO untuk masyarakat umum hanya merupakan hiasan sahaja.
Semangat Hari Malaysia tidak akan tercapai!Oleh itu, AMK berpendapat bahawa pentingnya nilai-nilai sedunia seperti demokrasi, kebebasan serta hak asasi manusia menjadi teras negara Malaysia. Maka rakyat akan menjadi tuan ke atas tanahair Malaysia!
LEE KHAI LOON
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan