klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 27 Oktober 2010

Indeks persepsi rasuah Malaysia semakin merosot adalah bukti KPI Najib Razak yang merudum

Berdasarkan keputusan hasil kajian oleh Transperancy International ( TI ) berkaitan Indeks Persepsi Rasuah 2010 terus mengikat Malaysia di tangga yang sama iaitu ke 56 sepertimana pada tahun 2009 . Malah lebih malang apabila mata indeks persepsi rasuah negara telah merosot 4.5 kepada 4.4 .

AMK dengan keyakinan bahawa ini adalah merupakan bukti yang nyata kegagalan PM Najib Razak terhadap usaha memerangi rasuah , malah sewaktu perintahan beliau indeks persepsi rasuah terus merosot .

Secara jelasnya KPI DS Najib Razak adalah semakin parah dan beliau sendiri gagal mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang meletakkan sasaran daripada 4.5 kepada 4.9 daripada markah maksimum -10 mata. Ini bermakna beliau adalah tidak lagi wajar memimpin negara kerana KPI beliau tidak mampu menjana kebijakkan dalam usaha secara serius memerangi rasuah yang semakin membarah dalam pentadbiran dan kepimpinan beliau sebagai Perdana Menteri .

Ini bermakna , DS Najib Razak terus meletakkan negara semakin merosot dan memalukan . Malah sudah pasti akan menjejaskan pertumbuhan ekonomi dan meletakkan Malaysia sebaris dengan negara yang tidak diyakini oleh para pelabur untuk melabur di Malaysia .

Fungsi dan keberkesanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) masih dilihat tidak mampu menjalankan tugas dan tanggungjawab yang efektif dan berkesan dan secara jelas SPRM akan terus diikat dan dikuasai oleh Jabatan Perdana Menteri .

AMK terus mendesak agar DS Najib Razak selaku Perdana Menteri meletakkan jawatan kerana amalan rasuah akan terus mendarah daging di bawah kepimpinan dan pengurusan beliau sebagai Perdana Menteri .

Negara dan rakyat Malaysia serta dana negara wajib diselamatkan .

Fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan