klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 27 Oktober 2010

MALAYSIA SEMAKIN PARAH DI BAWAH KEPIMPINAN NAJIB

Laporan Indeks Persepsi Rasuah dan termasuk laporan Ketua Audit Negara telah meletakkan Malaysia benar-benar menjadi sebuah negara yang parah . Kegagalan Perdana Menteri Najib Razak mengurustadbir negara terbukti apabila negara masih tidak mampu untuk dilihat lebih baik dalam usaha memerangi rasuah . Malah indeks rasuah negara juga telah semakin merosot daripada 4.5 pada tahun 2009 kepada 4.4 pada tahun 2010 . Lebih memalukan apabila negara jiran iaitu Singapura telah membuktikan sebagai negara yang bersih daripada amalan rasuah .

Laporan Ketua Audit Negara telah menunjukkan betapa teruknya pengurusan kewangan yang dalam sistem pentadbiran negara . Hutang negara yang semakin bertambah berbanding tahun yang lalu mengambarkan betapa tidak serius kerajaan UMNO/BN dalam menjana pengurusan dan pentadbiran yang lebih baik .

Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang telah mendedahkan bahawa hutang negara pada tahun lalu berjumlah RM362.39 bilion, iaitu paras yang paling tinggi dalam tempoh lima tahun. Hutang itu mencakupi 53.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar(KDNK), kali pertama keadaan itu berlaku dalam sejarah negara .

Saya melihat ini adalah bukti yang jelas kegagalan dan ketidakmampuan DS Najib Razak sebagai Perdana Menteri . Sudah pasti ketidakcekapan dan mengurustadbir negera ini akan memberikan kesan kepada ekonomi negara . Para pelabur sudah pasti tidak mempunyai keyakinan untuk melabur dalam negara . Najib razak masih berbangga dengan usaha untuk membina projek mega 100 tingkat daripada berusaha menguruskan kewangan negara agar digunakan dengan sebaik mungkin .

DS Najib lebih berminat untuk memperkembangkan hub hiburan dalam negara yang kononnya akan menarik para pelancung ke dalam negara yang sudah pasti menjadikan negara sebagai antara pusat maksiat . Keruntuhan moral dan akhlak serta menimbulkan aktiviti kebejatan yang akan merosakkan moral generasi muda Malaysia .

Inilah masa yang terbaik untuk rakyat mengambil sikap terbaik menolak UMNO/BN dalam Piliharaya Umum ke 13 . DS Najib dan UMNO/BN perlu ditumbangkan dxemi menyelamatkan negara Malaysia tercinta . Negara ini perlu direformasikan agar rakyat terus terbela .

Selamatkan Malaysia !

fariz Musa
Timbalan Ketua AMK Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan