klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 16 Februari 2011

Bukan Pinjaman tetapi biasiswa kepada mahasiswa

PERKASA gesa pinjaman automatik pada siswa Mesir

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) menggesa kerajaan memberikan pinjaman bagi membiayai mahasiswa negara ini di Mesir secara automatik di semua peringkat.

Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana golongan Melayu dan Bumiputera dijamin kemudahan itu, termasuk biasiswa seperti termaktub dalam hak-hak istimewa dalam Fasal 153 Perlembagaan Persekutuan. - malaysiakini

Saya benar-benar hairan dengan sikap PERKASA yang mencadangkan bagi menambah beban para pelajar Malaysia di Mesir dengan memberikan hutang kepada mereka agar dapat membiayai pengajian mereka di sana .

Sepatutnya PERKASA mengambil sikap dengan mencadangkan kepada kerajaan supaya memberikan biasiswa agar hak mereka sepertimana yang dinyatakan oleh Fasal 153 diaplikasikan . Bukan terus membebankan mereka dengan pinjaman seperti yang dicadangkan .

Bukan sahaja kepada pelajar di Mesir sahaja yang perlu diberikan biasiswa tetapi termasuk juga kepada di negara-negara lain dan yang menuntut di dalam Malaysia . Fasal 153 tersebut telah lama dinafikan oleh kerajaan UMNO/BN dan kini para mahasiswa kita berdepan dengan bebanan hutang PTPTN selepas tamat pengajian mereka .

Dalam suasana kenaikan harga barang makanan dan keperluan , pinjaman kereta , sewa rumah dan ditambah lagi dengan bebanan pembayaran hutang PTPTN yang perlu dilunasi . Itulah dilema yang dihadapi oleh anak-anak muda hari ini yang bergelar graduan universiti dan kolej .

Pembaziran dan keborosan berbelanja wang rakyat yang diamalkan oleh DS Najib Razak dan Rosmah Mansor termasuk ketirisan , kebocoran dalam urustadbir pemerintahan DS Najib Razak serta pimpinan UMNO sama ada di peringkat persekutuan dan negeri penguasaan mereka adalah sangat melampau dan keterlaluan sehingga kita berdepan dengan hutang negara yang paling tinggi dalam sejarah iaitu RM 362.39 billion .

Negara mempunyai dana yang hebat . Daripada hasil petrolium , kerajaan persekutuan memperolehi 44% daripada keuntungan PETRONAS . Kenaikan harga petrolium di arus antarabangsa sudah pasti PETRONAS memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda . Sepertimana yang dilaporkan oleh PETRONAS , bahawa mampu
mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM80 bilion bagi seluruh tahun kewangan berakhir 31 Mac 2011.

Hasil pungutan cukai yang dilaksanakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri ( LHDN ) dilihat memberangsangkan dan dapati bilangan pembayar cukai semakin bertambah tahun demi tahun, begitu juga dengan kutipan hasil. Sebagai contoh, pada 2007 hasil kutipan negara adalah sebanyak RM77 bilion, pada 2008 sebanyak RM90 bilion dan 2009 sebanyak RM88 bilion.


Belum lagi dimasukkan dengan keuntungan-keuntungan lain daripada pelbagai sektor termasuk pelancungan , pertanian , perindustrian , perusahaan dan sebagainya . Yang sudah pasti akan memenuhi kantung perbendaharaan negara .

Justeru negara mempunyai kemampuan dalam mempertingkatkan pendidikan rakyat dengan memberikan biasiswa terutama kepada golongan berpendapatan rendah dan miskin tanpa mengira bangsa . Bukannya membebankan mereka dengan hutang atau pinjaman .


Saya terlalu marah dan geram dengan sikap berpoya-poya DS Najib dan Rosmah serta pimpinan negara yang menggunakan wang rakyat untuk kesenangan dan kepentingan mereka sendiri . Sepertimana yang dilaporkan oleh YB senator Dr. Syed Husin Ali bahawa sepanjang 19 bulan DS Najib menjadi Perdana Menteri , dalam siri lawatan beliau ke luar negara telah membelanjakan RM 8,724 ,894.91 iaitu RM 31,840.50 sehari .

DS Najib lebih rela meluluskan pembinaan Menara Warisan dengan kos RM 5 billion . Rosmah Mansor berpoya-poya di luar negara sepertimana lawatannya ke Dubai dan Arab Saudi dengan membelanjakan RM 100,000.00 semalam tinggal di hotel mewah .


Rasuah dan penyelewengan terus membaham wang rakyat tanpa ada perasaan bertanggungjawab . Bayangkan kalau dengan RM 8,724,894.91 berapa orang mahasiswa dapat diberikan biasiswa , daripada hangus begitu sahaja diratah dengan rakus oleh seorang yang bergelar Perdana Menteri .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan