klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 10 Februari 2011

Layakkah Isa Samad persoal kredibiliti Datuk Dr. Zainal Aznam dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ?

Bila "kepala perasuah/komisyen" melantik "perasuah" memimpin FELDA

Isa Samad benar-benar marah apabila perlantikan beliau sebagai Pengerusi Felda dipertikai dan dikritik dengan "panas" sekali . Sebelum itu , Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Datuk Dr Zainal Aznam Mohd Yusof, menyatakan bahawa pelantikan Isa Samad menerajui Felda adalah suatu yang sedih dan mengakibatkan kebimbangan pasaran. Malah Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz iaitu ketua pegawai eksekutif, Maybank Investment pula menegaskan perlantikan bekas MB Negeri Sembilan menyebabkan pasaran saham menjadi tidak menentu .

Saya benar-benar terasa lucu apabila membaca kenyataan Isa Samad yang benar-benar kurang senang dengan pandangan tersebut dengan mengungkapkan " hebat sangat ke orang yang buat kritikan ?" . Bagi saya isu hebat atau tidak hebat orang yang membuat kritikan bukan soalnya . Lebih-lebih lagi kedua-dua tokoh tersebut adalah orang yang mempunyai kepakaran dalam ekonomi . Tidak perlu diragui akan kredibiliti Datuk Dr. Zainal Aznam dan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz .

Siapa Datuk Dr. Zainal Aznam ?

Beliau ialah ahli Majlis Ekonomi , bekas Timbalan Pengarah Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS) dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) serta pernah menjadi perunding kepada Pertubuhan Pembangunan Perindustrian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIDO), Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) dan Bank Dunia. Kini lantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN) oleh PM DS Najib Razak .


Siapa pula Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz ?

Tengku Zafrul kini merupakan Pengarah Kumpulan K&N Kenanga Holdings Berhad dan seorang anggota Lembaga Pengarah Kenanga Investment Bank Berhad, Kenanga Capital Sdn. Bhd. dan Capital Investment Bank (Labuan) Limited. Beliau telah berkhidmat di dalam kedudukan kanan sebelum ini di dalam syarikat seperti Credit Agricole, Tune Money Sdn. Bhd., Citigroup Malaysia, ECM Avenue Berhad dan Avenue Securities sejak 14 tahun lepas. Sekarang diberikan kepercayaan oleh sebuah bank yang terbesar di Malaysia yang mempunyai 1,750 pejabat dan cawangan di 14 buah negara sebagai Ketua Pegawai Operasi (COO) Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB).

Sememangnya kedua-dua tokoh ini adalah hebat dan tidak perlu dipertikaikan . Kenyataan mereka mempunyai asas yang jelas terhadap perlantikan Isa Samad sebagai Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) .

Siapa pula Isa Samad mempertikaikan kenyataan yang dibuat oleh kedua-dua pakar ekonomi tersebut ? Bagaimana seorang yang terlibat gejala rasuah dan didapati bersalah kerana terbabit dengan politik wang ketika pemilihan parti itu dan digantung jawatannya oleh lembaga disipin Umno pada 2005 menerajui FELDA . Bagi saya kenyataan tersebut juga di tujukan kepada PM DS Najib Razak yang terlalu 'bodoh' melantik seorang yang berlatarbelakang dengan jenayah rasuah menerajui FELDA .

Sudah pasti ungkapan "Adalah hari yang sedih apabila Isa dilantik sebagai pengerusi Felda,” memberikan gambaran yang sangat negatif terhadap pasaran dan ekonomi negara dengan perlantikan Isa Samad ini . Integriti dan kredibiliti yang sangat diragui dan FELDA bakal berdepan dengan risiko yang tinggi dengan perlantikan bekas Menteri Wilayah ini .

Dimanakah maruah negara di peringkat global apabila kerajaan Malaysia dengan perlantikan perasuah ini ? Sudah pasti mengugat pasaran dan keyakinan para pelabur terhadap seorang yang mempunyai imej sebegini dilantik oleh Kerajaan Malaysia .

PM DS Najib Razak telah mempertahankan perlantikan Isa Samad dengan menyatakan pelantikan bagi mengetuai setiap syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah berdasarkan kemampuan seseorang itu. Saya persoalkan , atas kemampuan apa Isa Samad dilantik bagi mengetuai FELDA yang merupakan aset ekonomi penting negara ? Bagaimana seorang yang terpalit dengan jenayah rasuah diberikan kepercayaan untuk memimpin 112,635 peneroka FELDA seluruh negara ?

Nampak gayanya "kepala perasuah/komisyen" melantik "perasuah" mengetuai FELDA yang mempunyai aset RM15.37 billion . Selamatkah FELDA ?

Ubah sekarang , Selamatkan Malaysia !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan