klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 22 Februari 2011

Tiket makan malam KEADILAN WPKL mula dijual

KUALA LUMPUR: Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur menganjurkan jamuan makan malam pada 12 Mac ini dengan tema ‘Ke Arah Kuala Lumpur – Selesa, Selamat dan Sejahtera’.

Mengikut aturcara, ia dimulai kehadiran tetamu khas iaitu Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku Presiden KEADILAN.

Timbalan Ketua Cabang Setiawangsa, Steven Tan KH selaku pengerusi program dijangka memberi ucapan aluan, diikuti ucapan Pengerusi MPN KEADILAN WP, Dr Idris Ahmad.

Majlis itu turut akan memperdengar ucapan khas Anwar sebagai penutup program yang akan diserikan dengan persembahan bunga api, kira-kira jam 11 malam.

Ahli parti yang berminat menyertai majlis itu boleh membeli tiket yang disediakan berdasarkan harga dan tempat duduk.

Semua cabang iaitu Segambut, Setiawangsa, Batu, Kepong, Wangsa Maju, Cheras, Bukit Bintang, Bandar Tun Razak, Putrajaya, Titiwangsa dan Lembah Pantai memperuntuk tiga jenis tiket bermula dari harga RM100 (200 tiket), RM80 (300 tiket) dan RM60 (500 tiket).

Bagi yang berminat untuk semeja dengan Anwar dan Wan Azizah serta Dr Idris, butiran tiket seperti berikut:

VVIP (1 meja): RM10,000 setiap tiket (7 tiket sahaja dengan 2 tiket komplimentari)
VIP (5 meja) : RM3,000 setiap tiket untuk semeja dengan Ahli Parlimen (9 tiket x 3 meja) dan RM1,000 setiap tiket untuk semeja dengan Ketua Cabang (9 tiket x 2 meja dengan 1 tiket komplimentari). Konfeti (100 orang): RM1,000 – diberi 1 tiket komplimentari

Tiket boleh didapati di semua konstituen Parlimen KEADILAN dan bukan parlimen termasuk cabang.

Untuk maklumat lanjut layari laman ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan