klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 28 Mac 2011

Azmin: Menteri Dalam Negeri celaru dan sasau

KUALA LUMPUR: “Menteri Dalam Negeri dah celaru dan sasau,” kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Demikian respon beliau dalam twitternya pagi ini berhubung kesalahan tarikh yang tertera dalam notis arahan supaya beliau memberikan keterangan kepada polis.

“Saya terima Notis Seksyen 111 (Kanun Prosedur Jenayah) dari ASP Annas Sulaiman yang mengarahkan saya hadir di IPD (Ibu Pejabat Daerah) Ampang jam 10 pagi ini. (Namun) Tiada alasan diberikan.

“(Bagaimanapun) Notis Seksyen 111 yang diserahkan kepada saya tengah malam tadi bertarikh 26 November 2011,” lapor Azmin.

Kira-kira jam 11.30 malam tadi, sepasukan polis ‘menyerbu’ rumah Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak di Taman

Tunku Abdul Razak (TAR), Ampang. Bagaimanapun, Azmin tiada di rumah kerana menghadiri satu mesyuarat parti.

Polis dikatakan memberi tempoh sehingga Khamis ini.

Kehadiran polis itu dipercayai ada kaitan dengan ceramah pelancaran Kempen Tolak Fitnah II dan DNA: ‘Datuk Najib-Altantuya’ yang dihadiri ribuan penyokong Pakatan Rakyat di kawasan milik persendirian di Taman Melawati, kelmarin.

Pagi ini, Azmin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa menghadiri majlis perasmian sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang disempurnakan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Perbahasan bermula. Saya mengambil tempat pertama menjunjung kasih di atas Titah Tuanku Sultan. Bersedia bahas isu rakyat Selangor,” lapor Azmin lagi dalam twitternya pagi tadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan