klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 23 Mac 2011

Tangkap segera ‘Datuk T’

KUALA LUMPUR: Pihak polis perlu menahan dan menangkap segera individu yang memperkenalkan dirinya sebagai ‘Datuk T’ kerana memiliki dan menayangkan rakaman video lucah, kata peguam Karpal Singh.

Karpal berkata, rakaman tersebut, yang kononnya melibatkan adegan seks individu yang menyerupai Datuk Seri Anwar Ibrahim, menyalahi undang-undang negara.

Menurutnya lagi, beliau terkejut kerana polis masih belum bertindak untuk menangkap ‘Datuk T’ selepas ‘tayangan’ yang dilakukan semalam.

“Beliau terang-terangan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem, 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan Jenayah. Sepatutnya semalam lagi polis menangkap beliau,” kata Karpal.

Kedua-dua seksyen itu menyebut tentang larangan memiliki, mengedarkan dan menayangkan filem lucah atau sepertinya yang melanggar kesopanan awam.

Karpal juga menempelak Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang membuat penafian polis tidak terlibat dalam video tersebut sedangkan siasatan belum pun bermula.

Malah, polis juga sepatutnya sudah mula bertindak sama ada laporan dibuat atau pun tidak.

“Hishammuddin adalah peguam terlatih. Ia perkara asas buat polis, apabila mereka dapat tahu sesuatu jenayah itu dilakukan, mereka sendiri perlu membuat laporan bagi memulakan siasatan,” kata Karpal.

Awal pagi tadi, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat satu laporan polis di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi berhubung fitnah terbaru mengaitkan beliau dengan satu rakaman aksi seks.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan