klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 9 Jun 2009

AMK DESAK SITA SEMUA PROJEK MEGA ZAMAN IDRIS JUSOH


AMK Terengganu mendesak Kerajaan Negeri Terengganu menyita kesemua projek mega yang telah diarahkan oleh YAB MB Terengganu untuk dibuat pemeriksaan oleh pihak Jabatan Kerjaraya Negeri Terengganu . Bangunan-bangunan tersebut ialah Lapangan Terbang Sultan Mahmud, Kompleks Renang dan Stadium Tertutup di Gong Badak.
Sebelum ini Buletin online dan TV3 telah melaporkan berlaku kebocoran di Kompleks Akuatik Terengganu ( Kompleks Renang ) mengalami keretakan dan kebocoran yang amat teruk yang boleh mengundang kecelakaan kepada orang ramai . Ahmad Said juga dalam kenyataannya menafikan dengan menyatakan akibat air hujan menjadi keadaan sebegitu . Visual oleh Buletin TV3 dapat disaksikan bagaimana keadaan tersebut benar-benar bahaya dan tidak menjamin keselamatan .
Justeru bagi mengelak sebarang kecelakaan dan kemalangan jiwa , justeru AMK meminta agar kesemua bangunan tersebut di buat siasatan rapi dan tindakan pertama ialah menyita kesemua bangunan tersebut .


Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

PENDIRIAN SAYA DAN AMK TERENGGANU TERHADAP ISU KERAJAAN PERPADUAN

Petang tadi dalam jam 4 lebih petang , saya dihubungi wartawan Sinar Harian , Cik Ayu , bertanyakan tentang Kerajaan Perpaduan . Apakah pandangan AMK ? saya jelaskan bahawa saya dan AMK Terengganu tidak bersetuju terhadap cadangan Kerajaan Perpaduan yang diutarakan oleh YB Datuk Seri Hj Abdul Hadi Awang , Presiden PAS sewaktu perasmian Muktamar PAS ke 55 . Apa yang perlu ialah memastikan Pakatan Rakyat menjadi kerajaan dan menolak UMNO . PAS seharus menjadikan segala pengalaman sewktu dalam Barisan Nasional dan paling ketara insiden rampasan kuasa oleh UMNO di Perak cukup kurang ajar dan biadap dan tidak boleh dimaafkan .
Saya tegaskan bahawa UMNO sebuah parti yang penuh tipu daya . Saya bersetuju dengan pandangan YAB Datuk Seri Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat , Musyidul Am PAS yang tidak bersetuju dengan pembentukan Kerajaan Perpaduan sepertimana dicadangkan oleh Presiden PAS . UMNO adalah parti penuh dengan rasuah dan penyelewengan .
Saya nyatakan bahawa isu Kerajaan Perpaduan tidak pernah dibincangkan dalam Majlis Tertinggi Pimpinan Pakatan Rakyat sepertimana dinyatakan oleh Penasihat DAP , YB Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PKR , Dr. Syed Husin Ali . Saya menghormati pandangan Presiden PAS dan berkeyakinan dapat menjelaskan isu ini dalam mesyuarat pimpinan Pakatan Rakyat .
Cik Ayu bertanya bermakna AMK tidak bersetuju ? Saya tegaskan bahawa TIDAK BERSETUJU dengan gagasan tersebut .
Saya serahkan kepada pucuk pimpinan Pakatan Rakyat untuk membuat keputusan yang terbaik dalam isu tersebut . Hari ini Najib Razak cuba menangguk di air yang keroh . Biasalah dalam suasana ketegangan isu Kerajaan Perpaduan , UMNO akan mengambil kesempatan . Saya masih tidak dapat menerima perpaduan dengan UMNO . Dan saya nyatakan UMNO lah menjadi punca perpecahan rakyat negara ini terutama orang melayu . Kenapa masih hendak bersama dengan UMNO ?
Walaupun tidak bersetuju dengan gagasan Kerajaan Perpaduan ini , saya harap dapat diselesaikan dengan baik .

Anwar: Bersama Membawa Agenda Perubahan - TVA

June 08, 2009

Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat Anwar Ibrahim dalam perutusan sempena muktamar PAS ke 55 di Shah Alam melahirkan rasa bangga terhadap perjuangan PAS dalam politik negara.
Menurut beliau Pas merupakan salah satu organisasi politik yang tertua di negara ini. Perjuangannya tercetus kerana mahu Islam dihayati oleh pimpinan negara, memastikan keadilan untuk semua dan menolak belenggu penjajah yang masih jelas kelihatan terhadap Perikatan ketika itu.
"Sosok seperti Dr Burhanuddin al Helmy, Prof. Zulkifli Mohammad dan Ustaz Abu Bakar al Baqir dari Gunung Semanggol menyuntik semangat kepada saya untuk terlibat bersama-sama memaknai perjuangan memerdekakan bangsa melalui wadah Abim," ujar beliau.
Tulisan Dr Burhanudin serta masyarakat dan Syariat Prof Zulkifli telah menyedarkan kami aktivis Islam ketika itu untuk bersikap merangkul dan tidak meminggirkan, walau apapun agama dan bangsa seseorang itu.Jelas beliau lagi apa yang dinikmati PAS kini melalui perjuangannya dan tidak ada pihak pun yang berhak menafikan sumbangan PAS dalam menjalankan sistem demokrasi di Malaysia.
"Momokan ciptaan Umno-BN bahawa PAS tidak mungkin meraih sokongan masyarakat bukan Islam hanya tinggal sebagai mitos. Pilihan raya Mac 2008 membuktikan kerjasama Pas dengan Keadilan dan Dap merupakan pilihan terbaik buat rakyat Malaysia untuk melaksanakan Perubahan," kata beliau lagi.
Beliau berharap selepas muktamar ini, PAS akan dapat menjalinkan kerjasama yang lebih utuh dengan Pakatan Rakyat.TVA
FM - lu fikirlah sendiri !

Anwar Alukan Dialog Obama-Negara Islam - TVA

June 08, 2009

Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim mengalu-alukan usaha Presiden Amerika Syarikat Barack Hussein Obama merapatkan jurang dunia Islam dan Barat.Dalam temubual secara langsung oleh British Broadcasting Corporation (BBC), Anwar berkata walaupun penyelesaian kepada kemelut Islam-Barat belum lagi kelihatan, namun rangka lawatan Obama adalah langkah permulaan merungkai konflik itu.Anwar berkata ucapan Obama di univerisit Kaherah baru-baru ini mampu menganjak hubungan antara Amerika Syarikat dan Islam di rantau Timur Tengah.
Apa yang perlu, katanya, adalah dialog berterusan dengan gerakan-gerakan Islam."Ucapan Barack Obama amat berani dan bermakna. saya tidak percaya ia boleh memuaskan semua pihak, bagaimanapun penting untuk kita lihat bahawa beliau dalam ucapannya merujuk kepada Hamas dan peranan gerakan itu, komitmen beliau untuk menarik keluar tentera Amerika Syarikat dari Iraq, serta penyelesaian kepada krisis Israel-Palestin," kata Anwar."Namun apa yang kritikal adalah bagaimana dunia Islam akan respon kepada seruan beliau: Hamas harus digalakkan untuk respon, Iran perlu digalakkan untuk menyertai siri-siri rundingan walau bagaimana sukar sekalipun, kerana ini peluang terbaik untuk dunia Islam melihat seorang Presiden Amerika Syarikat yang komited dan berani," kata Anwar.
Presiden AS pada 4 Jun lalu mengadakan rangka lawatan ke Timur Tengah bagi menganjurkan dialog persefahaman bersama gerakan-gerakan Islam serta kerajaan-kerajaan rantau itu.Presiden kulit hitam pertama Amerika itu berkata perubahan mendadak yang dibawa oleh kemodenan dan kesejagatan menyebabkan ramai orang Islam memandang Barat sebagai musuh kepada tradisi Islam.Bagi membuktikan keikhlasan lawatannya, Obama memetik al-Quran dan hadis sepanjang ucapan beliau.
Obama juga mengelak dari menggunakan perkataan ekstremis Islam, menggantikannya dengan ekstremis ganas dan merujuk Palestin sebagai sebuah negara.Anwar mengingatkan bahawa gerakan-gerakan ganas yang bercambah hari ini bertitik-tolak dari ketiadaan proses demokrasi yang jitu serta ruang reformasi yang ditutup oleh pemerintah-pemerintah kuku besi yang diantaranya diangkat sendiri oleh Amerika Syarikat.
"Isu Arab-Israel adalah penting. Tidak ramai yang berpuas hati dengan cara Presiden menangani kes Afghanistan, tetapi apa yang melegakan adalah komitmen beliau kepada agenda demokrasi - bahawa kerajaan yang memerintah haruslah kerajaan yang dibentuk secara sah, dan menghormati sentimen rakyat," katanya.
"Kita bagaimanapun perlu melihat kesan dari kenyataan Barack Obama ini, kerana kritikan terhadap pentadbiran beliau dan pentadbiran sebelumnya adalah tingkah-laku yang bercanggah - antara seruan mereka kepada demokrasi dan reformasi, dan dalam masa yang sama sokongan terhadap diktator dan rejim-rejim penindas di serata dunia," tegas Anwar.Anwar berharap Obama meminta maaf diatas tindakan Amerika Syarikat mempertahan keganasan ke atas masyarakat Islam di Palestin, Iraq, dan Afghanistan, namun apa yang lebih utama sekarang ini adalah merealisasikan ucapannya kepada kenyataan.
"Barack Obama adalah Presiden Amerika Syarikat, beliau bukanlah jurucakap dunia Islam, tetapi untuk beliau tiba di persimpangan ini dengan kenyataan yang kuat, merayu kepada dialog bersama dunia Islam sebagai rakan yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah bukan sahaja unik, tetapi juga tidak terjangka," kata Anwar.
"Tetapi saya lebih prihatin dengan bagaimana dunia Islam akan menyahut seruan Obama itu. Osama bin Laden tidak mewakili sentimen Muslimin. Majoriti mahukan keamanan, keselamatan dan penghormatan. Saya percaya Hamas boleh diyakinkan untuk menyahut seruan Obama itu, tetapi Hamas tidak yakin kerana terdapatnya sikap berat-sebelah Amerika Syarikat dan perlindungan dan pengiktirafan kepada pengganas rejim Israel," kata Anwar.
"Namun sekiranya Obama boleh menyakinkan Hamas untuk sekurang-kurangnya duduk berunding, maka tentunya itu salah progres yang besar. Walaupun penyelesaian masih jauh, sekurang-kurangnya ia telah bermula," tegas Anwar.TVA

Isnin, 8 Jun 2009

UMNO Macam Kucing -MB Kedah


SHAH ALAM, 7 Jun 2009: Umno umpama kucing ...baik di depan tetapi awas, di belakang kita dia akan curi ikan kita. Kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak ketika membuat ucapan penangguhan di Muktamar PAS ke 55 dekat sini hari ini.
"Menjadi perangai kucing juga dia akan berak di mana-mana sahaja hatta atas sejadah sekalipun," kata Azizan yang disambut gelak ketawa perwakilan dan pemerhati muktamar. Namun, Azizan berkata,
"kita tetap masih boleh runding dengan Umno ni." Azizan berkata, sehingga hari ini, Umno masih berusaha untuk mencuri Adun PAS dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan negeri Kedah.

"Mereka tidak berhenti dari membuat kerja ini," kata Azizan.(AK)

FM- adalah diingatkan akan jua wahai Datuk Seri Bendahara Negeri Kedah bahawa arakian menyebut , binatang yang berbulu berkaki empat bermisai ceracak ... apabila akan ianya hendak mengeluarkan hampas perut , maka dilantaknya di mana sahaja biasanya jamban paling ok adalah di atas tanah sukanya . selepas itu lalu dihidu akan tahinya itu selepas ianya melepas . sesudah dihidu dan dicium-cium akan baunya ( mesti stim giler ) , lalu dikambus agar tidak diketahui akan orang akan isi perutnya itu . tapi sepertimana akan biasanya , tetap akan diketahui orang akan najisnya sebab baunya tetap kuat walau dikambus sedalam mananya pun..tammat !

TRAGEDI 06/02 : SPRM BUTA , POLIS BISU



Saya masih benar-benar kesal terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) dan Polis DiRaja Malaysia ( PDRM ) yang terus bersikap diam membisu dan membutakan mata dengan tragedi 06/02 Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh .
Saya tidak akan terus berhenti untuk mendesak agar 2 badan pengamal undang-undang ini bertindak dengan telus , jujur , amanah dan profesional terhadap insiden ini .
SPRM dan PDRM seharusnya bertindak pantas dan segera . Saya benar-benar hairan kenapa SPRM tidak mengambil sebarang tindakan dan membisu sejak runtuhnya stadium tersebut pada 2 Jun 2009 .
YAB Datuk Ahmad Said ada menyatakan sehingga sekarang beliau tidak pernah dihubungi oleh SPRM berkaitan kejadian tersebut untuk diambil keterangan . SPRM agaknya sudah buta sehingga sekarang tiada mengambil sebarang tindakan .
Saya sekali lagi mengulangi desakan terhadap pihak PDRM yang terus membisu tanpa sebarang tindakan terhadap insiden tersebut. Sehingga sekarang saya tidak dipanggil oleh Pegawai Penyiasat untuk di rakam percakapan . Pelik dan menghairankan . Kalau sebelum ini , sekiranya saya tidak hadir untuk di rakam percakapan maka bertubi-tubi mereka talifon untuk meminta saya berjumpa pegawai penyiasat bertugas . Saya telah membuat laporan polis pada 3 Jun 2009, sehari selepas stadium tersebut runtuh .
Saya teruskan tindakan saya dengan membuat Sidang Media pada 4 Jun 2009 di Uncle Chua Kopitiam , Ladang , Kuala Terengganu . Dalam Sidang Media tersebut saya tegaskan bahawa Datuk Bandar MBKT perlu disiasat segera kerana beliau terlibat dengan pengeluaran CF Stadium tersebut . Tapi tidak mendapat perhatian pihak PDRM ,
Rakyat Terengganu sedang menunggu keputusan dan tindakan pihak SPRM dan PDRM terhadap kes ini . Rakyat inginkan ketelusan dan kerja profesional dua agensi ini .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

TIGA KEUTAMAN KERAJAAN MAMPU WUJUD KEADILAN SOSIAL: NAJIB

Najib Razak berkata kerajaan sudah mengemas kini dan menggubal dasar bagi mendepani kemelut ekonomi global.
"Model baru ekonomi ini akan menuas kreativiti, menuil inovasi serta menunjang nilai tinggi. Sehubungan itu, sebuah majlis penasihat ekonomi sudah dibentuk untuk menjayakan hasrat pembentukan model baru ekonomi ini," katanya.

FM - BERSAMA KITA MENUAS NAJIB , MENUIL NAJIB DAN MENERAJANG NAJIB ! selamatkan 1 Malaysia daripada Najib Razak ! Baru ni Najib Razak ke China untuk membina kembali sokongan masyarakat cina di Malaysia . Nampaknya tidak berapa menjadi . Kini Najib Razak terus gagal menyelamatkan PPP yang kini ada 2 team . Najib ikhtiraf Kayveas . Murugiah pasti menunggu saat untuk membalas dendam .
On June 3rd Anwar Ibrahim spoke at the French Institute of International Affairs in Paris on the topic of Islam and the West. He stated in his speech:
Barack Obama has assumed the office of the President of the United States at a moment when the relationship between Islam and the West is among the most important political and social issues in the world. We see in him a leader committed to the values of freedom and democracy, and a president who believes that the critical issues dividing the United States and the Muslim world can be resolved not through fiery rhetoric and bellicose language but by positive engagement in a language of mutual respect.
The following day during an interview with BBC World News Anwar Ibrahim said that it is now important for the Muslim world to reciprociate in a way that demonstrates they are willing partners in the putsuit of a "new beginning." Anwar emphasied the need for America to find credible partners with whom it can deal and restated his conviction that the move from autocracy to democracy must emanate from the Muslim countries themselves and cannot be imposed from outside.
On Sunday June 7th Anwar Ibrahim will be a guest on Fareed Zakaria's CNN program "GPS" and will join a panel of experts from the Muslim world to discuss President Obama's speech.

SEBALIK PEMBIKINAN STADIUM

Dipetik daripada blog http://terengganulening.blogspot.com/ . Bertarikh 14 Mei 2008 . Blog yang menjadi pencacai dan penjilat Mad Said , UMNO dan BN Terengganu
Kesahnya bermula, apabila kerajaan negeri mengada lawatan melihat Stadium Olimpik Korea Selatan, Komplek sukan Pushan, Taiwan. Rombongan diketuai Tan Sri Wan Mokhtar Menteri Besar Terengganu & Pengerusi, Jawatankuasa Sukan & Belia, Dato' Ahmad Sidi pada tahun 1984. Pada tahun 1986-87 masih lagi belum lagi dikeluarkan tender walaupun pembinaan telah di hebohkan. Pada tahun 1989 diumunkan bahawa stadium baru akan dibina pada tahun 1990 yang menelan RM100 juta dengan kapisiti penonton 100,000 orang. Lepas tu senyap, dengar2 cerita rekabentuk diubah balik kerana kapisiti penonton 100,000 orang kepada 50,000 orang sahaja. Pada 1995, kedengaran sekali lagi projek ini akan diteruskan lagi dan diserah kepada kontraktor EPIC- BABENA untuk membinanya. Kedengaran cerita tiang piling bila diketuk tidak sampai dasar tanah. Bila gawat pada tahun 1998, pembinaan tergendala lagi hanya kerja-kerja cerucuk yang hampir siap. Pada 1999, perubahan politik melanda Terengganu terus projek tenggelam. Pada tahun 2004, projek ini menjadi manefesto BN.
Alhamdulillah, bila BN menang, projek ini diteruskan & pada 10 mei 2008, stadium menjadi kenyataan bila Yang DiPertuan Agong Malaysia merasmikan stadium yang paling canggih yang berharga RM270 juta dengan kapisiti penonton 50 000 orang menjadi kenyataan. Ianya menjadi kebanggaan rakyat Terengganu & bertambah lagi ikon baru di Terengganu. Stadium ini diberi nama Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Pada 31 Mei - 9 Jun 2008, berlangsunglah SUKMA ke 12 di Kuala Terengganu.

SEKARANG !!!

FM - DOK ROK CETONG !!!! IKON TERENGGANU YANG LAHIR DARIPADA MANIFESTO BN TERENGGANU AKHIRNYA MENYEMBAH BUMI PADA 2 JUN 2009 . MEMAHAT SEJARAH MENCIPTA TAMADUNGGGGGG PALING BENGGONG DAN MEMALUKAN RAKYAT TERENGGANU DAN MALAYSIA !

Tuanku Mizan dukacita , Mad Said sukacita


KUALA TERENGGANU 6 Jun - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dukacita dengan tragedi runtuhan sebahagian bumbung stadium yang dinamakan sempena nama baginda di Kompleks Sukan Negeri di Gong Badak Selasa lalu.
Menurut Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, beliau sendiri telah menyampaikan sembah maklum mengenai tragedi itu kepada Tuanku Mizan pada hari kejadian dan baginda melahirkan perasaan sedih serta dukacita terhadap insiden yang berlaku itu.
Menurutnya, semalam beliau sekali lagi menghadap baginda untuk mempersembahkan maklumat dan gambar-gambar runtuhan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kepada baginda dan Yang di-Pertuan Agong kelihatan dukacita dengan perkara itu.
''Sudah tentu baginda sedih dan dukacita terhadap apa yang berlaku," katanya ketika ditemui selepas menyertai Polis Terengganu dalam operasi membanteras lumba haram dan mat rempit di sini malam tadi.
Berhubung siasatan tragedi itu, Ahmad Said memberitahu, beliau sedia mendedahkan kepada umum apa jua kepincangan yang berlaku sebagai ingatan kepada semua pihak terutama pihak berwajib agar peristiwa sedemikian tidak berulang.
Menteri Besar sekali lagi mengingatkan semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini supaya melakukan pemeriksaan keselamatan terhadap semua bangunan tumpuan awam di kawasan masing-masing sebagai langkah berjaga-jaga.
Malah katanya, beliau sendiri akan melawat semua bangunan tersebut untuk memastikan arahan itu dipatuhi.
Menurutnya, pemeriksaan bukan hanya daripada segi struktur, tetapi juga perlu meliputi aspek pendawaian serta beban yang boleh ditampung terutama bangunan yang telah berusia.
Jelasnya, ada di antara bangunan tumpuan awam di negeri ini umpama jerangkap samar yang bila-bila masa boleh mendatangkan tragedi kepada orang ramai kerana strukturnya yang tidak sesuai.
Ahmad memberitahu, beliau dimaklumkan bahawa salah sebuah bangunan tersebut ialah Pasar Raya The Store di Kampung Cina di sini yang asalnya adalah bangunan rumah kedai, namun diubah suai menjadi pusat membeli-belah.
''Dahulu bangunan itu bukan dibuat untuk pasar raya. Asalnya ialah rumah kedai dan saya bimbang dengan ketahanan bangunan itu sendiri terutama apabila musim perayaan dengan barang yang banyak dan orang yang ramai membeli-belah.
''Bangunan itu boleh memuatkan berapa orang sahaja bebannya, tetapi telah menjadi pasar raya. Kalau ada pesta hari minggu, beribu orang berada di dalamnya. Ini merupakan jerangkap samar kepada orang ramai," ujarnya.
Mengenai siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap tragedi itu jelasnya, setakat ini beliau belum dihubungi oleh suruhanjaya itu untuk diambil keterangan.
Ahmad berkata, beliau bersikap terbuka dalam hal ini dan bersedia memberi kerjasama kepada semua pihak untuk mengenal pasti punca tragedi runtuhan bumbung stadium berkenaan.

Ahad, 7 Jun 2009

NIK AZIZ : KERAJAAN PERPADUAN MENGARUT

Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".
"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.
"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi.

Kuliah politik Prof Dr Aziz Bari 8 Jun

KULIAH POLITIK PERAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN

Prof Dr Aziz Bari

Tarikh:8 Jun 2009 (Isnin)

Waktu:9.30 malam

Tempat:Pejabat Pas,Pusat Komersil Tmn Meru 2B,Ipoh, Perak

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Aktiviti Saya Hari Ini - 7 Jun 2009

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) ke 23

Di Ibu Pejabat Parki Keadilan Rakyat
Merchant Square

Jam 2 petang

TERUSKAN PERJUANGAN WALAUPUN KECUNDANG !!!


SYED HUSIN ALI RESPON KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO/BN

Saturday, June 06, 2009

Sehari selepas DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional, PKR - satu lagi rakan PAS dalam Pakatan - pula menafikan perkara itu.
Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno.Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut.
Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.
Syed Husin berkata, beliau secara peribadi tidak percaya yang partinya akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Umno "selagi ia meneruskan amalan dan dasar-dasar korup dan tidak demokratik".Katanya lagi, adalah mustahil bagi PKR untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkan oleh Syed Husin mempunyai "watak yang meragukan".