klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 12 Jun 2009

Nik Aziz bidas golongan pertahan kerajaan perpaduan


Thursday, June 11, 2009 7:06 PM

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini membidas golongan dalam parti itu yang mempertahankan cadangan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membentuk satu kerajaan perpaduan dan menyifatkan mereka ini sebagai "boneka Umno".
Katanya beliau tidak bersetuju dengan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Mustafa Ali, supaya semua pemimpin PAS dan pakatan pembangkang tidak lagi membuat kenyataan terbuka berhubung isu kerajaan campuran itu bagi mengelak kekeliruan dalam kalangan ahli parti."Saya tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu... keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat. (Yang sokong) perpaduan ini boneka Umno, terang dan jelas."Suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno," katanya kepada pemberita selepas meraikan rombongan guru Kelas Fardu Ain dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIs) di kediaman rasminya di JKR 10 di sini, hari ini.
Nik Aziz berkata jika ada pihak yang memperkatakan mengenai kerajaan perpaduan, ia sebenarnya adalah ilham Umno.Kepada soalan bahawa isu perpaduan ini ditimbulkan oleh Hadi sendiri, Nik Aziz berkata kenyataan itu bukannya menggambarkan kehendak PAS.
"Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya.
Mengenai saranan Mustafa supaya pemimpin Pas dan pakatan pembangkang berhenti daripada mengeluarkan kenyataan berhubung isu itu, Nik Aziz berkata tidak ada sebab ahli parti tidak boleh mempersoalkan isu itu.
"Soalnya tutup kerana apa? Percanggahan pendapat itu bukan datang dari PAS, tapi orang tertentu dalam PAS, dia sudah berasa bahaya bagi dia, maka dia minta tutup. Mana boleh tutup mulut manusia," katanya. Mstar.

Lagi p'raya kecil? ADUN DAP serah surat letak jawatan


Thursday, June 11, 2009

Rakyat Malaysia yang tidak habis-habis berdepan dengan pilihanraya kecil, mungkin menyaksikan satu lagi - kali ini DUN Jawi di Pulau Pinang.ADUN DAP, Tan Beng Huat telah menyerahkan surat perletakan jawatannya tanpa tarikh kepada pucuk pimpinan parti itu.
Dalam surat itu, beliau berkata akan mengosongkan kerusinya jika didapati bersalah dalam siasatan rasuah terhadapnya sekarang.
Surat Tan (Kiri sekali) itu telah mencetuskan khabar angin bahawa satu lagi pilihanraya kecil akan diadakan di Pulau Pinang, selepas pilihanraya kecil di Penanti pada 31 Mei lalu.Manakala pilihanraya kecil Parlimen Permatang Pauh diadakan Ogos lalu.
Pengerusi DAP negeri, Chow Kon Yeow mengesahkan telah menerima surat Tan pagi ini dan akan menyerahkannya kepada ketua menteri yang juga setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng. Katanya, Tan menyerahkan surat peletakan jawatan itu secara sukarela "sebagai tanda bertanggungjawab" terhadap dakwaan rasuah yang dibuat oleh rakannya dalam parti itu dari Nibong Tebal.
Tan, 48, yang menyertai DAP lima tahun lalu, memberitahu sidang akhbar kemudiannya bahawa beliau telah mengemukakan surat peletakan jawatan itu sebagai "jaminan" sekiranya dia didakwa atas tuduhan rasuah.Beliau bagaimanapun, menafikan dakwaan rasuah itu.Sebaliknya, beliau menubuhkan rakannya itu sengaja mereka cerita itu untuk memalukannya dan kerajaan Pakatan Rakyat. Malaysiakini.
FM - BERANI KERANA BENAR - tindakan SPRM benar-benar tidak telus dan bertindak atas pendakwaan terpilih sangat-sangat saya kesali . Saya tidak membangkang sekiranya SPRM mengambil pendekatan menyiasat dan mendakwa sesiapa sahaja sama ada pimpinan parti pembangkang sekiranya mereka benar-benar terbabit dengan amalan menjijikkan ini . Tetapi SPRM juga harus bersikap profesional membuat tindakan yang sama terhadap pemimpin parti kerajaan ( merujuk kepada UMNO / BN ) .
Tetapi yang dapat kita saksikan ialah , bila tuduhan dikenakan kepada pimpinan pembangkang daripada Pakatan Rakyat , tindakannya sepantas kilat . Tapi bila terhadap pimpinan UMNO / BN lambatnya seperti siput babi atau terus hilang segala tuduhan , apa lagi pendakwaan tidak ada langsung . Kes stadium runtuh sehingga sekarang SPRM 'memekakakan telinga , membutakan mata'.
Banyak laporan BPR ( sekarang SPRM ) telah dibuat oleh saya dan AMK , tetapi mereka terus diam tanpa sebarang tindakan . SEhingga sekarang status siasatan dan tindakan tidak diketahui . Kes PKNZ yang melibatkan skandal penyelewengan terbesar pun SPRM bertindak sangat lambat .
SPRM adalah wajar dan perlu berada di bawah parlimen . Meletakkan SPRM di bawah kekuasaan Perdana Menteri atau Jabatan Perdana Menteri tidak akan menjana ketelusan , integriti dan kredebiliti SPRM . Ikan bilis ditangkap , jerung besar dibebaskan atau terus bebas .
Tidak ada makna sekadar tukar nama tapi perangai tetap sama !

Ahmad Said ‘Hangat-hangat Tahi Ayam’

Thursday, 11 June 2009

KUALA TERENGGANU - Apabila berlaku tragedi runtuhnya bumbung Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium, Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said bersemangat dan bersungguh-sungguh untuk mencari punca yang menyebabkan ia runtuh, walaupun baru hanya setahun digunakan.
Dalam sidang media selepas mesyuarat Exco kerajaan Trengganu minggu lalu, Ahmad telah menyatakan kerajaan negeri telah membuat keputusan dalam mesyuarat Exconya, akan melantik satu kumpulan penyiasatan sendiri, professional dari luar negeri.
Tiba-tiba, ternyata Ahmad Said seorang Menteri Besar yang ‘hangat-hangat tahi ayam’ dalam melaksanakan perkara yang telah menjadi keputusan kerajaan negeri itu.“Tidak ada jawatankuasa (penyiasat) bagi pihak negeri, sebagaimana dinasihatkan oleh Timbalan Perdana Menteri, adalah terbaik sekiranya hanya satu jawatankuasa yang menyiasat perkara tersebut,”katanya semalam.
Sedangkan minggu lalu beliau berkata, disamping kerajaan pusat, kerajaan Terengganu perlu ada jawatankuasa penyiasatan sendiri yang mungkin memberikan pandangan yang berbeza dengan jawatankuasa yang ditubuhkan oleh kerajaan pusat.
Ahmad sepatutnya mempertahankan keputusan kerajaan negeri kerana perbelanjaan membina stadium tersebut adalah dari hasil wang royalti minyak bukan dari kerajaan pusat.- buletinonline

FM - Tindakan dan kesungguhan Mad Said untuk mendedahkan kepincangan dan punca runtuhnya Stadium Sultan Mizan Zianal Abidin rupanya bukan sahaja 'hangat-hangat tahi ayam ' sahaja , tapi 'hangat-hangat semua tahi dalam dunia ini' . Difahamkan kerana takut kedudukkan beliau sebagai MB Terengganu tergugat dan tindakan mewujudkan pasukan penyiasatan dari luar negara yang dilantik oleh Kerajaan Negeri Terengganu akan terdedahnya kepincangan , penyelewengan dan punca-punca tragedi tersebut akan terus menjahanamkan UMNgok Terengganu .

Bagi Mad Said , kerja benggong Deris Jusoh and the geng mesti didedahkan . Perang sabil antara Mad Said dan Deris Jusoh sudah terang lagi bersuloh. Rakyat Terengganu dan 1 Malaysia dah tahu . Tindakan Mad Said akur dengan Timbalan Presiden UMNgok membuktikan kegagalan Mad Said mengurustadbirkan Kerajaan Negeri Terengganu . Sehingga keputusan EXCO Kerajaan Negeri pun tidak dihormati oleh 'orang luar'. Sedangkan ini wang rakyat Terengganu . Wang daripada royalti petroleum bukan wang Kerajaan Pusat untuk membina stadium tersebut . Maka menjadi hak Kerajaan Negeri untuk menentukan keputusan , bukan Kerajaan Pusat . Apatah lagi arahan tersebut daripada orang no 2 UMNgok . Bukan Kerajaan Pusat .

Khamis, 11 Jun 2009

layari http://chegubard.blogspot.com

Kewujudan kenyataan bersumpah kaitkan pegawai tertinggi PDRM dengan layanan istimewa kongsi gelap harus dipandang serius

pendedahan terbaru Pengarah BPR NS terima 'habuan' dari MB Negeri sembilan

Anwar Minta Dokumen Dari Pendakwaraya


KUALA LUMPUR [7.35 pm] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini memohon Mahkamah Tinggi supaya memerintahkan pihak pendakwa raya untuk membekalkan kepadanya semua dokumen berkaitan kes liwatnya secepat mungkin.
Anwar dalam notis usul yang difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi Jenayah mahu pendakwa raya membekalkan dokumen tersebut sebelum perbicaraan kes liwatnya yang akan bermula dari 1 Julai hingga 24 Julai depan.
Antara dokumen yang diminta Anwar ialah pita rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang asal yang diambil di beberapa lokasi di tempat kejadian di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, Bukit Damansara dari tarikh 25 Jun hingga 27 Jun 2008, sampel DNA, kenyataan saksi termasuk pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kenyataan polis dan beberapa dokumen lain. Anwar, yang turut menyertakan afidavit sokongannya, memfailkan permohonan itu melalui Tetuan S N Nair and Partners, pada jam 2.15 petang ini. Beliau menamakan pendakwa raya sebagai responden.
Dalam permohonan itu, Anwar mahu semua dokumen itu dikemukakan sebelum perbicaraan kerana dokumen itu amat diperlukan, relevan dan mustahak bagi Anwar untuk menyediakan pembelaannya dengan secukupnya dan secara bernas.

Anwar Mohon Agar Kes Liwatnya Ditangguhkan

KUALA LUMPUR [5.32 pm] - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), memohon mahkamah supaya sebarang prosiding kes liwatnya ditangguhkan atau digantung sementara menunggu dan sehingga permohonan membekalkan dokumen-dokumen kes liwatnya selesai. Beliau memohon mahkamah supaya melepaskan dan membebaskan beliau serta merta daripada tuduhan liwat atau prosiding kes liwatnya itu digantung selama-lamanya jika pendakwa raya tidak mematuhi perintah mahkamah tersebut.
Anwar mendakwa beliau melalui peguam caranya, sudah membuat beberapa permohonan bertulis kepada pendakwa raya untuk dokumen-dokumen tersebut tetapi tiada jawapan atau balasan positif, mencukupi dan memuaskan daripada pendakwa raya.
Oleh kerana kes itu membabitkan keterangan DNA dan rakaman CCTV, katanya, beliau perlu mendapatkan pakarnya sendiri untuk memeriksa sampel-sampel DNA serta rakaman CCTV dan melakukan ujian yang sewajarnya.
Beliau juga berkata, pembelaan beliau membabitkan pembelaan alibi dan beliau ingin memberikan notis alibi yang sewajarnya dan jika dokumen-dokumen itu tidak dibekalkan, ia akan melengahkan perbicaraan kes tersebut.

SHURA Gesa Agar Kerajaan Mansuhkan PPSMI


KUALA LUMPUR [3.35 pm] - Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) menggesa kerajaan memansuhkan pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) kerana ia akan menjejaskan kedaulatan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan. Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abd Hamid (foto), berkata sejak PPSMI dilaksanakan pada tahun 2002, ia sudah menjejaskan status dan kedudukan bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar dalam sistem pendidikan negara.
"Shura berpendapat PPSMI dilaksanakan secara tergesa-gesa tanpa penelitian yang terperinci dan tanpa mengambil pendapat daripada pakar bahasa tempatan," katanya. Mohd Azmi berkata demikian kepada pemberita selepas menghantar Memorandum Bantahan terhadap PPSMI kepada Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Engku Ibrahim Engku Ngah di sini, hari ini.
Memorandum tersebut diterima oleh Engku Ibrahim kira-kira jam 11 pagi. Mohd Azmi berkata, kerajaan dan Kementerian Pelajaran tidak boleh memberi alasan untuk meneruskan PPSMI berdasarkan kepada kemerosotan pencapaian pelajar dalam bahasa Inggeris di peringkat Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia.

KENYATAAN MEDIA DSAI TERBARU

Wednesday, June 10, 2009 6:48 PM

—KENYATAAN MEDIA UNTUK EDARAN SEGERA—

10 Jun 2009, Petaling Jaya- Kenyataan ini saya edarkan setelah berbincang dengan Ustaz Abdul Hadi Awang dan Sdr. Lim Kit Siang semalam. Kami mengulangi komitmen untuk memperkukuhkan kerjasama Pakatan Rakyat bagi menjayakan Agenda Perubahan. Kami berpendapat adalah penting untuk memberi peluang dan ruang kepada rakan-rakan parti komponen untuk menjelaskan pendirian mereka berhubung sebarang isu yang berbangkit. Kami percaya perselisihan kecil yang digembar gembur oleh media umno-bn tidak akan meretakkan permuafakatan yang terbina dari iltizam untuk membawa Perubahan kepada rakyat Malaysia keseluruhannya.
Perlu dijelaskan bahawa isu rundingan PAS-umno yang berbangkit dari kenyataan Ustaz Abdul Hadi pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucapan dasar di muktamar tahunan baru-baru ini harus dilihat dalam konteks pidato Presiden Pas. Dalam pidato tersebut Ustaz Abdul Hadi mengulangi komitmen PAS untuk memastikan Perubahan terlaksana melalui wadah Pakatan Rakyat dan menggariskan kewajaran muafakat antara parti bagi menyelesaikan krisis Perak melalui pilihanraya, menggesa agar badan kehakiman bebas dari sebarang kongkongan dan pilihanraya yang telus.
Inshaallah permuafakatan Keadilan, PAS dan DAP akan bertambah utuh dari hari ke hari. Rakyat Malaysia mahukan sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, telus dan cekap mentadbir bagi kembali memacu negara ini ke persada. Pakatan Rakyat bersedia menggalas tanggungjawab demi memastikan negara ini berada di landasan yang tepat.

ANWAR IBRAHIM
KETUA PEMBANGKANG
DEWAN RAKYAT MALAYSIA

Usaha Serius Tangani politik Wang, Cawangan Hantu - TVA

Wednesday, June 10, 2009

Cadangan pindaan perlembagaan Parti Keadilan Rakyat telah diluluskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi dalam mesyuarat pada 26 April lalu dan dikemukakan untuk kelulusan Kongres di bawah Fasal 31 Perlembagaan Parti.Antara tujuan utama cadangan ini adalah untuk:
1- Memperkasakan amalan demokrasi dalam parti
2- Menambahbaik pentadbiran parti
3- Mencegah atau mengurangkan potensi berkembangnya amalan negetif seperti politik wang atau cawangan hantu
4- Memastikan struktur parti disemua peringkat disesuaikan sebaik- baiknya dengan visi dan misi parti sebagai sebuah parti pelbagai kaum yang mewakili semua komuniti.
Pindaan yang terbabit adalah seperti berikut:-
1- Istilah
a- "Bahagian" kepada "Cabang"
b- "Cawangan" kepada "Ranting"
c- "Majlis Pimpinan Tertinggi" kepada "Majlis Pimpinan Pusat"
d- "Perhubungan Negeri" kepada "Majlis Pimpinan Negeri"
e- "Ahli" dan "Keahlian" kepada "Anggota" dan "Keahlian"
2- Proses pemilihan dalam parti
a- Hak memilih pimpinan pusat diturunkan daripada perwakilan kepada semua ahli diperingkat Bahagian
b- Proses pemilihan akan dilakukan secara undi sulit dua minggu sebelum Kongres Nasional ditahun pemilihan
3- Penubuhan "Ranting" sebagai unit operasia
- Ranting akan didaftarkan dengan Bahagian bukan Pendaftar Pertubuhan
4- Struktur Majlis Pimpinan Tertinggi
a- Menambahkan jumlah naib presiden daripada 7 kepada 9
b- had penggal 9 tahun atau 3 penggal untuk jawatan Presiden
5- Struktur Bahagian
6- Struktur Bahagian
a- Keahlian minima untuk menubuhkan Bahagian ditukar kepada 100 ahli daripada 50
7- Keahlian
8- Angkatan Mudaa- Had umur keahlian ditukar daripada bawah 40 tahun kepada 35 tahun dan bawah
9- Kongres Nasional
10- Disiplina- Lembaga Rayuan dimansuhkan supaya sistem disiplin lebih cekap
11- Perkara Lain
a- Nama ringkasan parti ditukar daripada KeADILan kepada KEADILAN
b- Cogan kata parti dijadikan "Keadilan Untuk Semua"TVA

Rabu, 10 Jun 2009

Mahfuz cadang Husam, Mohd Sabu dilantik jawatan utama PAS

Wednesday, June 10, 2009 6:41 AM

KUALA LUMPUR, 9 Jun : - Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar mencadangkan agar Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu diberikan jawatan yang penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.Mahfuz menegaskan kedua-dua pemimpin tersebut merupakan aset penting dalam PAS dan tidak seharusnya ia dipersia-siakan. Jika keduanya tidak diberikan jawatan-jawatan penting ia pastinya akan merugikan parti, jelas beliau.
"Saya mencadangkan agar Dato' Husam dan Mohamad sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian."Mereka berdua merupakan aset penting kepada parti dan ia merugikan jika kita tidak melantik keduanya memegang apa-apa jawatan penting," tegas Mahfuz.
Mahfuz juga menjelaskan, kedua tokoh tersebut merupakan public figure yang mampu menarik sokongan terhadap PAS.Kedua-dua tokoh tersebut juga tegas beliau, mampu mengukuhkan kepimpinan PAS jika diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian.
Mengulas perkara yang sama, seorang lagi Naib Presiden, Salahuddin Ayob turut sependapat dengan Mahfuz yang mahukan kedua tokoh penting PAS itu diberikan jawatan penting dalam parti.Salahuddin menegaskan, beliau akan berusaha memastikan Husam dan Mohamad Sabu diberikan jawatan penting dalam Dewan Harian PAS Pusat.
"Kedua tokoh tersebut masih sangat-sangat diperlukan oleh PAS, jadi perlu keduanya dilantik jawatan penting dalam Dewan Harian."Andai kita membiarkan keduanya tanpa jawatan ibarat membiarkan kilauan permata malap kerana tidak tahu menjaganya," tegas Salahuddin.
Beliau juga menegaskan kedua tokoh penting itu mampu mengukuhkan kepimpinan PAS untuk menguatkan lagi Pakatan Rakyat dan memastikan kemenangan dalam Pilihanraya Umum ke-13 nanti.Dato' Husam Musa dan Mohamad Sabu sebelum ini merupakan Naib Presiden PAS. Harakahdaily.
FM - ambe setuju 100 % cadangan YB Mahfuz dan YB Salehuddin !

sila layari http://chegubard.blogspot.com untuk menonton video "siapa Rosmah?"


Saya trima email daripada chegu bard hari ini . Dan saya kongsikan email beliau dengan semua :

" video ini saya perolehi dari email seorang teman yang tidak dikenali menghantar link sebuah laman blog. Semua boleh menyiarkan semula video ini tetapi elok disiarkan sumber video tersebut http://selamatkanumno/. blogspot.com untuk tujuan keselamatan dan menghargai usaha pembuatan video tersebut. layari segera sebelum ia dimusnahkan "

FM - SAMA KITA TONTON - SIAPA ROSMAH ????? ROSMAH BOTOX? ROSMAH ITIK GEMBO2 ? NTAH AKU TAK TAU ! UNTUK MENGETAHUI KISAH TERSEBUT , LAYARILAH BLOG CHEGU BARD !

Henti Cakap Soal Kerajaan Perpaduan, Benamkan UMNO Benamkan BN

Tuesday, June 09, 2009 7:34 PM
KUALA TERENGGANU - Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali berkata tugas penting perlu dihadapi sekarang adalah melawan UMNO dan memenangkan PAS dalam Pilihanraya Kecil DUN Manek Urai serta mengalahkan UMNO dalam Pilihanraya Umum Ke 13.
Oleh itu, beliau menyeru seluruh pimpinan PAS dan Pakatan Rakyat menghentikan perbincangan mengenai kerajaan perpaduan yang menurutnya hanyalah satu teori dan tidak relevan buat masakini.
"Tugas saya dan jentera adalah lawan UMNO, lawan BN, jadi dalam pilihanraya kecil ini kita nak benamkan UMNO nak benamkan BN, bercakap tentang kerajaan perpaduan tidak relevan pada waktu ini,"tugas kita nak lawan UMNO/BN (di) Manek Urai dan nak lawan UMNO/BN (pada) pilihanraya ke 13 yang akan datang,"katanya dalam sidang media di Pejabat Agong PAS, petang ini 10 Jun.
FM - seorang sahabat menalifon pada saya . Suruh baca kenyataan Dato' Mustaffa Ali , Saya dapatkan dari buletinonline , baca dan fahamkan . Betul cakap sahabat saya tu ... pening , mengelirukan dan tidak faham dengan karenah semua ni . Sahabat tu cakap - " dato pa cakap , kerajaan perpaduan adalah satu teori dan tidak relevan buat masakini .." , sahabat tu mencelah , adakah teori itu akan direalitikan dan tidak relevan buat masa sekarang tetapi relevan untuk akan datang ?" , saya hanya jawap - "lu pikirlah sendiri"...

KENYATAAN RASMI PRESIDEN PKR TERHADAP ISU KERAJAAN PERPADUAN


Tuesday, June 09, 2009 3:58 PM

Saya bagi pihak Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) merakamkan ucapan tahniah kepada Parti Islam SeMalaysia (PAS) kerana berjaya melangsungkan muktamar tahunan kali yang ke-55 di Shah Alam baru-baru ini. Syabas juga saya ucapkan kepada barisan pimpinan PAS yang baru sahaja terpilih di dalam muktamar tersebut.
Muktamar PAS tahun ini menyaksikan isu kerajaan perpaduan menjadi perhatian umum. Pelbagai spekulasi dan andaian telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu berikutan dari ucapan dasar Presiden PAS.
KEADILAN berpendirian adalah sebaiknya untuk kami menunggu penjelasan dari pimpinan PAS berhubung isu kerajaan perpaduan mahupun sebarang bentuk perbincangan dengan Umno.
Sungguhpun begitu, kami tidak menghalang mahupun mempertikaikan hasrat mana-mana pihak untuk berbincang isu-isu yang membabitkan kepentingan nasional.
Saya mengambil kesempatan ini untuk mengulangi komitmen KEADILAN untuk memastikan Pakatan Rakyat sentiasa berada di dalam keadaan kuat dan utuh. Kami yakin rakan-rakan kami, PAS dan DAP juga mempunyai iltizam yang sama demi memastikan agenda perubahan terlaksana di Malaysia.


WAN AZIZAH WAN ISMAIL
PresidenParti Keadilan Rakyat

Stadium Tertutup Juga Retak!

Tuesday, June 09, 2009

KUALA NERUS – Selepas seminggu tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, stadium tertutup yang terletak bersebelahan pula dikesan terdapat beberapa retakan.
Keretakan itu dikesan pada laluan utama kenamaan berhampiran foyer stadium telah dilaporkan sebuah akhbar media perdana.Keretakan itu dikhuatiri akan menjadi lebih teruk sekiranya langkah segera tidak diambil.
Bagaimanapun, menurut akhbar itu, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Rahin Mohd Said, ketika dihubungi enggan mengulas kerana belum menerima laporan berhubung keretakan atau kebocoran di Stadium Tertutup. - buletinonline
FM - saya telah keluarkan kenyataan semalam agar Kerajaan Negeri Terengganu menyita ke semua projek mega yang dibina sewaktu pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh . 3 projek mega yang disebut oleh MB Terengganu , YAB Datuk Ahmad Said yang meminta JKR membuat pemantaun dan siasatan . Kedudukan ke tiga-tiga bangunan tersebut adalah tidak selamat . Sebelum ini Buletinonline dan Buletin TV3 juga mendedahkan situasi Kompleks Akuatik Terengganu yang retak , bocor dan tidak selamat . Beberapa bulan lalu kejadian Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang tercabut bumbung . Sekarang pula terdapat retakan , rekahan dan kebocoran di Stadium Tertutup .
JKR dan Kerajaan Terengganu perlu bertindak menutup atau menyita bangunan-bangunan tersebut daripada digunakan oleh orang ramai . Sehingga sekarang pihak Polis dan SPRM tidak mengambil tindakan . Datuk Bandar Kuala Terengganu terus masih bebas tanpa sebarang tindakan siasatan dan pendakwaan terhadap isu Sijil Layak Menduduki ( CF ) . JKR salahkan kontraktor yang membina bumbung tidak membuat laporan siap kerja dan JKR tidak keluarkan Sijil Siap Kerja sehingga setahun stadium tersebut digunakan . Tiada tindakan oleh JKR walaupun tiada laporan oleh kontraktor tersebut dan stadium terus dirasmikan dan digunakan .
Kontraktor tempatan Bina Struktur Sdn. Bhd. salahkan kontraktor Korea Selatan yang membina bumbung stadium . Bina Struktur hanya bina bangunan stadium ujar mereka . ADUN Ajil Datuk Rasol Wahid dalam Malaysiakini semalam (9 Jun 2009 ) menafikan penglibatan beliau dengan insiden stadium runtuh , Rosol bekas exco kebajikan Terengganu dan setiausaha perhubungan Umno negeri sewaktu pemerintahan Idris Jusoh, diminta menjawab satu artikel di blog Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) yang menggesa beliau menjelaskan insiden tersebut . Macam lagu rakyat "bangau oh bangau". Datuk Seri Idris Jusoh terus diam membisu !
Tak kan nak tungguh satu lagi bangunan tersebut runtuh dan korbankan rakyat Terengganu . Baru hendak mengambil tindakan . Stadium Sultan Mizan menjadi pertaruhan nyawa rakyat Terengganu dan bagi saya satu tindakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan .

Maksimum 9 tahun Presiden PKR boleh pegang jawatan - mStar

Tuesday, June 09, 2009 8:22 AM

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan mengadakan kongres khas Sabtu ini bagi membincangkan pindaan perlembagaan parti itu, antara lain membolehkan 300,000 ahlinya memilih barisan kepimpinan pusat mulai tahun depan.
Selain itu, PKR akan mengehadkan Presiden parti memegang jawatannya bagi satu tempoh maksimum tiga penggal selama sembilan tahun.Ia merupakan antara pindaan fundamental dan istilah yang akan diperhalusi oleh kongres khas, kata Pengerusi Jawatankuasa Pindaan Perlembagaan PKR, R. Sivarasa dan Pengarah Pilihan Raya, Saifuddin Nasution Ismail.
Sivarasa berkata, tempoh had pegang jawatan hanya membabitkan kerusi Presiden parti."Ini kerana jawatan Presiden adalah kedudukan utama dalam parti... kita tidak mahu seseorang Presiden yang dipilih memegang jawatan Presiden untuk tempoh yang lama... kami tidak mahu apa yang berlaku di parti-parti lain berulang di PKR," kata beliau yang juga Naib Presiden PKR kepada mStar Online.
Selain itu, kata beliau, PKR juga bercadang untuk mengadakan pemilihan langsung membabitkan setiap ahli parti."Jika pindaan ini diterima bermakna PKR akan menjadi parti pertama di negara ini mengadakan pemilihan langsung melibatkan semua ahli... sebelum ini kita menggunakan sistem perwakilan bahagian," katanya.Jelas beliau, jika sistem baru ini digunakan bermakna pengundian akan diadakan di setiap bahagian dengan penjumlahan undi akan dibuat di peringkat nasional.
Selain membenarkan kira-kira 300,000 ahlinya memilih pemimpin peringkat pusat secara langsung, ia juga akan menambah jumlah Naib Presiden daripada lima kepada tujuh orang iaitu empat dipilih dan tiga dilantik.Langkah itu penting bagi menggambarkan komposisi penduduk pelbagai kaum di negara ini.
"Ini kali pertama kami akan membincangkan pindaan paling drastik, sejak PKR ditubuhkan (satu dekad lalu)... pindaan yang diperlukan mengikut perubahan semasa dan tuntutan keperluan masa kini," kata Saifuddin ketika dihubungi."Berdasarkan taklimat yang diberikan, pindaan kali ini melibatkan aspek fundamental dan juga istilah.
"Misalnya, selepas ini bahagian akan dikenali sebagai cabang, cawangan-cawangan (PKR) akan dikenali sebagai ranting manakala ahli pula akan dikenali sebagai anggota... ini antara perkara yang akan dibincangkan kali ini," kata beliau yang juga anggota Biro Politik.Selain itu PKR juga akan menukar nama Majlis Pimpinan Tertinggi kepada Majlis Pimpinan Pusat.
Ketika ditanya sama ada sejajar dengan meminda perlembagaan PKR juga merancang untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini juga, Sivarasa memberitahu, pemilihan akan kekal diadakan tahun depan."Mandat semasa ialah dari 2007 hingga 2010, dan hanya akan berakhir tahun depan.
Jadi pemilihan akan kekal diadakan tahun depan," katanya lagi.Kongres khas itu yang sepatutnya diadakan Februari lalu telah ditangguhkan ekoran pilihan raya kecil Bukit Selambau dan Bukit Gantang dan kemudian sekali lagi disebabkan pilihan raya kecil Penanti.mStar
FM - PKR sedang mengorak langkah seterusnya sebagai parti rakyat Malaysia untuk masa hadapan . Perlembagaan baru parti perlu dihadam dan diperhalusi oleh seluruh ahli PKR . Beberapa perubahan drastik dibuat perlu kepada persetujuan para perwakilan . Mandat diberikan kepada ahli dan mandat yang diberikan jangan dipersiakan . Kita penentu masa depan parti .