klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 14 Jun 2009

Petikan ucapan Datuk Seri Presiden

Ucapan Datuk Seri Dr. Wan Azizah , Presiden Parti Keadilan Rakyat sewaktu merasmikan Kongres Khas Nasional Parti Keadilan Rakyat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) 13 Jun 2009 . Sama-samalah kita hayati .

" perubahan mendadak bagi meminda perlembagaan parti adalah tuntutan rakyat "

" rakyat terutamanya penyokong parti telah memberikan mesej jelas bahawa mereka mahu Pakatan Rakyat ( PR ) bertapak di Putrajaya "


" Kita perlu berani kerana rakyat telah menyediakan jalan . Parti harus mantap , pimpinan harus bersiap siaga , ahli-ahli parti pula harus bersedia untuk mara "

" Rakyat memilih parti kita kerana keadilan milik seluruh bangsa dan etnik . Keadilan adalah parti keluarga bangsa Malaysia "

Anwar: Sedia bincang dengan Najib, tapi bukan k'jaan perpaduan

Jimadie Shah Othman Jun 13, 09

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno."Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di kajang hari ini.
"PAS telah menjelaskan pandangan degan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil."Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.
Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno."Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan," tambahnya.Sementara itu, Anwar berkata, PKR tidak bersetuju dengan tindakan "mengharamkan badan tertentu dengan sewenang-wenangnya" atas "prinsip kebebasan".
Walaupun beliau tidak menyebut nama pertubuhan tersebut, ia dipercayai berkaitan dengan usul yang diluluskan muktamar PAS berhubung isu tersebut minggu lalu.Muktamar itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan mengharamkannya jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.Sidang akhbarPAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.
Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar jam 2 petang esok bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.Timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali sebelum ini turut dilaporkan tidak bersetuju dengan usul PAS kawasan Shah Alam yang diterima tanpa bahas.
PKR hari ini melangsungkan kongres khas bagi meminda perlembagaanya "bagi menjadi parti paling demokrasi di Malaysia". Kongres itu akan membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.. malaysiakini

isu had umur AMK 35 tahun

Rata - rata ahli-ahli AMK begitu emosi terhadap pindaan perlembagaan yang menjadi perlembagaan baru Parti Keadilan Rakyat iaitu perubahan daripada had umur AMK sebelum ini ialah 40 tahun diturunkan kepada 35 tahun .
Semua masih ingat sewaktu Kongres di Pulau Pinang telah berlaku cadangan dan usaha membuat perubahan yang sama tetapi telah ditolak oleh para perwakilan .
Akhirnya di KUIS cadangan perubahan tersebut telah dipersetujui oleh para perwakilan . Dengan ini keputusan rasmi berdasarkan undi bahawa had umur AMK ialah 35 tahun . Kebimbangan teman-teman AMK ialah kesediaan diperingkat akar umbi iaitu di Cabang , hampir majoriti Ketua AMK Cabang ialah berumur 36 - 40 tahun . Dan majoriti mereka adalah para pejuang reformasi dan AMK dari awal lagi dan mula matang memimpin selepas berumur 36 tahun .
YB Ketua Umum cuba meyakinkan para perwakilan bahawa AMK mesti dipermudakan. dan perlaksanaan tersebut akan ditangguh beberapa tahun sebagai persediaan pimpinan AMK sekarang menyiapkan barisan pimpinan muda di bawah 35 tahun . Sepertimana disebut oleh YB Ketua Umum dan YB Sivarasiah bahawa perlaksanaan tersebut ditangguh sehingga 2013. Ini bermakna pemilihan AMK pada tahun hadapan ( 2010 ) ahli yang berumur 40 tahun masih layak bertanding di jawatan yang dipilih . Tetapi bagi jawatan lantikan seperti Naib Ketua , setiausaha , ketua penerangan , bendahari , EXCO lantikan , Ketua-Ketua AMK negeri mesti berumur 35 tahun ke bawah . Ini bermaksud tempoh tersebut adalah tempoh transisi sehingga tahun 2013 .
Beberapa pindaan yang diluluskan seperti jawatan Naib Ketua AMK ditambah daripada 3 kepada 5 orang , 2 orang penolong Setiausaha bertaraf ex-officio dan Ketua-Ketua AMK Negeri secara automatik sebagai Majlis Pimpinan AMK Pusat ( dulu EXCO AMK Pusat ) .
Diharapkan usaha dan keputusan ini akan dapat dilaksanakan sepertimana hasrat perlembagaan yang telah diputuskan pada hari ini . Sejarah juga tercatat hari ini bahawa had umur 35 tahun adalah merupakan parti pertama melaksanakannya berbanding pemuda-pemuda parti politik lain d malaysia sama ada dalam Pemuda Pakatan Rakyat atau Pemuda Barisan Nasional .

farizmusa.blogspot.com

KEPUTUSAN KONGRES KHAS NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT

KAJANG - Kongres Khas Nasional Parti Keadilan Rakyat hari ini , 13 Jun 2009 bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) telah melakar sejarah dengan persetujuan secara majoriti perwakilan menyokong draf pindaan perlembagaan yang dibentang dan dibahaskan. Ini membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah merupakan parti yang paling demokratik di Malaysia . Parti yang baru berumur 10 tahun telah membuktikan bahawa parti ini merupakan parti masa depan . Parti untuk rakyat Malaysia sepertimana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Presiden Dr. Wan Azizah Wan Ismail .
Sepertimana yang dijangka beberapa isu pindaan yang menjadi akan kontroversi ialah isu BAHAGIAN ditukar menjadi CABANG dan CAWANGAN kepada RANTING , perlaksanaan sistem pilihanraya parti yang akan memberikan mandat kepada ahli seluruh Malaysia memilih pemimpin parti dan isu had umur AMK daripada 40 tahun kepada 35 tahun .
Para perwakilan telah menunjukkan komitmen terhadap Kongres Khas Nasional dengan membahas setiap pindaan perlembagaan yahng telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) ( selepas ini Majlis Pimpinan Pusat - MPP ) dan sehingga berakhirnya Kongres Khas pada hari ini masih terdapat lebih 1000 orang perwakilan .
Akhirnya apabila pengundian di buat 941 perwakilan bersetuju terhadap pindaan perlembagaan ini . Sejumlah 103 orang telah membantah dan 9 orang mengambil sikap berkecuali . Dengan keputusan tersebut majoriti dan lebih daripada 2/3 para perwakilan menyokong . Turut hadir dalam Kongres Khas tersebut ialah YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Sabtu, 13 Jun 2009

selamat datang Datuk Zahid Ibrahim ke Parti Keadilan Rakyat

KAJANG - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kemasukkan Datuk Zahid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat dalam Kongres Khas Nasional bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) , Kajang sambil menjulang tangan beliau dan disambut dengan tepukan gemuruh seluruh perwakilan yang turut berdiri mengalu-alukan kemasukan secara rasmi Datuk Zahid Ibrahim ke dalam parti.
Segala persoalan terjawab , akhirnya Datuk Zahid Ibrahim yang merupakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dipecat daripada UMNO telah memilih Parti Keadilan Rakyat sebagai wadah perjuangan politik beliau . Semoga kehadiran beliau akan dapat membantu ke arah memperkasakan Parti Keadilan Rakyat .

farizmusa.blogspot.com

MAS RUGI RM138 JUTA RINGGIT


KUALA LUMPUR 12 Jun – Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM138 juta bagi suku pertama tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2009.
FM - Ala sikit sangatnya rugi !!!!

Pungutan suara 'should MCA leave BN?' hilang dari laman blog Presiden MCA

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN?" dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.

FM - confirm Najib Altantuya mengamuk sakan !

Should MCA leave BN?

Friday, June 12, 2009

Percaya tak percaya...Ong Tee Keat...ye Ong Tee Keat Presiden MCA tu dalam blog dia buat poll ni...



Should MCA leave BN?

Yes 2353 ( 78% )

No 665 ( 22% )

Number of Voters : 3018
FM - so tunggu apa lagi ? keluar je la.....

Tragedi Bumbung Stadium Runtuh; SPRM akan memanggil bekas Exco kerajaan negeri

Saturday, June 13, 2009 2:23 AM

KUALA TERENGGANU – Sekurang-kurang tiga orang bekas Exco kerajaan negeri dan beberapa pegawai senior dari Jabatan Kerja Raya negeri akan dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk siasatan tragedi bumbung runtuh Stadium Sultan Mizan Zainal.
Satu sumber menyatakan bekas Exco kerajaan negeri mempunyai maklumat penting dalam membantu merungkai kejadian yang memalukan 2 Jun lalu.
Sumber tersebut turut menyebut dokumen melibatkan pemilihan kontraktor yang bertanggungjawab terhadap kerja-kerja pemasangan atap Stadium bernilai RM300 juta itu akan diperolehi dari pihak berkenaan.

FM - YE KE? BETUL KE? MACAM TAK PERCAYE JE.... KITA TUNGGU SAPA YANG KENA? DERIS JUSOH SPRM TAK NAK SIASAT KE? RASA SAYA DERIS JUSOH LAGI BANYAK MEMPUNYAI MAKLUMAT PENTING DAN MEMBANTU SELAIN ' 3 ABDUL' NI.
Altantuya, a new word in Cambridge Learner's Dictionary............! [AX-1240208433565] Cambridge announced the publication of 3 dictionaries for Malaysian markets, recently.Included in the Learner's edition are some of the new words approved by Dewan Bahasa Dan Pustaka, one of which is "Altantuya".However, sources said these books may be pulled off the shelves soon as Najib, the new Prime Minister of Malaysia , has issued an order to ban these publications.

Kerajaan Najib Altantuya Perlu Siasat Ketua Polis Negara


Friday, June 12, 2009

Gerakan mahasiswa, Solidariti Anak Muda Malaysia hari ini membidas keengganan kerajaan menyiasat kenyataan bersumpah tiga pegawai polis yang mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan bersekongkol dengan Ah Long atau ceti haram tanah air.
Pengerusi gerakan itu, Badrul Hisham Shaharin berkata kenyataan bersumpah itu sudah menjadi asas yang kukuh untuk menyiasat Musa.“Kewujudan kenyataan bersumpah dari tiga anggota PDRM iaitu ASP Hong Kin Hock, ASP Md. Yusof Ahmad dan Sarjan Mohd Yasin Malik yang mengaitkan Musa Hassan dengan Ah Long tidak boleh ditolak begitu sahaja,” tegas Badrul.
Beliau menambah kerajaan seharusnya menggantung tugas Musa dan pegawai polis terbabit serta-merta dan mengadakan siasatan bebas, berkecuali terhadap dakwaan itu.Badrul, yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, menunjukkan kepada krew TV Antara salinan akuan bersumpah ASP Hong Kin Hock.
Turut bersama di sidang media itu ialah Adun Paroi Taufek Abdul Ghani dari Pas.Ketika membuat akuan bersumpah itu pada tahun 2007, Hong adalah seorang pegawai di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersil.Beliau dikatakan mengesan pembabitan Musa dalam kegiatan kongsi gelap apabila diarah oleh pegawai atasan untuk mengumpul maklumat mengenai kegiatan Ah Long di Johor dan Melaka.
Menurut Hong, sindiket Ah Long berkenaan dikatakan mengguna Musa Hassan untuk melindungi mereka daripada tindakan polis.Hong berkata Musa telah mengarahkan tindakan tata tertib diambil terhadapnya apabila beliau mula menyiasat seorang pemimpin sindiket berkenaan yang digelar Tengku.
Alasan Musa ialah Hong kononnya telah membuat rakaman risikan secara tidak sah ketika menjalankan siasatan berkenaan.“Saya merasa tertekan kerana tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram yang membabitkan nama Tengku, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib,” kata Hong dalam kenyataan bersumpahnya.
Badrul berkata kenyataan bersumpah Hong dan dua pegawai polis lain atas perkara sama tidak harus ditolak oleh pihak berkenaan begitu sahaja kerana Musa adalah pegawai polis tertinggi negara.Satu siasatan bebas dan menyeluruh harus diadakan demi kredibiliti Polis diRaja Malaysia dan untuk membela semua anggota polis yang menjalankan tanggungjawab mereka tanpa mengira bulu, kata Badrul. -TVA

SPRM Tahan Pemimpin UMNO Terengganu ?

Friday, June 12, 2009

Kemaskini - Siasatan kes rasuah dua Datuk diserah kepada pendakwaan

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan siasatan berhubung isu rasuah pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) membabitkan dua lelaki bergelar Datuk telah siap dan diserahkan kepada Bahagian Pendakwaan.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd. Syukri Abdull memberitahu, pihaknya berpuas hati dengan keseluruhan hasil siasatan itu dan telah merakamkan keterangan kedua-dua lelaki yang berusia lingkungan 50-an itu
Menurutnya, SPRM turut mengambil dokumen berkaitan projek pembinaan lebuh raya berkenaan membabitkan kedua-dua mereka.
FM - Harap SPRM tidak main wayang sudah la... pimpinan UMNO tu! kebal mereka tu! anak jerung tu! atau selepas ni kenyataan SPRM dan pendakwaraya - " selepas selesai siasatan SPRM dan pihak pendakwaraya mendapati kedua-dua pemimpin UMNO tersebut didapati tidak bersalah , full stop !"

KONGRES KHAS PARTI KEADILAN RAKYAT

KONGRES NASIONAL KHAS
Parti Keadilan Rakyat
Tarikh :
13 Jun 2009
Tempat:
Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS )
Kajang , Selangor Darul Ehsan
SELAMAT BERKONGRES KEPADA SEMUA PERWAKILAN
SELURUH MALAYSIA !

Jumaat, 12 Jun 2009

SAIFUL BUKHARI BIMBANG BILA DS ANWAR MINTA BAHAN BUKTI


Thursday, June 11, 2009 7:08 AM

Oleh: WFAUZDIN NSSAIFUL BUKHARI pemuda yang menuduh DS Anwar meliwatnya merasa seperti hairan apabila peguam DS Anwar memohon agar segala dokumen serta bukti CCTV yang berkaitan dengan kes tersebut diserahkan kepada DS Anwar untuk persediaan pembelaan. Di dalam blog Saiful pemuda yang disahkan oleh Pegawai Perubatan Pusrawi bahawa tiada kesan liwat ke atasnya, seolah-olah membayangkan DS Anwar takut untuk menghadapi perbicaraan kes tersebut nanti.
Saya tidak tahu sejauh mana cerdiknya si Saiful ini apabila beliau turut bimbang jika kes tersebut di`tendang' lebih awal sebelum perbicaraan.Jika Saiful merasa beliau punya bukti dokumen atau CCTV yang boleh mengaitkan tuduhan DS Anwar telah meliwatnya (samada paksa atau sukarela), apa yang perlu ditakuti oleh beliau? Serahkan sahaja keperluan yang dikehendaki oleh peguam DS Anwar demi memberikan hak dan keadilan kepada orang yang beliau tuduh itu.
Apakah kesemua bukti tersebut jika diserahkan kepada peguam DS Anwar maka di pihak beliau tiada salinannya? Jangan cuba mengaitkan DS Anwar seorang yang takut berhadapan dengan mahkamah kerana DS Anwar sudah lali dengan `permainan' mahkamah yang bermacam ragam ini. Mungkin Saiful yang bimbang berhadapan dengan mahkamah takut-takut lidah terkelu nanti atau berbelit-belit hingga memakan diri.
Persoalan ramai orang sekarang mengapa Saiful masih berdiam diri ke atas laporan oleh doktor Pusrawi yang mengesahkan dubur beliau tiada mempunyai kesan liwat? Bukankah laporan itu menggambarkan bahawa beliau telah membuat aduan palsu? Sekiranya beliau berani mempertahankan maruah dirinya sekiranya maruah itu masih ada, sewajarnya Saiful menyaman doktor berkenaan atau pihak Hospital Pusrawi. Mengapa ini tidak dilakukan? Saya teringat juga kisah seorang pemimpin yang telah dituduh berbagai-bagai oleh akhbar media asing berkaitan kes jenayah, sehingga kini pemimpin berkenaan diam terkedu.
Tiada tindakan atau teguran pun terhadap media tersebut sedangkan jelas laporan media berkenaan mencemarkan nama baiknya yang kebetulan pula seorang pemimpin besar. Di mana sikap berani kerana benar?
Dalam kes Saiful ini, saya harap Saiful bertenang kerana bukan sikap DS Anwar untuk menyembunyikan diri apatah lagi beliau merasa beliau tidak bersalah bahkan beliau merasa bahawa tuduhan ini adalah lanjutan daripada mainan fitnah yang terdahulu. Saiful seharusnya yang perlu bersedia mulai sekarang untuk berhadapan dengan hujah-hujah peguam DS Anwar dan tidak mustahil DS Anwar sendiri akan berhujah dengan beliau.
Jika perlu ada skrip yang perlu dihafal, hafallah mulai sekarang. Jangan nanti tersangkut-sangkut sebagaimana Saiful melakukan `akad' Sumpah Laknat sebelum ini. Tentu malu bukan?Rakyat sudah tentu menantikan episod menarik selepas ini. Rakyat juga sudah tentu bersedia menerima siapa jua hakim yang ditetapkan untuk menghakimi kes ini nanti sepertimana rakyat telah dibiasakan dengan berbagai jenis hakim di dalam kes liwat DS Anwar yang terdahulu dan kes krisis di Perak baru-baru ini. Hakim di dunia sudah pasti tidak sama dengan hakim di Akhirat nanti. Lain-lain artikel klik wfauzdin.blogspot.com

PERLANTIKAN JAWATAN PAS PUSAT DAN PESURUHJAYA PAS NEGERI

Thursday, June 11, 2009

Datuk Mustafa Ali hari ini dilantik sebagai setiausaha agung baru PAS manakala Dr Hatta Ramli kekal memegang jawatan bendahari.Manakala bekas dua naib presiden - Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu - yang tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden - dilantik menganggotai jawatankuasa PAS pusat (lihat senarai pertama).
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Husam dan Mohamad dilantik sebagai AJK dengan tugas-tugas khas perancangan dan strategi parti.Manakala bekas timbalan ketua Dewan Pemuda PAS pusat, Idris Ahmad dilantik sebagai ketua penerangan.
Pelantikan mereka diputuskan dalam mesyuarat pertama jawatankuasa pusat di ibu negara hari ini.Mustafa menggantikan Datuk Kamaruddin Jaafar yang menang jawatan AJK dalam pemilihan di muktamar parti itu minggu lepas.
Pelantikan Mustafa, yang juga pesuruhjaya PAS Terengganu, sudah dijangka kerana beliau merupakan penyokong kuat idea-idea yang dibawa oleh Abdul Hadi, termasuk kerajaan perpaduan.Beliau juga pengerusi akhbar rasmi PAS Harakah dan juga memegang jawatan pengarah pilihanraya PAS sebelum rombakan yang diumumkan hari ini.
Bagi jawatan pengarah pilihanraya dan pesuruhjaya Terengganu, kekosongan yang ditinggalkan Mustafa diganti masing-masing oleh Datuk Abdul Halim Abdul Rahman dan Datuk Harun Taib (lihat senarai kedua).
Abdul Halim, bekas timbalan menteri besar Kelantan itu, kini ahli parlimen Pengkalan Chepa. Manakala Harun yang kini ketua Dewan Ulama diberikan memimpin Terengganu sekali lagi.
Tidak sentuh kerajaan perpaduan
Bercakap dalam sidang akhbar selepas mesyuarat AJK itu, Abdul Hadi berkata mesyuarat tidak menyentuh langsung mengenai isu kerajaan perpaduan.Ditanya mengenai perjumpaan sulit Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan beberapa pemimpin pemimpin yang menolak kerajaan perpaduan, Abdul Hadi berkata beliau "tidak tahu".
Beliau juga menyentuh tentang pertemuannya dengan menteri mentor Singapura, Lee Kuan Yew semalam.Abdul Hadi berkata, pertemuan tersebut atas undangan Lee yang ingin tahu dasar luar PAS, termasuk terhadap republik itu.
Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad memberitahu Malaysiakini sejurus selepas pengumuman Abdul Hadi itu bahawa beliau akan membuat keputusan dalam tempoh seminggu lagi."Beri saya tempoh berfikir. Saya perlu berbincang dengan kawan-kawan terlebih dahulu," katanya.
Ahli jawatankuasa baru yang dilantik:
Datuk Husam Musa, bekas naib presiden
Mohamad Sabu, bekas naib presiden
Mohd Anuar Tahir, bekas setiausaha agung PKR
Mohd Taufik Abdul Ghani, ADUN Paroi
Dr Mariah Mahamud, ahli parlimen Kota Raja
Wan Ubaidah Wan Omar, exco kerajaan Kelantan
Asmuni Awi, timbalan pesuruhajaya PAS Perak
Ahmad Dollah, timbalan pesuruhajaya PAS Sabah
Senarai pesuruhjaya PAS negeri:
Hashim Jasin (Perlis)
Datuk Seri Azizan Abdul Razak (Kedah)
Saleh Man (Pulau Pinang)*
Abu Bakar Husin (Perak) – dulu Ahmad Awang
Datuk Nik Aziz Nik Mat(Kelantan)*
Datuk Harun Taib (Terengganu) – dulu Datuk Mustafa Ali
Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Pahang)
Datuk Dr Hassan Ali (Selangor)
Mohd Noor Mohamad (Wilayah Persekutuan)
Zulkifli Mohd Omar (Negeri Sembilan)
Abdul Ghani Abdul Rahman (Melaka)
Datuk Mahfodz Mohamad (Johor)
Mohamad Abdullah (Sabah)
Osman Moras (Sarawak)
* mengalami perubahan, sementara yang lain kekal. Malaysiakini