klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 25 Jun 2009

Umno kecundang, pimpinan PAS lebih pintar - Anwar



KUALA LUMPUR, 25 Jun (Hrkh) - "Umno kecundang lagi. Kali ini mereka tumbang dalam isu kerajaan perpaduan."Menurut Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, strategi yang cuba dipasang oleh Umno tidak menjadi sebaliknya mereka kecundang."Umno kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai,"jelasnya dalam satu catatan di blog peribadinya.

Menurutnya, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali."Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media Umno dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak,"ulasnya.

Tambahnya, pimpinan PAS ternyata lebih pintar dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan seperti, 'istiqamah' yang disebut oleh Tuan Guru Nik Aziz dan memperkukuh institusi kenegaraan seperti "membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil" yang diucapkan oleh Tuan Guru Abdul Hadi.Selain itu, beliau turut menghargai peranan yang dimainkan oleh pimpinan tertinggi DAP seperti Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan pimpinan KeADILan, Dr Syed Husin Ali,Azmin Ali dan Saifuddin Nasution dalam isu kerajaan perpaduan."Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat,"tegasnya. - mks._Harakah

Rabu, 24 Jun 2009

HIMPUNAN PAKATAN RAKYAT 30 JUN (SELASA DEPAN)

Wednesday, June 24, 2009

Pakatan Rakyat akan menganjurkan Himpunan Perdana Perpaduan 100,000 rakyat pada 30 Jun nanti, demikian lapor harakahdaily.Menurut Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, program tersebut diadakan bagi menjelaskan kekeliruan terhadap segala fitnah dan konspirasi yang ditimbulkan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat.
Beliau yang mewakili Sekretariat Pakatan Rakyat menyeru orang ramai hadir ke program tersebut yang akan diadakan di Stadium MPPJ, Kelana Jaya bermula pukul 9.00 malam."Program ini diadakan bagi menerangkan kepada orang ramai terhadap fitnah dan konspirasi yang dimainkan oleh Umno-BN yang bertujuan untuk menghancurkan Pakatan Rakyat," jelas beliau kepada Harakah.
Satu ceramah perdana akan diadakan pada malam tersebut dimana kesemua pemimpin utama Pakatan Rakyat dijangka hadir.Antara yang telah menyatakan persetujuan untuk hadir pada malam tersebut; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Tokoh DAP Lim Kit Siang dan pemimpin-pemimpin utama ketiga-tiga parti.

Kerajaan Belanjakan RM1 Juta Untuk Todt Sebagai Duta


Kerajaan Malaysia hari ini membuat pengakuan telah memperuntukkan RM1 juta untuk bekas pengurus Formula 1 Ferrari, Datuk Seri Jean Todt sebagai duta Tourism Malaysia selama dua tahun.Demikian dinyatakan oleh menteri Pelancungan Datuk Seri Ng Yen Yen di Dewan Rakyat hari ini menjawab soalan Ahli Parlimen Gombak yang juga Naib Presiden PKR, Azmin Ali.Azmin telah meminta kerajaan menjelaskan urusjanji kerajaan mengenai perundingan dengan Todt bersama tunangnya Datuk Michelle Yeoh, seorang aktes Malaysia dengan mendakwa RM1 juta telah dibelanjakan untuk rakyat Perancis itu.Menteri berkenaan berkata satu juta di Eropah tidak mempunyai apa-apa nilai sekarang attkala mempertahankan perlantikan Todt.
Beliau menambah Jean Todt seorang yang amat dikenali. Beliau meyakini Malaysia. Todt mempunyai rangkaian luas dan dikenali pada peringkat antarabangsa.Azmin juga ingin tahu kebenaran dakwaan bahawa Todt dan tunangnya telah ditawarkan untuk memiliki tanah bagi mendirikan rumah mereka di di Pulau Besar di negeri Terengganu.
Yen yang juga Naib Presiden MCA menafikan dakwaan tersebut sebagai sebahagian dari urusjanji kerajaan dengan Todt dan menafikan Todt memiliki tanah di Terengganu.Azmin menyatakan beliau mempunayi dokumen untuk membuktikan kerajaan telah menawarkan tanah di Pulau Besar kepada Todt sebagai sebahagian dari perundingan perlantikannya sebagai duta pelancongan.
Walau bagaimanapun Azmin enggan untuk mendedahkan samada Todt ada membuat sebarang pembayaran untuk memiliki tanah berkenaan atau ianya diberikan secara percuma atau pada akadar diskaun.Azmin berkata beliau menunggu dahulu jawapan penuh dari kerajaan sebelum mendedahkan butiran tersebut dengan lebih terperinci.

Selasa, 23 Jun 2009

Perbicaraan Kes Liwat Ditangguh Ke 8 Julai

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ditetapkan pada 1 Julai ini ditangguh kepada 8 Julai untuk mahkamah mendengar dua permohonan beliau. Permohonan itu ialah untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes berkenaan dan untuk membatalkan pertuduhan terhadap beliau.
FM - saya yakin tarikh baru ni dipilih kerana PRK MANEK URAI ! supaya ramai tak dapat hadir ke perbicaraan paling bodoh dalam dunia ! dua hospital termasuk pakar perubatan telah sahkan tidak ada tusukkan pada bontot saifool , masih hendak dibicarakan ? sewaktu saya menjadi guru kaunseling , ada kes budak perempuan dakwa dia dirogol oleh bapa tiri . bila dibawa ke hospital dan dibuat pemeriksaan dan sah dirogol berdasarkan koyakkan dan tusukan di 'benda' budak perempuan tu . ni sahih tak ada koyakkan dan tusukkan kat bontot saifool . liwat apa kejadahnya lagi ! bukti konspirasi ke 2 !

Penyandang Tiga Jawatan Utama Digugurkan


KUALA TERENGGANU [12.57 pm] - Penyandang tiga jawatan utama dalam badan perhubungan UMNO Terengganu - Setiausaha, Ketua Penerangan dan Bendahari digugurkan daripada jawatan masing-masing malam tadi. Pengerusi UMNO negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein (foto) berkata, ia merupakan antara usaha untuk memulihkan UMNO Terengganu yang sebelum ini berpuak-puak.
"Ini cara saya akan pimpin Umno Terengganu dengan bantuan Menteri Besar Datuk Ahmad Said," katanya. Ditanya sama ada tindakan itu diambil ekoran siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap dua Datuk dalam Umno negeri, beliau berkata: "Bagi saya yang paling penting ialah untuk pikul tanggungjawab. Mereka yang lepaskan jawatan tak semestinya tugas dan tangungjawab mereka lebih mudah kerana mereka ada tanggungjawab yang harus dipikul".
Hishammuddin juga menafikan tindakan tersebut menampakkan beliau seolah-olah cenderung kepada satu pihak sahaja, sebaliknya berkata ia mendapat 'restu' semua pemimpin UMNObahagian. Ekoran itu, ketua UMNO Hulu Terengganu yang juga Speaker DUN Terengganu, Datuk Tengku Putera Tengku Awang dilantik sebagai setiausaha menggantikan Datuk Rosli Mat Hassan.
Menteri Belia dan Sukan yang juga ahli parlimen Kemaman, Datuk Ahmad Shabery Chik pula dilantik sebagai ketua penerangan menggantikan Datuk Zuber Embong. Manakala timbalan ketua UMNO Bahagian Kuala Nerus, Datuk Rahin Mohd Said dilantik sebagai bendahari menggantikan Datuk Roslan Awang Chik.
Hishammuddin juga mahukan semua pihak ketepikan sikap berpuak-puak . Ketua UMNO Bahagian Besut Datuk Seri Idris Jusoh tidak menghadiri mesyuarat malam tadi kerana kini melanjutkan pelajaran di luar negara

Keadilan calls for the release of 14 Burmese asylum seekers and refugees arrested during the birthday celebration of Aung San Suu Kyi

Press Statement
23 June 2009

Parti Keadilan Rakyat condemns the totally unjustified and needless arrest of 14 Burmese asylum seekers and refugees by the Petaling Jaya police last Friday during an event at Taman Jaya to celebrate the 64th birthday of Burmese pro-democracy leader Aung San Suu Kyi, an occasion marked around the world by pro-democracy advocates.
To sabotage the event and arrest these vulnerable asylum seekers and refugees raise very serious concerns on the professionalism and sincerity of the police in tackling real and serious crimes that have plagued the country. Keadilan does not see how the police saw fit to call upon about 100 police personnel including the riot squad and blocking roads around Taman Jaya and creating a massive traffic jam to stop a peaceful birthday celebration attended by some 50 local and Burmese participants.
These arrests will further cast a serious doubt over the Malaysian government’s sincerity in calling for greater democracy and reform in Burma. It is all the more alarming since the arrest occurred on the eve of World Refugee Day and the recent release of reports that Malaysia has been downgraded to Tier 3 (the worst ranking) in the Trafficking in Persons Report 2009 and once again ranked in the World Refugee Survey 2009 as among the worst countries for refugees to live in.
Keadilan calls upon the Petaling Jaya district police to immediately release the asylum seekers and refugees arrested and to allow UNHCR full access to them while they remain in police custody.

Released by:
Latheefa Koya
Information Chief
Parti Keadilan Rakyat

UMNO PUNCA PERPECAHAN MELAYU - BUKAN ANWAR


Saya terpanggil untuk membuat kenyataan berkaitan dakwaan pimpinan UMNO yang menyatakan YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah merupakan punca utama berlakunya perpecahan di kalangan orang Melayu masa kini . Satu kenyataan yang dangkal dan berunsur fitnah terhadap YB Datuk Seri Anwar Ibrahim . Mereka terus berkokok menyatakan kerana faktor penubuhan Parti Keadilan Rakyat ( keadilan ) selepas dipecat daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998 .

SEJARAH PERPECAHAN MELAYU BERPUNCA DARI UMNO

Bermula TAHUN 1955 dengan sejarah penubuhan Parti Islam SeMalaysia ( PAS ) yang lahir daripada Bahagian Agama UMNO yang dipimpin oleh Ustaz Ahmad Fuad Hassan dan ramai pemimpin agama dalam UMNO ketika itu kecewa dengan pucuk pimpinan mereka yang bercadang untuk menaja perjudian (loteri). Sedarkah bawa pencetus perpecahan ini adalah bermula dengan tindakan jahil pemimpin UMNO ketika itu yang menyebabkan golongan ulama dan agama di dalam UMNO bertindak menubuhkan Pertubuhan Ulama Se Malaya dan seterusnya menubuhkan Persatuan Islam Se Malaya ( PAS ) , akhirnya terbentuk Parti Islam SeMalaysia . Bukankah ianya bermula daripada UMNO pencetus perpecahan ini .

Sejarah juga terukir apabila Dato Onn Jaafar yang merupakan pengasas UMNO bertindak keluar daripada UMNO dan menubuhkan Parti Negara . Dato onn bertindak sedemikian apabila cadangan membuka keahlian UMNO kepada kaum lain ditolak , Dato Onn telah mengambil pendirian keluar daripada UMNO dan menubuhkan sebuah parti yang berbilang kaum . Walaupun Parti Negara berbilang kaum tetapi didominasikan oleh orang Melayu . Ramai orang Melayu menyertai Parti Negara ketika itu . Kenapa Dato Onn tidak diisytiharkan sebagai Bapa Perpecahan Orang Melayu ?

Pertembungan Team A dan Team B sewaktu pemilihan UMNO 1987/1988 telah mengakibatkan UMNO diharamkan oleh mahkamah . Pertembungan Mahathir dan Tengku Razaleigh menjadi sangat serius. UMNO berpecah . Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Sebahagian ahli UMNO bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46 dan sebahagian lagi bersama UMNO ( Baru ) tajaan Dr. Mahathir . Melayu terus berpecah .

Pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO pada tahun 1998 oleh Dr. Mahathir telah melukai hati dan perasaan rakyat terutama orang-orang Melayu . Gerakan REFORMASI telah menyemarakkan sokongan rakyat terhadap Anwar Ibrahim terutama apabila beliau dikaitkan dengan kes Liwat yang jelas merupakan konspirasi tertinggi yang bertujuan menyingkirkan beliau oleh Dr. Mahathir . Maka lahirlah Parti Keadilan Nasional ( sekarang ialah Parti Keadilan Rakyat ) mendokong perjuangan reformasi dan perjuangan rakyat . Majoriti orang Melayu mendominasikan parti yang berbilang kaum ini . Orang Melayu mula meninggalkan UMNO yang zalim dan korup.

Justeru UMNO perlu nobatkan Tun Dr. Mahathir dengan anugerah Manusia Penyebab Melayu Berpecah kalau berdasarkan rentetan peristiwa 'Hari Ini Dalam Sejarah'.

MENINGGALKAN UMNO BERMAKNA MELAYU BEPECAH ?

Satu kenyataan yang tidak masuk akal . Isu perpaduan Melayu menjadi agenda songsang yang cuba digembar-gemburkan oleh UMNO . UMNO ingin dilihat sebagai lambang kepada orang Melayu . Itu dogengan yang sudah tidak diterima oleh majoriti orang Melayu yang celik IT. Kecelakaan yang dibawa oleh UMNO terutama pemimpin UMNO telah dirasai oleh rakyat 1 Malaysia terutama orang Melayu .

UMNO dan rasuah menjadi sinonim , penyelewengan begitu akrab dengan UMNO , kebobrokkan moral dan akhlak pemimpin UMNO hingga sanggup menggunakan keistimewaan Melayu sebagai batu loncatan kesenangan dan kemewahan .Orang Melayu sudah semakin mual dan jijik dengan telatah dan keletah pimpinan UMNO . Skandal dan sendiket yang dilakukan oleh pimpinan UMNO menjadikan orang Melayu telah menganggap UMNO sudah tidak lagi relevan .

Ketakutan UMNO kepada Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat tidak dapat dibendung lagi . Usaha memecahkan Pakatan Rakyat menjadi agenda UMNO , tetapi malangnya gagal . Justeru , jari-jari pimpinan UMNO cuba mengalih isu dengan menjadi Anwar sebagai punca kegagalan tersebut . Kegagalan UMNO / BN bermula PRU 12 dan hampir kesemua Pilihanraya Kecil begitu mengerunkan UMNO .

Konklusinya ialah , UMNO dan pemimpin UMNO adalah punca perpecahan orang Melayu dan bukannya Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat .

farizmusa.blogspot.com

GMI lancar demo anti-ISA 1 Ogos


Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini secara rasmi mengumumkan perhimpunan besar-besaran mendesak penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), 1 Ogos ini.Pengerusi NGO itu Syed Ibrahim Syed Noh berkata, agenda program pada hari tersebut belum diputuskan lagi dan dijangka akan diketahui menjelang tarikh tersebut.

Tambahnya, mereka mensasarkan jumlah "sekurang-kurang menyamai jumlah mereka yang menyertai perarakan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih), dua tahun lalu.Pada perarakan ke Istana Negara pada November 2007, kira-kira 40,000 ribu orang turun bersama-sama dengan tokoh-tokoh pembangkang.

Lokasi dan masa belum ditetapkan lagi, kata Syed Ibrahim di sidang media GMI di Dewan Pehimpunan Cina Selangor, Kuala Lumpur pagi ini.Ditanya mengapa penangguhan tarikh himpunan tersebut sebanyak dua kali, pada Mac dan Jun, beliau berkata mereka terpaksa menghadapi pilihanraya kecil - menjelang pilihanraya parlimen Bukit Gantang dan DUN Penanti.

"Tetapi penangguhan tersebut ada manfaat. Kita dapat satu tarikh yang cantik," katanya. Dalam satu kenyataannya, Syed Ibrahim berkata "tarikh 1 Ogos dipilih sempena 49 tahun ISA yang digubal sejak 1 Ogos tahun 1960."

"Masa yang terlalu lama untuk negara dibiarkan diselubungi dengan akta yang empunya kuasa amat luas menahan tanpa bicara, menghukum tanpa bukti dan memenjara tanpa tempoh menentu. "Sudah tiba masanya, akta usang itu bukan sahaja dikaji semula tetapi dimansuhkan sama sekali," katanya lagi.

GMI mengatur beberapa program menjelang himpunan besar tersebut, antaranya, siri ceramah di seluruh negara, pengedaran risalah, pertunjukan seni, forum dan petisyen dalam talian.Sidang media itu turut disertai anggota-anggota gabungan NGO itu, termasuk wakil-wakil PAS, PKR, PSM, Pertubuhan Jemaah Islam Malaysia (JIM), Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dan Pusat Wartawan Independen (CIJ).

Stadium Runtuh - Kenyataan Media MAMPAT


Monday, June 22, 2009 4:41 PM

MAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU (MAMPAT)KENYATAAN MEDIA22 JUN 2009 / ISNIN

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Majlis Permuafakatan Rakyat Terengganu (Mampat) terpanggil untuk mengadakan sidang akhbar pada hari ini kerana merasakan perlu dibuat suatu gesaan berkenaan isu bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh secara tiba-tiba pada 2 Jun 2009 lalu.Pertamanya, MAMPAT menyatakan sokongan penuh terhadap YAB Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said berkenaan penubuhan suatu badan bebas bagi menyiasat punca sebenar terjadinya runtuhan bumbung stadium berkenaan.

Ini mengambil kira JKR adalah pihak yang sepatutnya bertanggungjawab penuh terhadap projek berkenaan kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR.MAMPAT ragu sekiranya siasatan tersebut dijalankan oleh JKR sendiri, kerana merasakan siasatan tersebut tiada ketelusan dan akan dipertikaikan banyak pihak.

PENGAWASAN DAN PEMANTAUAN

Apa yang menarik untuk MAMPAT dedahkan pada hari ini adalah bagaimana sebuah projek yang bernilai ratusan juta ringgit ini sepatutnya dipantau dan diawasi oleh JKR. Sejauh manakah penglibatan oleh pihak-pihak Perunding yang dilantik di dalam proses Pengawasan Harian sepenuh masa bagi memastikan kerja-kerja dijalankan dan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang diluluskan dan mengikut terma-termanya.
Yang dimaksudkan adalah samada dari skop strukturnya atau dari skop Arkiteknya. Memandangkan banggunan Stadium tersebut adalah sebuah banggunan yang bercirikan “Kehebatan dan Kecanggihan” bidang pembinaan, adalah suatu kewajipan sepatutnya keterlibatan sekumpulan Penyeliaan dan Pembuatan yang sangat pakar dan berpengalaman diperlukan. Namun ianya tidak terjadi.
Dari segi Pengawasan, apa yang sepatutnya berlaku adalah ;
Pengawasan projek stadium tersebut adalah di bawah Pengarah JKR Negeri. Kebiasaannya JKR akan melantik Site Officer (SO). Dalam kes ini Pengarah JKR sendiri adalah SO. Selain SO,biasanya dilantik pula wakil SO. Bagaimanapun, dalam kes ini tiada wakil SO yang dilantik.Terdapat ketidakcekapan dari segi struktur pengurusan.
Untuk Itu, MAMPAT ;
 Memohon pihak JKR untuk menyerahkan Carta Organisasi Pengawasan dan Pengurusan yang lengkap. Senarai tersebut juga haruslah lengkap dengan bidang kuasa-bidang kuasa yang telah dibenarkan.

PEMILIHAN KONTRAKTOR PAKAR

Dalam konteks Pemilihan Kontraktor Pakar, MAMPAT berasa amat dukacita kerana JKR sekali lagi dilihat tidak teliti dan professional. Selain JKR dilihat gagal menjalankan kerja-kerja pemantauan dan pengawasan, MAMPAT juga hairan bagaimana JKR telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung kepada “Kontraktor Utama” sedangkan kontraktor terbabit tidak mempunyai kepakaran dalam bidang berkenaan.
Bagi kerja-kerja pemasangan bumbung, peruntukan yang digunakan adalah daripada “ Wang Peruntukan Sementara “. Pada kebiasaannya, kerja-kerja ini sepatutnya melibatkan tenaga pakar dan akan dibuat secara ‘open tender’ yang berasingan. Namun, pihak JKR didapati telah menyerahkan kerja-kerja pemasangan bumbung tersebut kepada kontraktor Utama secara terus sedangkan Kontraktor Utama tidak mempunyai kepakaran untuk melakukannya apatah lagi dengan konsep “bumbung Canggih”.
MAMPAT juga mendapati bahawa, semua kerja-kerja seperti Mekanikal, Elektrikel dan C&S yang diberi secara “open tender” tidak menghadapi sebarang masalah.
Untuk Itu MAMPAT ;
 Menggesa pihak JKR untuk menjelaskan kenapakah kerja-kerja pembinaan dan pemasangan bumbung canggih ini di beri secara terus kepada kontraktor utama ?

SIKAP JKR DALAM MENANGANI PERMASALAHAN

MAMPAT juga melahirkan rasa dukacita terhadap JKR bilamana pelbagai teguran, pandangan yang diberikan pelbagai pihak terhadap permasalahan pada bumbung stadium tersebut, namun pihak JKR tidak mengambil tindakan yang sewajarnya. MAMPAT difahamkan bahawa teguran untuk membaiki bumbung juga pernah disuarakan oleh Dato’ MB sendiri, namun tiada tindakan yang diambil.
MAMPAT berasa sangat kesal dan kecewa kerana JKR yang selama ini yang terkenal dengan slogan ‘Jasa Kepada Rakyat’ telah mengabaikan amanah dan tanggungjawabnya dan lebih malang lagi apabila mendedahkan nyawa rakyat kepada bahaya.

MOHON SIASATAN BEBAS

MAMPAT sekali lagi menyeru supaya diwujudkan “Satu Badan Bebas” bagi menjalankan siasatan ini bagi memastikan ketelusan, seterusnya mengembalikan keyakinan rakyat terhadap jentera kerajaan.
Atas semangat 1Malaysia juga, MAMPAT meminta badan-badan berkaitan seperti SPRM turut telus dan menjalankan siasatan sewajarnya bagi memastikan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.”“Dari Rakyat Kepada Rakyat “

Wallahua’lam.

MOHAMAD FAUZI ABU SAMAH
PENGERUSIMAJLIS PERMUAFAKATAN RAKYAT TERENGGANU(MAMPAT)

Ahmad Said; MB ‘serba tidak tahu’

Written by apakhabarganukita
Sunday, 21 June 2009 08:24

Menteri Besar Terengganu , Dato’ Ahmad Said boleh digelar sebagi Menteri Besar ‘serba tak tahu’ kerana sering menjawab tak tahu apabila ditanya sesuatu perkara oleh pihak media.Minggu lalu sekurang-kurangnya dua perkara besar isu berkaitan negeri Terengganu yang beliau jawab tak tahu.
Yang pertama, Ahmad berkata beliau tidak tahu punca sebenar kelewatan pihak yang dipertanggungjawab mengurus perpindahan penghuni rumah setinggan di Pantai Kuala Ibai ke kawasan penempatan baru di Kampung Tok Adis, di sini. “Saya pun tak tahu (punca lewat), bila jumpa kata masalah elektrik saya beritahu supaya selesaikan semua itu dengan cepat dan elakkan berlaku sampai berbulan-bulan, saya tidak faham macam mana.
“TNB (Tenaga Nasional Berhad) kata begini, orang itu kata begitu. Saya cakap kalau ada masalah elektrik TNB, beritahu saja berapa kosnya dan kerajaan akan bayar, ketika di Kuala Lumpur saya dah arahkan pegawai periksa dan selesaikan. “Kenapa perlu tunggu sampai enam bulan, ada masalah tapi tak beritahu kita (kerajaan), saya ingatkan (perpindahan) sudah selesai, tapi tiba-tiba keluar dalam akhbar,” katanya ketika di Wisma Darul Iman, di sini, kelmarin.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Umno Terengganu mendakwa tidak mengetahui apa-apa mengenai dua orang ‘kuatnya’ disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Dua pemimpin kanan Umno Terengganu bergelar ‘Dato’ itu pernah dilantik sebagai Senator di negeri ini ketika kerajaan PAS memerintah Terengganu.
Bahkan, kedua-dua individu yang dikaitkan dengan kes rasuah meminta wang suapan bernilai RM3 juta dalam pembinaan lebuh raya di ibu negara 10 tahun lalu juga tidak menghubunginya.
Beliau yang juga Menteri Besar Terengganu bertegas tidak mengetahui apa-apa mengenai dua pemimpin Umno negeri bergelar Dato’ disiasat oleh SPRM.“Saya sendiri pun tidak tahu, nak ‘charge’ (dakwa) kes apa saya tidak tahu. BPR (SPRM) tidak beritahu saya pun, Hisyammuddin pun tidak pernah beritahu saya pun…“Saya tidak tahu dan dia (dua pemimpin Umno) tidak pernah menyatakan apa-apa pun kepada saya. Jika awak (wartawan) lebih tahu, awak buat ‘ceritalah’ (lapor) tapi jangan kata saya kata, sebab saya tidak tahu, ”ujarnya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri, di Wisma Darul Iman, Rabu lalu.
Selain itu, ketika ditanya mengenai rombakan serta perlantikan barisan kepimpinan Umno Terengganu, Ahmad juga mendakwa tidak mengetahui kerana katanya bukan urusannya lagi.“Itu bukan saya yang lantik, itu Pengerusi Perhubungan, Dato’ Seri Hishammuddin Hussein yang lantik. Saya tidak tahu dan bukan saya yang buat.
“Saya jumpa sekali dulu dengan Dato’ Hishamuddin dan sampai sekarang tidak jumpa lagi. Saya sendiri tidak tahu. “Orang lain mungkin lebih tahu tapi saya sendiri tidak tahu dan dia (Hishamuddin) tidak beritahu saya pun…saya ‘no komenlah’. Saya cuma dengar ‘orang’ bercakap tetapi saya sendiri tidak tahu (isu rombakan jawatankuasa Umno Terengganu), jelasnya .

FM - MAD SAID MENTERI BESAR TERENGGANU YANG MEMAHAT SEJARAH ( PINJAM CAKAP DERIS JUSOH ) PALING 'DOK ROK CETONG'!!!!! DOH KALU SERBA DOK TAHU BAIK LETOK JAWATANG! WAK MALU KE ORANG JE ! PASAL RASUOH 2 ORANG KUAT DEME , DOK TAHU KE WAK2 DOK TAHU ... DOK MUNASABOH LANGSUNG DOK TAHU ! DOK TAHU , DOK TAHU , DOK TAHU

“Saya Bersedia Disaman………” Kata Cikgu Fariz Musa.

Written by SM Noor
Monday, 22 June 2009 04:16

KUALA TERENGGANU – Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu, Cikgu Fariz Musa bersedia menghadapi saman dari pihak-pihak yang cuba berselindung dan menyembunyikan kebenaran dan fakta tentang tragedi runtuhnya bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
”Saya telah menerima panggilan telefon yang memberikan (menyampaikan) maklumat bahawa Datuk Bandar Kuala Terengganu dijangka akan saman saya kerana dikatakan kenyataan media saya menuduh beliau terlibat dalam pengeluaran CF (Sijil Layak Menduduki – Certificate of Fitness) Stadium Sultan Zainal Abidin,”katanya dalam laman blognya.
Menurutnya, alasan Datuk Bandar akan mengambil tinfakan saman itu adalah kerana bangunan kerajaan tidak memerlukan CF.”Bermakna stadium tersebut siap dibina tanpa perlu kepada Sijil Layak Menduduki (CF),”menarik dan pelik ! setiap rumah dan bangunan persedirian perlu kepada CF , tetapi bangunan kerajaan tidak perlu ?,”soalnya.
Katanya, beliau dimaklumkan bangunan kerajaan hanya memerlukan Sijil Siap Kerja (SSK) daripada Jabatan Kerja Raya (JKR).”sedangkan (dalam kes Stadium Sultan Mizan) JKR bagi tahu (mendedahkan) yang bumbung stadium (itu) tidak ada SSK!,”jelas Fariz turut mempersoalkan, mengapa setiap bangunan kerajaan tidak perlu ada CF.
Katanya, beliau bersedia di saman oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu sekiranya betul (benar) beliau tidak keluarkan CF kepada Stadium Sultan Mizan. ”Kepada (menurut) amalan biasa bahawa pengeluaran CF adalah di bawah tanggungjawab (pihak) Kerajaan Tempatan, sama-sama kita kaji dan selidiki,
“kalau betul bangunan kerajaan tidak perlu ada CF, ini peranan yang perlu kita perjuangkan demi kepentingan rakyat!,”tegasnya.
Beliau terus menyoal, bukankah keselamatan rakyat perlu diutamakan? Isu bangunan kerajaan tidak perlu CF adalah menarik ! ”Bagaimana pula dengan bangunan tanpa SSK dibenarkan oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu menggunakannya (digunakan) untuk rakyat umum ? bagaimana JKR benarkan stadium tersebut digunakan tanpa JKR keluarkan SSK ? menarik !,”katanya. - buletinonline

Kenyataan Media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat

Monday, 22 June 2009 17:54
Pendirian Pakatan Rakyat Berkenaan Isu Kerajaan Perpaduan - Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:

1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.

2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.

3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.

DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM
DATO’ SERI ABDUL HADI AWANG
LIM KIT SIANG

Isnin, 22 Jun 2009

ANWAR DI KUALA KRAI

21 JUN
Dari Langkawi saya naik feri ke Kuala Perlis . Sepanjang di Langkawi , kereta saya ada bersama sdr Zamri ( Ketua AMK Perlis ). Beliau , Hasrul dan Rahim tunggu di Jeti Kuala Perlis . Sempat minum dan makan malam dengan beliau dan rakan-rakan di Kangar. Mendengar kejadian yang berlaku petang itu dalam satu program yang turut dihadiri YB Dato Johari Abdul . Berkisar tentang PPN Perlis . Pening saya dibuatnya bila mendengar rintihan beliau . Cadangan nak ke Cameron Highland . Sebelum itu Zamri bagitahu , aircond kereta tak berfungsi ! Adus ! baru lagi baiki . Tu la susahnya bila tukar yang 2nd hand . Tiba-tiba dalam perjalanan kereta pula meragam , tersengguk-sengguk ! terpaksa tukar plan ke Ipoh . Rasa tak selamat kalau terus ke Cameron Highland . Jalan gelap dan bahaya kalau rosak dalam perjalanan . Siang lain la skit.
Terpaksa menginap di Hotel Paradise ( rumah tumpangan - saya duduk beberapa hari dulu sewaktu krisis rampasan kuasa di Perak sebab paling murah RM45 sehari ) kerana kereta tidak rasa ok hendak ke Cameron Highland. Tempat rehat yang paling saya sukai. Tengahari saya checkout dan terus bertolak ke Kuala Krai . Mesyuarat bersama MPN Kelantan dan Terengganu sempena lawatan YB Ketua Umum ke Manek Urai .
Jam 6 petang saya sampai di SMA Rahmaniah . Majlis dah bermula . Alhamdulillah ramai pimpinan negeri Kelantan hadir . Orang Terengganu pun ada. Selepas program saya minum di pejabat pengetua SMA Rahmaniah . YB Aziz berikan ruang untuk saya di sebelah YB Ketua Umum. Saya laporkan sedikit perkembangan di Langkawi . Program yang sangat bagus .
Saya bertanya pasal 1 Julai . Jawapan Ketua Umum ialah : " KITA LAWAN !"
AYUH KAWAN-KAWAN PAKAT TURUN RAMAI-RAMAI 1 JULAI DI MAHKAMAH JALAN DUTA ! LAWAN TETAP LAWAN !

Ahad, 21 Jun 2009

Eksklusif: Terbongkar, Siapakah Gerangan Si Isteri Perdana Menteri Malaysia Yang Bernama Datin Seri Rosmah Mansor Itu Sebenarnya !!

KUALA LUMPUR [9.30 pm] - Ramai yang terkejut dengan pendedahan berani yang dilakukan oleh saudara mara dan kaum kerabat isteri Perdana Menteri Malaysia, Rosmah Mansor (foto), tentang sikap sebenar beliau selama ini. Susulan daripada pendedahan inilah kononnya timbul arahan kononnya kerajaan tidak membenarkan penjawat awam menggunakan "modem" untuk melayari internet baru-baru ini. Sebelum ini, kami sudah mendapat banyak laporan berita yang mengaitkan Rosmah Mansor ini sebenarnya, terutama ketika awal-awal beliau "mendapatkan perhatian" Najib Razak yang menjadi Menteri Besar Pahang ketika itu. Rosmah dikatakan menggunakan proksinya "Maznah Mazlan" untuk mendapatkan Najib.
Malahan juga terdapat laporan yang mengatakan ketika Najib menjadi MB Pahang ketika itu, Rosmah dikatakan saban hari menjengok Wisma Sri Pahang dekat Kuantan. Bomoh apakah yang beliau pakai, hingga Najib sanggup tidak mahu berjumpa dengan orang setiap petang gara-gara ingin bersama dengan Rosmah. Manakala, Maznah Mazlan dikatakan menjadi pengawal di lobi Wisma Sri Pahang.
Malah, bagi mengelirukan orang ramai Najib telah mengarahkan pengawal SUK mengalihkan kereta rasmi Menteri Besar ke bahagian belakang bangunan itu. Dan mengarahkan pengawal memaklumkan bahawa "MB tiada di pejabat" setiap kali ada orang awam atau pemimpin tertentu ingin bertemu dengan beliau. Kisah ini dicerita panjang berjela oleh seorang pengawal SUK Pahang yang pernah bersama Najib ketika beliau menjadi Menteri Besar Pahang.
Malah, dari kalangan mulut pemimpin wanita Pahang memang terdapat desas-desus yang Rosmah juga pernah mendapatkan khidmat "Mona Fendy" dalam usaha untuk mendapatkan Najib hingga menyebabkan isterinya ketika itu seolah-olah "gila". Laporan di atas adalah sebahagian daripada kisah kebobrokan Rosmah Mansor.
Namun pendedahan yang dibuat secara eksklusif di internet sekarang ini cukup menggemparkan rakyat Malaysia di seluruh dunia. Tambahan pula mereka yang membongkar maklumat itu adalah mempunyai pertalian rapat dengan isteri Perdana Menteri itu sendiri.
Dengan pendedahan ini juga jelas membuktikan kepada kita yang Najib sebenarnya bukanlah Perdana Menteri Malaysia, beliau hanyalah "Pak Turut" yang terpaksa mengikut apa sahaja arahan yang dikeluarkan oleh Rosmah Mansor. Justeru itu, yakinlah kita sekarang bahawa isteri Perdana menteri itu bukanlah seperti yang digambarkan oleh sesetengah orang. Malah beliau lebih hebat dan teruk dari itu sebenarnya.
FM - BETUL CAKAP NAJIB , INILAH 1 MALAYSIA ! ROSMAH SANGGUP BUAT APA SAHAJA ... BUNUH ALTANTUYA ???? ENTAH LA !!!! LU PIKIRLAH SENDIRI !!!!!

Tujuh siswa korban anti-ISA era tiga perdana menteri

Ulasan Semalam satu lagi episod sedih demokrasi Malaysia.Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mendapati lima aktivis mahasiswa bersalah atas pertuduhan menyertai perhimpunan membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Masjid Negara, Jun 2001.
Rafzan Ramli, Khairul Amal Mahmud, Ahmad Kamal Abdul Hamid, Nik Norhafizi Nik Ismail dan Zulkefle Idris didenda RM 3,900 setiap seorang atau tiga bulan penjara jika gagal membayar denda.Sementara dua lagi yang dituduh, Herman Shamsudeen yang kini aktif bersama Pemuda PAS dilepaskan, manakala seorang lagi Wan Sanusi Wan Mohd Noor tidak dapat dikesan sejak mereka dipanggil untuk membela diri.
Gerakan Reformasi susulan pemecatan dan pemenjaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim mulai 20 September 1998 menyebabkan politik negara bergolak.Pergolakan ini, yang menyeret ribuan anak muda ke jalan-jalan raya, berterusan tanpa henti-henti walaupun selepas pilihanraya umum setahun kemudian.Pada 2000, Gerakan Reformasi meneruskan kempen bantahannya - menjelang dan selepas Anwar didapati bersalah kes kedua pada Ogos tahun itu - sehingga pilihanraya DUN Lunas mencetuskan rasa gerun kepada BN dan kerajaan pada waktu itu.Kerusi negeri itu yang selama ini dikuasai dengan selesa oleh BN berjaya dirampas oleh calon PKR (dulu dikenali Parti Keadilan Nasional) Saifuddin Nasution Ismail dalam persaingan penuh sengit dan drama.
Kemenangan itu membakar semangat Gerakan Reformasi dan penyokong pakatan pembangkang, dulu dikenali Barisan Alternatif, untuk mengasak perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga awal 2001 muncul pula isu rundingan tertutup antara PAS dan Umno.Tidak mempedulikan agenda melaga-lagakan pembangkang melalui agenda muzakarah Umno-PAS, Gerakan Reformasi meneruskan perhimpunan besar pada 14 April, yang popular digelar "Gelita 14", ulang tahun kedua pemenjaraan Anwar.
Gelombang besar, sekali lagiNamun bantahan itu tidak menjadi kenyataan apabila 10 orang aktivis utamanya, termasuk pemimpin Pemuda PKR, seperti seperti Saari Sungib, Ezam Mohd Noor, Hishamuddin Rais, Lokman Noor Adam, Tian Chua dan Raja Petra Kamaruddin ditahan bawah ISA.Lalu ia mencetuskan gelombang besar, sekali lagi, untuk menentang ISA melalui Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) - gabungan puluhan NGO dan Barisan Alternatif - seperti yang dikenali sekarang.
Sementara gerakan siswa pula menubuhkan cabang penentangannya sendiri melalui Gerakan Mahasiswa Mansuhkan ISA (GMMI).Perkumpulan pelajar kecil dan besar seperti Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (Gamis), Front Anak Muda Untuk Demokrasi (Fraksi), Universiti Bangsar Utama (UBU), Pergerakan Demokrasi pelajar dan Pemuda Malaysia (Dema), Gabungan Mahasiswa Wangsa Maju (GMWM), Gerakan Mahasiswa Lantang Negara (GMLN), Barisan Bertindak Mahasiswa Negara (BBMN), Kelab Rakan Siswa Islah Malaysia (Karisma), Jawatankuasa Mahasiswa Mahasiswi (JKMM) menyertai GMMI.Serentak dengan program penentangan GMI yang meluas di seluruh negara mulai April 2001, GMMI pula menganjurkan satu perhimpunan untuk membantah ISA.Pada 8 Jun 2001, sebaik sahaja selesai solat Jumaat, beberapa ratus pelajar dalam gabungan GMMI berhimpun secara aman di luar Masjid Negara sehinggalah polis bertindak menyuraikannya dan menahan tujuh orang mahasiswa.
**Tujuh pelajar itu, yang digelar "ISA 7", yang sedang menuntut di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Teknologi Mara direman selama satu hari dan dibuang dari kampus masing-masing tidak berapa lama selepas itu.Perbicaraan awal mendapati mereka semua tidak bersalah dan dibebaskan.Namun Pejabat Peguam Negara tidak berpuas hati dengan keputusan itu - walaupun banyak kes perhimpunan haram era Reformasi tidak dilangsungkan atau dilepaskan (DNAA) setelah perbicaraan seketika - dan akhirnya berjaya memaksa ketujuh-tujuh aktivis ini dibicarakan sekali lagi.
Selepas genap lapan tahun, semalam 18 Jun 2009, mereka berlima yang sudah tidak lagi bergelar mahasiswa dan mungkin tidak lagi bergiat aktif dalam aktivisme politik didapati bersalah oleh mahkamah.Semalam demokrasi Malaysia dirundung malang - membukti sejauh itu negara sanggup menindas anak muda yang tidak bersalah demi memadamkan (dengan harapan) api amarah kebangkitan rakyat.Dalam tempoh lapan tahun itu, pelbagai onak dan duri ditempuh ketujuh-tujuh mahasiswa ini.
Ada yang bekerja dan ada juga yang membuat perniagaan kecil-kecilan. Hanya Herman yang masih aktif berpolitik, bersama Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.Dulu masih bujangRafzan Ramli teman rapat penulis sejak mahasiswa. Kami bersama-sama aktif bersama UBU, sebuah kumpulan anak muda dan mahasiswa yang aktif dengan aktiviti kebajikan, kebudayaan, diskusi politik dan isu semasa.
Malah sewaktu beliau ditahan pada 8 Jun 2001, saya sedang berdiri di sebelahnya berunding dengan polis sebagai wakil GMMI.Ketika ditangkap dahulu, beliau masih lagi bujang. Kini Rafzan telah mempunyai seorang anak. Dengan segala susah payahnya, beliau gigih berkempen isu “ISA 7” dan hak kebebasan mahasiswa ke seluruh negara.Kesnya pernah juga dibawa ke Korea Selatan apabila Rafzan dijemput ke negara tersebut pada 2002 untuk mewakili UBU dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan.Pendedahan Rafzan mengenai kes “ISA 7” membuka mata masyarakat antarabangsa yang selama ini menganggap Malaysia sebuah "negara yang demokratik".
Teman-teman aktivis di peringkat antarabangsa bersimpati dengan nasibnya dan enam temannya. Ada sebuah kumpulan anak muda Poland pernah menawarkan Rafzan untuk menetap dan menyambung pengajiannya di negara mereka.Namun Rafzan menolaknya kerana mahu bersama-sama enam orang teman "ISA 7" untuk melalui susah senang bersama.Mahkamah semalam penuh sesak dengan penyokong-penyokong “ISA 7”.Cuma Badaruddin Ismail, atau lebih manja kami panggil Pak Din - aktivis ke-10 yang diseret ke lokap ISA pada 2001, yang kelihatan hadir bagi mewakili kumpulan tahanan ISA tahun itu yang diperjuangkan oleh “ISA 7” sehingga dibuang universiti.
Sembilan lagi dengan sejarah masing-masing. Ezam, Lokman dan Abdul Ghani Haron bersama Umno. Saari, yang meninggalkan PKR, kini ADUN parti Islam di Hulu Kelang.Tian dan Gobalakrishnan kini di Dewan Rakyat, sementara Raja Petra pula menghilangkan diri bersama Malaysia Today ke luar negara. Hanya Hishamuddin yang masih kekal dalam dunia penulisannya.
Saksi mata, saksi mahkamah
Selepas saksi mata di medan demonstrasi, penulis sendiri disapina sebagai saksi mahkamah pula kepada Rafzan tahun ini kerana terdapat banyak foto melibatkan saya yang diberikan oleh polis kepada mahkamah sebagai bukti.Dalam tempoh lapan tahun ini, sewaktu pakatan pembangkang merasai nikmat hasil kebangkitan rakyat sejak sedekad lalu, penulis terharu melihat kegigihan mereka yang masih bersama "ISA 7", khususnya peguam, yang tidak pernah berputus asa membantu walaupun khidmat mereka diberikan percuma.
Peguam-peguam tersebut: Nik Mohamed Ikhwan, Lathifah Koya, Zulkiflee Omar, Amer Hamzah dan Edmond Bon. Tanpa mereka, tidak mungkin "ISA 7" bersemangat lagi untuk mengharungi kegetiran diseret arus perjuangan.Perbicaraan panjang ini bermula pada zaman Dr Mahathir. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi menggantikannya, pada 22 April 2005, mahkamah majistret telah memutuskan ketujuh-tujuh mahasiswa tersebut tidak bersalah.Semalam, ketika Datuk Seri Najib Razak mengambil alih pucuk kepemimpinan negara, mahkamah menjatuhkan hukuman.
** Kebangkitan siswa bersama GMMI dipercayai menggerunkan pihak berkuasa apabila dua lagi pemimpin mahasiswa Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, aktivis UBU yang kini pemimpin Angkatan Muda PKR, dan pemimpin siswa UM Mohd Fuad Ikhwan diseret dalam lokap ISA tidak lama selepas demonstrasi di Masjid Negara.
Amin Iskandar, penulis blog dan penggiat budaya, kini memimpin NGO pemantau pilihanraya NIEI. Beliau menerima anugerah zamalah Asian Public Intellectuals (API) sesi 2009-10 untuk menjalankan kajian sistem pilihanraya di Filipina dan Indonesia. -malaysiakini