klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 6 November 2009

Wang Royalti : Rakyat Kelantan Minta Hak Mereka, Bukan Sedekah Wang Ehsan

Kenyataan Media

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyelar sikap biadap dan double standard yang diamalkan oleh Kerajaan Persekutuan terhadap tuntutan Kerajaan Kelantan berhubung isu Royalti Minyak
yang dibayar oleh Petronas melalui Kerajaan Persekutuan yang ditadbir BN.PAS kesalkerana Kerajaan BN melayan tuntutan rakyat Kelantan seperti melayani peminta sedekah, dengan mengumumkan 'wang ehsan' bagi mengantikan wang royalti yang dikatakan tidak layak diterima kerana kononnya Petronas beroperasi dikawasan bertindih.
Jawapan ini memperlekehkan tuntutan rakyat Kelantan yang mana mereka tetap berhak walaupun ia berada di kawasan yang bertindih. Sekurang-kurangnya bayaran royalti perlu dibayar kepada Kelantan yang jumlahnya sama dengan negeri yang bersempadan dikawasan bertindih itu. Negeri-negeri lain yang mempunyai sumber minyak yang diterokai oleh Petronas seperti, Sabah, Sarawak, dan Terengganu mendapat wang royalti, tetapi kenapa Kerajaan BN hanya memberikan 'wang ehsan' sedangkan itu adalah hasil bumi Kelantan yang diakui oleh ramai pakar geografi dan petroleum termasuk dari pihak Petronas sendiri.
Krisis ini mengulangi kebiadapan Kerajaan BN terhadap rakyat yang satu ketika dahulu mengantikan wang royalti kepada wang ehsan kepada Kerajaan Terengganu selepas negeri itu diperintah oleh Kerajaan PAS. Ketika itu, wang ehsan itu diberikan melalui kroni-kroni mereka di dalam Jabatan Pembangunan Persekutuan yang ditubuhkan tanpa persetujuan Kerajaan Negeri.
Hal yang sama akan berlaku di Kelantan dimana duit 'wang ehsan' itu akan masuk ke kantung kroni BN melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan tanpa melalui Pegawai Kewangan Kerajaan Negeri Kelantan. Jika ini berlaku, bermakna rakyat Kelantan tidak akan mendapat manfaat apa-apa melainkan sekadar layanan seperti peminta sedekah kepada Kerajaan Pusat. Wang royalti dirompak ditengah jalan oleh Kerajaan BN dan duit sedekah ehsan diberi untuk menunjukkan kepada rakyat yang kononnya BN prihatin, walhal mereka sepatutnya mendapat hak mereka, lebih dari nilai wang ehsan itu. Ini adalah cara fikir politik yang kotor, dendam dan tamak yang menjadi darah daging pemimpin BN.
Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sepatutnya malu untuk mengumumkan perkara ini di Parlimen, kerana apa yang beliau lakukan ini hanyalah satu lagi bukti kezaliman BN terhadap Kelantan yang sudah 20 tahun di tadbir oleh PAS dengan jayanya tanpa bantuan wang royati minyak yang sudah lama dituntut.
Inilah jasa Datuk Awang Adek selepas dilantik menjadi Senator dan Timbalan Menteri Kewangan oleh Najib kepada rakyat Kelantan. Mujurlah beliau dan sekutu BNnya kalah di Kelantan dalam Pilihanraya 2008, jika tidak rakyat Kelantan akan lebih menderita lagi jika beliau dilantik menjadi Menteri Besar.
Ust Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Taman Ilmu Gagal, Tergendala ?

BESUT - Genap setahun pemerintahan Menteri Besar Terengganu yang penuh kontroversi, Dato’ Ahmad Said, menyifatkan projek Taman Ilmu yang bernilai RM410 juta, gagal direalisasikan sebagai sebuah ’pusat ilmu bertaraf dunia’.
Ketika mengadakan sesi soal jawab panjang (selama sejam) bersama media, beliau mendedahkan, belum ada satu pun universiti luar negara yang memohon untuk menawarkan khidmat pendidikan di Taman Ilmu.Beliau berkata demikian di Wisma DarulIman, Mei lalu, apabila para wartawan mendesaknya dengan soalan bahawa, beliau telah meminggirkan Besut dalam agenda pembangunannya sebagai Menteri Besar.
Disamping itu, dalam sidang media yang sama, Ahmad tidak dapat menyembunyikan realiti bahawa, pembangunan Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM yang dibuat ’mudah-mudah’ semasa zaman Idris dan Pak Lah, tidak berjalan dengan licin.Katanya, projek-projek mega termasuk pembinaan Taman Ilmu sebelum zamannya adalah merupakan projek ’terus’ dari Kuala Terengganu ke Putrajaya.Sebaliknya, katanya, beliau terpaksa memasukkan perbelanjaan pembinaan tersebut dalam bajet tahunan pada setiap tahun, dan menghantar kepada Putrajaya.Keadaan tersebut adalah kerana, pada zaman Idris dan Pak lah, wang royalti minyak Terengganu dibelanjakan secara ’agak bebas’, namun pada masa Ahmad, ia dimasukkan dahulu kepada akaun kerajaan negeri.Realitinya, pembinaan Taman Ilmu dan Kampus UDM benar-benar tergendala !Senarai projek dalam pembinaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerjaraya
negeri Terengganu (JKRNT) tahun 2008 telah menunjukkan lima ’parcel’ pembinaan komponen Taman Ilmu dan Kampus Induk UDM telah mengalami kelewatan selama sembilan bulan.JKRNT meletakkan jangkaan, keenam-enam ’parcel’ pembinaan dijangka siap pada Disember tahun 2008. (Lihat Dokumen dibawah)


Kampus UDM Besut


Tinjauan wartawan Buletin ke lokasi tapak pembinaan Taman Ilmu dan Kampus UDM semalam mendapati, tidak banyak aktiviti pembinaan dijalankan, bahkan sebahagiannya terhenti samasekali.Beberapa individu yang ditemui berhampiran lokasi tersebut mengesahkan pembinaan berlaku agak perlahan sejak beberapa bulan lalu.Mohd Sulaiman, 66, (bukan nama sebenar) seorang pesara berkata beliau sedar aktiviti pembinaan Taman Ilmu bergerak agak perlahan namun beliau tidak tahu mengapa berlaku demikian.

Manakala seorang bekas guru, Adnan Ahmad, 70, berasal dari Kampung Air Tawar, Kuala Besut, mendakwa pembangunan Taman Ilmu mungkin tergendala kerana kekurangan wang yang disalurkan oleh pihak yang berkaitan.Beliau turut menambah, pembinaan kampus UDM disitu, bukan lagi menjadi kampus utama sebagaimana yang di ’impikan’ oleh Idris.”Ia dah jadi kampus cawangan, UDM cawangan Besut, ’puak-puak tu’ tak mahu jadikan kampus induk,”katanya, tanpa mengulas lanjut, siapakah yang dimaksudkannya sebagai ’puak-puak tu’

Masjid RM3 Juta Bocor Sebelum Dirasmi

Batu Rakit, SETIU - Belum lagi dirasmikan, Masjid Lingai di sini, sudah menghadapi masalah siling bocor sehingga menyebabkan ada beberapa bahagian siling kapur di masjid berkenaan mulai tertanggal.
Menurut penduduk, masjid itu mula dibina pada 2007 dengan kos kira-kira RM3 juta dan mula digunakan pada 1 Syawal lalu. Mereka mendakwa, masalah siling bocor di masjid itu sudah dikesan berlaku sejak ia mula digunakan.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, banyak kesan air hujan masuk melalui siling masjid dan ia menyebabkan beberapa bahagian silingnya mula menjadi hitam dan hanya menunggu masa untuk jatuh. Seorang ahli kariah yang ingin dikenali sebagai Mohamad Abdullah berkata, setiap kali hujan lebat, air akan membanjiri bahagian luar ruang utama masjid melalui beberapa bahagian siling. ”Sebelum ini pernah berlaku kebocoran sehingga menyebabkan bahagian luar ruang utama masjid basah. Terbaru, pada minggu lalu ketika hujan lebat, beberapa keping siling kapur pula jatuh. ”Sebagai kariah di masjid ini, takkan kami hendak biarkan masjid ini begini sahaja. Malah, masalah ini tidak sepatutnya berlaku dengan nilai dan kos yang telah diperuntukkan,” katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Lingai, Nafi Baharim, 49, ketika dihubungi Sinar Harian mengakui berlakunya masalah siling bocor di masjid berkenaan. ”Perkara ini telah diajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) termasuk Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kami sudah mengenal pasti punca kebocoran yang berlaku,” katanya. Bagaimanapun, Nafi tetap bimbang jika masalah siling bocor itu tidak diatasi PBT dengan sebaik mungkin, tidak mustahil ia akan mengakibatkan kejadian lebih serius pada masa akan datang.

Siapa Kaut Untung Pembelian Kapal Layar Piala Monsun ?

KUALA TERENGGANU - Penganjuran Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun di Pulau Duyong merupakan pembaziran wang rakyat yang dilakukan pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dinegeri ini.
Ia jelas tidak memberi faedah yang banyak kepada rakyat tempatan, samada kepada orang awam ataupun dikalangan pengusaha.Walaupun pihak penganjur acara tersebut mendapat pelbagai anugerah, penganjuran sukan antarabangsa itu kini tidak lagi menjadi daya tarikan kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka.
Sebuah akhbar arus perdana melaporkan, Pengarah Pelancongan Negeri, Encik Suhaimi Abu Hassan Shari berkata beliau kecewa kerana pengusaha tempatan tidak menjadikankan ‘simbol’ piala Monsun sebagai strategi pemasaran mereka.
Katanya, dari seluruh pengusaha hotel dan resort, hanya seorang pengusaha ‘home-stay’ yang mengiklankan Piala Monsun, untuk menarik pelanggan bagi menyaksikan kejohanan itu. Manakala Pengerusi Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (Malaysian Association of Tour and Travel Agents - Matta) bagi negeri Terengganu, Encik Esmadee Endut berkata populariti Piala Monsun belum berhasil menarik kehadiran pelancong yang ramai."Ahli-ahli persatuan tidak tahu apa atau dimana sasaran segmen pemasarannya kerana penganjur tidak pernah memasukkan kami dalam pelan promosi mereka,”katanya. (Gambar kanan - kapal layar RM14 juta diluar musim, hanya digunakan semasa kejohanan)
Bagi PAS, berjuta ringgit yang dibelanjakan setiap tahun, tanpa pulangan yang pasti dan boleh dilihat, menunjukkan penganjuran sukan yang dikatakan berprestij itu sebenarnya ’gagal’.
Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Ladang, Dato’ Tengku Hassan Tengku Omar berkata kerajaan negeri banyak membazirkan wang rakyat dalam penganjuran Piala Monsun.
Katanya, pembelian kapal layar yang digunakan untuk kejohanan tersebut adalah terlalu mahal."Harga sebuah kapal layar itu RM1.4 juta dan kerajaan negeri melalui SEDC (Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu) telah membeli 10 buah kapal layar dengan kos RM14 juta," jelasnya Menurutnya, PAS memberi jaminan jika parti itu diberi kepercayaan oleh rakyat memerintah semula Terengganu penganjuran kapal layar tersebut dibatalkan.
"Apa yang rakyat dapat dari perbelanjaan RM14 juta itu dan kerajaan perlu memberi penjelasan kepada rakyat," ujarnya. Melalui semakan yang dibuat, kapal layar jenis ’Foundation 36’ yang digunakan dalam kejohanan Piala Monsun dibangunkan oleh Western Australian Yachting Foundation.Kapal tersebut boleh dibeli dengan mudah melalui internet dengan harga AU$115,000 bersamaan dengan RM355,751.35 sebuah. (Gambar bawah - iklan kapal layar Foundation 36 dalam internet)
Bagaimana pihak Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PERMINT – SEDC) membelinya dengan harga RM1.4 juta sebuah?
- buletinonline

Laporan Ketua Audit Negara Berkaitan Pengurusan Kenderaan Kerajaan

- Majlis Perbandaran Kemaman Membeli Bas Dua Tingkat Sebelum Mendapat Kelulusan MITI
Kenderaan merupakan aset yang penting bagi melancarkan perjalanan aktiviti Jabatan Kerajaan Negeri. Pengurusan kenderaan wajar diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri kerana ia merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan. Kenderaan Jabatan bermaksud kenderaan yang berada di bawah kawalan Kerajaan sama ada ia dibeli atau disewa dengan menggunakan wang Kerajaan, diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperoleh melalui proses perundangan. Peraturan mengenai pengurusan kenderaan Kerajaan pada masa kini terkandung dalam beberapa peraturan seperti Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980, Bil. 2 Tahun 1996, Bil. 6 Tahun 1999 dan Bil. 8 Tahun 1999.
Pengurusan kenderaan adalah tanggungjawab setiap Jabatan/Agensi Negeri untuk menguruskannya. Setiap Jabatan yang memerlukan kenderaan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri. Tujuan perolehan kenderaan adalah untuk membantu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta Jabatan/Pejabat/Agensi di bawah kawal selianya dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Selain itu, bagi kenderaan yang telah mengalami kerosakan dan tidak ekonomik untuk dibaiki, pelupusan kenderaan akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Bagi tahun 2004 hingga 2008, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM53.2 juta untuk perolehan sebanyak 153 buah kenderaan manakala sejumlah RM9.05 juta telah dibelanjakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memperoleh 74 buah kenderaan dan sejumlah RM1.14 juta telah dibelanjakan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (Majlis) untuk memperoleh 15 buah kenderaan.Perolehan KenderaanSurat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2002 menyatakan kelulusan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) hendaklah diperoleh Terlebih dahulu sekiranya perolehan bahan/barangan import bernilai melebihi RM50,000.

1. Perolehan Kenderaan Oleh Majlis Perbandaran Kemaman
Majlis telah merancang pembelian sebuah bas dua tingkat untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi membawa orang kenamaan dan juga bersesuaian dengan status Majlis sebagai Majlis Perbandaran yang memerlukan sebuah bas eksekutif. Majlis telah menandatangani satu perjanjian bagi pembelian bas dua tingkat berharga RM830,000 dengan Syarikat C.U. Tours Ltd. Part, Thailand pada 26 Julai 2005.Semakan Audit mendapati Majlis memohon permit import daripada MITI pada 2 Ogos2005 dan permohonan tersebut telah diluluskan pada 11 Oktober 2005. Ini bermakna Majlis telah membuat pembelian sebelum mendapat kelulusan daripada pihak MITI.
Mengikut perjanjian, syarikat pembekal perlu membekalkan bas tersebut pada 15 Ogos 2005. Bagaimanapun, Majlis telah menerima bas tersebut pada 8 Februari 2006 iaitu lewat enam bulan dari tarikh sepatutnya. Kelewatan ini disebabkan masalah permit import. Walaupun bas ini diterima oleh Majlis pada 8 Februari 2006, ianya masih belum boleh didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana masalah kelulusan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mengenai pelan bas. Bas ini hanya didaftarkan dengan JPJ pada 18 Mei 2006. Dengan ini Majlis telah kerugian masa selama sembilan bulan untuk menggunakan bas ini. Selain itu Majlis juga telah menanggung kos tambahan sejumlah RM15,000 seperti di Jadual 4.1.

Pada pendapat Audit, perolehan kenderaan adalah tidak memuaskan kerana pembelian dibuat sebelum kelulusan daripada MITI diperolehi dan kenderaan tersebut lewat diterima seperti mana perjanjian.

2. Projek Sistem Pengangkutan Bas Awam Negeri Terengganu
Pada 22 Ogos 2007, Cas Ligas Sdn. Bhd. iaitu syarikat subsidiari milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diperbadankan dengan modal berbayar RM250,000. Syarikat ini memerlukan sebanyak 26 buah bas bagi memberi perkhidmatan pengangkutan yang merangkumi enam buah bas dalam bandar dan 20 buah bas antara daerah. Tujuan projek ini ialah untuk meningkatkan tahap mobiliti pengantaraan penduduk kawasan ke kawasan yang lain serta menyediakan kemudahan pengangkutan untuk pelancong datang ke Negeri Terengganu.Pada 19 Disember 2007, pihak SUK telah bersetuju melantik Syarikat Cool Caliber Sdn.Bhd. untuk membekalkan empat buah bas bandar berharga RM355,000 sebuah dan 20 buah bas antara daerah berharga RM415,000 sebuah. Manakala baki dua buah bas bandar akan diperoleh daripada Syarikat Sumai Engineering Sdn. Bhd. dengan harga RM402,000 sebuah. Semakan Audit mendapati:
i) Kelewatan Penerimaan Bas
Pada 9 Januari 2008, pihak SUK mengeluarkan pesanan tempatan kepada dua pembekal tersebut bagi membekal 26 buah bas berharga RM10.52 juta. Semakan Audit mendapati, tidak ada perjanjian disediakan antara Kerajaan Negeri dan syarikat pembekal. Berdasarkan surat daripada Pejabat SUK kepada Syarikat Cool Calibre Sdn. Bhd., Syarikat perlu menghantar 10 buah bas pada 16 Mac 2008 dan baki 14 buah lagi pada 30 April 2008. Bayaran penalti sejumlah RM300 sehari bagi setiap buah bas akan dikenakan sekiranya Syarikat gagal membekalkan bas dalam tempoh yang dipersetujui.Semakan Audit mendapati Syarikat lewat membekalkan kesemua 24 bas dalam tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 4.2 dan tidak ada denda dikenakan kepada pembekal terhadap kelewatan tersebut.

Pihak SUK menjelaskan kelewatan penghantaran bas-bas tersebut disebabkan pengubahsuaian semula spesifikasi terhadap bas-bas tersebut untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan semasa. Dalam melaksanakan pengubahsuaian tersebut, pihak SUK bersetuju di atas kelewatan bas tersebut dengan syarat tidak ada kos tambahan dikenakan. Pihak SUK juga bersetuju tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada Syarikat atas kelewatan tersebut akibat daripada pengubahsuaian spesifikasi tersebut.
ii) Bas Tidak Dapat Digunakan Mengikut Tujuan Perolehan
Projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap mobiliti pengantaraan penduduk kawasan ke kawasan yang lain dan memudahkan para pelancong datang ke Negeri Terengganu. Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Disember 2008, perkhidmatan bas antara daerah tidak dapat beroperasi kerana syarikat pengangkutan tempatan sedia ada membantah cadangan untuk bersaing di laluan yang sama, kos penyenggaraan dan operasi adalah tinggi dan sentiasa meningkat. Syarikat pula tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang pengangkutan. Mulai 26 Februari 2009, Kerajaan Negeri telah mengagihkan 18 daripada 20 buah bas tersebut kepada Jabatan/Agensi Negeri yang memerlukan bagi menjalankan aktiviti masing-masing.
Pada pendapat Audit, projek pengangkutan awam tanpa membuat kajian yang teliti terlebih dahulu menyebabkan rancangan projek ini tidak dapat dilaksanakan dan objektif projek tidak tercapai.
- buletinonline

Pembelian Bas bernilai RM10.5 juta Membazir

KUALA TERENGGANU – Kerajaan negeri membazirkan RM10.5 juta membeli 26 buah bas yang dibiarkan tersadai apabila rancangan menyediakan perkhidmatan bas antara daerah terpaksa dibatalkan.
Ia adalah kerana bantahan dari syarikat-syarikat bas yang telah pun menyediakan khidmat yang sama.Pembaziran tersebut berpunca dari kerajaan negeri gagal membuat kajian komprehensif sebelum melaksanakan projek tersebut.
Laporan Ketua Audit Negara menyatakan kajian sedemikian adalah sangat perlu bagi mengelakkan kegagalan mencapai objektif.Menurut laporan tersebut, Setiausaha kerajaan negeri telah melantik dua syarikat membekalkan bas-bas tersebut pada tahun 2007.
Kemudian, pada bulan Februari tahun ini, Kerajaan negeri memutuskan untuk mengagih-agihkan 18 buah bas itu kepada beberapa agensi dan jabatan.
Laporan Ketua Audit turut menyebut syarikat berkaitan kerajaan yang dilantik bagi melaksanakan perkhidmatan bas tersebut juga diapati tidak memiliki pengalaman mengendalikan perkhidmatan pengangkutan.
Berdasarkan laporan Setiausaha Kerajaan negeri, audit juga menemui kos pengendalian dua Proton Perdana V6 adalah lebih tinggi dari membelinya.Sejumlah RM308, 731 telah dibelanjakan untuk dua knderaan tersebut yang dibeli dengan harga RM234,054.
Auditor tidak dapat menganalisa kos yang timbul kerana Suruhanjaya Pencegahan Anti Rasuah (SPRM) telah merampas fail-fail berkenaan.Laporan Ketua Audit Negara juga mendapati penyelewengan penggunaan kad pegisian bahanapi berlaku di pejabat Setiausaha kerajaan negeri dan Jabatan Kerja Raya (JKR) negeri.
Kerajaan negeri ditegur oleh Ketua Audit supaya sentiasa memantau aktiviti-aktiviti sayarikat berkaitan kerajaan bagi memastikan mereka melaksanakan amalan pengurusan koporat yang baik, mematuhi peraturan, memperolehi keuntungan dan membayar dividen kepada negeri. - buletinonline

Akaun Kerajaan Negeri Defisit, Hutang Meningkat kepada RM997.60 juta

KUALA TERENGGANU – Walaupun mendapat sumbangan Dana Khas sebanyak RM2.613 bilion dari kerajaan Pusat bagi tahun 2007 dan 2008, kedudukan akaun hasil disatukan kerajaan negeri masih defisit (kurangan).
Pada tahun 2007, jumlah perbelanjaan mengurus adalah RM1,546.52 juta berbanding hasil yang diperolehi sebanyak RM1,262.13 (defisit RM284.39 juta).
Manakala pada tahun lalu, perbelanjaan mengurus sebanyak RM1,790.10 melampaui hasil sebanyak RM146.54 juta (defisit) dengan penerimaan hasil adalah sebanyak RM1,643.56 juta. Oleh kerana mengalami defisit dua tahun berturut-turut, kerajaan negeri Terengganu telah mendapat teguran dari Ketua Audit Negara, Tan Sri Dato’ Setia Haji Ambrin Buang.
”Ini bermakna Kerajaan Negeri masih menggunakan sumber daripada Akaun Amanah Disatukan bagi menampung defisit tersebut,”katanya sebagaimana dicatatkan dalam Laporan Ketua Audit Negara, Penyata Kewangan Kerajaan Negeri Dan Pengurusan Kewangan Jabatan/Agensi Negeri Terengganu Tahun 2008 Justeru, katanya, kerajaan Terengganu mesti mengambil tindakan sewajarnya, dengan mengamalkan berhemat supaya keadaan ini tidak berlaku kerana tidak semua wang amanah itu merupakan aset Kerajaan Negeri. Selain menasihatkan kerajaan Terengganu, beliau juga menyeru supaya kerajaan negeri Terengganu berusaha memungut keseluruhan tunggakan hasil berjumlah RM92.48 juta.
Katanya, Nisbah Semasa yang digunakan mengukur kedudukan kecairan tunai Kerajaan Negeri juga adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa.”Analisis Audit mendapati pada tahun 2008, Nisbah Kecairan Kerajaan Negeri kurang daripada 1, menunjukkan kecairan tunai Kerajaan Negeri adalah rendah untuk menampung jumlah tanggungan semasa,”jelasnya.
Beliau juga menyenaraikan, hutang Kerajaan Negeri kepada Kerajaan Persekutuan yang meningkat pada tahun 2008 kepada RM997.60 juta berbanding RM937.87 juta pada tahun 2007 iaitu meningkat sejumlah RM59.73 juta atau 6.4%.



K'tan dapat wang ehsan minyak

Kerajaan Persekutuan akan memberi wang ehsan kepada Kelantan daripada hasil pengeluaran minyak di luar pesisir pantai negeri itu mulai tahun depan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan di Dewan Rakyat hari ini.
Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menghantarkan surat kepada perdana menteri mengenai tuntutan bayaran royalti 5 peratus, yang berjumlah RM1 bilion, hasil petroleum dan gas cecair di perairan Kelantan.Kerajaan negeri membuat tuntutan itu tahun ini setelah mengetahuinya melalui laporan dari Jabatan Perangkaan bahawa petroleum itu telah beroperasi sejak 2004 dan tuntutan royalti RM1 bilion itu dikira bermula dari 2004 sehingga kini.
Ketika menjawab soalan Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) di Dewan Rakyat, perdana menteri berkata, kerajaan Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih.
Najib berkata, kerajaan persekutuan telah meneliti isu royalti petroleum oleh kerajaan Kelantan secara mendalam termasuk dari sudut perundangan berkaitan kuasa kerajaan serta pengurusan hasil petroleum negara.Katanya, sama seperti Terengganu, pembayaran wang ehsan itu diberi setelah kerajaan pusat mengambil kira keperluan untuk membangunkan Kelantan serta meningkatkan kesejahteraan hidup penduduknya selaras dengan arus pembangunan negara.
"Bagi memastikan agihan wang ehsan itu dibuat dan dinikmati secara langsung oleh rakyat Kelantan, peruntukan tersebut akan disalurkan dalam bentuk projek pembangunan dan program membasmi kemisminan dan akan disalurkan terus oleh kerajaan (pusat) setelah berbincang dengan kerajaan negeri," katanya, lapor Bernama.
Najib berkata demikian bagi menjawab sekaligus soalan-soalan yang dibangkitkan oleh beberapa ahli parlimen dari Kelantan sebelum ini berhubung tuntutan royalti minyak bagi negeri itu."Dari segi perundangan Kelantan tiada hak untuk membuat tuntutan begitu juga Terengganu," katanya.Najib berkata berdasarkan undang-undang, Kelantan dan Terengganu hanya berhak menuntut wang royalti sekiranya terdapat sumber petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri berkenaan.Perairan negeri ditakrifkan sebagai terletak tidak melebihi tiga batu nautika yang diukur dari tikas air surut atau pesisir pantai negeri tersebut, katanya.
"Pada masa ini tidak ada pengeluaran petroleum dalam kawasan perairan Kelantan dan Terengganu. Jadi dari segi perundangan kerajaan negeri Kelantan tidak ada hak untuk menuntut royalti petroleum, begitu juga Terengganu,” katanya.
Najib berkata meskipun peruntukan perundangan itu jelas, kerajaan persekutuan sebelum ini telah memperuntukkan wang ehsan kepada Terengganu dengan mengambil kira keluaran petroleum di luar perairan negeri itu selain berdasarkan pembangunan dan pendapatan rakyat.Kerajaan pusat memberi wang ehsan kepada Terengganu mulai 2000 yang dianggarkan RM1 bilion setahun selepas PAS mengambil alih pentadbiran negeri itu pada pilihan raya umum 1999.
"Kerajaan persekutuan komited untuk memberi pertimbangan adil dan saksama kepada semua negeri dan atas dasar itu Kelantan juga wajar diberi pertimbangan yang sama," kata Najib.Menurut perdana menteri, berdasarkan maklumat Petronas, pada masa ini hanya terdapat satu medan petroleum, yang dikenali sebagai Medan Bumi Kelantan yang mengeluarkan hasil, tetapi ianya terletak di luar perairan Kelantan.
Selepas jawapan Najib, Salahuddin Ayub (Pas-Kubang Kerian) bangun dan berkata bahawa Kelantan bukan "peminta sedekah" sambil terus menuntut royalti minyak untuk Kelantan.Najib kemudian menyifatkan kenyataan ahli parlimen PAS itu sebagai sengaja mempolitikkan isu pemberian royalti.
"Hendak politikkan isu ini...tak habis-habis politik dia. Saya tidak tahu Yang Di-Pertua apa yang penting...kita sediakan dana ini untuk memberikan manfaat kepada rakyat Kelantan, sama prinsipnya seperti Terengganu," katanya.
Suasana persidangan menjadi tegang dengan beberapa wakil pembangkang termasuk Salahuddin, Khalid Samad (PAS-Shah Alam) dan Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) bangun menuntut penjelasan mengenai perbezaan antara royalti minyak dan wang ehsan yang diberikan.
Cubaan Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) untuk meredakan keadaan dengan mengutarakan soalan tambahan tidak berjaya menyebabkan Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan semua ahli parlimen duduk atau menghadapi tindakan keluar dewan."Yang Berhormat...kalau perdana menteri, menteri tidak datang, Yang Berhormat mahu mereka datang. Tetapi bila mereka datang menjawab soalan Yang Berhormat tidak mahu dengar. Yang Berhormat syok cerita sendiri," katanya sebelum meminta Najib meneruskan jawapan beliau.
Menjawab soalan Siti Zailah Mohd Yusoff (PAS-Rantau Panjang), perdana menteri berkata bahawa sebelum ini wang ehsan itu tidak diberikan kerana berdasarkan peruntukan undang-undang Kelantan tiada hak untuk menerimanya.
"Ini melibatkan kawasan pertindihan...sekarang ini Petronas sahkan ada blok yang boleh dipertimbangkan, sebab itu kita timbang selain untuk pastikan rakyat Kelantan mendapat manfaat," katanya.Ahli-ahli Parlimen pembangkang kemudian terus mengemukakan pelbagai soalan kepada Perdana Menteri sehingga menuntut Pandikar Amin menghentikannya dengan meminta Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) mengutarakan soalan kedua dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.Malaysiakini------------------------------------------------*Sekali lagi Rakyat Kelantan dinafikan hak mereka. Wang Ehsan = Royalti ke?

Khamis, 5 November 2009

Youth For Change Voters Registration Drive

A frequently cited statistic from 2006 stated that 70% of the 4.7 million Malaysians yet to register as voters are aged between 21 and 35 years. At the same time, the young people of the Klang Valley are becoming increasingly concerned about social and political issues, from the environment to education, human rights to personal safety.
Registering to vote is an important step to entering adulthood and taking responsibility for the society in which we live in. Unfortunately, voter registration is usually a dull and boring affair, making it easier for the young to brush their duty aside.
The Youth For Change Carnival aims to change that. With performances by top Malaysian independent musicians such as Bittersweet, Couple, Seven Collar T-Shirt, Liyana Fizi, Robot Asmara, Reza Salleh, Ika and many more, the Youth For Change Carnival aims to draw in thousands of youths from around the Klang Valley. At the carnival, those who have yet to register to vote will be able to do so easily at attractively designed booths, while standing a chance to win numerous prizes as well as freebies.
In addition to live music, the Youth For Change Carnival will also feature a mini flea market showcasing creative fashion and art by young designers. As part of the day's festivities, short films made by young Malaysian filmmakers will be screened, including the popular 15Malaysia shorts that have been a hit on the Internet. Popular young actors, musicians, artists and bloggers will also be meeting their fans at the carnival.
Above all, the aim of the Youth For Change Carnival is to bring the young people of the Klang Valley together to enjoy fun, healthy and creative day that will also leave them empowered. The purpose might be to attract the young to register to vote, but we plan to do it with music, movies and fashion, not politics.
Event Details Date:
7th November 2009, Saturday
Time: 12pm onwards
Venue: Rainforest, Lower Ground, New Wing One Utama
Organized by: Youth For Change
Admission is free, all are welcome!

PROGRAM BERSIH 7 NOVEMBER 2009

Pekan Frinjan 5.0 akan hadir di port biasa tanggal 7 November nanti
Berbeza dengan sebelumnya, edisi 5.0 bertemakan teater jalanan dan kami turut berkolobarasi dengan BERSIH sempena ULTAH ke 2 (ulang tahun demo 10 nov) untuk membawa isu pilihanraya bersih dan adil ke jalanan Shah Alam.
Beberapa kumpulan teater seperti Rumah Anak Teater, Orang-orang Halus Tanjung Malim dan beberapa lagi dijangka akan membuat persembahan
Rasional - Walaupun Selangor telah diperintah kerajaan PR yang membentuk BERSIH jauh sebelum Mac 2008. Kempen BERSIH yang meneriakkan slogan pilihanraya bersih dan adil dengan tuntutan jangka pendek dan jangka panjannya masih jauh dari dipenuhi.
Isu ini bukan milik PR semata, ia milik rakyat yang wajib diberi pilihan yang adil dan saksama untuk memilih parti memerintah baik BN, PR atau parti2 lain.
GEN-S atau nama poyonya Sekretariat Belia Negeri Selangor (SBNS) akan mengetuai kempen pendaftaran pengundi ''Jom Daftar Undi!'
Untuk yang masih tidak percaya pada sistem pilihanraya dan juga semua parti2 politik yang ada, kami membuka ruang untuk anda berekspresi di pentas kami, sila emel ke frinjan@gmail.com untuk info lanjut
Penyembah2 yang dah pasti dan hampir pasti;
Petak Hafiz Ben Aria Meor Nik Zhafir Mislina Sosound Wahyudimy Rahmat Harun Dum Dum TakRumah Anak TeaterMark Teh & The Gang Orang-orang Halus Tanjong Malim
dan banyak lagi
Kalau nak menjual, sila emel ke frinjan@gmail.com
Terima kasih!

Dr Chua kini timb presiden MCA

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mendapat semula jawatannya sebagai timbalan presiden MCA selepas digugurkan susulan dipecat daripada parti kira-kira dua bulan lalu.
Pengumuman mengejut itu dibuat oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini ketika jawatankuasa pusat parti itu sedang mengadakan mesyuarat di ibu pejabatnya di Jalan Ampang, Kuala Lumpur tengah hari ini.
Surat ROS itu dihantar terus kepada kepemimpinan MCA.
Kedudukan ini mengembalikan senario sebelum krisis parti itu - akibat pemecatan Dr Chua dan keputusan mesyuarat agung luar biasa MCA awal bulan ini - dan sekali gus memeningkan kepada Datuk Seri Liow Tiong Lai yang dilantik menggantikan Dr Chua.
Naib presiden itu, yang dilantik kepada jawatan nombor dua tersebut pada 15 Oktober lalu, dianggap melawan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.
Ketika tiba jam 1.10 tengah hari di Wisma MCA, tempat mesyuarat itu diadakan kira-kira 10 minit kemudian, Dr Chua kelihatan tenang dan kemudian melangkah terus ke bilik mesyuarat. Chua dipecat dari jawatan timbalan pesiden pada 26 Ogos, tetapi jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan keputusan itu dan sebaliknya menggantung keahlian bekas menteri kesihatan itu selama empat tahun.Dalam perkembangan berkaitan, MCA juga memecat empat anggota jawatankuasa pusatnya yang dilantik - satu lagi tindakan ke arah mengukuhkan parti selepas dilanda krisis sejak Ogos lalu.

Isnin, 2 November 2009

BAJET (BELANJAWAN) 2010: IBARAT MINYAK DUYUNG PERENDANG DUYUNG1

Bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri ke-6 Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak di Dewan Rakyat pada hari Jumaat 23hb Oktober 2009 lepas merupakan pembentangan bajet sulung beliau sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 3hb April 2009 lepas.
Pastinya rakyat dan pelbagai pihak dari dalam dan luar negara akan melihat dan menganalisis Bajet 2010 ini sebagai KPI dan petunjuk kepada corak pentadbiran Perdana Menteri Baru ini. Apakah pembentangan Bajet 2010 ini sekadar retorik angka-angka dan peratusan sahaja untuk menampilkan beliau juga mampu membentangkan bajet?, Atau mampukah beliau membawa pembaharuan ekonomi dan pendekatan baru yang lebih segar seperti yang diharapkan rakyat?
Pembentangan Bajet 2010 ini dikemukakan ketika suasana ekonomi Malaysia masih suram dan belum menampakkan pemulihan ketara selepas dua kali suntikan dana ekonomi dilaksanakan. Bajet 2010 ini juga mencatatkan belanjawan defisit kerajaan persekutuan untuk kali ke-13 berturut-turut yang menggambarkan kegagalan kerajaan untuk melaksanakan belanjawan secara berimbang.
Secara umumnya Bajet 2010 tidak mencerminkan ‘belanjawan untuk rakyat’ seperti yang dicanangkan, kerana rakyat hanya menerima faedah dalam bentuk pengecualian cukai sekitar RM500 juta sahaja. Rakyat secara khususnya tidak dapat menikmati kemakmuran ekonomi akibat kepincangan tadbir urus ekonomi kerajaan Barisan Nasional yang sehingga kini amat lemah, dan gagal mengembalikan keyakinan bahawa ekonomi negara semakin pulih dan berdaya saing di peringkat global.
Bajet 2010 pada kali ini yang kononnya menampilkan transformasi ekonomi model baru ke arah berasaskan kepada kreativiti, inovasi dan nilai tambah tinggi dilihat tidak mengujakan. Usaha untuk menyaingi kehebatan ekonomi negara-negara lain yang telah melaksanakan model baru tersebut seperti Singapura, Taiwan, Finland dan Israel dilihat tidak strategik untuk ekonomi Malaysia pada masa sekarang kerana asas ekonomi di Malaysia masih jauh ketinggalan daripada sumber tenaga, kepakaran, pusat penyelidikan dan kemampuannya.
Negara-negara yang telah melaksanakan sistem ekonomi berasaskan kepada inovasi, kreativiti dan nilai tambah yang tinggi telah bermula awal sejak era tahun 1970 dan 1980 lagi. Penumpuan negara-negara tersebut kepada bentuk ekonomi ini adalah disebabkan latarbelakang negara tersebut yang tidak mempunyai kelebihan sumber asli dan tanahnya. Mereka telah lama bermula dengan pembangunan dan penyelidikan yang mantap dan kukuh dalam semua aspek. Perancangan negara-negera tersebut juga jelas dan berhasil menjadikan ekonomi mencapai kemajuan yang disasarkan.
Kita tidak mahu melihat Malaysia terkapai-kapai dalam mengurus ekonomi masa hadapan dalam arus ekonomi global dengan tidak memberi perhatian utama memperkukuhkan pembangunan insan dan sumber tenaga pakar yang dilatih dan dibentuk sendiri. Kebergantungan negara kepada pakar-pakar luar dan sumber manusia luar yang terlalu besar kuantiti dan kualitinya membahayakan strategi kestabilan ekonomi negara masa hadapan kerana mungkin tenaga pakar dan sumber manusia tersebut akan keluar mencari peluang lain yang lebih produktif dan lumayan.
Sewajarnya, model ekonomi Malaysia memperkukuhkan pembangunan sedia ada sumber asli, galian dan pertanian disamping mempelbagaikan penjanaan ekonomi dan perkhidmatan untuk meningkatkan sumber pendapatan negara. Malaysia yang mempunyai kekayaan dengan sumber asli, galian dan tanah subur yang tidak dimiliki oleh negara-negara yang berasaskan kepada model ekonomi baru ini perlu mengambil segenap peluang dan menggilap potensi ekonomi secara keseluruhannya.
Usaha menarik pelabur asing ke dalam negara perlu dipergiatkan dengan usaha-usaha yang positif dilaksanakan dengan memperbaiki sistem ketelusan dan pengurusan ekonomi negara yang cekap,bebas rasuah dan mengurangkan birokrasi kerajaan. Negara yang hanya mencatatkan kemasukan dana pelabur asing hanya berjumlah RM3.6 Billion berbanding RM19.7 Billion pada tahun sebelumnya sewajarnya menggerakkan lamunan panjang pihak kerajaan agar melaksanakan satu tindakan yang proaktif dan drastik.
Hutang negara yang meningkat mendadak kepada RM362.5 billion untuk tahun 2009 menggambarkan ada yang tidak kena dengan gaya pengurusan ekonomi negara ketika ini. Apakah negara tidak mempunyai pelan khusus untuk mengurangkan jumlah hutang negara yang mana situasi ini boleh menjejaskan kestabilan ekonomi Malaysia dalam masa terdekat. Malaysia perlu mempunyai hutang negara yang rendah untuk memastikan kelangsungan jangkamasa ekonomi negara untuk lebih kukuh dan stabil. Kerajaan perlu memikirkan generasi masa hadapan yang perlu menanggung beban akibat jumlah hutang negara yang amat tinggi. Malahan setiap anak dalam kandungan lagi sudah terpikul tanggungjawab terhadap hutang negara secara tidak langsung.
Bajet 2010 pada kali ini juga agak ganjil kerana tidak memberi penumpuan kepada aspek pertahanan negara yang tidak memberikan apa-apa yang menarik kepada kebajikan para anggota tentera. Persoalannya apakah dana untuk anggota tentera sudah habis dihamburkan untuk pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang? Jelas, kerajaan Barisan Nasional terus melupakan jasa besar mereka setelah pengorbanan besar disumbangkan oleh mereka. Negara juga dikejutkan dengan tragedi kebakaran KD Inderapura di Pengkalan TLDM Lumut serta penggunaan senjata pertahanan yang tidak berkualiti dan ketinggalan zaman. Sewajarnya aspek pertahanan negara tidak boleh dipandang rendah kerana kegagalan menyediakan sistem persenjataan dan sumber tenaga manusia yang terbaik dan berkualiti kedaulatan negara mudah diperkotak-katikkan oleh mana-mana kuasa asing.
Kadar kelajuan internet dan broadband di Malaysia kian dipersoalkan. Tahap kelajuan yang berada di tangga 48 daripada 66 buah negara hasil kajian Universiti Oxford tidak menggambarkan usaha hasil pelaburan yang besar untuk pembangunan Multimedia Super Coridor dan Cyberjaya serta pelaburan besar pembangunan jalur lebar sebelum ini. Ini pasti menjejaskan usaha kerajaan untuk menjadikan Malaysia destinasi pelaburan yang menarik memandangkan sistem capaian internet dan jalur lebar pantas adalah amat diperlukan untuk kepentingan strategik ekonomi dan pelaburan.Malaysia amat memerlukan pembangunan jalur lebar berkelajuan yang tinggi untuk menyediakan negara kepada ekonomi masa hadapan. Kajian dan pembangunan yang berterusan untuk memastikan keseluruhan ceruk rantau dan kampung yang mempunyai nilai ekonomi yang berpotensi dapat dikembangkan ke peringkat global. Sudah tiba masanya negara memperbaiki tahap kelajuan internet dan broadband jika mahu bersaing dengan negara-negara serantau yang sudah mempunyai tahap capaian yang baik dan pantas.
Negara-negara yang dikenal pasti sudah bersedia untuk menakluki teknologi maklumat masa depan termasuk Korea, Jepun, Sweden, Lithuania, Bulgaria, Latvia, Belanda, Denmark dan Romania dengan kelajuan melebihi 11.25 Mbps dan “upload” 1 Mbps. Pemberian kontrak untuk syarikat-syarikat membangunkan dan memperbaiki kelajuan dan infrastruktur jalur lebar perlu diberi perhatian agar projek besar ini tidak menjadi satu lagi projek gajah putih yang merugikan wang rakyat dan Negara.
Aspek pembangunan pertanian dalam Bajet 2010 ini juga masih belum ada yang menarik melainkan pemberian berterusan subsidi. Sewajarnya satu anjakan baru untuk membantu golongan petani di negara ini dengan memperkenalkan sistem insurans dan takaful bagi memastikan sektor pertanian mampu memberikan sumber pendapatan negara di samping mengurangkan perbelanjaan keluar atau import produk pertanian daripada negara luar. Sumber tanah yang sesuai untuk pertanian perlu dioptimumkan agar kesan kenaikan barangan makanan yang pernah berlaku pada beberapa tahun kebelakangan ini dapat dielakkan dan di atasi.Golongan petani, nelayan dan penternak perlu terus disediakan suasana dan iklim pertanian dan penternakan yang memuaskan. Sistem pemasaran dan pengedaran yang menjadi kekangan kepada mereka selama ini perlu diperbaiki dengan memperkemaskan pengurusan agensi-agensi berkaitan. Sumber dana mudah untuk golongan petani memperhebatkan usaha mereka meningkatkan jumlah hasil dan kualiti perlu diberi perhatian untuk mengelakkan sektor pertanian hanya dilakukan dalam skala kecil,tidak produktif dan terbatas.Bajet 2010 untuk pendidikan negara perlu pembaharuan besar.
Kegagalan negara untuk menyediakan pendidikan masa hadapan untuk generasi masa kini akan menyebabkan negara dalam keadaan kaku dan tidak mempunyai nilai tersendiri di masa hadapan. Kedudukan ranking universiti-universiti di Malaysia memaksa kerajaan bertindak proaktif menyediakan suasana dan iklim pendidikan negara yang berteraskan kepada pembangunan insan secara holistik dan menyeluruh. Universiti di Malaysia perlu dilihat berbeza dan mencari kelebihan tersendiri jika agak sukar untuk mengatasi kualiti universiti tersohor dunia seperti Univerisiti Oxford dan lain-lain.
Pendidikan di Malaysia perlu menyediakan generasi masakini kepada suasana dan iklim keperluan di masa hadapan. Pembelajaran yang bersifat hanya fokus kepada peperiksaan perlu diubah agar suasana pembelajaran di negara ini bersifat berterusan dan memupuk semangat cintakan kepada ilmu dan budaya menyelidik. Pendidikan negara dilihat hanya menumpukan kepada aspek kecemerlangan dalam peperikasaan tetapi pendidikan negara gagal membangunkan karektor insan yang hebat dan cemerlang dalam pelbagai bidang.
Dalam Bajet 2010 ini juga kerajaan merancang untuk melaksanakan penstrukturan semula Skim Subsidi Minyak. Sistem baru ini yang menggunakan MyCard dan infrastruktur sedia ada memerlukan kajian mendalam dan pelaksanaan yang betul untuk mengelakkan sistem ini kelak menimbulkan suasana kelam kabut dan tidak menentu kepada rakyat. Jika perlaksanaan sistem baru ini dilihat menyusahkan rakyat dan menambahkan kos perbelanjaan kerajaan maka sebelum ianya dilaksanakan kerajaan perlu mendapatkan pandangan pelbagai pihak dan pakar dalam hal ini.
Bajet 2010 untuk memerangi jenayah rasuah yang dicadangkan kerajaan dilihat tidak nampak mampu membendung jenayah rasuah secara drastik. Penggubalan Whistel Blower Act untuk memberi perlindungan kepada pemberi maklumat tidak mempunyai erti jika penjenayah rasuah berprofil tinggi terus dilindungi. Kredibiliti SPRM kini jatuh merudum di peringkat nasional dan antarabangsa kerana persepsi rakyat menganggap SPRM tidak berupaya menyelesaikan kes yang mencecah berbillion Ringgit Malaysia dan individu berprofil tinggi. Sehingga kini SPRM tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa selain menyerahkan kes ini kepada Peguam Negara. Persoalannya ialah bagaimana pula jika Peguam Negara dan individu berprofil tinggi terbabit melakukan rasuah?
Usaha memperbaiki imej SPRM bukan hanya sekadar mengadakan persidangan antarabangsa dan sessi penerangan semata-mata seperti yang dicadangkan dalam Bajet 2010. Apa perlu didahulukan ialah agar SPRM ini mempunyai kuasa pendakwaan yang luas dan hanya menerima arahan daripada Parlimen dan Yang DiPertuan Agong. SPRM perlu bertindak pantas menyiasat kes-kes yang melibatkan Ringgit Malaysia Berbillion-billion dan bukan hanya beria-ia menyiasat kes-kes terpilih yang hanya bermotifkan peribadi dan politik sempit semata-mata.
Untuk Bajet 2010 ini, adalah suatu tindakan yang pelik apabila kerajaan memperuntukkan RM100 juta untuk Program Permata. Apakah kerana Program Permata ini diterajui oleh Rosmah Mansor maka sejumlah wang rakyat yang banyak dilaburkan ? Atau apakah program ini begitu efektif dan berkesan ? Kenapa peruntukan sebanyak itu tidak disalurkan melalui kementerian yang dipimpin oleh Menteri Shahrizat ? Persoalan-persoalan ini membangkitkan persepsi negatif terhadap PM Najib. Apa yang diharapkan ialah perbelanjaan RM100 juta ini dipantau dan dipastikan memberikan manfaat terbesar kepada genarasi kanak-kanak.
Pembangunan teknologi hijau yang baru diperkenalkan di negara ini memerlukan kesedaran dan kefahaman yang jelas kepada rakyat. Kerajaan perlu meningkatkan usaha kefahaman dan aplikasi teknologi hijau ini dalam kehidupan. Pengenalan teknologi baru sewajarnya mengurangkan kos perbelanjaan wang negara dan rakyat. Tiada ertinya teknologi hijau ini diperkenalkan dan dilaksanakan jika kos bebanan semakin meningkat dan tidak memberi impak positif kepada kehidupan dan kesejahteraan rakyat keseluruhannya.
Harapan besar rakyat dalam Bajet 2010 ini ialah agar kadar kenaikan kos barangan, makanan dan perkhidmatan tidak terus naik mendadak dan menjejaskan kuasa beli rakyat. Tiada ertinya Bajet dibentangkan berbillion-billion dan angka-angka yang dicanang-canang nampak indah belaka namun tidak sampai peruntukan tersebut kepada rakyat. Peruntukan dan pengagihan dana persekutuan ini juga perlu sampai kepada negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat. Kegagalan menyampaikan dana persekutuan dan geran yang telah diperuntukan oleh Perlembagaan Negara memperlihatkan masih ada suasana jumud pemikiran untuk menggembeling secara bersama menjana pembangunan ekonomi dan sosial negara.
Perbezaan pandangan politik tidak perlu terlalu jumud dan sempit sehingga ada dana yang sepatutnya diterima dan diurus oleh pihak yang tidak sehaluan dengan pandangan politik akan disekat dan dihalang. Rakyat menjadi mangsa kepada sikap kerakusan dan pemikiran sempit politik sesetangah pihak dengan tidak melihat kepentingan yang lebih besar kepada rakyat dan negara pada masa hadapan.
Malaysia perlu melangkah lebih cergas dan proaktif berhadapan cabaran krisis ekonomi dan kewangan global. Walaupun ada petanda-petanda yang positif pemulihan ekonomi di peringkat global namun krisis ekonomi dan kewangan boleh kembali berlaku tanpa diduga dan diramal. Ekonomi Malaysia perlu mempunyai daya tahan dan daya saing yang tinggi kepada apa sahaja iklim ekonomi global yang melanda. Rakyat perlu diutamakan dalam aspek kebajikan jika berlaku krisis ekonomi,makanan dan kemelesatan yang berlaku dan tidak menjurus kepada pakej ‘bailout’ dan menyelamatkan syarikat gergasi kroni sahaja.
Pengurusan yang cekap, sistematik dan amanah merupakan antara yang perlu diutamakan. Budaya membazir, rasuah dan penyelewengan kuasa yang membantutkan dan merencatkan pembangunan rancak negara perlu diperangi habis-habisan. Tidak keterlaluan kalau disimpulkan Bajet 2010 yang diharap dapat memberikan manfaat kepada semua rakyat di setiap lapisan dan peringkat di kala kesuraman ekonomi sekarang hanyalah ibarat minyak duyung perendang duyung1.
1 “Minyak duyung perendang duyung” adalah sebuah peribahasa Melayu yang membawa maksud ‘menghabiskan harta tuannya (atau rakyatnya) sendiri’. (Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)

PELANCARAN ' KEMPEN KEADILAN UNTUK TIAN CHUA'

Salam reformasi,

Seperti yang dimaklumkan, Ahli Parlimen Tian Chua telah disabit kesalahan menggigit seorang polis semasa BERSIH ingin menghantar memorandum ke Parlimen.
KEADILAN telah melancarkan satu kempen "Keadilan Untuk Tian Chua" di Kuala Lumpur serta Negeri Selangor. Kutipan tandatangan beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada Tian telah dijalankan pada November 1 (Ahad).
Sementara itu, 22 Cabang di Negeri Selangor akan mengadakan kempen tersebut di pasar pagi atau pasar malam untuk mengumpul tandatangan orang ramai.

SELANGOR ANJUR DIALOG BAJET 2010 BERSAMA PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

SEBARAN MEDIA
31 Oktober 2009

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan dua majlis Dialog Bajet 2010 pada 3 November (Selasa) dan 9 November (Isnin) untuk menganalisa dan membahaskan bajet persekutuan yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 23 Oktober lalu.
Dialog Bajet 2010 yang akan diadakan di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya pada 3 November jam 8 malam bakal menyaksikan YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Tony Pua (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) sebagai ahli panel dialog tersebut.
Pada 9 November pula Dialog Bajet akan diadakan di Auditorium, Aras 5, MBAJ, Ampang bermula jam 8 malam. Para ahli panel adalah YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim (Ketua Pembangkang dan Ahli Parlimen Permatang Pauh), YB Dr. Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara) dan YB Dato’ Seri Haji Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang).
Dato' Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal merasmikan majlis dialog yang dijangka akan menjadi tarikan golongan profesional, akademik, kesatuan pekerja dan pertubuhan bukan kerajaan itu.
Antara tujuan majlis dialog ini diadakan dalah untuk mengumpul pandangan dan cadangan pelbagai pihak untuk dijadikan rujukan dalam mengenalpasti keutamaan dan hala tuju bajet kerajaan negeri Selangor yang akan datang.
Orang ramai dijemput hadir untuk berkongsi pandangan bersama pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat berhubung dengan unjuran Bajet 2010 dan strategi pelaksaannya baik di peringkat persekutuan mahupun di negeri.

SEKRETARIAT AKHBAR
KERAJAAN NEGERI SELANGOR

KEPERITAN SEMENTARA SEBELUM PEMBAHARUAN, AMK KEADILAN BERTERIMA KASIH ATAS TEGURAN DAN HARAPAN TINGGI RAKYAT

KENYATAAN MEDIA
30 OKTOBER 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia berterima kasih kepada semua pihak atas teguran dan tumpuan yang diberi ke atas perselisihan dalaman KEADILAN. Rombakan semula lapisan pimpinan kebelakangan ini sebenarnya merupakan keperitan sementara sepanjang menuju pembaharuan. Ia juga merupakan perjalanan yang akan dilalui oleh setiap parti politik. Harapan tinggi rakyat akan diterima dengan sepenuh hati oleh KEADILAN. Para pengundi yang memberi kepercayaan kepada KEADILAN tidak akan dikecewakan.
AMK juga bersetuju dengan iltizam YAB Menteri Besar Selangor untuk mengambil tindakan atas ADUN Pelabuhan Kelang Badrul Hisham. Sebenarnya, keinginan Badrul Hisham melompat adalah di dalam jangkaan kami. Sering kali KEADILAN meminta beliau memberi kerjasama dan berkhidmat untuk rakyat secara bersungguh-sungguh, tetapi dukacitanya, dia bukan sahaja tidak melaksanakan tanggungjawab dia malah lompat keluar parti KEADILAN dan memihak kepada BN.
AMK menegaskan bahawa kami tidak akan berkompromi dengan pemimpin yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan tidak bertanggungjawab. Ini juga selaras dengan keputusan PAS untuk menyerahkan isu PAS Selangor kepada Jawatankuasa Disiplin parti tersebut. Kita mesti memastikan kestabilan kerajaan Negeri Selangor agar Pakatan Rakyat dapat menumpukan perhatian untuk merealisasikan dasar demokrasi dan memanfaatkan rakyat.
Berkenaan dengan salah faham dan ketidakpuasan hati akibat pertukaran pucuk pimpinan di Sabah, Presiden KEADILAN telah memberi jaminan bahawa beliau akan mengamalkan sikap terbuka dan berbincang dengan pihak-pihak yang terlibat untuk mencapai persetujuan. Oleh yang demikian, adalah diharapkan pimpinan parti dan pihak berkenaan dapat bersatu hati menyelesaikan perselisihan faham supaya dapat memperjuangkan agenda reformasi parti bersama-sama.
Seperti parti politik lain yang baru ditubuhkan, AMK mengakui bahawa KEADILAN masih sebuah parti yang muda. Lebih-lebih lagi, KEADILAN berhadapan dengan tindasan, ugutan dan muslihat BN yang mempunyai sumber kewangan dan jentera negara yang kuat. Kebangkitan KEADILAN sebagai parti yang mampu menggantikan BN juga menjadikannya sasaran utama pihak BN.
Selepas tsunami politik pada 8 Mac, KEADILAN sedang mencuba sedaya-upaya untuk mentransformasikan parti supaya memberi lebih peluang kepada golongan muda. Seperti apa yang dilaporkan dalam ”Off the Edge”, liputan terhadap beberapa tokoh muda KEADILAN yang mempunyai pandangan tersendiri terhadap parti dan negara telah mendapat sambutan baik daripada kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, kita jangan mengadakan tanggapan salah terhadap KEADILAN sedangkan yang mereput hanya sebilangan kecil sahaja.

LEE Khai Loon
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Malaysia