klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 4 Disember 2009

Anwar vs Dr M: Karpal wants honest judgment

While the apex court heard Anwar Ibrahim's final appeal today after 11 years over his unlawful dismissal as deputy prime minister and finance minister, it was his counsel Karpal Singh who stole the thunder by asking judges at the hearing to be 'honest to themselves and the country'."It is preposterous that the prime minister can dismiss a minister and then inform the Agong...There must be judicial honesty in the courts in this country," the senior lawyer said."Your lordships need to ensure it is so.
The court has this right opportunity to correct what is wrong and do so with this case. There is a glaring mistake by the appellate court and this apex court ought to (intervene) on what was constitutionally wrong (done by the Prime Minister)," Karpal said in ending his submission.The second highest judge in the country Alauddin Mohd Sheriff, who is the Court of Appeal president was leading the panel of three judges hearing the matter.Alauddin on hearing this remark immediately asked Karpal, whether this was all and the senior lawyer said the court should not accept the argument by the government lawyers that the appeal was an abuse of the court process.
"It is an abuse of power (by the prime minister) and hence this appeal should be allowed," Karpal said.The other two judges hearing the appeal were Justice Mohd Ghazali Mohd Yusof and Justice Abdul Hamid Embong.Justice Mohd Ghazali was brought in today to replace Justice Hashim Yusoff who had decided to recuse himself as he had heard Anwar's sodomy appeal at the Court of Appeal in 2003.
Anwar's application was struck out by the High Court, without the matter being heard through a full trial. The Court of Appeal has also dismissed his appeal and ruled Anwar's dismissal as lawful.Two questions of lawKarpal at the start of his submission said there are two questions of law which are to considered:•Whether Article 43(5) of the federal constitution specifically requires the Agong to be the authority which revokes the appointment of the deputy prime minister and finance minister, or whether the cabinet has the right to revoke any appointment it makes; and•Whether the deletion of Anwar's name as deputy premier and the substitution of Mahathir's name as finance minister by virtue the Federal Government (Amendment) Order 1998, could in anyway cure the complete absence of the former premier complying with the explicit provision of the said Article 43(5).
Central to the issue of dismissal was the letter that the then-prime minister Dr Mahathir Mohamad had sent to Anwar on Sept 2, 1998 which stated:"With regret I am forced to dismiss you from the post of the deputy prime minister and finance minister and other related posts. The Agong has been informed over the dismissal."Karpal submitted the dismissal by the prime minister was in contravention of article 43(5) of the constitution, which provided the appointment of any minister may be revoked by the Agong on the advice of the prime minister.
"The appellant (Anwar) in substance contended his appointment could not be effected by the prime minister without prior assent of the Agong," he said.Appellate court misdirectedKarpal also submitted the appellate court judges had misdirected itself seriously when it concluded that while Mahathir's letter did not indicate there was a written command from the Agong, it was sufficient for the first respondent to state he had informed the monarch over the dismissal.Another judge, Karpal added , had also misdirected himself seriously when he stated under the constitution the Agong was a constitutional monarch and the power to dismiss the minister lies with the prime minister."The judgment also stated the prime minister at any time advise the Agong to dismiss a minister and the Agong was bound to such advise," he said."This is contrary to the grain, substance, spirit and clear wording of Article 43 (5)," he said.Clearly, Karpal said, it is the Agong who appoints a minister and it must follow that only the Agong being the appointing authority, could revoke the appointment.
The counsel questioned as to what transpired whether Mahathir had truly advised or merely told the Agong."Is it truly advice or did he merely inform the Agong? This raises questions on the abuse of power by the prime minister," he said.
"I am surprised the High Court and the appellate court chose to ignored this point," submitted Karpal.Kamaluddin: Agong did not object to dismissal Senior federal counsel Kamaluddin Md Said, representing the prime minister and the government, said Parliament records Hansard showed Mahathir informing the Parliament that the king did not object to the dismissal."This in itself is a clear compliance to Article 43(5) that the king had accented and therefore, the requirement under the said article had been met," he said.
Kamaluddin said the High Court and the appellate court were right when they decided that as a constitutional monarch, the king was required to act in accordance with the advice of the cabinet and the prime minister.
"By convention, the head of state must act on the advice by the government. This is similarly practised in Britain," he said."In the circumstances, we urge this court not to disturb the Court of Appeal's decision and dismiss Anwar's appeal."Anwar, who was present at the court today, said he was not expecting to get his posts back but to set the record straight on his sacking.
"It is the Agong who should have revoked my appointment and not the prime minister," he said.Anwar, who was with his wife and PKR president Wan Azizah Wan Ismail, also quipped to reporters, "Were you expecting a decision today?""It (would) never (happen) with a case involving Anwar," he smiled.After hearing submissions today, the Federal Court ruled that it will make a ruling at a later date.

SETIAUSAHA POLITIK MENTERI KANAN DISIASAT SPRM - mStar

Seorang setiausaha politik menteri kanan yang dikatakan telah mengumpul berjuta-juta ringgit dalam masa yang singkat sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Difahamkan, penyiasat kes tersebut pernah mendapat perintah bagi merampas dan membekukan beberapa harta miliknya termasuk kereta mewah dan rumah selain akaun bank yang telah pun dibekukan bagi membantu siasatan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.
Menurut sumber, senarai rampasan harta tersebut termasuklah sekurang-kurangnya empat buah kereta mewah dan empat buah rumah dipercayai kepunyaan setiausaha politik yang berumur lewat 30-an itu.Suruhanjaya tersebut sedang menyiasat pembelian hartanya di kawasan Lembah Klang yang dikatakan diperolehi dari wang sogokan daripada kelulusan beberapa projek yang bernilai jutaan ringgit.
Difahamkan, beberapa rampasan adalah di bawah nama setiausaha politik itu dan penyiasat akan memanggil nama-nama lain yang telah didaftarkan sebagai pemilik. Sumber juga berkata, pegawai penyiasat telah pun mengenal pasti beberapa individu lain yang turut terlibat dengan kes tersebut dan juga akan dipanggil bagi membantu siasatan.
Sebuah pasukan khas daripada suruhanjaya di Putrajaya juga telah pun memulakan siasatan kira-kira tiga minggu lalu berikutan maklumat yang mengatakan dia menjalani kehidupan mewah melebihi kemampuannya.Difahamkan bahawa siasatan terhadap setiausaha politik tersebut dikategorikan antara kes berprofil tinggi.
Sehingga kini, suruhanjaya masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan laporan dan maklumat yang telah diberikan oleh orang ramai. Pegawai suruhanjaya enggan mengulas tentang perkara ini ketika dihubungi.

Anwar Kecewa Hakim Tetap Tarikh Perbicaraan Tanpa Menunggu Rayuan Dapatkan Bahan Bukti Daripada Mahkamah Persekutuan !!


KUALA LUMPUR, 2 Dis [6.15 am] - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan rasa kesal dengan tindakan hakim menetapkan tarikh perbicaraan walaupun permohonannya mendapatkan bahan bukti untuk menyiapkan pembelaan beliau masih belum diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan. “Hakim telah menetapkan perbicaraan dengan membelakangkan sama sekali rayuan kami bersabit perkara ini,” Anwar memberitahu pemberita.
“Beliau seharusnya menghormati keputusan yang dibuat sendiri untuk memberikan kami dokumen berkenaan dan memberi masa kepada Mahkamah Persekutuan memutuskan perkara ini,” tambah Anwar. Mohd Zabidin sebelum ini meluluskan permohonan Anwar untuk mendapatkan dokumen tertentu daripada pendakwaraya selaras dengan peruntukan undang-undang.
Bagaimanapun keputusan itu ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan kini dirujuk kepada Mahkamah Persekutuan. Terdahulu, Mahkamah tinggi pagi tadi menolak permohonan Anwar untuk menggugurkan pendakwaan liwat yang dihadapi beliau.
Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan perbicarana Anwar Ibrahim akan bermula pada 25 Januari hingga 25 Februari tahun depan. Mohd Zabidin ketika membuat keputusan berkata hanya melalui perbicaraan penuh maka liwat benar-benar berlaku atau tidak seperti mana yang dituduh oleh pendakwaraya.
Jika Anwar didapati bersalah beliau menghadapi penjara 20 tahun. Anwar berkata, keputusan tersebut menjadikan kes berkenaan sebagai kes pertama dalam sejarah kehakiman yang menyaksikan mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan.
“Ini adalah kes yang pertama dalam sejarah di mana mahkamah menyebelahi pendakwaan seks dan mengenepikan bukti-bukti perubatan yang menunjukan tiada kesan liwat," katanya. Sumber TVS

Bayaran tambahan persekolahan

KUALA LUMPUR 2 Dis. - Kementerian Pelajaran akan mengenakan bayaran tambahan kepada pelajar bagi sesi persekolahan tahun depan.Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom berkata, berbeza dengan yuran persekolahan, bayaran tambahan tersebut akan digunakan untuk manfaat para pelajar.
Menurut beliau, yuran persekolahan pula akan digunakan untuk menampung hal ehwal pentadbiran sekolah serta penambahbaikan beberapa kemudahan yang disediakan.Katanya, jumlah bayaran tambahan itu akan diumumkan kelak dan ia boleh dibayar ketika sesi persekolahan bermula."Bayaran tersebut tidak akan membebankan ibu bapa dan para pelajar. Ia juga akan digunakan untuk kemudahan dan aktiviti mereka. Sebagai contoh, duit yuran tambahan itu akan digunakan sebagai insurans dan untuk menjayakan aktiviti kurikulum pelajar sepanjang sesi persekolahan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas hasil perbincangan Mesyuarat Jawatankuasa Penggal Persekolahan 2010 yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
Dalam pada itu, Alimuddin berkata, mesyuarat itu kebiasaannya akan diadakan setiap hujung tahun bagi meneliti persiapan persekolahan serta menangani pelbagai isu yang timbul sebelum bermulanya sesi persekolahan baru.
"Dalam mesyuarat tersebut, apa jua perkara berbangkit seperti infrastruktur, perabot, peralatan dan jumlah guru akan diperbincangkan."Ini bertujuan agar para pelajar dapat mengikuti sesi persekolahan dalam keadaan selesa serta memastikan segala kemudahan yang disediakan berada dalam keadaanbaik," jelasnya.
Sesi persekolahan baru bermula pada 3 dan 4 Januari ini.

ADA MESEJ TANYA SAYA : TERENGGANU APE CERITA BANG ?

Saya jawab :

Terengganu leni cerite banjir la .. cerite monsoon cup .. pemimpin umeno sedang bergalok suke .. rakyat tengoh derite ... bahang di banjir .. rumoh tenggelam di air , atap bocor , sejuk ketor .. pemimpin umeno perut kenyang neting makang sedap-sedap ... rakyat kelaporan , pitis takdok , kerje kerajaang bonus sikit , baju sekoloh anok2 dok beli lagi , yurang sekoloh koho naik ... pemimpin umeno berpesta monsoon cup ... rakyat pesta nangis mengenang nasib ... habis harte bahang di hujan , punoh habis , beras dapur koho sikit , hutang timbung ... pemimpin umeno galok dengan orang putih .. rakyat putih mate ... pemimpin umeno kaya raye ... rakyat pape kedane ... orang kelaut dok leh turun kelaut belake ... ombok kuat , dapur dok berasap .. pemimpin umeno bahang untung .. rakyat kelopong ... pemimpin umeno bahang sedap .. rakyat habis terap .. pemimpin umeno senang lenang ... rakyat tunggang langgang ..

PAKAT TURUN SOKONG TGNA !!!!!!!!


Khamis, 3 Disember 2009

Anwar Terus Mangsa Konspirasi Oleh Konspirator , UMNO/BN

Saya dihubungi oleh wartawan Berita Harian Edisi Terengganu bertanyakan pandangan saya terhadap keputusan mahkamah menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap kes fitnah liwat beliau .
Sememangnya saya menjangka mahkamah akan menolak permohonan tersebut. Saya tegaskan bahawa ini adalah membuktikan konspirasi atau pakatan jahat yang yang bertujuan menjatuhkan Anwar .
Kes ini sepatutnya dibuang kerana terbukti berdasarkan laporan perubatan iaitu doktor daripada Hospital Pusrawi dan Pakar-pakar dari Hospital Kuala Lumpur mengesahkan bahawa tidak ada sebarang koyakkan atau tusukan di lubang dubur Saifool . Lubang dubur saifool yang masih 'dara' dan disahkan oleh pakar perubatan tiada sebarang koyakkan dan tusukan yang membuktikan tiada kejadian liwat berlaku . Saifool pembohong !
Tindakan pendakwaraya melengah-lengahkan pembicaraan , dokumen yang dipohon dilengah-lengah sehingga sekarang tidak diberikan kepada peguam Anwar .
Saya juga menjelaskan bagaimana pakatan jahat yang dibuat oleh UMNO / BN mengaitkan Anwar dengan skandal wang rm3 juta dan agen Yahudi/Amerika akhirnya terbukti tidak benar . Sebab itu saya jelaskan bahawa rakyat semakin mual dan tidak percaya dengan dakwaan dan tuduhan tersebut . Sebab itu kes liwat ini juga fitnah yang bertujuan menjatuh Anwar .
Saya disoal adakah menyebabkan kurangnya keyakinan rakyat kepada Anwar . Jawapan saya ialah keyakinan rakyat dan ahli Keadilan tidak akan goyang terhadap Anwar . AMK akan meneruskan program KEJAM ( Konspirasi Jahat Terhadap Anwar ) bagi menjelaskan bahawa perancangan jahat terhadap Anwar daripada UMNO/BN .
Saya juga tidak menolak bahawa usaha dibuat oleh para konspirator bagi memastikan Anwar kembali ke penjara !

Foreign Policy: Anwar Ibrahim Pemikir Sejagat No 32 Di Dunia

No 32, Anwar Ibrahim for challenging the Muslim world to embrace democracy.
Opposition leader People’s Justice Party Malaysia

Two decades ago, it would have been impossible to imagine Anwar pulling together rural Malays, ethnic Indians and Chinese, and Islamists into a coherent political bloc. Back then, Anwar was deputy prime minister in a de facto single-party state that espoused preferential treatment for ethnic Malays. It was a policy that Anwar had pushed from his days as a youth leader right up until 1997, when he denounced his patron, then-Prime Minister Mahathir Mohamad, for corruption. He would spend the next six years in solitary confinement on trumped-up charges for that political betrayal. And he would leave jail in 2004 with a bold message for change in a country now at the forefront of the struggle for democracy in the Muslim world. Today, Anwar’s political career is blossoming, despite a new, politically motivated indictment. Abroad, he has become an outspoken advocate of religious tolerance.
He sat down with Foreign Policy to talk about his big ideas:
On Muslim countries and the West: You can’t just erase a period of imperialism and colonialism. You can’t erase the fault lines, the bad policies, the failed policies, the war in Iraq, and support for dictators. That to me is the reality. But what is the problem? When you … apportion the blame only to the West or the United States. They want to deflect from the issue of repression, endemic corruption, and destruction of the institutions of governance.
On his time in prison: I spent a lot of time reading. I decided to focus on the great works and the classics. Friends from around the world were sending books, but it takes months for [the prison] to vet them. There came a book on the Green Revolution at that time. The officer said, “Anything revolution — out!” even though it was about agriculture. But the books kept coming. The officers were not even graduates, and [the books] were in English. They would say, “Anwar, out of 10 books, can you send back one?” So I would select something I had already read or something I was not interested in and say, “We should reject this.”
On politics: Of course, you simplify the arguments [for politics], but the central thesis remains constant. People say, “Anwar, you are opportunistic. How can you talk about Islam and the Quran here, and then you talk about Shakespeare and quote Jefferson or Edmund Burke?” I say, it depends on the audience. You can’t talk about Edmund Burke in some remote village in Afghanistan. Then you go to Kuala Lumpur and you quote T.S. Eliot. If I quote the Quran all the time to a group of lawyers, [they will think] I am a mullah from somewhere.

Siasat proksi Najib terlibat ubah akuan Bala - Malaysiakini

Isu dua akuan bersumpah yang saling bercanggahan oleh penyiasat persendirian P Balasubramaniam berhubung kes Altantuya Shaariibuu, yang dikaitkan dengan "proksi" perdana menteri, dilaporkan kepada polis Bukit Aman hari ini.
Dalam aduannya, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyebut bahawa penyiasat tersebut, yang asalnya mendakwa Datuk Seri Najib Razak ada hubungan sulit dengan wanita Mongolia itu, berbohong apabila menafikannya dalam tempoh 24 jam. "Maknanya sudah tentu salah satu akuan bersumpahnya adalah palsu.

"Membuat akuan bersumpah dengan maklumat palsu adalah salah di sisi undang-undang."Namun tiada sebarang tindakan dikenakan ke atas Balasubramaniam," aduan polis itu dipetik.

Dalam kenyataan terbarunya, Balasubramaniam mendedahkan bagaimana wujud tekanan terhadapnya agar menukar akuan bersumpah pertamanya, 3 Julai tahun lalu, susulan pertemuan dengan beberapa individu – antaranya adik perdana menteri Datuk Mohamed Nazim Razak dan peniaga permaidani Deepak Jaikishan, yang didakwa rapat dengan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.Nama-nama ini bagaimanapun tidak dinyatakan dalam aduan polis SAMM di ibu pejabat polis persekutuan pagi ini, sebaliknya hanya disebut "proksi" Najib.

Penyelaras SAMM Badrul Hisham Shaharin , yang membuat aduan tersebut, menambah kenyataan terbaru Balasubramaniam – bekas anggota polis Cawangan Khas – boleh didapati dalam laman web termasuk rakaman video di Youtube."Rakaman yang tersebar dalam Youtube dan banyak laman lagi menyatakan dengan jelas, beliau diculik, diugut dan disogok untuk menutup, (dan) menarik semula akuan bersumpahnya yang pertama dan menghilangkan diri (ke luar negara)," katanya dalam aduan itu.

"Beliau mengakui semua kegiatan tersebut melibatkan polis, tentera dan beberapa individu yang bertindak bagi pihak (proksi) Najib Razak.” Dalam aduan sama, Badrul Hisham yang juga ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR menyebut Balasubramaniam mendakwa menerima RM750,000 dan "dijanjikan RM5 juta sebagai habuan tambahan" selepas menafikan akuan pertama dalam akuan bersumpah kedua – yang dibuat 4 Julai tahun lalu.

Laporan SAMM diserahkan kepada pegawai perhubungan awam polis Bukit Aman, Inspektor Mohd Sail Hassan di hadapan pintu masuk ibu pejabat tersebut.

Semalam, Pemuda Pakatan Rakyat membawa isu ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin, dalam satu kenyataan parti itu hari ini, diminta hadir memberikan keterangan ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya jam 9.30 pagi esok berhubung dakwaan Balasubramaniam.

Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.

Cerita di sebalik tabir BTN

'Kami ditunjukkan gambar Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama seorang rakyat Amerika. Jurulatih memberitahu kami yang beliau seorang pengkhianat kepada negara kerana beliau mempunyai hubungan yang baik dengan orang Amerika'.
Itulah antara isu-isu yang dibangkitkan sewaktu program pembinaan negara dijalankan oleh Biro Tatanegara (BTN), yang pernah diikuti seorang pelajar tahun empat jurusan ekonomi, Fakhrul Zaki Fazial.
Fakhrul yang belajar di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) berkata, fokus kursus tersebut adalah mengenai bangsa Melayu."Mereka (jurulatih) juga mengkritik pembangkang dan menganggap kritikan mereka sebagai patriotik," tambahnya.
Ketua pelajar Universiti Malaya, Mohd Ridzuan Mohammad, yang pernah menghadiri program BTN pada 2004 berkata, malah terdapat ceramah yang mendakwa bahawa kaum lain menjadi ancaman kepada orang Melayu.Menurutnya, BTN tidak seharusnya membangkitkan sentiman perkauman yang akan mencetuskan perpecahan kaum.
Katanya, ini kerana program tersebut boleh mempengaruhi sesetengah pelajar yang hadir berhubung ideologi perkauman tersebut.
Chin Shin Liang, seorang bekas pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang pernah menghadiri program BTN pada Disember 2008, turut berkongsi pengalamannya."Kami ditunjukkan klip video perhimpunan Bersih dan kemudian gambar negara Palestin yang dilanda perang dengan keterangannya: Apakah ini yang kita mahukan?... Kita juga ditunjukkan seorang pemprotes (tidak dikenalpasti) membaling batu," katanya.
Sambil menyifatkannya sebagai "amat berat sebelah", Chin berkata: "Ia tidak menyatakan siapa pembaling batu itu, (dia) mungkin seorang Mat Rempit yang mahu berseronok atau polis yang melakukan provokasi terhadap pemprotes dengan menggunakan meriam air."Katanya, jurulatih juga mengajar bahawa kerajaan BN dipilih oleh rakyat dan oleh itu ia merupakan kerajaan yang sah, tetapi tidak berusaha untuk membezakan parti politik dan kerajaan."Ini jelas mengelirukan kerana ia menjadi peraturan bahawa agensi-agensi kerajaan harus bersikap berkecuali dan berkhidmat sepenuhnya kepada negara (bukan hanya parti/gabungan tertentu)," katanya.
Ianya seolah-olah menyatakan bahawa kerajaan BN 'mewakili' negara ini dan harus ditaati tanpa dipersoalkan, katanya.Sementara itu, Fakhrul menyuarakan keraguannya mengenai pemilihan jurulatih BTN."Saya fikir sesetengah jurulatih tidak layak kerana mereka begitu beremosi dan tidak intelektual dalam ceramah mereka."Jika pelajar tidak bersetuju dengan pandangan jurulatih, mereka akan memarahinya di depan semua orang," katanya.
Sementara itu, sesetengah pihak merasakan bahawa kursus BTN telah dikecam secara tidak adil.Semalam, satu kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai 'bekas peserta kursus BTN' mengadakan sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk menyatakan pandangan mereka.
Ketuanya, Ahmad Shafei berkata mereka berasakan ia menjadi tanggungjawab sosial mereka untuk memperbetulkan pandangan berat sebelah terhadap kursus BTN.Beliau menafikan bahawa modul BTN menyemai kebencian terhadap kaum lain, tetapi menurutnya, BTN mengajar peserta saling menghormati hak kaum lain seperti yang termaktub dalam perlembagaan.Oleh itu, katanya, adalah tidak adil untuk menyatakan bahawa BTN cuba mewujudkan perpecahan, sedangkan ia hanya mengajar mengenai sejarah rasmi negara ini.

Alhamdulillah Ayah Selamat Dioperasi

Saya merapatkan syukur kehadarat Allah SWT kerana ayah telah selamat dioperasi di Dewan Bedah Hospital Sg. Buloh.
Ayah terpaksa dikeluarkan daripada Tropicana Medical Centre kerana mereka tidak berani untuk ambil risiko mengoperasi ayah kerana ayah ada masalah injap jantungnya .
Dr. Bala ( bukan Balasubramaniam yek ) cadangkan ayah dimasukkan ke Hospital Sg. Buloh kerana peralatan di sana lebih baik dan beliau juga bertugas di situ . TMC berniaga . TMC tidak akan tanggung risiko jika berlaku perkara yang tidak diingini . Reputasi TMC akan rosak .
Waktu itu ayah mengalami pendarahan lagi . Setelah bincang dengan ahli keluarga , kami setuju pindahkan ayah . Kebetulan En. Jasni , pegawai Ibu Pejabat Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia ( PBSMM ) datang melawat ayah . Beliau telah arahkan ambulan PBSMM datang untuk hantar ayah ke HSP .
Jazakallah dan penghargaan kepada Datuk Seri Anwar dan semua yang membantu . Jazakallah kepada semua sahabat-sahabat yang doakan untuk ayah . Terima kasih kepada Sdr. Shamsul Iskandar ( Ketua AMK ) yang datang bersama-sama Jak ( Hasmuzir ) , Fauzie (Johor ) dan teman-teman lain yang melawat ayah di HSP semalam .
Semoga ayah segera sembuh . Alhamdulillah .

SPRM digesa siasat adik PM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa menyiasat dakwaan P Balasubramaniam berhubung pembabitan adik perdana menteri dalam isu pertukaran akuan sumpahnya mengenai dakwaan hubungan Altantuya Shaariibuu dengan Datuk Seri Najib Razak.
Aduan berkenaan yang dibuat oleh tiga pemimpin atasan Pemuda Pakatan Rakyat semalam menamakan Datuk Mohamed Nazim Razak dan seorang peniaga permaidani Deepak Jaikishan sebagai dua individu utama yang perlu disiasat.
Deepak juga didakwa kenalan rapat Datin Seri Rosmah Mansor, isteri perdana menteri.Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, laporan tersebut dibuat berdasarkan rakaman video satu siri temuramah dengan Balasubramaniam, penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Abdullah Baginda.
Kenalan rapat Najib itu, yang dituduh bersubahat membunuh wanita Mongolia tersebut, dibebaskan daripada tuduhan itu. Abdul Razak menyambung pelajaran di London selepas dibebaskan daripada tahanan reman di penjara Sungai Buloh.Balasubramaniam, bekas seorang anggota polis Cawangan Khas, menggemparkan negara pada 3 Julai tahun lalu apabila mengumumkan akuan bersumpah awalnya yang mengaitkan Najib, waktu itu timbalan perdana menteri, dengan Altantuya.
Keesokannya, 4 Julai tahun lalu, beliau menarik balik kenyataan dalam akuan sumpah awal melalui akuan kedua di sidang media yang diadakan secara tergesa-gesa dan kelam-kabut sebelum menghilangkan diri secara misteri ke luar negara.
Balasubramaniam mendakwa beliau bertemu dengan Mohamed Nazim dan isterinya di sebuah pusat membeli-belah The Curve di Damansara pada malam sebelum mengubah akuan bersumpahnya.
Dihubungi Malaysiakini, Shamsul Iskandar berkata, rakaman temuramah tersebut turut diserahkan kepada SPRM dalam satu pertemuan petang semalam di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.
Dalam aduannya, kata pemimpin PKR itu lagi, Mohamed Nazim dan Deepak didakwa "telah melakukan beberapa kesalahan yang boleh dianggap sebagai perbuatan rasuah
": - Menawarkan wang sejumlah RM5 juta bagi mendorong Balasubramaniam menarik balik akuan bersumpah beliau yang bertarikh 1 Julai 2008.
- Menggugut keselamatan keluarga Balasubramanian sekiranya beliau tidak menurut arahan kedua-dua individu itu.- Penglibatan ASP Suresh Kumar yang membawa Balasubramanian ke sebuah restoran di Rawang untuk bertemu Deepak dan adik peniaga itu, Dinesh.
- Penglibatan 'perisik tentera' yang mengawasi rumah Balasubramaniam seperti dimaklumkan oleh Deepak.- Memaksa Balasubramaniam menandatangani akuan bersumpah (kedua) yang telah disediakan walaupun kandungannya diragui.
- Menyerahkan wang hampir RM750, 000 kepada Balasubramanian sepanjang kehilangan beliau (di luar negara) dan 500,000 Rupee yang dimasukkan ke akaun bank anak penyiasat itu untuk perbelanjaan sekolah.
- Memegang pasport Balasubramaniam selama lima bulan untuk memastikan beliau tidak kembali ke Malaysia sehingga Najib dilantik menjadi perdana menteri.
- Secara berterusan mengganggu kehidupan Balasubramaniam melalui ASP Suresh.
Diminta mengulas lanjut, Shamsul Iskandar berkata, bukti-bukti berkaitan dakwaan penyerahan wang tersebut bagaimanapun tidak disertakan bersama aduan berkenaan."Mereka perlu panggil Balasubramaniam untuk siasatan kerana dia telah mengaku terima rasuah."SPRM juga perlu siasat sekiranya ini ada kaitan dengan Rosmah. Ini kerana mereka telah aturkan untuk (Balasubramaniam) minum teh dengan Rosmah," katanya lagi.
Najib dan Rosmah sering kali menafikan dakwaan pembabitan mereka dengan Altantuya. Manakala Malaysiakini telah berusaha untuk mendapatkan komen Mohamed Nazim tetapi sehingga kini masih belum berjaya.Malaysiakini

Rabu, 2 Disember 2009

Keputusan Saman Anwar lwn NSTP : Hentikan Fitnah Agen Yahudi & Amerika

Kenyataan Media
30 November 2009

Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyambut baik keputusan hakim mahkamah pada 25 November lalu, mengarahkan NSTP membayar 100 ribu gantirugi dan 20 ribu kos kepada Dato` Seri Anwar Ibrahim atas artikel mereka yang menuduh Anwar ada hubungan dengan agen dan pelobi Yahudi di Amerika.Keputusan ini membuktikan dakwaan dan tohmahan yang kerap kali digunakan oleh pimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah fitnah dan tidak mempunyai asas yang kukuh.
Setiap kali pilihanraya kecil ataupun pilihanraya umum bahan kempen gelap dan propaganda dipercayai milik Umno-BN sering menggunakan elelmen kononnya Anwar dan Parti Keadilan Rakyat mempunyai hubungan rapat dengan agen Yahudi dan Amerika ditaburkan dikhalayak umum.Kami juga dimaklumkan bahan propaganda ini digunakan oleh Biro Tata Negara (BTN) untuk meracuni pemikiran peserta kursus mereka.
Oleh itu kami menggesa setiap pihak menghormati keputusan mahkamah dengan menghentikan fitnah dan tohmahan palsu tersebut termasuk tuduhan Anwar menyimpan 3 billion yang mana dapat dibersihkan melalui kenyataan saksi bekas pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR sekarang SPRM) dalam prosiding kes terbabit yang menyebutkan siasatan BPR menunjukkan tuduhan tersebut tidak betul.
Kami juga menggesa pihak yang lantang menuduh Anwar khususnya Khairi Jamaludin, Ketua Pemuda Umno meminta maaf secara terbuka atas kenyataannya sebelum ini.Kami juga ingin mencabar Tun Dr Mahahthir agar membersihkan dakwaan terhadap dirinya yang menggunakan jutaan ringgit Malaysia menggunakan Jack Abrahamov seorang pelobi Yahudi Amerika sewaktu ingin bertemu Presiden Bush dengan menafikan dan menyaman pihak media luar yang mengetengahkan hal terbabit.

Amirudin Shari
Naib Ketua
Angkatan Muda Keadilan
KUALA TERENGGANU – Konsert Piala Monsun yang diadakan di Dataran Shahbandar disini semalam 1 Disember, dihentikan kerana dipukul ‘ribut monsun’ musim tengkujuh.(Gambar-orang ramai meninggalkan konsert)Konsert yang tidak mendapat sambutan, anjuran bersama kerajaan negeri dengan majalah URTV cuba diteruskan walaupun hujan ‘gelombang ketiga musim tengkujuh’ turun tanpa henti sejak kelmarin.Dengan kehadiran tidak lebih 200 orang dan dimulakan agak lewat, konsert yang akan memperkenalkan 12 peserta kejohanan perahu layar itu dihentikan setelah keadaan cuaca tidak dapat dikawal.

Hujan mula turun kira-kira jam 10 malam disertai angin yang bertiup kuat, namun penyanyi yang beraksi ketika itu berkata ‘kita berdoa supaya hujan akan berhenti’ dan kalau hujan ‘kita akan basah bersama’.Sebaliknya, hujan turun semakin lebat dan angin semakin kuat, menyebabkan penonton ‘bersegera’ meninggalkan lokasi.Pada jam 10.35 malam, pengumuman dibuat menyatakan konsert terpaksa dihentikan kerana sebab-sebab keselamatan.Berikutan hujan lebat turun selama 30 minit, kawasan sekitar Dataran Shahbandar telah bertukar ‘menjadi kolam’ kerana dibanjiri air.

Anwar Ibrahim Itu Memang Bangang!!

oleh pendikar gunung kriang,

Pada pandangan mata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat PKR Anwar Ibrahim adalah seorang yang sangat bangang yang "tidak tahu apa-apa tentang ekonomi". Kelmarin ketika bercakap di Hotel Nikko, Dr Mahathir berkata pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.
“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi. Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya.
Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang terkenal dengan otaknya yang geliga lagi gila itu. Saya setuju dengan pandangan rendahnya terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan yang dilantik sendiri oleh Dr Mahathir itu. Saya setuju dengan kata-kata Dr Mahathir bahawa Anwar itu memang bangang dalam soal ekonomi, kerana dia cuma graduan Pengajian Melayu semasa menuntut di Universiti Malaya dulu dan bukan graduan ekonomi (seperti juga Dr Mahathir yang merupakan graduan perubatan).
Apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar itu memang betul. Sebab Anwar bangang dalam mengurus ekonomi itulah agaknya yang menyebabkan dia dilantik oleh Dr Mahathir yang cerdik itu sebagai Menteri Kewangan selama 7 tahun dari tahun 1991 hingga ia dipecat pada tahun 1998. Kalau dia cerdik dalam ekonomi tentu tempoh perlantikannya tidak akan menjangkau 7 tahun, mungkin 2-3 tahun sahaja, kerana Dr Mahathir yang cerdik itu tentu tidak suka kewangan Malaysia diurus dengan baik.
Sebab Anwar Ibrahim bangang dalam ekonomi itulah juga agaknya mengapa dia kini masih memegang jawatan sebagai pengarah beberapa syarikat kewangan di Amerika, penasihat kewangan perbankan terbesar Islam di di Bahrain dan penasihat kewangan di beberapa buah negara di Eropah. Sebab bangangnya itulah agaknya yang menarik perhatian negara-negara di Amerika dan Eropah serta Timur Tengah yang pendapatan perkapitanya berganda lebih tinggi dari Malaysia melantik beliau sebagai penasihat ekonomi mereka.
Dan mengenai IMF, apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar juga betul. Anwar memang bangang kerana itulah dia hendak menggunakan polisi IMF bagi memulihkan ekonomi Malaysia ketika di zaman kegawatan dahulu. Nasib baik Malaysia tidak menggnakan polisi pemulihan IMF, jika tidak tentu Malaysia akan senasib dengan Korea Selatan dan Thailand yang lebih dahulu pulih dari kegawatan ekonomi berbanding Malaysia kerana mereka mengguna pakai polisi IMF.
Anwar memang bangang, sebab itulah agaknya dia masih boleh bangun walaupun dihentam teruk kiri, kanan, atas, bawah, oleh Dr Mahathir. Jika Anwar tidak bangang tentu dia akan terperosok jatuh seperti musuh-musuh Dr Mahathir yang lain seperti Musa Hitam dan Tengku Razaliegh yang nama mereka sesekali sahaja didengari itu.